Ahad, 14 November 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Tiada pengisian tanpa kemenangan

Posted: 14 Nov 2010 01:31 AM PST


PAS mesti menang dengan kekuatan sendiri. Yes....!! Setuju sesangat dengan apa yang dikatakan oleh Tok Guru Hj Hadi.

Kita nak PAS menang kerana PAS betul-betul kuat.... bukan kerana UMNO dah lemah. Itu pastinya betul. Tetapi..... UMNO yang memang sudah lemah, mempunyai benteng pertahanan yang kuat. UMNO, lemah.... tetapi ia menggunakan perisai yang kuat untuk mengelilingi dan melindunginya. Apa perisai dia...??

SPR, PDRM, SPRM dan boleh dikatakan semua institusi penguatkusaan serta kehakiman negara. Itu benteng mereka. Mereka memperkudakan institusi-institusi ini semau-mau nya, hingga semuanya lunyai. Tanpa benteng tu.... sudah lama mereka mampus!!

Mengisi kemenangan satu hal.... tetapi yang lebih penting, PAS mesti menang terlebih dahulu. Apakah PAS secara solo sudah cukup kuat untuk berhadapan dengan UMNO yang dilindungi oleh pelbagai bentuk perisai??

Walau pun, sekiranya PAS kuat dari segi spiritualnya.... mantap dari segi organisasainya dan mempunyai strategi yang tersusun, dapatkah PAS secara solo berhadapan dengan UMNO untuk menumbangkannya dan seterusnya menerajui pemerintahan negara??

Dalam menyusun strategi... PAS kena ambil kira iklim serta sosio-budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai. PAS tidak mampu bertarung dengan UMNO secara berseorangan, kecualilah dengan izin dan pertolongan Allah SWT. PAS hanya boleh menjadi sebahagian daripada pihak yang memerintah, sekiranya PAS mengambil jalan pintas iaitu bergabung dengan UMNO.

Tetapi.... rata-rata akar umbi PAS, menolak strategi sedemikian. UMNO adalah 'syaitan besar' yang terlau tinggi egonya untuk tunduk kepada dasar perjuangan PAS. Sebab itu, mana mungkin akar umbi PAS merelakan PAS berpadu dengan UMNO.

UMNO... on the other hand, hanya 'nampak' PAS setelah lemah dan terdesak saja, lebih-lebih lagi setelah kecundang di lima buah negeri dalam PRU12 dahulu.

Jadi... strategi yang paling baik, ialah memperkukuhkan pakatan yang telah sedia ada bersama-sama PKR dan DAP melalui Pakatan Rakyat. Perkukuhkan persamaan yang ada dan cuba minimakan sebarang perbezaan melalui toleransi dalam semangat give and take, agar wujud situasi win-win buat semua rakan kongsi. Jika ini dapat dicapai, maka pengisian kemenangan untuk kebajikan serta kesejahteraan rakyat dan negara, dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.

Sebenarnya... inilah yang amat digeruni oleh UMNO/BN. Jika Pakatan mampu make a difference di Semenanjung Malaysia, terutama dalam PRU 13 nanti, isyaAllah yang di Sabah dan Sarawak pun, akan bersama kita juga akhirnya.

Namun... rakyat juga mesti bersabar dan jangan terlalu demanding untuk melihat perubahan berlaku dengan cepat. Be considerate ler sikit. PAS, PKR dan DAP memerlukan masa untuk adjust themselves dalam banyak hal. Bukannya mudah... tapi insyaAlah tak mustahil, sebab mereka mempunyai satu tujuan yang sama dan solid iaitu perjuangan mereka berorientasikan rakyat.

Jika... selama berpuluh-puluh tahun, kita boleh bertahan dengan pelbagai kerenah di bawah pemerintahn UMNO/BN yang haparak, mengapa kita tak boleh beri Pakatan Rakyat sedikit masa untuk memperbetulkan sistem negara yang sudah parah keadaannya. Kita bakal mengambil negara yang sudah dalam keadaan parah.... so for sure, mereka memerlukan masa untuk memulihkannya.

Jadi... adalah menjadi harapan rakyat agar semua parti dalam Pakatan Rakyat, fokus kepada memperkukuh semangat kerjasama, menyusun strategi serta gerak kerja secara bersepadu dan bersama bagi memperkuat Pakatan Rakyat menjelang PRU ke 13 nanti.

Bersatu kita teguh... bertelagah kita jatuh!!

[sumber]

Fullamaakk!!

Posted: 13 Nov 2010 11:12 PM PST

Fuiyo....!! Ziana oh Ziana... Bergetah mengancam!! Masih solid molid wa cakap lu....

Ehem... ehem... ehem....

Apakah ada insan yang jealous tengok si Ziana yang masih solid... masih bergetah.... dan masih mengancam ini??

Ha... ha... ha... ha....

Siapa mengancam dan siapa pula yang terancam???

Sssyyuuuuuu... sssyyyuuuuuu...

Jawab dan simpan dalam hati jer. Rahsia kita sesama kita jer, okay??

Sekian N3 merapu daripada M3M.

Ceritanya dan gambar dari sini

Padan Muka!!

Posted: 13 Nov 2010 08:48 PM PST


Padan muka hangpa!! Apabila terkena batang hidung hangpa, baru hangpa nak menyalak pasal kebebesan media. Apabila puak-puak hangpa buat perkara yang sama kat media yang nampak pro sikit kepada Pakatan Rakyat, hangpa tepuk tangan.

Padan muka. La ni hangpa rasakan pulak!!

Pemuda Gerakan Kedah, jangan nak kata Kerajaan PAS/Pakatan Rakyat Kedah selektif, tidak rasional atau tidak adil. Sebelum ni, tak timbul masalah pun. Tetapi.... media pencacai yang cari masalah dengan menunjukkan sikap tak bertanggung jawab mereka dalam membuat laporan terhadap kerajaan PAS/Pakatan Rakyat Kedah tentang banjir di Kedah.

Putar belit laporan berita, buat laporan tak betul untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan PAS.... itu khianat dan fitnah namanya. Orang yang khianat dan fitnah, tak boleh diberi muka, tetapi mesti diajar. Biar tahu bahasa sikit!! Nah... sekarang hangpa terimalah padahnya.

Lepas tu, apabila sudah kena sekat.... nak merengek-rengek pulak pada kerajaan pusat mintak bantuan. Pooraahhh!! Sendiri buat taik, sendiri cucilah!! Konon dah hebat sangat... tetapi, masih nak suruh 'bapak' cucikan taik lagi??? Haprakkk!!

Jika mahu orang bersikap adil kepada hangpa...... hangpa juga mesti bersikap adil dan professional dalam membuat liputan berita terhadap semua pihak tanpa bersikap selektif dan ada usur bias. Jangan asyik nak menjilaaaatt jer!!

La.... Sanggup melacurkan profession, dengan menjadi barua UMNO/BN. Kalau rasa dah tak boleh nak berpegang pada etika kewartawanan.... baik berhenti kerja jer. Pi cari makan cara lain pulak. Jangan dok nak menyusahkan diri dan hidup orang lain dan akibatnya kena sumpah dengan orang saban hari.

Apa-apa pun.... Syabas MB Kedah serta Kerajaan Pas/PR Kedah!!

[sumber]

Koboi Kampung

Posted: 13 Nov 2010 07:07 PM PST


Bang!! Bang!! Bang!!

He's no Clint Eastwood. He's Mr No Good!!

Aha.... si koboi kampung sekarang sedang menyerang dengan menembak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Bang!! Bang!! Bang!!

Satu das dengan menggunakan peluru.... 'isu Yayasan Selangor'. Satu percubaan lagi ialah 'isu Unisel'.

Semuanya tembakan liar. Ha... ha... ha... trigger happy cowboy!! Tapi... malangnya dia tak tahu yang peluru tu.... peluru kapur. Kena pun tak berguris apa-apa. Tak cedera pun...

Dedulu.... masa UMNO/BN memerintah, lagi mereka berbelanja sakan. Tak menembak pun. Tak bising pun. Joli sakan lagi ada.

Sekarang pulak.... beriya-iya buat bising. Semua nak dipolitikkan. Saja cari publisiti.

Piiraahhh!! Koboi Kampung!!

[Sumber]

Deepavalli Valtugal!!

Posted: 13 Nov 2010 05:40 PM PST

Perayaan Deepavalli belum habis lagi ke?? Masih diraikan lagi, ekk??

Bukan apa... sebab semalam rombongan Jenapala telah pergi ke Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat untuk mengucapkan ' Deepavalli Valtugal' kepada Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Fuuuhhh.... meriah sungguh weh!!

Cer tengok gambar di bawah...


Special dedication to Anwar Ibrahim and Azmin Ali,
specially from Jenapala.

Jenapala.... Jenapala.... Jenapala.....
Ex-PKR yang gila talak

Kah... kah... kah... kah...


[Samb. dp N3 terdahulu]

Tiada ulasan: