Senyum Tangis Sendu |
- Seterusnya PRK DUN Lenggeng?
- Terkini 7.55 malam: N.45 GALAS
- Terkini 7.20 malam: N.45 GALAS
- Lukisan Bogel RM 213 Juta
| Posted: 04 Nov 2010 05:22 AM PDT Mahkamah Tinggi Seremban, semalam memerintah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim membela diri dan memberi penjelasan semula terhadap tiga tuduhan rasuah dua tahun lalu. Mustafa, 51, yang sebelum ini dibebaskan Mahkamah Sesyen di sini, atas semua pertuduhan pada 14 April lalu, diminta membela diri berikutan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tuduhan itu Sebelum ini, SPRM me rayu kes dibicara semula berikutan tertuduh tidak diarah membela diri pada akhir pendakwaan. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin berkata, mahkamah membenar rayuan itu selepas pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tiga pertuduhan itu. "Mahkamah meneliti beberapa faktor penting kes merangkumi nota keterangan, petisyen rayuan, alasan penghakiman dan hujahan kedua-dua pihak termasuk rakaman perbualan berkaitan elemen meminta dan menerima suapan. "Oleh demikian, tertuduh diminta membela diri dan memberi penjelasan di Mahkamah Sesyen," katanya.: Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM negeri, Fieza Fazlin Fandi, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Taqiuddin Yahya dan Fiesal Mustapha. Mustafa yang berkemeja putih dan berseluar gelap dilihat tenang ketika hadir di kedua-dua mahkamah berkenaan dan memilih untuk memberi keterangan bersumpah di dalam kandang saksi pada perbicaraan akan datang. Mahkamah Sesyen melalui Hakim Amran Jantan menetapkan pada 23 hingga 25 November ini mendengar semula kes itu dan ikat jamin RM6,000 serta seorang penjamin dikenakan. Terdahulu, mengikut pertuduhan pertama, Mustafa didakwa meminta RM3,000 daripada M Manimaran, 37, melalui Mustafa Pendek, 58, di Lot 1321, Mukim Pantai, Seremban, kira-kira jam 11 pagi, 28 Ogos 2008, sebagai balasan mengeluarkan surat sokongan permit jual pasir. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa meminta RM2,000 daripada Manimaran di pejabat SPRM Negeri Sembilan di Jalan Datuk Klana Ma'amor, Seremban. |
| Terkini 7.55 malam: N.45 GALAS Posted: 04 Nov 2010 04:56 AM PDT |
| Terkini 7.20 malam: N.45 GALAS Posted: 04 Nov 2010 04:21 AM PDT |
| Posted: 03 Nov 2010 04:24 PM PDT ![]() LUKISAN seorang wanita bogel yang dihasilkan oleh Amedeo Modigliani di New York kelmarin. Satu lukisan seorang wanita bogel yang dihasilkan oleh Amedeo Modigliani dilelong di sini pada harga AS$68.9 juta (RM213 juta) kelmarin. Rumah Lelongan Sotheby's menyatakan lima pembida bersaing untuk membeli lukisan yang berjudul La Belle Romaine itu. Lukisan itu pada awalnya dilelong pada harga AS$40 juta (RM123 juta). Pembeli lukisan baru itu tidak didedahkan. Pelukis lukisan itu hidup di antara 1884 hingga 1920. Pada mulanya, pelukis itu menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja mengukir tetapi mengubah untuk melukis kerana masalah kesihatan. Sumber: Agensi |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan