PRO REFORM |
- Terkejutkah BN Miliki 2 PRK ?
- Pesawat Qantas Melakukan Pendaratan Cemas
- FOTO PRK GALAS UNTUK DI KONGSI
- PAS Yakin Dapat Sokongan Majoriti Pengundi Melayu Dan Cina
- Umno-BN Kaki Fitnah Pecah Belahkan Perpaduan Kaum
| Posted: 04 Nov 2010 05:42 AM PDT Buat masa ini, keputusan tidak rasmi kedua-dua PRK yang telah di adakan hari ini telah di miliki oleh BN. Apakah dengan perkembangan ini satu kejutan kepada rakyat Malaysia dan menandakan Rakyat Malaysia telah mengampunkan segala dosa yang telah di lakukan oleh BN terhadap mereka. Sedangkan dalam masa yang sama mereka masih dan tetap menggunakan cara lapuk untuk di peragakan kepada rakyat Malaysia. Hari ini kecoh media mendengar cerita karut Ketua Puteri UMNO Bahgian Kuala Krai mengenai kelakuan ganas Muslmat PAS yang telah memukul beliau. Percayakah kita...? Walau apapun, tahniah kepada beliau kerana sanggup tampil dengan watak yang sedemikian. Berikut adalah keputusan tidak rasmi buat masa ini. DUN Galas: BN mendahului dengan 5,177 undi PAS 4,108 undi, Parlimen Batu Sapi: Linda Tsen (BN-PBS) -8,538 Yong Teck Lee (SAPP) -2,007 Ansari Abdullah (PKR) - 3,281 |
| Pesawat Qantas Melakukan Pendaratan Cemas Posted: 04 Nov 2010 04:53 AM PDT Qantas Airways telah menangguhkan penerbangan Airbus A380 hari ini selepas pesawat berkenaan gagal mengawal enjin yang telah melakukan pendaratan cemas di Singapura. Insiden ini adalah antara yang paling serius bagi pesawat penumpang terbesar di dunia dalam tempoh tiga tahun. Airbus A380, yang berasal dari London membawa 459 orang, mengalami kegagalan salah satu daripada empat mesin sejurus sahaja berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura untuk Sydney. Namun, para pegawai Australia mengatakan tiada seorang pun yang mengalami kecederaan. Awal tahun ini, salah satu pesawat dikendalikan oleh Qantas terbelah dua semasa mendarat di Sydney, dan pada September 2009, A380 terpaksa berpatah balik ke Paris. Beberapa penumpang kemudian diberitahu kakitangan kabin bahawa ada letupan dan berasap. Kami berpusing-pusing dalam dalam ruang udara Singapura selama satu jam. Seorang wartawan Reuters berkata, pesawat itu dikelilingi oleh kenderaan bantuan kecemasan sebaik sahaja selamat melakukan pendaratan cemas tetapi tidak ada tanda-tanda asap atau kebakaran. TV Indonesia menunjukkan gambar sejumlah kecil serpihan pesawat yang telah jatuh ke tanah berhampiran lapangan terbang Batam. Saksi di Batam, memberitahu kepada Metro TV, setelah berlaku letupan, pesawat itu masih berlegar di udara dan kepulan asap mula kelihatan keluar dari salah satu sayapnya. |
| FOTO PRK GALAS UNTUK DI KONGSI Posted: 04 Nov 2010 12:06 AM PDT |
| PAS Yakin Dapat Sokongan Majoriti Pengundi Melayu Dan Cina Posted: 03 Nov 2010 10:46 PM PDT GUA MUSANG: Seorang pemimpin PAS yakin calon mereka Dr Zulkefi Mohamad mendapat sokongan majoritÍ pengundi Melayu dan Cina dalam pilihan raya kecil DUN Galas hari ini. Bagaimanapun, Khalid khuatir dengan tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengira undi orang Asli di tempat pengumuman keputusan di bandar Gua Musang dan menyifatkan tindakan SPR itu sebagai kembali kepada sistem lama. "Ini kali pertama ia dipratikkan semula setelah dimansuhkan beberapa tahun lalu. Saya tidak tahu mengapa ia dilakukan di sini (Galas)," katanya ketika ditemui FMT di sini hari ini. Bagaimanapun, Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli menjangkakan peluang calon PAS sehingga jam 10 pagi tadi adalah 50-50. Oleh Muda Mohd Noor (FreeMalaysiaToday) |
| Umno-BN Kaki Fitnah Pecah Belahkan Perpaduan Kaum Posted: 03 Nov 2010 10:30 PM PDT GALAS 4 Nov - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melucutkan jawatan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam sekiranya negara serius mahu memperjuangkan kesepaduan kaum di Malaysia. Kit Siang berkata ini berikutan kenyataan Ali yang dianggap fitnah yang menjadikan beliau tidak layak menjadi Ketua Menteri kerana meracuni fikiran rakyat bermusuhan antara kaum. Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan yang mengatakan "Umno kafir" kononnya ketika berceramah di Sungai Terah, Gua Musang. "Ini adalah tuduhan fitnah, saya tidak pernah mengatakan demikian dan bahkan saya tidak berada (di ceramah itu). Sangat jelas Ali Rustam tidak layak menjadi seorang Ketua Menteri kerana rela membuat fitnah songsang ini dan saya menyeru Perdana Menteri mengambil tindakan melucutkan jawatan Ali Rustam untuk menunjukkan dia serius dengan 1Malaysia, serius dengan pucuk pimpinan yang bersih supaya menjadi iktibar semua pemimpin-pemimpin politik di negara kita," kata beliau pada sidang media di Markas Pusat DAP pagi semalam. Beliau juga turut menggesa tindakan segera diambil terhadap akhbar Berita Harian berhubung laporan palsu yang disiarkan beberapa hari lalu. Beliau berkata ancaman yang datang dari kepimpinan Umno-Barisan Nasional akibat fitnah tersebut tidak memikirkan aspek keselamatan negara. "Sangat jelas ancaman kepada keharmonian dan perpaduan negara datang dari pemimpin-pemimpin Umno yang rela tidak kira bahaya negara untuk mempertahankan kedudukan mereka. Tanpa prinsip membuat tuduhan liar merbahayakan hubungan kaum dan agama," tambah Kit Siang lagi. Menurutnya, Pakatan Rakyat akan terus berjuang menyelamatkan rakyat daripada menjadi mangsa ideologi kolot Umno-BN. (Suara Keadilan) |
| You are subscribed to email updates from PRO REFORM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan