Khamis, 4 November 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bulan Tidak Mengambang di Galas.....

Posted: 04 Nov 2010 07:24 AM PDT

Ini adalah pendapat atau ramalan seorang yang dipercayai penyokong UMNO/BN yang telah disiarkan oleh portal Pro UMNO sebelum keputusan PRK DUN Galas diumumkan.. bagi aku ianya merupakan satu pendapat yang baik untuk dijadikan panduan..

Bulan tak mengambang di Galas…
Oleh: HELME HANAFI

Bila hujan lebat di Hulu Kelantan, limpahan air akan mengalir ke Sungai Galas melalui Sungai Lebir sebelum bersatu ke Sungai Kelantan, yang arusnya selalu menyebabkan banjir besar di hilir Kelantan iaitu kawasan Rantau Panjang, Pasir Mas, Tumpat dan akhirnya Kota Bharu.

Kebetulan, Gua Musang ini adalah kawasan Hulu Kelantan. Sebab itu, walaupun hujan lebat di sini, dan berita banjir heboh di Kelantan, hingga ribuan orang dipindahkan, mereka di Gua Musang aman-aman sahaja.

Di Galas, cuacanya kerap kali mendung di awal pagi, panas terik di waktu tengah hari dan hujan bermula dari petang hingga ke malam. Namum tidak berlaku lagi banjir di sini.

Langit malam memang gelap kerana tiada bintang dan bulan langsung tidak kelihatan, hanya lambang bulan bendera PAS sahaja yang ada dan 'bulan' itupun selalunya basah kuyup dek kerana hujan.


STRATEGI KEMPEN BN MENGENA

Ramai yang berpendapat strategi kempen yang digerakkan Pengarah Pilihanraya BN Galas Tengku Razaliegh Hamzah memang memberi kesan maksimum di sini.

Berkempen secara sederhana, dari rumah ke rumah, dalam kelompok kecil-kecilan lebih berkesan dari ceramah umum dan program besar-besaran di kawasan terbuka pada musim tengkujuh ini.

Bekas ahli parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof mengaku bahwa pendekatan Ku Li di Galas memang boleh jadi ikutan dalam pilihanraya kecil akan datang.

Katanya, sebelum ini BN dan pembangkang sering serang menyerang menggunakan ceramah umum tapi di Galas, hanya pembangkang yang berceramah.

"BN pergi dari rumah ke rumah jawab apa yang PAS kata, sudahnya orang kampung tak keluar lagi dengar ceramah pembangkang sebab kita sudah terang isunya pada mereka," kata beliau ketika ditemui Agendadaily.

Galas yang seluas Negeri Sembilan dengan taburan penduduk berkelompok, serta berbukit bukau memang menjadi cabaran kepada jentera parti politik untuk berkempen.

Terdapat 13 peti undi, dengan empat daripadanya adalah majoriti Orang Asli yang mempunyai 1,958 pengundi.

Strategi kempen Ku Li adalah jentera kempen di peti undi, Ketua Peti Undi yang dilantik diberikan kuasa untuk menentukan bentuk program yang sesuai untuk kawasan itu.

"Saya percaya sepenuhnya orang yang saya lantik, saya hanya pantau laporan harian dan mingguan sahaja, jika ada masalah dan Ketua Peti Undi tidak dapat selesaikan, baru kita akan bantu," kata Ku Li ditanya mengenai pendekatan kempennya kepada media petang Rabu.

Memang masalah sentiasa ada, kata Ku Li, kerana pendekatan itu melibatkan ramai orang dengan berbagai kerenah.

"Sebab itu saya kata, jika ada masalah baru kita masuk campur, bantu dan cuba selesaikan," jelas beliau.

Menurut pegawai khas ahli parlimen Gua Musang itu, Lukman Ghani, ada pasukan kedua yang dibentuk sebagai barisan simpanan yang beroperasi sepenuhnya dari pejabat UMNO bahagian.

"Jika kita dapati peti undi tidak bergerak, maka pasukan kedua itu akan ambil alih kerja-kerja kempen tersebut," ujar beliau.

PAS SALAH CATUR

Galas yang mempunyai 11,553 pengundi dengan 7,069 pengundi Melayu, 2,262 pengundi Cina, 1,79 pengundi India, 1,958 pengundi Orang Asli dan 33 lain-lain kaum.

Pendekatan Ku Li yang menyusup perlahan-lahan di dalam masyarakat itu turut diakui keberkesanannya oleh Pengarah Pilihanraya PAS Dun Galas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Kata Halim, Ku Li menggunakan orang kepercayaannya, dan di bawah seorang itu ada 10 lagi yang berkerja untuk menyusup ke dalam masyarakat.

"Kita kenal orang-orang ini dan kita sedang pantau aktiviti mereka," katanya dalam satu taklimat media beberapa hari lalu.

Jika itu pendekatan kempen BN, PAS di Galas pula bagaikan hilang sentuhan mereka untuk menawan hati penduduk di sini.

Sejak hari pengumuman calon lagi, ada macam-macam masalah kedengaran. Soal calon yang tidak dipersetujui oleh ahli sendiri, jentera tempatan yang tidak bergerak hinggakan kepada percaturan strategi yang salah.

PAS masih mengamalkan cara lama dalam berkempen, iaitu dengan menggunakan nama-nama besar tokoh politik pembangkang untuk berceramah di pihak mereka.

Semua tokoh utama Pakatan Rakyat turun berceramah di Galas, tapi keberkesanannya menjadi bahan bualan di kalangan wartawan.

Misalnya, ceramah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Kerinting di peringkat awal kempen yang hadirnya cuma 200 orang.

Jika ditolak orang luar, mungkin hanya 100 orang sahaja pengundi, sepanjang tempoh berkempen dari 26 Oktober hingga 3 November, tidak ada ceramah pembangkang yang mampu himpun lebih 2000 orang.

Kenapa orang tidak keluar? Jawapannya mudah, pertama kerana musim hujan jadi ceramah umum di tempat terbuka bukan strategi yang bijak.

Kedua, demografi penduduk yang tinggal berkelompok dan jarak jauh antara satu penempatan dengan satu penempatan.

Contohnya, dari Bandar Lama Gua Musang hendak ke Kampung Pulai memerlukan 30 minit berkereta melalui kawasan sunyi tanpa lampu jalan.

Jadi jika ceramah umum dibuat di kawasan bandar Gua Musang, hanya penyokong fanatik sahaja sanggup keluar rumah berkereta 30 minit untuk dengar ceramah itu.

Sebab itu, strategi PAS gagal di sini.

Tambahan pula, sehingga hari ke lima kempen, ketika media meredah hutan lima jam ke kawasan Orang Asli, kami diberitahu belum ada petugas PAS yang ke sana menemui mereka.

"PAS hanya tumpu undi Orang Asli di Pos Sandrop, Brooke/Lojing yang mudah di masuki kenderaan. Pos-Pos lain diabaikan PAS kerana memang mereka tiada penyokong di sana, selain bentuk muka bumi yang menyukarkan perhubungan," kata Lukman.

KEMPEN PAS TIDAK MENYELURUH

Selain Orang Asli, PAS juga dilihat tidak berkempen dengan berkesan di Taman Tropica, kawasan penempatan masyarakat India paling ramai di DUN Galas.

PAS hanya menumpukan kempen di kawasan Melayu, Sungai Terah yang mempunyai 1,920 pengundi, Kampung Batu Papan yang mempunyai 1,749 pengundi dan Lepan Jaya 597 pengundi.

Di kawasan Cina, PAS dengan bantuan DAP dan PKR 'kepung' pengundi di Bandar Baru Gua Musang yang mempunyai 1,189 pengundi, Bandar Lama Gua Musang 1,574 pengundi dan Kampung Bharu 2,168 pengundi.

Mereka mengabaikan undi Orang Asli sebanyak 1,958 dan undi kaum India 179.

Sedangkan di pihak BN, Ku Li berkali-kali pesan kepada jentera, satu undi pun penting, dan undi semua kaum adalah sama.

"Jangan tumpu kepada satu-satu kaum sahaja, semua undi adalah penting untuk BN," kata Ku Li.

Hingga kini, hari terakhir kempen, semua tanda-tanda yang menjadi pengukur kemenangan berpihak kepada BN.

Maklum balas yang dikumpul sepanjang tempoh berkempen menunjukkan BN mendahului PAS di Galas.

Ada yang kata, 52 peratus BN, 48 peratus PAS. Satu yang pasti, kajian lapangan penyelidik Ilham Centre yang pro PAS sendiri mendapati BN di depan dalam pilihanraya kecil ini.

Hujan lebat di malam akhir kempen, tambah melukakan PAS kerana bulan yang ditunggu-tunggu tidak muncul di sini.

Berdasarkan analisis terakhir selepas tempoh berkempen tamat. BN kata orang yang tahu, boleh menang antara 800 ke 1200 undi.

Benarkah ramalan itu, sama-samalah kita tunggu sekitar jam lapan malam ini.

Dan akhirnya ternyata ramalan beliau benar bila BN telah menang di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri Galas dan Parlimen Batu Sapi.BN menang besar di Batu Sapi.Ia mendapat 9,773 undi,PKR 3,414 manakala SAPP 2,031.Majoriti BN 6,359.Masa pilihanraya umum Mac 2008 majoriti BN ialah 3,708.Sementara di Galas BN mendapat 5,324 undi manakala PAS 4,134.Majoriti BN di Galas ialah 1,190 undi.

Agenda Daily

BN Menang di kedua-dua PRK... Tahniah!

Posted: 04 Nov 2010 06:13 AM PDT

Majoriti yang diperolehi oleh BN di Batu Sapi adalah 6,359 undi manakala bagi kerusi Galas pula, BN menang dengan majoriti 1,190 undi.

Hmm... banyak tu.. tak apa.. kita cuba lagi dalam PRU yang dijangkakan oleh banyak pihak yang yakin ianya akan diadakan dalam masa terdekat berdasarkan kemenangan BN ini..

Batu Sapi, Galas milik BN
Nov 4, 2010



Barisan Nasional hari ini berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi miliknya manakala di Galas, mereka berjaya merampas kerusi Galas dari PAS.

Di Batu Sapi, calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 9,773 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong.

Calon SAPP yang juga presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,013 manakala calon PKR, Ansari Abdullah pula mendapat 3,414 undi.


Majoriti yang diperolehi oleh BN adalah 6,359 undi.

Keputusan kali ini mencerminkan perkembangan yang hampir sama pada pilihan raya umun 2008 yang lalu. Pada pilihan raya itu, suami Tsen, mendiang Edmund Chong mendapat 9,479 undi berbanding calon Bebas, Chong Kwong Ming, 5,771.

Pada pilihan raya kali ini, jika jumlah undi pembangkang - SAPP dan PKR digabungkan, jumlahnya adalah 5,288 dan masih tidak mampu mencabar kedudukan BN.

Meskipun kemenangan Tsen bukan sesuatu yang memeranjatkan, tetapi dakwaan PKR bahawa ia mampu memberi saingan lebih baik berbanding SAPP ternyata betul.

Namun, sekalipun jika ia pertandingan satu lawan satu, Pakatan Rakyat memerlukan strategi yang lebih mantap sebelum berangan-angan untuk ke Putrajaya.

Manakala itu bagi kerusi Galas pula, BN menang dengan majoriti 1,190 undi.

PAS hanya mampu mendapat 4,134 undi, berbanding BN yang mengaut 5,324 undi.

Terdapat 132 undi rosak pada pilihan raya kali ini.

Jumlah yang keluar mengundi hari ini ialah 83 peratus atau 9,555 orang.

Pada pilihan raya ini BN diwakili oleh Abdul Aziz Yusof manakala PAS meletakkan Dr Zulkefli Mohamad sebagai calonnya.

Kerusi Galas memang sukar diramal sejak hari pertama kempen bermula. Pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, calon PAS berjaya merampas kerusi itu melalui Allahyarham Chek Hashim Sulaima dengan hanya majoriti 646 undi.

Strategi BN meletakkan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah ternyata tepat dan memberi kesan maksimum.

Putera raja yang juga adalah ahli parlimen Gua Musang, di mana kerusi Galas terletak dikatakan masih disanjung oleh masyarakat di Kelantan, termasuk di kalangan Orang Asli yang merupakan kira-kira 16 peratus daripada jumlah pengundi.

Selain itu, strategi BN mempolitikkan kempen 1Malaysia di kalangan masyarakat Cina juga dikatakan berjaya mencuri tumpuan masyarakat itu. Bilangan pengundi masyarakat Cina dikatakan memihak semula kepada BN walaupun jumlah itu tidak menyeluruh.


Malaysiakini

PR kalah dikedua-dua PRK...

Posted: 04 Nov 2010 05:00 AM PDT

Tidak rasmi: BN berjaya rampas Galas
Nov 4, 10

7.30pm: Sehingga waktu ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahului dengan majoriti 1,069 undi. PAS ketinggalan dengan 4,108 undi, berbanding BN yang mendapat 5,177 undi.

7.20pm Peluang BN untuk merampas kerusi DUN Galas semakin cerah. Ini berikutan BN menang semula undi pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.

Pakatan kalah di Kampung Baru dengan majoriti 41 undi - yang merupakan kawasan majoriti pengundi Cina yang mereka menang dengan majoriti lebih 200 undi dalam pilihan raya umum lalu.


Pakatan pada mulanya mensasarkan untuk menang di Kampung Baru dengan majoriti besar bagi menampung kemungkinan tewas di Pulai.

Dua kawasan majoriti pengundi Cina itu, Pulai merupakan kubu kuat BN. Pakatan kalah 25 undi di Pulau dalam pilihan raya umum lalu.

7.15pm: Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 4,273 undi manakala PAS memperolehi 3,744 undi.

7.09pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 3,258 undi manakala PAS memperolehi 2,348 undi. Majoriti 910 undi.

7.07pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,834 undi manakala PAS memperolehi 2,270 undi.

7.05pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,359 undi manakala PAS memperolehi 2,212 undi.


Batu Sapi kekal milik BN
Nov 4, 10

Keputusan tidak rasmi

8.00pm:

Linda Tsen (BN-PBS) -8,538
Yong Teck Lee (SAPP) -2,007
Ansari Abdullah (PKR) - 3,281
Undi rosak votes - 420
Majoriti -5,257

(Jumlah keluar mengundi:15,774)

7.50pm:

Linda Tsen (BN-PBS) -5,702
Yong Teck Lee (SAPP) - 1,329
Ansari Abdullah (PKR) - 2,095
Undi rosak votes - 420
Majoriti -3,607

(Jumlah keluar mengundi:15,774)

7.45pm:

Linda Tsen (BN-PBS) -5,084
Yong Teck Lee (SAPP) - 1,250
Ansari Abdullah (PKR) - 2,022
Undi rosak votes - 420
Majoriti -3,062

(Jumlah keluar mengundi:15,774)

7.12pm: Calon BN, Datin Linda Tsen dilaporkan tiba di rumah tetamu Ketua Menteri, Sabah, Datuk Seri Musa Aman di Sandakan. Beliau diberi tepukan gemuruh daripada penyokong.

Setiap kali saluran yang dikira memihak BN, tepukan gemuruh bergema daripada skrin besar yang dipasang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Musa sedang makan malam dan dijadualkan ke pusat penjumlahan undi di Dewan Masyarakat Sandakan, selepas itu.

6.55pm: Calon PKR Ansari Abdullah tiba di pusat penjumlahan undi dengan diiringi sekumpulan kecil penyokong.

Presiden SAPP yang juga calon parti itu, Datuk Yong Teck Lee tiba beberapa minit kemudian dan diikuti oleh pegawai SPR yang membawa kotak undi dari 12 pusat pengundian untuk dijumlahkan.

Malaysiakini

PKR Kalah di Batu Sapi...

Posted: 04 Nov 2010 03:58 AM PDT

Ini adalah keputusan tidak rasmi, tapi kalau macam ni punya banyak perbezaan undi.. tak payah cakap banyak lah.. kalau diminta ulang pengiraan kertas undi tu 1000 kali sekalipun.. PKR tetap kalah di Batu Sapi..

Jadi bila PKR dan SAPP sudah kalah sudah tentulah calon BN disebelah ni yang menang..

Apa pengajaran yang kita dapat (orang PKR la..)

Orang tamak selalu rugi.. lain kali kalau nak ukur baju biarlah dibadan sendiri..

6.45pm Keputusan tidak rasmi
Linda Tsen (BN-PBS) - 2614
Yong Teck Lee (SAPP) - 622
Ansari Abdullah (PKR) -931
Undi rosak - 410


6.34pm Keputusan tidak rasmi
Linda Tsen (BN-PBS) - 1496
Yong Teck Lee (SAPP) - 422
Ansari Abdullah (PKR) -752
Undi rosak - 394

6.30pm: Keputusan tidak rasmi (3 saluran)
Linda Tsen (BN-PBS) - 514
Yong Teck Lee (SAPP) - 156
Ansari Abdullah (PKR) - 208

6.25pm: Keputusan tidak rasmi (2 saluran)

Linda Tsen (BN-PBS) - 266
Yong Teck Lee (SAPP) - 94
Ansari Abdullah (PKR) - 177


Malaysiakini


Berita Buruk ni...Galas hampir 80%, Batu Sapi 61% keluar undi..

Posted: 04 Nov 2010 02:57 AM PDT

Pengundian dua pilihan raya kecil serentak sudah berakhir dengan peratusan keluar mengundi di Galas menghampiri 80 peratus manakala di Batu Sapi, Sabah pula sekitar 61.47 peratus.

Jadi buat yang sudah biasa dengan Pilihanraya Kecil ni.. pasti dapat membaca sesuatu dari peratusan yang keluar mengundi itu..

Berita buruk mungkin akan diterima oleh penyokong Pakatan Rakyat termasuklah aku.. aku ulang.. MUNGKIN! tambahan pula SPR menggunakan helikopter untuk membawa peti undi dari empat kawasan itu ke Dewan Sivik Gua Musang untuk tujuan penjumlahan undi.

Di Batang Ai dulu pun SPR guna Helicopter kan...


Undi ditutup, Galas hampiri 80 peratus, Batu Sapi 61 peratus
November 04, 2010

GUA MUSANG, 4 Nov — Pengundian dua pilihan raya kecil serentak sudah berakhir dengan peratusan keluar mengundi di Galas menghampiri 80 peratus manakala di Batu Sapi, Sabah pula sekitar 61.47 peratus.

Ia mirip prestasi peratusan keluar mengundi pada 8 Mac 2008.

Maklumat diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan peratusan keluar mengundi di Galas mencapai 77.73 peratus atau 8,980 orang.

Ia tidak termasuk status di pusat pengundian Pos Brooke, Pos Belatim, Pos Balar, Pos Bihai dan Ladoi yang melibatkan Orang Asli.

Pusat pengundian itu ditutup pada 1 tengah hari tadi disebabkan ianya terletak jauh di pedalaman.


SPR menggunakan helikopter untuk membawa peti undi dari empat kawasan itu ke Dewan Sivik Gua Musang untuk tujuan penjumlahan undi.

Sembilan lagi pusat pengundian ditutup pada 5 petang.

Di Sandakan, 10 pusat pengundian ditutup pada 5 petang manakala sebuah ditutup pada 3 petang dan sebuah lagi pada 4 petang.

Kerusi Galas menjadi rebutan antara calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusoff dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed.

Ia kosong berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima pada 27 September lepas akibat barah usus.

Sehingga 5 petang, seramai 61.47 peratus atau 15,774 keluar mengundi. Ia mirip status pada 8 Mac 2008.

Batu Sapi pula menyaksikan pertandingan antara calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin, calon Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan calon Parti Keadilan Rakyat Ansari Abdullah.

Kerusi itu sebelum ini diwakili Datuk Edmund Chong Ket Wah dari BN yang meninggal dunia akibat nahas jalan raya pada 9 Okt. Tsen adalah balu Chong.

Proses pengundian di kedua-dua kawasan bermula pada 8 pagi tadi.

Di Galas, sehingga 4.30 petang tadi, seramai 8,073 pengundi atau 69.88 peratus daripada keseluruhan 11,553 pemilih berdaftar di situ telah mengundi hari ini.

Penjumlahan undi dijalankan di Pusat Sivik Gua Musang dan keputusan dijangka diumumkan seawal 8 malam ini.

Di Sandakan, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Batu Sapi, Mohamad Hamsan Awang Supain, berkata sehingga 4 petang, seramai 14,725 orang atau 57.56 peratus daripada 25,582 pemilih berdaftar di situ, telah mengundi.

Pengiraan undi akan diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan dan keputusan dijangka juga dapat diketahui seawal 8 malam ini.


The Malaysian Insider

Batu Sapi "banjir" dengan wang tunai

Posted: 04 Nov 2010 01:22 AM PDT

Oleh Michael Kaung

SANDAKAN: Bank-bank di sini dilaporkan mengeluarkan wang tunai di antara RM500,000 hingga RM1 juta sejak dua hari lalu di mana para pengundi di Batu Sapi mula keluar mengundi hari ini.

"Towkay-towkay mengeluarkan sejumlah wang yang banyak dan beberapa bank tidak mampu melayan pengeluaran wang sebanyak itu kerana masalah teknikal. Bank Negara perlu diberitahu tentang perkara ini.

Peristiwa wang tunai mula mengalir di beberapa penempatan kampung air semalam menjadi perbualan ramai. Ada yang menganggarkan jumlah wang tunai yang dikeluarkan dari bank-bank mencecah RM5 juta dalam tempuh 72 jam sahaja.

Menurut pemandu teksi, mereka (pemandu-pemandu teksi) diberi RM250 seorang dan pengundi biasa mendapat RM150 seorang.


Wang tunai itu ialah untuk makanan, pengangkutan dan logistik. Para penganjur yang dikenalpasti bertanggungjawab untuk mendapatkan undi dilaporkan mendapat RM200 seorang dan mereka dijangka membawa pengundi ke pusat mengundi hari ini.

Beberapa orang berkata mereka dijanjikan sebanyak RM100 hingga RM150 seorang atau lebih ketika datang membuang undi.

Ambil "habuan" di pusat operasi MCA

Petang semalam, ramai penduduk berkumpul di pusat operasi MCA di sini selepas cakap-cakap mengatakan parti itu sedang memberi "habuan" dan sekumpulan pengundi keluar ke bandar memberitahu wang tunai sedang ditaburkan oleh kumpulan itu dan ini.

Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan itu, ada beberapa orang yang mendakwa menerima RM150 agak kecewa kerana mereka diberitahu akan mendapat sebanyak RM400 seorang.

Khidmat pesanan ringkas (SMS) tersebar meminta para pengundi pergi ke pusat-pusat operasi parti pembangkang dan malahan di hotel-hotel untuk mengambil makanan dan wang tunai.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjangkakan lebih ramai orang keluar mengundi pada sekitar 75% berbanding 63% pada tahun 2008.

Berita ini bukan berita gembira bagi pihak pembangkang yang menyatakan bahawa lebih ramai mereka keluar mengundi bermakna para pengundi datang dari luar kawasan Batu Sapi.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang tiba di sini semalam, menyampaikan amanat supaya para pengundi memilih calon secara bijaksana.

Beliau menamatkan ucapan kempen untuk calon BN Linda Tsen dengan membidas calon pembangkang, Yong Teck Lee dari Parti Progresif Sabah dan Ansari Abdullah dari PKR.


Free Malaysia Today

UMNO Kafir : Dah Ralat tu... minta maafla...

Posted: 04 Nov 2010 12:59 AM PDT

"Ucapan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam ceramahnya, DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam di peti undi Kampung Baru Hulu, Gua Musang, seperti yang disiarkan Berita Harian semalam (kelmarin) bukan merujuk kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang," kata notis ralat Berita Harian yang disiarkan di halaman lapan hari ini.

Berita Harian akui salah lapor dakwa Kit Siang kata Umno kafir
Oleh Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Berita Harian hari ini mengakui bahawa pihaknya telah membuat kesilapan dalam laporan mendakwa Penasihat DAP Lim Kit Siang melabelkan "Umno kafir" pada satu kempen di Galas yang beliau sendiri tidak hadir.

Akhbar harian milik Umno itu mendakwa Lim mengeluarkan kenyataan "Umno orang kafir" demi mempengaruhi pengundi kaum Melayu pada pilihan raya kecil DUN Galas yang sedang berlangsung.

Berita kontroversi tersebut melaporkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai berkata, Lim membuat kenyataan demikian di depan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Justeru, Berita Harian hari ini melaporkan kenyataan Ali Rustam itu tidak merujuk kepada Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.

"Ucapan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam ceramahnya, DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam di peti undi Kampung Baru Hulu, Gua Musang, seperti yang disiarkan Berita Harian semalam (kelmarin) bukan merujuk kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang," kata notis ralat Berita Harian yang disiarkan di halaman lapan hari ini.

Dalam notis ralat itu, Pengarang Berita Harian turut menyuarakan rasa kesal ekoran laporan tidak tepat yang dirujuk kepada Lim sebagai berkata.

"Kesilapan dikesali — Pengarang," kata notis itu lagi.

Semalam, DAP menyifatkan laporan yang disiarkan Berita Harian kelmarin sebagai tuduhan palsu.

Dalam kenyataannya di lobi Parlimen, Lim menegaskan bahawa beliau tidak berada di pentas ceramah Sungai Terah, Gua Musang seperti yang dituduh Berita Harian dan Ali.

Beliau juga menafikan dakwaan Ali kononnya cuba mencampuri urusan masyarakat Islam dengan menuduh "Umno orang kafir" seperti yang dilaporkan Berita Harian.

The Malaysia Insider difahamkan, penafian Lim itu dibuat selepas wakil Pemuda Umno Putrajaya Hishamudin Yahaya membuat satu laporan polis ke atasnya kelmarin.

Ekoran itu, Lim turut mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman ke atas Berita Harian dan Ketua Menteri Melaka.

"Yah, saya melihat permintaan maaf (tersebut), saya tidak tahu bagaimana mereka (Berita Harian) boleh tersalah lapor seperti itu, terutama Ketua Menteri Melaka.

"Kami akan membuat sidang akhbar kemudian untuk memberitahu tindakan susulan kami," kata Lim.


The Malaysian Insider

Empat jam pertama: 50% undi di Galas, 36% di Batu Sapi

Posted: 04 Nov 2010 12:51 AM PDT

GUA MUSANG, 4 Nov — Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas merekodkan hampir 50 peratus pemilih telah keluar mengundi sepanjang empat jam pertama proses pengundian hari ini.

Maklumat diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan seramai 49.61 peratus atau 5,732 orang telah keluar mengundi di Galas sehingga 12 tengah hari.

Pengundian akan ditutup pada 5 petang.

Bagaimanapun peratusan itu tidak mengambil kira status pusat pengundian Pos Brooke, Hendrop, Belatim, Balar, Bihai dan Ladoi yang melibatkan masyarakat Orang Asli ekoran masalah komunikasi.


SPR sedang mengendalikan pilihan raya kecil serentak di Galas dan Batu Sapi.

Pun begitu, di Batu Sapi, hanya 36.2 peratus atau 9,261 orang telah selesai menunaikan tanggungjawab mereka.

Terdahulu, SPR berkata, seramai 24.02 peratus ataupun 2,775 orang keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi di Galas.

Bagaimanapun peratusan itu tidak mengambil kira status pusat pengundian Pos Brooke, Hendrop, Belatim, Balar, Bihai dan Ladoi - yang melibatkan masyarakat Orang Asli ekoran masalah komunikasi.

Dalam pada itu, di Batu Sapi seramai 23.05 peratus atau 5,897 orang keluar mengundi sehingga 10 pagi.

Hampir 10 peratus keluar mengundi di DUN Galas antara 8 dan 9 pagi tadi.

Mengikut maklumat SPR, seramai 9.93 peratus keluar mengundi di Gala sehingga 9 pagi.

Menurut SPR, seramai 14.68 peratus ataupun 3,756 orang telah keluar mengundi antara 8 dan 9 pagi di Batu Sapi.

Proses pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas di Gua Musang, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi di Sandakan, Sabah bermula sebaik sahaja pusat pengundian dibuka pada 8 pagi.

Pertandingan di DUN Galas membabitkan calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed manakala di Batu Sapi pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin, Datuk Yong Teck Lee daripada Parti Maju Sabah (SAPP) dan Ansari Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Proses pengundian akan berakhir pada pukul 5 petang.

Di DUN Galas, pengundi sudah mula berbaris di pusat-pusat pengundian, dan antara mereka ialah pengundi Orang Asli yang tinggal sejauh sempadan Pahang-Kelantan di Lojing bersebelahan Cameron Highlands.

DUN Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar. Penjumlahan undi akan dilakukan Pusat Sivik Gua Musang, di sini dan keputusan dijangka diumumkan pada 8 malam.

Sebanyak 13 pusat pengundian dibuka bagi pilihan raya kecil itu.

Sementara itu, bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, 10 pusat pengundian dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang, manakala dua lagi pusat pengundian masing-masing ditutup pada pukul 3 petang dan 4 petang.

Dua pusat pengundian itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Timbang yang mempunyai 984 pemilih dan ditutup pada 3 petang serta SK Segaliud dengan 785 pemilih dan ditutup pada 4 petang.

Seramai 24,047 pemilih biasa dijangka mengundi hari ini setelah pengundian pos diadakan pada Selasa dan semalam.

Sepuluh lagi pusat mengundi adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sandakan, SK Gas, SMK Batu Sapi, SK Kampung Bahagia, SJK (C) Pei Ying, SK Bandar Sandakan, SJK (C) Cheng Min, SK Karamunting, SK Bandar Dua dan Perpustakaan Sandakan.

Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi, di mana 15,099 atau 59.02 peratus adalah Bumiputera Islam, 689 atau 2.69 peratus adalah Bumiputera bukan Islam, 9,737 atau 38.06 peratus ialah pengundi Cina dan 57 atau 0.22 pengundi kaum lain.


The Malaysian Insider

Lagi Gambar dari Galas...

Posted: 03 Nov 2010 09:18 PM PDT

Lagi sedikit dari Galas buat tatapan semua..



Depa pun minat juga nak bergambar dengan TG Nik Aziz..

































Sumber dari Facebook Tan Kai Swee, lagi gambar sila lihat di SINI

Pejabat Agung PAS terbakar

Posted: 03 Nov 2010 09:02 PM PDT



KUALA LUMPUR, 4 Nov: Ketika para petugas PAS sibuk menjalankan tugas mereka di Batu Sapi, tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut terbakar sehingga ke tingkat bawahnya.

Bagaimanapun kebakaran itu tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh Bomba dan Penyelamat.

Kebakaran mula dikesan pada jam 8.30 pagi ini apabila para petugas Pejabat Agung itu mula melihat asap berkepul-kepul keluar dari tingkat 1 yang menempatkan bahagian pentadbiran bangunan PAS itu.


Kebakaran itu kemudiannya mula merebak ke bawah sehingga ke tingkat bawah.

Selepas bomba sampai, semua kakitangan pejabat tidak dibenarkan masuk ke bangunan itu lagi.

Menurut seorang kakitangan, kebakaran dipercayai bermula dari satu cerek elektrik yang terlupa ditutup.

Bangunan Pejabat Agung PAS itu mula diduduki pada tahun 2007.

Bangunan itu secara asasnya dibeli dengan harga RM6.1 juta yang asalnya dimiliki oleh Kwong Yik Bank dan kemudiannya dibeli oleh 'merger bank' iaitu Rashid Hussin Bank (RHB) Berhad.

Oleh kerana bangunan itu (selepas dimiliki oleh RHB) adalah bangunan pangkalan data bagi bank tersebut, struktur pejabatnya terpaksa diubah selepas PAS memilikinya.

Akhirnya selepas pengubahsuaian membabitkan kos bernilai RM1.9 juta dengan berkata kos keseluruhan mencecah RM8 juta.

Bangunan itu menempatkan pejabat pentadbiran yang terletak di tingkat 1, surau di tingkat menzanie, kedai sebbaneka di tingkat bawah serta bilik mesyuarat utama di tingkat 5.


HarakahDaily

Video : Suasana di Galas pagi ini..

Posted: 03 Nov 2010 08:30 PM PDT



Berikut pula adalah rakaman Video.. khas buat penyokong Pakatan Rakyat yang tidak dapat menghadirkan diri ke Galas...









Kesemua rakaman video adalah hasil usaha murni Tuan Panzer UO yang kini berada di sana.. semoga usahanya diberkati Allah..

Gambar : Sekitar Galas Pagi ini...

Posted: 03 Nov 2010 08:17 PM PDT



Berikut adalah sedikit gambar yang telah dirakamkan di sekitar pusat pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Gua Musang hari ini 04 November 2010 untuk tatapan semua yang tidak dapat hadir ke Galas.. dirakamkan oleh seorang sahabat yang kini di sana..





















Semua gambar-gambar diatas adalah hasil kerja Tuan Panzer UO

Hari penentuan populariti BN, Pakatan dan SAPP

Posted: 03 Nov 2010 06:19 PM PDT

Selepas sembilan hari berkempen pengundi kerusi Galas di Kelantan dan Batu Sapi di Sabah turun gelanggang untuk membuat keputusan berhubung populariti Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat dan Parti Maju Sabah (SAPP) menjelang pilihan raya kecil ke-13.

Oleh Syed Mu'az Syed Putra dan Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Selepas sembilan hari berkempen pengundi kerusi Galas di Kelantan dan Batu Sapi di Sabah turun gelanggang untuk membuat keputusan berhubung populariti Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat dan Parti Maju Sabah (SAPP) menjelang pilihan raya kecil ke-13.

(Gambar : TG Nik Abdul Aziz Nik Mat berbual dengan penyokong PAS ketika berada di pekarangan pusat pengundian Sungai Terah ketika proses pengundian kerusi DUN Galas dibuka 8 pagi tadi.)

Dua pilihan raya kecil serentak kali ini dilihat amat penting bagi BN yang diwakili Umno, PAS mewakili Pakatan Rakyat manakala SAPP, bekas komponen BN yangn keluar akhir 2008.


Di Galas - pilihan raya kecil yang disusuli dengan kemenangan sulung Kelantan menjulang Piala Malaysia Sabtu lalu, pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan menunaikan tanggungjawab untuk memlilih wakil rakyat baru bagi mengisi kekosongan ekoran kematian Che Hashim Sulaima meninggal dunia 27 September lepas.

Che Hashim menewaskan calon BN Mohamed Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum 2008. Ia kemenangan julung PAS di kawasan itu.

PAS menganggap ia penting untuk mengekalkannya manakala BN pula mengamanahkan tugas rampas kerusi itu pada bahu Ketua Umno Gua Musang dan Ahli Parlimennya Tengku Razaleigh Hamzah.

Justeru, ada yang menganggap pilihan raya kecil ini turut penting bagi Tengku Razaleigh yang turut dikenali sebagai "Ku Li".

Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi pada pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Namun kedua-dua calon BN Abdul Aziz Yusoff yang mewakili BN dan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli akan membawa kemenangan kepada parti masing-masing hari ini.

Kedua-dua calon itu ketika ditemui malam tadi yakin bahawa parti yang mewakili mereka akan memenangi pilihan raya kecil itu.

"Saya yakin menang esok tapi bagaimanapun saya akan redha dengan keputusan yang dibuat pengundi-pengundi di Galas.

"Sepanjang kempen ini berjalan saya sudah berpuas hati kerana dapat jumpa dengan pengundi-pengundi dan melawat kawasan di Galas ini," katanya Abdul Aziz ketika ditemui selepas program solat hajat di rumahnya di Taman Kesedar Jaya di Gua Musang.

Justeru Abdul Aziz berharap supaya pengundi di DUN Galas dapat membuat pilihan terbaik ketika membuang undi esok.

"Sekarang semua terpulang kepada pengundi.

"Tapi bagi saya tak ada 50-50, saya yakin menang," katanya.

Beliau juga akan melawat ke daerah-daerah mengundi untuk meraih undi buat kali terakhir.

"Saya akan melawat ke daerah-daerah mengundi, mungkin di semua daerah mengundi tidak termasuk di kawasan Orang Asli," katanya.

Sementara itu, Zulkefli bekata beliau mempunyai keyakinan 100 peratus untuk mempertahankan kerusi DUN Galas yang dimenangi Che Hashim.

"Sepanjang kempen bermula sehingga sekarang saya telah berjumpa dengan pengundi termasuk Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

"Malah sambutan yang diberikan pengundi sangat menggalakkan dan harapan untuk menang semakin cerah.

"Saya yakin PAS akan dapat pertahankan kemenangan di Galas, saya juga yakin kita boleh menang 100 peratus," katanya ketika di temui di Markas Pilihan Raya PAS DUN Galas.

Menurut Zulkefli, PAS akan menang dikesemua tujuh daerah mengundi tidak termasuk enam daerah mengundi yang melibatkan kawasan Orang Asli.

"Kalau Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kata BN akan menang di semua 13 daerah mengundi itu pandangan beliau.

"Tapi saya yakin akan menang di tujuh daerah mengundi tidak termasuk daerah mengundi Orang Asli.

"Di daerah mengundi Orang Asli saya yakin kita mampu tingkatkan peratus undi Orang Asli kepada PAS," katanya.

Semalam, Muhyiddin meramalkan BN akan merampas balik kerusi DUN Galas dengan majoriti besar.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, Umno dijangka menang di kesemua 13 daerah mengundi.

Kempen pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi berakhir malam tadi manakala pengundian berlangsung mulai pagi hingga petang ini. Keputusan dijangka diketahui sekitar 8 malam.

Kerusi DUN Galas mempunyai 13 daerah mengundi termasuk Lojing (606 pengundi), Sungai Ber (411 pengundi), Belatim (160 pengundi), Balar (232 pengundi), Bihai (278 pengundi), Hau (254 pengundi), Kampung Pulai (471 pengundi), Kampung Baru (2,150 pengundi), Bandar Lama Gua Musang (1,562 pengundi), Bandar Baru Gua Musang (1,058 pengundi), Kampung Batu Papan (1,739 pengundi), Lepan Tupai (593 pengundi) dan Sungai Terah (1,912 pengundi).

Kawasan Orang Asli melibatkan enam daerah mengundi iaitu Lojing, Sungai Ber, Belatim, Balar, Bihai dan Hau.

Bagi kawasan bandar pula melibatkan tiga daerah mengundi termasuk Kampung Baru Gua Musang, Bandar Lama Gua Musang dan Bandar Baru Gua Musang.

Sementara itu, kawasan luar bandar pula melibatkan empat daerah mengundi iaitu Kampung Pulai, Kampung Batu Papan, Lepan Tupai dan Sungai Terah.

Pengundi Galas dan Batu Sapi boleh membuat semakan pengundian melalui laman web SPR dengan hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau melalui perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR No Kad Pengenalan dan hantar kepada 15888. Setiap SMS dikenakan bayaran 35 sen.

Semakan juga boleh dibuat di barong SPR di tempat pengundian.

Kedua-dua Dr Zulkefli dan Abdul Aziz bukan merupakan pengundi di Galas.

Sementara itu, pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi menyaksikan saingan antara BN, calon PKR dan SAPP.

Segala tumpuan adalah ke atas BN yang menggerakkan jentera pilihan raya yang besar dalam usaha mahu mengekalkan kubu kuatnya di selatan Sandakan ini ketika Pakatan Rakyat cuba menggunakan peluang untuk memperkukuhkan tapak di Sabah.

Cakap-cakap sudah mula kedengaran bahawa BN akan keciciran kerusi ini apabila keputusan diumumkan malam ini meskipun ia memperoleh kemenangan majoriti besar dua tahun lalu.

Kombinasi undi SAPP dan PKR dikatakan akan mengatasi populariti BN di Batu Sapi.

Pakatan Rakyat menyifatkan persaingan kali ini sebagai referendum ke atas sokongan BN di Sabah, yang turut dilihat sebagai simpanan hayatnya sekian lama.

Dalam pusingan kempen terakhir malam tadi, kedua-dua Pakatan Rakyat dan SAPP mempertingkatkan strategi mereka untuk menterjemahkan sokongan dalam bentuk undi hari ini.

PKR yang mewakili Pakatan Rakyat telah mengadakan beberapa perhimpunan malam tadi, dihadiri Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Dalam pada itu, Pesiden SAPP Datuk Yong Teck Lee melawat beberapa rumah dan penduduk kawasan kuar bandar dengan harapan sentuhan peribadinya akan membawa kelebihan kepada beliau.

Beliau mengakhiri kempennya dengan berucap di tadika TaiccTung, Taman Mawar yang merupakan kawasan majoriti Cina.

Bagaimanapun BN menggunakan pendekatan senyap manakala pemimpin-pemimpin kanannya termasuk

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perbincangan tertutup di Sabah Hotel di Sandakan malam tadi.

Daripada strategi mereka nampaknya, SAPP dan PKR meletakkan harapan mereka pada komuniti Cina di Batu Sapi, yang terdiri daripada 38 peratus daripada 25,582 pengundi.

Kerusi itu mempunyai 59 peratus pengundi Bumiputera Islam, 38 peratus Cina, 2.69 peratus Bumiputera Bukan Islam dan 0.22 peratus lain-lain.

Sehingga tengah malam tadi, penganalisis mengatakan bahawa peluang kemenangan berpihak kepada SAPP walaupun mereka mengakui parti itu masih mengekori BN.

Ini adalah kerana parti pembangkang itu popular di kalangan masyarakat Cina.

Pengarah Strategi PKR Tian Chua memberitahu The Malaysian Insider bahawa setakat ini sokongan daripada masyarakat Cina kelihatan meyakinkan.

Katanya, jika PKR boleh memperoleh 50 peratus atau lebih undi masyarakat Cina, ia kemungkinan akan berada di tempat kedua.

"Tetapi jika Yong Teck Lee memperoleh pengundi Cina, kehadiran kami di Batu Sapi akan membantunya menang dalam persaingan ini," kata beliau.

Chua menjelaskan bahawa ini adalah kerana PKR merekodkan kemajuan yang signifikan di kalangan Bumiputera, khususnya ketika pusingan akhir kempen.

"Jika kita memecahkan undi BN di kalangan Bumiputera, peluang BN akan jatuh dan peluang Yong akan meningkat. Dan, jika beliau menguasai undi Cina, beliau boleh menyapu kerusi ini," katanya lagi.

Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh bersetuju bahawa pihaknya yakin telah mengatasi Yong dalam mendapatkan undi masyarakat Cina.

Sekarang, PKR perlu melihat tahap kemajuan yang dicatatkan dalam mendapatkan sokongan pengundi Bumiputera, kata beliau.

"Mereka menyambut kami dengan baik dan mereka kelihatan menyokong kami," katanya.

BN dikatakan menyampaikan berjuta-juta ringgit dalam bentuk hamper, keperluan harian, bumbung rumah dan taraf kewarganegaraan kepada penduduk kawasan luar bandar sepanjang kempen sembilan hari lalu.

Ketika lawatan The Malaysian Insider ke beberapa kampung di sini, penduduk mengakui bahawa mereka memihak kepada BN dan gembira dengan sumbangan yang diberikan.

Bagaimanapun beberapa pengundi kelihatan waspada dengan menunjukkan bahawa mereka terikat dengan retorik politik parti-parti politik.

Oleh itu, ahli-ahli politik pembangkang merasakan sukar untuk memecahkan halangan psikologi penduduk kawasan luar bandar bagi mengubah cara mereka berfikir.

Satu sumber PKR memberitahu The Malaysian Insider bahawa berdasarkan perkiraan awal parti itu hanya akan memperoleh sekitar 5,000 undi.

"Tetapi kami sasarkan 8,000 undi untuk menang... kami masih ada peluang," katanya.

Pengundian di Batu Sapi membabitkan 12 daerah mengundi bermula 8 pagi dan berakhir 5 petang sebagaimana akan disaksikan di Galas.

Keputusan Batu Sapi juga dikatakan akan diketahui menjelang 8 malam ini.


The Malaysian Insider

Video : Demo tu mari pulok..

Posted: 03 Nov 2010 06:01 PM PDT

Aku cari Video Dikir Barat edisi Galas tapi tak jumpa.. yang aku jumpa cuma Dikir Barat edisi khas pilihanraya kecil DUN Manek Urai ni.. dengarlah..

Tiada ulasan: