Isnin, 29 November 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Mahathir bantah Menara Warisan Merdeka

Posted: 28 Nov 2010 11:53 PM PST


Malaysiakini hari ini melaporkan kenyataan bekas Perdana Menteri Malaysia ke empat Tun Dr Mahathir Mohammed yang dilihat membantah pembinaan Projek mega yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak pada pengumuman belanjawan 2011 yang lalu.

Bantahan secara langsung dari bekas Perdana Menteri ini merupakan satu tamparan buat Perdana Menteri Najib selepas penyaksian bantahan rakyat secara besar-besaran yang sebelum ini diluahkan melalui halaman facebook.


Mahathir bantah kerana Jambatan Bengkok

Apa yang jelas di sini, beberapa hari lalu Dr Mahathir ada menyatakan gesaan agar PM Najib meneruskan projek Jambatan Bengkok menghubungkan Johor dan Singapura bagi menggantikan tambak Johor yang pernah diusahakan olehnya dahulu.

Apa yang dapat dibaca di sini, kedua-dua projek tersebut sama ada Menara Warisan Merdeka atau Jambatan Bengkok merupakan Projek Mega yang bakal menelan belanja berbilion ringgit. Sekiranya salah satu projek mega ini dimulakan, maka berdasarkan keupayaan kewangan negara, sebuah lagi projek pasti akan dibatalkan.

Jadi di sini seolah-olah Mahathir menggesa Najib membatalkan projek Menara Warisan Merdeka agar projek Jambatan Bengkoknya dapat diteruskan. Sedari dahulu lagi ReJaM© lihat Mahathir bersungguh-sungguh untuk melaksanakan projek Jambatan Bengkok ini, sehinggakan beliau sanggup menjatuhkan Pak Lah yang membatalkan projek itu dahulu.

Satu-satunya pemimpin UMNO yang sanggup keluar UMNO untuk menjatuhkan presiden UMNO pada masa itu semata-mata kerana Jambatan Bengkok! Apakah muslihat Mahathir berhubung pembinaan Jambatan Bengkok ini? Sukar untuk dibaca.

Apapun dari satu sudut lain, ReJaM© lebih menyokong pembinaan Jambatan Bengkok berbanding Menara Warisan yang tidak jelas kepentingannya.

Jambatan Bengkok selain memudahkan dan melancarkan perjalanan ulang alik dari Johor ke Singapore, ia akan membuka satu lagi peluang ekonomi kepada Negeri Johor memandangkan ruang bawah jambatan tersebut boleh dilalui oleh kapal-kapal besar dan tidak perlulah kapal-kapal tersebut mengambil jalan yang lebih jauh melewati Pulau Singapura.




ReJaM© "Mungkin Mahathir takut rekod Bangunan tertinggi di Malaysia yang dibinanya dipadamkan oleh Najib!"

awek cun dari kejauhan

Posted: 28 Nov 2010 11:05 PM PST


Sebagai hiburan santai kita petang-petang ni. Kali ini ReJaM© nak kongsikan satu lagi email yang dikirimkan oleh salah seorang pembaca MiLo SuaM. Pengirim email ini menghantar gambar seorang awek cun dari kejauhan. Lihat gambar di atas, Nampak tak? Awek cun dengan rambut ikal mayang dilepaskan ke bahu, berskirt pendek seperti amoi.


Kalau tak nampak tak mengapalah mari kita zoom lebih dekat supaya dapat melihat gambar yang lebih jelas! Dah nampak gambar awek cun yang dimaksudkan? Menjurut pengirim email awek cun yang diambil gambarnya secara curi-curi ini masih single, masih belum terusik hatinya oleh mana-mana jejaka. Sekiranya ada di antara anda yang ingin berkenalan bolehla mendapatkan terus no telefonnya.

Oh ya sebelum itu mari kita lihat wajahnya terlebih dahulu, betulkah cun? Kalau dah berkenan barulah boleh berkenalan lewat telefon bimbit. Sila klik gambar berikut untuk melihat wajah beliau.





Awek Cun

ReJaM© "Macam mana? Ok tak? "

Fesyen tudung terkini tahun 2011

Posted: 28 Nov 2010 10:40 PM PST


Lagi kiriman email diterima oleh salah seorang pembaca BloG MiLo SuaM yang mendakwa bahawa gambar-gambar berikut merupakan fashion tudung terkini bagi tahun 2011.

Para muslimah yang bijak pandai diluar sana bolehlah meneliti sama ada tudung berikut sesuai dijadikan busana Muslimah untuk peragaan Wanita Muslim. Pokok penting busana Muslim ialah aspek auratnya, sekiranya aspek aurat melepasi tapisan maka aspek-aspek lain seperti coraknya, kesesuaiannya dan sebagainya akan diambil kira.


Terdapat sedikit kecacatan dari segi aspek aurat pada rekaan tudung ini kerana ia menampakkan leher si pemakai. Apapun perubahan boleh dilakukan untuk menyesuaikan tudung ini mengikut keadaan dan tuntutan Muslimah.

Rekaan kreatif tudung ini memberikan kelebihan kepada si pemakai yang sering menghabiskan masa yang lama sepanjang waktu pergi dan pulang dari tempat kerja. Umpamanya semasa berada di dalam komuter, kerana tudung ini dilengkapi bantal untuk dijadikan alas kepala.


Terpulang kepada wanita sama ada mementingkan gaya atau keperluan. Pereka tudung ini menyajikan rekaan yang kreatif dan menarik di samping kemudahan yang berguna (bantal untuk tido).





ReJaM©"Baik pakai tudung saji..."

Kain rentang palsu, kerja siapa?

Posted: 28 Nov 2010 07:56 PM PST


Laman web Malaysiakini hari ini melaporkan satu berita yang pastinya tidak akan disiarkan di media-media arus perdana. Berita berkenaan kewujudan kain rentang (banner) bertulis kami tak nak wang judi beserta lambang bendera negeri Pulau Pinang beserta lambang PAS. Kain rentang ini menggambarkan seolah-olah PAS membantah pemberian wang judi oleh Kerajaan Pulau Pinang.

Persoalan utama sebelum memikirkan tentang siapa yang mencipta kain rentang ini ialah, mengapakah kain rentang ini dibuat? Apakah faedah yang bakal diperolehi oleh pihak yang menghasilkan kain rentang ini?

Jelas sekali ada pihak tertentu yang cuba menggambarkan seolah-olah Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sedang haru biru, apabila PAS juga tidak sependapat dengan DAP Pulau Pinang. Pihak yang membuat kain rentang ini jelas sekali ingin melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat! Pihak pembuat kain rentang ini mahukan Negeri Pakatan Rakyat lingkup!

  1. Menggambarkan negeri Pakatan Rakyat kucar kacir.
  2. Menggambarkan negeri Pakatan Rakyat tidak sependapat.
  3. Mahu Pakatan Rakyat lingkup pada PRU 13 yang akan datang.
  4. Melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat.
  5. Menunjukkan kerajaan DAP tidak mementingkan halal dan haram
  6. Menunjukkan DAP tidak sensitif kepada umat Islam
  7. Menanam propaganda (indoctrination) buruk dalam diri rakyat terhadap PR.

UMNO mendakwa pihak PAS selalu menyalahkan UMNO sekiranya terdapat isu seperti ini berlaku! Pihak UMNO mengatakan PAS tidak matang kerana selalu menyalahkan UMNO dalam semua perkara jahat yang dilakukan kepada PAS! Maka di dalam hal ini tentu sekali bukan DAP dan PAS sendiri yang mencipta banner palsu ini! Jadi siapa yang punya angkara?

Oleh kerana PAS tidak boleh menuduh UMNO yang membuat angkara, maka untuk menjadi matang PAS harus menuduh PKR yang melakukan semua ini! PKR memang sengaja mahu melaga-lagakan PAS dan DAP supaya Negeri-negeri Pakatan Rakyat hancur! PKR memang mahu rakyat membenci DAP dan PAS!




ReJaM© "PKR memang jahat! Sengaja memburuk-burukkan negeri Pakatan Rakyat! Untuk lebih matang mungkin PAS boleh menuduh Israel, Russia, Afghanistan, Zimbabwe dan Timor Leste yang melakukan angkara!"

Raja Arab Saudi meminta US menyerang Iran!

Posted: 28 Nov 2010 05:58 PM PST


Kerajaan Amerika Syarikat kini disifatkan sebagai tidak senang duduk berikutan kebimbangannya terhadap pendedahan demi pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh sebuah laman web, wikileaks.com yang memberi peluang kepada mana-mana individu untuk memuat naik sebarang dokumen penyelewengan yang melibatkan mana-mana pemimpin negara di dunia.

Sebelum ini Wikileaks mendedahkan kekejaman tentera US di Iraq serta pelbagai salah laku yang mendapat kecaman dunia. Kali ini tambah memeranjatkan apabila Wikileaks mendedahkan dokumen tentang beberapa pemimpin dunia arab termasuk Arab Saudi iaitu Raja Abdullah yang meminta Amerika Syarikat untuk menyerang negara Iran berhubung dakwaan isu nuklear negara berkenaan.

Beberapa hari ini dijangka lebih banyak lagi dokumen rahsia negara-negara berkaitan bakal didedahkan. Pengasas laman sesawang Wikileaks, Julian Assange berkata, setakat ini hanya 200 dokumen yang baru disiarkan daripada 251,287 yang telah diterima.

Sumber : BBC News



ReJaM© "Sebab itulah US langsung tak takut dengan Negara Arab! Banyak talam dua muka rupanya..."

Matahari kini milik wanita sepanyol

Posted: 28 Nov 2010 05:44 PM PST


MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.

Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.

Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.

Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.

Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.

Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.

Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.

Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.

Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - Agensi


Sumber: KOSMO
ReJaM© "Alamak lepas ni nak guna matahari kenalah bayar kat perempuan sepanyol tu! Ha ha ha..."

Ribuan penyokong Saiful Bukhari adakan perarakan!

Posted: 28 Nov 2010 04:55 PM PST


Golongan gay yang bangga diliwat dengan rela atau paksa seperti Saiful Bukhari Azlan, bukan sahaja dikesan di Malaysia, malah mereka berteraburan di seluruh dunia. Laporan berita dari Kosmo melaporkan bahawa ribuan gay berarak di dalam perarakan gay pertama di India.

NEW DELHI - Ribuan orang menari, menyanyi dan bersorak di beberapa batang jalan raya di sini semalam dalam perarakan pertama gay, lesbian dan pondan di India.

Seramai 2,000 aktivis gay termasuk penyokong cara hidup bebas itu menjerit pelbagai slogan dan membawa poster semasa mereka berarak.

"Hari ini merupakan hari untuk menyatakan bahawa kami merupakan gay dan kami berasa bangga. Kami tidak pergi ke mana-mana, kami merupakan sebahagian daripada masyarakat," kata salah seorang penganjur, Amit Agrawal.

Perarakan itu dilakukan sejak gay dibenarkan berdasarkan undang-undang India. - Reuters



ReJaM© "Kesian Saiful Bukhari tak dapat datang mewakili Malaysia!"

Adilkah mahkamah kita membicarakan Anwar Ibrahim?

Posted: 28 Nov 2010 08:27 AM PST

Di dalam menjawab persoalan sama ada mahkamah kita berlaku adil ataupun tidak di dalam membicarakan Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim, ReJaM© minta pembaca buka minda seluas-luasnya, cuba kita bebaskan minda kita dari dicengkam oleh mana-mana parti politik, sama ada anda Pro Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional lupakan seketika ideologi anda.

Adilkah mahkamah kita membicarakan Anwar Ibrahim?

Secara asasnya kalau ditanya kepada penyokong Barisan Nasional tentu mereka akan menjawab mahkamah sangat adil! Begitu juga sebaliknya jika ditanya kepada penyokong Pakatan Rakyat, mereka akan jawab Mahkamah tidak adil! Ada di antara penyokong-penyokong ini yang menjawab membabi buta, dan ada juga yang menjawab dengan alasan-alasan dari sudut pandangan masing-masing.

Jadi, jawapan siapa yang boleh diterima untuk menjawab soalan ini? Untuk mendapat jawapan yang tepat, tentulah kita perlukan golongan yang berilmu, dan berpengalaman di dalam undang-undang serta bebas dari sebarang kecenderungan sama ada kepada BN mahupun PR.

Jadi di sini, ReJaM© memilih jawapan dari Majlis Peguam Malaysia kerana mereka merupakan golongan yang pakar undang-undang serta bebas dari pengaruh politik.

Majlis Peguam Malaysia secara terang-terangan mengatakan bahawa mahkamah tidak berlaku adil di dalam perbicaraan terhadap Anwar Ibrahim. Apa pula pandangan anda?




Sumber: Malaysiakini

ReJaM© "Majlis Peguam yang kata bukan MiLo SuaM yang kata..."

Lady Gaga tinggalkan Facebook dan Twitter!

Posted: 28 Nov 2010 07:55 AM PST

Penyanyi pop Amerika, Lady Gaga, Justin Timberlake dan Usher adalah di antara selebriti terkenal dunia yang akan meninggalkan laman sosial mereka termasuk Facebook dan Twitter untuk membantu kempen amal penyanyi Alicia Keys.

Kempen untuk berpaling dari dunia maya yang dinamakan Digital Life Sacrifice itu akan mengumpulkan dana bermula pada hari Selasa 30 November, Hari Aids Sedunia, bagi organisasi amal Keep a Child Alive yang bertujuan membantu keluarga yang dijangkiti HIV/AIDS di Afrika dan India.

Para selebriti itu sudah merakamkan video "tweet dan perjanjian terakhir". Mereka berjanji hanya akan kembali aktif di laman sosial apabila dana yang dikumpulkan telah mencapai US$1 juta.

Video yang dibuat oleh mereka akan muncul dalam iklan yang menunjukkan mereka berbaring di dalam sebuah peti mati untuk melambangkan kempen "kematian digital" mereka.

Lady Gaga adalah selebriti yang sangat popular di Facebook dengan hampir 24 juta penggemar ditambah tujuh juta penggemar yang mengikutinya di Twitter.

Sumber : BBC News


ReJaM©

Pilih Presiden UMNO atau PAS imamkan solat jenazah?

Posted: 28 Nov 2010 06:53 AM PST

Memilih pemimpin samalah juga seperti memilih imam, kerana imam merupakan orang yang memimpin solat kita kepada Allah. Di dalam memilih imam untuk memimpin solat umpamanya kita mestilah memilih imam yang benar-benar layak untuk memimpin solat kita, baik dari segi bacaan, pengetahuan agamanya, kesihatan dan sebagainya.

Pemimpin yang harus dipilih bukan sekadar boleh memimpin kita di dunia sahaja, bahkan memimpin kita ke jalan yang diredhai Allah di akhirat kelak. Jadi di dalam hal ini imam yang harus dipilih bukan sahaja mampu mengimamkan solat 5 waktu seharian, solat hari raya dan solat hajat, malah mampu memimpin kita untuk melakukan solat jenazah! Bahkan akan mengimamkan jemaah untuk menyembahyangkan jenazah kita nanti.


Gambar hiasan



Di bawah ini dua gambar pemimpin terkenal tanah air yang beragama Islam, dari dua buah parti terbesar di Malaysia iaitu UMNO dan PAS. Sekiranya diberi pilihan, pemimpin manakah yang akan anda pilih untuk mengetuai jemaah bagi melaksanakan solat jenazah di hari kematian anda nanti?




Presiden UMNO Dato Seri Najib Tun Razak


Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang


ReJaM© "Buatlah pilihan yang bijak!"

Tiada ulasan: