Isnin, 29 November 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pil Pelansing Palsu, Dua Wanita Derita Sakit

Posted: 29 Nov 2010 12:30 AM PST

.Dua wanita dakwa sakit selepas ambil pil pelangsing

SUZIANA menunjukkan pil langsing yang diambilnya ketika ditemui di Kuala Nerang, semalam. Produk diseludup dari negara jiran

KUALA NERANG: Dua wanita mendakwa mengalami masalah kesihatan selepas mengambil pil pelangsing yang dibeli melalui ejen yang dikatakan mampu menurunkan berat badan dengan cepat.

Difahamkan, produk itu turut digunakan ahli politik, orang kenamaan, penjawat awam termasuk guru dan polis untuk menurunkan berat badan dalam tempoh singkat.

Produk itu dipercayai diseludup dari negara jiran dan dibungkus semula di sebuah kediaman yang beroperasi di Alor Setar dan dikatakan mengedar di beberapa salun kecantikan di sekitar Jitra dan Alor Setar, selain menggunakan khidmat ejen di daerah lain.

Seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Suziana, 26, mendakwa mengalami cirit-birit, pening kepala dan keguguran rambut selepas mengambil pil berkenaan dalam tempoh seminggu selepas disyorkan seorang rakannya.

Beliau berkata, pil itu dijual dalam plastik lutsinar yang dibungkus semula dengan harga RM70 untuk satu set lengkap bagi kegunaan siang dan malam, manakala set malam pula dijual pada harga RM40.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang hanya dikenali sebagai Aisyah, 54, yang ditemui di rumahnya di Kerpan, Jitra kelmarin berkata, pil pelangsing yang diambil sejak setahun lalu menyebabkan dia mengalami sakit sendi kaki yang serius.

Aisyah yang mengalami masalah berat badan 76 kilogram (kg) berjaya menurunkan ke 70kg dalam tempoh hanya seminggu selepas mengambil produk itu.

"Akibatnya, saya mengalami cirit-birit, manakala najis menjadi hitam, selain kerap pening kepala dan muntah," katanya.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Farmasi Kedah ketika ditemui berkata, pihaknya akan menganalisis sampel pil berkenaan dan akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Beliau berkata, dari segi pembungkusan, pihaknya mendapati ia menyalahi peraturan kerana setiap pil yang diluluskan Kementerian Kesihatan mempunyai label, tarikh dan nama pesakit tetapi pil ini tidak mempunyai sebarang label.

"Kita percaya kemungkinan besar pil ini mengandungi sibutramine yang boleh menyekat selera makan pengguna tetapi boleh menyebabkan kesan seperti kerosakan jantung, buah pinggang dan hati, selain boleh menyebabkan kematian," katanya.

Jurucakap itu berkata, jika didapati bersalah, pengeluar pil itu boleh disiasat mengikut Akta Racun 1952 dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM5,000 atau dua tahun penjara atau keduanya sekali.

Beliau berkata, kes itu juga disiasat mengikut Akta Pendaftaran Ubat dan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik kerana ia dipercayai mengandungi bahan ubat terkawal dan tidak berdaftar dengan kementerian itu dan boleh didenda sehingga RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. -BH

Mampukah PKR Lulus "UPSR" Politik?

Posted: 28 Nov 2010 11:45 PM PST

Selepas 11 tahun apakah PKR akan lulus 'UPSR' politik?

Kongres Nasional PKR menutup tirai dengan Anwar diberikan penghormatan agar terus menerajui parti itu, yang tidak pernah bebas daripada serangan bertubi-tubi.

ANALISIS, 29 Nov — Semenjak Malaysia merdeka, majoriti besar rakyat negara ini memberikan sokongan penuh kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN). Namun sejak dua tahun lalu, senario itu berubah apabila mereka mula mengubah arah kepada pembangkang yang membawa kepada kelahiran Pakatan Rakyat (PR).

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai tunjang kepada penyatuan tiga parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP.

Malah, perubahan senario politik negara bermula apabila PKR mengangkat martabat semua kaum di Malaysia sama ada Melayu, Cina, India dan Bumiputera.

Melalui usaha ini dilihat majoriti besar rakyat di negara ini memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12.

Malah, dalam pilihan raya umum itu majoriti besar masyarakat India di negara ini meletakkan harapan kepada Pakatan Rakyat dalam membela nasib kaum itu yang selama ini didakwa tidak diberikan perhatian oleh kerajaan BN.

PKR yang ditubuhkan 11 tahun lalu dianggotai kira-kira 400,000 ahli dengan peratusan ahli 50 peratus Melayu, 23 peratus India, 12 peratus Cina dan 15 peratus Sabah dan Sarawak.

Jika melihat daripada struktur rakyat di negara ini ternyata masyarakat India dilihat semakin jauh tertinggal jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu dan orang Cina.

Sepanjang 53 tahun negara mencapai kemerdekaan, kerajaan BN seolah-olah mengabaikan tanggungjawab kepada masyarakat India.

Walaupun, MIC yang merupakan parti bagi masyarakat India, namun sehingga kini part komponen BN ini dilihat gagal menjalankan tanggungjawab untuk membela nasib masyarakat India.

Persoalannya sekarang sekiranya BN gagal membela nasib masyarakat India, adakah PKR bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut?

Di PKR pula lima pemimpin kalangan masyarakat India bertanding kerusi naib presiden tetapi semuanya tewas.


Jika dilihat melalui kempen dan ceramah yang diadakan jawapannya adalah "ya". Tapi adakah PKR benar-benar serius atau hanya sekadar gimik politik semata-mata mahu menang dalam pilihan raya?

Malah dalam Kongres Nasional PKR yang berakhir semalam menunjukkan kepimpinan dan perwakilan parti itu tetap melaungkan slogan "keadilan untuk semua rakyat".

Jika dilihat sepanjang kongres tersebut dijalankan, majoriti besar perwakilan membangkitkan isu kesemarataan bagi semua kaum ni negara ini.

Kelima-lima usul iaitu usul menyokong ucapan dasar presiden, usul pemberdayaan demokrasi, usul pendidikan, usul ekonomi dan usul memartabatkan maruah bangsa dan ketuanan rakyat yang dibentangkan perwakilan dalam kongres itu semuanya menyentuh soal menjunjung asprasi reformasi rakyat.

Melalui pembahasan itu, jelas membuktikan PKR sememangnya serius untuk memberikan keadilan seterusnya memartabatkan semua masyarakat di negara ini.

Bak kata pepatah Melayu "duduk sama rendah, berdiri sama tinggi".

Selain itu, kongres yang berlangsung selama tiga hari ini turut menyentuh soal memantapkan dan memperkuatkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan akan diadakan pada tahun depan.

Malah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasar presiden berkata semua ahli parti itu bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata semua ahli parti tidak mempunyai pilihan kecuali untuk bersiap sedia kerana memikul amanah besar untuk membela rakyat.

"Kita berkumpul pada hari ini di dalam kongres yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, kalau desas-desus yang kuat bertiup itu benar.

"Apa pun, kita tidak punya pilihan kecuali untuk bersiap sedia secukupnya kerana kita memikul amanah besar untuk membela rakyat. Kalau ada yang pernah luka, hilangkanlah parutnya.

"Kalau ada yang sedikit tercalar, gilaplah supaya semangat juang kembali tinggi untuk berdepan dengan musuh. Yang menang memikul tanggungjawab memimpin, yang kalah bersiap sedia merempuh musuh bak kata pepatah biduk lalu kimbang bertaut," katanya.

Malah Dr Wan Azizah turut berkata amanah membela rakyat dan mengangkat martabat negara adalah lebih besar dari parut atau calar dalam parti itu.

Persoalan juga timbal berhubung sama ada kepimpinan baru PKR yang diumumkan secara rasmi mampu membawa perubahan yang besar kepada parti itu.

Bagi jawatan timbalan presiden PKR ia dimenangi Azmin Ali yang sebelum ini menyandang jawatan naib presiden parti.

Empat jawatan naib presiden PKR disandang Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman.

"Masa depan PKR kini bergantung kepada sejauh mana kepimpinan baru ini mampu meyakinkan semula rakyat terutamanya ahli parti sendiri selepas berakhirnya pemilihan yang telah menimbulkan banyak persoalan dan masalah.

"Jika tanya kepada saya, tiada perubahan yang besar pun dalam kepimpinan baru ini tetapi mereka perlu buktikan kepada ahli bahawa mereka benar-benar layak untuk memegang jawatan itu," katanya penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian.


Sementara itu Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berpendapat struktur kepimpinan baru PKR itu masih tidak menampakkan parti itu benar-benar kuat apatah lagi untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Dari segi kepimpinan yang baru saya tidak lihat banyak perubahan yang boleh dilakukan.

"Tapi saya berpendapat PKR boleh menjadi kuat sekiranya dapat memulihkan semula keyakinan ahli dan rakyat kepada parti itu selepas banyak masalah yang timbul selama ini,"
katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Walaupun banyak persoalan yang timbul berhubung kepiminan baru PKR namun adalah lebih baik sekiranya mereka yang terpilih ini terlebih dahulu menjalankan tugas dan peranan masing-masing supaya ia boleh dinilai ahli.

PKR tidak bebas daripada serangan bertubi-tubi sejak ia ditubuhkan. Yang terbaru berkaitan dengan krikan dan kecaman cara yang mengendalikan pemilihan parti,

Dalam ucapannya Anwar berkata parti itu akan terus dengan bertahan walaupun Umno-BN terus-menerus menyerang beliau dan PKR.

Persoalannya apakah PKR mampu berbuat demikian selepas lebih satu dekad ia menghadapinya. Dilihat daripada sudut persekolahan seseorang kanak-kanak, PKR akan menduduki peperiksaan UPSR tahun depan. Apakah ia akan berjaya ujian itu tahun depan? -TMI


5 Alasan Untuk Jangan Meminum Air Berkarbonat

Posted: 28 Nov 2010 10:45 PM PST

5 Alasan Kesehatan Berhenti Minum Soft Drink

Minuman ringan alias soft drink sepertinya sudah jadi tren khususnya di kalangan anak muda. Padahal sudah banyak ahli kesihatan yang mengingatkan bahwa soft drink sama sekali tidak sihat, apapun alasannya. Mengapa?

Tak ada manfaat kesihatan yang dapat diperoleh dari soft drink atau minuman bersoda. Yang Anda dapatkan hanyalah banyak kalori yang tidak berguna. Selain itu, minuman berkabornat juga membawa kesan buruk bagi kesihatan sama halnya dengan merokok.

Tapi sepertinya imbauan-imbauan dari doktor atau praktisi kesihatan untuk berhenti meminum soft drink jarang didengar oleh kebanyakan orang. Tren modern seakan melekat ketika seseorang minum soft drink.

Mengapa harus berhenti minum soft drink?

Diambil dari GeniusBeauty, Rabu (7/7/2010), berikut 5 alasan kesehatan mengapa orang wajar berhenti minum soft drink:

1. Obesiti (berat badan berlebihan)

Peneliti di University of Texas menemukan bahwa soft drink meningkatkan risiko obesiti rata-rata 32.8 peratus, sedangkan diet coke (soft drink bebas gula) justeru meningkatkan risiko hingga 54.5. Maka soft drink bebas gula tak selalunya sihat.

2. Kalori yang tak berguna

Sebahagian besar minuman soda mengandung 250 kalori per 600 ml. Tak ada kandungan nutrisi atau mineral di dalamnya, melainkan hanya gula dan kafein.

3. Kecanduan atau adiktif

Soft drink juga dapat menyebabkan semacam kecanduan. Yang merangsang kecanduan adalah kandungan kafein di dalamnya. Setelah berhenti dari kebiasaan minum soft drink, Anda akan mengalami gejala putus zat seperti sakit kepala, depresi, gugup dan menggigil.

4. Meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes

Menurut sebuah laporan yang diterbitkan oleh American Heart Association di Circulation Journal pada tahun 2007, orang yang minum soft drink setiap hari akan meningkatkan risiko sindrom metabolik, yaitu suatu kondisi yang meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes, sebesar 44 persen.

5. Mengurangi jumlah sperma

Hasil studi di Denmark menunjukkan laki-laki yang meminum 1 liter atau lebih soft drink setiap hari bisa berbahaya bagi spermanya. Laki-laki yang sering meminum soft drink menghasilkan sperma 30 persen lebih rendah dibandingkan yang tidak minimum soft drink.

Rakyat Malaysia Berjudi RM7 Juta Sehari Di Kasino Singapura

Posted: 28 Nov 2010 09:45 PM PST

Berjudi RM7 juta sehari

CHEE BOON melihat iklan-iklan ah long yang begitu banyak sehingga memudahkan peminjam meminjam wang untuk berjudi di sebuah kasino di Singapura di sekitar Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU - Kerajaan disaran berbuat sesuatu bagi menghalang rakyat negara ini daripada terus berjudi di sebuah kasino di Singapura sehingga mencecah RM7 juta sehari.

Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay Chee Boon berkata, jumlah tersebut adalah hasil perbelanjaan 3,000 rakyat Malaysia yang ke kasino tersebut setiap hari.

"Mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM2,400 seorang sehari dan jumlah tersebut akan menjadi RM210 juta sebulan.

"Perkara itu dibahaskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Johor Ke-12 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pulai, Datuk Tee Siew Kong baru-baru ini," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Taman Pelangi di sini semalam.

Menurut Chee Boon, apa yang membimbangkan, kegiatan pinjaman ah long pula semakin menjadi-jadi sejak kasino tersebut mula beroperasi pada April lalu.

"Kumpulan ah long semakin banyak di Johor Bahru dan sasaran mereka adalah untuk golongan yang gemar berjudi -kosmo

TERKINI: Kemalangan 3 Kereta & Sebuah Lori Tangki Asid

Posted: 28 Nov 2010 09:06 PM PST

Melaka: Satu kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah lori tangki membawa asid dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru di KM198, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Ayer Keroh, pagi ini menyebabkan laluan sesak sepanjang tiga kilometer.

Lori tangki asid itu dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Ia menyebabkan tangki lori berkenaan terhumban ke seberang jalan arah ke Kuala Lumpur dengan asid yang dibawa tertumpah di atas lebuh raya.

Saksi memberitahu, tiga kereta cuba mengelak tangki yang terhumban itu dan melanggarnya.

Setakat ini, beberapa pengguna cedera termasuk pemandu lori tangki yang dikatakan sesak nafas akibat terhidu asid yang tumpah dan mereka kini dirawat di Hospital Alor Gajah. -BH

Wikileaks Terus Bocorkan Dokumen Rahsia

Posted: 28 Nov 2010 08:34 PM PST

Wikileaks terbitkan lagi dokumen rahsia

Gambar: Julian Assange mengatakan Amerika takut diminta bertanggung jawab

Tapak web pengungkap dokumen rahsia Wikileaks menerbitkan ratusan ribu lembaran diplomatik rahsia Amerika Serikat dan berbagai surat khabar antarabangsa menerbitkan sarinya.

Wikileaks tetap menerbitkan dokumen-dokumen rahsia dan tidak mengindahkan permohonan pemerintah Amerika agar tapak web tersebut tidak menerbitkan dokumen berkenaan.

Inti sari dokumen yang diterbitkan berbagai surat khabar antarabangsa ini diambil dari seperempat juta korespondensi antara Jabatan Luar Negeri Amerika dan misi diplomatik Amerika selama tiga tahun terakhir.

Salah satu dokumen berisi pernyataan bahawa Arab Saudi dan sejumlah negara Arab meminta Amerika untuk menghentikan program nuklir Iran dengan segala cara, termasuk serangan militer.

Selain itu, muncul keterangan terperinci mengenai sabotaj komputer secara terus menerus oleh pemerintah Cina terhadap Amerika dan sekutu-sekutunya.

Reaksi

Gedung Putih menyebut penerbitan kabel diplomatik ini sebagai langkah yang ceroboh dan berbahaya. Gedung Putih mengatakan penerbitan ini boleh membahayakan pembicaraan peribadi dengan pemerintah asing dan pemimpin pembangkang, membahayakan diplomat Amerika, agen perisik dan pihak-pihak yang meminta bantuan Amerika untuk mendorong demokrasi.

Wikileaks sebelumnya menerbitkan dokumen perang Irak dan Afghanistan

Jabatan Pertahanan Amerika mengatakan pihaknya telah meningkatkan pelatihan dan membuat sistem komputernya lebih selamat memastikan dokumen rahsia tidak bocor.

Sebelumnya, Amerika Syarikat menulis surat kepada pendiri tapak web pengungkap dokumen rahasia Wikileaks, Julian Assange, meminta dia agar tidak menerbitkan sejumlah dokumen diplomatik.

Assange menuding pihak berwenang Amerika takut karena akan dituntut bertanggung jawab. Wikileaks mengatakan bahwa dokumen rahasia ini jumlahnya tujuh kali ganda lebih besar dari hampir 400,000 dokumen Pentagon berhubung perang Irak yang diterbitkan tapak web itu bulan Oktober lalu.

Para pengamat mengatakan Amerika dan sekutu-sekutunya berpotensi dimalukan oleh publikasi penilaian jujur dari berbagai diplomat asing.

Media England mengatakan pemerintah British khuatir penerbitan dokumen itu dapat menyebabkan warga negara Inggeris yang ada di negara-negara Muslim dijadikan sasaran balas dendam terhadap pandangan-pandangan yang dianggap "anti-Islam".

Kementerian Pertahanan Inggeris mendesak para peneribit media Inggeris agar "selalu ingat" kesan penerbitan bocoran itu terhadap keamanan nasional.

Ucapan Anwar Mengesahkan Banyak Perkara...

Posted: 28 Nov 2010 07:15 PM PST

Anwar mahu kumpul semua calon kalah

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa calon-calon yang kalah dalam pemilihan PKR, termasuk naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub, tidak akan diketepikan oleh parti.

Sebaliknya, kata beliau, mereka akan diberikan peranan tertentu dalam dalam kepimpinan parti sebagai usaha memperkuatkan PKR.

"Mengapa beliau (Mustaffa Kamil) harus diketepikan. Beliau adalah orang yang teruji... Kita akan panggil semula rapatkan kepimpinan," katanya ketika menyampaikan ucapan di akhir kongres PKR di Petaling Jaya.

Katanya, selain Mustaffa, beliau juga akan memanggil calon yang kalah antaranya, calon Ketua Pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin dan ahli parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Mustaffa berkata beliau akan berbincang dengan kepimpinan baru yang dilantik untuk memberi peranan kepada pihak yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini.

Dalam ucapan juga, Anwar menjanjikan peranan yang penting kepada pemimpin daripada Sabah dan Sarawak dalam memperkuatkan barisan kepimpinan parti itu.

Mengulas tentang aduan kelemahan pengurusan pemilihan, Anwar berkata perkara itu akan diperbaiki termasuk memberi jaminan bahawa partinya akan menjawab segala aduan yang dikemukakan.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan berpesan kepada perwakilan supaya tidak rasa tergugat dengan serangan yang dilemparkan kepada Anwar dan PKR.

Sambil mengungkap kembali apa yang dihadapinya sejak suaminya dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri, beliau menegaskan tidak rasa tergugat dengan semua itu.

"Saya pergi kemana-mana, ada orang pandang hina kepada saya. Saya tidak terasa apa-apa, sebab saya percaya kepada keadilan. Peduli apa orang kata," katanya. -mk

Ulasan GB

Apa perlunya kenyataan di atas dibuat oleh Anwar? Kenyataan tersebut bukankah lebih baik dilakukan oleh Presiden PKR sendiri?

Apabila kenyataan itu di buat oleh Anwar yang merupakan Ketua Umum (jawatan yang tidak ada dalam PKR sendiri) seolah-olah menunjuk dan mengesahkan bahawa Anwarlah perancang utama barisan kepimpinan PKR selama ini. Sekaligus membenarkan wujudnya tanggapan wujudnya campurtangan serius Anwar di dalam Pemilihan yang lalu.

Ia juga mengesahkan tuduhan bahawa Presiden hanyalah boneka.

Ia juga mengesahkan tuntutan para pejuang Hindraf yang berdemo semasa kongres berjalan bahawa "Jeneral Anwar sila berundur, kami tidak perlu diktator dalam parti" dan kata-kata Kottapan pemilihan parti yang didakwa "didalangi oleh pemimpin atasan" dan "JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) tidak telus dan berat sebelah."

Ia juga mengesahkan ucapan perwakilan dari Perak bahawa "sokongan rakyat terhadap pakatan pembangkang kini semakin lesu apabila akyat tidak lagi menaruh harapan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa perubahan kepada negara."

Ia juga mengesahkan ucapan perwakilan dari Pahang bahawa "wujudnya kumpulan baru — dikenali sebagai "Geng Berempat"" dengan "Pemimpin yang merasa diri menjadi dewa".

Dan ia juga mengesahkan tuntutan anak muda PKR bahawa PKR perlu diselamatkan.

Dan ramai pemerhati politik berpendapat PKR tak ubah hanya seperti sebuah parti serpihan UMNO sama seperti Semangat 46 yang dipimpin dan dikuasai oleh Tg Razaleigh Hamzah ketika itu.

Diikat, Ditikam & Disembelih

Posted: 28 Nov 2010 06:38 PM PST

Mayat dibuang di tepi jalan selepas disembelih

SENTUL: Diikat, ditikam dan disembelih. Itulah azab ditanggung seorang lelaki yang dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dicampak di tepi jalan dengan lebih 23 kesan tikaman ditemui pada badannya di Kampung Batu, Kilometer 5, Jinjang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa berusia 50-an ditemui orang ramai yang kebetulan melalui kawasan gelap berhampiran tangki air, di kampung berkenaan. Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mangsa dipercayai seorang India Muslim, memakai baju kemeja belang, berseluar panjang, berselipar dan berbadan agak gempal.

"Ketika ditemui, tangan mangsa dalam keadaan terikat ke belakang dengan beberapa kesan tikaman di depan dan belakang badannya. "Sepasukan pegawai dan anggota polis daerah Sentul yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa dipercayai dibunuh sejam atau dua jam dengan keadaan tangannya diikat sebelum mayatnya dicampak di kawasan tangki air itu. Lebih mengerikan terdapat kesan mangsa disembelih," katanya.

Menurutnya, polis tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa berikutan tiada dokumen diri ditemui pada mayat berkenaan.

"Kami tidak dapat kesan lagi motif pembunuhan mangsa sama ada kerana dendam atau disamun. Oleh itu saya minta sesiapa yang mengenali mangsa atau kehilangan ahli keluarga tampil ke Balai Polis Sentul untuk memberi maklumat lanjut," katanya. Zakaria berkata, tiada senjata pembunuhan ditemui di tempat kejadian, malah pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain beberapa jam sebelum dicampak ke kawasan tangki air itu.

"Polis tidak menolak kemungkinan lebih dari seorang suspek terbabit. Motif masih lagi dalam siasatan dan mayat mangsa kini masih berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat," katanya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -hm

Wanita OKU Rentung Dalam Kebakaran

Posted: 28 Nov 2010 05:30 PM PST

Wanita OKU Rentung Dalam Kebakaran

SAODAH (Ibu mangsa) sayu melihat rumah terbakar dan mengorbankan anak sulungnya di Kampung Banggol Ubi Keling, Pasir Mas, semalam.

PASIR MAS: Seorang wanita kurang upaya (OKU) yang lumpuh anggota badan dan cacat penglihatan, rentung dalam satu kebakaran di Kampung Banggol Ubi Keling, Nibong, Lemal dekat sini Sabtu.

Dalam kejadian menyayat hati pada 5 petang itu, Fatimah Said, 50, hanya mampu menjerit meminta tolong sebelum tubuhnya rentung dijilat api manakala adik lelakinya, Majani Omar, 33, yang mengalami masalah mental hanya mampu melihat tragedi itu.

Abang tiri mangsa, Mohd Johari Omar yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa, berkata beliau menyedari kebakaran itu sebaik dimaklumkan penduduk kampung namun tidak sempat menyelamatkan Fatimah kerana api marak begitu cepat.

"Saya hanya mampu melihat rumah itu ranap menyembah bumi dengan di dalamnya ada adik tiri saya. Nasib baik seorang lagi adik lelaki saya berada di luar rumah," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau berkata Fatimah berada di dapur rumah papan itu manakala Majani pula berada di luar rumah ketika kejadian itu berlaku dan mayat Fatimah dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan pagi ini.

Sementara itu ibu Fatimah, Soadah Ali, 70, ketika ditemui berkata ketika kejadian itu beliau tiada di rumah kerana menziarahi anaknya di kawasan berdekatan.

"Makcik tak sangka kejadian ini menimpa Fatimah. Fatimah cacat sejak kecil, dia lumpuh dan buta, tubuh dia pun gemuk. Kalau kita nak angkat memang tak larat, apatah lagi ketika kejadian Majani yang ada di rumah, Majani pula hilang upaya pemikiran dan memang tak mampu untuk berfikir seperti orang biasa untuk selamatkan kakak dia," katanya.

Soadah berkata beliau juga tidak menyangka sikap Fatimah yang makan lebih banyak daripada biasa sebelum kejadian itu membawa petanda ajalnya.

Katanya rumah tersebut adalah hasil perkongsian beliau dan arwah suami sejak20 tahun lalu.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Ab Kadir Che Ya ketika dihubungi berkata bomba menerima panggilan kira-kira pukul 4.50 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama sebuah jentera dan lapan anggota.

"Bagaimanapun operasi menyelamat menjadi agak sukar dan memakan masa ekoran kedudukan rumah yang laluannya sempit dan rapat menyukarkan jentera kita memasuki kawasan.

"Tetapi pihak kita berjaya juga memadamkan kebakaran malangnya tidak sempat menyelamatkan mangsa yang didapati telah rentung ekoran api yang marak dengan cepat," katanya. - BERNAMA

[Bergambar & Video] 12 maut Pesawat Kargo Terhempas

Posted: 28 Nov 2010 05:15 PM PST

KARACHI - Sekurang-kurangnya 12 orang maut apabila sebuah pesawat kargo buatan Rusia terhempas beberapa saat selepas berlepas dari sini semalam, kata seorang jurucakap pihak berkuasa penerbangan Pakistan.

PASUKAN penyelamat Pakistan sedang memeriksa kawasan kebakaran dan pesawat yang terhempas di Karachi, semalam.

Pekerja-pekerja penyelamat menemui 12 mayat dari lokasi nahas, termasuk tiga orang yang dikenali sebagai pekerja tempatan.

Menurut pihak berkuasa, pesawat Ilyushin IL-76 yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Sunway dari Georgia merempuh sebuah bangunan sejurus selepas mengisi minyak dan berlepas dari sebuah lapangan terbang di sini.

Pesawat itu membawa lapan krew dan 31 tan bekalan ke Khartoum, Sudan.

Seorang jurucakap pihak berkuasa berkata, ekoran rempuhan itu, kebakaran berlaku melibatkan dua buah bangunan.

Menurut beberapa saksi, pesawat itu merempuh bangunan-bangunan yang dalam pembinaan di kawasan perumahan Dalmai yang menempatkan apartmen Tentera Udara dan Tentera Laut Pakistan serta dekat dengan pejabat Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah.

Seorang pemberita agensi berita AFP melihat beberapa cebisan daging manusia ditemui oleh anggota paramedik.

Menurut seorang jurucakap, pesawat itu berlepas dari Karachi pada pukul 1.45 pagi waktu tempatan dan terhempas 50 saat kemudian.

Beberapa saksi menyatakan mereka melihat bola api di udara semasa pesawat itu terhempas. - Agensi








Lagi Gambar Ratu Elizabeth Lawat Masjid Abu Dhabi

Posted: 28 Nov 2010 03:40 PM PST

Blog GB pada hari kelmarin (26 Nov) telah menyiarkan beberapa keping gambar Ratu Elizabeth II mencuri perhatian media negara kelahirannya apabila baginda menutup rambut, memakai kot labuh bersulam kristal Swarovski dan berkaki ayam semasa melawat ruang solat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi.

Baginda juga membuka kasut sebagai tanda menghormati ajaran agama Islam sebelum memasuki ruang solat utama masjid itu.

Lantai ruang solat utama Masjid Sheikh Zayed iaitu masjid terbesar di UAE, dilitupi karpet seberat 35 tan yang ditenun oleh 1,200 wanita Iran selama dua tahun.

Semasa berada dalam Masjid Sheikh Zayed, Ratu Elizabeth II berkesempatan melihat sekumpulan gadis membaca kitab suci al-Quran.

Berikut di siarkan lagi gambar-gambar yang diperolehi dari BBC.

Ratu Inggeris Elizabeth II dan Putera Philip berkunjung ke masjid diiringi oleh Putera Sheikh Mohamad bin Zayed al-Nahayan.


Kunjungan ke Masjid Agung Sheikh Zayed diiringi juga oleh sejumlah anggota keluarga Kesultanan Emirat Arab


Sebelum memasuki ruangan utama masjid, Ratu Elizabeth memasuki ke sebuah sudut untuk membuka kasutnya


Di dalam masjid, Ratu Elizabeth menyaksikan dengan seksama sejumlah anak sedang membaca ayat-ayat suci Al Quran


Pengiring dari Emirat Arab mengiringi Ratu Elizabeth mendengarkan anak-anak sedang membaca ayat-ayat suci Al Quran


Senarai 10 Jalan Paling Berbahaya Di Dunia

Posted: 28 Nov 2010 06:30 AM PST

Berikut ini adalah daftar 10 jalan paling berbahaya yang pernah ada di muka bumi ini, dari yang berada di pegunungan sampai dengan keadaan jalan yang sangat sulit membuat para pengendara harus berhati-hati melewati jalan yang satu ini.

Jika anda yang kebetulan saja nanti berada di daerah-daerah ini, berhati-hatilah!!!

1. The Death Road (Bolivia)
Jalan Yungas Utara,atau diketahui sebagai "Jalan Maut",jalan sepanjang 61-69 KM ini menghubungkan La Paz to Coroico ( Ibukota Bolivia) dan wilayah hutan Amazon di Yungas Bolivia. Menurut suatu perhitungan, jalan ini memakan korban 200-300 mangsa setiap tahun




2. Guoliang Tunnel Road (China)
Berlokasi di pegunungan Taihang, provinsi Hunan China. Jalan di gunung Taihang ini dibangun oleh penduduk lokal setempat,diperlukan waktu 5 tahun untuk membangun terowongan sepanjang 1200 m dengan tinggi 5 meter serta lebar 4 meter ini. Beberapa penduduk lokal meninggal dalam pelaksanaan pembangunanya,namun hal tersebut tidak menggugatkan tekad mereka. Dan akhirnya pada tanggal 1 Mei 1977 terowongan ini dibuka untuk lalulintas umum.



3. Ruta 5: Arica to Iquique Road (Chile)
Jalan yang menghubungkan antara Arica dan Iquique ini termasyhur karena bahayanya. Jalan ini terletak tepat diatas dasar lembah yang tinggi, didasarnya akan banyak terlihat bangkai - bangkai kenderaan. Panas di daerah ini juga berbahaya kerana menyebabkan halusinasi fatamorgana.



4. Siberian Road to Yakutsk (Russia)
Jalan Umum Russia ni terletak di Yakutsk, daerah dengan suhu dingin yang ekstrim. Yang membuat jalan ini berbahaya adalah cuaca dan keadaan jalan yang tidak beraspal. Saat salju turun akan sangat licin dan pandangan yang terbatas. dan pada saat musim hujan maka akan menyebabkan kendaraaan terjebak dalam lumpur. Nah pada saat banyak kenderaan terjebak lumpur, banyak tindakan kriminal terjadi disini.



5. Sichuan-Tibet Highway (China)
Di China, angka kematian yang disebabkan oleh kecelakaan lalulintas meningkat dua kali lipat sejak 20 tahun terakhir ini. Jalan sepanjang 2,412 km yang menghubungkan sichuan dengan Lhasa tibet ini sering terjadi longsoran batu dan tanah, dan hal ini adalah umum terjadi disana.



6. James Dalton Highway (Alaska)
Jalan gravel (kerikil) sepanjang 414 mil ini menyeberangi Tundra arktik yang terkenal akan alam liar serta jarang penduduknya. Jangan harap bisa melewati jalur ini tanpa bahan bakar alternatif, persediaan makanan, radio CB, roda tambahan serta kenderaan pacuan 4 roda(4WD)



7. Patiopoulo-Perdikaki Road (Greece)
Jalan kerikil dan sempit antara Patiopoulo dan Perdikaki ini banyak terdapat tanjakan dan turunan yang curam serta banyak lobang di jalurnya. Banyak pengendara tewas disini setiap tahun, dan lebih berbahaya pada malam hari.



8. Trollstigen (Norway)
Troolstigen yang bererti (tangga trool). Jalan ini meskipun berbahaya, sempit dan banyak tikungan tajam adalah tempat tujuan pelancong. Dipuncak bukit terdapat tempat parkir kenderaaan yang luas.



9. The A682 Road (England)
Jalan A682 antara junction 13 dan M65 Long Preston adalah jalan terburuk di England. Sudah mencatat 100 insiden fatal dalam 10 tahun ini dan 22 kecelakaan serius dalam tiga tahun ini dan dua diantaranya fatal. Para ahli menyatakan bahwa per 10 mil jalan ini rata-rata 0,5 angka kematianya. Daerah ini adalah favorit bagi para Biker, terutama pada Isnin pagi.



10. Stelvio Pass Road Trollstigen(Italy)
Jalan beraspal tertinggi di pegunungan Aspen timur,dan tertinggi kedua di Alps setelah Col de l'Iseran (2770 m). Stelvio Pass Road menghubungkan Valtellina dengan lembah atasnya (Adige valley dan Merano). Jalan ini berlokasi di Italian Alps, dekat Bormio dan Sulden, 75 km dari Bolzano, dekat dengan perbatasan Swiss.



Pemilihan DAP Selangor: Berkecuali Dpt Undi Terbanyak, Unity Dpt Kerusi Terbanyak

Posted: 28 Nov 2010 05:30 AM PST

Pemilihan DAP S'gor: Ronnie Liu tewas

Keputusan pemilihan jawatankuasa DAP Selangor menunjukkan Pasukan Perpaduan pimpinan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok menguasai tujuh daripada 15 kerusi.

Manakala Pasukan Pelangi pimpinan Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim pula memenangi lima kerusi, manakala bagi tiga kerusi lagi dimenangi oleh calon Bebas.

Teresa dan Teng masing-masing berjaya terpilih. Teng mendapat 504 undi di tangga keempat, manakala Teresa mendapat 437 undi ditangga ke-11.

Seorang lagi exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu gagal untuk menganggotai jawatankuasa DAP Selangor.

Ronnie menduduki tempat ke-21 dengan mendapat 369 undi.
Dua lagi ADUN yang tewas ialah Philip Tan Choon Swee (Teluk Datuk) dan Edward Lee (Bukit Gasing).

Berikut adalah keputusan rasmi pemilihan jawatankuasa DAP Selangor:

1) Jenice Lee (B) 703
2) Hannah Yeoh (B) 644
3) Charles Santiago (B) 596
4) Teng Chang Khim (Rainbow) 504
5) Ng Suee Lim (Rainbow) 498
6) Ean Yong Hian Wah (Unity) 478
7) Gobind Singh (Unity) 478
8) Tony Pua (Unity) 463
9) Lau Weng San (Unity) 459
10) Teo Nie Ching (Unity) 452
11) Teresa kok (Unity) 437
12) Tiew Way Keng(Unity) 428
13) Ramakrishnan (Rainbow) 405
14) Lim Soo Hong (Rainbow) 403
15) Kannan (Rainbow) 402

Proses pengiraan undi bermula kira-kira jam 1.30 tengahari selepas sekurang-kurangnya 812 daripada 1,016 perwakilan yang layak, selesai mengundi dalam pemilihan pucuk pimpinan DAP Selangor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sunway hari ini.

Sewaktu perwakilan memasuki dewan konvensyen untuk mengundi bagi memilih barisan kepimpinan DAP negeri untuk tempoh dua tahun akan datang, para calon termasuk Teng Chang Kim (kanan) dan Yong Hian wah kelihatan sibuk bersalaman dengan mereka.

Suasana kelihatan tenang dan mesra, manakala calon-calon kelihatan menjalankan kempen saat akhir untuk mendapatkan sokongan para perwakilan.

Paling jelas ialah Ronnie Liu (kiri), di mana penyokongnya sejak awal pagi lagi mengedarkan risalah dalam bahasa Inggeris dan Cina, yang memaparkan latar belakang dan manifesto ahli exco kerajaan Selangor itu.

Risalah itu berbunyi: 'Satu undi untuk YB Ronnie Liu adalah satu undi bagi kemajuan DAP khususnya dan rakyat umumnya'.

Beberapa perwakilan juga menerima SMS, konon dihantar oleh penyokong pasukan Pasukan Perpaduan yang diketuai oleh exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, meminta mereka memilih kombinasi calon pasukan tersebut.

Perwakilan dari 145 cawangan DAP mula mengundi pada kira-kira jam 12.15 tengahari, selepas majlis perasmian dan ucapan oleh pengerusi DAP Selangor DAP Ean Yong Hian Wah dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Seramai 50 calon bertanding merebut 15 kerusi dalam jawatankuasa DAP Selangor.

Isteri Dicederakan : Suami Terlihat Gambarnya Bersama Lelaki Lain Di Ruang Sembang

Posted: 28 Nov 2010 05:05 AM PST

Melaka: Luluh hati seorang isteri apabila suami yang diharapkan menjadi pelindungnya tergamak memukul dan mengugut membunuhnya akibat cemburu buta, awal bulan ini.

Dalam kejadian jam 11.35 malam pada 4 November lalu, Siti, 29, mendakwa suaminya yang berusia 35 tahun menamparnya sejurus mengejutkannya daripada tidur di ruang tamu rumah mereka di Tanjung Keling, dekat sini.

"Suami menampar pipi kiri dan kanan serta memukul kepala saya bertalu-talu sambil bertanya mengapa saya curang. Saya terpinga-pinga dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut. Saya hanya mampu mengalirkan air mata menahan kesakitan.

"Kemudian dia ke dapur sebelum menghampiri saya semula dengan tangan kirinya memegang pisau. Dia mengacukan pisau ke leher saya dan tangan kanannya menarik rambut saya," katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Difahamkan, kejadian sama pernah berlaku pada Ogos 2009 iaitu selepas enam bulan pasangan terbabit bernikah, namun ketika itu mangsa tidak membuat laporan polis.

Siti yang bertubuh kecil molek berkata, suaminya menekan pisau berkenaan agak kuat hingga lehernya luka.

"Dia mengugut membunuh saya jika meneruskan niat untuk bercerai. Dia juga mengugut mencederakan anak saya iaitu anak tirinya berusia tujuh dan lima tahun. Ini kali kedua suami memukul saya sejak berkahwin dua tahun lalu," katanya.

Dia membuat laporan di Balai Polis Tanjung Keling pada 18 November lalu dan laporan kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah (IPD) keesokannya.

Menurut Siti, mulanya dia menyangka perkahwinan keduanya akan bahagia biarpun menjadi isteri kedua.

Ini kerana madunya datang meminang selepas perkenalan singkat dengan suami, sekali gus menguatkan keyakinan itu walaupun ahli keluarganya tidak bersetuju.

"Hanya enam bulan saya bahagia. Kami tidak pernah bergaduh dan suami melayan saya dan anak dengan baik, namun keadaan bertukar apabila isteri pertama tiba-tiba berubah sikap dan memberi bermacam tekanan hingga akhirnya saya diharamkan berkunjung ke rumah mentua.

"Sebelum itu hubungan kami baik dan saling kunjung mengunjung, malah saya sering membawa empat anaknya bermalam di rumah.

"Hubungan saya dengan suami mulai keruh apabila saya mengadu hal itu (berkenaan madu) kepadanya. Saya jadi takut kerana suami mula menunjukkan sikap sebenarnya yang panas baran dan kerap memarahi saya," katanya.

Siti tidak pasti punca sebenarnya dia dipukul dan mengesyaki ia mungkin disebabkan suaminya terlihat gambarnya dengan seorang lelaki lain yang kebetulan dihantar oleh rakan menerusi ruangan sembang.

"Malam kejadian, selepas balik daripada makan malam di Ayer Molek, kami sekeluarga duduk di ruang tamu. Saya dan anak menonton televisyen hingga terlena manakala suami pula sebelum itu menggunakan komputer riba.

"Saya syak mungkin sebab itu dia marah apabila terlihat gambar saya bersama seorang kenalan lelaki ketika menghadiri satu kursus setahun lalu. Saya tidak pernah memuat turun gambar itu dan menyimpannya di dalam komputer," katanya.

Disebabkan pelbagai masalah itu, mereka pernah berbincang dan dia meminta cerai, namun suami enggan dan memarahinya.

Dia berkata, mereka juga pernah menghadiri dua sesi kaunseling di Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

"Oleh kerana tiada penyelesaian, kami kini menumpang di rumah keluarga kerana saya bimbang keselamatan diri dan anak," katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelia Pembela BN, Amir Hamzah berkata, pihaknya bersama peguam pembela akan mengambil tindakan berhubung permohonan proses perceraian selain bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memberi perlindungan sementara kepada wanita terbabit.

"Isu keganasan rumah tangga banyak dilaporkan akhir-akhir ini dan pihak kami ada beberapa kes seumpamanya. Peguam kami yang mengendalikan dan kes seperti ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

"Mengenai kes Siti, kami syorkan dia diberi perlindungan di tempat sesuai di rumah ibunya. Daripada segi perundangan, peguam akan uruskan secepat mungkin," katanya. -hm

[Bergambar & Video] Rumah Termahal Di Dunia

Posted: 28 Nov 2010 03:29 AM PST

Bilionair India perkenal rumah termahal

Mukesh Ambani bersama rumah barunya 27 tingkat di Mumbai, India.

MUMBAI - Bilionair India, Mukesh Ambani mengadakan parti mewah bagi memperkenalkan rumah barunya di atas sebuah bukit di sini yang dibina dengan kos AS$2 bilion (RM6.3 bilion) sekali gus kediaman persendirian termahal di dunia.

Akhbar Times of India melaporkan sekitar 80 individu berpengaruh dan selebriti Bollywood termasuk Preity Zinta dan Aamir Khan menghadiri parti tersebut pada malam kelmarin di kediaman 27 tingkat itu yang dinamakan Antilia.

Digelar Taj Mahal kurun ke-21, Antilia adalah setinggi 174 meter dengan ruang dalaman seluas 37,161 meter persegi dan dilengkapi ruang parkir enam tingkat, beberapa kolam renang dan sebuah panggung wayang.

"Satu kelegaan dapat menghirup udara segar di tempat tinggi dan meninggalkan pencemaran bandar Mumbai di bawah sana," kata seorang tetamu parti itu.

Menurut akhbar berkenaan, Ambani memerlukan kira-kira 600 kakitangan bagi menyelenggara kediaman barunya itu

Ambani, 53, merupakan lelaki terkaya di India dengan anggaran kekayaan mencecah AS$27 bilion (RM85.1 bilion). – AFP












Tiada ulasan: