MiLo SuaM |
- Video Awek Melayu anjur gusti jalanan
- Video lengkap Tuan Guru Nik Aziz dimaki hamun
- Perdana Menteri langgan pelacur Kelas atasan
- Kanak-kanak 10 tahun lahirkan bayi perempuan
- India petik kelapa demi lawatan Barack Obama
- Perutusan Tuan Guru Nik Aziz untuk pengundi DUN Galas
- Macam biasa gimik UMNO 200 ahli PKR masuk UMNO
- Pak imam miliki dadah dipenjara 8 tahun
- SPR tidak suka Tuan Guru Nik Aziz Islamkan Orang Asal
| Video Awek Melayu anjur gusti jalanan Posted: 03 Nov 2010 11:29 PM PDT ![]() Macam-macam perkara pelik kita boleh saksikan dalam dunia sekarang ni. Terutama bila dah adanya teknologi maklumat yang canggih macam internet yang korang tengah gunakan sekarang ni. Perkara buruk dan baik cepat sahaja tersebar. Kali ini ReJaM© nak kongsikan video yang dihantar oleh salah seorang pembaca BloG Milo SuaM yang meminta untuk dikongsikan di dalam BloG ini. Menurut si pengirim, video awek Melayu bergaduh atau boleh juga disebut video awek melayu anjurkan gusti / pergaduhan di jalanan ini diterima dari telefon mudah alihnya. Dalam video ni awek-awek Melayu ni bergusti secara bergilir-gilir sambil disaksikan dan disorakkan oleh penonton yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Budaya bergusti di kalangan awek Melayu ni bagi ReJaM© agak pelik. Mungkin ada juga minah-minah saleh ataupun minah-minah mexico dan negro kat luar negara sana yang buat benda bodoh macam ni. Tapi bila sampai pada Awek Melayu anjurkan gusti jalanan, memang benar-benar suatu yang pelik. Diorang ni dah masuk hantu agaknya. apapun korang layanlah video ni. ReJaM© "Macam-macam hal awek Melayu sekarang nih..." |
| Video lengkap Tuan Guru Nik Aziz dimaki hamun Posted: 03 Nov 2010 08:10 PM PDT ![]() Video lengkap bagaimana Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dimaki hamun oleh seorang penyokong dan juga pendukung UMNO Kelantan. Inilah wajah mereka, ReJaM© rasa tak perlulah ReJaM© cerita banyak-banyak. Korang tengok video ini dan nilai sendiri dengan logika serta fikiran yang rasional. ReJaM© "Inilah wajah ustaz kebanggaan UMNO! Sumbang yang amat!" |
| Perdana Menteri langgan pelacur Kelas atasan Posted: 03 Nov 2010 12:39 PM PDT ![]() Perdana Menteri melanggan pelacur kelas atasan? Berita yang benar-benar membuatkan rakyat Malaysia terkejut membacanya. ReJaM© juga betul-betul terkejut apabila diberikan link dengan tajuk PM langgan pelacur kelas atasan, Tapi bila baca, kus mangat, berita dari Kosmo rupanya. Bukan Perdana Menteri Malaysia la, tapi Perdana Menteri Italy nu... Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang cukup terkenal dengan sikap suka berfoya-foya berdepan satu dakwaan terbaru apabila beliau dikatakan membayar seorang pelacur kelas atasan untuk mendapatkan khidmat seks, lapor sebuah akhbar semalam. Pelacur cantik bernama Nadia Macri itu memberitahu dia menghabiskan masa bersama Berlusconi sebanyak dua kali di rumahnya dengan bayaran mencecah AS$14,495 (RM44,738), selain diberi barangan kemas. Nadia yang berusia 28 tahun itu turut mendakwa melihat Berlusconi melakukan hubungan seks dengan beberapa orang wanita di dalam sebuah jakuzi. Dakwaan itu dibuat dalam satu kenyataan kepada pihak pendakwa raya yang melakukan siasatan berhubung parti-parti seks dan dadah yang diadakan di rumah percutian milik Berlusconi. Nadia menyatakan, ganja ditawarkan kepada wanita-wanita pada parti itu. Menurutnya, dadah itu ada di dalam pesawat rasmi Berlusconi. Jika benar, dakwaan tersebut boleh menjejaskan karier Perdana Menteri itu. Peguam Berlusconi, Niccolo Ghedini bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu. "Tiada perkara yang tidak senonoh berlaku di rumah Berlusconi," katanya. Kenyataan Nadia setebal 300 muka surat itu bocor kepada media Itali. Sebelum ini, Berlusconi mendapat liputan meluas berikutan hubungannya dengan seorang penari gelek, Karima Keyek yang berumur 18 tahun. - Agensi ReJaM© |
| Kanak-kanak 10 tahun lahirkan bayi perempuan Posted: 03 Nov 2010 10:15 AM PDT ![]() Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dari Romania bersalin di Selatan Sepanyol menurut pegawai di kawasan berkenaan. Kanak-kanak itu melahirkan seorang anak perempuan minggu lalu di sebuah Bandar Jerez de la Frontera, kata Menteri Hal Ehwal sosial Andalucia, Micaela Navarro Kerajaan kini sedang memutuskan sama ada ibu dan keluarganya layak untuk memelihara bayi berkenaan kata Ms Navarro. Bapa kepada bayi berkenaan dipercayai seorang remaja berusia 13 tahun, yang kini dikatakan masih berada di Romania menurut media Sepanyol. "Apa yang harus dipastikan ialah kedua-dua bayi dan ibu, yang mana di dalam hal ini keduanya masih kecil mendapat penjagaan yang terbaik" Kata Navarro. "Sekiranya mereka boleh dijaga dengan baik, maka mereka boleh tinggal dengan keluarga itu" tambahnya lagi. Nenek kepada bayi berkenaan yang merupakan seorang yang berbangsa Gypsy, terpampang di muka hadapan akhbar Sepanyol sambil tersenyum di luar rumah pangsanya di bandar Lebrija, menurut laporan AFP. Anak perempuannya yang berusi 10 tahun dilaporkan baru sahaja berhijrah ke Sepanyol dari Romania kira-kira tiga minggu yang lalu. Wanita berkenaan dikenali sebagai Olimpia, dipetik sebagai berkata bahawa ibunya" sangat sihat seperti anaknya, yang sangat sihat dan sangat cantik". Menurut Andalucia daily, Diario de Jerez, penulis yang mula-mula melaporkan kisah ini, nenek kepada bayi berkenaan langsung tidak memahami betapa isu ini adalah isu yang hangat. kata nenek berkenaan "umur begini adalah umur kami berkahwin di Romania". Statistik terkini menunjukkan 177 kanak-kanak perempuan di bawah umur 25 tahun bersalin di Sepanyol tahun 2008. [BBC] ReJaM© "Kalau di Malaysia ni memang bakal pelajar cemerlang Sekolah Ali Rustam ni..." |
| India petik kelapa demi lawatan Barack Obama Posted: 03 Nov 2010 09:34 AM PDT ![]() Tugas sebagai seorang Presiden Amerika mungkin satu tugas yang berbahaya. Namun begitu penduduk di India mengambil langkah yang jarang sekali dilakukan untuk melindungi beliau sepanjang lawatannya di India nanti. Mereka memetik dan menyingkirkan semua buah kelapa yang terdapat di pokok-pokok kelapa yang mungkin akan dilalui oleh Barack Obama di bawahnya, mereka bimbang kalau-kalau malang tidak berbau, buah kelapa bakal menghempap kepala Obama. Barack Obama berlepas ke India untuk mengadakan lawatan tiga hari ke negara berkenaan di mana beliau akan melawat ibu negara New Delhi dan Bandar Mumbai. Sama ada anda percaya ataupun tidak, setiap tahun rakyat di India mengalami kecederaan, malah ada yang terbunuh akibat dihempap buah kelapa. [BBC] ReJaM© "Sebelum ni Barack Obama dibaling dengan buku, mungkin lepas ni kena baling atau dihempap kelapa pulak..." |
| Perutusan Tuan Guru Nik Aziz untuk pengundi DUN Galas Posted: 03 Nov 2010 05:10 AM PDT ![]() Salam persaudaraan semua Pengundi Galas. Bersyukur kepada Allah SWT yang memberi peluang untuk kita semua bertemu dalam pilihan raya kecil N.45 Galas, Gua Musang. Semoga semua Pengundi Galas daripada orang Melayu, Cina, Orang Asal sampai kepada orang India berada dalam sihat dan 'afiat. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan pengharapan agar Pengundi Galas dapat menghayati jasa dan bakti serta ketulusan pihak Kerajaan Negeri Kelantan bersempena panggilan keluar mengundi pada hari Khamis, 27 Zulkaedah 1431 bersamaan 4 November 2010 nanti. Maka, undilah Calon Kito, Dr. Zul dari Parti PAS, iaitu Parti Kerajaan yang mentadbir Negeri Kelantan hari ini. Sesungguhnya, ambillah pengajaran daripada tujuan Allah SWT menciptakan manusia ini––lelaki dan perempuan, dan berbangsa-bangsa––supaya kita semua berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu dengan yang lain (intisari maksud Al-Quran, Surah Al-Hujurat 49:13). Justeru Allah menciptakan manusia semua adalah dari satu keturunan, iaitu Nabi Adam. Ini bermakna asal-usul sesuatu kaum itu, tidak kira Melayu, Cina, India dan Orang Asal adalah dari seorang manusia bernama Adam yang kemudian berkembang menjadi pelbagai keturunan, bangsa, bahasa, budaya, warna kulit dan pelbagai adat resam. Maka Islam memandang tinggi dan memberi kemuliaan di atas semua perbezaan, asalkan mereka beriman dengan Allah SWT. Memahami ciptaan Allah itu, saya dapati Saudara Dr. Zul selaku Calon Kito telah memberi kesanggupan untuk berkhidmat kepada semua rakyat––Pengundi Galas––termasuk Melayu, Cina, Orang Asal dan India. Ini sesuai dengan perintah Allah SWT, agar kita semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan, menerangkan kebenaran dan jangan timbul rasa kebencian terhadap sesuatu kaum sehingga melakukan ketidak-adilan ke atas kaum itu (intisari maksud Al-Quran, Surah Al-Maidah 5: 8). Inilah misi dan matlamat sebenar Kerajaan Negeri di bawah Kepimpinan Ulama' tatkala berkuasa––sedia membantu dan menyelesaikan permasalahan rakyat––sentiasa utamakan prinsip keadilan untuk semua. Begitu pula dari segi kemasyarakatan, Allah SWT melarang perbuatan saling cemuh-mencemuh dan rendah-merendah terhadap kaum tertentu. Ini mungkin kaum yang dicemuh itu lebih baik. Dan kita harus mengelakkan daripada panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk (intisari maksud Al-Quran, Surah Al-Hujurat 49:11). Oleh itu, semua Pengundi Galas sama ada orang Melayu atau Cina, India atau Orang Asal hendaklah saling hormat-menghormati. Prinsip ini telah menjadi pendirian dan dasar sosial Kerajaan Negeri Kelantan sepanjang mentadbir Negeri ini sejak pilihan raya umum 1990 lagi. Maka prinsip ini menjadi panduan Wakil Rakyat yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan (dari Parti PAS/Pakatan Rakyat) menjalankan tugas dan berkhidmat kepada rakyat. Saya yakin Saudara Dr. Zul bersedia mengamalkan khidmat terbaik untuk rakyat Galas berpandukan prinsip tersebut. Sesungguhnya, pilihan raya kecil Galas berlaku pada saat Kerajaan Negeri Kelantan sedang menyambut 20 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam. Dalam tempoh 20 tahun itu, banyak usaha pembangunan sudah dibuat dan sedia dinikmati oleh semua rakyat. Aspek kebajikan rakyat, kepentingan dan hak rakyat menikmati hasil pembangunan adalah keutamaan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat. Termasuklah, Pengundi Galas sudah menerima banyak perubahan hasil daripada pembangunan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri di Jajahan Gua Musang. Justeru itu, tiada pilihan lain bagi Pengundi Galas, melainkan bersetuju untuk mengundi Calon Kito, Dr. Zul yang sanggup memberi khidmat terbaik bagi menyambung usaha Wakil Rakyat sebelum ini, malah sedia menjadi penghubung dan pemudah-cara antara rakyat dengan Kerajaan Negeri. Semua Pengundi Galas harus menerima hakikat bahawa segala rancangan pembangunan akan berjalan lancar apabila Dun Galas ini mempunyai Wakil Rakyat yang mewakili Kerajaan Negeri. Ini kerana banyak urusan pembangunan adalah tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Di antaranya rancangan pemilikan tanah, pembinaan jalan, bekalan air paip, pembinaan rumah, bangunan perniagaan dan kebajikan serta kesejahteraan rakyat. Maka, pesanan saya, janganlah mudah percaya kepada janji pemimpin BN yang jelas menentang Kerajaan Negeri, kononnya mereka ada kuasa untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah atau bekalan air, atau pun perumahan rakyat. Semua urusan ini tidak akan selesai tanpa kerjasama Wakil Rakyat dari Parti yang mewakili Kerajaan Negeri. Memahami keadaan yang sedemikian, apa pasal kita nak pilih calon BN? Natijahnya calon BN tidak akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri. Ini kerana kebelakangan ini, ramai pemimpin BN yang terlibat dengan rasuah, kroni dan pilih kasih yang jelas berlawanan dengan ajaran agama, bercanggah dengan hasrat rakyat dan tidak sehaluan dengan dasar-dasar Islam yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Maka seruan saya, berilah keyakinan dan kepercayaan kepada Calon PAS, Dr. Zul sebagai Calon Kito yang sedia berkhidmat untuk semua Pengundi Galas. Keluarlah beramai-ramai untuk mengundi dan undilah bulan. "Pertahan Galas Kito" Calon Kito, Dr. Zul – Cakno & Mesra ReJaM© |
| Macam biasa gimik UMNO 200 ahli PKR masuk UMNO Posted: 03 Nov 2010 04:30 AM PDT ![]() Seperti biasa sifir gimik pilihanraya UMNO memang dari awal sudah dapat dibaca. Isu serupa yang berulang-ulang digunakan oleh UMNO dan Barisan Nasional bila menghampiri pilihanraya ialah parti lawannya daripada Pakatan Rakyat sama ada PAS, PKR, ataupun DAP akan keluar parti beramai-ramai untuk masuk UMNO. Dalam hari biasa tiada pulak ahli dari Pakatan Rakyat nak keluar UMNO? Pelik memang pelik sebab biasanya 100 atau 200 orang, kadang kala sehingga 1000 orang ahli dari Pakatan Rakyat akan sehati sejiwa memilih untuk keluar parti dan menyertai UMNO sehari sebelum pilihanraya. Hebat kan, semua orang ni boleh serentak nak jadi ahli UMNO bila ada pilihanraya. Akal yang rasional tentu sekali sukar menerima berita bodoh ini. Berita ahli Pakatan Rakyat masuk UMNO beramai-ramai di hari mengundi ini bukan suatu cerita yang jarang, tetapi nampaknya menjadi cerita yang wajib ada bila dekat-dekat nak pilihanraya. Akal yang rasional tentu akan meragui kesahihan berita begini. Inilah jadinya bila si penipu tak cukup cerdik. ReJaM© "UMNGOK bongok lagi membongokkan...!" |
| Pak imam miliki dadah dipenjara 8 tahun Posted: 03 Nov 2010 03:26 AM PDT ![]() Berita yang dipetik dari akhbar Sinar Harian Online, seorang imam dihukum penjara 8 tahun di atas kesalahan memiliki dadah. Seorang lelaki warga emas yang dikenali sebagai imam di Kampung Keda Kemangi, Kupang, Baling, dekat sin:i, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar, di sini, semalam, atas dua kesalahan memiliki kanabis, dua tahun lalu. Dalam pertuduhan pertama, Mohamad Ishak, 61, dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, sebelum ditawarkan pertuduhan pilihan 39A (2) akta sama. Mohamad dituduh melakukan kesalahan itu pada 18 Mei 2008, kira-kira jam 9.45 malam, di belakang kedai makan di Kampung Bok Bak, Kupang. Dia didakwa memiliki kanabis seberat 360.5 gram dan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta yang sama. Satu lagi pertuduhan yang dihadapinya adalah kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) akta sama kerana memiliki dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 33.2 gram pada tarikh, masa dan lokasi yang sama. Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata, setelah mempertimbangkan hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, beliau menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun bermula dari tarikh tangkapan bagi pertuduhan pilihan. "Manakala bagi pertuduhan kedua, penjara tiga tahun bermula dari tarikh tangkapan dan kedua-dua hukuman dijalankan serentak," katanya. Mohamad, seorang pesara tentera yang kini menjadi peniaga pasar malam diwakili peguam, Ali Munawar Razak manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zakhi Mohd Daud. Dalam operasi yang dijalankan pada 18 Mei 2008, polis menemui satu bungkusan plastik hitam yang sedang dipegang Mohamad, mengandungi satu ketulan kanabis dengan sebahagian daripadanya dibalut dengan satu lapisan kertas timah dan dibungkus dalam satu paket plastik. Turut ditemui di dalam plastik hitam itu, satu lagi ketulan kanabis yang sebahagiannya dibalut dengan satu lapisan kertas timah, menjadikan keseluruhan kanabis yang ditemui itu seberat 360.50 gram. Hasil pemeriksaan, polis menemui 14 paket kecil, keseluruhannya seberat 33.2 gram, di dalam beg warna merah yang sedang disandang Mohamad. ReJaM© |
| SPR tidak suka Tuan Guru Nik Aziz Islamkan Orang Asal Posted: 03 Nov 2010 02:53 AM PDT ![]() Suruhanjaya pilihanraya, SPR dilihat sebagai anti Islam apabila hari ini Timbalan Pengerusinya mengeluarkan satu kenyataan yang benar-benar diluar jangkaan ReJaM©. Beliau mengatakan walau apa sekalipun duit zakat yang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kepada orang asal yang baru masuk Islam dianggap sebagai rasuah. Benar-benar sangat mengejutkan! Sedarkah beliau bahawa orang asal yang masuk Islam itu termasuk di dalam asnaf yang layak untuk menerima zakat? Pemberian zakat sebagai hadiah selepas seseorang menjadi saudara baru adalah satu perkara biasa dilakukan. Adakah timbalan Pengerusi SPR ini Anti Islam? Secara asasnya jelas sekali beliau tidak suka bila Tuan Guru mengislamkan orang asal terbabit kerana ia memberikan tanggapan baik kepada Tuan Guru. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan walau apapun penjelasan PAS mengenai wang yang diberikan kepada beberapa Orang Asli Isnin lalu, ia masih dianggap sebagai sogokan di bawah undang-undang. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, walaupun PAS berkata ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954. Katanya, SPR telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu. "Mereka telah melihat video, dan mereka mungkin mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini," katanya dalam satu sidang akhbar di Gua Musang. Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada calon, penduduk Galas atau parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu untuk melaporkan kes tersebut supaya SPRM boleh mengambil tindakan -Malaysiakini ReJaM© "Korang lihat sendirilah perangai bangang SPR ni!" |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan