Khamis, 4 November 2010

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


DR ASRI PUN SUDAH PANDAI CAKAP BERBELIT ?

Posted: 03 Nov 2010 06:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA teruk diserang oleh penyokong-penyokong PR terutamanya Blogger Pro DS Anwar, Dr Asri berbelit-belit pula di dalam cuba memperbetulkan kenyataannya sebelum ini yang menasihatkan DS Anwar bersara dalam politik. Baca di sini. Maka, timbul pula istilah `dinasour' yang beliau tujukan kepada ramai pemimpin di dalam Umno, bukan hanya kepada DS Anwar sahaja katanya. Maksudnya, Dr Asri juga anggap DS Anwar seperti `dinasour' sama seperti pemimpin Umno?

Beliau hairan mengapa kepimpinan di dalam AMK `melenting' bila beliau menyarankan DS Anwar bersara. Kita tidak lihat AMK melenting pun, ianya sekadar menjawap hujah Dr Asri yang langsung tidak berpijak di bumi nyata itu. Masakan Dr Asri takut untuk mendengar hujah kumpulan muda di dalam AMK ini bagi mempertahankan `bos' mereka? Hujah mesti lawan dengan hujah.

Hujah Dr Asri bahawa beliau menyanjungi DS Anwar dan pengorbanan serta perjuangannya. Namun katanya, ini bukan penghalang untuk golongan muda menggantikan tempat DS Anwar. Siapa pula yang menghalang tokoh muda yang berkemampuan memimpin PKR itu? Masalahnya siapa pemimpin muda yang boleh menggantikan DS Anwar yang dimaksudkan oleh Dr Asri itu? Jika mahu dikatakan Dr Asri pun, beliau tidak berparti langsung ibarat `burung terbang melayang'. Bukankah PKR telah laksanakan amalan demokrasi jauh lebih baik dari Umno semata-mata untuk melahirkan kepimpinan yang baik dan berkualiti? DS Anwar pun waktu ini tiada jawatan yang diiktiraf di dalam parti, beliau adalah Ketua Umum PKR.

Dr Asri turut berhujah, DS Anwar boleh bersara dalam politik tetapi masih boleh memberikan pandangan sepertimana Tun Mahathir, Pak Lah dan beberapa orang lagi veteren Umno yang telah meninggalkan politik. Mahu tanya Dr Asri, cuba sebut siapa tokoh Umno yang telah bersara dari politik yang pandangannya diakui dan diiktiraf oleh Umno? Mereka semua sudah jadi melukut di tepi gantang. Perjuangan sebenar adalah berada di medan perjuangan, bukan berada di luar seperti Dr Asri.

Masalah kepimpinan parti, serahkan kepada ahli untuk memilih pemimpin mereka yang layak. Selagi ahli-ahli PKR masih memerlukan DS Anwar sebagai pemimpin mereka, datanglah seribu orang seperti Dr Asri untuk menasihatkan DS anwar bersara pun tiada gunanya. Hanya ahli yang tahu siapa setakat ini yang boleh memimpin parti ini. Tulisan ini bukan untuk `melenting' tetapi menjawab hujah Dr Asri yang dangkal itu. Selagi PR tidak berada di Putra Jaya, jangan bermimpi untuk kita menyuruh DS Anwar berundur kerana DS Anwar masih `berhutang' dengan rakyat untuk membebaskan mereka dari kezaliman Umno/Bn.

Dr Asri selepas ini haruslah menasihatkan Najib pula untuk bersara kerana terlalu banyak dalil untuk mewajibkan Najib bersara dari politik. Masalahnya, mahukah Najib mendengar nasihat bekas Mufti Perlis ini?/wfauzdin.blogspot.com

BATU SAPI - HABIS MODAL, ZINK DIBERI SEBAGAI UMPAN

Posted: 03 Nov 2010 01:57 PM PDT

30 Ribu Atap Zink: Umno Umpan Pengundi Batu Sapi
03/11/2010


SANDAKAN 3 NOV: Barisan Nasional (BN) dilihat tertekan dengan peningkatan sokongan kepada Pakatan Rakyat hinggakan sanggup memberi sogokan secara terbuka kepada penduduk di Batu Sapi semata-mata untuk mendapatkan undi.

Semalam, TV Selangor berjaya merakamkan visual pemberian 30 ribu keping atap zink kepada penduduk di Perumahan Flas MPS, Batu Sapi.

Dalam satu sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh memberitahu tindakan BN memberikan 30 ribu keping zink untuk diagihkan kepada penduduk disitu merupakan satu tindakan berani dan terbuka membeli undi.

"Kita juga mendapati ada juga penduduk yang tidak dibenarkan mengambil atap zink tersebut kerana BN hanya memberikan atap zink kepada penduduk yang menunjukkan slip pengundian sahaja. Ini jelas sekali tindakan terang-terangan BN membeli undi," tegas beliau.

Tambahnya, kelihatan BN amat tertekan untuk membeli undi hinggakan menggunakan faktor kemiskinan rakyat untuk kepentingan mereka dan dapat dilihat BN sengaja mengekalkan kemiskinan rakyat tempatan agar faktor ini boleh dipergunakan lima tahun sekali untuk membeli undi.

"Inilah yang kita ingin sampaikan kepada penduduk Batu Sapi dan rakyat Sabah betapa susahnya melalui kemiskinan ini semata-mata menunggu untuk mendapatkan imbuhan semasa pilihan raya.

"Ini merupakan satu perkara yang amat kejam, tidak berperikemanusiaan dan memang harus ditolak oleh rakyat," kata beliau.

Beliau seterusnya meminta dan merayu rakyat Batu Sapi untuk menunjukkan kepada BN bahawa 'enough is enough'.

"Penduduk Batu Sapi dan rakyat Sabah bukan bodoh, jangan terus diperbodohkan dan jangan ingat rakyat Sabah tidak akan bangkit dan bawa perubahan," tegas beliau lagi./TVNews

`FIRAUN BESAR' PUN SEPENDAPAT DENGAN DR ASRI

Posted: 03 Nov 2010 10:30 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS


`PUCUK dicita, ulam mendatang'. Begitulah gamaknya perasaan Zul `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru apabila membaca saranan Dr Asri agar DS Anwar berundur dari politik. Sepantas kilat `si firaun besar' ini menyampuk, dan lucunya beliau berkata beliau sendiri pun pernah menasihatkan DS Anwar agar bermuhasabah diri. Wah, hebat si firaun besar yang mengaku beliau kaki temberang sewaktu berada di dalam PKR ini. (Saya guna perkataan `firaun besar' kerana Zul sendiri pernah gelar orang lain firaun kecil, jadi kena tirulah perbuatan `ustaz' firaun ni).

Zul firaun besar ini menyebut betapa beliau dihakimi didepan orang kafir atas isu kalimah Allah sehingga membawa kepada `tertendang' firaun ini dari PKR. Zul firaun ini ingat kita ini bodoh? Semua orang tahu dia dihakimi kerana tindakan membuat laporan Polis terhadap MP dari Shah Alam iaitu YB Khalid Samad (MP PAS), tiada kena mengena dengan isu Kalimah Allah. Jadi, jangan ingat dia Peguam maka orang lain tidak tahu apa-apa. Kebodohan, kejahilan dan kebaculan Zul semakin terserlah apabila YB Khalid mencabarnya berdebat tentang isu Kalimah Allah yang dihebohkannya itu sampai sekarang Zul firaun besar ini membisu.

Orang bacul seperti ini ingin menasihatkan PAS agar menjauhi DS Anwar. MP yang tidak diredhai oleh majoriti pengundi di Kulim Bandar Baru itu tidak tahu malu untuk menjadi `batu api' kepada PAS iaitu parti yang `menendang keluar' beliau dari PAS. Siapa lagi orang waras yang percaya akan cakap si firaun besar ini? Orang gila di Kulim Bandar Baru pun menggeleng kepala tengok perangai Zul firaun besar ini. Ada sahaja pilihanraya, berbunyilah dia.

Sebelum ini dia `jual tahi minyak' dalam Parlimen kununnya PKR dan DAP ada perjanjian sulit. Mana dia tahu? Jika ada pun perjanjian, PKR atau DAP tidak akan bawa sekali orang bodoh macam dia ini untuk bersama di meja perundingan. Hajatnya untuk lagakan PAS dengan PKR, tapi malang sungguh taktik beliau tidak menjadi. Sebaliknya beliau dimalukan oleh pemimpin PAS yang menganggap beliau `tidak berakal atau kurang siuman'. Tidak tahu malu lagikah?

Kesihan kita dengan `penyakit' Zul ini semenjak disepak keluar dari PKR. Harapkan PAS hendak ambil, baik PAS bela biawak daripada `menternak' firaun besar ini. Harapkan Umno? Mungkin dapat, mungkin tidak. Ezam lagi cerdik, terus dapat Senatak tanpa perlu masuk pilihanraya. Mungkin Zul layak masuk parti Makhal Sakhti, itu pun jika parti itu tidak tahu berapa banyak cabang yang ada pada lidah Zul. Senang cerita, Zul tunggu saja PRU ke 13 nanti, kita tengok selepas PRU tersebut akan ada bekas YB jadi gila bercakap seorang diri sambil Justify Fullmenolak motorsikal berkuasa tinggi dengan songkok tarbus kassim babanya./wfauzdin.blogspot.com

PRK DUN GALAS - SI TUAH DARI GUA MUSANG

Posted: 03 Nov 2010 09:21 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

UMNO telah berjaya `menghitamkan' sejarah Ku Li yang dikenali sebagai tokoh yang bersih serta jujur di dalam Umno. Rakyat Kelantan khususnya amat menghormati Ku Li kerana beliau sentiasa bersih dari amalan rasuah, jujur di dalam bicara dan selalu berkata yang benar dengan ikhlas. PAS juga menghormati Ku Li walaupun berlainan kem dan ideologi. Sebab itulah PAS seboleh-bolehnya tidak suka berdepan dengan Ku Li di dalam PRK Dun Galas ini.

Atas kebijaksanaan Umno mengatur masa depan politik Ku Li, maka secara tidak sedar Ku Li telah dilatih oleh Umno untuk berperangai seperti kebanyakan pemimpin mereka. Di dalam PRK Dun Galas ini kita lihat Ku Li tidak lagi seperti dahulu di dalam tindakan dan tutur katanya. Ku Li kini sudah boleh menerima amalan rasuah politik di dalam pilihanraya. Ku Li juga sudah pandai menggunakan media kerajaan sebagai cara berkempennya. Malahan, Ku Li terpaksa menipu dirinya sendiri apabila menyebut tentang kelemahan Kerajaan PAS Kelantan.

Satu sahaja yang belum Ku Li lakukan iaitu menyebut bahawa sememangnya Kelantan tiada hak menikmati royalti minyak. Tidak mustahil jika terdesak, Ku Li sanggup berkata demikian. Sekarang ini, Ku Li memang benar-benar menjadi `kuli' kepada Umno parti yang tidak pernah memberi ruang demokrasi untuk beliau menjadi Presiden Umno. Malah, parti ini sanggup menjadi `haram' semata-mata tidak mahu terlepas ke tangan Ku Li. Mungkin sebab itulah mengapa kali ini Tun Mahathir tidak muncul berkempen di PRK Dun Galas. Tun Mahathir lah yang membuatkan Umno diharamkan oleh mahkamah kerana takutkan pengaruh Ku Li waktu itu.

Jika rakyat di Gua Musang khususnya di Dun Galas tidak mahu melihat Ku Li terus di `kuli'kan atau di`buli', mereka tiada pilihan lain. Rakyat di Galas perlu berkorban dan berjuang untuk memberikan kemenangan kepada PAS. Itulah caranya untuk menghukum Umno yang telah memberi imej buruk kepada Ku Li. Rasuah pilihanraya, propaganda oleh media yang berat sebelah, cerita fitnah dan salahguna jentera kerajaan sepanjang kempen pilihanraya ini sebenarnya tidak sehaluan dengan naluri Ku Li. Namun, Ku Li dalam `terpaksa' harus menerimanya walaupun menjejaskan kredibilitinya yang dilihat bersih sebelum ini.

Demi Umno, Ku Li sanggup menggadaikan prinsipnya. Ku Li umpama Si Tuah yang terlalu taat kepada Sultan yang zalim. Biarlah calon PAS menjadi Jebat berdepan dengan Si Tuah yang taat membuta tuli itu. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: