Khamis, 4 November 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Galas - Kerja Gila SPR.. Kertas Undi Tiada Lambang Parti Bertanding

Posted: 03 Nov 2010 11:38 PM PDT

Kompom Ini Bukan Rasuah..

Posted: 03 Nov 2010 10:58 PM PDT

300 beratus untuk RM250

1.26pm Pada jam 12,30 tadi, kelihatan barisan panjang di bilik operasi BN di Bukit Cekati. Kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi.

Mereka kelihatan mendaftarkan diri di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat.

Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250.

Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku.

12.27pm Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5,732 orang telah mengundi.

T-Shirt 1 Malaysia Boleh Masuk Tempat Mengundi - SPR

Posted: 03 Nov 2010 10:53 PM PDT

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilih dibenarkan memasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia.

"Boleh, OK, kita hanya haramkan logo parti politik, kamu nak tulis 2Malaysia juga boleh," kata Wan Ahmad kepada Malaysiakini ketika melawat SRJK(C) Gua Musang.

Beliau mengulas desas desus bahawa sesiapa yang memakai kemeja-t sewaktu mengundi akan mendapat RM100 sebagai "ganjaran".

Memberitahu beliau tidak mendapat sebarang aduan setakat ini, Wan Ahmad mencabar "pembawa cerita" itu membuat laporan polis supaya siasatan dapat dibuat.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat, tolong laporkan pada pihak polis. Kita dengar banyak cerita hari ini tetapi tidak menerima sebarang laporan," kata Wan Ahmad.


Ditanya tentang pemantauannya sekitar tempat pengundian hari ini, beliau berkata perjalanan dalam pusat pengundian berjalan lancar, tetapi terdapat beberapa masalah di luar tempat itu.

Katanya, terlalu banyak orang luar datang ke Galas, sekali gus mencetuskan ketegangan apabila kedua-dua penyokong parti bertanding saling memprovokasi pihak lain.

"Bila kami provokasi, pihak satu lagi akan naik angin," katanya sambil berkata setakat ini tiada pergaduhan di Batu Papan kerana pihak polis menghalangnya dari masa ke semasa.

Galas dicemari ketegangan, pengundian diteruskan

Posted: 03 Nov 2010 10:03 PM PDT

Suasana proses pengundian pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang tenang awal pagi tadi menjadi kecoh apabila penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS terlibat dalam pertengkaran ketika cuba meraih undi.

Ia kejadian pertama dilaporkan di Galas hari ini.

Kekecohan itu berlaku di daerah mengundi Bandar Lama Gua Musang dan pusat mengundinya ialah Sekolah Kebangsaan Gua Musang.

Insiden tersebut berlaku ekoran dakwaan tindakan penyokong PAS memasuki kawasan penyokong BN.

Pada mulanya polis bertugas dapat menyelesaikan kekecohan itu yang tercetus sekitar 8.30 pagi, namun pada pukul 9.05 pagi kekecohan berulang.

Polis terpaksa menggunakan sebuah Land Rover untuk memisahkan 500 penyokong yang berhimpun di luar pusat pengundian Bandar Lama.

Kekecohan muncul balik, kali ini berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas pergaduhan mulut antara penyokong kedua-dua parti, antara lain dipercayai memakai dan mempamerkan lambang parti ketika hendak memasuki pusat pengundian.

Akibatnya berlaku kejadian tolak-menolak antara penyokong.



Kejadian itu menyebabkan polis terpaksa campur tangan meleraikan kekecohan itu.

Kira-kira 10 anggota polis berada di tempat kejadian untuk meleraikan kekecohan itu dan penyokong BN dan PAS dapat ditenangkan kira-kira 10 minit kemudian.

Proses pengundian di Galas bermula 8 pagi. Pusat pengundian itu turut dilawati Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati kekecohan kembali berlaku di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Gua Musang.

Kejadian kali ini berlaku kira-kira 20 meter dari tempat kejadian pertama tadi.

Kekecohan kali ini, sekitar 9.50 pagi, juga berpunca dari sikap penyokong PAS yang memasuki kawasan penyokong BN.

Cuma kali ini anggota polis bertindak pantas dengan terus membuat benteng antara kedua-dua penyokong parti.

Sepanjang meraih undi kedua-dua penyokong bersorak.

Penyokong PAS menyebut "Hancur hancur, hancur BN, "Hidup hidup, hidup PAS dan bertakbir "Allahuakhbar" manakala penyokong BN pula "Nik Aziz 300, Nik Aziz rasuah. Kedua-dua penyokong masing-masing turut membawa kain rentang yang menghina Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka juga membawa bendera dan gambar calon masing-masing.

Dalam pada itu, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh berkata, "Ini memang sikap orang PAS, mereka ini ganas ketika berkempen."

"PAS memang kalau berkempen akan bertindak secara ganas, sebab itu berlaku kecoh tadi. Kita dah biasa bila bertembung dengan PAS.

"Ini bukan perkara baru ketika kempen pilihan raya," kata Pengarah Pilihan Raya BN ini ketika ditemui di pekarangan pusat pengundian ini.

Sementara itu, wakil PAS Mohd Hilmi Raidzan dari Dewan Pemuda Kedah pula berkata, "Punca kecoh adalah disebabkan tidak berpuas hati dengan jarak antara satu sama lain."

"Lagipun penyokong BN tak mahu ikut arahan polis. Sebab itu berlaku kekecohan. Selain itu sebab kutuk-mengutuk tadi. Sekarang sudah OK," kata beliau lagi.

Bernama melaporkan Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil BN bagi DUN Galas, Datuk Seri Mustapa Mohamed kesal dengan insiden pergaduhan itu dan menyifatkan tindakan penyokong PAS lebih bersikap agresif terhadap penyokong BN.

"Saya dimaklumkan mereka bukanlah penyokong PAS tempatan tetapi mereka adalah penyokong dari Terengganu. Memang kebiasaan penyokong dari luar mudah mencetuskan sikap agresif begini," katanya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, keadaan itu bukanlah sesuatu yang sihat dalam pilihan raya kecil berkenaan dan PAS dilihat tidak bersikap demokratik dengan mengamalkan sikap sedemikian.

"Malahan sikap tidak demokratik itu dapat dilihat apabila penyokong PAS menjerit-jerit kepada pengundi dan membuat kecoh di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi," katanya.

Beliau berkata BN telah menghantar cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar larangan dibuat terhadap penyediaan khemah dekat pusat pengundian bagi mengelak gangguan terhadap pengundi.

Mustapa berkata beliau berharap SPR dapat pertimbangkan perkara itu.

Pejabat Agung PAS Terbakar

Posted: 03 Nov 2010 09:59 PM PDT

Tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dilaporkan terbakar sehingga ke tingkat bawahnya.

Menurut HarakahDaily, kebakaran itu bagaimanapun, tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

Ketika ini, kebanyakan petugas dan kakitangan pejabat PAS dilaporkan berada di Galas, Gua Musang dan juga di Batu Sapi, Sandakan untuk pengundian pilihan raya kecil hari ini.

Menurut seorang kakitangan yang tidak mahu dikenali, kebakaran mula dikesan pada jam 8.30 pagi ini apabila para petugas pejabat itu mula melihat asap berkepul-kepul keluar dari tingkat 1 yang menempatkan bahagian pentadbiran bangunan PAS itu.

Kebakaran itu kemudiannya mula merebak ke bawah sehingga ke tingkat bawah.

Selepas bomba sampai, semua kakitangan pejabat tidak dibenarkan masuk ke bangunan itu lagi.


Katanya, kebakaran dipercayai bermula dari satu cerek elektrik yang terlupa ditutup.

Bangunan Pejabat Agung PAS itu mula diduduki pada tahun 2007.

Bangunan itu secara asasnya dibeli pada harga RM6.1 juta yang asalnya dimiliki oleh Kwong Yik Bank dan kemudiannya dibeli oleh 'merger bank' iaitu Rashid Hussin Bank (RHB) Berhad.

Oleh kerana bangunan itu (selepas dimiliki oleh RHB) adalah bangunan pangkalan data bagi bank tersebut, struktur pejabatnya terpaksa diubah selepas PAS memilikinya.

Akhirnya selepas pengubahsuaian membabitkan kos bernilai RM1.9 juta kos keseluruhan mencecah RM8 juta.

Bangunan ibu pejabat PAS itu menempatkan pejabat pentadbiran yang terletak di tingkat 1, surau di tingkat menzanie, kedai serbaneka di tingkat bawah serta bilik mesyuarat utama di tingkat 5.

Fatwa Baru SPR/Umno.. Macam Sial

Posted: 03 Nov 2010 04:59 AM PDT

Beri Wang Secara Terbuka Adalah Rasuah, Manakala Secara Rahsia Pula Adalah Zakat..Fatwa Baru SPR/Umno

Tapi Ini Bukan Rasuah..




Inipun Bukan Rasuah..


Ini Rasuah Besar..



Timb. Pengerusi SPR Tak Iktiraf Wang Zakat

Posted: 03 Nov 2010 04:51 AM PDT

SPR: Zakat atau tidak, beri wang dianggap sogokan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan walau apapun penjelasan PAS mengenai wang yang diberikan kepada beberapa mualaf Orang Asli petang kelmarin, ia masih dianggap sebagai sogokan di bawah undang-undang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (tiga dari kiri) berkata, walaupun PAS mendakwa ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

Katanya, SPR telah memaklum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu.

"Mereka telah melihat video, dan mereka mungkin mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini," katanya dalam satu sidang akhbar di Gua Musang.


Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada calon, pendudk Galas atau parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu untuk melaporkan kes tersebut supaya SPRM boleh mengambil tindakan.
Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan berkenaan dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat. Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS. Sementara itu, Bernama melaporkan Umno tidak akan masuk campur sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada mereka yang menerima wang daripada Menteri Besar Kelantan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan wang sumbangan secara terbuka kepada mualaf Orang Asli pada majlis mesra rakyat di Pos Sandrop, Gua Musang semalam bercanggah dengan apa yang dilakukan PAS sebelum ini.

"Biarlah dilaporkan oleh penerima itu sendiri, kita tidak mahu campur tangan urusan SPRM dan kita yakin SPRM mempunyai bukti dan fakta yang cukup," katanya.

Galas - Perkasa Buat Laporan Polis Terhadap Wang Zakat Tok Guru

Posted: 03 Nov 2010 01:14 AM PDT

PERKASA sedang membuat laporan polis terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pemberian wang zakat kepada tiga mualaf Orang Asli semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh naib ketua wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris di balai polis Gua Musang.

Beliau masuk ke balai polis tersebut pada kira-kira jam 3.05 minit tadi dan masih berada di dalam.

Difahamkan, bekas ADUN Tendong, Fauzi Muhammad turut membuat laporan polis yang sama terhadap Nik Aziz.

Beliau juga dilihat masuk ke dalam balai polis tersebut pada masa yang sama.

Batu Sapi - Ini Bukan Rasuah

Posted: 03 Nov 2010 01:07 AM PDT

300 beratur di panas terik untuk dapatkan RM100

Lebih 300 orang beratur di pejabat MCA di Sandakan awal pagi ini apabila mendapat tahu bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi.

Kebanyakan yang beratur hari ini adalah masyarkat Cina yang terdiri daripda golongan berusia dan wanita. Mereka berkumpul di sekitar tangga menuju ke pejabat MCA di tingkat empat di Greenview, di pinggir Sandakan.
NONEBarisan itu bergerak agak perlahan dan ramai yang terpaksa beratur di bawah panas terik sementara menunggu giliran mereka.

Antara mereka yang beratur itu mendakwa ada beberapa kes di mana golongan tua pengsan kerana panas terik.

"Kalau nak beri duit, buatlah secara teratur. Macam mana orang tua nak berdiri dan beratur sebegitu lama?" soalnya.


Bagaimanapun menjelang jam 3 petang, pengumuman dibuat bahawa tidak ada lagi wang untuk diagihkan.

Keputusan itu dipercayai ada kaitan dengan lawatan ADUN Sri Tanjung, Jimmy Wong ke pejabat MCA itu.

Namun masih ada orang ramai yang berkeliaran sekitar pejabat MCA itu mengharapkan keputusan itu ditukar semula.

Tiada ulasan: