Kelab Greenboc |
- [Bergambar] Gambar Terkini Banjir Di Kedah
- [Bergambar] Majlis Ramah Mesra TGNA & Calon Galas Bersama Masyarakat Orang Asal
- Keputusan Lintang Pukang: Kesilapan Manusia Atau Wujudnya Manipulasi?
- Mohd Sabu: 20 Tahun Rekod Baik PAS Perintah Kelantan
- Balai Polis Lenggong Didatangi Tetamu Seekor Beruang
- RM2100 Lesap Akibat Dipukau Oleh Lelaki Berkopiah Di Mesin ATM
- 21 Gunung Lagi Di Indonesia Dikhuatiri Meletus
- [Bergambar] Banjir Melanda Kedah Dan Perlis
- Kakitangan JPN Dicekup Polis Disyaki Terlibat Dalam Penjualan Bayi
- UMNO BN Mainkan Isu Geran Tanah Pula, Tiada Masalah Bagi TGNA
- 1 Liang Lahad Juga Untuk Mangsa Kemalangan Di Setiu Semalam
- MCA Berpecah Dua Dalam Isu Teoh Beng Hock
- [Bergambar] Pengundian Pos Untuk PRK Galas Selesai Hari Ini
- Inikah Orang Yang Hangat Diperkatakan Minggu Lepas Akan Keluar UMNO?
- Letusan Gunung Merapi Terus Berlaku
- Sumber "Wang Ihsan" Panaskan Sidang DUN Pulau Pinang
- Besut Dilanda Banjir Kilat
- Azhar Digantung 6 Bulan
- Sudah Sampai Masanya Anwar Bersara Dari Politik - MAZA
| [Bergambar] Gambar Terkini Banjir Di Kedah Posted: 02 Nov 2010 12:30 AM PDT Banjir di utara bertambah buruk, lebih 9,000 orang dipindahkan di KedahALOR SETAR - Keadaan banjir di utara Semenanjung kini bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di Kedah dan Perlis terus meningkat. Hujan yang berterusan sejak semalam menyebabkan 9,264 penduduk daripada 2,214 keluarga di beberapa daerah di Kedah kini dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir di seluruh negeri itu yang dibuka sejak semalam. Di PERLIS pula, jumlah mangsa yang dipindahkan kini meningkat kepada lebih 3,000 orang berbanding kira-kira 1,600 orang malam tadi. Di KEDAH, Kubang Pasu merupakan daerah paling teruk terjejas akibat banjir dan sehingga pukul 11.30 pagi ini seramai 6,215 orang dari 1,443 keluarga telah dipindahkan ke 34 pusat pemindahan. Keadaan banjir di daerah itu dijangka bertambah buruk hari ini akibat aliran air dari daerah Padang Terap dan paras air di semua terusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan sungai di Kubang Pasu kini melepasi paras bahaya. Sehubungan itu, Pegawai Daerah Kubang Pasu Datuk Noh Dahya menasihatkan penduduk di daerah berkenaan terutama mereka yang terlibat dalam banjir besar pada 2005 supaya bersedia dan seboleh-bolehnya berpindah awal. Ini kerana paras air dijangka meningkat dalam tempoh enam jam bermula pukul 11.30 pagi, katanya kepada Bernama di sini hari ini. "Setakat ini boleh dikatakan hampir seluruh daerah ini dilanda banjir dan penduduk di 33 kampung dalam 16 mukim telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir," katanya. Pada 2005, lebih 11,000 penduduk dipindahkan akibat banjir di Kubang Pasu. Selain Kubang Pasu, daerah lain yang kini dilanda banjir ialah Padang Terap dan sehingga kini seramai 2,368 orang telah dipindahkan, Kota Setar (313 orang) dan Pokok Sena (368 orang). Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Padang Terap Khalijah Latif berkata antara kampung yang terlibat di daerah itu ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi, Kuala Janing, Felcra Belimbing Tualak, Bendang Raja serta Padang Sanai. Bacaan paras air bagi tiga sungai di daerah itu melepasi paras bahaya iaitu Sungai Kuala Nerang 21.08 meter (bahaya 17.07m), Sungai Kubu di paras 15.13m (bahaya 13.02m) dan Sungai Naka di paras 34.21m (bahaya 33m), katanya. Tinjauan Bernama mendapati jalan utama dari Kuala Nerang menuju Padang Terap ditutup untuk semua lalu lintas. Jurucakap bilik gerakan banjir Pokok Sena Noor Nazila Hassaim berkata, tujuh kampung di daerah itu kini ditenggelami air, antaranya Kampung Bukit, Kampung Baru, Kampung Derang dan Kampung Bukit Hijau. "Empat pusat pemindahan yang dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau, Surau Seberang Paya, Dewan Kampung Empa dan Surau Permatang Limau," katanya. Di Kota Setar, sebanyak 11 kampung ditenggelami air dengan semua sungai di daerah itu kini melepasi paras bahaya. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
| [Bergambar] Majlis Ramah Mesra TGNA & Calon Galas Bersama Masyarakat Orang Asal Posted: 02 Nov 2010 12:00 AM PDT Orang Asal terima Sijil Penempatan BerkelompokLOJING, 2 Nov: Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan bersama Masyarakat Orang Asal bertempat di Kampung Sandrop dihadiri lebih 300 orang penduduk. Tuan Guru juga sempat menyempurnakan penyampaian Sijil Penempatan Berkelompok Tanah Pos Sandrop Mukim Uklu Nenggiri, Daerah Batam, Jajahan Kecil Lojing, kelmarin. Seramai 75 keluarga yang telah lama menduduki kawasan tersebut melahirkan rasa gembira dan merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Program tersebut turut dihadiri oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan Penasihat Jentera Pilihanraya Kecil PAS Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
| Keputusan Lintang Pukang: Kesilapan Manusia Atau Wujudnya Manipulasi? Posted: 01 Nov 2010 10:44 PM PDT Keputusan Kontroversi Pemilihan PKR: Azmin Kembali Dahului PencabarPETALING JAYA: Seperti ada yang tidak kena dengan proses pemilihan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masuk hari keempat pada Isnin selepas keputusan awal yang dipaparkan melalui laman web rasmi parti itu dikatakan tersilap gara-gara 'kesalahan manusia'. Keputusan laman web itu yang disiarkan pagi tadi bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, selepas 68 cabang mengundi menunjukkan Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mendapat keseluruhan 3,683 undi, meninggalkan pencabar terdekatnya, Azmin Ali yang juga Naib Presiden PKR (3,051). Manakala seorang lagi calon Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,271 undi. Bagaimanapun, halaman yang menyiarkan keputusan pengundian itu sudah tidak dapat lagi diakses selepas ibu pejabat parti itu mengeluarkan keputusan rasmi lain yang menunjukkan angka berbeza iaitu Azmin mendahului Zaid. Menurut Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sharifah Shahidah, Azmin mendahului dengan mendapat 3,051 undi sementara Zaid pula memperoleh hanya 2,529 undi manakala Mustaffa yang juga Naib Presiden (1,149). Beliau mengesahkan bahawa kesilapan keputusan tesebut berlaku disebabkan oleh kecuaian individu yang memasukkan dan mengemaskini data serta keputusan rasmi bagi pemilihan tersebut. "Ya memang kita akui ada berlaku kesilapan manusia ketika memasukkan data keputusan rasmi tersebut. Ia pun telah diperjelaskan oleh Setiuasaha Agung, Saifuddin Nasution hari ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin. Sementara itu, bagi kerusi naib presiden pula, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga Pengarah Strategik PKR mendahului senarai dengan mendapat 3,621 undi, diikuti oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang memperoleh (3,543). Mereka diekori rapat oleh Pengarah Pilihan Raya PKR yang juga Ahli Parlimen Kuantan di tempat ketiga (2,895) manakala Timbalan Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman mendapat (2,852). -mstar
Ulasan GB Kesalahan manusia? Angka 3,683 jauh berbeza dengan 2,529. "Human error" berlaku jika angka tersebut begini: 3,529 atau 5,229 atau 3,592 dan seumpamanya. Iaitu berlaku "sedikit" sahaja kesilapan tatkala pemasukan data ke dalam lamanweb. Ini tidak, kesuleruhan angka itu silap. Sepastinya data-data yang telah ada di tangan webmaster adalah data-data yang telah disahkan terlebih dahulu. Itu sebab ramai yang menolak kenyataan Saifuddin sepertimana berita pertama dari akhbar MSTAR di atas yang memulakan perenggannya dengan ayat: Seperti ada yang tidak kena dengan proses pemilihan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) .... GB dah ulas perkara ini semalam di Pemilihan PKR. Keputusan Lintang Pukang Petanda Buruk Untuk PKR Sementelah lagi, Saifuddin was "not in the position" to make any statement or announcement regarding anything to do with the party election. Ia sepatutnya tugas JPP.
Pihak cabang yang tidak berpuashati sepatutnya boleh membantah terhadap kepincangan keputusan yang diumumkan. p/s ini bukan kali pertama Saifuddin membuat kenyataan yang berpusing-pusing. Sebelum ini beliau juga yang membuat pengumuman Nurul Izzah boleh bertanding Timbalan Presiden walaupun sebelumnya beliau juga yang menyatakan Nurul tidak boleh bertanding. Alasannya kertas pencalonan tiba lambat.... |
| Mohd Sabu: 20 Tahun Rekod Baik PAS Perintah Kelantan Posted: 01 Nov 2010 09:00 PM PDT 20 tahun PAS tidak khianati rakyat KelantanGALAS, 1 Nov : Saudara Mohamad Sabu memuji pembangunan yang semakin pesat di bandar Gua Musang. Ini kerana apabila terjumpa kaum Tionghua, mereka berkata baik kalau dibuat lapangan terbang kecil di Gua Musang bagi memudahkn pergerakan mereka untuk urusan perniagaan. Hal ini jelas menunjukkan kemajuan ekonomi yang berlaku di negeri ini. Beliau berkata demikian dalam satu ceramahnya di Kg Sg Terah di sini malam tadi. Menurut beliau pembaharuan pemikiran telah berlaku dan kehendak rakyat serta Kerajaan Negeri Kelantan telah menjuarai dalam pembangunan pelbagai aspek yang memberi manfaat kepada kebajikan rakyat. "Pelbagai kaum termasuk bukan Islam boleh menerima dan yakin dengan PAS kerana sepanjang pemerintahan PAS selama 20 tahun menyaksikan rekod baik PAS yang tidak pernah sesekali pun mengkhianati atau mengusik hak-hak rakyat." Bangsa Tionghua Kelantan khususnya, sepanjang berada di bawah kepimpinan Tok Guru, yakin dan senang dengan PAS kerana mereka tidak pernah ditindas dan hak mereka tidak pernah diketepikan (termasuk budaya & kepercayaan mereka)walaupun mereka maklum bahawa mereka adalah kaum minoriti. Buktinya dapat dilihat pemerintahan di 6 buah negeri di bawah Pakatan Rakyat boleh diterima oleh kaum bukan Melayu. "Orang bukan Islam sendiri tidak menentang sebaliknya boleh menerima dan memberi sokongan yang baik kepada PAS, tapi terdapat orang Melayu-Islam sendiri yang menentang seolah-olah mempertikaikan corak pemerintahan Islam" Katanya hasil audit negara juga memperlihatkan pemerintahan Pakatan Rakyat adalah jauh lebih baik berbanding Barisan Nasional. Tahun pertama PAS memerintah, walaupun tidak kaya tetapi 88 juta hasil telah diperolehi tanpa mengubah apa-apa sistem cukai negeri. Hal ini berkat jimat cermat pihak pemerintah PAS. Tahun 2009 pula dapat menyelamatkan 77 juta lagi tanpa mengubah apa-apa cukai. "Negeri Pulau Pinang sebagai contohnya mengambil contoh Kelantan bagi memberi pendedahan kepada seluruh rakyat Malaysia . Lim Guan Eng sendiri yakin bahawa orang Islam khususnya golongan huffaz merupakan orang yang baik dan mulia, beliau tidak teragak-agak untuk memberi elaun kepada golongan ini" Mengulas mengenai isu penindasan UMNO terhadap PAS melalui media kata beliau, i"anya tidak apa tapi berilah peluang dan ruang bagi pihak Pas untuk menjawab dan memberi penjelasan kepada rakyat melalui media tersebut sebagaimana keterbukaan negara-negara luar yang memberi ruang bersuara yang sama kepada kedua-dua pihak yang terbabit."Rakyat khususnya di kawasan bandar sudah meluat melihat berita-berita yang dipaparkan dalam televisyen setiap kali musim pilihan raya, mereka lebih cenderung untuk mengambil tahu isu-isu luar negara daripada apa yang dipaparkan di dalam negara. "Kalau harga televisyen 20 sen sahaja, rasa nak hempuk dua kali tv tu dek geram dengan apa yang dilaporkan", tambah beliau. Beliau turut menyentuh isu pembaziran dalam pembinaan bangunan 100 tingkat yang nyata tidak menjaga kebajikan rakyat walaupun dari satu sudut, projek ini dilihat boleh memberi keuntungan kepada negara. "Rakyat kita tidak mampu, bangunan sebegitu gah, sudah semestinya sewa pun tidak mampu dibayar. Nampaknya rakyat kita hanya mampu tumpang bergambar sahaja di bangunan tersebut". Peniaga Bumiputra tak mampu bersaing di bangunan sebegitu. Beliau yakin bahawa Yang Berhormat Ahli Parlimen Gua Musang sendiri kurang bersetuju dengan projek ini tapi dia tidak boleh nak cakap. "Saya harap 4 Oktober ini kita akan 'menggalas' seluruh Galas dan Dr. Zulkefli akan diangkat menjadi wakil rakyat tuan-tuan semua, insyaAllah". Ujarnya mengakhiri ucapan. -n45galas |
| Balai Polis Lenggong Didatangi Tetamu Seekor Beruang Posted: 01 Nov 2010 08:15 PM PDT Beruang masuk balai polisLENGGONG – Polis di Balai Polis Selat Pagar gempar apabila mereka dikejutkan dengan kehadiran seekor anak beruang yang berlegar-legar dalam kawasan balai itu sejak kelmarin. Ketua Polis Balai Selat Pagar, Sarjan Mejar Rafisah Seman berkata, beliau adalah orang pertama yang menyedari kehadiran beruang itu. Menurutnya, beliau menyedari beruang itu memasuki kawasan Balai Selat Pagar sekitar Maghrib, semalam (kelmarin). "Kemudian ia menghilang diri sebelum muncul kembali pada jam 9.30 malam dan sepanjang berada dalam kawasan balai, beruang itu sering kelihatan berlegar di kawasan padang bola dan kawasan belakang balai," katanya ketika ditemui di Balai Polis Selat Pagar, semalam. Rafisah berkata, selepas dua kali melihat kelibat beruang itu, beliau segera melaporkan ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Mahad Nor Abdullah dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Daerah Gerik. "Jabatan Perhilitan Gerik tiba sekitar jam 11 malam, semalam (kelmarin) dan berusaha mencari sehingga jam 2 pagi sebelum menangguhkan operasi untuk disambung hari ini (semalam). "Kali ketiga beruang itu muncul sekitar jam 2 petang tadi (semalam) dan saya segera memaklumkan kepada Jabatan Perhilitan," katanya. Sementara itu, Ketua Pejabat Perhilitan Daerah Gerik, Penolong Pegawai Hidupan Liar Kanan Zainal Abidin Mat berkata, Perhilitan terpaksa berusaha selama dua jam sebelum beruang itu berjaya ditangkap. "Kita memulakan operasi pada jam 3 petang sehingga beruang itu muncul dari tempat persembunyiannya. "Beruang itu berjaya ditangkap dan operasi selesai sepenuhnya sekitar jam 5.45 petang," katanya. Zainal Abidin berkata, beruang yang ditangkap adalah seekor beruang sub dewasa dari jenis beruang matahari (Malayan Sun Bear) dan mempunyai berat sekitar 20 hingga 30 kilogram. Beliau berkata, jantina hidupan liar itu belum dipastikan berikutan ia masih berada dalam keletihan dan tertekan selepas cuba melepaskan diri. "Beruang sub dewasa ini berasal dari kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau di belakang kawasan Kampung Selat Pagar dan mungkin tersesat," katanya. Katanya, ini adalah kejadian pertama berlaku di sini dan beruang itu akan dilepaskan kembali ke habitat asal. -SH |
| RM2100 Lesap Akibat Dipukau Oleh Lelaki Berkopiah Di Mesin ATM Posted: 01 Nov 2010 07:33 PM PDT SHAH ALAM - Seorang pemilik kedai runcit kehilangan wang tunai RM2,100 selepas bahunya ditepuk oleh seorang lelaki yang memakai kopiah putih ketika mangsa memasukkan duit di dalam mesin deposit sebuah bank di Seksyen 14 di sini Khamis lalu.Gambar: RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang lelaki yang memakai kopiah putih menuju ke belakang mangsa sebelum disyaki melarikan RM2,100 di sebuah bank di Shah Alam, Khamis lalu. Ketika kejadian pada pukul 1.21 tengah hari itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an pergi ke bank terbabit seorang diri untuk mendepositkan wang sebanyak RM5,000. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, semasa berada di dalam bank, bahu mangsa tiba-tiba ditepuk oleh seorang lelaki juga berusia dalam sekitar 50-an yang berada di belakangnya. Lelaki itu kemudian menegur mangsa kononnya cara dia memasukkan wang ke dalam mesin deposit salah dan ingin membantu. "Mangsa selepas itu seakan-akan terpukau dengan menyerahkan kesemua wang kepada lelaki yang memakai kopiah itu. Selepas melakukan transaksi dia menyerahkan slip bank kepada mangsa lalu meninggalkan premis tersebut. "Beberapa minit kemudian, mangsa yang melihat slip bank itu terkejut apabila mendapati hanya RM2,900 yang dimasukkan manakala baki dipercayai dilarikan oleh suspek," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. -kosmo |
| 21 Gunung Lagi Di Indonesia Dikhuatiri Meletus Posted: 01 Nov 2010 06:40 PM PDT Indonesia gusar aktiviti seismik meningkat selain Merapi Gambar: SEKUMPULAN penduduk meninggalkan kawasan dekat Merapi di perkampungan Balerante, Klaten, semalam. YOGYAKARTA: Indonesia pada masa ini bukan saja memantau Merapi yang memuntahkan gas dan debu panas semalam tetapi juga 21 gunung berapi lain yang menunjukkan tanda-tanda semakin aktif termasuk Galunggung, Dempo, Sinabung dan Anak Krakatau. Letusan baru itu dilaporkan ketika Indonesia turut bertungkus lumus menangani kesan tsunami dengan dua bencana itu mengorbankan hampir 500 penduduk menyebab-kan tentera turut membantu. Merapi adalah antara 129 gunung berapi aktif di Indonesia. Letusannya menyebabkan 38 kematian sejak seminggu lalu. Lebih 69,000 penduduk sudah dipindahkan daripada kaki gunung itu yang kini diselaputi debu. Penduduk yang berada di khemah perlindungan sementara beberapa kilometer jauhnya turut lari mencari tempat lebih selamat selepas Merapi meletus lagi diikuti letupan kuat, kata Subrandrio, pegawai pemantau Merapi. Gunung itu banyak kali meletus sejak dua abad lalu. Pada 1994, 60 orang maut manakala 1,300 terbunuh dalam letusan pada 1930 yang memusnahkan lebih 24 kampung. Kerajaan juga meningkatkan tahap berjaga-jaga membabitkan 21 gunung berapi lain yang menunjukkan peningkatan aktiviti termasuk gegaran dan muntahan debu hitam sejak dua bulan lalu, kata pakar gunung berapi, Syamsul Rizal. Seorang lagi pegawai, Gede Swantika berkata adalah biasa tahap berjaga-jaga ketiga tertinggi ditetapkan lima hingga 10 kerana sesebuah gunung berapi itu mungkin meletus dalam tempoh dua minggu. Katanya, pegawai yang memantau aktiviti gunung berapi mengesan lebih banyak tempat menunjukkan aktivisi seismik lebih tinggi. "Kita akui ini suatu yang luar biasa kerana membabitkan lebiht 20 gunung berapi pada satu masa. Kami perlu terus memantau tetapi saya tidak boleh kata atau ramal mana satu akan meletus. Kami hanya dapat kesan coraknya," katanya lagi. Di PADANG, pihak berkuasa menafikan laporan bahawa bantuan tersadai di pelabuhan menyebabkan mangsa tsunami yang terselamat terpaksa mencari tumbuhan liar selepas bencana alam yang membunuh beratus-ratus orang. Ketika Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata bahawa negaranya menerima bantuan asing untuk pembinaan semula kampung yang terjejas, ada laporan menuduh kerajaan merancang untuk menempatkan semula penduduk jauh dari kawasan pantai. Mangsa yang terselamat dalam kejadian tsunami setinggi tiga meter di pulau Mentawai, barat Sumatera mengadu bahawa bantuan terlalu perlahan tiba kepada mereka manakala pekerja bantuan berkata koordinasi adalah terlalu lemah. Tsunami berikutan gempa bumi berukuran 7.7 skala Richter itu meranapkan kira-kira 10 kampung, memusnahkan sekolah, masjid dan rumah tradisional di kawasan pedalaman dan pantai yang popular di kalangan peluncur asing. – AFP/AP "Penangguhan disebabkan keadaan cuaca buruk. Tetapi sekarang kami sudah tiba ke kawasan terjejas dan bantuan dihantar walaupun ia agak terbatas," katanya. – AFP/AP |
| [Bergambar] Banjir Melanda Kedah Dan Perlis Posted: 01 Nov 2010 06:00 PM PDT Kedah, Perlis mula dilanda banjirALOR SETAR - Kedah dan Perlis mula dilanda banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak kelmarin. Ekoran itu, lebih 3,000 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir di dua negeri terbabit ekoran rumah masing-masing dinaiki air sedalam lebih satu meter. Di Kedah, empat daerah dinaiki air iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena dan Kota Setar di mana lebih 2,000 penduduk dipindahkan dan beberapa jalan raya ditutup. Di Padang Terap, 1,449 penduduk daripada 385 keluarga di 18 buah kampung dipindahkan. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir, Nurul Aziati Ahmad Salmi memberitahu, mangsa dipindahkan pada pukul 7 pagi dan antara kampung terlibat ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi, Kuala Janing, Felcra Tualak, Bendang Raja dan Padang Sanai. Katanya, pusat-pusat pemindahan dibuka di dewan Kampung Mani A, surau Kampung Mani B dan Mani C, dewan Felcra Tualak, dewan Kampung Padang Sanai, bangunan Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan, masjid Kampung Labi, masjid Kampung Tanjung dan Bendang Raja. Tambahnya, bacaan paras air Sungai Kuala Nerang melepasi paras bahaya iaitu 19.81 meter (m) berbanding paras bahaya 17.07m manakala tiga lagi sungai berada pada paras berjaga-jaga iaitu Sungai Padang Sanai, Sungai Kubu dan Sungai Naka. Di Kubang Pasu, 491 orang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan iaitu Sekolah Menengah Changlun, Sekolah Kebangsaan Malau dan Changkat Setoi.
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
| Kakitangan JPN Dicekup Polis Disyaki Terlibat Dalam Penjualan Bayi Posted: 01 Nov 2010 05:40 PM PDT Kakitangan JPN disyaki subahat jual bayiGambar: SEORANG suspek wanita dipercayai anak pemilik hospital ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penjualan bayi. KUALA LUMPUR: Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) disyaki bersubahat dengan sindiket penjualan bayi bagi memudahkan urusan pendaftaran bayi dan pengeluaran sijil kelahiran asli tanpa prosedur yang ketat. Menurut sumber, selepas transaksi jual beli, pembeli dibawa oleh anggota sindiket atau kakitangan hospital ke pejabat JPN, manakala 'kaki' mereka di kalangan kakitangan jabatan sudah sedia menunggu untuk mendaftar dan pengeluaran sijil kelahiran lengkap dengan nama bayi menggunakan bin atau binti bagi pasangan Islam dan bapa serta ibu bagi yang bukan Islam. Katanya, sejurus tiba di JPN, pembeli hanya perlu mengambil nombor giliran dan duduk di tempat menunggu sehingga dipanggil pegawai di jabatan pendaftaran. "Dokumen yang perlu diserahkan ialah borang pendaftaran yang ditandatangani doktor hospital tempat bersalin, surat nikah asal dan salinannya, kad pengenalan serta rekod sejarah perubatan membuktikan ibu pernah menjalani rawatan di mana-mana hospital yang berkenaan. Tiada soalan rumit ditanya atau kadang-kadang tiada langsung soalan ditanya," katanya. Gambar: KAKITANGAN hospital swasta yang disyaki ahli sindiket penjualan bayi turut ditahan polis.Selepas dokumen diteliti dan butiran kelahiran yang dicatat adalah betul, pembeli diminta menurunkan tandatangan sebagai pengesahan semua butiran adalah betul. "Borang itu kemudian diserahkan kepada penyelia. Kira-kira 15 minit kemudian, pembeli akan dipanggil dan sekali lagi diminta meneliti butiran dicatatkan pada sijil kelahiran adalah tepat dan tandatangan diturunkan sekali lagi untuk melengkapkan pengeluaran sijil kelahiran," katanya. Sumber itu berkata, berdasarkan modus operandi yang dipercayai turut membabitkan kakitangan JPN, tidak sukar mendapatkan 'bayi segera' yang lengkap dengan sijil kelahiran lengkap dengan bin, binti atau nama pembeli sebagai bapa yang 'sah' INFO: Kes jualan bayi dibongkar * 12 Julai 2010: Polis Sarawak menyelamatkan bayi perempuan berusia 23 hari yang cuba dijual wanita warga Indonesia pada harga RM10,000 kepada anggota polis yang menyamar pasangan suami isteri di Kuching dan membawa penangkapan pasangan ahli perniagaan terkemuka bergelar Datuk dan Datin dipercayai dalang sindiket. * 2 Mei 2010: Seorang wanita ditahan dalam serbuan di pasar raya di Kepong, dekat ibu negara selepas cuba menjual bayi masih dalam kandungan warga Indonesia yang didakwa adik angkatnya. * 15 Disember 2009: Tiga beranak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas tiga tuduhan memperdagang tiga bayi perempuan berumur sehari dilahirkan tiga warga asing di hospital swasta di Jalan Klang Lama. * 11 Disember 2009: Polis menyelamatkan lima bayi berusia dua minggu hingga sembilan bulan dan seorang kanak-kanak berumur tiga tahun sebelum dijual sindiket pada harga antara RM15,000 hingga RM20,000 serta menahan 13 individu dalam serbuan di Klang dan Banting. * 13 November 2008: Jabatan Imigresen menahan sembilan pendatang tanpa izin Indonesia di dua rumah di Pasir Gudang dipercayai terbabit menjual bayi, selain menemui dua bayi tiada ibu bapa, beberapa salinan MyKad, dokumen kelahiran klinik swasta dan borang daftar anak angkat. * 14 Januari 2005: Polis menahan dua wanita dan pemandu teksi di pasar Gombak, Jalan Setapak ketika cuba menjual seorang bayi berusia 25 hari. -BH |
| UMNO BN Mainkan Isu Geran Tanah Pula, Tiada Masalah Bagi TGNA Posted: 01 Nov 2010 04:00 PM PDT Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan kerajaan negeri pimpinannya tidak akan memberikan geran tanah kepada penduduk di Gua Musang.Tinggal tiga hari sebelum hari pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Galas, Mursyidul Am PAS menegaskan, geran tanah akan diberikan selepas mendapat kelulusan daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang. "Kita akan beri geran tanah, tidak timbul isu tidak mahu beri (geran tanah). "Kita tidak suka cakap kosong," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di Bandar Baru Lojing di sini. Selepas mesyuarat khas itu, Nik Aziz melawat perkampungan Orang Asli dan menyerahkan sumbangan kepada penduduk. Turut hadir calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun. Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob ketika ditemui berkata, program penyerahan geran tanah kepada penduduk akan diadakan secepat mungkin. "Kita akan ambil peluang juga dalam tempoh ini (untuk beri geran tanah). "Ada juga masa ini (kempen) ada juga selepas (pilihan raya)," katanya. Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah Dan Wilayah itu berkata, pemberian geran tanah akan dibuat selepas Pejabat Tanah dan Jajahan selesai proses persiapan yang sepatutnya. "Persiapan untuk dapatkan geran itu dibuat oleh pejabat tanah, Exco (Kerajaan Negeri) dan ketua jajahan luluskan saja," katanya. Tambahnya, sepertimana amalan sebelum ini, geran tanah tersebut akan dikurniakan oleh Sultan Kelantan. "Biasanya geran tanah diserah oleh ke Bawah Duli. "Contohnya yang Tuanku bawa pada Jumaat sebelum ini, Tuanku telah hadir. Seramai 114 orang penduduk Gua Musang telah menerima geran (tanah) dalam majlis berkenaan," katanya. Pada 22 Okteber lalu Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan geran tanah kepada 114 penerima pelbagai kaum dari daerah Gua Musang di Istana Persinggahan di sini. Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid berkata, daripada 114 penerima, 13 daripadanya kaum Cina, dua masyarakat India dan selebihnya masyarakat Melayu. Menurutnya, penerima menerima geran tanah untuk tempoh sama ada 33,66 atau 99 tahun bergantung kepada jenis geran tanah sama ada bangunan atau pertanian serta bergantung kepada penerima sama ada mereka merupakan anak Kelantan atau sebaliknya. Pilihan raya kecil kerusi DUN Galas Khamis ini menyaksikan pertandingan antara Dr Zulkefli dan calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusoff. Kerusi DUN itu kosong ekoran kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat barah usus pada 27 Sept lepas. -TMI |
| 1 Liang Lahad Juga Untuk Mangsa Kemalangan Di Setiu Semalam Posted: 01 Nov 2010 08:30 AM PDT Mangsa kemalangan di Setiu dikebumi satu liang lahadBESUT: Empat sekeluarga yang terbunuh dalam kemalangan antara kereta dan van di Setiu semalam dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Padang Bual, Pasir Akar hari ini. Mereka yang berasal dari Kampung Bukit China, Pasir Akar ialah Noorazyelwy Sidek, 32, adiknya Noorazry Elmy, 29, Noorafzan Efizalman, 16, dan anak perempuan Noorazry Elmy, Nor Amysha Maisarah, 1, Ibu kepada ketiga-tiga mangsa Zabedah Teh, 49, dan isteri Noorazry Elmy, Che Marina Awang, 23, turut hadir di tanah perkuburan itu. Hujan lebat yang turun, tiba-tiba berhenti semasa pengebumian hendak dijalankan. Sebelum itu kereta jenazah yang membawa keempat-empat mangsa ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira tiga kilometer daripada rumah Zabedah, terpaksa mengharung air banjir apabila jalan utama ke tempatan pengkebumian di Gertak Jerbong dinaiki air sedalam 0.3 hingga 0.6 meter. Beberapa kampung di Besut kini dilandar banjir ekoran hujan lebat yang turun sejak semalam. Turut terbunuh dalam kemalangan 1.30 petang itu di KM67.5 Jalan Permasuri-Penarik berdekatan Kampung Nyatoh ialah penumpang van berkenaan, Mek Wook Yaakob, 76, yang meninggal di Hospital Setiu. Kereta yang dinaiki keluarga itu dalam perjalanan pulang dari Panarik manakala van berkenaan yang sarat dengan 13 orang penumpang dipercayai sedang menuju ke arah Dungun. Kereta itu dipandu Noorazydyelwy, kakitangan Universiti Malaysia Terengganu, manakala van itu dipandu Wan Mohd Mustaffa Zulkarnain, 45, penghantar barangan runcit di Jerteh. Isterinya, Wan Samariah Wan Nawang, 47, cedera parah. Menurut polis, kereta itu dikatakan terbabas ke kanan jalan akibat jalan yang licin berikutan hujan lebat lalu bertembung dengan van berkenaan yang datang dari arah bertentangan. - BERNAMA ARTIKEL BERKAITAN [Bergambar] Bayi Terbang Dalam Hujan, 5 Terbunuh |
| MCA Berpecah Dua Dalam Isu Teoh Beng Hock Posted: 01 Nov 2010 08:00 AM PDT Sementara Timbalan Setiausaha MCA Selangor Ching Eu Boon mengecam Pakatan Rakyat, khususnya DAP mempergunakan isu mendiang Teoh Beng Hock sebagai alat untuk menyerang Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng pula menyelar tindakan polis menangkap empat orang anggota pertubuhan "Malaysians for Beng Hock". Dalam kenyataan pada hari ini, Ching Eu Boon mengecam sekeras-kerasnya bahawa PR cuba mengaut undi dengan mencungkil kebencian masyarakat Cina terhadap MCA melalui isu Teoh Beng Hock. Malah, Ching Eu Boon menyangkal "Malaysians for Beng Hock" sebagai pertubuhan bebas, sebaliknya mendakwa bahawa ia ditubuhkan atas sokongan pemimpin PR. "Apa yang paling menghina, Pakatan Rakyat memperalatkan keluarga mendiang Teoh Beng Hock untuk mengaut undi," kata Ching Eu Boon. Pada hemat Ching Eu Boon, kerajaan telah menubuhkan inkues untuk menyiasat punca kematian mendiang Teoh Beng Hock, malah Perdana Menteri Najib Razak telah berjumpa, menyampaikan takziah malah memberi jaminan bahawa punca kematian Teoh Beng Hock akan disiasat. Pemuda Wilayah MCA membidas polis Namun demikian, perspekif Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng agak berbeza dalam isu ini, menyasarkan kritikannya terhadap polis yang menahan empat orang anggota "Malaysians for Beng Hock", kononnya melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Chiew (gambar kiri) memetik salah seorang anggota Malaysians for Beng Hock, Ng Yap Hwa yang mendakwa bahawa pengadu kes ini adalah SUPT. Maszely Minhad, pegawai polis yang menahan mereka, dan bukannya orang awam seperti yang didakwa polis sebelum ini. "Pengadu adalah penguatkuasa sendiri? Kalau dakwaan itu benar, saya tidak bersetuju dengan dwi-perwatakan ini," kata Chiew Lian Keng.Chiew Lian Keng menambah, "Penangkapan secara tergesa-gesa, tanpa asas undang-undang yang mencukupi ini hanya untuk mempamerkan kuasa polis semata-mata, malah telah mendedahkan polis yang 'buta undang-undang'. Fenomena yang muncul dalam pilihan raya kecil ini akan meninggalkan persepsi bahawa polis bersifat bias dalam isu ini, dan ia semestinya telah menjejaskan imej kerajaan BN." Sehari kemudian, empat orang daripada anggota Malaysians for Beng Hock, termasuk adik Teoh Beng Hock, iaitu Teoh Lee Lan ditangkap dan ditahan polis untuk soal siasat lebih daripada enam jam. Mendiang Teoh Beng Hock adalah bekas Setiausaha Politik kepada EXCO Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah. Teoh Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009, setelah dibawa soal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari sebelumnya. Punca kematian Teoh Beng Hock masih belum menemui jawapan selepas lebih setahun beliau meninggal dunia. *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. |
| [Bergambar] Pengundian Pos Untuk PRK Galas Selesai Hari Ini Posted: 01 Nov 2010 07:00 AM PDT Pengundian Pos di Galas selesai hari iniGUA MUSANG: Proses pengundian pos bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selesai hari ini dengan sebahagian besar daripada 177 pengundi pos telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Pengundi pos yang terdiri daripada anggota polis menunaikan tanggungjawab mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang manakala 50 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengundi di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, hanya sebilangan kecil yang tidak mengundi termasuk yang sedang menunaikan fardhu haji. Daripada jumlah anggota polis terbabit, 22 orang bertugas di luar daerah, katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di pusat mengundi di Dewan Latihan Ibupejabat Polis Daerah Gua Musang di sini, hari ini. Beliau berkata, undi anggota terbabit akan diperoleh selewat-lewatnya esok sebelum disimpan di IPD berkenaan sehingga pengiraan undi pada Khamis ini, iaitu hari mengundi. Sementara itu, proses pengundian pos bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi di Sandakan, Sabah akan berlangsung esok dan Rabu, membabitkan seramai 1,615 pengundi pos, kata Pengurus Pilihan raya Batu Sapi, Mohd Hamsan Awang Supaan. Beliau berkata, pengundi pos itu membabitkan anggota Polis DiRaja Malaysia, (PDRM) Pasukan Gerakan Am (PGA), Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Katanya, anggota polis akan mengundi di Ibu Pejabat Polis Sandakan, anggota PGA di ibu pejabat PGA di Karamunting Selasa ini dan TLDM di Taman Samudera Jalan Labuk pada Rabu ini.-Bernama ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
| Inikah Orang Yang Hangat Diperkatakan Minggu Lepas Akan Keluar UMNO? Posted: 01 Nov 2010 06:30 AM PDT Selepas 38 tahun, Soberi Shafii keluar UmnoGambar: Soberi menunjukkan surat maklumat keluar Umno yang disahkan penerimaannya oleh ibu pejabat Umno jam 10.45 pagi tadi KUALA LUMPUR, 1 Nov: Selepas tepat 38 tahun menjadi ahli dan memegang pelbagai jawatan dalam Umno, Mohd Soberi Shafii menghantar surat memohon keluar dari parti itu. Permohonan itu dihantar kepada pejabat Umno dan dicop pengesahan menerimanya jam 10.45 pagi tadi. Soberi membuat pengumuman keluar Umno dalam satu sidang media bersama rakan-rakannya di Hotel Istana, hari ini. Beliau menyifatkan, pemimpin Umno yang ada sekarang bukannya mementingkan parti lagi tetapi menjaga kepentingan diri sendiri dan kroni masing-masing. "Umno khasnya Umno Kelantan lupakanlah khayalan masing-masing untuk menawan Kelantan bahkan kerusi (Umno) yang ada pun akan hilang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Soberi yang pernah menjadi calon BN di Dun Kadok, Kelantan pada tahun 1995 lalu. Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Kelantan berkata, kekecewaan kepada para pemimpin Umno yang ada menjadi punca utama beliau mengambil keputusan keluar dari Umno. "Bayangkan, saya tidak diberikan sebarang tugas untuk parti," katanya kepada wartawan dalam sidang media itu. Soberi berkata, sikap berpuak-puak Umno khasnya di Kelantan akan menggagalakn segala visi dan misi baik yang dicanangkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini. "Sebab itulah, selepas seminggu perhimpunan agung, saya mengambil keputusan ini," katanya. Soberi berkata, sikap pemimpin Umno yang berpuak-puak akan menggagalkan pelaksanaan segala ucapan Najib itu. "Di Galas di atas bolehlah nampak bersatu tetapi siapa tahu apa yang berlaku di bawah sana. Saya yakin cantas mencantas berlaku," kata Soberi mengulas pilihan raya kecil Galas yang menunjukkan seolah-olah pemimpin Umno bersatu apabila Tengku Razaleigh dipilih sebagai pemimpin manakala Datuk Mustapha Mohamad sebagai timbalannya. Soberi berkata, selepas berhenti beliau akan menjelajah seluruh Kelantan untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang senasib dengan beliau. "Mereka ramai di seluruh Kelantan. Saya akan himpunkan mereka kembali dan membentuk satu kuasa baru," kata Soberi. Bagaimanapun beliau nafi akan bersama dengan Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim ahli. "Saya tidak akan bersama dia bahkan saya bukanpun ahli Perkasa," kata Soberi. -harakahdaily
|
| Letusan Gunung Merapi Terus Berlaku Posted: 01 Nov 2010 05:30 AM PDT ![]() JAKARTA: Gunung berapi Merapi di Jawa Tengah sekali lagi meletus dan memuntahkan awan debu semalam, menyebabkan beribu-ribu penduduk yang kembali ke kampung untuk meninjau kemusnahan bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. Pegawai pengurusan bencana, Rusdiyanto berkata bunyi siren dan pembesar suara menyebabkan sebilangan penduduk yang ketakutan terjun ke sungai untuk mengelak suhu panas, manakala yang lain lari dari kaki gunung atau memecut kenderaan masing-masing. "Letusan selama tiga minit itu menyebabkan abu panas berwarna kelabu mengalir ke bahagian selatan dan timur Merapi hingga sejauh enam kilometer," kata pegawai agensi pemantau gunung berapi, Subandriyo. Letusan gunung itu setakat ini mengorbankan 38 nyawa. Bagaimanapun belum ada kemalangan dilaporkan. Krisis berlaku ketika penyelamat akhirnya berjaya menguruskan semula penghantaran makanan dan membantu mangsa cedera akibat tsunami di kepulauan Mentawai di Sumatera Barat selepas dilanda gempa berukuran 7.7.Jumlah keseluruhan korban kedua-dua bencana alam yang melanda minggu lalu di kedua-dua wilayah dianggarkan 500 orang semalam. Lebih 53,000 orang dipindahkan dari kawasan letusan gunung berapi Merapi yang meletus Selasa lalu. Keadaan lebih tenang semalam selepas letusan kuat memuntahkan lahar menuruni gunung, menyebabkan sebuah lapangan terbang berhampiran terpaksa ditutup, manakala seorang lagi terbunuh. Pada sebelah pagi, warna kemerahan muncul dari puncak gunung, tetapi letusan kuat sejak 48 jam lalu berkurangan kepada gegaran kecil. Di sebalik amaran daripada pegawai, beribu-ribu penduduk dipindahkan daripada zon bahaya, kembali ke rumah mereka dengan menaiki trak, kereta dan menunggang motosikal untuk meninjau haiwan ternakan di bahagian lebih tinggi di gunung itu."Kebun saya musnah sama sekali akibat letusan dan awan tebal. Apa yang tinggal sekarang hanya lembu dan kambing. Saya terpaksa mencari rumput dan memberi haiwan itu makan, jika tidak mereka akan mati," kata Subarkah yang tinggal kurang dua kilometer dari puncak Merapi. Pihak berkuasa bertungkus lumus mengarahkan penduduk kampung meninggalkan kaki gunung Merapi. Lebih 2,000 askar dikerah sejak kelmarin bagi memaksa lelaki, wanita dan kanak-kanak berpindah ke tempat selamat. "Keadaan masih berbahaya. Letusan besar seperti semalam biasanya berlaku selepas keadaan tenang beberapa ketika," kata ketua Pusat Kajian Gunung Berapi dan Menangani Bencana Alam, Surono. – AP
|
| Sumber "Wang Ihsan" Panaskan Sidang DUN Pulau Pinang Posted: 01 Nov 2010 05:00 AM PDT Sidang Dun Pulau Pinang 'Panas' Isu Sumber Wang IhsanGEORGE TOWN: Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang bermula hari ini menjadi "panas" dengan pertikaman lidah antara beberapa penyokong kerajaan negeri DAP itu dan pembangkang berhubung sumber wang ihsan kepada warga emas di negeri itu. Dalam tempoh 30 minit selepas sesi soalan lisan bermula, suasana menjadi panas apabila Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang, Phee Boon Poh, menjawab soalan lisan berkaitan pemberian wang sebanyak RM100 kepada warga emas oleh kerajaan negeri. Dalam menjawab soalan Jagdeep Singh Deo (DAP-Datok Keramat) itu, Phee berkata, tidak timbul isu wang judi digunakan kepada warga emas kerana peruntukan bantuan itu adalah termaktub dalam bajet 2010. Beliau berkata sememangnya kerajaan negeri telah menerima wang sumbangan Penang Turf Club sebanyak RM2 juta tetapi ia adalah pada tahun 2010 dan wang itu tidak digunakan kerana ia bukanlah wang dalam peruntukan bajet 2010. Phee berkata Umno telah memfitnah kononnya wang RM100 itu adalah wang judi sedangkan peruntukan untuk bantuan warga emas itu telah diluluskan dalam bajet 2010 pada sidang dewan tahun 2009 manakala wang dari Penang Turf Club hanya diterima pada tahun ini. Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) kemudiannya berkata, apa yang berlaku ialah umat Islam di Pulau Pinang berasa was-was dengan wang itu setelah Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri mengakui telah menerima wang sumbangan kelab lumba kuda itu. "Kita was-was dengan wang itu sebab Ketua Menteri sendiri mengaku telah menerima wang judi dan kerajaan kononnya telah membuka dua akaun berasingan untuk bantuan kepada orang Islam dan untuk bukan Islam. Adakah jawapan Exco Kebajikan (Phee) ini menggambarkan bahawa Ketua Menteri telah berbohong?" katanya. Arif Shah juga menempelak Phee yang bercakap mengenai hukum-hakam Islam dalam memberi jawapannya. Speaker Datuk Abdul Halim Hussein kemudiannya menenteramkan keadaan dengan meminta semua anggota dewan supaya tidak menjerit-jerit sebaliknya hendaklah bercakap dengan sopan. Seorang penyokong kerajaan R.S.N.Rayer (DAP-Sri Delima) mendakwa pemimpin Umno telah membuat fitnah dan telah memburuk-burukkan Lim kononnya sebagai seorang pembohong. Beliau mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap wakil rakyat BN. Jagdeep Singh kemudiannya meminta kerajaan negeri melantiknya sebagai peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin Umno yang didakwanya telah membuat fitnah. Ketua pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) kemudiannya meminta penjelasan Lim mengenai jawapan Phee yang bercanggah dengan kenyataan ketua menteri itu. Katanya Lim harus bertanggungjawab kerana kenyataannya kepada media bahawa kerajaan negeri menerima sumbangan wang kelab lumba kuda dan membuka dua akaun berasingan itu telah menyebabkan umat Islam menjadi was-was dan mengambil tindakan untuk memulangkannya semula kepada kerajaan. Datuk Jasmin Mohamad (BN-Sungai Dua) pula berkata Phee gagal membuktikan bahawa sememangnya wang hasil sumbangan kelab lumba kuda itu diasingkan walaupun mendakwa ianya tidak digunakan. Lim bagaimanapun tidak melayan asakan oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sebaliknya hanya menjawab soalan seorang lagi penyokong kerajaan Koid Teng Guan (DAP-Sungai Pinang) mengenai status pengorekan pasir di kawasan Genting dan Sungai Rusa di Balik Pulau. Katanya kerajaan negeri tidak mengenakan bayaran royalti terhadap pemilik tanah berstatus gred satu itu. - BERNAMA |
| Posted: 01 Nov 2010 04:00 AM PDT Beberapa kampung di Besut dilanda banjir kilatGambar: Beberapa murid di Sekolah Kebangsaan Gong Bayor menggunakan bangku panjang dan batu-bata untuk meniti daripada takungan air banjir kilat yang melanda sekolah mereka ekoran hujan lebat yang turun secara menyeluruh di Pantai Timur termasuk Besut sejak semalam. Antara sekolah yang dgenangi air sedalam antara 0.2 hingga 0.3 meter ialah SK Pasir Akar di Hulu Besut, SK Tanah Merah dan SK Bukit Puteri di Jerteh. BESUT - Beberapa buah kampung terutamanya yang terletak di kawasan rendah serta beberapa buah sekolah di Hulu Besut dan Jerteh di sini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang melanda sejak semalam. Banjir juga menyebabkan jalan antara Jerteh ke Bukit Payong di Hulu Besut terputus apabila jalan di Gertak Jerbong di Kampung Pasir Akar ditenggelami air antara 0.3 hingga 1 meter pagi tadi dan tidak boleh dilalui kenderaan kecuali kenderaan berat. Bilik Gerakan Banjir, Ibu Pejabat Polis di Kampung Raja yang dihubungi memberitahu, seramai 40 penduduk dari 10 keluarga di Kampung Dalam Umar di Tok Renek terpaksa dipindah ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Anak Ikan, Tok Dor malam tadi apabila rumah mereka dinaiki air. Mereka bagaimanpun telah pulang semula tengah hari tadi setelah paras air di kawasan rumah mereka surut. Tinjauan Bernama ke beberapa kawasan mendapati beberapa buah sekolah turut digenangi air pagi tadi ekoran limpahan air parit. Antara sekolah yang digenangi air sedalam antara 0.2 hingga 0.3 meter ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Akar di Hulu Besut, SK Tanah Merah dan SK Bukit Puteri di Jerteh, SK Gong Bayor di kawasan Raja dan SK Kampung Nangka di Kuala Besut. Sementara itu paras air Sungai Besut di tiga lokasi penyukat banjir di Ampangan Jajar, Sungai Jerteh dan di Kampung Raja dilaporkan masih berada di paras biasa.-BERNAMA
|
| Posted: 01 Nov 2010 03:00 AM PDT Azhar digantung 6 bulan daripada hadiri sidang DUN Pulau PinangDewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menggantung Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim daripada menghadiri sidang dewan selama enam bulan kerana 'mengucapkan perkataan berbaur hasutan' dalam DUN itu Mei lalu. Azhar, yang juga merupakan ADUN Penaga bagaimanapun, masih menerima elaunnya. Keputusan tersebut menyebabkan kesemua ADUN Umno bertindak keluar dewan. Azhar, yang juga ADUN Penaga dirujuk kepadajawatankuasa hak dan istimewa ekoran kenyataannya itu yang telah mencetuskan kekecohan di dewan tersebut. Jawatankuasa tersebut, yang telah bermesyuarat beberapa kali untuk membincangkan perkara itu, dijadual menyerahkan laporannya kepada DUN pada jam 2.30 petang ini. Difahamkan, Azhar akan diminta memohon maaf terhadap kenyataannya itu. Jika berbuat demikian, beliau tidak akan digantung daripada menghadiri sidang dewan hari ini dan esok, serta disambung semula dari 8-16 November selepas cuti Deepavali. Azhar, yang juga setiausaha Umno negeri, telah mendakwa prosedur yang digunakan untuk merujuk kepada jawatankuasa tersebut adalah tidak betul. Katanya, satu resolusi perlu dicadang dan dibahaskan, dan hanya baru selepas itu, satu keputusan dibuat sama ada untuk merujuk beliau atau tidak, kepada jawatankuasa tersebut. Mei lalu, ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh telah membentangkan usul untuk merujuk Azhar kepada jawatankuasa tersebut. Ini berlaku selepas Azhar menggesa tentera mengambilalih tugas dari pihak polis kerana pentadbiran negeri itu telah menyatakan ia tidak lagi mempunyai kepercayaan pihak polis. Beliau memberi amaran bahawa rusuhan kaum boleh berlaku lagi jika rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan. Azhar kemudian menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan itu kerana kerajaan negeri cenderung menghina polis. Pada bulan Ogos, pengerusi jawatan tersebut, Datuk Hussein Abdul Halim, yang juga speaker dewan, berkata semua ADUN akan dibekalkan dengan senarai perkataan yang dianggap tidak sesuai disebut sewaktu persidangan. -mk |
| Sudah Sampai Masanya Anwar Bersara Dari Politik - MAZA Posted: 01 Nov 2010 01:50 AM PDT Asri minta Anwar bersara, Pakatan perlu jadi pembangkang kualitiKUALA LUMPUR, 1 Nov — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan ahli politik veteran termasuk Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersara dari politik dan memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin lain untuk memberi "nafas baru" atas alasan banyak "rentak tari politiknya makin tidak seimbang." Di samping itu kata beliau, Pakatan Rakyat juga perlu melakukan pembaharuan untuk menjadi pembangkang yang kuat dan berkualiti. "Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, sudah sampai masanya untuk bersara 'politik'," kata bekas mufti Perlis ini yang kini dilihat sebagai "penggerak ketiga" dalam arena politik semasa. "Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak 'seimbang'," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Asri berkata zaman Anwar, yang juga Penasihat PKR, mungkin makin menyusur pergi. "Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat 'story-design' politik yang sama," kata Asri lagi. PKR ditubuhkan selepas Anwar dimasukkan ke penjara dan dipecat daripada jawatan kerajaan dan Umno. Malah menurut beliau, Anwar perlu diberikan peluang untuk berundur dengan aman demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. "Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. "Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar," kata tokoh agama ini. "Maaf atas pandangan ini," kata Asri sambil menambah, beliau tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan ini. "Saya tahu sesetengah pembangkang cepat 'melenting' jika ada pandangan yang mereka tidak setuju. "Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik," kata Asri dalam pandangan ini ketika parti itu sedang melangsungkan pemilihan pucuk kepimpinan. Pertengahan tahun lalu, Asri pernah dilaporkan akan menyertai Umno tetapi beliau menafikannya dengan menegaskan akan kekal seperti sekarang. Selain itu, PKR mewakili Pakatan Rakyat menurunkan calonnya di kerusi Parlimen Batu Sapi. Asri juga berkata, politik negara ini juga memerlukan nafas baru tidak kira parti politik. "Seperti mana Umno memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama. "Saya, seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti," katanya sambil menambah, "sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini." Oleh itu kata Asri, jangan lupa bahawa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen. "Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara," katanya. Malah menurut beliau, negara perlukan politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara. "Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat. "Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi," katanya. Justeru, katanya, politik negara memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas. "Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai 'al-quwwah' (kemampuan) dan al-amanah (amanah). "Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh. "Maka, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat," katanya sambil menambah, sama ada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. "Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi 'hero' dalam pentas baru politik hari ini. "Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat. "Jika Tun Abdullah (Ahmad Badawi) pun bersara, makin mereka yang 'sewaktu' dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata (penganalisis politik) Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula," katanya. -TMI Ulasan GB GB dah pun menyatakan hal ini lebih awal. Anwar Semakin Hampir Ke Penjara, Bukan Putrajaya. PKR Sudah Sedia Menghantar Anwar Ke Penjara Semula |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



.jpg)




























.jpg)









.jpg)
.jpg)












.jpg)
.jpg)
.jpg)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan