Ahad, 7 November 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Awang Selamat Wartawan Pendusta

Posted: 07 Nov 2010 04:00 PM PST

1. Saya ingin melahirkan kekesalan terhadap tulisan Awang Selamat di dalam Mingguan Malaysia pada hari ini (7 November 2010) yang jelas melakukan serangan peribadi kepada al-Mursyidul Am PAS, YAB Tuan Guru Datul Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ekoran kegagalan PAS mempertahankan DUN Galas di dalam pilihanraya kecil 4 November yang lalu.

2. Di bawah tajuk 'Maafkan Nik Aziz', Awang Selamat yang tidak diketahui identiti sebenarnya ini memulakan serangan ke atas PAS kononnya mempunyai penyokong yang seringkali melakukan provokasi.

3. Barangkali kerana sering berlindung di bawah lumut dalam tempurung sempit UMNO, Awang Selamat telah buta atau membutakan matanya sendiri untuk melihat telatah penyokong UMNO yang jelas sekali lebih gemar melakukan provokasi. Butakah Awang Selamat untuk melihat telatah penyokong UMNO yang secara tidak berakhlak melakukan tindakan yang tidak bermoral samada sewaktu penamaan calon mahupun hari pengundian bagi mencetuskan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat?

4. Di dalam isu wang zakat yang dianggap rasuah oleh UMNO, wartawan pengecut Awang Selamat ini nampaknya terus keliru untuk membezakan wang zakat dan rasuah. Wang zakat yang mencetuskan kontroversi itu diberikan kepada orang-orang asli yang memeluk agama Islam. Sememangnya ia diberikan semenjak dahulu lagi dan tidak menunggi saat pilihanraya kecil diadakan sahaja. Wang kertas yang dihulurkan tersebut bukanlah kepunyaan YAB Menteri Besar Kelantan yang disifatkan oleh Awang Selamat sebagai 'sedekah' itu, tetapi merupakan salah satu peruntukan asnaf zakat yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JHEAIK). Ia bukanlah seperti pemimpin UMNO yang merompak hasil royalti minyak Kelantan lalu dihulurkan di atas nama wang ehsan seperti yang dilakukan oleh beberapa kerat pemimpin UMNO sanjungan Awang Selamat.

5. Jika ia merupakan rasuah, pihak UMNO dicabar untuk membawa kes ini ke mahkamah dan jangan hanya berselindung di sebalik nama murahan Awang Selamat yang melacurkan pena wartawan untuk kepentingan 'perut' semata-mata.

6. Awang Selamat seterusnya memfitnah Tuan Guru Nik Abdul Aziz di dalam isu pertikaman lidah dengan salah seorang ulama besar UMNO iaitu Mohd Nor Deris. Menurut Awang Selamat, "Nik Aziz kelihatan melenting dan enggan bersalam dengan Mohd Nor".

7. Untuk pengetahuan si wartawan pendusta ini, insiden ini bermula apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menghulurkan salam kepada Mohd Nor Deris lalu tidak disambut oleh Mohd Nor Deris dengan alasan PAS berkawan dengan DAP. Ini disahkan sendiri oleh Mohd Nor kemudiannya dengan menyatakan tangan Tuan Guru ialah tangan syaitan menerusi kasyafnya. Sekali lagi dinyatakan, Mohd Nor Deris yang tidak menyambut huluran tangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

8. Tulisan ini hanyalah sebagai satu respon kepada Awang Selamat yang telah sekian lama berlindung di sebalik nama samaran dan menyembunyikan identiti yang sebenar. Jika beginilah sikap penulisan wartawan yang bertugas di Utusan Melayu (M) Berhad ini, jangan disalahkan pihak kami jika wartawan mereka tidak dibenarkan membuat sebarang liputan mahupun mendekati pejabat Menteri Besar Kelantan nanti.

Yang benar,

Ahmad Fadhli bin Shaari

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 7 November 2010

Sathianathan Idam Kembali Terajui Skuad Kebangsaan

Posted: 07 Nov 2010 09:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Jurulatih pasukan Kelantan B. Sathianathan meluahkan hasrat untuk kembali membimbing skuad bola sepak kebangsaan setelah membuktikan kemampuannya membawa Kelantan menjuarai Piala Malaysia buat pertama kali baru-baru ini.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu berkata beliau bersedia pada bila-bila masa untuk kembali melatih skuad kebangsaan sekiranya diberikan peluang kedua oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Memang menjadi harapan semua jurulatih untuk bergelar sebagai jurulatih kebangsaan dan saya pernah berada di posisi itu suatu ketika dahulu.

"Sekiranya pihak FAM memberi peluang kedua, saya tidak akan lepaskan peluang tersebut kerana saya minat untuk kembali bergelar jurulatih kebangsaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sathianathan berkata beliau tidak merendahkan kemampuan jurulatih kebangsaan ketika ini K.Rajagobal yang disifatkannya sebagai seorang jurulatih yang berbakat.

"Saya puji dengan langkah bijak dan berani Rajagobal mengetengahkan barisan pemain baru dan memberi peluang kepada mereka untuk beraksi pada Sukan Asia di Guangzhou, China," katanya.

Rajagobal terpaksa mengugurkan beberapa pemain terbaiknya ke Guangzhou apabila sebilangan besar pemain senior mengalami kecederaan ketika menghadapi saingan sepanjang musim liga tempatan.

Kekosongan itu diisi Rajagopal dengan beberapa orang pemain baru bagi mengalas cabaran yang akan bermula Isnin.

Pada Isnin, Malaysia dijadual bertemu Kyrgyztsan pada perlawanan pertama kumpulan A di Stadium Huagong, Guangzhou, China kira-kira 4 petang pada waktu tempatan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Sathianathan berkata beliau akan terus mempertahankan kritikannya bahawa liga Malaysia belum mencapai tahap liga profesional.

Sathianathan berkata beliau mengkritik demikian kerana mahu melihat mutu bola sepak Malaysia dipertingkatkan demi kelangsungannya pada masa hadapan.

Selain itu, beliau juga menyedari bahawa sebilangan besar pasukan negeri dan kelab tempatan tidak berminat untuk mengambinya sebagai jurulatih kerana tidak suka dengan sikapnya yang disifatkan sebagai panas baran.

"Dalam sukan bola sepak, kita tidak perlu bodek orang untuk mendapat tempat sebaliknya untuk memajukan sukan ini, kita kena berterus-terang," katanya.

Sathianathan disingkirkan daripada mengemudi skuad kebangsaan oleh FAM pada awal 2009 apabila beliau mengkritik mutu bola sepak Malaysia yang disifatkan bukan bola sepak sebenarnya.

Baru-baru ini, beliau memenangi gelaran Jurulatih Terbaik 2010 pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM setelah memimpin Kelantan menjuarai Piala Malaysia buat pertama kali.

Bekas Wartawan Berita Harian Antara Empat Rentung Dalam Kemalangan

Posted: 07 Nov 2010 08:30 AM PST

KUANTAN, 7 Nov (Bernama) -- Bekas wartawan Berita Harian, Patimah Ramli, 46, antara empat yang rentung selepas kereta Proton Persona yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler sebelum terbakar di KM119 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Rompin pada Sabtu malam.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya berkata tiga lagi yang maut dalam kejadian pukul 10.30 malam itu adalah pesara Jabatan Kerja Raya, Md Sharif Nani, 61, isterinya, Marinah Kambas, 60, dan anak saudara mereka yang juga pemandu kereta, Rosli Mat Isa, 28.

Patimah adalah adik ipar kepada Md Sharif.

Johari berkata pemandu treler, Rosli Che Hassan, 50, dan kelindan yang juga anaknya Rozlan, 18, hanya mengalami kecederaan ringan.

Katanya kereta mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan dalam cuaca hujan lebat sebelum bertembung dengan treler yang membawa muatan buah kelapa.

"Kereta berkenaan yang terperosok di bawah treler itu terbakar, treler berkenaan kemudiannya turut terbakar bagaimanapun pemandu dan kelindannya sempat menyelamatkan diri," katanya.

Menurut anak bongsu Md Sharif, Zaid, 20, ibu bapanya sedang dalam perjalanan pulang ke Duyong, Melaka selepas menghadiri majlis pertunangan seorang anak saudara di Marang, Terengganu dengan berkonvoi bersama tiga lagi kenderaan lain.

Katanya pada masa itu kereta yang dinaiki ibu bapanya tertinggal di belakang manakala tiga kereta lain sudah sampai di Segamat, Johor.

Sementara itu, pemandu treler berkenaan berkata ketika kejadian, dia bersama anaknya dalam perjalanan menghantar kelapa dari Batu Pahat, Johor ke Rantau Panjang, Kelantan.

Semua Projek Pembangunan Di Tempat Suci Berjaya - Gabenor Mekah

Posted: 07 Nov 2010 08:00 AM PST

Daripada Zainal Abdul Jalil

MEKAH, 7 Nov (Bernama) -- Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faisal, berkata semua projek besar yang dilaksanakan tahun ini di tanah suci itu telah mencapai kejayaan besar bagi memberi manfaat kepada rakyat dan golongan ekspatriat.

Katanya antara projek penting adalah pengenalan perkhidmatan tren baru, pembinaan Jambatan Jamarat, projek saliran air hujan dan banjir serta projek perkhidmatan ambulans udara oleh Pihak Berkuasa Bulan Sabit Merah.

Akhbar 'The Saudi Gazette' hari ini memetik beliau sebagai berkata demikian selepas melakukan tinjauan terhadap semua projek tersebut.

Putera Khalid berkata banyak projek telah dilaksanakan di Mekah bagi menangani masalah hujan dan banjir serta persediaan telah dibuat bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

Menurutnya terdapat sistem penyelarasan antara perkhidmatan tren dan pengangkutan ulang-alik bagi memudahkan pergerakan jemaah haji antara tempat-tempat suci pada musim haji tahun ini.

Walaupun perkhidmatan tren baru itu beroperasi pada kapasiti 30 peratus sahaja namum ia memberi kesan besar kepada sistem pengangkutan bagi jemaah haji, katanya, yang juga pengerusi Suruhanjaya Tinggi Bagi Pemantauan Pengangkutan Jemaah Haji.

Semasa tinjauan itu, Putera Khaled menaiki tren di Stesen No.1 di Arafat sehingga ke Stesen Jamarat di Mina.

Sejumlah 780,000 jemaah dijangka menggunakan sistem tren tersebut.

Kira-kira 44,000 jemaah haji akan menaiki bas setiap jam dan masa perjalanan antara Arafat dan Muzdalifa akan dipendekkan dari lima jam kepada 20 minit sahaja, katanya.

Dalam pada itu, jemaah haji akan menikmati akses internet tanpa wayar secara percuma di kawasan tempat suci apabila syarikat Mobily menyediakan perkhidmatan WiFi percuma kepada semua pelanggan telekom.

Hab Hiburan Lebuh Raya Maksiat

Posted: 07 Nov 2010 07:00 AM PST

SHAH ALAM, 7 Nov - Exco Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu, Datuk Dr Hassan Ali, menyifatkan Umno-Barisan Nasional (BN) menyediakan lebuh raya untuk golongan muda menceburi maksiat di Lembah Klang dengan pembukaan hab hiburan dalam jangka masa terdekat nanti.

Datuk Hassan berkata, Pakatan Rakyat (Pakatan) sedang berusaha untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan dengan mengadakan pelbagai program pemerkasaan keluarga.

"Dengan mengadakan hab seperti itu, kerajaan secara tidak langsung telah menyediakan lebuh raya maksiat kepada belia, yang mana menyebabkan fikiran rakyat terperuk dan masyarakat menjadi semakin teruk," jelasnya.

Datuk Hassan berkata demikian pada program dua hari, Pemerkasaan Institusi Keluarga di Masjid As-Syakirin, Gombak, yang berakhir semalam.

Datuk Hasan Ali berkata demikian bagi mengulas rancangan Perdana Menteri Najib Razak yang mahu mengalakkan penubuhan kelab-kelab malam terkemuka di seluruh negara, bagi menggiatkan penganjuran konsert, melonggarkan garis panduan penghibur antarabangsa dan menjenamakan semula acara lumba automotif.

Najib juga mencadangkan mewujudkan zon hiburan di Lembah Klang bagi menampung keperluan dan permintaan pelancong dan mereka yang memerlukan.

Seret samseng-samseng ini ke pengadilan

Posted: 07 Nov 2010 05:30 AM PST

Berita ADUN PR Sekinchan, Selangor Sdr Ng Suee Lim (DAP) dibelasah oleh samseng Umno Tanjong Karang kini sudah diketahui umum.

Menurut laporan beliau dalam misi bertemu dengan penduduk kampong di Sawah Sempadan (kampong ini bersempadan dengan DUN Sekinchan) yang terdiri dari pesawah bersama Ketua Kampung apabila dikepung dan dibelasah dengan biadap oleh samseng-samseng Umno.

Sdr Lim memang merupakan seorang pemimpin PR yang vocal. Beliau bertahan sebagai ADUN Sejak PRU 2004 lagi, petah berbahasa Melayu dan Jawa. Saya memang kenal baik dengan beliau, yang secara peribadinya seorang yang sangat rajin, baik budi pekerti dan suka menolong. Berkali-kali saya dipadankan di atas pentas ceramah dengan beliau dan terakhir saya dan beliau membahaskan kertas yang sama semasa Konvensyen PR Selangor.

Apa pun alasan, inilah merupakan kejadian pertama seorang ahli dewan negeri dibelasah. Beliau bukannya menganggu anak dara atau isteri orang, bukan mabuk atau bikin kacau ganggu, tetapi beliau dibelasah dalam keadaan menjalankan tugas untuk rakyat.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar, dalam kenyataannya member amaran kepada Sdr Lim agar jangan mencampuri urusan kawasan lain (yang bukan dalam DUN Sekinchan). Ternyata samseng-samseng ini banyak mentauladani "bos" nya yang turut Nampak samseng itu. Bumi Selangor ini kerajaannya adalah Pakatan Rakyat, sejak bila pula sebagai parti kerajaan, kami dilarang dari memasuki atau mengambil tahu hal-hal dalam negeri yang kami kuasai?!

Sidang Dewan Selangor yang akan bersidang mula esok mesti bawa keperhatian umum tindakan samseng ini. Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan juga perlu dilaporkan betapa ada segelintir rakyat ekstrim yang didalangi oleh parti ekstrim yang tergamak membelasah ahli dewan negeri Tuanku. Dewan perlu membuat laporan polis dan membuat susulan apakah tindakan pihak polis dalam hal ini. Gambar-gambar kejadian ada di internet, pihak polis mesti siasat dan jika Noh Omar bacul sangat mulutnya mahu membela, siasat beliau sekali.

Selangor tidak perlukan budaya samseng dan kurang ajar seperti ini. Biar rakyat Selangor tahu, ini tiada kuasa, bayangkan kalau samseng-samseng ini punya kuasa di negeri ini.

Katakan tidak pada Bn dan Umno – dulu, kini dan buat selama-lamanya.

Sembuh cepat YB................insyallah

http://n32.blogspot.com/

elok dah. noh omar perangai macam haprak!

[Gambar] Majlis Santapan Malam bersama KDYMM Sultan Muhammad ke -V bagi meraikan The Red Warriors

Posted: 07 Nov 2010 04:00 AM PST













Gambar - gambar sekitar Majlis Santapan Malam bersama KDYMM Sultan Muhammad ke -V bagi meraikan The Red Warriors sebagai Juara Piala Malaysia 2010 di Hotel Renaissance, Kota Bharu. 6 November 2010.

http://kelatefc.blogspot.com/2010/11/trw-bersama-kdymm-sultan-muhammad-ke-v.html

Sambutan Ulang Tahun Ke-90 Qantas Terjejas

Posted: 07 Nov 2010 03:30 AM PST

MELBOURNE, 6 Nov (Bernama) -- Sambutan meraikan ulang tahun ke-90 Qantas terjejas akibat insiden kedua dalam tempoh dua hari membabitkan sebuah daripada jumbo jetnya.

Lebih 15,000 petugas Qantas dan ketua eksekutif syarikat penerbangan itu, Alan Joyce, berhimpun di pangkalan jet di Mascot dekat Lapangan Terbang Sydney untuk hari terbuka khas itu.

Mereka berkumpul di situ untuk menyambut pelakon John Travolta yang merupakan duta kembara Qantas, yang terbang menggunakan peswat pribadinya, Boeing 707 ke Sydney, untuk acara penting itu.

Jurucakap Qantas Olivia Wirth menyifatkan insidennya itu sebagai sangat malang.

"Malang sekali," katanya kepada Associated Press Australia di Mascot.

"Kami memikirkan untuk menangguhkan sahaja, namun 15,000 petugas Qantas dan keluarga masing-masing sudah berada di sini.

"Penting untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka. Ada yang sudah bekerja bersama syarikat selama 20, 30 dan adanya sudah 40 tahun," katanya.

"Anda hanya menyambut ulang tahun ke-90 sekali sahaja," katanya.

Qantas Boeing 747-400 itu dalam perjalanan ke Sydney pada Jumaat terpaksa berpatah balik ke Singapura selepas 20 minit berlepas kerana masalah salah satu enjinnya.

Insiden itu berlaku selepas superjumbo A380 Qantas, juga dalam perjalanan ke Sydney, dengan membawa 459 penumpang dan anak kapal, terpaksa berpatah balik ke Singapura pada Khamis selepas salah satu daripada empat tayarnya meletup di udara semasa berada di kawasan pulai Batam Indonesia.

Kejadian itu menyebabkan syarikat penerbangan berkenaan menghentikan operasi enam A380nya bagi membolehkan jurutera mengenal pasti puncanya.

Penerbangan MAS Ke Jakarta, Bandung & Yogyakarta Terjejas Disebabkan Abu Gunung Berapi

Posted: 07 Nov 2010 03:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Malaysia Airlines telah membatalkan atau menangguhkan penerbangannya ke dan dari Jakarta, Bandung dan Yogyakarta disebabkan oleh gangguan abu gunung berapi.

Pembatalan itu akan dibuat sehingga keadaan bertambah baik, kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan.

Ketika ini, penerbangan yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Jakarta dijangka dibatalkan Sabtu (6 Nov) dan Ahad pagi (7 Nov).

Malaysia Airlines berkata ia akan terus memantau situasi ruang udara Indonesia bagi memastikan keselamatan operasi penerbangan memasuki ke kawasan itu selepas 7 Nov.

Berikut adalah penerbangan yang terjejas:

*Kuala Lumpur - Jakarta (MH723, MH725, MH727) dijadualkan berlepas 6 Nov akan dibatalkan;

*Jakarta - Kuala Lumpur (MH722, MH724) dijadualkan berlepas 6 Nov akan dibatalkan;

*Jakarta - Kuala Lumpur (MH726) dijadualkan berlepas 7 Nov juga akan dibatalkan;

*Kuala Lumpur - Yogyakarta (MH857) akan ditangguhkan sehingga maklumat lanjut diberitahu kelak;

*Yogyakarta - Kuala Lumpur (MH856) akan ditangguhkan sehingga maklumat lanjut diberitahu kelak;

*Kuala Lumpur - Bandung (MH859) akan ditangguhkan sehingga maklumat lanjut diberitahu kelak; dan

*Bandung - Kuala Lumpur (MH858) akan ditangguhkan sehingga maklumat lanjut diberitahu kelak.

Pengarah Operasi Malaysia Airlines Kapten Azharuddin Osman berkata abu gunung berapi di laluan udara yang menyelubungi Jakarta boleh menyebabkan kerosakan teruk kepada pesawat dan enjin Malaysia Airlines yang boleh membahayakan keselamatan operasinya termasuk penumpang dan anak kapal.

Seperti biasa, keselamatan adalah keutamaan utama syarikat penerbangan itu, katanya.

Para penumpang bagi penerbangan yang terjejas itu diberikan tiga pilihan:

*Mendapat semula bayaran balik penuh bergantung kepada terma dan syarat jenis tambang;

*Pertukaran tiket untuk terbang ke Surabaya (Bagaimanapun, pengaturan perancangan darat tidak akan diliputi); atau

*Menempah semula penerbangan yang tersedia seterusnya.

Oleh kerana situasi masih tidak menentu, Malaysia Airlines menasihati penumpang memeriksa status penerbangan di www.malaysiaairlines.com sebelum datang terus ke lapangan terbang.

Selain itu, penumpang juga boleh menghubungi Pusat Panggilan MAS di talian 1300-88-3000 (dalam Malaysia), +603-7843 3000 (luar Malaysia)

Pakar Akrobatik Ahdli Tunjuk Persembahan Di Ekspo Cheng Hoo Di Kelantan

Posted: 07 Nov 2010 02:30 AM PST

KOTA BAHARU, 7 Nov (Bernama) -- Pengunjung Ekspo Cheng Hoo yang pertama kali diadakan di Kelantan berpeluang menyaksikan pakar akrobatik terkenal dunia dari China, Ahdli yang akan mengadakan persembahan di sini selama enam hari mulai 21 Nov ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, sebanyak 16 acara persembahan akan diadakan sepanjang ekspo itu termasuk mengayuh roda di atas tali dan pertunjukan oleh 10 anggota pasukannya termasuk wanita.

"Pertunjukan itu melibatkan persembahan di atas regangan tali sejauh 80 meter dan 21 meter tinggi di tengah-tengah Stadium Sultan Muhammed Ke-IV.

"Inilah pertama kali rakyat Kelantan, malah Malaysia berpeluang menyaksikan pertunjukan akrobatik bertaraf dunia melibatkan pakar akrobatik terkenal Ahdli dari China," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, di Kota Darulnaim, pada hari Ahad.

Turut hadir pada sidang media itu ialah adik Ahdli, Alim untuk meninjau tempat dan aspek teknikal sebelum mengadakan persembahan mereka.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Ekspo Cheng Hoo berkata, pertunjukan akrobatik itu merupakan kemuncak ekspo perdangan Kelantan-China yang pertama diadakan sebagai pencetus menggalakkan pelaburan China ke negara ini, khasnya di Kelantan.

Katanya, tiket-tiket berharga RM5 bagi orang dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak akan dijual di stadium berkenaan pada hari persembahan.

Menurut beliau, Ahdli, 39, adalah generasi keenam keluarga akrobatik China tersebut yang pernah mencipta enam rekod dunia, termasuk rekod pertama berjalan atas tali sejauh 1,500 meter di China.

Ditanya mengenai peruntukan yang dibelanjakan kerajaan negeri untuk membawa pakar akrobatik itu membuat persembahan di sini, Husam berkata kerajaan negeri tidak menghabiskan perbelanjaan yang banyak.

"Kos perbelanjaan kebanyakannya akan ditanggung oleh penaja terdiri daripada syarikat-syarakat swasta di negeri ini," katanya.

Seorang Dikhuatiri Lemas Di Jitra

Posted: 07 Nov 2010 02:00 AM PST

ALOR SETAR, 7 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki kurang siuman dikhuatiri lemas selepas dikatakan terjun ke dalam sebuah sungai berhampiran wat Siam di Jitra tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Sawaluddin Hamenuddin berkata mangsa, Ahmad Hamizan Ahmad Suhaimi, 24, dari Taman Seri Utama di sini dikatakan terjun ke dalam sungai itu kira-kira 12.15 tengah malam tadi dan dilihat oleh orang awam.

"Mereka (orang awam) terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu kerana mereka tidak sempat menyelamatkan mangsa disebabkan arus sungai tersebut deras," katanya.

Beliau berkata sehingga kini, gerakan mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Abdul Ghafar Rajab pula berkata mangsa lemas yang dijumpai pagi semalam telah dikenal pasti sebagai Nur Irshah Rosli, 9, iatu anak kepada anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

"Mayat mangsa telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Tanjung Bendahara kira-kira 7 petang semalam.

"Seorang lagi mangsa, Awwad Hakimi Rudaini, 7, yang turut dikhuatiri lemas bersama Nur Irshah masih belum ditemui dan pasukan penyelamat masih meneruskan gerakan mencari dan menyelamatnya," katanya.

Kedua-dua kanak-kanak tersebut dikatakan bermain berhampiran tali air di Tanjung Bendahara sebelum terjatuh ke dalam tali air tersebut Khamis lalu.

Dalam kes lain, beliau berkata suspek kes pembunuhan di Jalan Kedondong, Pokok Sena telah ditangkap kira-kira 5 petang semalam di kawasan hutan berhampiran tempat kejadian.

"Suspek direman bermula hari ini dan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam kes itu, seorang lelaki warga Myanmar, Khaw Khaing Soe, 31, mati dibunuh kira-kira 2.20 pagi semalam.

Sultan Kelantan Mahu Aktiviti Tanah Tinggi Lojing Ikut Garis Panduan

Posted: 07 Nov 2010 01:27 AM PDT

KOTA BAHARU, 7 Nov (Bernama) -- Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V mahu kerajaan negeri Kelantan mengawal segala aktiviti pembangunan di Tanah Tinggi Lojing agar selari dengan garis panduan kawasan pembangunan khas supaya kawasan tanah tinggi itu terus terpelihara keasliannya.

Baginda bertitah aktiviti di tanah tinggi itu perlu dipantau bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh serta hakisan yang boleh merosakkan ekosistem tanah tinggi itu.

"Kawalan dan pemantauan aktiviti pembangunan di Tanah Tinggi Lojing hendaklah mengikut garis panduan kawasan pembangunan khas yang telah diwujudkan bagi memastikan pembangunan di kawasan itu tidak menyebabkan berlakunya masalah tanah runtuh dan hakisan," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Kali Yang Ketiga (Bajet) Bagi Tempoh Penggal Yang Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Yang Ke-12 di Kota Darul Naim pada hari Ahad.

Titahnya lagi dengan penubuhan Jajahan Kecil Lojing baru-baru ini akan dapat memantau dan mengawal segala aktiviti pembangunan di tanah tinggi itu dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar.

Sultan Kelantan itu juga gembira dengan tindakan kerajaan negeri yang memberi kerjasama penuh terhadap kerajaan pusat bagi mendapatkan perolehan tanah untuk pelaksanaan projek-projek pembangunan di negeri itu.

"Walaubagaimanapun beta mendapat maklum bahawa lebih daripada 1,086 hektar tanah yang telah dibuat pengambilan balik melibatkan 118 projek melibatkan 16 kementerian sejak dari Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) hingga RMK-9 masih belum dilaksanakan sebagaimana yang dirancang," titah baginda.

Sehubungan itu baginda mahu semua tanah terbabit diberikan keutamaan khusus dalam pelan pelaburan sektor awam pada RMK-10 ini.

Baginda juga berharap agar kerajaan pusat dapat meneruskan pelaksanaan pembinaan jalan baru dari Kota Baharu ke Kuala Krai dalam RMK-10 kerana jalan raya sedia ada sudah tidak berkeupayaan untuk menampung jumlah trafik yang meningkat.

Baginda turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat dengan cadangan projek pembinaan jalan baru dan menaik taraf jalan Persekutuan yang bermula dari Kuala Krai ke Simpang Pelangai Pahang sejauh 390 kilometer.

Selain itu Sultan Kelantan turut menyarankan kerajaan negeri agar merangka hubungan perdagangan bagi tujuan meluaskan pemasaran produk berjenama Kelantan ke peringkat nasional dan antarabangsa.

"Usaha menarik pelaburan ke negeri ini perlulah digiatkan termasuk menjalin hubungan perdagangan dan kerjasama ekonomi dengan negara serantau termasuk China haruslah dimanfaatkan," titah baginda.

Menyentuh mengenai pelancongan, Sultan Kelantan menyarankan kepada kerajaan negeri dapat mencari produk baru pelancongan bagi menarik seberapa ramai pelancong ke negeri itu seperti pelancongan kesihatan dan pelancongan agama yang berpotensi untuk dimajukan.

Baginda juga gembira dengan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negeri itu yang menyifatkan rakyat Kelantan sememangnya mempunyai kesedaran dan semangat perpaduan yang tinggi untuk menjamin keamanan dan kestabilan negeri.

Dalam usaha menangani wabak demam denggi yang agak membimbangkan di Kelantan, baginda menasihati agar seluruh rakyat negeri akur dengan arahan pihak berkuasa dan yang paling penting menjaga kebersihan diri, tempat tinggal dan kawasan persekitaran untuk kesejahteraan bersama.

Persidangan DUN akan bersambung esok dan berakhir Khamis ini.

SU MB Kelantan: Taktik kotor menangkan BN di Galas

Posted: 07 Nov 2010 01:00 AM PDT

Tulisan Zulkiflee Bakar (Mingguan Malaysia, 7 November 2010) atas tajuk "Kalah kerana Nik Aziz" adalah disanggah. Rasional sanggahan adalah berpaksikan bahawa bukan sifat sebenar Tok Guru Nik Aziz seperti mana digambarkan oleh penulis tegar Umno itu. Apa yang berlaku di bumi dan sepanjang pengamatan pelbagai pihak (termasuk pengkaji politik) terhadap perjalanan pilihan raya kecil Galas adalah amat ketara bahawa BN mencapai kemenangan disebabkan BN menggunakan kempen taktik kotor.

Nilai kekotoran kempen BN itu boleh dikaji menerusi rancangan dan tingkah laku pasukan kempen Barisan Nasional yang menang di Galas 4 November lalu. Di sini dikemukakan sekurang-kurang 10 jenis taktik kotor, jijik, mual dan bercanggah dengan nilai-nilai demokrasi yang sudah menjadi 'makan-minum' parti Melayu Umno pimpinan Mohd Najib.

Pertama, akhbar Utusan Malaysia (28 Nov. 2010) sehari selepas penaman calon telah menyiarkan gambar Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Timbalan Perdana Menteri menghulurkan sampul surat berisi RM300 kepada seorang warga emas, Alias Junuh. Permualaan kempen dengan sogokkan wang yang adalah bercanggah dengan Sekseyen 10, Akta Kesalahan Pilihan Raya. Namun, pihak SPR diam tanpa komen dan media tidak melaporkannya sebagai sogokan atau rasuah.

Kedua, saban hari tempoh kempen berjalan, media milik Kerajaan Pusat, khususnya Radio dan TV milik Kementerian Penerangan menyiarkan laporan dan pengakuan palsu individu kononnya menjadi mangsa pengambilan tanah untuk projek Ladang Rakyat. Sedangkan penjelasan dari pihak Ladang Rakyat, bahawa tiada projek Ladang Rakyat dalam DUN Galas. Apa yang sebenar ialah sebilangan pengundi DUN Galas telah terpilih sebagai penerima deviden RM200 sebulan diberikan oleh Ladang Rakyat. Tetapi penjelasan pihak Ladang Rakyat tidak disiarkan.

Ketiga, mahkamah telah menerima pendaftaran kes tuntutan wang royalti minyak Kerajaan Negeri Kelantan ke atas Petronas dan tidak sepatutnya ia dijadikan isu kempen. Tetapi apa yang berlaku, pihak BN telah menjanjikan dalam risalah beredar kepada pengundi bahawa royalti akan dipulangkan kepada rakyat Kelantan bila mengundi BN.

Keempat, menyebar fitnah dalam internet "Umno Online" laman rasmi Parti Umno Malaysia kononnya calon PAS terlibat dengan khalwat dengan seorang wanita yang namanya sama dengan nama ibu calon PAS, Dr. Zulkefli. Penafian Calon PAS telah dibuat sendiri oleh Dr. Zulkefli tetapi laman milik Umno itu terus memutar fitnah itu dengan fitnah baru pula, kononnya Dr. Zulkefli akan bersumpah menafikan isu khalwat di masjid. Pendekatan itu amat serius dari segi agama, mengapa ulama dan mufti tidak menegur fitnah yang jalang begitu.

Kelima, BN didapati amat rakus menggunakan jentera jabatan dan agensi Kerajaan Pusat sebagai jentera kempen BN. Ini dilakukan secara terbuka dan meloyakan. Antara yang paling jelas ialah salah guna Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA). Pihak JHEOA kemudian telah melantik Timbalan Ketua Setiausaha sebagai pegawai bertanggungjawab bagi mempastikan pengundi Orang Asli mengundi BN.

Keenam, menyebar rakaman video ungkapan seorang hamba Allah yang berperangai pelik dinamakan sebagai "Nor Deris" yang mengeluarkan kata-kata kesat dan kotor serta fitnah terhadap Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz. Antara fitnahnya, kononnya Tok Guru Nik Aziz tidak mahu bersalam dengannya. Sedangkan cerita sebenar, "Nor Deris" itulah yang mengaku dia tak mahu bersalam kerana melihat tangan Tok Guru Nik Aziz serupa dengan "tangan syaitan." Rakaman itu dimuatkan dalam laman Umno Online milik Umno Malaysia yang kemudian disebarluas oleh laman-laman internet pro-Umno.

Ketujuh, media kempen BN termasuk akhbar, risalah, perayu undi dan pemimpin BN bertanggungjawab sepenuhnya menyebar laporan salah tentang kejayaan Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang dalam menyelesaikan permohonan milik tanah penduduk Gua Musang, termasuk melibatkan pengundi Cina di Kampung Pulai, Tanah Putih dan Kampung Baru. Pengakuan yang dibuat oleh mantan Ketua Jajahan Gua Musang, Abdullah Mat Yusoff mengenai beribu-ribu permohonan sejak sepuluh tahun terakhir ini. Malah, menurutnya berlaku kelewatan kelulusan permohonan adalah disebabkan karenah Kesedar yang tak mahu bekerjasama dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang. Namun, kenyataan Abdullah itu tidak disiarkan oleh media BN atau Umno Online.

Kelapan, menggunakan kakitangan Special Branch Polis (SB) bagi mendapatkan maklumat dari Bilik Gerakan PAS. Sehingga ada SB itu berjaya dikesan oleh pihak PAS atas perbuatan yang disuruh oleh BN itu. Ia jelas memperalatkan SB sebagai anggota keselamatan awam dan mempalitkan nama buruk pasukan polis atas semata-mata kepentingan BN saat pilihan raya. Jelas pihak BN tidak ada kepakaran sendiri melainkan menumpang jentera kerajaan.

Kesembilan, memfitnah Kerajaan Negeri Kelantan sebagai bertanggungjawab merosakkan punca air bersih bagi kegunaan Orang Asli. Sedangkan tanggungjawab sebenar untuk perawatan dan penjagaan serta pembinaan bekalan air bersih bagi penduduk Orang Asli ialah pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia yang terletak di bawah menterinya selaku Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Afdal. Sebagaimana dakwaan pihak JHEOA sendiri, tanggungjawab itu gagal dilaksanakan kerana karenah pihak kontraktor yang dikatakan menyeleweng.

Akhirnya, kesepuluh didapati di penghujung kempen, pihak pasukan kempen BN telah mengedar pembohongan berupa sogokan janji pembangunan Projek Mega berjumlah RM3.254 billion. Projek tersebut ialah Berjaya The Park (RM1.5 billion), Permata Timur (RM146 juta), Perumahan Rakyat Galas (RM180 juta), Golf Club dan Country Resort (RM856 juta), Agro Tourism (RM256 juta) dan kampus cawangan Universiti Kelantan (RM316 juta). Sogokan projek mega merupakan taktik kotor/tipu (gula-gula ke atas pengundi) bertujuan memikat pengundi mengundi BN. Apa yang pasti projek mega itu dikatakan bohong kerana tiada satupun tapak projek itu yang mendapat kelulusan tanah, sedangkan semua tanah bagi apa-apa projek sekalipun terlebih dahulu perlu diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Berdasarkan 10 nilai kerja salah laku pihak BN di sepanjang kempen pilihan raya kecil Galas tersebut, maka amatlah tepat kenyataan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz , betapa kemenangan BN itu disebabkan ugutan, sogokan dan tekanan ke atas pengundi.

Mungkin penilaian itu dapat diperkukuhkan lagi dengan hujah bahawa kemenangan BN adalah berkait rapat dengan strategi kotor dan taktik memfitnah ke atas pemimpin dan parti PAS serta pencapaian Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS sejak dua dekad lalu. Apa pun, semoga pengundi Galas tidak terus tertipu selama-lamanya dengan pelbagai aktik kotor BN setiap kali pilihan raya.

http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/2010/11/taktik-kotor-menangkan-bn-di-galas.html

Tan Sri Muhyudin Bohong, Tuduh Kerajaan Kedah Tidak Peduli Mangsa Banjir

Posted: 06 Nov 2010 11:10 PM PDT

Parti Islam Semalaysia Pas menganggap Kenyataan Muhyidin Yasin satu fitnah apabila beliau mengatakan kerajaan Kedah tidak buat apa-apa terhadap mangsa banjir di Kedah. Tinjauan saya di kawasan mangsa banjir di mana petugas Pas dan kerajaan negeri bertungkus lumus membantu tanpa mengira ideologi parti dan agama. Pihak kerajaan Kedah, Pejabat Daerah, Pejabat Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, pihak polis, bekerjasama dengan baik untuk membantu di pusat perpindahan. Yayasan Amal dan Unit Amal yang dianggotai oleh ahli Pas bercekang mata membantu mangsa banjir dengan tulang empat kerat tanpa diupah. Memang ada pusat yang dikendalikan oleh ahli umno, yang tidak perlulah kita hendak ceritakan bagaimana rungutan mangsa banjir kepada kami. Bukan masanya untuk kita hendak mendedahkan keburukan yang dilakukan oleh pelaku ahli umno sewaktu mengendalikan pusat banjir. Pas menasihatkan kepada Tan Sri Muhyidin janganlah membuat fitnah dan mendengar taklimat daripada ketua cawangan Umno, usahlah berpolitik ketika rakyat ditimpa dengan banjir. Air banjir tidak kenal apa anutan ideologi.

Idris Ahmad

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Dijangka Dapat Beroperasi Pada Sabtu

Posted: 06 Nov 2010 11:00 PM PDT

ALOR SETAR, 7 Nov (Bernama) -- Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Kepala Batas di sini dijangka kembali beroperasi paling awal pada Sabtu depan, kata Pengurusnya Azmi Darus.

Beliau berkata sebelum beroperasi, pihaknya perlu melakukan kerja pembersihan dengan teliti dan memastikan sistem lampu landasan dapat berfungsi dengan baik demi keselamatan pesawat.

"Pada masa ini 60 peratus air dalam kawasan landasan telah surut dan kami memerlukan sekurang-kurangnya lima hari lagi untuk memastikan landasan selamat digunakan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Azmi berkata kawasan padang berhampiran landasan pula masih ditenggelami air sebanyak 50 peratus.

Lapangan terbang itu ditutup akibat banjir sejak Selasa lepas.

Mengapa Hanya Sejarah ? Perlu Pendekatan Syumul

Posted: 06 Nov 2010 11:00 PM PDT

BBB, 30 Zulkaedah = 07 November (Ahad):

Perbincangan mau mewajibkan pelajar-pelajar mengambil mata pelajaran sejarah di dalam peperiksaan Sekolah Rendah (kini UPSR) dan Sekolah Menengah (kini SPM) – PMR akan dihapuskan, dan ada yang mencadangkan juga pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan (kini STPM/STAM) telah mulai reda dari perbincangan. Agaknya semua pihak berpuashati ``akan perlunya dipaksa`` pelajar-pelajar mengambil mata pelajaran sejarah, kononnya bagi menanamkan kefahaman kepada pelajar tentang sejarah – terutama berhubung dengan tanahair, khususnya pejuang-pejuang bangsa ? agar mereka mencintai tanahair dan mengagungkan pejuang-pejuang bangsa (Pejuang yang bagaimana ?). Dari nada pembicaraan yang bersifat satu arah mungkin mempengaruhi pihak kementerian dan negara mengambil pendirian mewajibkan pelajar-pelajar mengambil mata pelajaran sejarah !

Kita bertanya, mengapa hanya sejarah ? Sejarah sahajakah yang dapat menanamkan rasa kecintaan terhadap Negara dan menghormati pejuang bangsa ? Bagaimana hanya sejarah secara tersendiri menjadi satu-satunya mata pelajaran wajib di tengah-tengah kepelbagaian mata pelajaran yang lain, di luar dari gugusannya yang kelak boleh bertukar kepada mata pelajaran yang membosan dan dipelajari bukan kerana kecintaan, tetapi kerana paksaan ?

Banyak mata pelajaran yang lain boleh menanamkan rasa kecintaan terhadap Negara sama ada dari gugusan kemanusiaan, agama dan semi sains. Contoh dari kemanusiaan seperti kesusasteraan dengan segala cabangnya, pelajaran bahasa, khususnya boleh diselit dengan elemen-elemen sejarah, kebudayaan dengan segala bidang, kewartawanan, politik, perundangan bagi peringkat tinggi dan sebagainya. Manakala bidang semi sains seperti geografi, alam sekitar, ekonomi dan sebagainya. Pertumbuhan keilmuan dan perkembangannya adalah berdasarkan elemen yang ada di dalam diri manusia, alam dan perkembangan yang menjadi tuntutan perluasan darinya. Dalam diri manusia ada fakulti akli, hati nurani, rohani dan biologi diri. Maka bidang-bidang keilmuan berkembang berdasarkan fakuti diri dan alam. Bidang Sains banyak memenuhi fakulti akli, bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi memenuhi fakulti hati nurani, bidang keagamaan bagi memenuhi fakulti rohani dan bidang ekonomi/keusahawanan dan yang berkait dengannya bagi memenuhi fakulti biologi diri insan. Sejarah sebahagian kecil dan pecahan dari bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan. Sekali lagi mengapa hanya sejarah – terasing dari gugusan dan meringgih secara bersendirian ?

Ketelitian perlu dibuat dari awal bagi merombak dan membina kurikulum bersepadu sebagai acuan bagi membina dan melahirkan pelajar yang lengkap dan syumul dari segi pendidikan dan pembelajaran. Kita hendaklah merubah dari pendekatan selama ini yang memperkotakkan pelajar kepada pelajar Sains, Sastera, keagamaan dan ekonomi. Setiap pelajar berhak didedahkan dengan kesemua pelajaran yang diperlui oleh fakulti-fakulti diri dan mereka berhak membina bakat dan keupayaan yang ada dan mengistimewakan mereka di dalam bidang-bidang pelajaran tertentu yang mereka berbakat dan berkemampuan. Kita tidak mau melahirkan manusia, robot, tumpul dari rasa kemanusiaan, jahil dari kerohanian dan rakus dengan kebendaan. Wadah ini yang kita sediakan kepada anak-anak kita selama ini. Akibatnya kita menyaksikan anak-anak kita yang bersifat robot, hilang kemanusiaan, hanyut dan mencetuskan masalah sosial.

Kita hendaklah mengambil pendekatan baru dari segi pendidikan bagi melahirkan generasi baru yang intelektual, berkemanusiaan, beragama dan jujur berurusan. Kita mau melihat lahirnya dari generasi kita intelektual di dalam bidang sains, tetapi mempunyai sentuhan kemanusiaan, beragama dan faham dengan urusan ekonomi. Begitulah dengan bidang-bidang keutamaan yang lain yang menjadi major, tetapi faham dan menghayati di dalam bidang-bidang minor yang diikuti. Kita mau melihat lahirnya tokoh-tokoh sains, pakar perubatan berwibawa, tetapi lembut kejiwaan, beragama dan peka dengan ekonomi, kita mau lihat lahirnya seniman, sasterawan dan ahli seni yang mendalam sentuhan, tetapi faham dengan keilmuan sains, teguh dengan agama dan faham soal-soal ekonomi, kita mau melihat tokoh agama – ulama yang faham bidang sains dan kemanusiaan dan ekonomi dan bigitulah tokoh ekonomi yang faham tentang sain, ada sentuhan kemanusiaan dan berpegang teguh dengan agama. Lahir di Negara kita ciptaan tempatan, hasil seni dan monument yang agung, ulama-ulama besar dengan keimuan mendalam dan pakar ekonomi dan usahawan yang faham sains dan mempunyai sentuhan seni dan kemanusiaan dan seorang yang berpegang teguh kepada agama.

Kita hendaklah menawarkan kepada pelajar-pelajar mata-mata pelajaran secara pekej. Di dalam setiap pekej mempunyai matapelajaran yang diperlui oleh semua fakulti, tetapi bagi setiap pekej mempunyai lebih pelajaran bagi pekej major berkenaan. Contoh:

a) Pekej Sains - Ada di dalamnya minimum mata pelajaran kemanusiaan, agama, ekonomi/keusahawanan.
b) Pekej Kemanusiaan – Ada di dalamnya minimum pelajaran sains, agama, ekonomi/ keusahawanan.
c) Pekej Agama – Ada di dalamnya sains, kemanusiaan, ekonomi/keusahawanan
d) Pekej Ekonomi/Keusahawana – Ada didalamnya minimum pelajaran sains, kemanusiaan dan agama. Boleh ditambah sebagai pecahan sains+Ekonomi
e) Pakej Teknik-Vocational – Ada di dalamnya kemanusiaan dan agama.

Dengan pendekatan yang sedemikian kita memberi peluang semua fakulti di dalam diri insan berkembang. Mana-mana yang menonjol dan berbakat di dalam bidang-bidang khusus diperkembang dan diberi ruang dan peluang di dalam bidang berkenaan ke peringkat tertinggi yang mereka mampu. Dalam masa yang sama kita dapat membentuk insan yang syumul dan seimbang dari segi mental, hati nurani, rohani dan fizikal. Diharap juga dengan pendekatan ini dapat membentuk manusia yang baik dan mengurangkan masalah sosial. Perlu diingat mata pelajaran sejarah tidak semestinya dimasukkan secara kasar dan direct, tetapi boleh sebagai pelengkap matapelajaran kemanusiaan,agama dan sebagainya.

Sekian.

http://drshafie.blogspot.com/2010/11/mengapa-hanya-sejarah-perlu-pendekatan.html

[Gambar] Wanita pinggang teramping

Posted: 06 Nov 2010 09:00 PM PDT

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1107/Kosmo/Rencana_Utama/ru_05.1.jpg

WANITA dari Carolina Utara, Cathie Jung memegang rekod dunia sebagai individu pinggang paling ramping yang masih hidup.

SEBAIK sahaja gadis itu melangkah masuk ke ruang uji bakat America's Next Top Model (ANTM), juri-juri termasuk supermodel terkenal, Tyra Banks memandangnya dengan mulut yang terlopong.

"Anda mempunyai pinggang paling kecil di dunia!" ujar Tyra kepada gadis bernama Ann Ward itu.

Seorang rakan juri, J. Alexander menghampiri Ann dan mencekak pinggang gadis itu dengan kedua-dua telapak tangannya.

Ia ternyata cukup untuk membuatkan jari tangan kanan lelaki itu bertemu jari tangan kirinya. Gadis itu hanya mempunyai saiz lilitan pinggang berukuran 18 inci (45.7 sentimeter).

Video uji bakat tersebut yang disiarkan dalam promo rancangan realiti televisyen bidang peragaan itu bagi musim terbaru telah menyebabkan Tyra dikecam kerana rancangan kelolaannya itu cuba membawa mesej yang tidak baik kepada audiens.

Ia didakwa menyebabkan anak-anak gadis berbangga dengan imej kurus yang ekstrem.

Rekod

Begitupun, Tyra telah melakukan kesilapan apabila mengatakan gadis tersebut mempunyai pinggang paling ramping di dunia.

Pemegang rekod pinggang teramping di dunia yang masih hidup ialah seorang nenek berusia 73 tahun, Cathie Jung dari Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS).

Cathie mempunyai lilitan pinggang 15 inci (38.1 sm). Ia hampir menyamai saiz biasa botol mayonis.

Cathie turut menarik perhatian selebriti berpengaruh, Oprah Winfrey untuk menjadi tetamu khas dalam rancangan televisyennya.

Cathie turut diterbangkan untuk ditampilkan dalam rancangan televisyen di Eropah dan Jepun.

Jika anda melihat gambar-gambar Cathie di laman ini jangan pula menyangka ia penangan perisian Photoshop.

Realitinya, tubuh nenek yang berpotongan badan 39-15-39 ini begitu menakjubkan (atau mungkin mengerikan).

Bentuk badan sebegitu bukan diperoleh Cathie kerana kekurangan nutrisi atau masalah kesihatan, sebaliknya hasil pemakaian korset yang diamalkan sejak 27 tahun lalu.

Mengenakan korset 24 jam setiap hari sejak tahun 1983, satu-satunya masa dia menanggalkannya ialah semasa mandi atau mengeringkan badan.

JURI J. Alexander mengukur saiz pinggang peserta ANTM musim terbaru, Ann Ward yang amat ramping.

Sebelum mengamalkan pemakaian korset, Cathie mempunyai lilitan pinggang berukuran 28 inci (71.2 sm)

Cathie memberitahu, kali pertama dia memakai korset buatan khas ialah semasa perkahwinannya pada tahun 1959. Ketika itu dia berusia 22 tahun.

Kemudian dia hanya mengenakannya sekali-sekala. Dia melupakan hasrat untuk memperoleh tubuh seperti balang jam pasir itu sehinggalah ketiga-tiga anaknya dewasa.

"Saya sentiasa sukakan korset. Apabila saya menonton filem seperti Gone With the Wind dan Seven Brides for Seven Brothers, saya sukakan bentuk badan watak-watak perempuannya," katanya.

Apabila Cathie berusia 45 tahun, minat terhadap kostum-kostum era Victoria bercambah dalam dirinya.

Tulang belakang

Sejak itu, Cathie mengambil keputusan untuk memakai korset yang ketat sepanjang masa.

"Anak-anak saya sudah besar, jadi saya fikir ia waktu untuk saya melakukannya. Saya rasa elegan dan seksi," tambahnya.

Tahun demi tahun, Cathie mengenakan korset yang lebih ketat.

Daripada korset bersaiz 25 inci, dia berubah kepada 24, 21 dan akhirnya 15 inci.

Cathie tidak sedikit pun merasakan pemakaian korset membataskannya pergerakannya.

"Saya melakukan segala-galanya yang saya mahu. Saya makan dalam jumlah yang agak kecil, tapi saya rasa ia sesuai dengan usia saya.

"Saya bahkan ada kostum renang yang dijahit dengan korset, jadi saya masih boleh pergi ke pantai," katanya berjenaka.

Cathie yang digelar Ratu Korset memberitahu yang dia mempunyai koleksi 100 helai korset. Ada yang diperbuat daripada kapas, sutera Cina dan ada daripada kulit.

Ukuran lilit pinggang Cathie tanpa korset ialah 21 inci tetapi ia tetap satu pengurangan yang mengagumkan kerana saiz asal pinggangnya ialah 28 inci.

Bagaimanapun, pemegang rekod pinggang terkecil di dunia yang pernah dicatatkan ialah seorang wanita bernama Ethel Granger yang meninggal dunia pada tahun 1982.

Saiz lilitan pinggang wanita yang turut sinonim dengan korset itu ialah 14 inci.

Cathie memberitahu, suaminya Bob yang merupakan pakar bedah tulang telah melakukan imbasan sinar X pada tubuh Cathie dan memberitahu bahawa korset sebenarnya membantu menyokong tulang belakangnya.

"Bagi tulang rusuk, anda akan terkejut kerana mendapati ia tidak memberi impak kepada dada.

"Ia cuma mengenai dua tulang rusuk bawah, tetapi kedua-duanya dipanggil rusuk terapung.

"Kesemua bahagian di atas pinggang adalah fleksibel. Masalah yang terjadi hanyalah kulit menjadi kering dan soal kebersihan korset," kata Bob.

Berbanding Cathie dan Ethel yang memperoleh pinggang yang kecil dengan memakai korset, Ann Ward berkemungkinan memperolehnya daripada genetik.

Ann mempunyai ketinggian 190 sentimeter dan rata-rata ahli keluarganya tinggi lampai dan amat kurus.

Dia bukan gadis penghidap anoreksia atau bulimia yang mengamalkan cara pemakanan tidak sihat kerana benci badan berisi.

"Dalam musim America's Next Top Model terbaru ini, anda akan melihat Ann, seorang gadis muda yang bergelut dengan isu imej tubuh sendiri iaitu tinggi lampai dan terlampau kurus.

"Hidupnya sering menjadi bahan ejekan ramai. Membantu gadis-gadis muda seperti Ann dan gadis lain sepertinya adalah selaras dengan misi saya," kata Tyra Banks. - ADHAM SHADAN

Gesel payudara pada jurugambar

Posted: 06 Nov 2010 08:00 PM PDT

SUDAH lama sebenarnya Diva dengar cerita kurang enak tentang penyanyi wanita muda yang bakatnya dicungkil menerusi sebuah program realiti popular beberapa tahun lalu.

Kalau sebelum ini ada teman wartawan menyampaikan khabar 'kenakalan' artis itu, kali ini ia dialami sendiri kawan baik Diva iaitu seorang jurugambar sambilan.

Dia mengaku diganggu oleh budak hingusan itu di sebuah hotel baru-baru ini.

Kawan Diva yang sudah punya kekasih hati itu boleh tahan kacaknya dan ditugaskan oleh si bos untuk mengambil gambar penyanyi berkenaan bersama artis lain.

Barangkali pantang naluri mudanya tengok jantan elok rupa paras, dia tanpa perasaan malu terus menghampiri jurugambar kacak itu.

"Va, aku tak sangka langsung artis ini berperangai macam itu sekali sedangkan ada salah seorang ahli keluarganya yang menemani.

"Masa aku ambil gambar dia, artis ini berulang kali nak tengok gambar yang baru dirakam di skrin kamera aku.

"Alasannya, dia mahu tengok sama ada okey atau tak wajahnya yang dimekap tebal tu.

"Apa yang buat aku tersentak, sambil tengok semula gambarnya dalam kamera, dia boleh mendekatkan badannya dengan aku sampai kami bersentuhan cukup rapat.

"Aku ingat dia tak sengaja. Tapi bila dia mula menggeselkan payu daranya pada badan aku dan buat suara manja, apa lagi, aku terus jadi tak selesa," luahnya kepada Diva.

Diva:Belum pernah ada pengalaman berpacaran dengan jurugambar.

kosmo

[Komen Pembaca] Menjawab Isu Anwar Pada Kacamata Anak Muda

Posted: 06 Nov 2010 07:00 PM PDT

anak muda
2010/11/07 • 1:08 am

Maaf kepada tuan penulis.. saya ingin berkongsi pandangan saya tentang kepimpinan anwar, sebagai anak muda dan blm pernah terlibat secara langsung dalam politik.. mungkin saya masih cetek pengalaman, tetapi sekurang2nya sy ingin berkongsi pandangan dari sudut pandang saya…

1) Tentang sosok tubuh anwar sendiri: Dia bukan maksum, dan selalu salah… terbukti dgn kesilapan demi kesilapan dia dalam menilai teman2 terdekat dia.. Dia juga bukan perfect, segalanya bersih dan baik… Cuma pada saya.. satu hal yg menyebabkan dia masih diperlukan dalam memimpin perubahan ini adalah keberanian dia!! Keberanian berdepan dgn rejim pemerintah yg korup dan dah lama berkuasa, berdepan dgn sistem kehakiman dan keadilan yg pincang… Tidak byk pemimpin yg punya keberanian dan sanggup berjuang sebegini…

2) Isu Moral, akhlak, kemaruk nak jadi PM dll: Maaf saya kurang bersetuju dgn saudara… Dia blh pilih utk jd PM dgn aman, dan blh meneruskan kebejatan moral dan akhlaknya (jika benar).. hanya dgn mengikut segala kemahuan Tun Mahathir dulu,.. ternyata dia memilih jalan kiri dan sekarang terpaksa bergelumang dan berjuang mempertahankan maruah dia..

3) Isu memimpin PR: memang tidak dinafikan byk pemimpin2 baru spt DS Nizar dll perlu diberi ruang dan peluang, tapi menurut saya.. masih belum kena pada masanya.. sekurang2nya DSAI, TG Nik Aziz, TG Hj Hadi, Karpal sigh, Lim Kit siang masih diperlukan utk meneruskan tekad dan iltizam utk menumbangkan BN.. setelah itu baru sesuai.. Tokoh2 ini telah byk pengalaman bergelumang dgn segala mehnah dan tipu daya Umno dan BN.. oleh itu sentuhan mereka sgt2 diperlukan selagi BN memerintah…

4) terakhir komen saya ttg cadangan Dr Asri… Beliau perlu lebih spesifik, jelas, mengemukakan isu dan hujah.. serta sebab kenapa dia minta DSAI berundur.. jangan hanya menimbulkan persepsi.. mana yg salah, tegur secara spesifik serta bukti2 yg jelas… Bukan kita tidak berlapang dada menerima teguran, tapi biar jelas apa yg ditegur… tidak sekadar asumsi shj. Berlapang dada, utk mengevaluasi diri.. dan utk evaluasi perlu sesuatu yg jelas dan terukur…

Sekian, sedikit pandangan saya tentang isu ini.. Ujung2nya semua kita harus berusaha utk tidak taklid dan taksub membabi buta.. sama ada pada kelompok mahupun individu tertentu…

http://ureka.asia/2010/11/surat-terbuka-kepada-dr-muhammad-nur-manuty/comment-page-1/#comment-4770

Surat terbuka kepada Dr. Muhammad Nur Manuty

Posted: 06 Nov 2010 06:00 PM PDT

Menjawab kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi, Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BiPPA), PKR bertarikh 4 November 2010:

1. Kritikan terhadap Anwar Ibrahim tidak semestinya ditafsirkan sebagai suatu serangan peribadi semata-mata. Anwar Ibrahim bukan insan maksum yang sepi dari segala kelemahan dan kekhilafan.

Kejujuran Dr. Asri membuat saranan untuk Anwar berundur dari politik hanya boleh dinilai oleh rakyat dan bukan oleh tuan punya badan atau kroni yang berkepentingan. Gesaan Dr. Asri ini timbul dari hilangnya kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Anwar untuk membawa perubahan.

Anwar kini nampak ketara kepada rakyat sebagai sebahagian daripada status quo. Politik Baru mendesak kepada watak baru dan persekitaran baru. Keputusan pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi sedikit sebanyak mencerminkan sentimen rakyat.

2. Tidak dapat dinafikan Anwar Ibrahim memainkan peranan besar dalam pembentukan Pakatan Rakyat. Tempat beliau dalam sejarah politik Malaysia terjamin. Tetapi untuk mencanangkan bahawa kejayaan Pakatan Rakyat di PRU 12 semata-mata kerana kewibawaan dan keupayaan Anwar adalah satu pendekatan yang amat cetek.

Pakatan Rakyat berjaya di PRU-12 kerana platformnya disambut oleh gelombang rakyat yang dahagakan reformasi. PAS dan DAP disatukan oleh kebencian bersama terhadap BN. Demi political expediency, PAS dan DAP melayan mimpi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

3. Keberkesanan kepimpinan bukan terletak kepada usia, karisma atau kepetahan berpidato. Politik ceramah sudah ketinggalan zaman. Keberkesanan kepimpinan terletak kepada tindakan politik. Apabila tindakan politik tidak seimbang, yang menonjol hanya retorik janggal. Apabila moral diragui; "karisma, amanah, keberanian, kegigihan dalam perjuangan menegakkan keadilan, kebenaran dan kesejahteraan rakyat, mengenepikan kepentingan peribadi dan keluarga, kesediaan berkorban, memiliki kebijaksanaan (hikmah) dan ketahanan fizikal" menjadi subjektif.

4. Keputusan Anwar Ibrahim untuk menyertai UMNO pada tahun 1982 masih lagi dipersoalkan oleh rakyat hingga ke hari ini. Anwar dilihat sebagai haiwan politik yang hanya ingin memperalatkan UMNO untuk menjadi Perdana Menteri. Dengan memandang ke belakang (hindsight), terbukti Anwar telah mengamalkan politik kotor semasa menjadi pemimpin UMNO. Penglibatan beliau dalam kes Realmild dan usaha beliau untuk menjadikan Biro Tata Negara sebagai jentera politik peribadi memperkukuhkan persepsi rakyat yang Anwar adalah sebahagian daripada status quo.

Hanya setelah dipecat daripada kabinet dan UMNO, Anwar memasyhurkan Deklarasi Permatang Pauh. Rakyat menyahut laungan reformasi bukan semata-mata untuk membela Anwar tetapi rakyat benar-benar dahagakan perubahan.

Sebagai mangsa kerakusan kuasa Mahathir, rakyat menaruh harapan tinggi kepada Anwar untuk berubah dan membawa kepada perubahan. Malangnya, budaya politik ala-UMNO telah menebal di jiwa dan jasad Anwar Ibrahim.

5. Dr. Asri telah menjelaskan bahawa saranan untuk berundur dari politik ditujukan kepada semua pemimpin politik yang telah luput tarikhguna.

"Kemiskinan rakyat yang masih berleluasa di Sabah, Sarawak dan Semenanjung, masalah rasuah yang semakin membarah, keruntuhan moral (akhlak) dan pelbagai penyakit sosial yang semakin kronik, penyalahgunaan kuasa yang berwewenang, hutang negara yang semakin bertambah, track rekod kerendahan moral dan akhlak" hanya boleh diselesaikan oleh Politik Baru dengan watak baru dan persekitaran baru; bukan oleh seorang pemimpin yang sedang bergelumang dengan isu-isu moral dan akhlak.

6. Seruan Dr. Asri ialah manifestasi sentimen rakyat yang menuntut perubahan. Jika kritikan Dr. Asri terhadap pemerintah disambut dengan sorak gemuruh, begitu juga, seruan Dr. Asri untuk mencanang lanskap politik baru harus diterima dengan dada yang lapang.

7. Anwar Ibrahim diminta berundur kerana beliau kini dianggap sebagai satu beban dan liabiliti kepada reformasi tulen. Anwar Ibrahim telah menjelma sebagai bagasi lebihan kepada kemaraan gerakan reformasi ke Putrajaya.


Pandak Tukan
06 November 2010

http://ureka.asia/2010/11/surat-terbuka-kepada-dr-muhammad-nur-manuty/

MenGALAS Perjuangan yang Masih Jauh

Posted: 06 Nov 2010 05:00 PM PDT

1. Keputusan pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi sedikit sebanyak membuatkan kita sedih apabila keputusannya tidak berpihak kepada kita [ Pakatan Rakyat ] di saat kita sangat dambakan kemenangan ke atas Barisan Nasional .

2. Namun kita tidak boleh berputus asa , jauh sekali untuk kecewa dengan perjuangan yang kita dokong setelah kita yakin bahawa perjuangan ini adalah benar dan suci . Justeru keputusan pilihanraya yang tidak berpihak kepada kita bukan bererti kita kalah atau menyerah kalah.

3. Sebaliknya kekalahan kita dalam pilihanraya kecil baru - baru ini membangkitkan kembali semangat untuk terus berjuang dengan memperbaiki segala kelemahan dan membetulkan segala kesilapan .

4. Sewajarnya kita bersikap positif dan senantiasa optimis terhadap masa depan perjuangan Islam yang kita dokong ini. Tanpa perlu kita saling tuding menuding atau salah menyalah antara satu sama lain , sebaliknya kenal pasti kelemahan dan kekurangan yang perlu diperkasa dan diberi nilai tambah untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang .

5. Kita selamanya tidak boleh bergantung kepada kelemahan musuh untuk mencipta kemenangan bahkan kita mesti miliki keupayaan sendiri untuk melakar peta kemenangan dan tentunya kita mempunyai keistemewaan tersendiri sebagai sebuah Gerakan Islam untuk mencapai matlamat perjuangan ini.

6. Tanpa memandang rendah pada tahap kekuatan dan kemampuan Barisan Nasional , kita jangan hanya menuding punca kekalahan dalam pilihanraya kepada mereka , kerana sifat mereka sebagai musuh politik kita , pastinya mereka akan melakukan apa sahaja demi mencapai kemenangan .

7. Persoalannya kenapa kita boleh dikalahkan oleh mereka sedang mereka juga boleh dikalahkan oleh kita. Sebagai contoh , pasca pilihanraya umum yang lalu [ 2008 ] , kita telah melalui 13 kali pilihanraya kecil dan kita Pakatan Rakyat memenangi 8 daripadanya iaitu Permatang Pauh , Penanti , Permatang Pasir , Bukit Gantang , Bukit Selambau , Kuala Terengganu , Manek Urai dan Sibu . Sementara Barisan Nasional menang 5 kerusi iaitu di Batang Ai , Bagan Pinang , Hulu Selangor , Batu Sapi dan Galas .

8. Senario pilihanraya kecil ini menyaksikan masing - masing parti mempertahankan kerusi yang telah di menangi masing - masing dalam pilihanraya umum kecuali kerusi Hulu Selangor dan Galas berjaya dirampas oleh Barisan Nasional sementara kerusi Kuala Terengganu dan Sibu berjaya dirampas oleh Pakatan Rakyat .

9. Realiti ini menunjukkan kedua - kedua parti tidak boleh berasa selesa dengan kemenangan yang dicapai apalagi untuk angkuh dan congkak dengan sokongan yang diperolehi , kerana politik moden hari ini jelas menunjukkan bahawa , sesebuah parti kini boleh menang dan boleh kalah dengan mudah . Bukan sahaja kerusi tetapi juga kerajaan . Buat masa ini secara realitinya telah ada 5 buah negeri yang mengalami pertukaran kerajaan malah kerajaan persekutuan juga hampir bertukar tangan apabila kini telah hilang majoriti dua pertiga . Termasuklah kerusi - kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan yang majoritinya beralih tangan kepada Pakatan Rakyat .

10. Ini adalah fakta yang mesti diinsafi oleh semua termasuk kita , walaupun kita telah berjaya mengekalkan kerajaan di Kelantan selama 20 tahun . Tempoh yang dipertahankan ini bukan untuk dibangga jauh sekali untuk berasa angkuh dan sombong , tetapi ianya diraikan untuk menimbulkan rasa syukur dan insaf betapa besarnya amanah dan tanggungjawab yang terpaksa dipikul sebagaimana ia dirasai pada hari pertama kita mengambil alih pemerintahan di Kelantan pada 1990 yang lalu.

11. Kita kalah di Galas dan Batu Sapi saat kita sedang siap menghadapi pilihanraya Sarawak dan juga pilihanraya umum kelak . Saya kira tidak perlu kita ratapi kekalahan yang diterima kerana ia tidak mungkin lagi merubah keputusan , sebaliknya fokus kepada persiapan strategik untuk memenangi pilihanraya umum ke 13 . Post Mortem yang teliti , benar dan jujur mesti dibentang untuk memastikan pergerakkan kita dihari esok berjalan lancar sebagaimana dirancang .

12. Usah kita berasa malu dan hina untuk mengakui kelemahan justeru ia tidak menghilangkan sedikit pun kemuliaan kita asal sahaja kita bermaksud lurus dan ikhlas. Malah ini bukan masanya kita mahu menilik "hidung tinggi" dan menggilap "kasut kilat" sebaliknya ini adalah detik dan ketikanya kita merendah diri , mengakui kelemahan , bersedia ditegur dan dimuhasabah serta apa yang paling penting ialah sedia berubah ke arah yang lebih baik .

13. Kita juga mesti realistik . Elakkan sentimen dalam membaca situasi dan jauhi emosional dalam merangka strategi. Mesyuaratlah dengan hati yang damai dan jiwa yang tenang tanpa pra sangka. Bawa jiwa yang setia pada jamaah dan wala' pada perjuangan Islam yang didokong. Bajai ukhuwwah dan rapatkan saff kita . Akur pada fakta dan bertindak dengan bijak berasaskan keputusan jamaei .

14. Sayugianya kita insaf bahawa kemenangan adalah kekal milik Allah swt. Allah jua lah yang akan menganugerahkan kemenangan tersebut . Apa yang kita mahu ialah kemenangan yang dikurniakan secara redha kepada kita bukan kemenangan yang diberi secara istidraj [ beri dalam murka ] .

15. Kekalahan kita di Galas dan Batu Sapi bukan pengalaman pertama yang dialami oleh parti tetapi sejak tahun 51 , entah berapa kali parti kalah namun tidak pernah pula generasi terdahulu patah hati dan semangat dalam meneruskan perjuangan sehinggalah ia diwariskan kepada kita hari ini . Ingatlah perjuangan ini tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak diasaskan pada hari ini . Bukan kita yang memulakan perjuangan ini , maka demikian juga bukan kita yang akan mengakhiri perjuangan ini .

http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/11/mengalas-perjuangan-yang-masih-jauh.html

Bot Bersama 15 Pelancong Tempatan Hilang Di Perairan Pulau Tenggol

Posted: 06 Nov 2010 04:30 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 7 Nov (Bernama) -- Sebuah bot yang membawa 15 orang pelancong tempatan termasuk seorang kanak-kanak dikhuatiri hilang di perairan Pulau Tenggol di Dungun, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor berkata, kejadian berlaku kira-kira 20 minit selepas bot yang membawa tujuh lelaki, tujuh wanita dan seorang kanak-kanak itu bertolak dari pulau itu pada pukul 6.30 petang selepas menyertai aktiviti skuba.

"Bot berkenaan terputus hubungan selepas 20 minit bertolak dari Pulau Tenggol. Setakat ini kita masih belum mengetahui nasib kesemua 15 pelancong itu sama ada bot yang dinaiki itu karam ataupun berlindung di pulau-pulau kecil berhampiran," katanya ketika dihubungi di sini Sabtu malam.

Katanya, indentiti kesemua mangsa yang hilang juga masih belum diketahui.

Menurutnya, gerakan mencari telah dilancarkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Gerakan Marin Wilayah Timur sebaik sahaja menerima laporan berhubung kejadian itu.

Tiga Pesawat TUDM Ke Solo Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Posted: 06 Nov 2010 03:51 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Tiga buah pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka berlepas Ahad pagi bagi membawa keluar 664 rakyat Malaysia yang terkandas di Yogyakarta, Solo berikutan kejadian letusan Gunung Merapi.

Pegawai Perhubungan Awam TUDM Mejar Kamarulzaman Ali berkata pesawat pertama dijangka berlepas pada 10 pagi dari Pangkalan TUDM Subang dan mendarat di Lapangan Terbang Solo selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa negara itu.

"Hasil perbincangan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pertahanan, Wisma Putra dan Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak berkuasa negara itu, kita telah mendapat persetujuan bagi membawa keluar kesemua rakyat kita dalam misi dua hari itu.

"Setiap hari, kita akan adakan tiga penerbangan dengan setiap penerbangan pergi dan balik mengambil masa selama enam jam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Menurutnya kesemua 664 rakyat Malaysia itu terdiri daripada penuntut universiti dan kakitangan yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia dan penerbangan pulang pertama dijangka tiba Ahad petang.

Masalah pendaratan kerana cuaca dan kabus tebal tidak menentu di Lapangan Terbang Solo menyebabkan kesukaran membawa keluar orang awam dari kawasan berdekatan Gunung Merapi iaitu gunung berapi paling aktif di dunia itu.

Tiada ulasan: