DIALOG RAKYAT |
- Dr Asri Sepatutnya Saran Umno-BN bersikap Jantan Berhubung Kes Fitnah 2 Terhadap Anwar
- Koh timbang lepas presiden GERAKAN lebih awal
- Bala akui tandatangan akuan bersumpah palsu
- ADUN Sekinchan masuk hospital lepas 'ditumbuk'
- Bolehkah BN menang tanpa tipu, rasuah?
- Banjir: Selangor sumbang RM100 ribu pada Kedah
- Yong menang sorak, politik tergadai
- Kalah di Galas, PAS akan bangkit
- MCA pertikai sekolah rotan murid bukan Islam bawa makanan tak halal
- Galas: PAS nafi sabotaj dalaman punca gagal, tapi diperangkap ‘faktor Ku Li’
- Najib semakin stabil, kata Menteri Kesihatan
- Bot hilang, nasib 15 pelancong tidak diketahui
- Dakwaan blogger Haris kertas undi dijual kenyataan liar, kata SU Agung PKR
- Azmin kuasai undi hari ke-4, dakwaan manipulasi terus hantui PKR
| Dr Asri Sepatutnya Saran Umno-BN bersikap Jantan Berhubung Kes Fitnah 2 Terhadap Anwar Posted: 06 Nov 2010 07:04 PM PDT
| ||||
| Koh timbang lepas presiden GERAKAN lebih awal Posted: 06 Nov 2010 07:03 PM PDT
"Saya pernah nyatakan pada 2008 bahawa saya akan hanya memegang jawatan ini selama dua penggal. Saya akan berpegang pada kata-kata ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat tahunan Majlis Anggota Seumur Hidup parti itu di Menara PGRM di Kuala Lumpur. Sebanyak 140 atau 60 peratus daripada 233 anggota seumur hidup Gerakan menghadiri mesyuarat itu, termasuk bekas presiden Gerakan Tun Dr Lim Keng Yaik, yang dilantik sebagai pengerusi baru majlis berkenaan. Apabila diajukan soalan, Koh tidak menyatakan individu yang beliau fikirkan berkemampuan untuk menggantikannya. Bagaimanapun, Koh, yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, berkata Gerakan sentiasa berusaha untuk melahirkan pemimpin baru bagi semua peringkat. Sejak akhir-akhir ini, Koh, yang mengambil alih tampuk kepimpinan parti dari Dr Lim pada 2008, sering dikritik oleh anggota parti, termasuk mereka yang menganggapnya sebagai pemimpin yang lemah. Tamparan paling hebat diberi oleh Dr Lim apabila beliau mengundur diri sebagai penasihat Gerakan bulan lepas dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara Koh menangani hal ehwal parti itu. Ditanya tentang hubungan beliau dengan Dr Lim, Koh berkata hubungan mereka adalah baik dan malah duduk semeja untuk menikmati sarapan pagi hari ini. Perbezaan pendapat antara mereka adalah perkara biasa, katanya. Mengenai keputusan pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi yang memihak kepada Barisan Nasional (BN), beliau berkata parti gabungan itu perlu bersikap merendah diri dan tidak terlalu megah dengan pencapaian itu. Katanya BN perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan keyakinan rakyat. Beliau berkata BN perlu mengambil iktibar daripada sikap terlalu yakin oleh calon Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, yang akhirnya hanya mendapat 2,031 undi, iaitu jumlah undi paling rendah dalam pertandingan tiga penjuru bagi kerusi Parlimen Batu Sapi. Katanya kemenangan BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Galas dan Parlimen Batu Sapi juga menunjukkan peningkatan sokongan rakyat terhadap parti gabungan itu serta konsep 1Malaysia yang diperjuangkaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. | ||||
| Bala akui tandatangan akuan bersumpah palsu Posted: 06 Nov 2010 07:02 PM PDT
"Pihak polis, saya percaya, menyiasat keadaan seputar pembikinan dua SD bawah Seksyen 199 Kanun Acara Jenayah, untuk kesalahan yang boleh dikenakan hukuman tiga tahun penjara atau denda. "Ini bukan kesalahan remeh." Sehubungan itu, katanya, beliau amat terkejut apabila pihak polis gagal menemui sebarang salah laku daripada bukti-bukti yang dikumpulkan mereka. Mengakui akuan dalam SD keduanya tidak benar, Balasubramaniam mendesak kerajaan membuka kembali kesnya. | ||||
| ADUN Sekinchan masuk hospital lepas 'ditumbuk' Posted: 06 Nov 2010 06:59 PM PDT
Menurut Ng, selepas membuat laporan polis mendakwa dipukul di sebuah kunci air di Tanjung Karang Khamis lalu, beliau berasa pening dan bergegas ke Pusat Perubatan Sime Darby. "Saya ditumbuk tiga kali di kepala," dakwanya sambil memberitahu doktor membenarkannya keluar wad esok. Dalam laporannya polisnya sebelum ini, NG mendakwa dipukul oleh sekumpulan yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang ketika bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi. Timbalan pengerusi Umno Selangor yang juga ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun menyifatkan tuduhan Ng terhadap ahli Umno itu sebagai "mengarut". | ||||
| Bolehkah BN menang tanpa tipu, rasuah? Posted: 06 Nov 2010 06:56 PM PDT
| ||||
| Banjir: Selangor sumbang RM100 ribu pada Kedah Posted: 06 Nov 2010 06:54 PM PDT
| ||||
| Yong menang sorak, politik tergadai Posted: 06 Nov 2010 06:52 PM PDT BATU SAPI: Pilihanraya kecil Batu Sapi telah membuktikan betapa sukarnya Parti Maju Sabah (SAPP) untuk memulakan langkah pertama menuju pilihanraya umum ke-13 yang dijadualkan diadakan lebih awal; kerana momentum Barisan Nasional semakin mendaki ke kemuncak; setelah berjaya menawan DUN Galas dan mempertahankan Parlimen Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar pada Khamis lalu. Sebelum ini, atas pekikan semangat sokongan membawa rebah, rakyat Sabah yang terpukau dengan slogan 'Sabah Untuk Rakyat Sabah' dan 'Autonomi', Yong dilihat melalui PRK Batu Sapi dengan penuh bergaya dan sanggup mencabar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman untuk berdebat dengannya; namun dalam masa yang sama menolak pelawaan debat calon PKR, Ansari Abdullah.
Setelah tidak menjadi dengan menjual 'Liur Basi' di Batu Sapi, Yong sewajarnya malu kepada diri sendiri dan meletakkan jawatan sebagai Presiden SAPP yang tewas dalam PRK sebagaimana tewasnya Mantan Presiden Berjaya, Datuk Harris Salleh kepada 'Tunggul Kayu' Datuk Kadoh Agundong. Yong menjadi Presiden Parti yang pertama tewas di Sabah sejak BN mengambil alih tampuk pemerintahan Sabah pada 1994 dan beliau pernah menjadi Ketua Menteri Sabah selama dua tahun pada 1996 hingga 1998. Sebelum ini, bagaikan gelombang Tsunami yang dijangka membadai Batu Sapi Sandakan dengan majoriti yang cukup besar, namun ternyata semua persiapan dan modus operandi Yong; terutama menerima 'Sampah Hanyut' daripada serpihan PKR yang diketuai Datuk Nahalan Damsal dan bekas Usno yang diketuai Datu Badaruddin Tun Datu Mustapha; ternyata memalit najis ke muka Yong apabila hanya berjaya mendapat 2,031 undi. Yong bukan sahaja tewas kepada Datin Linda Tsen Thau Lin yang disifatkan Blog Batu Sapi (kendalian SAPP) sebagai 'Orang Suruhan' Musa dan Pairin; malah dimalukan dengan calon PKR yang memperolehi 3,414 undi. Apalah bala yang menimpa Yong kerana sokongan Bumiputera dan Cina kepadanya bagaikan 'lautan manusia' namun undi yang diterima bagaikan sebuah balang kaca yang mengandungi 2,031 biji kacang tanah. Betapa punahnya harapan Yong, punah lagi para penyokong SAPP yang begitu bersemangat menubuhkan cawangan di segenap pelusuk kampung semata-mata ghairah untuk mengikut jejak langkah Parti Bersekutu yang bertanding di hampir semua DUN di Sabah, namun mencatatkan sejarah, 'Sifar' Kerusi. Kalahnya seorang Presiden Parti kepada 'balu' yang masih berkabung kerana kematian suami dalam kemalangan yang tragis dan dilemparkan pelbagai tohmahan sehingga menjadi 'boomerang' dan mengenai diri orang yang melemparkannya. Betapa malangnya Ansari yang sudah tewas lapan kali dalam pilihanraya di Sabah dan dua kali jatuh jambatan sehingga retak tulang rusuk dan terseliuh bahu; malang lagi nasib Yong Teck Lee yang bukan sahaja kalah kepada 'Underdog' malah, ditolak oleh pengundi Cina sendiri yang kembali kepada BN. Bukan kerana mereka tidak suka atau tidak yakin kepada Yong, namun mereka kurang percaya kepada SAPP yang boleh keluar masuk seperti kepala kura-kura dan tidak ada cacat celanya BN apabila Ketua Menteri Sabah menolak perdebatan berhubung dua isu yang dianggap lapuk oleh golongan pertengahan di Sabah. Nampaknya pertunjukan silap mata Yong Teck Lee tidak menjadi kenyataan kerana 'kartunya' berada di tangan Musa yang semakin mantap dan dipercayai Perdana Menteri dan timbalannya, ekoran kerajaan BN mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi. Dengan sorokan gemuruh setiap kali Yong berucap dan dengan ramainya penonton yang menghadiri apa juga majlis SAPP, tidak ada seorangpun yang percaya Yong boleh kalah dalam PRK ini. Lebih melebarkan senyuman Yong, beliau mendapat sokongan jitu kedua anak Almarhum Tun Mustapha, Datu Badaruddin dan Maimunah dan lebih 1,000 ahli bekas Usno yang menjadi pemilih berdaftar Batu Sapi; namun hakikatnya ke mana undi yang dijanjikan mereka? Kenapa Yong kalah? Tiada siapa yang tahu melainkan Yong sendiri kerana sebarang telahan bukanlah jawapan sebenar kepada senario politik Yong, yang menjunam seperti nasib yang diterima Datuk Harris Salleh suatu ketika dahulu. Alangkah bahagianya Pakatan Rakyat (PR) jika Yong memberi laluan dan berpadu tenaga memberi sokongan kepada calon PKR, Ansari Abdullah yang bertanding satu lawan satu dengan calon BN. Jika senario itu berlaku, keputusan yang diumumkan hari ini mungkin berubah daripada realiti sebenar. Namun kini, Yong terpaksa menelan segala derita akibat kekalahan luar biasa seorang Presiden Parti yang bercita-cita untuk bertanding di semua kerusi DUN Sabah pada pilihanraya akan datang dan menjadi parti tempatan yang pertama berjaya membungkus Umno pulang ke Semenanjung dengan slogan, 'Sabah Untuk Rakyat Sabah' dan 'Autonomi'. Nampaknya Yong bukan sahaja gagal menumpaskan populariti Ansari Abdullah, malah gagal menyeka air mata Linda Tsen yang tumpah sejak kematian suaminya dan selepas hari penamaan calon dan sepanjang tempoh kempen kerana diejek penyokong Yong. Airmata itulah yang akhirnya memenangkan Linda dan menenggelamkan Yong di persada politik tanah air! Sekalipun akan ada pihak yang memfailkan petisyen pilihanraya, namun peratus kejayaannya begitu rendah kerana mengikut teori Sun Tzu dalam 'Art of War' , cara terbaik untuk menumpaskan lawan bukan di dalam gelanggang, sebaliknya di luar gelanggang. Mereka memasuki gelanggang hanya untuk mengisytiharkan kemenangan seperti yang diamalkan BN kerana kejayaan diketahui sebaik sahaja BN mengumumkan calonnya | ||||
| Kalah di Galas, PAS akan bangkit Posted: 06 Nov 2010 06:49 PM PDT FREE MALAYSIA TODAY
"PAS menerima kekalahan di Galas sebagai satu adat perlawanan. Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi merupakan satu siri pilihanraya yang menampakkan ketempangan demokrasi dan pencabulan media terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.
"Keputusan di Galas bukan satu yang mengejutkan kerana, sebelum ini pilihanraya kecil Manek Urai yang merupakan kubu kuat PAS pun, PAS hampir tewas dengan majoriti 65 sahaja. "Begitu juga sebelumnya ketika PRK Pengkalan Pasir merupakan kubu kuat PAS tewas dan dapat tawan kembali dalam PRU 12," kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad. Beliau berkata, PAS akan membuat muhasabah ke dalam dengan melihat masalah-masalah yang perlu diperbaiki. Sebagai sebuah parti Islam, katanya, kekalahan ini akan memberi satu pengajaran yang berguna, kerana setiap musibah ada hikmahnya. "Kemungkinan Allah tidak mahu kita leka dengan kemenangan cemerlang PRU 12 sehingga menimpa kekalahan yang mengejutkan dalam PRU 13," tambahnya. Idris berkata, kekalahan PAS di Galas, bukan bererti menjadi malas untuk berjuang, sebaliknya mesti bersemangat untuk menggalas amanah ummah di negara ini untuk menggantikan Umno sebagai wadah perjuangan orang Melayu. Beliau berkata, PAS tidak akan membiarkan rakyat menjadi mangsa kezaliman Umno terhadap rakyat sehingga kualiti hidup rakyat semakin teruk. Katanya, kenaikan harga barang, jenayah bunuh meningkat, perzinaan dan buang bayi meningkat. "PAS mesti berusaha untuk bekerja dengan lebih kuat. Kita perlu sekat kemenangan mereka, dengan kita mesti bekerja kuat untuk menangkis fitnah dan menerangkan wadah perjuangan kepada masyarakat. "Sudah cukup mandat yang mereka perolehi selama 53 tahun menyebabkan anak cucu kita terutamanya yang akan menanggung beban<' katanya. Menurut ketua penerangan PAS itu lagi, kegigihan PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang bekerja dalam pilihanraya tanpa diupah adalah merupakan satu kekuatan, berbanding dengan Umno. "Mereka hanya menumpang tuah jentera kerajaan, jika diharapkan jentera Umno maka sudah lama Umno akan berkubur," katanya. | ||||
| MCA pertikai sekolah rotan murid bukan Islam bawa makanan tak halal Posted: 06 Nov 2010 06:46 PM PDT KUALA LUMPUR — MCA menggesa Kementerian Pelajaran bertindak tegas ke atas sebuah sekolah rendah di Sarawak yang didakwa menguatkuasakan dasar makanan halal, mendakwa tindakan itu bercanggah dengan hak pelajar-pelajar bukan Islam. Parti komponen Barisan Nasional (BN) kedua terbesar ini berkata guru-guru sekolah awam tiada hak untuk mengenakan nilai agama mereka ke atas murid lain.
Ibunya Angela Jabing membawa isu berkenaan ke perhatian media selepas gagal memperoleh penjelasan memuaskan daripada pentadbiran sekolah. Pada sidang media di Kuching minggu lalu, Angela dipetik berkata penolong kanan terbabit pada pertemuan 19 Oktober lalumemberitahunya bahawa beliau tidak boleh ingat insiden itu lalu meminta agar tidak membesar-besarkan isu itu atas alasan terlalu sensitif. "Jika tuduhan itu betul, tindakan harus diambil terhadap penolong kanan dan pengetua sekolah terbabit," kata Loh dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Tegasnya lagi, pengetua sekolah dan penolong kanan terbabit turut didesak supaya meminta maaf kepada pelajar dan Angela. Ini kerana, kata beliau, pelajar yang berusia 10 tahun itu mengalami trauma akibat layanan tidak adil tersebut. Kata Loh, tindakan penolong kanan terbabit memberi amaran kepada waris pelajar supaya tidak membesar-besarkan insiden tersebut turut dipertikai. Penolong kanan terbabit memberi amaran kepada waris agar jangan membesar-besarkan hal kerana ini isu yang cukup sensitif di kalangan orang Islam, kata Loh memetik laporan portal berita semalam. Beliau yang juga ahli jawatankuasa MCA pusat berkata, sekiranya pelajar bukan Islam membawa makanan tidak halal ke sekolah dianggap sebagai sensitif, pihak berwajib sepatut menghalang juga pelajar membawa daging lembu kerana ia dianggap menyentuh sensitiviti penganut Hindu dan Buddha. Untuk menghormati semua sensitiviti agama, Loh berkata, daging ayam pun sepatutnya dilarang dan digantikan dengan makanan berasaskan sayur-sayuran demi menghormati penganut Buddha. "Ini hanya akan mengakibatkan situasi kecoh," ujar beliau menyindir cara pihak sekolah berdepan dengan budaya makanan pelajar-pelajar bukan Islam. Sepatutnya isu yang melibatkan hak masyarakat bukan Islam, kata Loh, tidak wajar dianggap sensitif dan disembunyikan begitu sahaja. Ini kerana katanya, guru tidak boleh sewenang-wenangnya memaksa nilai-nilai agama mereka ke atas pelajar bukan Islam. Bahkan jika pengumuman melarang pelajar membawa makanan tidak halal ke sekolah dibuat sekalipun, pihak sekolah tidak boleh beranggapan bahawa setiap murid hadir pada hari itu atau memahami arahan. "Pengumuman itu harus diikuti dengan surat edaran bertulis kepada waris," nasihat Loh. Oleh itu kata Loh, beliau berharap pihak berwajib memelihara aspek kepelbagaian kaum yang menjadi identiti sekolah tersebut, yang juga terkenal di bandar Kuching. | ||||
| Galas: PAS nafi sabotaj dalaman punca gagal, tapi diperangkap ‘faktor Ku Li’ Posted: 06 Nov 2010 06:44 PM PDT KUALA LUMPUR — Pemimpin-pemimpin PAS menyangkal tanggapan sesetengah pihak bahawa kekalahan PAS mempertahankan kerusi DUN Galas kelmarin disebabkan wujudnya unsur sabotaj dalaman parti dan strategi berkempen PAS yang terlalu defensif terutama ketika menghadapi jentera diketuai Tengku Razaleigh Hamzah. Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman memberitahu The Malaysian Insider, khabar itu adalah permainan umum di sesawang Internet sahaja. "Saya rasa soal strategi tidak ada ada kaitan. Isu itu main dalam pasaran (Internet)," jelas beliau. Penegasan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu sekali gus menafikan dakwaan seorang blogger PAS Abdul Rahman Talib kononnya kekalahan tersebut berpunca oleh pemimpin PAS sendiri membantu "propaganda Umno" di Galas. Abdul Rahman Talib yang lebih dikenali sebagai "Tulang Besi" dalam blog Malaysia Waves berkata, pemimpin yang dimaksudkan adalah Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din dan Datuk Dr Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Exco Kerajaan Selangor. "Kempen PAS begitu 'mandom' dan defensif. Serangan utama Umno kepada PAS yakni PAS dipergunakan DAP, tidak dijawab langsung ataupun dibiarkan tanpa jawapan yang baik dan jelas. "Saya tidak terkejut kerana tuduhan Umno itu turut diungkapkan dalam nada yang sama oleh pemimpin dalaman PAS seperti Hassan Ali dan Datuk Harun Din," dakwa penulis itu. ![]() Tengku Razaleigh "Itu tidak betul kerana kita tidak mahu menyerang peribadinya kerana Tok Guru (Nik Aziz) sendiri," ujarnya. Pun begitu, kata beliau, PAS tetap dengan strategi tradisinya iaitu menjelaskan tentang kepentingan menyokong perjuangan Islam serta menyerang amalan rasuah serta penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno. Ujarnya lagi, strategi lain PAS yang boleh dikatakan berjaya untuk menghadapi Umno-BN antaranya menawarkan RM250 duit tambang balik kepada pengundi luar. "Kita berjaya memanggil 57 peratus (pengundi luar) balik," ujarnya. Di sebalik kekalahan di Galas, beliau seakan mengaku yang PAS gagal menjawab beberapa isu malar segar seperti isu tanah di Lojing, pembalakan haram, pembangunan untuk Orang Asli, manfaat dari Ladang Rakyat serta dakwaan penyelewengan dalam PMBK Sawit sebagaimana yang diserang Umno. Bagaimanapun kata beliau, kegagalan itu sepatutnya ditujukan kepada kerajaan Kelantan, bukan jentera pilihan raya diketuainya. "Itu kena kerajaan negeri yang jawab, penceramah kena jawab... itu bukan saya yang kena jawab," tegas beliau yang juga pengarah jentera PAS di Galas sambil memberitahu The Malaysian Insider bahawa analisis holistik PAS boleh diperoleh 13 November ini. Bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad turut menafikan bahawa wujudnya sabotaj kempen di kalangan pemimpin PAS. Menurut beliau, Tengku Razaleigh lebih bijak berpolitik apabila PAS mengambil sikap untuk tidak menyerang bekas Presiden Parti Semangat 46, yang telah dibubarkan 14 tahun lalu. "Mana ada sabotajnya, Ku Li sebenarnya bijak dalam mengambil kesempatan politik ini," ujarnya. Beliau yang Ahli Parlimen Kuala Selangor berpendapat, jentera PAS seakan keliru apabila berdepan dengan "politik damai" yang direstui Tengku Razaleigh yang juga merupakan Ketua Umno Gua Musang dan Ahli Parlimen bahagian itu. Akibatnya, pengundi gagal diajak menolak calon BN Abdul Aziz Yusoff walaupun terlalu banyak pengkhianatan Umno ke atas kerajaan negeri dan rakyat Kelantan. "Kenapa tidak perjelaskan terma penerangan PAS iaitu satu undi kepada Umno adalah menyokong pengkhianatan BN tidak memberi royalti minyak kepada rakyat Kelantan. "Itu bukan menyerang Ku Li, itulah isu yang paling besar untuk mengajak Ku Li sendiri untuk bersama-sama rakyat dan kita (PAS) menyerang Umno," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini. Oleh kerana jentera PAS gagal menggamit emosi rakyat terhadap isu utama itu, kata beliau, jentera PAS induk gagal menguruskan keseluruhan jentera penerangan dan kempen di Galas. ![]() Mahfuz Omar Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena memberitahu The Malaysian Insider bahawa kemenangan BN di Galas berpunca oleh "faktor Ku Li" sendiri. "Ketokohan dan strategi Ku Li memang nampak 'underdog', di luar dugaan kita tetapi saya anggap veteran Umno itu ancaman paling besar (bagi) saya (Pakatan Rakyat). "Kita sebenarnya yang membuka peluang kepada pasukan Ku Li untuk mengeksploitasi beberapa strategi kita sehingga kita menjadi begitu defensif," ujarnya lagi. Beliau berkata, kejayaan Tengku Razaleigh merampas DUN Galas sepatutnya menjadi "wake-up call" kepada PAS dan Pakatan Rakyat. "Ini satu 'wake-up call', parti tidak boleh duduk diam, bukan sekadar memberi tahu orang ramai yang kita sedang bermuhasabah, sangat malang kalau kita tidak menyedari orang yang bukan sebarangan seperti dia (Ku Li)," ujarnya. Lebih membimbangkan kata beliau, sekiranya ketokohan Tengku Razaleigh ini dianggap mengetuai Umno dan BN pada pilihan raya umum ke-13 kelak. "Jika berlaku ledakan dalaman di dalam Umno untuk mengangkat Ku Li ke kerusi nombor satu (Presiden) Umno-BN, ia adalah sesuatu malapetaka paling besar, yang saya tidak dapat bayangan bagi membenamkan PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13," ujarnya lagi. Disebabkan itu, beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat bernasib baik kerana BN dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN. "Kalau saya, saya suka Najib memimpin Umno dan BN sehingga pilihan raya umum ke-13," kata beliau berjenaka kepada The Malaysian Insider. Di Galas, Abdul Aziz mendapat 56 peratus atau 5,324 undi untuk menewaskan calon PAS Dr. Zulkefli Mohamad dengan kelebihan 1,190 undi. Daripada 11,553 pengundi berdaftar, seramai 9,555 pengundi atau 82.71 pengundi turun bagi menunaikan tanggungjawab mengundi masing-masing pada pilihan raya kecil DUN Galas. Peratusan keluar mengundi itu meningkat dua peratus jika dibandingkan peratusan turun mengundi pada pilihan raya umum lalu iaitu 80.6 peratus. | ||||
| Najib semakin stabil, kata Menteri Kesihatan Posted: 06 Nov 2010 06:39 PM PDT BERNAMA
"Perdana Menteri akan sembuh dalam sedikit masa lagi," kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita selepas perasmian pusat terapi dan rehabilitasi, WQ Park, oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Kelana Jaya dekat sini, hari ini. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif WQ Park Datuk Dr Zulkharnain Ismail. WQ Park menyediakan rawatan selepas pembedahan serta khidmat pemulihan untuk kanak-kanak istimewa dan Orang Kurang Upaya (OKU). Liow berkata kementerian kini mengalami kekurangan ahli fisioterapi dan berharap dapat mengatasinya di semua hospital kerajaan. Beliau berkata pembinaan Hospital Rehabilitasi Cheras, dengan kos RM342 juta, dijangka mula beroperasi tahun depan. Hospital itu adalah yang pertama khusus untuk rawatan pemulihan di Malaysia berikutan tumpuan kerajaan kini terhadap penjagaan dan pemulihan berbanding dahulu di mana pemulihan dilakukan di rumah selepas pesakit mendapat rawatan di hospital, katanya. Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Tengku Abdullah bertitah penyediaan pusat rehabilitasi seperti WQ Park perlu diwujudkan lebih banyak lagi di seluruh negara bagi membantu rakyat mendapat rawatan pemulihan yang komprehensif seperti di negara-negara maju. Bagaimanapun, baginda meminta masyarakat bersikap prihatin terhadap golongan OKU dalam usaha membantu mereka berasa lebih yakin untuk menjalani kehidupan yang normal. Sehubungan itu, baginda bertitah pihak swasta perlu mengadakan program tanggungjawab sosial korporat mereka dalam membantu golongan OKU dengan membina lebih banyak lagi pusat pemulihan pada masa depan. | ||||
| Bot hilang, nasib 15 pelancong tidak diketahui Posted: 06 Nov 2010 06:37 PM PDT BERNAMA KUALA TERENGGANU — Sebuah bot yang membawa 15 orang pelancong tempatan termasuk seorang kanak-kanak dikhuatiri hilang di perairan Pulau Tenggol di Dungun, semalam. Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor berkata, kejadian berlaku kira-kira 20 minit selepas bot yang membawa tujuh lelaki, tujuh wanita dan seorang kanak-kanak itu bertolak dari pulau itu pada pukul 6.30 petang selepas menyertai aktiviti skuba. "Bot berkenaan terputus hubungan selepas 20 minit bertolak dari Pulau Tenggol. "Setakat ini (malam tadi), kita masih belum mengetahui nasib kesemua 15 pelancong itu sama ada bot yang dinaiki itu karam ataupun berlindung di pulau-pulau kecil berhampiran," katanya ketika dihubungi malam tadi. | ||||
| Dakwaan blogger Haris kertas undi dijual kenyataan liar, kata SU Agung PKR Posted: 06 Nov 2010 06:35 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan dakwaan itu sebagai "kenyataan liar Haris." "Borang yang Haris dedahkan itu adalah minggu lepas punya, sepatutnya sudah dihapuskan. "Lagipun, warna borang minggu ini adalah berbeza dengan warna minggu lepas. Kalau (didakwa) ada jual beli kertas undi, mana kertas undi minggu ini," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi malam tadi. Selain itu kata beliau, Jawatankasa Pemilihan Pusat (JPP) juga tidak menerima apa-apa aduan walaupun sistem pemilihan kali ini membolehkan setiap calon yang bertanding menghantar ejen proses pengundian dan pengiraan undi (PACA) di setiap pusat pengundian. "Kalau ada anasir jual kertas undi, tentunya PACA paling awal menyerang JPP, bukan seorang blogger liar," kata beliau lagi. Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin juga menafikan perkara itu dengan menegaskan, beliau juga ingin tahu butiran lanjut mengenai tuduhan itu. "Tidak benar... sebenarnya saya pun nak tahu dari mana, berapa banyak kertas undi boleh dibeli, harganya, tetapi kami telus (dalam mengendalikan pemilihan)," kata beliau lagi kepada The Malaysian Insider. Calon jawatan naib presiden Nurul Izzah Anwar melihat dakwaan itu sebagai sesuatu yang berat. "Saya memandang berat dakwaan ini dan saya menggesa agar siasatan mendalam dijalankan berhubung perkara ini," kata Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika ditanya tulisan Haris semalam. Pada masa yang sama beliau meminta ahli-ahli parti bertenang dan berkata, parti harus mengambil tindakan tegas dengan menjalankan siasatan rapi. "Sebaik sahaja siasatan selesai, parti harus mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mencuri harta parti, selain kerana telah membenarkan sekuriti dilanggar," katanya lagi. Sebanyak 68 cabang telah selesai mengadakan pemilihan pucuk kepimpinan pada hujung minggu lalu - pusingan awal tiga hari pertama - dengan Azmin kini mendahului Datuk Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub bagi pemilihan timbalan presiden. Pada sidang media minggu lalu, Saifuddin telah memberi penjelasan berhubung kesilapan pada pengumuman keputusan rasmi yang menunjukkan Zaid, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, pada Isnin lalu mendahului saingan tiga penjuru jawatan nombor dua itu buat seketika. Dalam blognya kelmarin di bawah tajuk 'PKR, and its ballot papers, up for sale' (PKR, dan kertas undi untuk jualan), Haris berkata, beliau akan menemui seseorang yang mendakwa mempunyai kertas undi, yang boleh digunakan dalam pemilihan kali ini dan akan menyerahkan kepadanya sebagai bukti. Dalam tulisan susulan bertajuk "Kak Wan, what do you want me to do with these ballot papers? (Kak Wan, apa yang anda mahu saya lakukan dengan kertas-kertas undi ini) semalam, Haris berkata, beliau menemui lelaki berkenaan yang menunjukkannya kertas undi bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP). "Kertas undi bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden semuanya membawa nombor siri manakala kertas undi MPP tidak. "Dia memiliki 100 keping kertas undi kesemuanya," tulis Haris dalam blognya The People's Parliament. Haris berkata, beliau bertanya pihak yang bertanggungjawab mengeluarkannya tetapi dia enggan menjawab. "Dia menjelaskan pengawas pemilihan JPP boleh memanipulasi senarai ahli yang menghadiri proses pemilihan, di mana peratusan keluar mengundi adalah rendah, diubahsuai ke arah peningkatan, dan dimasukkan kertas undi tambahan ke dalam peti undi," katanya lagi. Malah kata beliau lagi, di tempat tertentu tiada langsung senarai kehadiran ahli, keadaan yang membolehkan kertas undi tambahan dimasukkan ke dalam peti undi. Haris memberitahu, lelaki berkenaan mengakui dia mendedahkan perkara berkenaan kerana kepimpinan yang dia memihak dilihat ditipu. Malah menurut Haris, lelaki itu bertindak sedemikian dengan harapan sesuatu akan dilakukan untuk membetulkan keadaan itu dan jika tidak, tiada gunanya kekal dalam PKR. Haris juga berkata, apabila ditanya siapa di belakang kejadian itu, lelaki berkenaan mendakwa Azmin dan sekretariat ibu pejabat dan beberapa anggota JPP di mana pengerusinya Dr Molly Cheah tidak lagi mempunyai kawalan ke atas jawatankuasa berkenaan. Haris, peguam yang berpejabat di Bentong juga menunjukkan kertas undi yang didakwa diperoleh daripada lelaki terbabit dan mempersoalkan sama ada terdapat banyak lagi kertas undi di luar pada masa sekarang. Haris juga bertanya sama ada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berjaya mempertahankan jawatannya tanpa cabaran akan melakukan sesuatu untuk mengatasi isu terbaru ini. Malah dalam mesej Twitter semalam, Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali pula berkata, "anggota-anggota PKR harus waspada terhadap blog-blog dan laman-laman web yang menabur pelbagai fitnah untuk gagalkan pemilihan parti." "Mereka punya agenda buruk," kata beliau yang tidak mempertahankan jawatannya kali ini. Hari ini masuk hari kelima pemilihan dilangsung dan tinggal lima hari lagi. | ||||
| Azmin kuasai undi hari ke-4, dakwaan manipulasi terus hantui PKR Posted: 06 Nov 2010 06:29 PM PDT TERKINI THE MALAYSIAN INSIDER
Sebanyak 881 undi yang diperoleh Azmin di Libaran, Naib Presiden PKR semalam, adalah yang tertinggi daripada satu-satu cabang setakat ini oleh mana-mana calon. Bagaimanapun proses pengundian semalam turut menjadi pertikaian sesetengah calon khususnya penyokong Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa wujud elemen manipulasi dan penyelewengan, antaranya 'kehilangan' peti undi dan perubahan tempat pengiraan undi melibatkan cabang Libaran dan Sandakan. The Malaysian Insider difahamkan pasukan Zaid akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas menerima laporan lengkap daripada cabang-cabang berkenaan. Di Libaran, yang proses pengiraan selesai sekitar 2 pagi tadi, Zaid hanya menerima enam undi manakala Mustaffa Kamil Ayub pula lapan undi. Libaran menyumbangkan Azmin (gambar) sebanyak 881 undi manakala Sandakan pula memberikan beliau 417 undi, Ranau (153) dan Papar (124) dan Beaufort (223). Undi dari cabang-cabang besar di Sabah itu terus meletakkan Azmin di depan dalam pemilihan kali ini. Zaid memperoleh undi terbanyak dari cabang Kota Kinabalu (162), Kota Belud (133), Keningau (169) dan Kudat (138). Secara keseluruhan, Azmin dipercayai menerima 1,976 undi semalam dan disusuli oleh Zaid pula 879 undi dan Mustaffa pula sekitar 50 undi. Keputusan rasmi akan dikeluarkan pagi esok oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media mingguannya. Ketika dihubungi The Malaysian Insider awal pagi tadi, Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin menafikan wujud elemen manipulasi dan penyelewengan yang didakwa sesetengah pihak. Kata beliau, pihaknya belum menerima aduan daripada pihak-pihak terbabit. "Pada keseluruhannya, proses pengundian berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar," kata beliau ketika ditanya dakwaan peti undi 'dilarikan' dan pusat pengiraan undi diubah pada minit-minit terakhir. "Tidak ada elemen peti undi dilarikan. Hanya melibatkan perubahan tempat kira undi itupun di Libaran, tetapi perkara ini sudah pun dimaklumkan terlebih awal sebab pusat pengundian hendak digunakan untuk tujuan lain selepas proses pengundian selesai. "Peti-peti undi dipindahkan dengan perhatian ejen calon dan pengawas pemilihan, jadi tak timbul peti undi hilang," kata beliau lagi. Sebanyak 10 cabang selesai mengadakan pemilihan semalam termasuk satu di Kelantan iaitu Pasir Mas. Di Sabah, Azmin mengumpulkan 1,941 undi berbanding Zaid (826) dan Mustaffa (39). Pasir Mas menyumbang Azmin 35 undi manakala Zaid pula menerima 53. Keputusan setakat tiga hari pertama menunjukkan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, memperoleh 3,051 undi manakala Zaid menerima 2,529 undi manakala Mustaffa yang juga Naib Presiden PKR, mengumpulkan 1,149 undi. Pengumuman keputusan rasmi tiga hari pertama Isnin lalu juga menimbulkan sedikit kekeliruan dan tanda soal apabila dimaklumkan bahawa kedudukan awal Zaid mendahului dua calon lain adalah satu kesilapan manusia dalam memasukkan data. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, perubahan kedudukan adalah ekoran kesilapan manusia dalam memasukkan data keputusan. "Ia kesilapan manusia," kata beliau. Hari ini cabang-cabang dari Sbaha sahaja mengadakan pemilihan iaitu Tawau, Pensiangan, Kota Marudu, Tuaran, Sepanggar, Putatan, Sipitang, Beluran dan Tenom. Setakat semalam 78 cabang sudah selesai mengakan pengundian. Cabang Penampang dan Silam telah menangguhkan pemilihan sehingga 20 November. Raden Shamsulkamar berkata pemilihan Silam yang sepatutnya diadakan semalam ditangguhkan ekoran masalah logistik untuk mendapatkan lokasi pemilihan. "Penampang akan mengadakan mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan pusat serentak pada 20 November," katanya.
Dalam pada itu, Azmin berkata, Sabah telah menyumbangkan undi terbanyak, sekali gus menjarakkan lagi majoritinya. "Alhamdulillah. Sabah penyumbang undi popular yang terbesar untuk saya sebagai timbalan presiden. Majoriti melonjak dari 500 kepada 1,667," kata beliau dalam mesej menerusi Twitter awal pagi ini. Mesej susulannya pula berbunyi, "cabang Libaran bersebelahan Batu Sapi memberi majoriti terbesar kepada saya sebagai timbalan presiden." Malah Azmin juga menulis beliau masih berada di Sabah hari ini dan sedang menuju ke Tenom, yang turut menyaksikan pemilihan hari ini. "Sedang melalui Banjaran Crocker, Kimanis menuju ke Tenom melalui Keningau. Tiga jam perjalanan dari Kota Kinabalu," katanya lagi. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
SHAH ALAM - Kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada politik merupakan kenyataan yang pelik dan tidak berpijak pada realiti politik semasa tanah air.

Gesaan itu dibuat Timbalan Ketua Biro Publisiti MCA Loh Seng Kok (gambar) dengan merujuk kepada insiden membabitkan pelajar Basil Baginda yang dirotan 10 kali di tangan oleh penolong kanan Sekolah Kebangsaan St Thomas, Kuching kerana membawa bekalan nasi berlauk sosej khinzir ke sekolah 15 Oktober lalu.

PETALING JAYA — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada dalam keadaan baik dan stabil dengan pakar-pakar perubatan sentiasa mengawasi keadaan kesihatan beliau.
KUALA LUMPUR — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan siri dakwaan aktivis sosial Haris Ibrahim bahawa kertas-kertas undi pemilihan pusat parti itu, yang berlangsung sejak 29 Oktober lalu, kini dijual oleh kem Azmin Ali.
KUALA LUMPUR — Azmin Ali menyapu bersih undi dari Sabah dan satu cabang di Kelantan termasuk 881 undi dari Libaran — keputusan tidak rasm hari keempat semalam — tetapi pemilihan PKR kelihatan masih belum bebas daripada dakwaan manipulasi undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan