Biaqpila |
- Banjir: BN berlakon, tuduh melulu, kata PAS
- Dinda Sayu Kanda Layu
- Banjir Kedah sengaja dijadikan isu politik
- Banjir Di Kedah : Kerajaan Selangor Sumbang RM100,000
- Kelab gay diserbu di Melaka
- Lawak Ahad: Cepatnya keluaq?
| Banjir: BN berlakon, tuduh melulu, kata PAS Posted: 07 Nov 2010 02:00 PM PST ![]() Kerajaan negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam. Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini. "Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau.Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah. Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah. "Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily. Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat. "Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya. Beliau mengaku jabatan itu paling banyak membantu magsa di samping kerajaan tempatan, polis, bomba dan juga jabatan kesihatan dan pelajaran. Hari ini, kata Phahrolrazi, pihaknya bersama JKR akan bersama syarikat yang menjaga konsesi trek berkembar, Gamuda, akan menyiasat kalau projek itu menyebabkan laluan banjir tersekat. Tuduhan melulu
Ujarnya, media hanya membuat laporan berdasarkan kenyataaan pempimpin Umno, tanpa mengikuti sendiri perkembangan dan usaha yang dilakukan kerajaan negeri. Semalam, Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS supaya tidak melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu kepada kerajaan pusat semata-mata. Semakin buruk Sementara itu, keadaan banjir di daerah Kota Setar semakin buruk dengan lebih ramai penduduk di daerah itu dipindahkan sehingga petang ini, namun jumlah mangsa banjir di Kedah keseluruhannya berkurangan. Bekalan air hampir pulih |
| Posted: 07 Nov 2010 09:00 AM PST DILEMA isteri berdepan suami yang ada masalah mati pucuk, atau erektil disfungsi (ED), memang jarang dibincang secara terbuka kerana kebanyakan isteri keberatan membuka rahsia rumah tangga selain mahu menjaga air muka suami. Walaupun isu ED timbul di negara kita sejak 1998, sangat sedikit lelaki sanggup membincangkan masalah ED dengan isteri kerana ia dianggap mencalarkan keegoan dan kelelakian mereka. Bahkan dengan doktor lelaki pun, ramai keberatan hendak bercerita sehingga memaksa isteri bertanya bagi pihak mereka. Mungkin lelaki tidak sedar, ED dan semua masalah berkaitan seksual bukan masalah individu itu sendiri kerana tempiasnya akan turut dirasai pasangan, kata Perunding Psikologi Psikologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Low Wah Yun. “Ini bukan isu baru dan acap kali dibincangkan tetapi bagi lelaki, apabila berdepan masalah berkaitan seksual, ego mereka tercabar. Mereka tidak mahu mengakuinya dan lebih rela memendamkan masalah itu sendirian. “Sebenarnya, apabila seseorang itu mempunyai masalah seksual, pasangan turut merasa kesannya kerana ia boleh membuatkan hubungan suami isteri menjadi renggang, sekali gus menjejaskan keharmonian rumah tangga. “Kalau berbincang dengan doktor pun, biasanya lelaki berkata ‘kawan’ mereka yang ada masalah ED. Ada yang anggap ED adalah sebahagian daripada proses penuaan. Ini anggapan salah kerana ED adalah petunjuk kepada masalah kesihatan lain. “Ada juga suami boleh berkongsi masalah mereka dengan isteri tetapi menjadi sensitif apabila diminta menjalani rawatan. Dalam hal begini, isteri perlu bijak dengan mengubah topik perbincangan kepada masalah kesihatan lain yang berkaitan seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi sebelum masuk ke isu ED,” katanya. Di Malaysia, dianggarkan tiga daripada setiap 10 lelaki di bandar berumur 40 tahun ke atas mengalami masalah ED. Jumlah ini bertambah dengan peningkatan umur di mana ED didapati berlaku pada satu daripada lima lelaki berumur antara 50 hingga 59 tahun; dua daripada lima lelaki (60 hingga 69 tahun) dan tiga daripada lima lelaki bagi kumpulan berumur 70 tahun ke atas. Kajian mendapati 38 peratus lelaki tidak pernah bercakap dengan doktor mengenai masalah ED mereka. Di kalangan yang bercakap, 86 peratus memulakan perbincangan berkenaan. Secara purata, sebaik gejala pertama ED dikesan, sebenarnya seseorang lelaki itu sudah dua tahun mengalami masalah ini. Malangnya, di kalangan lelaki, ada banyak salah anggapan yang menyebabkan mereka tidak mendapatkan rawatan seperti: > Ia hanya masalah psikologi; > Ia bersifat sementara (dan akan hilang atau pulih sendiri); > Ia tidak membunuh; > Ia perkara normal dalam proses penuaan. ED bukan sekadar masalah psikologi. Walaupun faktor psikologi seperti tekanan, keresahan, rasa bersalah atau kekurangan terhadap seks, keletihan, masalah hubungan, perasaan terhadap pasangan dan kemurungan; tetapi 80 peratus kes disebabkan faktor fizikal dan hanya 20 peratus kes ED berpunca daripada masalah psikologi. ED juga tidak akan hilang sendiri selagi punca masalah tidak diatasi atau dirawat, terutama jika ia disebabkan gangguan kesihatan (penyakit). Memang benar ED tidak terus menyebabkan kematian tetapi ia menjejaskan kualiti hidup lelaki (berasa rendah diri, malu, tertekan dan murung) yang perlahan-lahan boleh membunuhnya. Menurut Penyelidik dan Perunding Kesihatan, Dr Siti Norazah Zulkifli, ED juga akan menjejaskan keyakinan seseorang lelaki dan mempengaruhi hubungannya dengan pasangan jika tidak dirawat. Pasangan akan berasa bersalah, tertekan, tidak disayangi dan boleh berprasangka suaminya sudah berubah hati. “Lelaki Melayu suka pergi berurut untuk mengembalikan ‘kemampuan’ mereka tetapi anda perlu sedar, urut tidak akan menyelesaikan masalah berkaitan ED kerana banyak faktor menyumbang kepada perkara ini, termasuk tahap kesihatan. “Halangan dihadapi sekarang ialah kurang pengetahuan mengenai ED. Ramai anggap ia masalah lelaki tua, tetapi hakikatnya ia juga boleh berlaku pada orang muda. Oleh itu lebih sukar membincangkan isu ED dengan pasangan muda kerana ramai beranggapan ia tidak akan terjadi pada mereka,” katanya. Baik tua atau muda, lelaki perlu mendapatkan rawatan segera apabila menyedari mereka menghadapi masalah berkaitan seksual, khususnya ED, kerana ia juga menjadi petanda penting kepada penyakit jantung. Gejala ED boleh muncul dua atau tiga tahun sebelum seseorang lelaki mengalami gejala penyakit jantung. Antara sebab lain lelaki yang ada masalah ED perlu berjumpa doktor ialah: > 68 peratus lelaki hipertensi (tekanan darah tinggi) ada ED; > 60 peratus lelaki yang ada ED mengalami masalah dislipidemia; > 56 peratus lelaki yang ada ED menunjukkan keputusan positif dalam ujian tekanan (untuk jantung); > 40 peratus lelaki yang ada ED menunjukkan masalah koronari jantung; > 20 peratus lelaki yang ada ED menghidap kencing manis; > 11 peratus lelaki yang ada ED mengalami kemurungan. Malah, kajian lain mendapati 57 peratus lelaki yang jalani pembedahan pintasan jantung mengalami masalah ED sebelum rawatan dan 64 peratus lelaki yang mendapat serangan jantung sudah ada ED sebelum serangan. Sebenarnya menebalkan sikap malu untuk membincangkan masalah ED dengan isteri bukan tindakan bijak. Kajian menunjukkan isteri akan memberi sokongan kepada suami untuk mendapatkan rawatan demi kesejahteraan rumah tangga mereka. Tidak sedikit rumah tangga yang kucar-kacir dan runtuh akibat masalah seks. Ia menjadi punca kedua selepas faktor kewangan yang menyebabkan berakhirnya ikatan perkahwinan kerana hubungan seksual bukan sekadar hubungan badan tetapi menjadi pengikat kasih sayang suami isteri. Kalau anda masih berat hati hendak berkongsi masalah dengan isteri, kunjungi mana-mana klinik kerana kini kebanyakan doktor didedah dan diberi bimbingan untuk mengesan ED pada peringkat awal. Sebenarnya lelaki bukan tidak mahu membincangkan masalah ED tetapi menunggu doktor memulakan topik ini terlebih dulu. Namun jika difikirkan kembali, jika perbincangan itu antara lelaki dengan lelaki; apa yang hendak dimalukan, lagi pun ia untuk kebaikan diri juga. Seorang pakar urologi pernah berkata, kelelakian bukan hanya diukur pada kemampuan melakukan hubungan seks tetapi turut membabitkan kesediaan lelaki menerima hakikat serta mendapatkan rawatan secepat mungkin. prebetsapus |
| Banjir Kedah sengaja dijadikan isu politik Posted: 07 Nov 2010 04:00 AM PST Oleh Shaharul ![]() Akhirnya kerana murka dan kecewa dengan nasib rakyat Kedah yang menjadi mangsa di dalam masalah banjir besar di negeri itu, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim tidak mampu membendung lagi perasaan baginda dengan permainan politik oleh golongan tertentu yang dilihat cuba memanipulasikan keadaan semasa untuk kemenangan atau kepentingan kelangsungan politik mereka sendiri. Dalam lain perkataan, penulis mengagak tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih teruja dengan kemenangan berganda Barisan Nasional (BN) di Galas dan Batu Sapi telah melihat 'peluang' yang ada dalam bencana banjir ini. Dengan menurut akal strategi kepartian dan nafsunya yang mungkin dangkal telah sengaja mempolitikkan masalah banjir besar yang melanda negeri Jelapang Padi negara itu. Strategi Muhyiddin sengaja menuduh kerajaan negeri Muhyiddin sebenarnya dilihat sengaja menggunakan apa sahaja peluang yang ada. Ini termasuklah kelewatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk mengadakan mesyuarat bencana peringkat tertinggi negeri hanya selepas lima hari banjir melanda negeri itu sebagai satu senjata politik dengan harapan rakyat Kedah 'menyedari' atau akan menuduh segala-galanya ke atas kerajaan PAS sebagai gagal bertindak. Tidak dinafikan kelewatan Azizan memanggil mesyuarat merupakan satu tindakan yang boleh dipersoalkan ramai tetapi banyak perkara perlu dirujuk terlebih dahulu dengan beliau sendiri dan juga kekurangan pengalaman yang baru sahaja mentadbir negeri Kedah selama 2 tahun jika dibandingkan dengan BN yang sudah memerintah negeri itu sebelum tsunami 2008 yang melebihi 50 tahun. Tetapi hakikatnya di sini ialah tanggungjawab bagi menyelia dan mengambil alih pengurusan bencana sebesar ini tidak terletak di tangan Azizan dan kerajaannya semata-mata atau teraju utama tetapi adalah satu tugas mutlak yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka yang diberikan tugas menjaga rakyat di peringkat kerajaan pusat yang termaktub dalam perjanjian pentadbiran Pusat-Negeri sejak dahulu lagi. MKN adalah agensi pusat yang bertanggungjawab sepenuhnya Dalam lain perkataan, mereka yang sepatutnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya ialah Muhyiddin sendiri selaku 'Pemangku' Perdana Menteri Malaysia yang secara automatik memangku jawatan 'Pemangku' Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN). Untuk makluman pembaca, urusan bencana sebegini secara zahirnya adalah tanggungjawab utama kepada kerajaan pusat yang dikawalselia melalui majlis tersebut. MKN ditubuhkan dan operasinya ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Perdana Menteri. Fokus pengurusan bencana adalah salah satu penumpuan MKN selain dari isu keselamatan siber, kesihatan (wabak), keselamatan angkasa, ancaman dan pengurusan pos-pengganas, isu raja berpelembagaan, pelbagai bentuk hanruh dan lain-lain lagi melibatkan kepentingan kenegaraan termasuklah pelaksanaan 1Malaysia. Di mana-mana negara sekalipun walaupun negara-negara tersebut mengamalkan kerajaan persekutuan atau federalisasi yang mengandungi kesatuan negeri-negeri seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, agensi pusat seperti Majlis Keselamatan Negara adalah agensi yang perlu tampil di hadapan dan memimpin sesiapa sahaja termasuklah kerajaan negeri (tidak kira politik) bagi membantu rakyat jelata yang dilanda musibah alam sekitar dan bencana. Jika kita masih ingat lagi dahulu semasa musibah yang melanda penduduk di Lousiana, Alabama dan Florida akibat Taufan Katrina pada tahun 2005, anda mungkin teringat kegagalan Presiden George W. Bush ketika itu di dalam mengemudi jabatan bertanggungjawab mengenai bencana alam di negara itu yang mendapat perhatian media, birokrat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam negara itu dan juga seluruh dunia. Jabatan yang diletakkan di peringkat pusat itu yang dikenali sebagai Federal Emergency Management Agency (FEMA) itu adalah agensi kerajaan pusat sepertimana agensi-agensi kerajaan pusat di Amerika Syarikat yang anda pernah dengar iaitu FBI, CIA, US Marsyal, Secret Service dan macam-macam lagi melalui pengetahuan anda dan penonjolan dalam skrin layar hiburan Hollywood. Ketika itu, bukannya para gabenor dari negara-negara itu yang dipersalahkan terlebih dahulu tetapi Presiden Bush sendiri yang dipersalahkan di atas kelembapannya bertindak membantu mangsa Katrina sepertimana beliau lembap menangani keadaan pos trauma pengeboman bangunan World Trade Centre di New York beberapa tahun sebelum itu. Gabenor-gabenor dan datuk bandar ketika itu terutamanya Datuk Bandar New Orleans sudah pun diketahui umum sebagai tidak mempunyai kemampuan yang diperlukan dari segi logistik, peruntukan kewangan kecemasan dan macam-macam lagi bagi mengemudi jentera bantuan bencana. Oleh itu, mereka tidak dipersalahkan sepenuhnya. Oleh itu, keadaan ini juga adalah dikira sama dengan apa yang dialami oleh Azizan sendiri sebagai pemimpin negeri yang kurang berkemampuan dari segi pengalaman dan logistik. Saya yakin Azizan telah melakukan yang terbaik dengan mencari punca dana bagi menyediakan bantuan awal yang mungkin sehinggakan sukar mencari masa untuk mengadakan mesyuarat 'rasmi'. Azizan terlalu sibuk ke sana-sini untuk mengemudi apa sahaja logistik yang ada untuk membantu yang benar-benar memerlukan dan mampu diberikan. Mesej titah Sultan Kedah kesal politik banjir dituju pada pusat? Malah bagi mereka yang berakal di dalam membaca mesej Tuanku Abdul Halim yang turut menitahkan zakat negeri dikeluarkan sebanyak RM500,000 dengan kapasiti baginda sebagai ketua agama negeri bagi membantu mangsa. Malah, puteri baginda yang menjadi Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) juga mengeluarkan sumbangan YSB sebanyak RM200,000 untuk tujuan membantu mangsa banjir. Ini secara terus-terang menunjukkan kerajaan negeri memang tidak pernah diperuntukkan dengan begitu banyak wang kecemasan bencana kerana perjanjian persekutuan Malaysia telah memberikan tanggungjawab itu dikemudikan di peringkat pusat yakni MKN. Saya yakin keadaan ini iaitu tiada peruntukan besar untuk bencana adalah jelas dan sama sahaja di dalam akaun mana-mana kerajaan negeri di negara ini. Namun, Azizan juga diyakini tertekan kerana kegagalan jentera pusat MKN yang sepatutnya membantu negeri itu. MKN mungkin juga sengaja melambatkan menunaikan tanggungjawab dan amanah rakyat kepada mereka untuk menyalurkan ratusan juta ringgit wang kecemasan, bekalan makanan simpanan dan logistik yang hebat semata-mata mencari peluang untuk sengaja mencari kelemahan musuh politik sesetengah pemimpin pusat. Ini dengan jelasnya bagi mereka ini meletakkan kepentingan survival parti sendiri melebihi keperluan rakyat tidak kira fahaman politik yang sangat-sangat memerlukan bantuan yang sememangnya hak mereka untuk diberikan . Perlu diingatkan setiap tahun, JPM yang mempunyai banyak agensi yang dicipta khas dengan pelbagai sebab telah mendapat peruntukan besar termasuklah MKN sendiri. Malah, jumlah peruntukan kepada JPM dalam pengumuman bajet 2011 juga dilihat jauh lebih banyak daripada peruntukan bajet yang diumumkan oleh mana-mana kerajaan negeri di negara ini. Saya yakin Azizan dan jenteranya juga sudah berjaya mengenalpasti masalah yang menyebabkan keadaan banjir memburuk di Kedah. Antara sebab utamanya ialah akibat daripada pembinaan landasan berkembar oleh MMC-Gamuda sepanjang negeri itu. Pembinaan tersebut telah menyebabkan saluran-saluran air banjir terganggu, tersumbat dan telah sempit dengan tanah dan sisa bahan binaan. Saluran sepatutnya membawa air banjir masuk ke kawasan sawah dan sungai-sungai berhampiran. Namun begitu, Datuk Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga ahli Parlimen Alor Setar akhirnya mengakui hakikat pembinaan ini antara punca utama. Media nasional cara terbaik memanipulasi isu banjir Berbalik semula kepada peranan pusat mengetuai pasukan kecemasan, Muhyiddin dilihat telah gagal sama sekali. Beliau tahu rakyat di negeri Kedah yang rata-ratanya berpendidikan rendah dan dengan menggunakan media massa nasional seperti berita di televisyen dan radio, Muhyiddin sengaja memburuk-burukkan kerajaan negeri sebagai gagal bertindak. Orang-orang kampung atau luar bandar ini yang majoriti masih menggunakan saluran media berkenaan untuk maklumat tidak mengetahui bahawa kesilapan sebenarnya datang dari agensi pusat. Saya yakin begitu ramai mangsa-mangsa banjir Kedah tidak tahu pun mengenai isu pentadbiran kecemasan seperti pengurusan bencana banjir ini adalah tanggungjawab pusat sepenuhnya melalui MKN. Maka, seperti biasa, Muhyiddin sengaja memanipulasikan rakyat Kedah yang tidak tahu mengenai kewujudan dan peranan MKN ini dengan menjuruskan kesemua masalah ke atas kerajaan pimpinan Azizan. Namun begitu, saya yakin itu hanyalah helah dan agenda Muhyiddin sendiri semata-mata dan adalah silap sekali jika dilihat sebagai usaha sengaja dilakukan oleh pihak kerajaan BN. Cuba para pembaca sekalian bayangkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang sedang uzur terpaksa bingkas dari katil hospitalnya sendiri untuk mengemudi dan mengarahkan jentera pusat bagi membantu kerajaan negeri dan mangsa-mangsa banjir di negeri Kedah dan negeri-negeri lain yang terlibat seperti Perlis dan Kelantan tanpa mengira kawan atau lawan politik. Perdana Menteri lebih telus membantu mangsa banjir Usaha Najib nampak begitu ikhlas yang mungkin kerana melihat Muhyiddin yang sepatutnya melakukan yang terbaik mengenainya sebelum ini telah gagal gara-gara Muhyiddin menjadikan urusan pilihanraya kecil di Batu Sapi dan lawat-melawati rumah terbuka Deepavali parti-parti komponen BN untuk kepentingan politiknya sendiri walaupun banjir sudah pun bermula sejak tempoh kempen di Galas dan Batu Sapi baru bermula beberapa hari selepas hari penamaan calon. Oleh itu, apabila Muhyiddin berkata semalam dalam media akan melawat ke Kedah hari ini bagi meninjau masalah banjir, maka beliaulah yang gagal kerana lewat bertindak sepatutnya sebagai Pemangku Pengerusi MKN semasa ketiadaan Najib yang bercuti sakit. Oleh itu amat penting sekali bagi kerajaan PAS negeri Kedah sekarang memberikan penerangan kepada rakyat jelata yang terlibat di dalam banjir ini bahawa kerajaan pusat telah gagal menyalurkan bantuan logistik dan bantuan kewangan kecemasan pusat yang sememangnya wujud selama ini untuk menangani masalah sebegini. Kerajaan pimpinan Azizan kena lebih bijak menangkis polemik manipulasi sebegini oleh Muhyiddin dan jangan biarkan mesej atau tuduhan Muhyiddin yang dimain-mainkan di corong radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM), siaran berita media televisyen milik kerajaan seperti RTM, Media Prima dan akhbar-akhbar kerajaan daripada menyiarkan tuduhan fitnah tidak bertanggungjawab kerajaan negeri yang dipimpin Azizan hari ini di dalam menguruskan bencana. Mahu atau tidak mahu, political mileage Muhyiddin bagi meneruskan usaha manipulasi kotor menawan negeri Kedah semula dengan cara fitnah ini perlu diperjelaskan kepada rakyat terutamanya tentang perjanjian persekutuan-negeri dan kewujudan MKN sebagai agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya. PAS dan komponen-komponen Pakatan Rakyat(PR) perlu memberitahu rakyat sedaya-upaya mengenai wujudnya MKN yang seharusnya tampil paling ke hadapan menangani isu bencana seperti ini. Jika gagal berbuat demikian, minda rakyat Kedah akan mudah dimanipulasikan oleh media nasional yang mungkin berakhir kepada kekalahan PR pada PRU akan datang. Masalah kelewatan bantuan pusat sebenarnya tidak patut dimanipulasi oleh Muhyiddin untuk kepentingannya. Ini kerana sejak beberapa dekad yang lalu terutamanya banjir besar dalam musim tengkujuh yang pernah melanda negeri-negeri Kelantan dan Terengganu (di bawah kerajaan PAS selepas PRU 1999), pihak MKN telah melakukan tugasan mereka yang baik bagi menyelia kerajaan negeri untuk membantu mangsa-mangsa banjir tanpa mengira siapa yang memerintah kerajaan negeri. Muhyiddin diharapkan faham fungsi menjadi kerajaan yang dipilih dan menjadi pemimpin parti adalah dua perkara yang berbeza. Sekiranya Muhyiddin masih gagal faham perbezaan di antara kedua-duanya, maka beliau adalah satu liabiliti kepada konsep pentadbiran Najib yang melihat 'era kerajaan lebih tahu daripada rakyat sudah berakhir' dan menjunjung konsep pemisahan kuasa dalam perlembagaan negara. Ini petunjuk masalah dalaman antara Najib-Muhyiddin Jika anda sedar dari cubaan saya mengisahkan kegagalan Muhyiddin menangani isu banjir di Kedah yang dilakukan dengan sengaja untuk menjatuhkan musuh politik di sana dengan bantuan media di bawah cengkamannya tanpa menghiraukan keutamaan yang perlu diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat, Muhyiddin sewajarnya dilihat sebagai satu masalah kepada Najib. Malah difikirkan dalam isu pentadbiran negara, walaupun Najib yang sedang uzur terpaksa memaksa dirinya mengambil alih menguruskan masalah bencana yang berlaku, ini bermakna Najib tahu Muhyiddin telah gagal dan Najib terpaksa masuk campur sambil menahan rasa sakit bagi menyelesaikan masalah deadlock politik yang sengaja dicipta oleh Timbalannya itu dalam isu bencana ini. Malah, saya yakin Najib mungkin lebih memahami maksud atau mesej titah Tuanku Abdul Halim yang kecewa dengan golongan politik tertentu yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat yang diperintah. Saya bolejh mentafsirkan titah tuanku sebagai 'kecewa' dengan jentera pusat yang gagal mengetuai atau mengelola masalah bencana sepertimana yang sepatutnya oleh MKN bersama-sama dengan bantuan kerajaan negeri dengan meletakkan rakyat di hadapan melebihi kepentingan politik sempit. Atau dalam lain perkataan, apabila Najib masuk campur isu pentadbiran semasa cuti sakitnya, ini bermaksud Muhyiddin tidak dipercayainya. Maka mungkin ada benarnya hubungan Najib-Muhyiddin tidaklah semesra yang disangkakan. Jadi, apa pendapat atau pandangan anda sekarang? ............................. Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com TKO |
| Banjir Di Kedah : Kerajaan Selangor Sumbang RM100,000 Posted: 07 Nov 2010 01:00 AM PDT ![]() SHAH ALAM, 7 OKT : Kerajaan Negeri Selangor meluluskan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu mangsa banjir besar di negeri itu. Bantuan itu diluluskan dalam mesyuarat Exco baru-baru ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali. "Saya sendiri akan menyerahkan RM40,000 di pejabat SUK Kedah sebagai pendahuluan," katanya dipetik daripada Harakahdaily Sementara itu, PAS menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidin Yasin satu fitnah apabila mengatakan kerajaan Kedah tidak buat apa-apa terhadap mangsa banjir di negeri itu. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tinjauan beliau di kawasan mangsa banjir di mana petugas PAS dan kerajaan negeri bertungkus lumus membantu tanpa mengira ideologi parti dan agama. Katanya, pihak kerajaan Kedah, pejabat daerah, pejabat zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, pihak polis, bekerjasama dengan baik untuk membantu di pusat perpindahan. Yayasan Amal dan Unit Amal yang dianggotai oleh ahli PAS bercekang mata membantu mangsa banjir dengan tulang empat kerat tanpa diupah. "Memang ada pusat yang dikendalikan oleh ahli Umno, yang tidak perlulah kita hendak ceritakan bagaimana rungutan mangsa banjir kepada kami. "Bukan masanya untuk kita hendak mendedahkan keburukan yang dilakukan oleh pelaku ahli Umno sewaktu mengendalikan pusat banjir," katanya. Sehubungan itu katanya, PAS menasihatkan Muhyiddin janganlah membuat fitnah dan mendengar taklimat daripada ketua cawangan Umno. "Usahlah berpolitik ketika rakyat ditimpa dengan banjir. Air banjir tidak kenal apa anutan ideologi," ujarnya. TVS |
| Posted: 06 Nov 2010 09:42 PM PDT Premis tanpa papan tanda Oleh AHMAD SAUFI MANSOR dan MOHD ZAIDI YA'ACOB ![]() TAHAN... antara gay yang ditahan kerana terbabit dalam aktiviti songsang di dua premis. MELAKA: Rahsia dua buah premis tanpa papan tanda perniagaan di luar yang menjadi tumpuan lelaki, termasuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), di Kampung Pantai dan Jalan Hang Jebat, di sini, diserbu pihak berkuasa selepas disyaki menawarkan aktiviti songsang, kelmarin. Serbuan bermula kira-kira jam 9 malam itu dilakukan Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa (BPPA) Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) selepas melakukan intipan sejak seminggu lalu. Kegiatan dua buah kelab gay berkenaan terbongkar selepas pihak BPPA menerima aduan awam berhubung aktiviti mencurigakan di premis terbabit, dipercayai beroperasi sejak tiga bulan lalu. Pengarah BPPA, Shadan Othman berkata, pihaknya sebelum itu menerima maklumat daripada keluarga pelajar sebuah IPT di negeri ini apabila mendakwa anak lelakinya berubah perangai hingga pelajarannya turut merosot, sekali gus menimbulkan kebimbangan. Menurutnya, keluarga terbabit datang ke negeri ini untuk meninjau masalah anak lelakinya berusia awal 20-an, termasuk mengintip pergerakannya sebelum didapati mengunjungi kelab gay terbabit, menyebabkan mereka meminta bantuan BPPA untuk menanganinya. "Berdasarkan aduan, kita menyerbu kedua-dua kelab gay terbabit secara berasingan dan memeriksa 30 lelaki berusia antara 20-an hingga 50-an sebelum mereka dibebaskan selepas keterangan diri diambil untuk siasatan lanjut. "Pada masa serbuan, kita juga mendapati sepasang lelaki berusia 30-an dan 40-an dalam keadaan bogel melakukan hubungan sejenis di dalam bilik, dan mereka yang terkejut dengan serbuan kemudian diarah memakai baju. "Berdasarkan maklumat, kedua-dua kelab ini menjadi tumpuan lelaki, termasuk pelajar IPT, dipercayai untuk melampiaskan nafsu songsang kerana ketika diserbu, kebanyakan mereka hanya memakai tuala tetapi ada juga mandi dalam keadaan bogel dan berada dalam sauna yang terletak di bahagian atas," katanya. Metro Ahad difahamkan, premis berkenaan dibuka setiap hari di mana bayaran masuk untuk ahli adalah RM15 pada hari biasa manakala RM20 pada hujung minggu, termasuk cuti umum, sementara bukan ahli perlu membayar RM18 (hari biasa) dan RM25 pada hujung minggu. Shadan berkata, pihaknya yang mengakui terkejut dengan kewujudan pusat spa untuk golongan gay berkenaan turut menemui beberapa kondom yang digunakan di dalam bilik selain barangan lain seperti minyak serta losyen dipercayai untuk kegunaan aktiviti mereka. Menurutnya, beberapa bilik dengan tilam disediakan di premis itu, tetapi pihaknya gagal mengenal pasti operasi sebenar kelab terbabit kerana semua lelaki yang diperiksa mendakwa mereka adalah pelanggan yang datang untuk beristirehat. "Kita mendapati sebuah premis mempunyai lesen perniagaan, manakala sebuah lagi dalam proses memohon tetapi sudah memulakan operasi. Akibat itu, pihak BPPA meminta MBMB tidak meluluskannya selain menarik semula lesen berkenaan kerana dikesan melakukan aktiviti songsang. "Malah, dua lelaki yang didapati melakukan perbuatan luar tabie juga dikenakan tindakan mengikut Seksyen 58 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Melaka 1991, di mana sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun atau enam sebatan atau denda RM5,000 atau ketiga-tiga sekali. "Kita juga meminta orang ramai tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa jika mendapati aktiviti mencurigakan supaya pemantauan selain tindakan sewajarnya dapat diambil bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya. HM |
| Posted: 06 Nov 2010 06:00 PM PDT ![]() Gambaq ni ada kena mengena dengan kisah di bawah.Yela..otak dia!!! Seorang calon untuk suatu jawatan pegawai tidak sampai seminit tiba-tiba keluar dari bilik temu duga. Rakan-rakan yang berada di luar pun bertanya, "Eh!!!Cepatnya hang keluaq? pasai pa?" Jawab calon itu, "Aku dapat jawab soalan yang ditanyakan dgn betoi jadi aku boleh keluaq awai". Tanya rakan-rakan lagi, Wahhh!!Bestnyer hang,soalan apa?????" "Senang ja soalannya, pegawai temuduga tu tanya aku, Awak ker yang kentut ni??? Aku pun jawab la, "Ya tuan, sayalah yang terkentut tadi!!!" Pastu dia suruh aku keluaq!!!! |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

"Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata dakwaan Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan negeri Kedah melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa banjir di negeri itu adalah tuduhan melulu.
"Kalau nak tunggu media datang baru nak pergi kawasan banjir, bermasalah juga. Mana nak jaga orang media, mana nak bawa bantuan, bot pun tak cukup.
Sehingga jam 4 petang ini, seramai 31,712 orang daripada 7,856 keluarga masih berada di 83 pusat pemindahan di empat daerah itu. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara ketika dihubungi berkata, di daerah Kota Setar, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 21,116 orang dengan jumlah keluarga 5,060 berbanding 21,058 orang pagi ini.
"Kita jangkakan satu atau dua hari lagi loji akan pulih dan bekalan air dapat disalurkan ke semua kawasan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sehingga petang ini, hanya satu jalan yang masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu Jalan Jitra-Sungai Korok manakala lima jalan di daerah Kota Setar dan dua jalan di daerah Kubang Pasu masih digenangi air, tetapi tidak ditutup kepada lalu lintas.
Azmi berkata, kawasan padang berhampiran landasan pula masih ditenggelami air sebanyak 50 peratus.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan