Kelab Greenboc |
- Flat Pantai Dalam Diserbu Imigresen
- MB Kedah Bidas Muhyiddin Politikkan Isu Banjir
- Siapa Mahu Peduli Dengan Anwar Lagi Selepas Ini?
- Banjir Di Kedah & Perlis Beransur Pulih
- Tragedi Menyedihkan: Ibu Dan Anak Rentung Dalam Keadaan Bersujud
- Pengalaman Jurugambar, Banyak Yang Perlu Dipelajari
- Zaid Isytihar Tarik Diri Dari Pemilihan dan Letak Semua Jawatan Dalam Parti
- Angkara Penipuan BN Semasa Banjir 2005, Peniaga Serik Mohon Bantuan
- Lagi Kes Kereta Terbakar Dalam Kemalangan, 4 Rentung
- Mangsa Berselawat dan Berdoa Ketika Terapung 16 Jam Di Lautan
- Calon Timb Presiden : Ada Pihak Yang Tak Melakukan Keadilan Dalam PKR
- Tragedi Gunung Merapi: Pelajar Malaysia Dibawa Pulang Guna Pesawat TUDM
- Anwar Guna Proksi Hentam PAS & DAP?
| Flat Pantai Dalam Diserbu Imigresen Posted: 08 Nov 2010 01:00 AM PST Imigresen serbu flat Pantai DalamKUALA LUMPUR: Beberapa pemilik flat di Pantai Dalam, di sini, dikesan menyewakan rumah kepada warga asing dengan kadar RM100 seorang sebulan sebagai cara mudah mendapat pendapatan tambahan tanpa mengambil kira sama ada warga berkenaan memiliki dokumen atau tidak. Malah, pendapatan itu meningkat jika kediaman asal diubah suai termasuk menyediakan ruang bilik yang mampu memuatkan sehingga lima orang dalam satu bilik. Ini terbukti selepas lebih 20 lelaki dipercayai warga Indonesia ditahan selepas pemeriksaan mengejut dilakukan sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) di lokasi itu. Ketua Unit Operasi Imigresen Malaysia WPKL, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata, dalam operasi kira-kira jam 11 malam itu, pihaknya terpaksa memecah beberapa pintu rumah disewa warga asing terbabit selepas mereka enggan memberi kerjasama dengan mengurung diri dalam rumah serta bilik. Hasilnya semua lelaki warga Indonesia berkenaan diberkas dengan ada antara mereka yang cuba meloloskan diri namun gagal. Beliau berkata, rumah didiami warga asing terbabit disewa daripada penduduk tempatan yang sengaja menambah binaan bilik dalam rumah bagi membolehkan lebih ramai orang menyewa. "Semua warga asing itu ditahan kerana tiada dokumen pengenalan diri dan sebahagiannya ada pas lawatan sosial sementara, tetapi sudah tamat tempoh," katanya. -BH |
| MB Kedah Bidas Muhyiddin Politikkan Isu Banjir Posted: 08 Nov 2010 12:30 AM PST Azizan bidas Muhyiddin, dakwaan tidak berasasALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana lewat melawat mangsa banjir yang disifatkan terburuk pernah berlaku di negeri ini. Beliau berkata, sebagai pemimpin nombor dua, sepatutnya Muhyiddin tiba lebih awal untuk meninjau nasib penduduk Kedah, termasuk melawat bilik operasi banjir negeri untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini. "Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (beliau) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar," katanya sebelum memulakan konvoi melawat mangsa banjir ke lima pusat penempatan sekitar daerah Kota Setar dan Anak Bukit. Lima pusat penempatan banjir itu ialah Sekolah Wawasan Taman Aman, Sekolah Kebangsaan (SK) Sematang Gunong, Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan, SK Seberang Nyonya dan Kuarters Polis Taman Derga Jaya. Mengulas kenyataan Muhyiddin kelmarin, kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat, Azizan berkata, itu dakwaan tidak berasas kerana semua agensi bawah Kerajaan Negeri termasuk Pusat bekerjasama dengan baik menangani bencana ini. "Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung," katanya. Azizan berkata, kenyataan itu hanya berdasarkan laporan pemimpin UMNO yang sengaja mahu mencetuskan isu, sebaliknya Muhyiddin tidak ke lokasi yang betul bagi mendapatkan maklumat tepat. "Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata," katanya. Ditanya mengenai desas-desus kononnya setiap mangsa banjir akan memperoleh RM500 seorang, Azizan berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menjanjikan bantuan seperti itu, seeloknya dirujuk kepada Pusat mengenai dakwaan tersebut. "Rujuklah kepada Kerajaan Pusat, mungkin mereka yang mahu beri. Kita cuma sampaikan bantuan secara keseluruhan," katanya. -SH |
| Siapa Mahu Peduli Dengan Anwar Lagi Selepas Ini? Posted: 07 Nov 2010 10:20 PM PST Anwar Ibrahim. Siapa lagi yang akan pedulikan nasibnya selepas ini?Mungkin hanya keluarga dan kroninya. Sebilangan besar rakyat sudah benar-benar menyampah dengan kelaku buruk politik beliau yang ternyata bersifat diktator di dalam PKR. Ini dikesani apabila beliau merupakan dalang utama yang mengaturkan orang-orang yang bertanding di dalam Pemilihan PKR untuk jawatan-jawatan utama parti. Beliau yang sepatutnya bertindak berkecuali dan tidak berpihak gagal untuk melakukannya apabila telah beberapa kali menyerang secara terbuka bekas calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim yang bertanding menentang orang kesyangannya iaitu Azmin Ali. Seandainya sebelum daripada ini ramai yang bersimpati dengan nasib Anwar kerana tidak diberikan keadilan di dalam mahkamah lewat kes liwatnya bersama Saiful, namun "ketidak-adilan" Anwar sendiri di dalam Pemilihan yang sedang berlansung sehinggakan menyebabkan Datuk Zaid menarik diri dan meletak semua jawatan dalam parti memusnahkan simpati rakyat terhadap beliau. Malah sehingga hari ini, Anwar masih terus menghentam Datuk Zaid dengan tuduhannya menyatakan Zaid buat keputusan kerana telah tewas di Sabah. Menjelaskan kepada kita memang hati dan niat Anwar terlalu busuk terhadap Zaid. "Apabila kita sendiri tidak adil, bagaimana mengharapkan keadilan tertegak di luar daripada lingkungan kita?" tanya seorang pengulas politik yang enggan mendedahkan identitinya. Seorang pengunjung blog Kelab GB ini menulis di ruangan komennya di SINI. Petikan:
Kini Anwar sendiri yang memilih untuk mengenepikan orang-orang yang menyokongnya sebelum ini. Anwar sendiri yang memilih untuk bersikap tidak adil di dalam pemilihan. Anwar sendiri yang memilih untuk ke penjara semula. Anwar sendiri yang memilih jalannya ke neraka! GB pernah menulis sebelum ini di SINI: Dengan izin Allah,beberapa blogger yang tegak berdiri dengan kebenaran dan keadilan, akan "pancung" mereka yang menyebabkan kegagalan PR selepas ini tak kira besar mana pun pangkat kamu di dunia ini. Jadi selepas ini Anwar bolehlah minta pertolongan dengan Azmin, Saifuddin, pengikut taksubnya dan beberapa kerat blogger yang menjilatnya selama ini. GB telah banyak kali mengingat Anwar, tetapi beliau begitu, begitu juga. Tiada mahu lansung untuk berubah. Oleh itu jangan dikesal, jika selepas ini bebannya menjalar. GB tak pernah menggunakan kaedah-kaedah keji seperti yang dilkukan para blogawan UMNO tetapi cukup dengan dalil-dalil aqli dan naqli. GB dan blogger-blogger pejuang kebenaran dan keadilan akan tetap terus menggalas amanah bersama-sama mereka yang mahukan kebenaran dan keadilan tertegak di negara ini. Kami yakin tanpa Anwar pun kami boleh berjaya, mungkin lebih cemerlang lagi. Tidak ada salah perjuangan PKR, yang bersalah ialah pimpinannya yang diketuai oleh ketua de faktonya bersama-sama apek-apek lempangnya. GB pernah menulis komen GB di SINI yan menyebabkan ramai tersentak. Tulis GB:
Dan kita ingin bacakan lagi ayat-ayat ini berulangkali kepadanya: "Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan-kesalahanmu." (QS. As Syura, 42 : 30) Dan marilah kita berdoa beramai-ramai supaya kita sentiasa berada di dalam kebenaran dengan doa yang diajarkan oleh Nabi kita: "Alahumma arinal haqqa haqqan, warnuqna tiba'ah wa arinal bathila bathilan, warzuqnaj tinabah" Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkan kami kebenaran itu kebenaran dan pimpinlah kami ke arahnya dan tunjukkan kami kebatilan itu kebatilan dan pimpinlah kami untuk menjauhinya". |
| Banjir Di Kedah & Perlis Beransur Pulih Posted: 07 Nov 2010 08:30 PM PST Bah di Kedah, Perlis makin pulihGambar: Beberapa kawasan perumahan di Jalan Sultanah dekat sini yang ditenggelami air semakin pulih. Foto: Bernama ALOR SETAR: Keadaan banjir di Kedah dan Perlis semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara mencatat penurunan, namun keadaan di daerah Kota Setar di sini, bertambah buruk apabila mangsa dipindahkan meningkat kepada 21,116 orang. Sehingga jam 6.30 petang semalam, di seluruh negeri ini seramai 31,712 mangsa banjir membabitkan 7,856 keluarga masih berada di 83 pusat pemindahan, berbanding 33,563 orang kelmarin. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara (Kedah) ketika dihubungi berkata, seramai 21,116 orang daripada 5,060 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan di daerah Kota Setar, berbanding 19,591 orang kelmarin. Beliau berkata, jumlah mangsa banjir dipindahkan di daerah Kubang Pasu mencatat penurunan kepada 9,531 orang daripada 2,591 keluarga, berbanding 12,242 orang kelmarin. Selain itu, keadaan di Pokok Sena turut menunjukkan pemulihan apabila jumlah mereka yang masih menghuni pusat pemindahan berkurangan kepada 1,003 orang membabitkan 143 keluarga dan Pendang pula 242 orang daripada 62 keluarga. Dalam pada itu, bekalan air di sebahagian besar daerah ini semakin pulih apabila loji air Bukit Pinang milik Syarikat Air Darul Aman (SADA) Sdn Bhd sudah beroperasi mencapai tahap hampir 80 peratus dan dijangka mencapai tahap 100 peratus sehari dua lagi. Sementara itu, Kilometer 28 Lebuhraya Utara-Selatan di Jitra yang sebelum ini ditutup kepada lalu lintas kerana ditenggelami air sudah dibuka satu lorong di kedua-dua hala. Selain itu, tinjauan Berita Harian di beberapa kawasan di bandaraya ini mendapati banyak jalan utama sudah dibuka kepada lalu lintas. Di Perlis pula, Jurucakap Pusat Gerakan Banjir negeri yang dihubungi berkata, seramai 8,645 mangsa membabitkan 1,217 keluarga masih ditempatkan di 33 pusat pemindahan yang masih aktif dengan majoritinya di daerah Kangar. "Ketika ini 24 daripada 57 pusat pemindahan dibuka sejak banjir melanda Perlis Ahad lalu sudah diarah tutup dengan majoritinya di kawasan Padang Besar dan Arau, manakala baki 33 yang masih beroperasi adalah sekitar daerah Kangar," katanya. -BH |
| Tragedi Menyedihkan: Ibu Dan Anak Rentung Dalam Keadaan Bersujud Posted: 07 Nov 2010 07:07 PM PST Batu Pahat: "Tolong mak, tolong Nini mak," itulah jeritan akhir ibu tunggal, Lenny Mariyana Daud, 29, sebelum ditemui rentung dalam kedudukan bersujud sambil memeluk anak tunggalnya, Nur Sabihah Qasreena Mohd Nizam, 3, yang turut maut dalam kebakaran di Kampung Seri Paya Darat, Ayer Hitam di sini, awal pagi semalam.Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, Lenny dipercayai hanya sempat menjerit meminta bantuan buat beberapa saat disertai tangisan kuat Sabihah ketika cuba menyelamatkan diri dari biliknya. Lenny yang bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua hujung tahun ini dipercayai gagal melarikan diri dengan anaknya melalui pintu dan tingkap bilik akibat asap tebal selain api marak. Melihat api marak selain kesukaran menyelamatkan diri, Lenny dipercayai hanya mampu membongkok seperti bersujud sambil memeluk anaknya sebelum dua beranak itu ditemui rentung di sudut tepi katil oleh anggota Bomba dan Penyelamat, kira-kira jam 4 pagi. -hm |
| Pengalaman Jurugambar, Banyak Yang Perlu Dipelajari Posted: 07 Nov 2010 06:20 PM PST Di balik sekeping gambar Hillary ClintonGambar: Bendera Amerika Syarikat (kanan) kelihatan segar dengan bantuan sebatang penyangkut baju di lekatkan di dalam gulungan bendera itu ketika majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Kerajaan Malaysia yang di wakili oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dengan Kerajaan Amerika Syarikat, diwakili oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodhan Clinton yang disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bangunan Perdana Putra di sini, baru-baru ini. Menjadi satu pengalaman amat berharga buat jurugambar Bernama ketika membuat liputan lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Rodham Clinton baru-baru ini. Mungkin tidak setanding pengalamannya merakam gambar peperangan di Iraq tujuh tahun lalu, tetapi Harry Salzman Abu Bakar menganggap persediaan sebelum mengambil gambar pegawai diplomat tertinggi negara maju itu harus diteladani bukan sahaja buat dirinya tetapi bagi pemimpin-pemimpin yang ingin gambar mereka menjadi lebih menonjol. Apa yang diminta oleh pegawai pengiring Clinton beberapa minit sebelum majlis bermula mungkin dilihat remeh tetapi itu merupakan perincian bagi mendapatkan hasil gambar yang terbaik dan menjadikan pemimpin mereka itu kelihatan lebih menyerlah. "Sebagai satu-satunya jurugambar mewakili media rasmi saya diajak berbincang tentang persediaan untuk mengambil gambar bekas wanita pertama Amerika Syarikat. "Saya diberitahu lebih awal warna pakaian yang akan dipakai oleh Secretary Clinton agar dapat menyediakan penataan cahaya yang sesuai," katanya. Ketika itu Harry Salzman ditugaskan untuk mengambil gambar majlis menandatangani tiga perjanjian persefahaman antara Malaysia dan Amerika Syarikat di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya Selasa lalu. "Mereka juga bertanya kepada saya keadaan manakah yang sesuai bagi posisi badan pemimpin itu sama ada mengadap ke hadapan atau mengiring ketika berdiri untuk bersalaman selepas menandatangani perjanjian."Apabila saya bersetuju posisi bagaimana yang saya mahu, mereka terus menandakan di atas lantai kedudukan yang harus Secretary Clinton berdiri kelak," katanya. Hasilnya jika dilihat daripada gambar yang diambil, memang anda akan lihat posisi beliau kelihatan 'segak' dan 'kemas' berbanding orang di sekelilingnya, kata anak Perlis ini. Malah Harry Salzman berkata cara Clinton memegang folder perjanjian sambil bersalaman juga dititikberatkan bagi menunjukkan penghargaan dan mencerminkan "ia urusan yang penting."Harry Salzman juga berkata beliau sempat melihat bagaimana pegawai-pegawai negara itu menitikberatkan kedudukan bendera yang diletakkan di sebelah pemimpin itu agar kelihatan 'segar' dan 'bermaya'. "Sebatang penyangkut baju diletakkan dalam gulungan bendera itu agar kelihatan lebih rapi. "Selain itu, buku lawatan dan folder perjanjian yang bakal ditandatangani Clinton juga ditanda lebih awal agar mudah pemimpin itu untuk menurunkan tandatangannya," katanya. Malah mereka tidak menggalakkan kehadiran 'dayang-dayang' untuk menunjukkan bahagian mana yang perlu ditandatangani ketika majlis berlangsung, katanya. Warna tirai baldu juga ditetapkan sebagai biru gelap, digunakan di belakang upacara menandatangani perjanjian dan dibiarkan kosong tanpa sebarang latar belakang yang ditulis berkaitan majlis berkenaan. Mereka mengatakan mereka tidak mahu menggunakan tirai berwarna terang atau berkilat supaya penataan cahaya lebih baik untuk kamera. "Cuba kita fikirkan mengapa mereka perlu memikirkan tentang semua ini untuk pemimpin mereka," katanya. Harry Salzman berkata untuk meletakkan replika kecil kapal terbang bagi majlis memeterai perjanjian antara Malaysia Airlines dan Pratt and Whitney juga diperincikan. "Saya ditanya di mana mahu diletakkan replika itu. Selepas mendapat sudut yang saya mahu, sekali lagi dibuat satu tanda di atas meja di mana apabila giliran perjanjian itu tiba untuk ditandatangani, replika itu akan diletakkan di tempat yang saya mahukan." Harry Salzman berkata beliau turut teruja untuk mengambil gambar setiausaha negara itu yang dilihat pandai membuat 'gerakan' yang disukai oleh mana-mana jurugambar untuk merakam gambarnya."Beliau kelihatan 'hidup' walaupun gambar diambil dalam bentuk 'stills'. Pergerakan tangan, senyuman yang lebar dan pandangan yang lembut tapi tepat ke arah lensa dari matanya yang biru. "Saya berharap pemimpin dan pegawai lain juga dapat menonjolkan diri sepertinya walaupun setakat bergambar. Gambar turut memberi impaknya. Bukankah satu gambar boleh memberi seribu satu cerita?" --Bernama Ulasan GB Tidak mudah untuk menjadi seorang jurugambar yang profesyenal kecuali kegigihan dan ketekunan untuk terus belajar. Kesilapan mengambil gambar akan hanya mengundang padah. Malah mengaibkan. Dan ia kadangkala menjadi bahan untuk ditertawakan orang. Contohnya di dalam PRK Galas tempohari bagaimana kesilapan jurugambar merakam satu acara kemudian disebarkan melalui blog rasminya. ![]() Begitu juga mendesign dan melakarkan poster/banner untuk tatapan umum. GB temui ini di dalam facebook PRK N.45 Galas. Perhatikan gambar di bawah ini dan camkan dimana silapnya? ![]() Sekali imbas orang tidak membaca apa-apa di banner, mereka hanya menumpukan perhatian apa yang ada di gambar. Jadi poster itu "membantu" UMNO untuk menyatakan TGNA memberikan sogokan wang kepada orang asli. Sepatutnya yang diperbesarkan oleh ayat Al-Quran tersebut yang memerintahkan agar sedeqah diperuntukkan hanya kepada golongan faqir, miskin, amil dan mualaf. Mesej itu tidak sampai kepada rakyat. Mesej yang sampai ialah apa yang dilihat pada gambar itu yang telah sengaja disalahfahamkan oleh UMNO. Begitulah juga tulisan dan gambar-gambar yang diletakkan di dalam blogger. Seorang blogger yang prihatin dan seorang blogger yang bagus akan sentiasa menitik-beratkan soal "persembahan" selain dari sekadar menjadi penyalin-tampal sesuatu entri. Mesej bukan sahaja kena betul dan tepat, tetapi terang dan jelas agar apa yang hendak disampaikan itu tiba kepada pembacanya. Sabda Nabi di dalam hadis qudsi: "Allah menyukai apabila seseorang itu melakukan tugas, dilakukan dengan sebaik-baiknya". |
| Zaid Isytihar Tarik Diri Dari Pemilihan dan Letak Semua Jawatan Dalam Parti Posted: 07 Nov 2010 04:30 PM PST Datuk Zaid Ibrahim akhirnya mengumumkan penarikan dirinya sebagai calon Timbalan Presiden PKR disamping meletakkan semua jawatannya dalam parti.Perkembangan ini berlaku selepas minggu kedua pengundian Pemilihan parti berjalan. Menurut Zaid, beliau ditawarkan untuk menyertai PKR dengan kepercayaan bahawa beliau boleh membawa pembaharuan dan politik yang progresif, menyubur dan membangunkan nilai-nilai dan budaya politik yang berprinsip yang beliau kira amat penting untuk pembangunan demokrasi dan governance yang baik untuk negara. Namun katanya beliau tersilap. Melihat kepada perjalanan pemilihan yang sedang berlansung, terdapat keadaan di mana pihak pimpinan secara aktif melakukan kegiatan salahlaku dan penipuan untuk mencapai objektif yang mereka sasarkan. Katanya, beliau yakin bahawa mana-mana parti politik yang mengamalkan nilai-nilai palsu dan hipokrit sedemikian tidak akan berupaya untuk menawarkan pembaharuan yang bermakna untuk rakyat di negara ini. Beliau menambah keputusannya untuk menarik diri dari pemilihan dan perletakan semua jawatannya di dalam PKR diambil kerana kerana tidak terdapat kesungguhan di pihak pimpinan parti untuk menyelesaikan beberapa isu manipulasi dan amalan salahlaku pengundian, sekali isu berkenaan telah didedahkan berkali-kali. Beliau berterima kasih kepada semua ahli yang telah menyokong beliau dan yang menberikan kepercayaan kepadanya untuk perubahan. Amat menyedihkan katanya, beliau tidak mampu untuk meneruskannya di dalam proses pemilihan yang kotor. Walau bagaimanapun, Zaid berkata beliau tetap komited dengan matlamat pembangkang dan akan terus bercakap mengenai isu-isu masyarakat terbanyak. Bersama katanya, kita berjuang untuk sebuah kerajaan yang lebih baik untuk rakyat. Akhirnya beliau berkata, diharapnya keputusannya itu, pihak penyokong tegar Anwar tidak lagi akan melihatnya sebagai "penghalang" mereka untuk berarak ke Putrajaya. Ulasan GB 1. GB mengalu-alukan keputusan Datuk Zaid Ibrahim. Sebelum ini pun GB sudah meminta Zaid untuk berfikir bukan sahaja menarik diri atau melepaskan semua jawatannya di dalam parti, malah GB meminta beliau tinggalkan PKR. Petikan:
2) GB muak dan geli dengan perlakuan "hero-hero" palsu di dalam PKR, terutama Azmin dan sekalian YB-YB patung dari PKR yang berdiri di belakangnya. YB-YB yang sepatutnya bertindak berkecuali tetapi dihinggapi dengan sikap cenderung untuk memihak yang kelak mereka akan segera dikalahkan di dalam pilihanraya nanti.
3) Anwar sebagai Ketua fe facto ternyata cuba untuk menjadi seorang diktator, gagal untuk berkecuali, gagal untuk menunjukkan ciri-ciri pemimpin adil dan bersih. Beberapa kenyataannya dilihat menghentam Zaid dan membela Azmin, satu perlakuan buruk untuk dicontohi dari seorang ketua. GB semalam menyatakan di SINI, petikan:
4) Pihak pimpinan tertinggi PKR ternyata jelas memejamkan matanya terhadap perbuatan salahlaku Azmin di dalam kempen-kempennya, tetapi mereka (terutama Anwar, Saifuddin dan Syed Husin) menyerang Zaid habis-habisan. 5) Apa yang berlaku kini, Saifuddin nampaknya lebih hebat dari sekalian yang ada di dalam PKR. Tanpa segan-silu beliau menunjukkan sikap "biased"nya walaupun sepatutnya beliau tidak boleh memainkan apa-apa peranan di dalam Pemilihan. Beliau terus-terusan membonekakan Presiden PKR dan Ketua JPP, Dr. Molly Cheah.6) GB amat yakin dan percaya tindakan Zaid ini akan meruntuhkan sebahagian besar kesombongan dan keegoan PKR dimana penyokong-penyokong Zaid terutama dari kalangan yang berprinsip dan moderate di dalam PKR akan mengikut langkah Zaid tersebut, atau setidak-tidaknya tidak menjadikan mereka kerbau yang dicucuk hidungnya di dalam parti. |
| Angkara Penipuan BN Semasa Banjir 2005, Peniaga Serik Mohon Bantuan Posted: 07 Nov 2010 01:00 PM PST Peniaga serik mohon bantuan kerana takut tertipuGambar: Seorang pekerja di Pusat Optik Jitra Optical Centre membersihkan premis itu yang dilanda banjir besar sejak 1 November lepas. JITRA: Peniaga di Pekan Jitra 2 di sini, serik untuk mendaftarkan diri dalam senarai mangsa-mangsa terbabit banjir kerana pernah tertipu apabila mengalami pengalaman mengecewakan selepas banjir besar pada 2005. Low Poh Wan, 47, berkata selepas terbabit banjir besar lima tahun lalu, peniaga-peniaga diminta membuat laporan serta mendaftarkan nama mereka bagi membolehkan bantuan kewangan disalurkan untuk meringankan bebanannya. "Tunggu punya tunggu apa pun tak dapat, sekarang saya sudah malas lagi mahu mendaftar, tak guna daftar kalau kena tipu macam tu, tak dapat apa-apa pun," katanya ketika ditemui di premisnya di pekan Jitra 2, di sini hari ini. Low, pemilik Wan Hantaran Enterprise, yang menjual pelbagai barangan seperti bunga hiasan, barangan jahitan serta barangan hantaran perkahwinan berkata, akibat dilanda banjir pada 2005 beliau kerugian lebih RM5,000 manakala pada kali ini kerugiannya dianggarkan lebih RM10,000. Sementara itu, bagi pemilik Perniagaan Kain Lim K.K Sdn. Bhd., Lim Kheng Seng, beliau terpaksa melelong barangan yang terkena air banjir kerana ia tidak boleh lagi disimpan kerana akan rosak. Lim berkata, beliau sudah mula melelong barangan seperti pakaian dan tekstil di premisnya sejak air surut kelmarin dengan harga serendah RM0.50 bagi setiap satu barang. "Barang basah tak boleh simpan lama, kena jual semua sebab tu bagi harga murah-murah, ada tudung, tuala, baju, kain ela dan macam-macam jenis pakaian," katanya. Lim berkata, ada juga barangan dalam kedainya yang rosak sepenuhnya dan tidak boleh dijual manakala anggaran kerugiannya adalah lebih RM30,000. Pemilik Pusat Optik Jitra Optical Centre, Doreen Tan pula berkata, banyak barang seperti bingkai kaca mata rosak akibat terkena air berlumpur dan kedainya terpaksa ditutup lebih kurang seminggu lagi untuk kerja-kerja pembersihan. Jitra merupakan salah satu pekan dalam daerah Kubang Pasu yang terjejas teruk akibat dilanda banjir Isnin lalu, yang juga bencana terburuk selepas banjir besar pada Disember 2005 yang mengakibatkan lebih 11,000 mangsa banjir dipindahkan. --Bernama |
| Lagi Kes Kereta Terbakar Dalam Kemalangan, 4 Rentung Posted: 07 Nov 2010 06:30 AM PST Empat Rentung Selepas Kereta Terbakar Bertembung TrelerGambar: Keadaan kereta Proton Persona yang dinaiki empat sekeluarga terpelosok di bawah lori trailer sebelum terbakar dan menyebabkan kesemuanya rentung di kilometer 119 Jalan Kuantan-Segamat di sini, malam tadi. KUANTAN: Empat rentung selepas kereta Proton Persona yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler sebelum terbakar di Km119 Jalan Kuantan-Segamat malam Sabtu. Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya berkata dalam kejadian 10.30 malam itu kereta berkenaan terbakar selepas bertembung dengan treler yang membawa muatan buah kelapa. Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Rosli Mat Isa, 28, Md Sharif Nani, 61, Marinah Kambas, 60, dan Patimah Ramli, 46. "Semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dinaiki itu terbakar selepas bertembung manakala pemandu dan kelindan treler terbabit hanya cedera ringan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad. Beliau berkata, ketika kejadian kesemua mangsa yang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Segamat. Katanya, keadaan cuaca ketika itu hujan lebat dengan keadaan jalan yang menurun bukit dan licin. Johari berkata, ekoran daripada itu kereta yang dinaiki empat penumpang berkenaan dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan. Kemudian katanya, sebuah treler yang membawa muatan buah kelapa ke Kelantan untuk bekalan bagi persiapan Hari Raya Aidiladha yang datang dari arah bertentangan telah merempuh kenderaan berkenaan. "Kereta berkenaan yang terperosok di bawah treler itu terbakar, treler berkenaan kemudiannya turut terbakar bagaimanapun pemandu dan kelindannya sempat menyelamatkan diri," katanya. Katanya, semua mangsa yang berasal dari Taman Ayer Keroh, Melaka kemudiannya dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat. - BERNAMA
|
| Mangsa Berselawat dan Berdoa Ketika Terapung 16 Jam Di Lautan Posted: 07 Nov 2010 04:30 AM PST Semua 16 mangsa bot karam di Pulau Tenggol ditemui selamatGambar: Sebahagian daripada 16 mangsa bot karam yang terselamat ketika tiba di Pengkalan Marin di sini hari ini. KEMAMAN: Kesemua 16 mangsa yang dikhuatiri hilang dalam kejadian bot karam di Pulau Tenggol dekat sini, petang semalam ditemui selamat dalam keadaan terapung kira-kira 12 batu nautika dari pulau berkenaan menghala ke Kuantan pagi tadi. Ketua Pasukan Gerakan Marin Wilayah Timur, Asisten Komisioner Mohd Salleh Mat Jani, berkata kesemua mangsa iaitu sembilan lelaki dewasa, enam wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, ditemui dalam keadaan keletihan kira-kira jam 10 pagi tadi oleh pasukan gerakan marin yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat. Kesemua mangsa kini dalam perjalanan pulang ke jeti Pangkalan Marin Wilayah Timur Teluk Kalong di sini untuk diberikan bantuan dan rawatan. Mereka dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Tenggol petang semalam, setelah 18 jam berada dalam keadaan terapung di lautan akibat bot yang dinaiki bocor. Petang semalam, bot jenis D-Guardian Katamaran membawa pelancong dari kumpulan berbeza termasuk penyelam bertauliah dari Kuala Lumpur dan Selangor termasuk dua doktor, seorang jurulatih selam karam.
|
| Calon Timb Presiden : Ada Pihak Yang Tak Melakukan Keadilan Dalam PKR Posted: 07 Nov 2010 03:30 AM PST Musuh PKR ialah mereka yang tidak mahu keadilan"KUALA LUMPUR: Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan yang juga Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim berkata musuh utama PKR ialah orang yang tidak mahu melakukan keadilan. "Musuh kita bukan A, B, C, D tetapi musuh kita ialah orang yang tidak mahu melakukan keadilan. "Kalau hendak buat reformasi mesti bermula dari diri kita dahulu, diri kita mesti betul. "Kita semua membuat pengorbanan cuma berbeza sahaja. Pengorbanan bukan dilakukan oleh seorang sahaja tetapi semua orang," kata bekas menteri undang-undang. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pertemuan dengan pemimpin PKR Wilayah Persekutuan malam tadi. Zaid yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR menegaskan sejak mula lagi beliau sangsi dengan proses pemilihan PKR. Menurutnya, beliau yakin ada yang tidak betul berlaku dalam pemilihan PKR kali ini. Katanya, Jawatankuasa Pemilihan (JKP) melakukan tanggungjawab dengan telus tetapi tidak kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). "Saya dukacita kerana banyak bantahan, segala kepincangan dan kelemahan tetapi sampai hari ini tidak ada tindakan yang diambil. "…(Dan) Parti tidak mengambil tindakan," katanya. Zaid berkara, pemilihan PKR bukan soal kalah menang tetapi mengenai demokrasi dan kebertanggungjawaban. Dalam pemilihan semalam Zaid menang di cabang Kota Belud, Pasir Mas, Kudat dan Keningau. Dua lagi yang bertanding jawatan timbalan persiden PKR ialah Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub. PKR melaksanakan pemilihan secara langsung di mana ahli peringkat akar umbi terlibat secara langsung. -FMT Ulasan GB GB ulangsiar artikel berkenaan dari FMT kerana mendapati media-media PKR samada suara keadilan atau tvsnews (dulu tvselangor) tidak menyediakan ruang untuk beliau. Sekadar makluman, untuk tempoh pemilihan ini, kedua-dua media PKR tersebut bertindak biased dan lantaran itu, sudah hampir sebulan, GB mengambil langkah untuk memboikot melayari, membaca atau menyebarkan apa-apa berita darinya. Jika kita boleh memboikot media massa arus perdana terutama Utusan lantaran penyiaran berita yang tidak adil, mengapa media massa PR pula bersikap demikian dan apa pasal kita perlu menyokong perbuatan "ketidak-adilan" itu? WE WALK OUR TALK! |
| Tragedi Gunung Merapi: Pelajar Malaysia Dibawa Pulang Guna Pesawat TUDM Posted: 07 Nov 2010 02:30 AM PST 2 pesawat TUDM ke Solo bawa pulang rakyat MalaysiaGambar: Para pelajar Malaysia menunggu giliran untuk diterbangkan pulang ke tanah air disebabkan letusan Gunung Merapi paling dahsyat pada awal pagi Jumaat lalu. Mereka dijadualkan menaiki pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Lapangan Terbang AdiSoemarmo, Solo, di sini Ahad. KUALA LUMPUR: Dua pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berlepas ke Yogyakarta, Solo, Indonesia dari Pangkalan TUDM Subang dekat sini, hari ini, bagi membawa pulang 664 rakyat Malaysia yang terkandas di provinsi republik itu berikutan kejadian letusan Gunung Merapi. Pengarah Malaysian Jabatan Pelajaran di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar, berkata pesawat berkenaan sepatutnya berlepas ke Solo semalam, namun disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu serta tidak mendapat kebenaran dari Lapangan Terbang Solo, ia ditangguhkan ke hari ini. Bagi misi hari ini, hanya 240 orang akan dibawa pulang dan dijangka tiba di Pangkalan TUDM Subang kira-kira 5 petang memandangkan setiap pesawat C-130 itu hanya dapat memuatkan seramai 120 orang dalam satu-satu masa. "Selebihnya akan dibawa pulang esok," katanya ketika ditemui di Pangkalan TUDM Subang sebelum berlepas dengan pesawat itu hari ini. Junaidi turut meminta ibu bapa pelajar terbabit yang terbabit supaya tidak terlalu risau kerana keadaan anak mereka selamat. "Di sana kita telah menempatkan anak mereka di hotel dan asrama jadi anak mereka berada dalam keadaan selamat, jadi ia berbeza dengan keadaan kita ketika di Padang dahulu," katanya. - BERNAMA |
| Anwar Guna Proksi Hentam PAS & DAP? Posted: 07 Nov 2010 01:30 AM PDT PAS dan DAP menafikan sekeras-kerasnya dakwan 'keluhan Batu Sapi' kononnya kedua-dua komponen Pakatan Rakyat (PR) itu tidak memberi bantuan setimpal bagi memastikan kemenangan calon PKR Ansari Abdullah pada pilihan raya kecil baru-baru ini.Keluhan itu didakwa dibangkitkan oleh Abdul Rahman Yusof, setiausaha politik Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi laman sosial Facebook semalam iaitu sehari selepas pilihan raya kecil Batu Sapi dan Galas. Tetapi, tinjauan The Malaysian Insider petang tadi di Facebook sendiri mendapati tulisan Abdul Rahman hanya berkisar tentang kritikan umum terhadap Umno dan BN sempena pilihan raya kecil Batu Sapi dan Galas. Bahkan, komentar terbarunya pada dinding Facebook Abdul Rahman petang ini meminta supaya mana-mana pihak terus menghubunginya untuk mendapatkan maklum balas rasmi. "Pandangan saya dalam Facebook ini hanya pandangan peribadi. Ia bukan pandangan rasmi mana-mana pihak. Untuk mengambil pandangan dari Facebook saya adalah tidak wajar sama sekali. "Sekiranya pandangan rasmi ingin diambil, harap dapat hubungi saya secara peribadi," kata beliau pada akaun Facebook. Abdul Rahman yang dihubungi The Malaysian Insider kemudian berkata, komentarnya berhubung bantuan PAS dan DAP di Batu Sapi, yang dipercayai menyinggung kedua-dua parti itu, dibuat bukan mempunyai apa-apa niat buruk. "Tak ada apa-apa lah, tak ada isu apa-apa... saya saja-saja tulis. "Itu adalah pandangan peribadi saya, tidak rasmi dan boleh jadi betul atau salah, pemerhatian saya boleh jadi salah atau benar. "Saya sendiri tidak tahu kerja PAS, kerja DAP, saya tidak tahu... itu adalah urusan mereka," jelas beliau. Abdul Rahman yang juga bekas Ahli Parlimen Kemaman turut menegaskan, hasil pemerhatian yang ditulisnya dalam Facebook tidak mewakili mana-mana pihak, termasuk PKR. Terdahulu seorang pembaca The Malaysian Insider yang menamakan dirinya Abdul Aziz Anon menulis bahawa setiausaha politik itu menyatakan rasa tidak puas hati beliau terhadap PAS dan DAP dalam membantu kempen pilihan raya yang melibatkan calon PKR di Batu Sap. "Abdul Rahman dalam akaun Facebook beliau pada 5 November (semalam) mengatakan bahawa jika PKR membantu kempen pilihan raya yang ditandingi PAS dan DAP, parti itu akan membiayai semua kegiatan kempen mereka walaupun kerusi itu ditandingi parti rakan dalam Pakatan Rakyat seperti di Sibu, Bukit Gantang, Kuala Terengganu, Bagan Pinang mahupun Galas. "Apabila PKR bertanding di Batu Sapi, PKR dipaksa untuk membiayai jentera PAS dan DAP kerana parti PAS dan DAP langsung tidak memberi peruntukan kepada jentera mereka untuk membantu kempen pilihan raya yang ditandingi PKR. "Penulis merasakan sebagai setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar tidak perlulah mengeluarkan kenyataan seperti ini kerana boleh mengundang rasa kurang senang rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. "Hubungan baik Pakatan Rakyat mesti sama-sama kita pelihara untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya ke-13 nanti," katanya. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika ditanya tentang 'keluhan Batu Sapi', mencadangkan PKR membuat bedah siasat dalaman berhubung pilihan raya kecil Batu Sapi dengan memanggil bersama wakil PAS dan DAP. Langkah itu, kata beliau, membolehkan parti-parti rakan dalam PR mendengar sendiri 'keluhan Batu Sapi' oleh Abdul Rahman sebelum ini secara peribadi. 'Keluhan Batu Sapi' itu selepas calon PKR Ansari Abdullah yang mendapat 3,414 undi, dikalahkan oleh calon BN Datin Linda Tsen yang menerima 9,773 undi manakala Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,031 undi. "Saya tak tahulah yang beliau (Abdul Rahman) anggap kita tidak menolong partinya, tetapi kita (PAS) memang ada bilik gerakan di (DUN) Sekong sebab kita diamanahkan untuk tumpu kempen di sini. "Apa pertimbangan beliau untuk mengatakan yang tidak ada bantuan dan sokongan, tetapi kalau perlu bedah siasat, bersama itulah yang terbaik," ujar beliau kepada The Malaysian Insider sambil percaya Abdul Rahman berniat baik kepada PAS dan DAP. Sambil melahirkan rasa pelik, beliau berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pun beberapa hari sebelum hari penamaan calon telah memberikan arahan khusus supaya ahli-ahli Parlimen PAS menyusun jentera bantuan di sana. "Apabila dia mendakwa demikian, saya sendiri secara peribadi agak pelik sendikitlah," kata Mahfuz lagi. Bahkan, katanya lagi, Abdul Hadi sendiri menyertai siri kempen bersama Ansari. "Sebelum penamaan calon dan selepas penamaan calon pun, Presiden PAS turun di sana (Batu Sapi), saya pun turun beberapa kali kerana kemenangan Ansari, kita anggap sebahagian daripada kita (PAS)," katanya. Selain dirinya, Mahfuz berkata, Nasharudin Mat Isa selaku Timbalan Presiden PAS, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria yang mengepalai jentera Dewan Pemuda PAS antara yang bergilir-gilir berkampung di Sekong - salah satu kerusi DUN dalam bahagian Parlimen Batu Sapi. Pun begitu, beliau berkata, penggemblengan jentera PAS tidaklah ditumpukan di Batu Sapi kerana PAS mempertaruhkan Dr Zulkefli Mohamad untuk mempertahankan kerusi DUN Galas yang pilihan rayanya serentak dengan Batu Sapi. "Cuma penggemblengan gelombang peringkat nasional dari kita (PAS) tidaklah ramai kerana kita beri tumpuan di Galas," katanya lagi. Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw ketika dihubungi turut menafikan dakwaan tersebut. "Kita (DAP) memang ada memberi sokongan kuat kepada calon PKR, begitu juga saya lihat PAS," ujar Dr Tan. "Macam mana dikatakan tidak memberi sokongan, kita turun di semua tempat (berkempen), jadi itu (dakwaan) tak betul," tegas beliau lagi. Selain Penasihat DAP Lim Kit Siang sendiri komited menyertai kempen PKR, Dr Tan yang juga Ahli Parlimen Kepong memberitahu, Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chien Jen dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo antara pemimpin utama DAP yang lama berkampung di Batu Sapi. "Apabila dia mendakwa demikian, saya sendiri secara peribadi agak pelik sendikitlah," kata Dr Tan. -TMI Ulasan GB Kalau PAS dan DAP nak hentam PKR, lagi banyak perkara boleh didedahkan, tetapi kerana kesetiakawanan, ianya tidak dilakukan. Abdul Rahman menyatakan ia pandangan peribadi. Mungkin benar, tetapi apabila ia ditulis oleh seorang yang berstatus S/U Politik kepada Ketua Pembangkang, sekalipun di dalam facebooknya, namun persepsi ramai memberi interpretasi bahawa rakyat melihat itulah luahan Anwar sendiri melalui seorang proksi. Jika itu tidak benar, namun apa-apa jua pemikiran Abdul Rahman sepastinya tercerna dan terwarna dari pandangan "majikan"nya sendiri, atau di sebaliknya, pandangan beliau yang kelak mencerna dan mewarnai pendirian Anwar. Untuk menyatakan tiada lansung sebarang kesan dan pengaruh terhadap salah satunya adalah tidak mungkin sama sekali. |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





















Tiada ulasan:
Catat Ulasan