Isnin, 8 November 2010

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


WAHAI DR ASRI, DI ANTARA DS ANWAR DENGAN YB ZUL KULIM SIAPA PATUT LETAK JAWATAN?

Posted: 07 Nov 2010 05:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SEKALI lahi YB Zul Kulim `firaun besar' menyokong jawapan Dr Asri di dalam menghadapi kritikan berbagai pihak terhadap bekas Mufti Perlis ini. Dr Asri tetap mempertahankan saranannya agar DS Anwar bersara dari politik dan sebagai tidak menampakkan `kiblat' sebenar beliau dalam politik, beliau mengambarkan di dalam PR terdapat `dinosour' begitu juga di dalam Umno.

Katanya Dr Asri, momentum rakyat akan hilang kerana rakyat tidak lagi terikat dengan kisah lalu. Justeru itu pemimpin seperti DS Anwar mesti bersara dan diserahkan kepada yang baru untuk mengekalkan momentum yang ada. Begitulah lebih kurang maksud Dr Asri. Apa dia kisah lalu itu, wahai Dr Asri? Kisah kezaliman yang berlaku ke atas DS Anwar sehingga tercetusnya gelombang reformasi itukah yang dimaksudkan kisah lalu? Maksud beliau, rakyat tidak perlu lagi mengingati kisah itu?

Dr Asri mungkin tidak terlibat atau campurtangan langsung sewaktu DS Anwar dizalimi, sewaktu berpuluh ribu rakyat juga dizaklimi akibat menentang kezaliman Tun Mahathir ketika era reformasi. Bukan sedikit rakyat yang menderita, dipukul, dibuang kerja, ditukarkan tempat kerja, dihalang kenaikan pangkat dan berbagai lagi hanya kerana memperjuangkan seorang tokoh Melayu bekas TPM yang dizalimi. Momentum itu berterusan walaupun setelah DS Anwar dibebaskan dari penjara kerana perjuangan rakyat tidak lagi kepada batang tubuh DS Anwasr, sebaliknya perjuangan yang lebih luas untuk kepentingan rakyat jelata.

Hasil dari momentum pertama di era reformasi, berlanjutan sehingga kepada Pilihanraya Umum Ke 12 yang mana rakyat berjaya menyedarkan Umno/Bn bahawa mereka telah bertindak zalim dan tidak adil kepada rakyat. Kemenangan besar PR di dalam PRU Ke 12 bukan lagi atas faktor DS Anwar seperti di dalam PRU Ke 10. Inilah momentum yang dibawa sehingga kini dan tidak timbul persoalan momentum ini akan berkurangan selagi DS Anwar berada diarus politik tanahair. Bahkan, samada Dr Asri terima hakikat atau tidak, momentum ini pastinya lebih hebat di bawah pimpinan DS Anwar di dalam PRU Ke 13 nanti.

Jika ingin membicarakan soal momentum berkurangan atau soal tiada lagi pengaruh, orang yang paling tepat untuk dinasihatkan berundur oleh Dr Asri adalah YB Zul Kulim itu sendiri. Beliau MP Kulim yang dipilih berdasarkan parti bukan individu. Kini beliau tiada parti ibarat `roh tidak bertuan' menjadi seperti hantu berkeliaran. Di Kulim, momentum sokongan terhadap YB Zul boleh dikatakan langsung `Zero'. Beliau hanya berada di kerusi itu sekarang semata-mata atas sokongan undang-undang yang menyokongnya berada disitu. Beliau tidak lagi disokong oleh parti yang diwakilinya dahulu. Inilah orang yang sepatutnya Dr Asri nasihatkan untuk berundur dan kosongkan kerusi yang tidak berkat itu.

Usahlah Dr Asri bertungkus lumus mempertahankan apa yang beliau tulis sebelum ini. Beliau menuduh pemimpin pembangkang melenting dengan tulisannya itu. Bila masanya pemimpin pembangkang melenting? Beliau berhak menegur DS Anwar bahkan ke peringkat menasihatkan DS Anwar bersara dari politik tanpa hujah dan alasan yang kukuh, masakan ahli parti tidak boleh menegur beliau?

Jangan ingat bila kita semua menyokong tulisan atau kenyataan beliau sebelum ini, maka tulisan atau kenyataan beliau yang akan datang maka kita wajib menyokongnuya. Yang benar kita sokong dan puji, tetapi jika kenyataan yang tidak benar malah menampakkan kebodohan perlu apa kita sokong? Buat YB Zul Kulim, jika kamu setuju atau sokong kenyataan Dr Asri itu, tunggu apa lagi? Letak saja jawatan MP Kulim dengan kadar segera./wfauzdin.blogspot.com

LAGI BANYAK KECAMAN, SOKONGAN PADA AZMIN MENINGKAT

Posted: 07 Nov 2010 11:18 AM PST

Lega rasanya bila melihat YB Azmin terus diberi kepercayaan setakat ini untuk menduduki tempat teratas undian bagi kerusi Timbalan Presiden PKR. Setakat ini diberitakan setelah 1/3 Cabang PKR membuat pemilihan, YB Azmin terus di depan dengan kelebihan dua ribu lebih undian.

Jika sebelum ini beliau dihampiri rapat oleh Dato Zaid Ibrahim, setelah berbagai kecaman dibuat ke atas JPP malahan Ketua Umum sendiri dan tidak terlepas juga ke atas diri YB Azmin, semakin bertambah sokongan terhadap MP Gombak ini. Ini adalah kerana ahli-ahli menilai YB Azmin tidak seperti mereka yang anti beliau.

YB Azmin bukan baru di dalam PKR dan beliau sentiasa komited terhadap parti dan lebih hebat lagi beliau telah diuji sepanjang penglibatannya di dalam politik. Beliau tidak melangkah `kepala' orang atas demi kepentingan dirinya. Beliau bertanding di dalam pemilihan kali ini kerana terdapatnya kekosongan. Beliau bukan `anak emas' DS Anwar seperti yang didakwa oleh beberapa pihak. Sebab itulah beliau bukan pilihan DS Anwar untuk menjadi MB Selangor walaupun ada yang mengatakan beliau tergila-gila jawatan itu.

Bermacam-macam tuduhan dibuat kepada YB Azmin. Beliau tetap yakin bahawa akhirnya ahli-ahli sendiri yang boleh menilai kebolehannya samada layak untuk menduduki kerusi nombor dua itu. Umno sememangnya amat takut jika YB Azmin berjaya menduduki jawatan Timbalan Presiden PKR kerana Umno yakin DS Anwar akan di`beku'kan dipenjara nanti. Sekiranya DS Anwar terpenjara, Umno terpaksa berdepan pula dengan YB Azmin yang tidak kurang hebatnya. Umno tentu lebih suka jika Zaid menang kerana Umno amat kenal bekas menteri itu.

Kepada semua ahli PKR, pilihlah pemimpin yang kita lihat Umno tidak suka kerana itulah pilihan yang terbaik.

PAS SELANGOR TENTANG HUB HIBURAN, MANA SUARA UMNO SELANGOR?

Posted: 07 Nov 2010 10:07 AM PST

Hab Hiburan Bakal Jadi Lebuhraya Maksiat : Hassan Ali
07/11/2010


SHAH ALAM 7 NOV : Cadangan pembukaan hab hiburan oleh Umno-Barisan Nasional hanya bakal menjadi lebuhraya maksiat golongan muda tegas Exco Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu Datuk Dr Hassan Ali.

Datuk Hassan berkata, Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan dengan mengadakan pelbagai program pemerkasaan keluarga.

"Dengan mengadakan hab seperti itu, kerajaan secara tidak langsung telah menyediakan lebuh raya maksiat kepada belia, yang mana menyebabkan fikiran rakyat terperuk dan masyarakat menjadi semakin teruk," jelasnya.

Datuk Hassan berkata demikian pada program dua hari, Pemerkasaan Institusi Keluarga di Masjid As-Syakirin, Gombak, yang berakhir semalam.

Datuk Hasan Ali berkata demikian bagi mengulas rancangan Perdana Menteri Najib Razak yang mahu mengalakkan penubuhan kelab-kelab malam terkemuka di seluruh negara, bagi menggiatkan penganjuran konsert, melonggarkan garis panduan penghibur antarabangsa dan menjenamakan semula acara lumba automotif.

Najib juga mencadangkan mewujudkan zon hiburan di Lembah Klang bagi menampung keperluan dan permintaan pelancong dan mereka yang memerlukan./TVNews

PEMILIHAN PKR - BLOGGER SEDANG MENJAHANAMKAN PARTI

Posted: 07 Nov 2010 08:42 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

NEGARA musnah jika PKR menuju Putrajaya. Begitulah bunyinya beberapa Blogger menyampaikan isyarat untuk memperbetulkan parti ini. Jika demikianlah keadaannya buat apa lakukan kerja bodoh untuk terus bersama PR? Bukankah PR ingin bersama PKR dan DAP menuju Putrajaya? Masakan kerana taksub menyokong beberapa pemimpin dan teramat anti dengan Azmin, maka tergamak mereka menyebut begitu?

Saya tahu beberapa Blogger begitu mengharapkan Zaid Ibrahim menjadi Timbalan Presiden PKR, begitu juga ada Blogger yang ingin melihat Sdr Mustafa Kamil menjadi Timbalan Presiden PKR sama juga saya berharap agar YB Azmin memenangi kerusi Nombor Dua di dalam parti ini. Maka, pastilah masing-masing akan cuba berkempen untuk calon pilihan masing-masing. Peliknya, di dalam keadaan mereka ingin naikkan calon-calon mereka, mereka menyebut bahawa negara akan hancur jika PKR menuju Putrajaya. Mungkin, negara tidak jadi hancur seandainya Zaid memenangi pertandingan ini.

Dakwa mereka pemilihan PKR kali ini dicemari dengan tangan Azmin serta dibantu oleh Anwar. Peliknya, sehingga kini Azmin semakin dihampiri oleh Zaid dari segi jumlah undian. Jika benar tangan Azmin bersama Anwar mencatur pemilihan ini, bodoh sangat bagi Azmin untuk membiarkan dirinya dihampiri rapat oleh Zaid. Mungkin bagi puak ini, kedudukan YB Nurul Izzah yang berada di depan sekarang di dalam perebutan kerusi Naib Presiden PKR juga adalah hasil campurtangan Azmin dan Anwar? Tetapi ada yang mendakwa Azmin tidak `sebulu' dengan Nurul Izzah, mengapa pula Nurul Izzah sekarang berada di depan?

Bukan untuk menepis dakwaan kelemahan JPP mengendalikan pemilihan kali ini. Mungkin ada beberapa prosedur dan cara pemilihan yang diadakan boleh dipertikaikan. Bagi saya, jika PKR membatalkan kesemua pencalonan sebelum ini dan mengadakan pemilihan semula itu adalah lebih baik agar puak-puak itu berpuas hati. Tetapi, berpuas hati jugakah mereka jika mereka dapati calon yang mereka mahukan itu tidak mendapat pencalonan atau undian yang tinggi? Mereka akan mencari seribu alasan lain untuk mengatakan pemilihan patut diadakan semula.

Kita boleh beri pendapat dan kita juga boleh tidak bersetuju dengan sesiapa di dalam parti. Tetapi untuk menyebut keburukan parti sehingga ingin menyamakan dengan Umno adalah satu perbuatan yang teramat bodoh. Lebih baik keluar dari parti yang kita sendiri percaya parti ini akan meruntuhkan negara suatu hari nanti.

Saya tetap yakin, semua ahli PKR akan dapat menilai siapa yang sebenarnya sayangkan parti atau sayangkan dua tiga kerat tokoh parti. Apa yang penting, parti telah laksanakan pembaharuan yang baik dari segi amalan demokrasi. Kelemahan tetap wujud, jika ada penyelewengan berlaku menjadi kewajipan pimpinan parti memperbaikinya segera. Samada Azmin, Zaid atau Mustafa memenangi pemilihan kali ini, biarlah mereka menang dengan bermaruah. Jika terbukti ada unsur yang tidak baik sepanjang pemilihan ini, PKR wajib mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa sahaja. Sekadar bercakap dan menuduh seolah-olah calon pilihan kita sahaja yang betul, sampai bila pun parti ini tidak boleh kita baiki bersama./wfauzdin.blogspot.com

HUJAH SAIFUDDIN LEBIH BERFAKTA DARI BLOGGER HUTAN

Posted: 07 Nov 2010 08:05 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

BERANI. Itulah yang boleh saya katakan pada SU Agung PKR, YB Saifuddin yang telah menjelaskan persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa Blogger berkaitan pemilihan parti. Saifuddin berjaya menjawabnya dengan baik termasuk dakwaan oleh Blogger Harris yang langsung gagal bawa bukti setakat ini.

Saya juga tidak selesa bila Saifuddin menyebut masih ada kertas undi pemilihan yang tersimpan walaupun sepatutnya telah dilupuskan. Maka, Saifuddin mesti mengambil tindakan segera dan siasat ke mana kertas undi tersebut dibawa, atau untuk apa ianya disimpan. Penjelasan Saifuddin bahawa setiap kali pemilihan diadakan, pengiraan undi mesti dilakukan di hadapan wakil calon adalah satu perkara yang boleh mengelakkan parti dituduh tidak berlaku adil. Mengapa tiada laporan dibuat jika ada penyelewengan seperti dakwaan menjual undi itu? Mengapa tidak dilaporkan oleh agen calon, menapa Blogger dari hutan mana yang datang buat kecoh?

Saya harap pemilihan PKR kali ini kununnya diatur oleh tangan Azmin dan Anwar tidak bertukar menjadi pemilihan yang diatur oleh tangan Blogger hutan tersebut. PKR mesti berani menjawab hujah, biar mereka dakwa seribu cerita lagi./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: