Isnin, 8 November 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Upacara Khurafat, apa jawapan MB Perak?

Posted: 07 Nov 2010 09:50 PM PST

Rasanya ramai dah mengetahui tentang isu Menteri Besar Perak yang dikatakan terlibat di dalam merasmikan upacara khurafat atau sesat di dalam satu program memasang tiang di Negeri Perak. Bagi yang tidak mengetahui isu ini sila klik link ini upacara sesat Di dalam satu kenyataan media beliau (Zambry Kadir) menafikan penglibatan beliau di dalam upacara sesat tersebut.

Zambry mengatakan bahawa media telah memutar belitkan gambar beliau untuk dijadikan isu, menurut Menteri Besar itu, beliau sekadar menolong menaikkan kembali daun yang jatuh ketika upacara itu. Malah dia tidak terlibat langsung dengan upacara sesat tersebut. Tapi sayang mungkin Menteri Besar itu tidak sedar ada pihak yang merakam video semasa peristiwa tersebut. Sila klik untuk menonton dan menilai sendiri apa yang berlaku.





ReJaM© "Kalau kita lihat di sini, bukankah lebih baik Zambry diam daripada berkata-kata sekadar untuk memalukan lagi dirinya?"

Isu Tuan Guru dimaki hamun, bukti Utusan berbohong!

Posted: 07 Nov 2010 05:08 AM PST

Macam biasa media pro kerajaan macam Utusan Malaysia akan berterusan untuk mencari jalan untuk menjatuhkan kredibiliti Tuan Guru Nik Aziz dengan pelbagai cara. Kali ini berkenaan isu Tuan Guru dimaki hamun nampaknya seorang pengarang Utusan memakai nama pena Awang Selamat memfitnah Tuan Guru di dalam penulisannya.

ReJaM© kesian dengan pembaca Utusan yang tidak dapat maklumat tepat tentu akan percaya lantas salah paham dengan Tuan Guru Nik Aziz pemimpin Kesayangan dan dihormati ramai itu. Berikut petikan tulisan Awang Selamat yang memfitnah Tuan Guru dipetik dari akhbar Mingguan Malaysia 07 November 2010 sila klik untuk membesarkan image.


Bagi yang belum melihat video tentang kejadian Tuan Guru Nik Aziz dimaki hamun, sila klik link ini Tuan Guru dimaki hamun, anda lihat sendiri di dalam video berkenaan, di mana bahagian yang dikatakan Tuan Guru melenting? Siapa yang tidak mahu bersalaman? Tuan Guru Nik Aziz atau Ustaz UMNO tersebut? Jelas sekali Utusan Malaysia melalui tulisan Awang Selamat berbohong untuk menjatuhkan Tuan Guru.






ReJaM© "Nak kata apa lagi? Akhbar yang memperbodohkan rakyat!"

Amerika bersedia untuk serang Asia Tenggara?

Posted: 07 Nov 2010 04:02 AM PST


Berita yang dipetik dari BBC, Amerika Syarikat ingin menambah kehadiran tenteranya di Asia Tenggara. Berita ini wajar dilihat sebagai suatu berita yang kurang baik memandangkan campur tangan Amerika di negara-negara Timur Tengah telah mengundang pelbagai konflik, dan akhirnya boleh membawa kepada peperangan.

Nampaknya Amerika mula memasang strategi untuk campur tangan di negara-negara di Asia Tenggara. Dengan alasan untuk membantu membanteras lanun, meningkatkan keselamatan cyber, bantuan kemanusiaan dan membanteras keganasan, Amerika dilihat mencari peluang untuk memperluaskan campur tangannya ke rantau ini. Pemimpin-pemimpin di Asia Tenggara terutamanya Malaysia harus berwaspada dan mengambil langkah-langkah yang bijak untuk menghalang kehadiran negara yang berlagak sebagai "Polis Dunia" itu. Sejarah telah membuktikan bahawa campur tangan Kuasa besar dunia ini akan hanya memburukkan lagi keadaan.



ReJaM© "Diharap para pemimpin negara bijak untuk menangani hal ini"

Penduduk beragama Kristian diminta tinggalkan negara

Posted: 07 Nov 2010 03:15 AM PST

Seorang tokoh senior Kristian di Iraq meminta kepada semua penganut agama kristian di negara itu untuk meninggalkan Iraq, berikutan serangan kumpulan bersenjata yang telah menyerang sebuah gereja di Baghdad.

Paderi besar Athanasios Dawood, akan menyampaikan permintaannya ini dalam sebuah ucapannya di Gereja Ortodoks Suriah di London.

Paderi besar itu juga mengkritik betapa buruknya keadaan keselamatan bagi penganut agama Kristian di Iraq.

Sekurang-kurangnya 52 orang telah terbunuh saat pasukan keselamatan Iraq menyerbu sebuah gereja Katolik di Baghdad untuk membebaskan sejumlah tebusan di dalam gereja.

Sebelum ini sekumpulan pejuang bersenjata memasuki gereja Our Lady of Salvation di daerah Karada ketika berlangsung majlis keagamaan pada malam minggu 31 Oktober lalu, dan menawan sejumlah tebusan selama beberapa jam.

Pejuang Al-Qaeda telah menghubungi pihak berkuasa keselamatan Iraq melalui telefon mudah alih, mendesak pembebasan para tawanan al-Qaeda dan juga sejumlah wanita Muslim yang dikatakan dipaksa tinggal di Gereja Koptik di Mesir.

Setelah perundingan gagal, pasukan keselamatan Iraq menyerbu bangunan gereja, sebelum kumpulan bersenjata dilaporkan melempar granad dan meletupkan bom.

Minggu ini, paderi besar Kristian, Dawood akan meminta semua penduduk Kristian untuk meninggalkan Iraq berikutan pejuang Al-Qaeda telah memberi amaran untuk melakukan serangan yang lebih banyak.

Paderi ini juga meminta kerajaan Inggeris untuk meluluskan permohonan perlindungan politik kepada warga Kristian Iraq.

Penduduk Kristian Iraq yang kebanyakannya merupakan etnik Assyria sudah menetap di Iraq sejak abad pertama, namun berikutan kejatuhan Saddam Hussein, mereka dikatakan terpinggir dan pemerintahan Baghdad dianggap tidak berniat atau tidak mampu untuk menjaga keselamatan mereka lagi.

Sejumlah serangan bom yang menyerang banyak gereja menyebabkan penduduk Kristian menyelamatkan diri ke negara-negara jiran.

Para pemimpin gereja di masa lalu meminta kepada penganutnya untuk tetap tinggal di Iraq dan memperkuatkan komuniti mereka.

Namun berikutan ketiadaan jaminan keselamatan, kelihatan tanda-tanda bahawa polisi itu akan berubah. [BBC]






ReJaM©

Tiada ulasan: