Ahad, 28 November 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Wajib Baca] "Detox Foot Patch" Pun Produk Kelentong! Sila Lihat Eksperimen Ini

Posted: 28 Nov 2010 06:45 AM PST


Sila lihat ekperimen di bawah ini.


Detox foot patch diletakkan di atas cawan yang berisi air suam.



Selepas 5 minit. Munasabah air suam di dalam cawan tadi ada toksik?



Baca petikan artikel ini:



 Sumber eksperimen dan gambar dipetik dan diubah suai dari Aididmuaddib.

[Gambar] PERKASA & Blogger UMCO Pertahan dan Sokong Gelang AC Mizal

Posted: 27 Nov 2010 09:10 PM PST

Bersemangat betul! Tersengih saudagar gelang

Aduh! Aduhai! Alahai!

Menurut seorang blogger UMCO, AC Mizal meminta bantuannya untuk menerangkan kepada orang ramai tentang "fitnah"yang didakwa dilemparkan kepadanya sejak akhir-akhir ini.

Namun malangnya, kiriman pertama untuk mempertahankan saudagar gelang itu tidak pula disertakan bukti saintifik untuk menyokong keberkesanan gelang itu. Tidak dinyatakan juga penafian bahawa gelang itu diimport dari China. Tidak dinyatakan juga kesahihan testimoni yang dipaparkan dalam FB mahupun laman sesawang saudagar itu. Tidak dinafikan juga bahawa gelang itu kini boleh diperoleh dengan harga AS5 dolar.

Jadi, penerangan dan ulasan saudagar dan blogger ini hanyalah retorik untuk memastikan gelang saudagar ini terus laris di pasaran.

Kesungguhan blogger atau Perkasa menyokong saudagar jual seutas gelang untung RM500 berikutan pendedahan blogger Aididmuaddib tentang dakwaan bahawa saudagar gelang itu cuba menipu pengguna melalui siri pendedahan yang disiarkan di blognya. Siri pendedahan itu boleh anda baca di sini.

Bagi yang masih mahu menyokong dan membela saudagar ini, silakan. Belilah produk saudagar ini: Harganya RM1000 (RM500 akan diberikan kepada penjual, bakinya adalah kos kotak dan operasi, baki daripada kos itu ialah harga kos gelang tersebut.)

Artikel retorik blogger UMCO itu boleh anda baca di sini.


Gambar Sesi Teh Tarik Armand Perkasa dan Saudagar Gelang yang diadakan baru-baru ini








Selamat "Menggebang" Melayu!!


P/s: Perkasa sokong UMCO, sokong saudagar gelang kontroversi. Apa persamaan saudagar ini dengan UMCO sehingga membuatkan Perkasa begitu teruja menyokong mereka?


Azab Bersuamikan Lelaki Baran & Cemburu Buta

Posted: 27 Nov 2010 06:43 PM PST

Saya petik:
[HM] MELAKA: Luluh hati seorang isteri apabila suami yang diharapkan menjadi pelindungnya tergamak memukul dan mengugut membunuhnya akibat cemburu buta, awal bulan ini.

Dalam kejadian jam 11.35 malam pada 4 November lalu, Siti, 29, mendakwa suaminya yang berusia 35 tahun menamparnya sejurus mengejutkannya daripada tidur di ruang tamu rumah mereka di Tanjung Keling, dekat sini.

"Suami menampar pipi kiri dan kanan serta memukul kepala saya bertalu-talu sambil bertanya mengapa saya curang. Saya terpinga-pinga dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut. Saya hanya mampu mengalirkan air mata menahan kesakitan.

"Kemudian dia ke dapur sebelum menghampiri saya semula dengan tangan kirinya memegang pisau. Dia mengacukan pisau ke leher saya dan tangan kanannya menarik rambut saya," katanya ketika ditemui Metro Ahad.


Difahamkan, kejadian sama pernah berlaku pada Ogos 2009 iaitu selepas enam bulan pasangan terbabit bernikah, namun ketika itu mangsa tidak membuat laporan polis.

Siti yang bertubuh kecil molek berkata, suaminya menekan pisau berkenaan agak kuat hingga lehernya luka.

"Dia mengugut membunuh saya jika meneruskan niat untuk bercerai. Dia juga mengugut mencederakan anak saya iaitu anak tirinya berusia tujuh dan lima tahun. Ini kali kedua suami memukul saya sejak berkahwin dua tahun lalu," katanya.

Dia membuat laporan di Balai Polis Tanjung Keling pada 18 November lalu dan laporan kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah (IPD) keesokannya....- Meor Riduawan, Shmaran, Mohd Zaidi

Berkaitan:

Antara Kes Dera Isteri 

* 14 Februari 2005, Seremban, Negeri Sembilan — Seorang guru sekolah menengah di Rantau berusia 43 tahun membuat laporan polis kerana sering didera suaminya yang juga pegawai kastam berusia 47 tahun selama dua tahun. Mangsa yang berasal dari Kelantan didera suaminya di rumah mereka di Taman Tuanku Jaafar, Senawang. Lelaki itu menolak isterinya ke lantai beberapa kali hingga mencederakan badan mangsa.

* 6 April 2000, Cheras, Kuala Lumpur — Seorang suami memperlakukan isterinya seperti binatang apabila mengikat leher dan kaki mangsa menggunakan rantai besi sepanjang tiga meter dan dikunci dengan mangga besar. Mangsa turut diikat pada dinding rumah. Kadangkala suaminya mengheret keluar rumah dan mengikatnya pada tiang pagar di depan rumah di depan anak serta jiran.

* 1 Februari 1997, Kuala Terengganu — Seorang wanita hamil terpaksa melarikan diri ke rumah ibunya bersama anak sulung berusia 13 bulan selepas dikatakan tidak tahan sikap panas baran suaminya yang kerap memukul dan menderanya hampir setahun. Hadarulyani Shamsi, 20, dipercayai mengandung anak kedua, berlindung di rumah ibunya di Kampung Rahmat Felda Chalok, Setiu.

* 25 Julai 1997, Petaling Jaya — Akibat terlalu mengikut perasaan, seorang pekerja binaan berusia 33 tahun menerima padah apabila ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan polis selepas mendera isterinya di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara. Lelaki berkenaan enggan memberi wang diminta isteri untuk membeli beras dan keperluan dapur, sebaliknya menyepak serta menumbuk isterinya.

* 9 Ogos 1996, Kampung Baru, Kuala Lumpur — Jamilah Hassan dari Kampung Baru, Kuala Lumpur, membuat pengakuan mengalami tekanan jiwa berikutan sering didera suaminya yang kaki mabuk dan judi selama tujuh tahun. "Dia sering memukul dan mencaci saya selain memaksa saya melakukan hubungan seks," katanya.

* 21 Februari 1995, Pontian, Johor — Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan polis kerana disyaki mendera isterinya berusia 61 tahun sehingga mati di Kampung Belokok, Peradin. Siasatan polis mendapati lelaki itu dipercayai mencekik isterinya sebelum menolaknya sehingga jatuh di tangga rumah. Mangsa cedera teruk di kepala dan dada manakala leher dan mukanya lebam.

* 2 Mac 1995, Klang — Polis menahan suami seorang pekerja kilang kerana dipercayai memukul isterinya hingga parah di rumahnya di Jalan Young, Pandamaran, Klang, Selangor. Isteri lelaki itu yang berusia 35 tahun luka pergelangan tangan kanannya dipercayai terkena benda tajam serta bengkak pada mata, belakang badan, pipi dan punggung.

* 27 Disember 1995, Kuantan — Harapan seorang suri rumah untuk hidup bahagia bersama suami hingga ke akhir hayat punah apabila dia didera sehingga memaksanya meninggalkan rumah untuk mendapatkan pertolongan. Sarimah Suan, 17, cedera di dada dan perut dipercayai didera suami, terpaksa menahan sakit untuk pulang ke rumah bapanya di Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.

* 22 Ogos 1994, Hulu Klang — Wanita berusia 30-an dan isteri kedua seorang imam dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur oleh ibunya selepas tidak sedarkan diri dipercayai menghadapi tekanan jiwa berpunca daripada perbuatan suaminya. Wanita itu kemudian membuat satu laporan bahawa ada beberapa tanda kecederaan pada tubuhnya berpunca daripada penderaan.

Bil Hospital RM23 Ribu Walaupun Gagal Sembuhkan Batuk!

Posted: 27 Nov 2010 03:52 PM PST

Kapitalis Perubatan mengganas. Hati-hati apabila menerima rawatan di hospital swasta, begitu juga di klinik swasta. Bukan sekadar bilnya cekik darah, namun kadang-kadang hasilnya tidak mencapai tahap yang diharapkan. Saya petik:
Kakitangan swasta kecewa tak dimaklum caj melebihi jumlah maksimum ditanggung insurans

[BH] KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan swasta dari Kluang, Johor, hampir pengsan apabila melihat bil perubatannya mencecah RM23,000 selepas 12 hari dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat kerana batuk selama dua minggu.

Roslan Husin, 46, mendakwa pakar di hospital swasta itu bagaimanapun gagal mengesan punca penyakitnya sejak dia ditahan di wad hospital itu 4 Febuari tahun lalu, selain mendakwa caj ubat dikenakan berjumlah RM9,852 mahal dan melampau.

Lebih menyedihkan, dia mendakwa kakitangan pusat perubatan swasta itu hanya memberitahu kos perubatannya melebihi jumlah maksimum perlindungan insuransnya iaitu RM15,000 selepas 11 hari ditahan di wad.

"Saya terkejut, marah dan hampir pengsan apabila diberitahu bil perubatan saya melebihi RM15,000 yang ditanggung syarikat insurans. Saya persoalkan kenapa hanya diberitahu selepas ia lebih daripada jumlah itu, kenapa tak beritahu awal," katanya ketika dihubungi Berita Minggu.

Roslan berkata, dia pergi ke hospital swasta setelah dinasihatkan oleh doktor klinik panel syarikatnya kerana mereka gagal mengesan punca batuk dialaminya.

"Mereka periksa saya macam biasa, tidak buat apa-apa kecuali membuat imbasan x-ray dan masukkan wayar dalam hidung. Pakar di situ kata saya menghidap asma tetapi saya tak percaya, saya cuma batuk-batuk. Kemudian mereka datang dan beritahu bil perubatan saya mencecah RM23,000 menyebabkan saya terkejut," katanya.

Dia tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan namun, pihak hospital yang gagal mengesan punca penyakit tetap memintanya tinggal di wad selama dua hari lagi.

"Saya tolak permintaan mereka menyebabkan doktor pusat perubatan pakar itu menulis surat untuk merujuk saya ke Hospital Kluang, tetapi doktor hospital kerajaan beritahu pada saya, kalau pakar pun tidak dapat kesan apa punca penyakit saya, tak guna untuk saya dimasukkan ke hospital kerajaan," katanya.

Katanya, selepas keluar dari hospital swasta itu dia mencuba kaedah perubatan tradisional dan penyakitnya kini sembuh.

Isnin lalu, Berita Harian melaporkan 26 peratus daripada individu yang gagal membayar balik pinjaman bank dan kad kredit kerana menanggung beban hutang membiayai kos perubatan tinggi di hospital swasta.- Syed Azwan Syed Ali


Tiada ulasan: