Ahad, 28 November 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Ucapan Penggulungan di Kongres Nasional PKR ke-7

Posted: 28 Nov 2010 03:00 PM PST

Oleh Nurul Izzah Anwar, 29 November 2010

Bismillahir rahmanir rahim.

Terima kasih Tuan Pengerusi,

Yang saya hormati,

Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim,

Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,

Timbalan Presiden YB Sdr Azmin Ali,

Rakan-rakan Naib-Naib Presiden, YB Sdr Tian Chua, YB Pn Fuziah Salleh, YB Dato' Dr Mansor Othman,

Juga rakan-rakan dalam Majlis Pimpinan Pusat yang baru sahaja mendapat mandat daripada anggota-anggota.

Para perwakilan, sekretariat parti, para anggota JPP, para pemerhati, hadirin-hadirat yang saya hormati sekalian

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali saya ingin memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas kejayaan Parti Keadilan Rakyat untuk menganjurkan Kongres Nasional buat kali yang ke-7.

Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Senator Dr Syed Husin Ali, yang
terus beristiqamah dalam perjuangan walaupun dalam usia 74 tahun.

Saya harap Dr Syed akan terus memainkan peranan dalam gerak kerja parti walaupun sudah mengumumkan persaraan daripada kepimpinan.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat iaitu negeri Selangor dibawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selaku tuan rumah Kongres kita kali ini.

Sidang Perwakilan sekalian,

"Perjalanan Berliku Tetap Di Redah"

Pertama sekali saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli dan pimpinan parti yang telah memilih saya dan rakan-rakan lain untuk berada dalam barisan kepimpinan parti bagi penggal ini.

Saya memperingatkan diri saya dan juga para pemimpin yang telah dipilih akan amanah yang begitu besar yang diletakkan di bahu kita, bukan sahaja oleh anggota2, tapi juga keseluruhan rakyat Malaysia yang mengharapkan kesinambungan perjuangan kita demi melahirkan Malaysia yang lebih baik.

Sesungguhnya kemenangan ini adalah hasil daripada perjalanan yang penuh ranjau dan berliku yang pada hemat saya adalah satu proses yang wajib dilalui oleh mana-mana pihak untuk melahirkan sesuatu yang lebih baik, yang lebih matang, yang lebih mantap selagi kita dapat secara jujur mengambil iktibar daripada segala keperitan apa yang telah kita lalui bersama. Barulah ia menjadi perjuangan yang bernilai dan penuh bermakna.


Sidang Perwakilan sekalian,

"Politik Jujur Asas Perjuangan" , dengan izin, "Honest Politics as the Foundation to our Struggle"

Sejak 12 tahun dahulu, Parti Keadilan Rakyat dari peringkat akar umbi, pimpinan cabang sehinggalah kepada ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat dan Presiden serta Ketua Umum telah bekerja keras mendedahkan penyelewengan pentadbiran Barisan Nasional.

Pergilah keluar sana bertemu rakyat. Tanyalah siapa sahaja mereka yang tahu beratus-ratus kisah tentang mereka yang menjadi kaya raya dengan menggunakan duit rakyat. Tanyalah siapa sahaja mereka yang tahu beribu-ribu kisah tentang mereka yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa untuk keuntungan peribadi. Tanyalah siapa sahaja mereka yang tahu berjuta-juta kisah kesengsaraan rakyat bersabung nyawa, membanting tulang untuk mendapatkan kehidupan yang sejahtera dan menzahirkan jiwa merdeka yang bermaruah di tanah air yang bertuah ini.

Tanyalah siapakah rakyat dan siapalah tuan yang sebenar yang membelakangkan dan tidak mengutamakan rakyat?

Mesej bahawa pentadbiran Barisan Nasional itu rasuah, tidak amanah dan tidak cekap sudah sampai ke telinga kebanyakan rakyat. Ramai yang sudah faham dengan amalan ekonomi kerajaan Barisan Nasional yang menggunakan projek-projek awam dan wang rakyat untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni.

Namun dalam dekad kedua perjuangan masanya sudah tiba untuk maju setapak lagi, kita perlu berbicara pula dalam bahasa yang menyentuh masalah peribadi rakyat. Kita perlu berbicara tentang penyelesaian kepada segala permasalahan rakyat.

Kita wajib berkata benar walaupun pedas ditelinga, pahit dilidah, perit dihati. Rakyat mahu mendengar apa yang kita boleh dan mampu tawarkan. Rakyat mahu kita jujur, dan telus didalam menyusun atur perjuangan yang bebas daripada penipuan dan penyelewengan didalam semua gerak langkah dan gerak kerja kita. Termasuk daripada pemilihan kepimpinan parti, penyampaian dasar-dasar dan rencana membina dan membebaskan Negara; dan penilaian prestasi memerintah amanah sebuah negeri yang diberikan kepada kita, dengan menggunakan bahasa yang mudah, jelas dan benar.

Apa yang saya tawarkan hari ini adalah ingatan bahawa kita sudah berjaya dalam fasa pertama untuk meletakkan Parti Keadilan Rakyat sebagai parti yang berwibawa; fasa seterusnya adalah mengenai kesinambungan dalam mengurus kejayaan kita.

Kita mesti berkata benar dan membudayakan Politik Jujur: Jujur perlakuan, Jujur pertuturan dan Jujur kepada Rakyat. Sememangnya Politik Jujur adalah Asas Perjuangan.

Sidang Perwakilan sekalian,

"Negara di Ambang Kehancuran, Rakyat Menanggung Beban"

Sedarkah kita, hutang isi rumah rakyat atau household debt setakat bulan Ogos lalu, berjumlah RM560 bilion, pertambahan RM44 bilion dalam tempoh hanya setahun. Ini berbanding dengan sekitar RM150 billion pada 1998.

Sedarkah kita, peratusan hutang kepada pendapatan boleh guna rakyat adalah, 140 peratus – yang tertinggi di Asia. Maknanya rakyat sebegitu besar berhutang lebih banyak daripada pendapatan mereka.

Sedarkah kita, kira-kira 200,000 golongan muda di negara kita yang masih gagal memulakan pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selepas enam bulan tamat pengajian.

Dalam bahasa mudah, rakyat Malaysia hari ini semakin miskin. Yang paling tertekan adalah golongan muda yang memasuki alam pekerjaan. Gaji rendah, hutang pula tinggi.

Ini baru melihat satu sektor, belum lagi kita mengupas kemerosotan sektor-sektor lain.

Inilah nasib rakyat: Negara di ambang kehancuran, rakyat menanggung beban.

Sidang Perwakilan Sekalian,

"Negara di Ambang Kemakmuran, Rakyat Penentu Masa Depan"

Hasrat saya untuk berjuang dalam parti adalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat bahawa negara boleh dibina semula keluar dari ambang kehancuran. Ini bukanlah angan-angan kosong, kerana Malaysia mempunyai sejarah melaksanakan program besar-besaran bagi pembangunan negara. Pra-syaratnya hanyalah melalui amalan politik nilai murni dan jujur.

Satu masa dahulu, negara menubuhkan Felda, memberikan tanah ladang kepada penduduk desa untuk menyelesaikan masalah kemiskinan di pedalaman.

Satu masa dahulu, negara menubuhkan Kolej Perguruan Malaya di Kirkby, Liverpool pada tahun 1950an untuk melatih sebaik mungkin tenaga pengajar kita bagi negara yang ketika itu kurang kepakaran dalam bidang pendidikan.

Satu masa dahulu, negara menubuhkan Petronas yang meneroka khazanah negara untuk menghasilkan sumber kewangan yang dapat dinikmati segenap lapisan rakyat.

Malangnya, kesemua itu satu masa dahulu, kerana pada masa kini Felda telah dinodai, sistem pendidikan telah mundur, dan Petronas telah diguna untuk kepentingan peribadi.

Sedarlah! Negara memiliki sumber, negara memiliki keupayaan, negara memiliki kepakaran. Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya untuk semua rakyat dan keluar dari ambang kehancuran, seandainya negara dipimpin oleh pimpinan yang mengamalkan politik nilai murni yang jujur. Inilah seruan yang wajib Parti Keadilan Rakyat sahut.

Sidang Perwakilan sekalian,

"Pilihan Penentu Keadilan"

Membuat pilihan adalah satu anugerah suci kepada semua makhluk, di mana kita menilai, memilih dan menerima akibat apa yang dipilih.

Pilih yang benar dapatlah yang benar. Pilih yang batil dapatlah yang batil.

Kita telah pun memilih barisan kepimpinan tetapi yang lebih penting adalah apa yang akan menjadi pilihan rakyat?

Rakyat akan memilih parti yang bermaruah, bersedia dan berkebolehan untuk diberikan amanah memerintah dan membangunkan Negara.

Oleh itu adakah Parti Keadilan Rakyat parti yang Bermaruah? Parti yang Bersedia? Parti yang Berkebolehan?

Parti Keadilan Rakyat adalah parti bermaruah; seandainya kita jujur dan berjuang berdasarkan prinsip nilai murni yang tinggi dan bukan berdasarkan personaliti sahaja. Kita mesti membezakan antara Personaliti Dan Prinsip yang dibawa Personaliti. Hanya Prinsip dan bukannya Personaliti yang mesti diinstitusikan di dalam parti kita.

Parti Keadilan Rakyat adalah parti yang bersedia; seandainya kita belajar daripada proses pemilihan yang baru berlangsung melalui pelaksanaan langkah-langkah susulan yang dapat meleraikan keresahan anggota. Contohnya melalui siasatan pihak yang bebas dan berkecuali. Dan saya fikir ini juga selaras dengan jaminan yang diberikan oleh Ketua Umum malam semalam.

Parti Keadilan Rakyat adalah parti yang berkebolehan; seandainya kita meremajakan dan menawarkan kepimpinan yang bukan sahaja mahir, beramanah tapi juga berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dan asas perjuangan parti.

Kekuatan kita adalah keupayaan kita menggamit harapan rakyat dan imaginasi rakyat untuk melahirkan Malaysia yang lebih baik yang akan hanya dapat diteruskan jika kita amalkan Politik Nilai Murni secara Jujur.

Marilah kita berganding bahu, marilah kita bersatu, marilah kita bersama menjiwai Politik Harapan dan Pembebasan demi melahirkan Malaysia yang lebih baik, bermula yang dari Sabah, Sarawak, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Selangor, Perak, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Perlis, dan Wilayah Persekutuan, khususnya Kuala Lumpur!

Sekian wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.

Terima kasih.

Kemenangan Saya Bukan Kerana Pengaruh Dan Sokongan Anwar, Kata Azmin Ali

Posted: 28 Nov 2010 02:00 PM PST

PETALING JAYA, 28 Nov (Bernama) -- Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru Mohamed Azmin Ali berkata beliau memenangi jawatan itu kerana dipilih oleh anggota parti dan bukannya kerana pengaruh Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menafikan bahawa beliau mendapat sokongan daripada Anwar sejak dicalonkan untuk bertanding merebut jawatan itu ketika ditanya semasa sidang media di akhir Kongres Tahunan Ketujuh PKR di sini hari ini.

Mohamed Azmin berkata seramai 30,000 anggota parti keluar mengundi semasa pemilihan pusat yang berakhir minggu lepas dan kebolehan mereka dalam menilai kepimpinan parti tidak boleh diperkecilkan.

Beliau berkata anggota parti melihat rekod calon-calon seperti beliau yang telah bersama parti lebih sedekad dan kemudian membuat pertimbangan mereka.

"Anwar favour semua yang loyal kepada parti... takkan you nak pertikai kesetian saya," katanya lagi. Mohamed Azmin berkata beliau telah bersama PKR selama 12 tahun dengan 10 tahun daripadanya menjadi Naib Presiden parti.

Pada persaingan jawatan Timbalan Presiden itu, Mohamed Azmin menangi dengan memperoleh 19,543 undi daripada 218 cabang yang melakukan pengundian.

Beliau berkata beliau tidak ada masalah untuk bekerja dengan barisan kepimpinan yang baru termasuk Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ditanya mengenai kedudukan bekas Naib Presiden parti Mustaffa Kamil Ayub yang menjadi pesaing beliau bagi jawatan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin berkata biro politik PKR akan menentukan tugasan kepada Pengerusi PKR Perak itu dalam tempoh terdekat.

Mustaffa Kamil dalam ucapan penggulungannya, berkata beliau menerima kekalahan itu dan berikrar akan terus kekal bersama parti.

-- BERNAMA

Beribu-Ribu Rakyat Pulau Pinang Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Dr Lim

Posted: 28 Nov 2010 01:00 PM PST

GEORGE TOWN, 28 Nov (Bernama) -- Tun Dr Lim Chong Eu, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang meninggal dunia pada Rabu lepas, diberi penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung di sini.

Kira-kira 5,000 orang daripada segenap lapisan masyarakat berada di perkarangan Dewan Seri Pinang seawal pukul 9 pagi bagi melihat mendiang Dr Lim buat kali terakahir.

Mendiang yang diberi penghormatan negara, ditempatkan di dewan berkenaan sejak Jumaat lepas bagi membolehkan rakyat memberi penghormatan terakhir.

Antara orang kenamaan yang memberi penghormatan terakhir Ahad ialah Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beberapa menteri Kabinet serta pemimpin parti politik.

Turut memberi penghormatan ialah keluarga mendiang, persatuan-persatuan Hokkien Pulau Pinang, Malaysia Buddhist Association dan anggota gabungannya, anggota Exco kerajaan negeri dan wakil persatuan sebelum mayatnya dibawa ke tanah perkuburan.

Selepas orang kenamaan dan anggota keluarga memberi penghormatan terakhir, mendiang Dr Lim diarak dari Dewan Seri Pinang pada pukul 11.30 pagi, dengan diiringi pasukan bendera dan gendang serta pasukan pancaragam dari Sekolah Penang Free dan Sekolah Menengah Persendirian Perempuan Cina Pulau Pinang.

Selain anggota keluarga dan sahabat mendiang, turut menyertai perarakan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Perarakan penuh penghormatan itu bermula dari Lebuh Light, Jalan Masjid Kapitan Keling, Jalan Kampung Kolam, Lebuh Carnavon serta Jalan Magazine, Jalan Datuk Keramat, Jalan Ayer Itam, Jalan Scotland dan berakhir di Jalan Batu Gantung.

Suasana sedih menyelubungi orang ramai yang berbaris di sepanjang jalan yang dilalui perarakan yang membawa keranda mendiang.

Setibanya di tanah perkuburan itu kira-kira 12.50 tengah hari, simbolik penghormatan terakhir kepada mendiang Dr Lim adalah penyerahan Jalur Gemilang oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada anak mendiang, Lim Chien Aun.

Upacara sembahyang diadakan sejurus kemudian, sebelum mayat mendiang Dr Lim dibakar pada pukul 1.15 tengah hari.

Abu mendiang akan ditanam di sebelah kubur bapanya di Batu Gantung dalam tempoh terdekat.

Dr Lim, 91, meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Bungah setelah hampir sebulan dirawat di Hospital Pulau Pinang akibat diserang angin ahmar.

Mendiang meninggalkan isteri, Toh Puan Goh Sing Yeng, dua anak lelaki iaitu Chien Aun, Chien Cheng serta dua anak perempuan Pao Lin dan Pao Yen.

Mendiang Dr Lim menjadi Ketua Menteri kedua Pulau Pinang selama 21 tahun dari Mei 1969 hingga Oktober 1990.

Beliau pernah menjadi Presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu dan menjawat jawatan Presiden parti Gerakan selama sembilan tahun mulai 1971.

Di bawah kepimpinannya, Gerakan menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1972.

Memanah Mungkin Digugurkan Daripada Program 'Road To London 2012' - Ahmad Shabery

Posted: 28 Nov 2010 11:00 AM PST

SEPANG, 28 Nov (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menimbangkan kemungkinan untuk menggugurkan acara sukan memanah daripada program 'Road To London 2012' berikutan pencapaian kurang memuaskan skuad memanah negara ketika beraksi pada Sukan SEA di Laos, Sukan Komanwel di New Delhi dan Sukan Asia di Guangzhou.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pertimbangan tersebut dibuat berikutan kegagalan skuad memanah membawa pulang sebarang pingat dari Guangzhou.

"Kita amat kecewa apabila acara yang disenaraikan dalam program 'Road To London 2012' gagal menunjukan pencapaian positif dan perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita ketika menyambut ketibaan ketua kontinjen negara Datuk Zolkples Embong dan atlet karate yang baru tiba dari Guangzhou, China.

Selain memanah, tiga lagi acara sukan yang berada di bawah program 'Road To London 2012' ialah badminton, berbasikal dan terjun.

Ahmad Shabery berkata selepas menerima laporan post mortem, kajian akan dibuat terhadap acara sukan yang mempunyai keupayaan menyumbang pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik 2012.

Beliau berkata KBS berkemungkinan besar akan memasukan sukan menembak bagi menggantikan sukan memanah ke dalam program 'Road To London 2012'.

Skuad menembak negara berjaya menunjukkan pencapaian positif di Guangzhou apabila berjaya membawa balik satu pingat gangsa menerusi Nur Suryani Mohamed Taibi dalam acara 10m Air Rifle Wanita.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap pencapaian buruk dan memalukan skuad olahraga negara yang gagal meraih sebarang pingat di Guangzhou.

"Bagi membaiki keadaan tersebut, kita akan melakukan rombakan besar kepada rancangan pembangunan atlet olahraga selepas menerima laporan post mortem," katanya.

Skuad olahraga negara gagal mempertahankan pingat perak yang diperoleh oleh Roslinda Samsu, empat tahun lepas menerusi acara lompat bergalah wanita dan Noraseela Monhd Khalid dalam acara lari berpagar 400m wanita.

Malaysia memperbaiki kedudukan pungutan pingat pada temasya kali ini dengan berada di tangga ke-10 di kalangan 45 negara dengan mengumpul sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa.

Sembilan pingat emas negara disumbang menerusi acara wushu (satu pingat emas), berbasikal (satu), boling (dua), karate (dua) dan skuasy (tiga).

Empat Terbunuh Selepas Kereta Dinaiki Langgar Lori Tunda Sebelum Dirempuh Bas

Posted: 28 Nov 2010 10:00 AM PST

JOHOR BAHARU, 28 Nov (Bernama) -- Empat pemuda terbunuh manakala dua lagi tercedera apabila kereta yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori tunda, sebelum ia dilanggar pula oleh sebuah bas ekspres dan sebuah lagi kereta di Kilometer 110 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Pagoh-Yong Peng, Sabtu.

Yang terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu ialah pemandu kereta, T. Sajeevan, 22, dan penumpang A.Manimaran, 17, Shamugam, 17 serta P.Sathiya, 17.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Adnan Azizon berkata mayat P.Sathiya hanya ditemui pada pukul 4.20 petang di sebuah sungai berhampiran dengan tempat kejadian.

Beliau berkata empat daripada penumpang kereta Proton Iswara itu tercampak keluar dalam kejadian tersebut, manakala dua lagi tersepit dalam kereta berkenaan.

Katanya selepas merempuh lori tunda, kereta itu terbabas dan melintangi jalan, sebelum ia dirempuh sebuah bas ekspres, dan kemudiannya dilanggar oleh sebuah lagi kereta.

Adnan berkata dua daripada penumpang kereta itu mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi semasa dalam perjalanan untuk dihantar ke Hospital Muar.

Katanya dua penumpang kereta itu yang cedera parah kini dirawat di Hospital Muar, manakala pemandu, penumpang bas ekspres serta kereta lain yang turut terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya kejadian berlaku semasa kereta itu sedang dalam perjalanan dari Simpang Renggam menghala arah Kuala Lumpur, ketika hujan lebat.

YTL Tidak Pernah Diberi Tugasan Menawarkan Siaran TV Berbayar Guna 700Mhz

Posted: 28 Nov 2010 09:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjelaskan bahawa tiada tugasan spektrum diberi kepada syarikat YTL Communications Sdn Bhd (YTL) untuk menawarkan siaran televisyen berbayar menggunakan 700Mhz sebagaimana yang dilaporkan beberapa media.

Dalam satu kenyataan di sini, SKMM berkata lesen operasi yang diberikan kepada YTL pada 30 Ogos lepas adalah lesen individu bagi 'content applications service provider' (CASP) untuk membekalkan perkhidmatan langganan perkhidmatan Internet Protocol Television (IPTV) menggunakan 2.3GHz WiMax milik syarikat berkenaan.

"SKMM ingin menegaskan sekali lagi bahawa tiada tugasan spektrum diberi kepada YTL dalam jalur spektrum 700MHz bagi siaran TV berbayar, jadi beberapa laporan dan komen berhubung pemberian spektrum itu adalah tidak tepat," menurutnya kenyataan itu.

Menurutnya beberapa media membuat laporan serta komen sejak beberapa bulan lepas kononnya spektrum 700Mhz akan diberikan kepada YTL bagi melaksanakan perkhidmatan televisyen hibrid yang dirancang hujung tahun depan, dan ia juga boleh digunakan untuk meluaskan perkhidmatan jalur lebarnya.

"SKMM juga ingin menjelaskan bahawa ia sedang mengkaji satu pelan perniagaan terperinci yang dikemukakan oleh YTL untuk pelaksanaan siaran tv digital berbayar, dan bukan perkhidmatan 4G mobile sebagaimana yang dilaporkan sesetengah media," menurutnya.

SKMM berkata di bawah Rancangan Spektrum Nasional Malaysia, jalur spektrum 700MHz hanya khusus kepada perkhidmatan penyiaran, dan bukannya bagi 'Long-Term Evolution' (LTE) atau perkhidmatan 4G mobile.

"Pemilikan semua jalur spektrum masih kekal dengan kerajaan Malaysia," menurut kenyataan itu.

Syed Husin tolak, Wan Azizah dicadang Canselor Unisel

Posted: 28 Nov 2010 08:00 AM PST

Jamilah Kamarudin dan Fazy Sahir

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Senator Dr Syed Husin Ali menolak cadangan supaya beliau dilantik sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel).

Cadangan itu sebelum ini disuarakan perwakilan Srikandi Farah Afzan Faridi dalam Kongres Nasional hari ini yang mahu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertimbangkannya kerana mendakwa ianya datang daripada pelajar Unisel sendiri.

"Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kepercayaan kepada saya selama lebih lapan tahun untuk sama-sama memimpin parti…bermacam pujian dan sanjungan yang tak perlu diberikan, saya tolak bulat-bulat cadangan srikandi yang suruh saya jadi canselor Unisel.

"Ada orang yang lebih layak iaitu presiden parti kita (Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail) saya ucapkan terima kasih kepada yang beri cadangan," katanya dalam ucapan sesi penggulungan hari ini.

Farah ketika sesi perbahasannya pagi tadi berkata cadangan itu hadir daripada pelajar-pelajar universiti terbabit.

Malah memandangkan Datin Seri Rosmah Mansor sudah meletakkan jawatan maka cadangan agar Syed Husin Ali sebagai calon canselor pula muncul ketika sesi perbahasan itu.

Syed Husin yang merupakan pemimpin vateran dalam parti itu berkata turut menekankan kepada anggota serta pimpinan agar tidak mengwujudkan perjuangan tanpa penindasan terhadap kaum.

"Cinta saya terhadap parti sudah memuncak..tak salah mana-mana kaum perjuangkan hak kaum masing-masing..saya salah perjuangan hak kaum untuk kepentingan segelintir pihak kaya. Maka perjuangkanlah hak kaum tanpa menindas hak kaum lain," katanya.

Bukan singkir, tapi disiplinkan, jelas Azmin

Posted: 28 Nov 2010 07:45 AM PST

Abdul Rahim Sabri

Timbalan Presiden PKR yang baru, Azmin Ali berkata beliau tidak pernah menyebut untuk menyingkirkan pihak tertentu selepas kongres PKR berakhir, seperti yang dilaporkan media.

"Ia bukan proses untuk witch hunting. Apa yang dibincangkan dalam kongres ini, yang berlegar di kalangan ahli parti adalah (bagi) memastikan kepimpinan baru ini mempunyai semangat untuk mendisplinkan pemimpin dan ahli.

"Ini adalah perkara penting untuk memastikan persediaan parti dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang," katanya selepas kongres parti itu berakhir lewat petang ini.

Pada 22 November lalu, media melaporkan, Azmin berikrar untuk membersihkan PKR daripada "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.

Bercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin - ketika itu masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR yang akan tamat hari ini.

Bercakap dalam sidang media di Dewan Sivik MBPJ - tempat kongres berlangsung - Azmin berkata, kepimpinan baru juga akan memastikan setiap aduan yang diberikan akan disiasat mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau yang juga ahli parlimen Gombak yakin kepimpinan baru yang dipilih akan memberikan komitmen dan kesetiaan mereka dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Sehubungan itu, mengulas pasukan baru Majlis Pimpinan Pusat PKR, Azmin mengharapkan sumbangan dan idea daripada naib presiden baru yang dipilih.

Sementara itu, beliau juga berkata akan mengadakan hubungan lebih erat dengan kumpulan lain dan penulis blog untuk memastikan kesedaran tentang hak rakyat dapat dibela.

Nik Aziz: Anwar Anugerah Tuhan Kepada Rakyat

Posted: 28 Nov 2010 07:30 AM PST

Nik Aziz juga akui Anwar pemimpin anugerah Tuhan

GUA MUSANG, 28 Nov — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyifatkan pemimpin seumpama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang menjadi teladan terbaik untuk rakyat dan "dianugerahkan oleh Tuhan."

"Anwar adalah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan kerana sanggup mengharungi pelbagai rintangan hidup," katanya (gambar).

Semalam, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dalam ucapannya pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh PKR, berkata Anwar adalah anugerah Tuhan bagi memimpin rakyat di negara ini.

"Apa yang tidak pernah dialami oleh Saudara Anwar? Ditangkap, di ISAkan, dipukul, disiksa, diaibkan dan dihumban ke penjara.

"Sejak merdeka, tidak pernah ada tokoh negara lain yang difitnah, dihina dan disiksa secara berterusan seperti yang dialami Saudara Anwar. Namun, beliau tetap gagah dan tabah meneruskan perjuangan bersama kita," katanya.

Wan Azizah bertanya apakah rahsia sebenar sehingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini.

"Jawapan saya adalah Saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat.

"Jika beliau insan biasa seperti kita, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlalu," kata beliau.

Nik Aziz berkata demikian selepas merasmikan pecah tanah tapak projek Bandar Utama Gua Musang, di sini hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS, yang memerintah Kelantan selama 20 tahun sejak 1990, tidak pernah menolak pembangunan dan sentiasa memberi keutamaan untuk faedah rakyat.

"Saya masih ingat semasa saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dahulu ada pelbagai pihak yang menuduh saya macam-macam.

"Antaranya pemerintahan kerajaan PAS bawah pimpinan saya tidak lama kerana tidak mampu melaksanakan projek pembangunan tetapi ketabahan itu berjaya memerintah Kelantan sampai sekarang," katanya.

Nik Aziz berkata antara usaha pembangunan ialah dengan melaksanakan projek pembinaan rumah Bandar Utama Gua Musang dan beliau yakin pembangunan itu hasil usahasama Kerajaan Negeri, Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dan Syarikat Bandar Utama Gua Musang Sdn Bhd, akan mampu menampung keperluan rumah yang meningkat.

Beliau berkata kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan dalam projek seumpama itu asalkan ia boleh membawa kemajuan serta faedah untuk seluruh rakyat di Kelantan.

The Malaysian Insider

Anwar janji tak akan abaikan Sabah, Sarawak

Posted: 28 Nov 2010 07:15 AM PST

Oleh Jamilah Kamarudin

PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa ahli PKR dari Sabah dan Sarawak akan diberikan jawatan dalam barisan pimpinan yang baru.

Ini kerana pengumuman pemilihan ahli pimpinan pusat yang baru jelas menunjukkan hanya dua wakil daripada Sabah yang mengisi jawatan untuk ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) manakala tiada langsung wakil Sarawak yang berjaya merebut sebarang jawatan MPP.

Dalam pemilihan itu, wakil Sabah Roland Chia Ming Shen memperoleh 7,095 undi manakala Christina Liew memperoleh 5,707 undi.

Berikutan itu, Anwar memberi jaminan pemimpin tertinggi akan mengadakan perbincangan dengan Biro Politik untuk menempatkan wakil Sabah dan Sarawak dalam barisan pimpinan.

"Perwakilan Sabah dan Sarawak tidak ada tapi jangan bimbang.. Kita akan pastikan perwakilan Sabah dan Sarawak akan terus kuat dalam parti.

"Kita beri jaminan mereka akan diberi tempat dalam pimpinan dan ini akan dibincangkan dalam Biro Politik dalam amsa terdekat," katanya semasa menyampaikan ucapan penutup Kongres Nasional PKR di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dalam ucapannya berkata isu memperkukuhkan parti di Sarawak adalah agendanya yang terpenting buat masa ini memandangkan pilihan raya negeri itu dijangka Mac tahun depan.

Beliau berkata pihaknya bersama barisan pimpinan yang baru akan merancang untuk turun ke Sarawak pada 14 Disember depan menyiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya negeri.

"Negeri pertama yang akan turun adalah negeri Sarawak. Kita akan atur proram dua minggu dalam bulan Disember untuk bantu Sarawak menyiapkan segala jentera bagi menghadapi pihan raya," katanya.

Beliau turut meletakkan keyakinan bahawa parti itu sudah pun bersedia kerana menganggap ahlinya sudah pun 'terlatih' semasa mengendalikan proses pemilihan peringkat cabang dan MPP sejak tiga bulan lalu.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua anggota parti yang memberi sokongan kepada saya untuk teruskan kepimpinan parti sebagai timbalan presiden yang baru.

"Saya bertekad dan berazam untuk bersama pemimpin meneruskan agenda reformasi ke Putrajaya berdasarkan empat prinsip iaitu keadilan untuk semua, kepedulian rakyat, keharmonian kaum serta ketinggian moral," katanya.

Umno Gagal Martabatkan Melayu – Anwar

Posted: 28 Nov 2010 07:00 AM PST

DPETALING JAYA, 28 Nov - Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno sebenarnya gagal mempertahankan hak orang-orang melayu disebalik keangkuhan mereka mendabik dada bahawa kononnya parti pejuang sejati memartabatkan kaum Melayu di negara ini.

Anwar menambah, Umno bersembunyi disebalik kegagalan mereka itu dengan cuba menakutkan rakyat bahawa Pakatan Rakyat dan PKR khususnya akan menyebabkan kedudukan mereka terhakis jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini.

"Dalam parlimen pada 2007 lalu, disebutkan bahawa lebih 600 ribu rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800.

Statistik kajiselidik pendapatan isi rumah yang dilakukan berkenaan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu…jadi bagaimanakah mereka (Umno) boleh mendabik dada mengangkat ketuanan melayu," katanya dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR ke 7, di Dewan Sivik MBPJ petang tadi.

Beliau turut menyelar Umno kerana masih gagal mempertahankan hak orang melayu walupun sudah diberi kepercayaan memerintah negara lebih 50 tahun.

Anwar turut menyeru barisan baru kepimpinan parti supaya berganding bahu dan bekerja keras bersama-sama ahli parti lain dalam merealisasikan usaha parti terbabit mahu mempertahankan hak keistimewaan Melayu.

Menurutnya, ahli parti perlu menyemai keikhlasan dalam memperjuangkan perjuangan parti dan bangkit menghadapi segala cabaran dan tentangan khususnya dari Umno.

"Saya melihat kongres kali ini lebih penting dari kongres sebelumnya..dengan barisan pimpinan baru yang dipilih serta cabaran serta serangan yang dihadapi sepanjang proses pemilihan ," katanya lagi.

Oleh itu, sambung beliau lagi kongres berkenaan adalah penting untuk membuka lebaran baru dalam memastikan usaha PKR dan Pakatan Rakyat mencapai kejayaan pada PRU- 13 kelak

Mustaffa Kamil Ayub kekal dalam KEADILAN

Posted: 28 Nov 2010 06:45 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Pengerusi Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN), Perak, Mustaffa Kamil Ayub, menjelaskan bahawa beliau tidak akan meninggalkan parti itu walaupun tewas dalam pemilihan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden.

Bekas Naib Presiden KEADILAN yang lantang menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap proses pemilihan parti itu, berkata, beliau telah diajak bekas pemimpin KEADILAN, Datuk Zaid Ibrahim untuk menyertai parti baru tetapi menolaknya kerana mahu
kekal dalam KEADILAN.

"Kalah menang perkara biasa. Saya pernah kalah dalam pemilihan sebelum ini tetapi saya tetap berjuang dalam KEADILAN. Saya muncul kerana mahu penambahbaikan… bukannya mahu desak Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur. Jangan salah faham, sebab saya hanya bersama Zaid kerana proses pemilihan.

"Saya mahu perbaiki proses pemilihan. Saya perlu suarakan suara akar umbi. Walaupun ia mungkin pahit, kita mahukan yang terbaik. Kita mahu KEADILAN menjadi model terbaik. Aduan bukan soal melemahkan parti," katanya pada sesi penggulungan di hari terakhir Kongres Tahunan Parti KEADILAN ke-7 di sini.

Mustaffa Kamil mengakui bekas naib presiden Mohamed Azmin Ali mempunyai kelebihan sehingga berjaya dipilih sebagai Timbalan Presiden yang baru bagi menggantikan Dr Syed Husin Ali yang tidak mempertahankan jawatan itu.

BERNAMA

Umno-BN jadikan media untuk serang parti lawan

Posted: 28 Nov 2010 06:23 AM PST

PETALING JAYA 28 Nov – Umno-Barisan Nasional (BN) ketandusan idea apabila menggunakan media seperti Utusan Malaysia dan TV3 menyerang Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) bertubi-tubi terutamanya terhadap Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Jerjak, Sim Tze Zin yang membidas tindakan tersebut berkata, Dr Wan Azizah sebagai seorang wanita berkaliber turut tidak terlepas daripada serangan Umno-BN yang secara membabi buta.

"Tindakan itu merendahkan kredibiliti politik ke satu tahap yang cukup memalukan yang tidak pernah kita tengok dalam sejarah Malaysia di mana taktik kotor itu digunakan terhadap sesebuah parti.

"Dulu mereka serang PAS dan DAP tetapi tidaklah sampai ke tahap begitu, sementara KEADILAN diserang secukup-cukup menggunakan media yang pro mereka," ujar beliau.

Sementara itu Adun Bukit Lanjan, yang juga merupakan Exco Selangor, Elizebeth Wong berkata, media pro Umno-BN menggunakan kesempatan ini bagi memburuk-burukkan KEADILAN.

Menurut beliau, apa yang dikemukakan pembahas-pembahas dalam sidang Kongres Nasional ke-7 KEADILAN hari ini masih lagi segar dan kukuh sehinggakan menyebabkan parti lawan gentar.
"Media parti lawan boleh tulis apa yang dia suka tetapi akhirnya anggota parti yang akan menerajui dan bukannya media massa.
Adun Teja, Chang Lih Kang pula berpendapat, liputan dan serangan media pro Umno-BN yang meluas itu membuktikan KEADILAN semakin relevan dan digeruni pihak lawan.

"Ini menunjukkan Umno-BN semakin takut dengan parti kita kerana tidak ada dalam sejarah yang mana mereka mengatakan parti kita parti nyamuk tetapi pada masa yang sama media mereka memberikan liputan yan meluas dalam arus perdana.

"Saya rasa ini satu petanda bahawa parti kita sangat digeruni oleh pihak Umno-BN," tegasnya di luar sidang dewan.

Selangorkini

Nurul Izzah: Rakyat bijak menilai pemimpin

Posted: 28 Nov 2010 04:35 AM PST

PETALING JAYA, 28 Nov - Naib presiden Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) yang baru, Nurul Izzah Anwar berkata, rakyat akan memilih parti yang bermaruah seandainya pemimpin jujur dan berjuang berdasarkan prinsip nilai murni yang tinggi dan bukan berdasarkan personaliti sahaja.

"Kita mesti membezakan antara personaliti dan prinsip yang dibawa personaliti.

"Hanya prinsip dan bukannya personaliti yang mesti diinstitusikan di dalam parti kita," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Kongres KEADILAN hari ini.

Katanya, KEADILAN bersedia mempelajari apa yang berlaku daripada proses pemilihan yang baru berlangsung melalui pelaksanaan langkah-langkah susulan yang dapat meleraikan keresahan anggota.

Menurutnya lagi, KEADILAN berkebolehan seandainya meremajakan dan menawarkan kepimpinan yang mahir, beramanah dan berpegang teguh kepada prinsip dan asas perjuangan parti.

Sementara rakan sejawatannya, Fuziah Salleh juga turut menggariskan tiga peringatan kepada anggota sebelum yang dikatakan bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tahun hadapan.

Beliau yang juga pengarah pilihan raya berkata, tersebut adalah mengarahkan jentera pilihan raya di negeri dan cabang mendaftar mengundi penyokong dan anggota sebelum 15 Disember ini.

"Kemudian membuat analisa di kawasan masing-masing, kerana pilihan raya adalah (melibatkan) angka. Ketiga, siapkan jentera pilihan raya di daerah mengundi.

"Insya-Allah, (kalau cukup tiga perkara) hujung tahun ini, boleh lah kita kata, kita boleh bersedia (dengan pilihan raya)… Kita harus bertindak," katanya yang juga ahli parlimen Kuantan.

Manakala timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman pula berkata, KEADILAN terus diserang kerana mempunyai kekuatan tersendiri dan dilihat sebagai parti masa depan.

Selain itu, katanya, mereka juga menyerang ketua umum KEADILAN dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia di bawah Pakatan Rakyat (Pakatan).

"Siapa sangka DAP boleh membawa bendera PAS, dan penyokong PAS membalut (diri mereka) dengan bendera DAP. Ini yang menakutkan mereka," katanya.

Manakala Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula berkata, perjuangan KEADILAN adalah hasil daripada perjuangan rakyat yang tertindas.
-Malaysiakini-

Ucapan oleh Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah di Konvensyen Biasa DAP Selangor

Posted: 28 Nov 2010 03:00 AM PST

Ucapan oleh Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah di Konvensyen Biasa DAP Selangor pada hari Ahad, 28hb November 2010:

Ucapan di Konvensyen Biasa DAP Selangor

Selamat datang ke Konvensyen Biasa DAP Selangor yang ke 16. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Lim Kit Siang kerana sudi datang untuk merasmikan Konvensyen Biasa pagi ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan terima kasih kepada wakil-wakil daripada komponen parti Pakatan Rakyat dan juga veteran-veteran DAP Selangor kerana menghadiri mesyuarat yang bermakna ini.

Dua setengah tahun yang lalu, DAP bersama dengan Pakatan Rakyat menubuh kerajaan baru di negeri Selangor. Kita telah merealisasikan penukaran kerajaan buat kali pertama di sejarah Selangor. Ini telah membawa harapan baru dan perubahan kepada rakyat di negeri ini.

DAP Selangor telah menjalankan pelbagai aktiviti dalam 2 setengah tahun ini, contohnya, Kempen Pendaftaran Pengundi Baru. Mengikut statistik, DAP Selangor telah mendaftar sebanyak 7,831 pengundi baru di Selangor dari bulan Januari hingga ke Jun tahun ini.

Ia diikuti oleh UMNO 6,014 orang dan PAS 4,516 orang. DAP Selangor masih mengatasi semua parti politik di Selangor dalam pendaftaran pengundi baru. Syabas diucapkan kepada saudara dan saudari yang terlibat.

Selain itu, kursus pendidikan politik, mesyuarat bulanan ahli-ahli majlis juga diadakan untuk meningkatkan pengetahuan politik dan komunikasi di antara ahli parti.

DAP Selangor juga mencapai perkembangan yang baik di dalam organisasi parti. Untuk makluman saudara dan saudari, sebelum Mac 8 2008, kita hanya menpunyai 40 buah cawangan di Selangor.

Tetapi sampai hari ini, kita telah mencapai ke 184 buah cawangan. Bilangan ahli di Selangor juga bertambah daripada 6000 orang hingga ke 18,000 orang, iaitu itu pertambahan sebanyak 12,000 orang ahli baru atau 3 kali ganda!

Saya ingin bagi satu contoh. Sebelum Mac 8 2008, kita hanya terdapat satu cawangan sahaja di kawasan Hulu Selangor, iaitu Cawangan Kerling. Tetapi hari ini, kita telah menpunyai 8 cawangan di Hulu Selangor!

Pada masa yang sama, Barisan Nasional menang kerusi DUN Kuala Kubu Baru dengan majoriti 448 undi di dalam pilihanraya umun yang lalu. Tetapi dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Pakatan Rakyat dapat mengutip majoriti sebanyak 2,030 undi di kerusi DUN Kuala Kubu Baru. Di kawasan Rasa, 80 peratus pengundi kaum Cina telah menyokong Pakatan Rakyat, ini merupakan satu rekod sejarah!

Ini jelas menyatakan bahawa jika kita bekerjasama dan bersatu padu, rakyat akan memberi sokongan yang kuat kepada kita.

Dalam pemilihan parti kali, kita dapati bahawa ada segelintir ahli parti menggunakan cara yang kotor untuk menyerang peminpin kita. Ini merupakan satu persaingan yang tidak sihat.

Mereka membuat tuduhan dan mengatakan bahawa hampir semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Negeri dalam dua tahun ini adalah salah.

Saya mahu tanya mereka, terutamanya mereka yang mendapat jawatan di dalam kerajaan, tak kira jawatan tinggi ataupun rendah, tak kira dia Exco atau ahli majlis, tak kira dia Speaker atau ketua kampung, adakah keputusan lantikan parti ini adalah salah?

Ada orang juga kata, mereka mahu membuat rombakan ke atas Jawatankuasa Negeri, terutamanya wakil-wakil rakyat. Kenyataan ini amat dikesali dan memecah-belahkan parti kita.

Saudara dan saudari sekalian, kita mesti bersiap sedia untuk menghadapi piliharaya umun yang akan datang. Kita hanya dapat kemenangan jikalau kita semua satu hati dan bersatu padu. Perpatah Melayu berkata, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Kita semua perlu faham, fikiran pengundi telah berubah. Mereka menpunyai fikiran sendiri dan boleh membuat keputusan dengan bijak. Oleh itu, tiada mana-mana satu parti boleh menang selama-lamanya dalam pilihanraya yang akan datang.

Dulu kita menjadi pembangkang, kita meminta kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat. Tetapi sekarang sudah berubah, kita perlu betul-betul turun padang untuk menyelesaikan aduan rakyat. Jangan ingat kita boleh menanag melalui publisiti di dalam surat khabar sahaja.

Kita telah mengenalpasti kualiti perkhimatan di beberapa kawasan DUN DAP yang kurang memuaskan. Jikalau tiada apa-apa perubahan sebelum PRU yang akan datang, kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Kerjasama dan hubungan Pakatan Rakyat di Selangor juga akan memberi kesan ke atas keyakinan rakyat terhadap kita. Sebuah kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat yang stabil, akan menjadi salah satu elemen yang penting bagi kita untuk terus mentadbir di Selangor, ataupun menawan Putrajaya pada akhirnya.

Saya ingin menegas di sini, kedudukan tiga-tiga komponen parti di dalam Pakatan Rakyat adalah sama.Tak kira di peringkat negeri ataupun tempatan. DAP akan memegang prinsip parti untuk menjalankan tugas dan merealisasikan sebuah negara Malaysia yang saksama, demokrasi dan bebas.

Kerajaan Negeri Selangor bermula pada Jun 2008, telah mengadakan dasar air percuma sebanyak 20 meter padu. Ini telah membawa manfaat kepada rakyat di negeri ini.

Menurut perjanjian pengswastaan industri air Selangor yang ditandatangani oleh Syabas pada 2004, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dahulu menetapkan kenaikan tarif air dengan kadar 37 peratus pada 2009, 25 peratus pada 2012 dan 20 peratus lagi pada 2015. Ini merupakan satu perjanjian yang tidak adil.

Oleh kerana itu, kerajaan Pakatan Rakyat tidak membenarkan SYABAS untuk menaikan tariff air dan ingin membuat penstrukturan semula industri air di Selangor. Kita mesti menghentikan usaha kerajaan pusat yang mahu menyelamatkkan SYABAS dengan menyediakan "bailout".

Saya ingin menyeru kepada saudara dan saudari supaya berhimpun pada 5 Disember bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor.

Saudara saudari sekalian, Kita lihat pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional bukan sahaja mula melemparkan tuduhan liar terhadap pemimpin Pakatan Rakyat Selangor, malah memutar-belitkan fakta dan statistik Kerajaan Selangor.

Contoh yang paling nyata ialah pemimpin MCA menuduh Kerajaan Pakatan Negeri Selangor hanya memberi 12 daripada 4,000 biasiswa kepada pelajar kaum Cina, ia kemudian diikuti peminpin Pemuda MIC yang menuduh Kerajaan Pakatan Selangor hanya memberi 4 daripada 4,000 biasiswa kepada pelajar kaum India.

Tuduhan di atas adalah pembohongan yang besar. Sebenarnya, Kerajaan Pakatan Selangor tidak memberi biasiswa kepada pelajar kolej atau universiti, tetapi hanya memberi pinjaman pelajaran sahaja.

Kerajaan memang tidak menetapkan kuota berdasarkan kaum dalam pinjaman pelajaran ini.

Untuk makluman saudara-saudari, pada tahun ini, hanya terdapat 742 pelajar membuat permohonan pinjaman pelajaran Selangor. Di antaranya, 525 pelajar diberi tawaran pinjaman pelajaran selepas ditemuduga.

Kami memang sedar permohonan daripada pelajar kaum Cina dan kaum India terhadap pinjaman pelajaran Kerajaan Selangor adalah tidak menggalakkan selama ini.

Sebab itu, saudari Teresa Kok telah membuat publisiti dan pengumuman tentang pinjaman pelajaran Kerajaan Selangor ini dalam sidang akhbar bersama dengan exco pendidikan Dr Halimah, dengan tujuan untuk menggalakkan lebih pelajar di Selangor, khususnya pelajar kaum India dan Cina untuk memohon pinjaman pelajaran kerajaan Selangor yang tidak mengenakan kadar bunga ataupun "interest free loan".

Di sini, saya bagi pihak DAP Selangor ingin mengutuk perbuatan pemutar-belitan fakta dan statistik pinjaman pelajaran Selangor oleh MCA dan MIC dan menjadikannya sebagai isu perkauman, demi membangkitkan kebencian kaum Cina dan kaum India terhadap Kerajaan Pakatan Selangor.

Dengan ini, satu kali lain saya mengucapkan Selamat Datang ke Konvensyen Biasa DAP Selangor dan Selamat Bermesyuarat.

Sekian, terima kasih!

* Ean Yong Hian Wah, Pengerusi DAP Selangor

Konvensyen DAP Selangor ke-16 lulus tujuh resolusi

Posted: 28 Nov 2010 02:00 AM PST

PETALING JAYA, 28 Nov - Konvensyen DAP Selangor ke-16 hari ini meluluskan tujuh resolusi termasuk menggesa kerajaan pusat menerima tawaran kerajaan Selangor untuk mengambil alih empat syarikat air di negeri ini bagi mengurus perkhidmatan air secara lebih berkesan.

Empat syarikat itu ialah Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga), Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Konsortium Abass Sdn Bhd.

Parti itu juga meminta kerajaan Selangor membuat kajian mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mengambil langkah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian PBT dan agensi kerajaan negeri ini.

Resolusi itu meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis mengambil tindakan terhadap pegawai yang didapati menyalahgunakan kuasa dan menggunakan keganasan semasa menjalankan siasatan dan menyemai konsep hak asasi manusia di kalangan pegawai berkenaan.

DAP Selangor juga menggesa pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) pembangkang di semua peringkat di Selangor bersatu padu dan mengatur strategi untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ia turut menyeru kerajaan Selangor memperuntukkan tanah bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SRJK) di negeri ini bagi mengatasi kesesakan dan kekurangan kedua-dua jenis sekolah itu di sesetengah tempat di negeri ini.

Seramai 812 perwakilan daripada 1,016 anggota menghadiri konvensyen itu yang dirasmikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

-Bernama

Keputusan Pemilihan Barisan Kepimpinan KEADILAN

Posted: 28 Nov 2010 01:00 AM PST

PETALING JAYA, 28 Nov – Berikut adalah keputusan rasmi pemilihan barisan pucuk pimpinan Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) bagi tempoh 2010-2013.

Pengerusi Tetap:
Hishamuddin Ismail

Timbalan Pengerusi Tetap:
Abdul Aziz Jakim

Presiden :
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden:
Mohamed Azmin Ali

Naib Presiden:
1. Nurul Izzah Anwar
2. Tian Chua
3. Fuziah Salleh
4. Mansor Othman

Anggota Majlis Pimpinan Pusat :
1. Elizabeth Wong
2. Dr Badrul Amin Baharon
3. Hee Loy Sian
4. Khalid Jaafar
5. Johari Abdul
6. Abdul Rahman Yusof
7. Haniza Talha
8. Fariz Musa
9. Zakaria Abdul Hamid
10. Roland Chia Ming Shen
11. Siti Aishah Shaik Ismail
12. Ismail Yusop
13. Latheefa Koya
14. S. Kesavan
15. Shuhaimi Shafiei
16. M.R. Summugam
17. Yusmadi Yusoff
18. S. Manikumar
19. Mustafa Kamal Yusoff
20. Christina Liew

Keputusan diumumkan Pengerusi Tetap, Hishammudin Ismail pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan KEADILAN Ke-7 selama tiga hari di sini hari ini.

- Bernama

Cadangan lantik Dr Syed Husin sebagai Canselor Unisel

Posted: 28 Nov 2010 12:32 AM PST

PETALING JAYA, 28 Nov – Kerajaan negeri Selangor dicadang melantik Timbalan Presiden Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) Dr Syed Husin Ali, sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Wakil Srikandi, KEADILAN, Farah Afzan Faridi berkata, Syed Husin merupakan calon terbaik untuk jawatan Canselor Unisel dan memohon agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertimbangkan cadangan ini.

"Kita pasti Dr Syed Husin boleh menunaikan hasrat pelajar Unisel," katanya ketika membahaskan usul pendidikan pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan ke-7 di sini, hari ini.

Pada 20 Nov lepas, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan pengundurannya sebagai Canselor Unisel bagi memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui program Permata dan kemudian pengunduran itu diperkenankan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Perwakilan KEADILAN Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon pula mencadangkan agar Biro Pendidikan dan Latihan parti diperkemaskan lagi supaya segala dasar dan matlamat perjuangan parti dapat diperjelaskan secara jitu kepada anggota.

Beliau berkata, dengan masa yang ada, biro itu harus bersikap agresif memandangkan pemahaman jitu anggota terhadap dasar-dasar parti adalah satu perkara penting dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Sementara itu, perwakilan dari Johor, Abdul Shukor Ayob pula mencadangkan agar dunia akademik pelajar di universiti tidak dikekang dengan pengaruh politik.

- Bernama

PTPTN ganti dengan ‘Biasiswa Rakyat Malaysia’ – AMK

Posted: 27 Nov 2010 11:30 PM PST

PETALING JAYA, 28 Nov - Angkatan Muda KEADILAN (AMK) meminta kerajaan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) untuk digantikan dengan 'biasiswa rakyat Malaysia' bagi golongan mahasiswa.

Wakil AMK, Yusmadi Yusoff, menyifatkan pinjaman itu membebankan mahasiswa sedangkan pendidikan merupakan salah satu daripada hak asasi manusia.

"Hak pelajar daripada hasil mahsul negara bukan daripada tawar-menawar pak menteri, kerana hak pelajar (itu) adalah hak asasi manusia.

"Sehubungan itu, KEADILAN perlu mencadangkan (satu) biasiswa rakyat Malaysia," katanya ketika membahaskan usul pendidikan dalam Kongres KEADILAN di sini hari ini.

Yusmadi yang juga Ahli Parlimen, Balik Pulau, berkata, pinjaman itu menyebabkan mahasiswa dicop sebagai 'penghutang' selepas mereka tamat pengajian.

"(Apabila) tamat belajar, sudah ada cop dekat dahi, hutang RM15 ribu. Hendak kahwin, hutang lagi. Hendak berniaga, hutang lagi," katanya sambil disambut gelak ketawa para perwakilan.

Dalam perbahasan itu juga, beliau mencadangkan supaya timbalan presiden KEADILAN, Dr Syed Husin Ali menjadi ketua dalam bidang pendidikan dalam parti yang disifatkannya sebagai 'Universiti Masyarakat'.

"Didiklah kami, anak muda, kami akan lawan, lawan sampai ke Putrajaya," katanya sambil menambah ketokohan Dr Syed Husin dalam bidang akademik sudah terbukti sebelum ini.

Ahli perniagaan maut kemalangan jalan raya

Posted: 27 Nov 2010 11:00 PM PST

KAJANG, 28 Nov – Seorang usahawan dari Shah Alam dipercayai maut akibat serangan sakit jantung selepas terlibat dalam satu kemalangan di kawasan perumahan Kajang Utama dekat sini malam tadi.

Tan Shik Cin, 41, terbabit dalam kemalangan apabila kereta yang dipandu terjunam dalam longkang sedalam 20 meter , dipercayai terbabas, dan mati di tempat kejadian, menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supt Che Husin Omar kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata, Tan dipercayai meninggal dunia disebabkan serangan jantung, dan bukannya kerana kemalangan.

Ketika kejadian, Tan sedang memandu kereta Mercedes Benznya berseorangan, dan beliau dilaporkan hilang kawalan kereta yang dipandunya sewaktu menuruni bukit di kawasan tersebut pada pukul 8.30 malam tadi, katanya.

"Mangsa kemudian memasuki jalan bertentangan sebelum keretanya terjunam ke dalam longkang itu," kata Che Husin.

Beliau berkata mayat Tan kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat siasat.

- BERNAMA

PKR bergelumang dengan masalah, BN masih bergelumang dengan salah laku

Posted: 27 Nov 2010 10:30 PM PST

PKR sedang menghadapi dugaan besar dan ianya boleh dilihat dengan jelas semasa PKR mengadakan Persidangan Agungnya hari pertamanya semalam. Baik didalam atau diluar Dewan Persidangan keadaan tidak tenteram dilihat berlaku.

Diluar dewan sekumpulan ahli PKR menunjuk perasaan kerana tidak berpuas hati dengan cara pemilihan dikendalikan oleh jawatankuasa pemilihan parti dan ini tentunya lanjutan kepada keputusan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dari pertandingan jawatan Timbalan Pesiden PKR dan seterusnya meninggalkan parti itu.

Dalam keadaan kepincangan semasa persidangan agung tahunannya, persidangan itu telah mengambil ketetapan untuk memberikan sokongan padu kepada Anwar Ibrahim sebagai pemimpin de facto PKR. Walaupun ada cadangan dari Wanita PKR untuk dijadikan Anwar sebagai pemimpin de facto diwujudkan secara formal dan dimasukkan kedalam perlembagaan parti namun Wan Azizah, Presiden parti itu menolak usul itu kerana struktor kepimpinan yang ada adalah baik dan tidak perlu dipinda atau dianjak.

Hasil dari perbalahan yang berlaku didalam PKR ada pihak yang bertentangan dengan parti itu merasa gembira dan menganggapnya sebagai hikmah bagi mereka yang sedang berkuasa. Ada pihak mengambilnya sebagai proses 'elimination' dalam PKR dan yang tinggal itu adalah yang benar-benar setia sahaja yang akan bergerak dengan lebih cemerlang pada masa yang akan datang dan akan memberikan kekuatan kepada parti itu.

Apa pun pandangan dan persepsi siapa pun ianya tidak bermakna UMNO dan BN akan pasti mendapat 'advantage' dalam pilihanraya yang akan datang. Jika kepimpinan UMNO dan ahli-ahlinya merasakan ini akan pasti membawa kemenangan kepada BN ini merupakan satu pandangan dan persepsi yang amat salah.

Kalau diimbau kembali apa yang berlaku dalam pilihanraya yang lalu PKR semasa itu belum pun setabil malahan PKR menghadapi untuk mencari calun-calun untuk diturunkan bertanding. Itulah sebabnya ramai diantara ahli-ahli Lagislative samada diParlimen atau diDewan-Dewan Undangan negeri adalah dari mereka yang tidak mempunyai 'disposition' yang baik dan PKR wajar menggantikan mereka untuk menjamin penerimaan pengundi-pengundi.

Ramai penyandang yang ada mewakili PKR sekarang ini tidak akan mendapat kemenangan kali ini jika mereka tidak digantikan dengan calun-calun yang lebih baik dari mereka yang ada sekarang ini.

Jika PKR benar-benar serius untuk menjadi parti 'alternative' maka calun-calunnya mestilah dari mereka yang berwibawa dan mempunyai pembawaan peribadi yang baik dan dikenali oleh pengundi-pengundi tempatan. PKR mesti berani dan mempunyai kekuatan untuk berubah kerana sokongan yang diperolehi dalam pilihanraya yang akan tidak sama dengan sokongan yang didapati dalam pilihanraya yang lalu.

Jika PKR tidak berusaha untuk mencari calun-calun yang baik maka ianya akan mengalami apa yang dialami oleh UMNO. UMNO sedang menghadapi delima pemilihan calun-calun pilihanraya kerana memilih calun-calun dari kalangan pemimpin bahagian dalam mana mereka mendudukki barisan kepimpinan bahagian melalui proses pemilihan yang tidak legitimate.

Budaya 'patronizing' dalam UMNO menjadikan mereka yang tidak layak menjadi barisan kepimpinan banyak bahagian-bahagian diseluruh negara. Budaya ini juga agak jelas berlaku didalam PKR, tetapi tidak seburuk yang berlaku didalam UMNO kerana kaedah pemilihan secara 'direct' yang dilakukan dalam PKR sedikit sebanyak telah memilih mereka yang dikenali dan disukai dari kalangan mereka yang keluar mengundi.

Tetapi oleh kerana tidak ramai dari ahli keluar membuang undi dalam pemilihan parti kali pertamanya ini, maka pimpinan yang dipilih tidak lah begitu 'representative' kepada kehendak ramai.

Yang akan menjadi asas penghakiman dari rakyat ialah samada parti pemerintah bersedia untuk menjadi hamba kepada rakyat dan memberikan khidmat kepada mereka seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negara maju yang secara 'relative'nya lebih telus dan 'people friendly'.

Samada PKR dan PR mampu untuk menerima dugaan politik yang besar ini bukan menjadi hal sangat. Yang lebih penting ialah samada UMNO dan BN mampu berubah.

UMNO sebagai parti pemerintah masalah perhubungan diantara ahli-ahli, walaupun ada perpecahan tetapi kuasa yang ada pada UMNO itu boleh membendung perpecahan itu dari dilihat dan ditutupi dari pemerhatian rakyat.

Tetapi didalam pilihanraya keputusan mereka untuk mengundi hanya akan dibuat didalam bilik mengundi dan disanalah akan dinyatakan segala keluhan dan gulana mereka. Ahli UMNO tidak akan keluar parti tetapi mereka mempunyai keberangkalian membelakangkan partinya dalam bilek mengundi. Itu pun yang berlaku didalam pilihanraya yang lalu dimana hanya 2 juta ahli UMNO yang memberikan undi kepada parti mereka sedangkan ahli-ahli UMNO adalah seramai 3.2 juta orang.

Rakyat masih keliru dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan kerana semua peluang yang mega hanya diperolehi oleh segelintir kumpulan atau kroni yang hampir dan berkuasa dalam dunia korporat tanah air. Segala yang asas yang mampu dilakukan oleh GLCs dan badan-badan yang mempunyai kepenting Bumiputra dan rakyat keseluruhannya diberikan kepada syarikat besar-besar yang sama sejak pertengahan lapan puluhan dulu.

Yang terakhir kita telah mendengar bagaimana YTL telah diberikan 'head start' untuk mengendalikan 700 MHz spectrum. YTL diberikan contract untuk menyiapkan 'infrastructure' kepada projek mega ini. Kenapa 'infrastructure' ini tidak dilakukan oleh Telikom sendiri kerana YTL akan mengambil kesempatan untuk membohongi semua pihak yang kos 'infrastructure' itu hanya memakan kos tidak sampai RM 250 juta.

Jika Telikom tidak mahu membina kemudahan asas untuk 700 MHz ini kita ada Khazanah dan banyak lagi GLCs yang berkemampuan untuk menyediakan kemudahan asas ini dengan kos yang rendah. Kenapa YTL begitu istemewa dan kenapa pihak lain yang mempunyai pengetahuan tentang isu ini tidak diberikan kesempatan. Semua orang tahu YTL tidak mempunyai apa-apa pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini dan bidang ini bukanlah 'core' bisness bagi konglomerat istimewa ini. Yang hanya ada keada YTL ialah kepandaian menjual tenaga letrik kepada TNB dengan pembayaran diperolehi setiap minggu.

Kenapakah GLCs atau 'public companies by Guarantee ini tidak kembali kepada asas dan tujuan GLCs ini diwujudkan. Bukan tidak ada dasar yang ditetapkan oleh kerajaan lebih dari 3 dekad dahulu dalam penubuhan syarikat-syarikat kerajaan ini. Kenapa penggubal dasar dan pelaksana tidak mengikut dasar-dasar yang telah ditetapkan itu? Nampaknya GLCs yang ada pada hari ini hanya menonjolkan dan mebina ego dan glamour ketua-ketua eksekutif mereka sahaja. Segala dasar yang ada tidak diendahkan secara total.

Saya akan menulis tentang isu ini kerana ianya mempunayi elemen salahguna wang rakyat yang dilakukan secara terancang. Jika projek seperti ini terus diberikan kepada YTL untuk mengendalikannya maka kos kehidupan rakyat akan menjadi tinggi kerana kemudahan ini akan diguna pakai oleh semua lapisan rakyat tidak lama lagi.

Kos penyelengaraan ini harus dan wajar dilakukan oleh Telikom, PNB, Khazanah dan badan-badan yang berkepentingan orang Melayu agar ianya akan membolehkan rakyat membayar perkhidmatannya dengan lebih murah.

Kepada Najib, anda wajar diingati; yang akan menggunakan perkhidmatan ini adalah rakyat maka ini sepatutnya diberikan perhatian serius kerana kos kehidupan yang akan dialami oleh rakyat akan bertambah dengan begitu tinggi jika segala parcel projek ini diberikan kepada YTL untuk mengendalikannya.

Rakyat kena tahu isu ini sampai keakar umbi. MCMC wajar diperhatikan dengan teliti dan kita lihat samada badan ini mempunyai moral dan intergriti yang baik dalam isu ini.

Jika isu ini tidak mendapat jawapan yang memuaskan, ia akan memberikan kemampuan PKR untuk melalui dugaan yang mereka sedang hadapi kerana parti itulah yang akan menjadi pilihan untuk melakukan protest terhadap ketidak adilan pembahagian peluang yang ada dalam negara ini.

Rakyat jemu dengan tanggung jawab menjaga kepentingan parti yang memerintah, tetapi apabila berjaya yang memakan serta 'muntah kedarah' segala kekayaan negara diberikan kepada kumpulan manusia yang sama yang berkemampuan untuk membayar segala 'favors' yang mereka dapati itu dalam bentuk rasuah dan bermacam-macam lagi.

Rakyat dijadikan seperti kerbau disawah; membajak pagi hingga kepetang, tetapi yang kenyang hanyalah seekor dua tikus didalam kepuk padi.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2010/11/pkr-bergelumang-dengan-masalah-bn-masih.html

Walau apa pun serangan, saya tetap bertahan – Anwar

Posted: 27 Nov 2010 10:00 PM PST

PETALING JAYA, 28 Nov - Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang semalam diberikan kepercayaan agar terus kekal sebagai ketua umumnya berkata, walaupun diserang bertubi-tubi oleh Umno-Barisan Nasional (BN) akan tetap bertahan bagi memperjuangkan hak rakyat.

"Ramai kawan-kawan tanya sama ada saya rungsing dengan serangan yang dibuat Umno-BN, saya cakap jangan dengar.

"Apa yang penting adalah keyakinan saya terhadap parti," kata Penasihat Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) itu ketika berucap pada program khas bersama perwakilan Kongres Nasional KEADILAN di sini malam tadi, lapor The Malaysian Insider.

Anwar berkata, ahli dan kepimpinan parti perlu yakin terhadap perjuangan sekiranya mahu membawa perubahan.

"Kita kena ada keyakinan, kalau yakin akan perjuangan ini, baru kita boleh maju dengan kuat demi kepentingan dan kebebasan rakyat.

"Semuanya kena bermula dengan keyakinan, ini bukan gimik poltik, kita perlu buktikan komitmen bahawa kita ini adalah parti yang berbeza," kata Ketua Pembangkang ini.

Anwar berkata, sesiapa yang mahu menyertai parti itu terlebih dahulu perlu memahami asas perjuangan KEADILAN.

"KEADILAN adalah parti pejuangan, siapa yang nak masuk parti ini perlu faham agenda kita.

"Agenda parti adalah perjuangan dan keadilan yang selama ini menjadi tunggak kita. Kekuatan parti kita berbeza dengan Umno-BN.

"Dalam perjuangan, keyakinan itu mesti ada, selama ini kita diserang bertubi-tubi. Kenapa kita diserang? Kerana kita adalah parti yang memperjuangkan keadilan dan mahu membebaskan rakyat daripada cengkaman kezaliman Umno-BN," katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Umno-BN akan melakukan apa sahaja untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap parti itu.

"Umno menggunakan media untuk menyerang kita, kenapa? Kerana mereka mahu menghakis keyakinan kita terhadap parti, tetapi adakah mereka berjaya? Tidak…

"Bila saya minta seranglah saya sebanyak mungkin, mereka tidak berani kerana tiada keyakinan apa yang mereka boleh tunjukkan adalah kuasa.

"Jadi kita perlu yakin terhadap perjuangan parti, kita perlu yakin kepada perubahan untuk tegakkan keadilan untuk rakyat," katanya.

Minum Arak T'buka? Mana MBKB-BI?

Posted: 27 Nov 2010 08:36 PM PST

Ni aduan dari ramai peniaga di Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu tapi ditutup sebelah mata oleh pihak Majlis Bandaraya Kota Bharu. Untuk pengetahuan peniaga yang berbaju hijau kerap kali dengan selamba minum arak depan orang ramai. Mengikut aduan, botol2 arak ditinggalkan secara bersepah.

Manakala peniaga ni meniaga secara haram tanpa lesen, tapi ramai yang kecewa apabila pihak bandaraya tidak ambik apa-apa tindakan.

Apabila mabuk, peniaga ni dok buat onar dengan perkataan yang mencarut kepada orang perempuan yang lalu lalang, pihak bandaraya tidak ambil tindakan padahal banyak kali orang ramai buat aduan.

Ini sungguh malang kalau pihak yang berkenaan. Kalau tidak percaya, tolong turun dan tengok sendiri gelagat samseng gila ni yang berbaju hijau dan seluar pendek!

Umno Cari Makan dengan Slogan Ketuanan Melayu

Posted: 27 Nov 2010 08:00 PM PST

Gegak gempita pemimpin umno apabila Presedin Keadilan Rakyat menyatakan supaya slogan ketuanan Melayu dihapuskan. Bukan Azizah saja yang perasan, selama ini pemimpin umno dok buncitkan perut mereka dengan wang rakyat!

Ambik contoh, di Wakaf Bharu Kelantan, salah satu projek membuat jalan yang dianggarkan bernilai lebih kurang Rm 2 Juta diambil oleh bekas adun Umno sendiri. Khabarnya tender ni beliau dapat semasa jadi Yb dulu. Haha..sungguh hebat!

Sudah-sudah la puak umno dok jual slogan macam. Rakyat tidak mudah untuk di perbodohkan. Sebaliknya pemimpin umno sendiri yang diperbodohkan. Rakyat sudah celik dan muak dengan gelagat dan perangai yang hipokrit.

Sampai bila Melayu Umno nak perbodohkan rakyat. Melayu dipandang hina martabat disebabkan pemimpin umno itu sendiri. Ramai orang muda sudah sedar yang selama ini orang tua mereka di kampung ditipu oleh pemimpin umno.

Insya allah, golongan muda akan hapuskan umno dan bn pada pru-13 nanti.

Elok jika Pakatan Rakyat buat "post-mortem" sebelum PRU13

Posted: 27 Nov 2010 07:00 PM PST

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Selalunya hanya apabila kalah teruk dalam pilihan raya, barulah parti politik terbabit lebih bersedia untuk mendengar kritikan dan melakukan koreksi diri. Operasi bedah-siasat akan dijalankan bagi mencari punca kelemahan dan kealpaan. Selain menuding jari kepada tipu muslihat dan taktik kotor seteru politik, faktor dalaman turut mendapat perhatian.

Apabila PAS bersama Barisan Alternatif mengejutkan Umno dalam pilihan raya umum 1999, rasanya tiada siapa mendesak diadakan post-mortem. Masing-masing bergembira dan sibuk dengan kenduri kesyukuran.


Bagaimanapun sebaik sahaja BN di bawah teraju Abdullah Ahmad Badawi menang besar pada 2004 dan PAS secara tiba-tiba hilang penguasaan di Terengganu, maka secepat kilat ditubuhkan pasukan khas - bukan saja untuk menganalisis kekalahan tidak disangka itu - malah bagi menerima aduan tentang penyelewengan dan manipulasi pemerintah.

Tidak pasti pula apakah ada badan penyiasat bagi menganalisis kejayaan gemilang PAS-DAP-KeADILan, yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat, sehingga dapat menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan merangkul lima negeri dalam pilihan raya ke-12, hampir 30 bulan lalu? Mungkin ada yang beranggapan, tidak perlulah membazirkan tenaga, masa, sumber dan wang berbuat demikian.

Bagi saya, sama ada menghadapi kemenangan tidak terduga mahupun kekalahan tidak dijangka, post-mortem perlu dilakukan secara sistematik dan mendalam. Sokongan rakyat boleh datang mencurah, tetapi dalam pilihan raya berikutnya boleh ditarik balik tanpa didahului petanda awal.

Sesebuah parti atau calon bukan sahaja perlu mengetahui mengapa ditimpa kekalahan, tetapi harus juga meneliti punca sebenar kemenangan diraih. Apakah ia lebih difaktorkan oleh kelemahan musuh atau kekuatan sendiri? Dan punca kelemahan dan kekuatan itu mesti diperincikan dan diperdebatkan. Usah terpukau dan terleka dengan sindrom syok sendiri.

Dan jangan pula sebaik kalah, maka kritikan dan kecaman hanya dihalakan kepada pesaing, yang sudah semestinya sentiasa mencari jalan, termasuk melalui taktik paling kotor, bagi mengecewakan kita. Bukankah apabila begitu mudah ditipu dan disabotaj, apatah lagi dengan strategi musuh yang sama berulang kali, ia menandakan kita cukup naif dan tidak mengambil iktibar daripada "pertempuran" sebelumnya?

Kekalahan PAS di Galas tentulah memeritkan. Biarpun kawasan itu bukannya kubu tradisi parti Islam di Kelantan, sementalahan pula pengaruh Tengku Razaleigh Hamzah di sana agak dominan, namun mesej yang disampaikan pengundi perlu diberi perhatian khusus.

Kritikan pensyarah media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, yang juga pengasas Zentrum Future Studies Malaysia memang agak pedih untuk diterima, tetapi ia wajar direnung secara mendalam. Tegurannya mungkin boleh disangkal aktivis PAS terutama mereka yang bertungkus-lumus sepanjang kempen. Saya lebih gemar melihat sudut positif yang boleh dimanfaatkan.

Lagipun, kita hanya berdepan pilihan raya kecil, yang sebenarnya berfungsi untuk mendedahkan jentera parti dengan realiti di akar umbi. Kadang-kadang senario semasa amat berbeza dengan gambaran sewaktu pilihan raya umum akan datang. Lihat saja keputusan siri pilihan raya kecil terdahulu. Di Ijok, Abdul Khalid Ibrahim dimalukan secara terbuka melalui tayangan berulang kali di kaca tv mengenai ucapannya yang tersasul meminta pengundi menyokong BN dan beliau turut kalah.

Siapa sangka dalam pilihan raya umum tidak lama kemudian, beliau bukan saja menebus kekalahan tetapi diangkat sebagai Menteri Besar Selangor! Sebaliknya, PAS juga pernah merakamkan kemenangan manis merebut kerusi daripada Umno-BN dalam pilihan raya kecil di Dun Telok Pasu, Terengganu dan Parlimen Arau, Perlis, tetapi dalam pilihan raya umum selepas itu, kedua-dua calon PAS kalah di kerusi yang sama.

Dr Abu Hassan melihat bahawa, "onar yang tidak berkesudahan dalam Pakatan Rakyat, antara lain telah membuka ruang taktikal dan strategi dari aspek informasi, komunikasi dan media kepada BN untuk memanipulasi segala krisis dalaman itu sebagai sentimen kebencian melalui isu berpanjangan di media tradisi yang rata-rata masih menguasai pemikiran masyarakat luarbandar."

Dalam masa sama, tambahnya, "Pakatan belum mewujudkan pusat media profesional yang boleh mengatur sumber media secara lebih sistematik dan bertanggungjawab." Beliau turut menegur Pakatan yang tidak benar-benar memberi perhatian terhadap faktor kemiskinan luar bandar, sedangkan katanya, isu kemiskinan paling mudah digunakan sebagai strategi dalam politik moden. Pemilihan calon dan pengarah pilihan raya turut disinggungnya.

Bagaimanapun, meneliti sikap pengundi di Manek Urai sebelum itu, banyak pihak sejak awal telah meramalkan Galas merupakan medan cukup sukar buat PAS, apatah lagi pengundi Kelantan dikenali "bijak mengagihkan sokongan" dalam waktu kritikal. Mereka tahu apa yang boleh diperolehi daripada kerajaan negeri dan apa yang boleh dilengkapkan oleh kerajaan pusat.

Saya tertarik apabila ada pihak mengatakan, "lebih baik PAS kalah di Galas daripada terlepas Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang". Tidak kurang pula yang mengkritik sikap pemimpin tertentu di Kelantan yang dilihat seperti tidak begitu bersedia memberi ruang untuk "orang luar" membantu. Beberapa aksi dan kenyataan, yang boleh dikaitkan dengan politik wang, turut dilihat mengundang polemik yang membebankan. Kita mungkin ada hujah tersendiri bagi membenarkan tindakan itu tetapi bagaimana dengan persepsi rakyat?

Seorang kolumnis pernah menyimpulkan, rakyat memenangkan BN dengan majoriti besar pada 2004 kerana mereka mengundi "potensi" Perdana Menteri baru ketika itu, Abdullah. Tetapi dalam pilihan raya 2008, pengundi proaktif menghakimi "prestasi" beliau.

Rakyat mungkin mengundi Pakatan ketika itu disebabkan kebobrokan BN, tetapi menjelang pilihan raya akan datang, "keistimewaan" itu tiada lagi. Prestasi kedua-dua gabungan parti akan diteropong secara halus. Tiada jalan singkat untuk menang. Ia harus berdasarkan kekuatan sendiri dan bukannya kelemahan lawan.

Selepas melewati "babak pertama" dan mendekati tahun ketiga, iaitu memasuki zon persiapan pilihan raya umum ke-13, alangkah baiknya jika Pakatan dapat melakukan post-mortem di atas prestasi empat kerajaan negeri dan rekod kerja ahli-ahli Parlimenya. Ya, bukan hanya Galas perlu dibedah.

Umno selepas 1999 rancak meremajakan parti dan bersedia dengan taktik terselindung yang tidak terhidu. Sudah pasti selepas hampir hilang kuasa pada 2008, keupayaan BN tidak boleh diremehkan, khususnya selepas Najib Razak menggesa ahli Umno "sedia berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dan nyawa, walau apapun terjadi, Putrajaya mesti dipertahankan."

Tiada ulasan: