Ajijoi |
| POLITIK PERKAUMAN UMNO MENJAUHKAN ORANG MELAYU DARI DASAR PERJUANGAN ISLAM Posted: 27 Nov 2010 10:49 PM PST IPOH, 26 November, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, hari ini menyatakan bahawa UMNO cuba menipu orang Melayu dengan membangkitkan isu perpecahan Melayu yang kononya sedang berlaku di Perak. Menurut beliau, UMNO merasakan kononnya mereka sahajalah yang mengambil berat akan orang Melayu. Hakikatnya, PAS selama penubuhannya, telah sekian lama memperjuangkan kesatuan Melayu. Hanya bezanya ialah kesatuan yang diusahakan oleh PAS adalah berasaskan Islam sedangkan apa yang diusahakan oleh UMNO adalah berasaskan sentimen perkauman yang sempit. Beliau menyatakan lagi, bagi PAS dan mereka yang berjuang di atas dasar Islam, UMNO adalah punca perpecahan ummat Islam kerana UMNO membawa dasar selain dari Islam sebagai dasar perpaduan ummat Islam. UMNO membawa sebuah dasar yang bukan dari Islam dan dalam banyak segi, bercanggah dengan Islam. Memetik ucapan beliau, " Usaha PAS untuk menyatupadukan ummat Islam atas dasar Islam digagalkan UMNO melalui berbagai cara termasuk fitnah, penyelewengan maklumat dan tidak ketinggalan juga penggunaan ISA terhadap pimpinan PAS " " Ummat Islam ditakut-takutkan oleh media yang dikuasai UMNO dan dikelirukan dengan sengaja supaya menolak perpaduan yang diusahakan PAS. UMNO adalah punca mengapa ummat Islam tidak bersatu di atas dasar Islam " Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu lagi, UMNO sebenarnya gagal menyatupadukan orang Melayu atas dasar Melayu kerana PAS membawa persoalan agama ke dalam arena politik, satu tindakan yang ditolak UMNO. PAS memberitahu orang Melayu bahawa dasar "Melayu" yang mengharuskan rasuah, kezaliman, penyelewengan, penindasan, kronisma dan segala yang tercela "demi kepentingan Melayu", adalah sesuatu yang menyesatkan. Oleh itu sebahagian dari orang Melayu tidak bersama UMNO dan sebaliknya memilih untuk bersama PAS. UMNO memberitahu orang Melayu bahawa bangsa Melayu akan hilang kuasa politik sekiranya tidak bersatu di bawah payung mereka dan menakutkan orang Melayu dengan ramalan-ramalan seperti orang Melayu menggemis di Negara sendiri dan sebagainya. PAS memberitahu ummat Islam bahawa keadaan "lemah" mereka adalah hasil dari perjuangan "Melayu" yang diperalatkan segelintir elit Melayu untuk mengayakan diri mereka sendiri di atas nama semangat Melayu. PAS menyeru ummat Islam untuk kembali kepada Islam dan menolak dasar Melayu ini. Sekiranya tidak, maka pendekatan yang dibawa UMNO selama ini akan menyebabkan ummat Islam menjadi semakin lemah dan yang paling dikhuatiri sebagai ummat Islam ialah semakin dimurkai Allah, tegas beliau. |
| Gesa kerajaan Melaka henti diskriminasi PASTI Posted: 27 Nov 2010 10:34 PM PST Gesa Kerajaan Melaka henti diskriminasi PASTI Suatu ketika dahulu saya pernah mengikuti program tarbiah di sebuah Madrasah di Melaka. Madrasah tersebut juga dilengkapi dengan sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk pentarbiahan seawal 5 tahun bagi masyarakat sekitar kawasan madrasah berkenaan. Hebatnya kanak-kanak Pasti tersebut, mereka mampu membaca doa wehdah dengan cukup fasih, lantang dan bersemangat walaupun masih kecil. Doa yang dibaca oleh para sahabat Rasulullah dan para mujahidin Islam sejak zaman khulafa' Islam cukup meruntun jiwa kita jika berpeluang menyaksikannya. Saya yang tidak pernah berpeluang menjadi pelajar PASTI juga berasa ketinggalan mengenangkan betapa bersedianya mereka memikul tanggungjawab menjaga ummah pada umur yang akan datang. Pada pandangan saya, disebabkan itulah kerajaan negeri Melaka cukup 'jaki' dan anti terhadap PASTI di sana. Ya, generasi Al Quran yang diasuh melalui PASTI bakal menghumban jauh ideologi sekular dan kerosakan aqidah di sekuruh Melaka jika mereka terus menerima tarbiah berpanjangan selepas selamat berkonvokesyen di PASTI. Lihat sahaja nasib 4 PASTI (Bukit Rambai, Krubong, Ayer Keroh dan Teluk Mas pernah dihadapkan ke Mahkamah sejak 2003 lagi demi mengesahkan aktiviti perobohan insttusi mulia tersebut. Namun kerajaan gagal mendapat perintah merobohkannya pada 2009 kerana hakim memutuskan operasi PASTI berkenaan adalah SAH menurut undang-undang negeri. Bayangkan 3 hakim bertukar ganti, 23 kali kes berlegar di mahkamah semata-mata mencari keabsahan untuk merobohkan PASTI sebuah tadika Islam. Kini Pasti Jaya Ihsan Bukit Katil pula menjadi mangsa kerahan kerajaan negeri untuk dirobohkan atas nama Akta Pengambilan Tanah. Usaha menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bermula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat ahli PAS dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan pra sekolah kepada ABIM seawal tahun 1980 an. Maka lahirlah pusat- pusat pendidikan pra sekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) dan kemudiannya berdikari atas nama PASTI . Di Perak, para pemuda PAS perlu bersedia mempertahan institusi ini bersedia atas sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap PASTI di negeri ini. Justeru PASTI wajib dipertahankan oleh seluruh masyarakat Islam atas jasa dan kurikulumnya yang bercita tinggi untuk agama dan negara. Muhamad Nuruddin Bashah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng |
| You are subscribed to email updates from Ajijoi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan