DUNIACACAMARBA |
- Blogger Kupas "AC Mizal: Akta Jualan Langsung 1993 & Akta Pemberi Pinjam Wang 1951"
- Harga yang Perlu Dibayar AS untuk Menangguhkan Pembinaan Penempatan Yahudi Selama 90 Hari!
- [Kemas Kini] Zaid Ibrahim KELUAR PKR
| Blogger Kupas "AC Mizal: Akta Jualan Langsung 1993 & Akta Pemberi Pinjam Wang 1951" Posted: 14 Nov 2010 10:42 PM PST Tidak betul? Jawab bang! Saya petik: Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan mengenai syarikat AC Mizal yang tiada lesen jualan langsung. Read more Link Utusan Malaysia.Sumber artikel di sini. |
| Harga yang Perlu Dibayar AS untuk Menangguhkan Pembinaan Penempatan Yahudi Selama 90 Hari! Posted: 14 Nov 2010 09:01 PM PST Reuters melaporkan bahawa Israel akan dibekalkan dengan 20 jet pejuang Stealth oleh Amerika Syarikat. Selain itu, Amerika Syarikat juga berjanji untuk menentang segala ketetapan berbentuk kecaman yang diluluskan masyarakat antarabangsa terhadap negara Zionis itu. Kedua-dua tawaran tersebut dikemukakan oleh Rumah Putih kepada rejim Yahudi sekiranya negara haram itu menundakan pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat selama 90 hari. Wow! Perunding Palestin, Saeb Erakat menyelar tawaran berkenaan kerana tawaran itu hanya meliputi Tebing Barat, tidak di timur Baitulmaqdis yang dijajah rejim Yahudi itu. Bayangkan betapa besarnya pengaruh Yahudi di dunia ini. Jumlah mereka sedikit, namun mereka menguasai pentadbiran negara kuasa besar dunia. Biarlah seseiapa pun diletakkan sebagai Presiden AS, namun polisi berat sebelah terhadap Israel tetap dipertahankan. Siapa yang melawan bakal menerima padah. Silap-silap nyawa melayang seperti yang berlaku kepada JFK Kennedy yang dikatakan dibunuh kerana menganggu program nuklear Israel. Jika anda berpendapat Obama mampu memberikan keadilan kepada bangsa-bangsa lain di dunia, anda sebenarnya hanya bermimpi pada siang hari. |
| [Kemas Kini] Zaid Ibrahim KELUAR PKR Posted: 14 Nov 2010 04:39 PM PST Terdapat percanggahan maklumat tentang kedudukan Datuk Zaid Ibrahim dalam PKR yang disiarkan oleh The Star dan Bernama. Menurut The Star, Zahid telah membuat keputusan untuk keluar PKR, namun Bernama melaporkan bahawa Zaid tidak menolak akan keluar daripada parti itu dalam masa terdekat. Saya komen kemudian. Saya petik: [Bernama] KUALA LUMPUR, 15 Nov — Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim hari ini tidak menolak kemungkinan akan keluar daripada parti itu dalam masa terdekat. "Belum (keluar parti), mungkin tidak lama lagi," katanya menerusi SMS kepada Bernama, di sini. Laporan The Star boleh anda baca di sini. Kemas Kini: * Zaid sahkan diri berundur |
| You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan