Biaqpila |
- Zaid Sahkan Diri Berundur
- Keputusan Bolasepak Sukan Asia 2010 (15/11/10)
- Live: Malaysia vs Iran (Bolasepak Sukan Asia 2010)
- 53 Tahun Rompak Hasil Negara, Kini Umno-BN Minta Tolong Bank Dunia
- Bapa melampiaskan nafsu ke atas anak sendiri
- 'Haram' media di DUN Kedah tetap berjalan
| Posted: 15 Nov 2010 02:00 PM PST ![]() KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bekas ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan hari ini beliau akan meninggalkan parti itu. Teka-teki mengenai pengundurannya dari parti itu terjawab bila beliau membuat penjelasan menerusi blognya (http://www.zaiduntukrakyat.com). Dalam pos terbarunya Zaid berkata, pengundurannya dari parti akan dianggap selesai, sebaik saja beliau menyerahkan surat rasmi kepada sekretariat parti. "Saya merujuk kepada tajuk harian The Star hari ini. Adalah benar saya akan meninggalkan parti itu tetapi saya belum menyerahkan surat pengunduran rasmi dari parti. "Semuanya akan dijelaskan menerusi siaran akhbar Jumaat ini, 19 Nov, 2010," kata beliau. Akhbar itu melaporkan bahawa Zaid, yang telah menarik diri dari bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR, memutuskan untuk keluar parti, atas sebab beliau tidak dapat menerima perkembangan dalam parti itu akhir-akhir ini. Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan pada 8 Nov bahawa beliau menarik diri dari bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR dan meletakkan semua jawatannya dalam parti. Zaid berkata dalam blognya bahawa kepimpinan PKR tidak berusaha mengatasi manipulasi dan penyelewengan dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung walaupun isu berkenaan telah beberapa kali ditimbulkan. Sehari selepas pengumuman itu, Zaid mendesak penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan, kerana Zaid mendakwa kedua-dua mereka adalah punca segala masalah dalam parti. Zaid kini dipercayai berada di luar negara dan tidak dapat dihubungi untuk ulasan lanjut. -- BERNAMA |
| Keputusan Bolasepak Sukan Asia 2010 (15/11/10) Posted: 15 Nov 2010 04:58 AM PST |
| Live: Malaysia vs Iran (Bolasepak Sukan Asia 2010) Posted: 14 Nov 2010 11:59 PM PST |
| 53 Tahun Rompak Hasil Negara, Kini Umno-BN Minta Tolong Bank Dunia Posted: 14 Nov 2010 11:00 PM PST ![]() KUALA LUMPUR 15 Nov - Setelah Umno-Barisan Nasional gagal mengurus kewangan negara sehingga Malaysia mencatatkan hutang paling tinggi dalam sejarah, kini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa melutut kepada Bank Dunia untuk membantu mengurangkan defisit tertinggi dalam tempoh 22 tahun. Ketika ditemuramah agensi berita Bloomberg Jumaat lalu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan akan meminta bantuan daripada bank yang berpangkalan di Washington itu bagi menilai perbelanjaan kerajaan dari semua sudut termasuk cara-cara pemberian kontrak besar bagi mengelakkan perbaziran disebabkan tidak efisyen. Malaysia katanya turut berharap kajian tersebut akan meningkatkan kredibiliti kerajaan. "Kita mahu pihak ketiga sebagai penimbang tara," kata Ahmad Husni. "Laporan audit tahunan berhubung perbelanjaan agensi kerajaan menunjukkan "beberapa penemuan negatif dan kami berharap dengan penglibatan Bank Dunia, pada masa akan datang kita harap dapat melihat pencapaian yang lebih baik," katanya. Jurang fiskal yang bermula sejak krisis kewangan Asia lebih daripada sedekad lalu akan membantu meningkatkan kemungkinan mengangkat kedudukan kredit Malaysia, yang ketika ini di bawah China dan Taiwan. Keyakinan tinggi pelabur terhadap sistem kewangan negara di Asia Tenggara diharap dapat membantu usaha Najib untuk menarik pelaburan dan meremajakan ekonomi negara yang mungkin dikalahkan oleh jirannya, Singapura tahun ini. Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi lembab iaitu pada kadar 4.7 peratus dalam tempoh sedekad terakhir berbanding 7.2 peratus pada tahun 1990an, ketika mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membangunkan projek lebuhraya dan membina menara berkembar tertinggi di dunia. Menurut pelan lima tahun yang dibentangkan Najib Jun lalu, beliau bercadang untuk mengecilkan jurang tersebut melalui pemotongan subsidi, memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatani serta mengurangkan kos operasi yang akan menyebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkurangan sebanyak 2.8 peratus pada tahun 2015. Dalam pada itu, Kementerian Kewangan turut menjelaskan kesan daripada rancangan itu akan menyebabkan KDNK merudum daripada 5.6 peratus tahun ini kepada 5.4 peratus, tahun depan. Namun, Najib sehingga kini masih belum memperincikan rancangan pengurangan subsidi atau memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan ketika pembentangan Bajet 2011, 15 Oktober lalu. Sementara itu, pakar ekonomi dari Capital Economics yang berpengkalan di Singapura, Wisnu Varathan berkata para pengkritik mengatakan Malaysia terlalu memandang ringan berhubung isu langkah mengurangkan kos operasi. "Malaysia mahu menunjukkan bahawa usaha untuk mengurangkan bajet defisit akan ditangani segera dan sebab itulah mereka mencari bantuan dari suatu organisasi antarabangsa." Ahmad Husni turut memberitahu kerajaan sedang bekerjasama dengan perunding bagi mendapatkan semula pendapatan berjumlah RM5 bilion yang menurutnya gagal dipungut. Namun, beliau tidak pula menjelaskan bagaimana kerajaan akan mendapatkan dana tambahan yang diperlukan itu. SK |
| Bapa melampiaskan nafsu ke atas anak sendiri Posted: 14 Nov 2010 08:00 PM PST ![]() JOHOR BAHRU - Gara-gara melampiaskan nafsu ke atas anak sendiri, seorang petani dihukum penjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam. Hakim Salawati Djambari menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Jais Adon, 53, mengaku bersalah merogol anaknya yang berusia 16 tahun dan memerintahkan hukuman tersebut dijalankan bermula dari tarikh tangkapan dibuat iaitu pada 30 Oktober lalu. Salawati berkata, perlakuan seperti itu adalah sesuatu yang tidak seharusnya dilakukan oleh seorang bapa terhadap anak kandungnya sendiri dan perbuatan itu dianggap keji. "Ini adalah kesalahan yang paling keji. Sebagai seorang bapa, kamu seharusnya melindungi anak sendiri dan bukannya merogol dirinya. Anak kamu juga mungkin akan mengalami trauma sepanjang hayatnya," tegasnya. Tertuduh yang hadir memakai kemeja kotak-kotak dan berseluar khakis bagaimanapun tidak me�nunjukkan sebarang reaksi dan kelihatan tenang ketika hukuman itu dijatuhkan. Menurut fakta kes, mangsa membuat laporan polis pada pukul 12.15 pagi, 30 Oktober lalu mendakwa bahawa dirinya dirogol beberapa kali oleh bapanya sehingga pertengahan bulan lalu di rumah beralamat 1230, Jalan Bunga Dahlia, Kampung Separa, Kulaijaya. Mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk pemeriksaan lanjut dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami koyakan lama pada Hymen di beberapa kedudukan mengikut arah pusingan jam. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali. Ketika dibacakan pertuduhan, tertuduh terus me�ngaku bersalah dan merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan mengalami kecacatan di bahagian kaki selepas wmengalami kemalangan jalan raya baru-baru ini. Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Amira Sariaty Zainal memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh yang sanggup merogol anak sendiri selain pengajaran bagi masyarakat umum. SH |
| 'Haram' media di DUN Kedah tetap berjalan Posted: 14 Nov 2010 05:00 PM PST Beberapa organisasi media, termasuk Malaysiakini dilarang memasuki DUN Kedah bagi membuat liputan sesi belanjawannya yang bermula pagi ini. Menurut Muhamad Helmi Mohamad Khalid, setiausaha akhbar kepada menteri besar, larangan itu dibuat ekoran laporan negatif media terhadap banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini. Hanya pemberita daripada The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan agensi berita Bernama dibenarkan membuat liputan untuk perbahasan belanjawan selama tiga hari itu.Helmi pada 11 November mengeluarkan surat kepada ketua biro semua media cetak dan elektronik yang berpengkalan di Alor Setar. Ia antaranya merungut tentang liputan berita yang didakwa dimanipulasi sesetengah pihak terhadap kerajaan pimpinan PAS itu. Mohamad Yusoff Ahmad, pengawal keselamatan di luar bangunan DUN memberitahu, beliau tidak dapat memberikan kebenaran memasuki bangunan kepada sesiapa yang tidak termasuk dalam senarai yang dikeluarkan Hilmi."Saya hanya menjalankan tugas," katanya. Sementara itu, seorang pemberita RTM negeri Samat Majid kelihatan diiring keluar daripada bangunan selepas berjaya memasukinya sebelum itu. Petugas media berita harian Rahmat Othman, yang berkhidmat di kedah selama 16 tahun memberitahu perkara itu kali pertama berlaku. MK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Hanya pemberita daripada The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan agensi berita Bernama dibenarkan membuat liputan untuk perbahasan belanjawan selama tiga hari itu.
Mohamad Yusoff Ahmad, pengawal keselamatan di luar bangunan DUN memberitahu, beliau tidak dapat memberikan kebenaran memasuki bangunan kepada sesiapa yang tidak termasuk dalam senarai yang dikeluarkan Hilmi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan