Isnin, 29 November 2010

Dunia Berwarna Luna Version 2

Dunia Berwarna Luna Version 2


Projek GE-13: Menentang Perbelanjaan Negara Oleh UMNO !!

Posted: 29 Nov 2010 07:19 AM PST

Oleh: Al Fakhri

Sepertimana yang kita sedia maklum, Pembentangan Belanjawan Negara 2011 menunjukkan UMNO adalah golongan manusia yang boros, membebankan rakyat, mementingkan diri sendiri, putar belit, tidak pernah mahu mendengar, memungkiri janji, terlalu berkeyakinan, tidak prihatin, sombong, suka menunjuk-nunjuk, masih tetap dengan kronisma dan nepotisma, dan yang paling penting sekali, mempunyai ciri-ciri sepertimana telah tercatit secara berulang-ulang kali dari zaman berzaman di dalam sejarah peradaban manusia di mana ciri-ciri tersebut membawa kejatuhan sesebuah peradaban, baik sesebuah negara, bangsa atau agama.

Walaubagaimanapun, adalah tidak adil memberikan kata-kata sedemikian tanpa penjelasan.

Projek GE-13 akan cuba dengan sedaya upaya memperjelaskan kata-kata di atas kerana Perbelanjaan Besar Negara oleh UMNO sedang menambahkan lagi BEBANAN HUTANG NEGARA. Inilah sebab utama kenapa kita perlu BANGUN MENENTANG UMNO dan menewaskan UMNO secara mutlak di pilihanraya akan datang.

Bebanan Hutang Negara telah menjangkau pada angka RM 362.39 Billion pada tahun 2009. Saya tidak pasti kenapakah terdapat perbezaan besar di dalam laporan Bank Negara yang berakhir pada Jun 2010 berbanding dengan September 2010, namun, apabila Negara kita dibebani dengan Hutang Negara sebanyak RM 362.39 Billion, ini adalah suatu isu yang SANGAT BESAR. Ia AKAN memberikan bencana besar kepada Negara kita, kita dan juga generasi akan datang.

Para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO setakat ini sangat handal memutar-belitkan isu ini dengan mempertengahkan istilah-istilah, angka-angka dan statistic ekonomi yang seolah-olah menunjukkan Bebanan Hutang Negara bukan suatu masaalah yang besar. Pada masa yang sama juga, mereka UMNO ini telah mempergunakan isu ini untuk mengurangkan pemberian subsidi kepada rakyat dan menaikkan harga bahanapi.

Memandangkan Bebanan Hutang Negara adalah sebab utama kenapa kita perlu BANGUN MENENTANG UMNO dan menewaskan UMNO secara mutlak di pilihanraya akan datang, kita perlu mempersiapkan diri kita agar mudah kita memberi penerangan kepada para pengundi. Ini adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan sekiranya kita sendiri tidak memahami apa yang kita perlu terangkan.

Sepertimana POLITIK, ilmu EKONOMI adalah suatu ilmu yang SANGAT SUBJEKTIF. Malah, ilmu ekonomi adalah di antara ilmu yang mempunyai terlampau banyak aliran jika dibandingkan dengan pelbagai ilmu yang lain. Bagi mereka yang memahami perkara sebegini, mereka boleh dengan mudahnya mengambil kesempatan untuk kepentingan masing-masing tanpa menghiraukan kepentingan dan nasib orang lain.

Contohnya, sekiranya kita mengutarakan suatu persoalan ekonomi kepada 10 pakar ekonomi, kita boleh memperolehi 10 jawapan yang berbeza.

Walaubagaimanapun, seluruh ilmu yang ada di dalam alam dunia ini, mempunyai asas-asas masing-masing. Asas-asas inilah yang perlu kita gapai dan faham. Kita tidak sepatutnya membebankan para pengundi dengan ilmu yang terlalu mendalam, dengan istilah-istilah ganjil, dengan angka-angka detail, dan sebagainya. Cukuplah sekadar kita memahami asas-asas ilmu, permasalahannya dan akibatnya sekiranya permasaalahan tersebut tidak tangani. Yang penting, para pengundi didedahkan kepada masalah-masalah dihadapi, faham, setuju dan mengundi untuk menewaskan UMNO.


Di antara faktor kejayaan Barisan Rakyat dan Pakatan Rakyat di Perak dan Kedah pada pilihanraya lalu adalah usaha gigih golongan remaja yang pulang berkempen di kampong-kampong masing-masing. Selain dari usaha yang gigih, golongan ini telah memainkan peranan yang penting di dalam menyampaikan keadaan sebenar beberapa isu Negara dan menangkis hujah-hujah jentera pilihanraya UMNO dan Barisan Nasional.

Namun, UMNO dan Barisan Nasional telah mengesani faktor ini DAN mereka telah dan akan mengambil langkah-langkah yang sama agar golongan remaja lebih menyokongi mereka. Walaupun daftar pemilih pengundi-pengundi yang baru lebih memihak kepada Barisan Rakyat dan Pakatan Rakyat dari segi jumlah, kita tidak seharusnya terlalu yakin. Perlu diingatkan UMNO adalah sebuah parti politik yang sangat berpengalaman.

Persaingan di pilihanraya akan datang dijangka lebih sengit lagi. Sejak akhir-akhir ini, melalui media perdana kawalan UMNO, jelas UMNO sedang berusaha sedaya upaya dengan aktiviti-aktiviti pro-masyarakat dan rakyat di samping mengkelabui mata rakyat dari keadaan sebenar Negara terutamanya dalam isu Bebanan Hutang Negara. Barisan Rakyat tiada pilihan lain selain dari berkempen untuk menambahkan bilangan-bilangan pengundi-pengundi baru untuk menewaskan UMNO. Di samping itu, ILMU adalah perlu kerana itulah caranya kita dapat menyekat kemaraan jentera pilihanraya UMNO dari mempengaruhi orang-orang kampong terutamanya di Perak dan Kedah dan disamping cuba dengan sedaya upaya menawan negeri-negeri yang berpotensi seperti PERLIS, TERENGGANU, MELAKA, NEGERI SEMBILAN DAN PAHANG.

Sepertimana yang disebut di dalam tulisan yang lepas, para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO sangat handal di dalam memutarbelitkan isu BEBANAN HUTANG NEGARA ini dengan mempertengahkan istilah-istilah, angka-angka statistic, carta-carta dan lain-lain yang menunjukkan seolah-olah perkara ini bukanlah masalah yang besar. Perkara ini mudah dilakukan kerana Ilmu Ekonomi adalah suatu ilmu yang sangat SUBJEKTIF. Kita tiada pilihan melainkan mendalami ilmu ini sedalam yang mungkin kerana UMNO dijangka akan memutarbelitkan fakta ketika berkempen kelak.

Apabila kita mempelajari sesuatu ILMU, ada 2 perkara yang perlu kita faham:

a)      Segala ilmu yang wujud di dalam alam dunia ini mempunyai asas-asas masing-masing.
b)      Segala ilmu yang wujud di dalam alam dunia ini berkait diantara satu sama lain.

Walaupun ilmu ekonomi is subjektif dan pelbagaian aliran, asasnya tetap sama. Kaitan ekonomi dengan politik dan sosial juga sangat rapat malah antara perkara-perkara yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jadi ilmu ekonomi ini sangat penting.

PERSAMAAN PERAKAUNAN (ACCOUNTING EQUATION)

Selalunya, apabila seseorang baru nak belajar ilmu ekonomi ini, dia terus didedahkan kepada sesuatu yang subjektif seperti istihah-istilah, pendapat-pendapat dan sebagainya. Ini adalah perkara yang sangat malang. Sekiranya sesuatu itu boleh dikira dan diukur, ia adalah sesuatu yang lebih baik kerana hasil-hasil dari pengiraan memberikan fakta-fakta yang lebih kukuh.

Ilmu ekonomi ini berkait rapat dengan ilmu perakaunan. Sekiranya kita ke laman web Bank Negara, laporan-laporan yang diberilan adalah berdasarkan daripada fakta-fakta yang diambil dari pengiraan. Sekiranya kita meneliti laporan-laporan ini, ia sebenarnya adalah PERSAMAAN PERAKAUNAN.

Juga, ilmu ekonomi ini berlapis-lapis dari peringkat individu hinggalah ke peringkat Negara. Maka, ekonomi ini berkait rapat dengan kita sebagai individu dan kita sebagai Rakyat Malaysia dan Negara umumnya.

Masalahnya pula apabila ilmu ekonomi ini dimulakan dengan PERSAMAAN PERAKAUNAN, ramai orang-orang Melayu kita ini mungkin dah nak mula tawar hati. Ya, Projek GE-13 akan memberikan contoh-contoh pengiraan di dalam tulisan-tulisan akan datang TETAPI janganlah risau kerana kita akan bermula dari peringkat yang mudah maka janganlah merasa rendah diri sangat. Apa-apapun, tidak ada ilmu yang mudah dipelajari. Ini hukum alam.

Persamaan Perakaunan adalah FORMULA:

ASET (HARTA/ASSETS) = HUTANG (LIABILITI/LIABILITY) + EKUTI (EQUITY)

Itu formulanya.

Kita lebarkan lagi formula tersebut:

ASET TETAP + ASET SEMASA = HUTANG JANGKA MASA PENDEK + HUTANG JANGKA MASA PANJANG + SI PIUTANG + PENDAPATAN TERKUMPUL/UNTUNG TERKUMPUL (RETAINED EARNINGS) + MODAL

Setakat ini,

ASET dilebarkan kepada ASET TETAP + ASET SEMASA

HUTANG dilebarkan kepada HUTANG JANGKA MASA PENDEK + HUTANG JANGKA MASA PANJANG + SI PIUTANG

EKUITI dilebarkan kepada PENDAPATAN TERKUMPUL + MODAL

Kita lebarkan lagi formula tersebut:

Tanah dan Bangunan + Kerja di dalam pembinaan (Work-in-progress) + Barangan di dalam pemprosesan (Products-in-progress) + Kenderaan + Jentera dan Peralatan + Perabot dan lepakapn + Tunai di tangan dan di bank + stok/inventori + Si Berhutang (Debtors) = HUTANG JANGKA MASA PANJANG + HUTANG JANGKA MASA PENDEK + PENDAPATAN TERKUMPUL + MODAL

Kita telah melebarkan pulak:

ASET TETAP kepada Tanah dan Bangunan + Kerja di dalam pembinaan  + Barangan di dalam pemprosesan + Kenderaan + Jentera dan Peralatan + Perabot dan lepakapn

ASET SEMASA kepada Tunai di tangan dan di bank + stok/inventori + Si Berhutang

Bagaimana pula yang lain-lain?

Itu satu soalan yang bagus. Selain dari Aset Tetap dan Aset Semasa, ada lagi lain-lain jenis asset. Begitu juga ada lagi jenis-jenis liabiliti dan ekuiti. Juga, Pendapatan Terkumpul (Retained Earnings) adalah sesuatu yang diperolehi dari suatu formula perakaunan yang lain. Walaubagaimanapun, kita ingin bermula dengan sesuatu yang asas dan sesuatu yang penting yang kita perlu tahu setakat ini adalah PERSAMAAN PERAKAUNAN.

Formulanya:

ASET = LIABILITI + EKUITI
 
Sepertimana yang diterangkan di dalam tulisan yang lepas, segala ilmu yang wujud di dalam alam dunia ini mempunyai asas-asas masing-masing DAN segala ilmu yang wujud di dalam alam dunia ini berkait diantara satu sama lain. Sekiranya kita mempunyai asas-asas ilmu yang kukuh dan tahu membuat kaitan antara sesuatu ilmu dengan sesuatu ilmu yang lain, tidak mudah bagi para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO menipu daya kita melalui propaganda-propaganda, lakonan-lakonan, putar-putar belit dan sebagainya. Sekiranya kita berilmu dan tahu fungsi-fungsi sesuatu ilmu, kita dapat melihat fakta-fakta sebenar dan seterusnya membuat keputusan yang betul dan menghindarkan kita dengan keputusan-keputusan yang salah. Dari situ kita dapat meyakini bahawa kita perlu BANGUN MENENTANG UMNO. UMNO perlu ditewaskan secara mutlak dipilihanraya akan datang.

Falsafah Persamaan Perakaunan

Persamaan Perakaunan adalah suatu formula:

ASET = LIABILITI + EKUITI.

Formula ini boleh digunapakai sebagai asas Ilmu Ekonomi. Justeru itu, kita kaitkan ilmu ekonomi dengan ilmu perakaunan.

Apabila sesuatu persamaan dikaji, kita mengaitkan pula persamaan tersebut dengan ILMU MATEMATIK. Dengan itu, PERSAMAAN PERAKAUNAN adalah PERSAMAAN MATEMATIK.

Semua persamaan matematik, hukumnya begini:

Semua nilai pada persamaan sebelah kiri MESTILAH SAMA NILAINYA dengan semua nilai pada persamaan sebelah kanan. Sekiranya sesuatu nilai sebelah kiri itu tidak bersamaan dengan sesuatu nilai disebelah kanan, maka PERSAMAAN ITU SALAH atau TIDAK SEIMBANG.

Persamaan Perakaunan:

ASET = LIABILITI + EKUITI

Sekiranya ASET bernilai X, maka LIABILITI + EKUITI mestilah bernilai X.

Apabila kita mengkaji sesuatu persamaan untuk melihat keseimbangannya atau tiada keseimbangannya, ILMU MATEMATIK pula mempunyai kaitan dengan ILMU FALSAFAH. Dengan itu, setakat ini kita dapat melihat kaitan ilmu dengan ilmu di mana EKONOMI mempunyai kaitan dengan PERAKAUNAN yang mempunyai kaitan dengan MATEMATIK yang mempunyai kaitan dengan FALSAFAH.

Dari Ekonomi ke Falsafah

ASET = LIABILITI + EKUITI

Melihat kepada formula persamaan perakaunan di atas, sekiranya ASET bertambah, akan berlaku pertambahan kepada samada LIABILITI atau EKUITI atau kedua-duanya. Pertambahan ini perlu agar persamaan tersebut SEIMBANG.

Di dalam perakaunan, segala pertambahan ASET didebitkan DAN segala pertambahan LIABILITI dan EKUITI dikreditkan. Sebaliknya pula, segala pengurangan ASET dikreditkan DAN segala pengurangan LIABILITI dan EKUITI didebitkan. Pencarian KESEIMBANGAN ini menghasilkan proses CATITAN BERGU. Projek GE-13 akan menyentuh perihal CATITAN BERGU bersama-sama FALSAFAHnya yang sangat menarik.

Hari ini, Projek GE-13 nak menyentuh satu dari banyak falsafah-falsafah PERSAMAAN PERAKAUNAN.

Apa yang dilaung-laungkan oleh para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO dari dahulu sehinggalah sekarang adalah:

UNDI UMNO UNTUK PEMBANGUNAN!

Cewah :-) Hebat :-)

Ya, dari segi EKONOMI DAN PERAKAUNAN, PEMBANGUNAN adalah ASET, maka katalah 1 undi = 1 ASET

ASET = LIABILITI + EKUITI

1 = 0 + 0

Persamaan tersebut tidaklah seimbang maka kerana berlaku pertambahan ASET di sebelah kiri tetapi tiada pertambahan di sebelah kanan. Sesuatu perlu ditambahkan di sebelah kanan samada melalui LIABILITI atau HUTANG atau TANGUNGAN ATAU melalui EKUITI atau MODAL DAN KEUNTUNGAN TERKUMPUL.

Soalannya, dari mana datangnya HUTANG atau MODAL atau KEUNTUNGAN TERKUMPUL agar berlaku pertambahan di sebelah kanan?

Dari mana datangnya MODAL?

Fakta yang sebenarnya – MODAL adalah SUMBER NEGARA. Dengan itu:

UNDILAH UMNO UNTUK PEMBANGUNAN = UNDILAH UMNO AGAR SUMBER NEGARA DIGUNAPAKAI

Dari mana pula datangnya KEUNTUNGAN TERKUMPUL?

Fakta yang sebenarnya – KEUNTUNGAN TERKUMPUL adalah hasil jerih dan usaha RAKYAT MALAYSIA yang membayar CUKAI. Dengan itu:

UNDILAH UMNO UNTUK PEMBANGUNAN = UNDILAH UMNO AGAR RAKYAT MALAYSIA BERUSAHA DAN BERPRODUKTIF AGAR DAPAT MENAMPUNG PEMBANGUNAN DENGAN PEMBAYARAN CUKAI.

Dari mana pula datangnya HUTANG?

Fakta yang sebenarnya – HUTANG ADALAH DARI MEREKA YANG BERKEWANGAN. Dengan itu,

UNDILAH UMNO UNTUK PEMBANGUNAN = UNDILAH UMNO AGAR NEGARA BERTAMBAH DENGAN HUTANG.

Dengan itu, 1 undi untuk UMNO mestilah diseimbangi dengan pengunaan sumber Negara ATAU produktiviti RAKYAT MALAYSIA atau pertambahan HUTANG NEGARA :-) Sejak-sejak kebelakangan ini, jelas sangatlah bahawa UNDI UNTUK UMNO adalah KHAS UNTUK PENAMBAHAN HUTANG.

Walaubagaimanapun, falsafah-falsafah di atas masih belum jelas dan lengkap. Apabila kita berkata sesuatu yang tidak jelas dan lengkap, kita berbuat sesuatu yang tak adil. Dengan izin Tuhan, Projek GE-13 akan memberikan penerangan yang lebih lanjut lagi dan kita akan mengkaji lagi PERSAMAAN PERAKAUNAN dengan lebih luas dan mendalam.


Melalui Persamaan Perakaunan di atas, 1 UNDI untuk UMNO kini dengan jelasnya menambahkan Bebanan Hutang Negara kerana para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO gemar kepada perbelanjaan yang boros. Kelakuan sebegini meletakkan seluruh Rakyat Malaysia di dalam perhambaan kewangan yang mengerika.

Persamaan Perakaunan adalah:

ASET = LIABILITI + EKUITI

Apa Yang dilaung-laungkan oleh para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO dan dahulu sehingga sekarang adalah:

UNDI UMNO UNTUK PEMBANGUNAN boleh diringkaskan 1 Undi = 1 Pembangunan TETAPI melalui perbelanjaan deficit oleh UMNO maka,

1 Pembangunan = 1 Hutang

Memandangkan Persamaan Perakaunan memerlukan catitan bergu, segala penambahan aset perlu didebitkan manakala segala penambahan liabiliti dan ekuiti perlu dikreditkan. Sebaliknya, segala pengurangan asset perlu dikreditkan dan segala pengurangan liabiliti dan ekuiti perlu didebitkan.

Contoh:

UMNO melaksanakan 1 pembangunan melalui 1 hutang, maka catitan bergu adalah seperti berikut:

Debit Pembangunan 1 Nilai
Kredit Hutang 1 Nilai

Dari catitan bergu di atas, meskipun Negara menambahkan aset dengan penambahan pembangunan, pada masa yang sama, Negara menanggung tangungan hutang. Catitan bergu ini adalah pada Akaun Perakaunan Negara, bagaimana pula dengan Akaun Perakaunan pihak yang Negara kita berhutang? Catitan bergu pihak tersebut adalah:

Kredit Kewangan 1 Nilai
Debit Negara 1 Nilai

Dari catitan bergu di atas, Negara kita dijadikan ASET kepada Si Piutang kita dan inilah keadaan yang kita harus berwaspada.

Bebanan Hutang Negara adalah MASALAH YANG SANGAT SIRIUS

Para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO sentiasa mendakwa konon-kononnya mereka adalah penegak Islam dan pembela Bangsa. Samada benar atau tidak dakwaan mereka, melalui perlaksanaan merekalah yang perlu kita kaji.

Dari maklumat yang kita ketahui, Bebanan Hutang Negara sehingga tahun 2009 adalah berjumlah RM 362.39 Billion. Jumlah sebegini jelas menunjukkan mereka UMNO ini sebenarnya tidak sepertimana yang mereka propagandakan.

Bebanan Hutang Negara sebegini besar menunjukkan mereka UMNO melaksanakan sesuatu berlawanan dengan dakwaan mereka. Bukanlah sahaja mereka UMNO tidaklah Penegak Islam dan Pembela Bangsa, mereka UMNO sebenarnya memenjara seluruh Rakyat Malaysia melalui perhambaan dan pemenjaraan Kewangan.

Islam yang sebenarnya telah memberikan amaran demi amaran bahawa HUTANG adalah sesuatu yang PERLU DIELAKKAN SEBAIK YANG MUNGKIN. Malah umat Islam digalakkan agar sentiasa berdoa bukan sahaja dari melakukan dosa-dosa samada dosa-dosa kecil dan besar, umat Islam sentiasa digalakkan berdoa untuk tidak terikat ATAU dibebani dengan HUTANG.

Islam telah mengariskan dua(2) jenis SIFAT yang ada pada mereka yang BERHUTANG (di ambil dari Quran dan Hadith)

a)      Apabila mereka berkata mereka BERDUSTA
b)      Apabila mereka berjanji mereka MEMUNGKIRI

Malah banyak hadith-hadith mengambarkan TIDAK AKAN MASUK SYURGA BAGI MEREKA YANG BERHUTANG. Dengan itu, umat Islam digesa agar sentiasa berusaha untuk tidak meninggalkan dunia ini di dalam keadaan BERHUTANG.

Para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO adalah sejenis golongan manusia yang sepatutnya kita kagumi. Ini adalah kerana, mereka UMNO ini mempunyai sifat-sifat yang tidak ada pada seseorang manusia yang normal. Adakah mereka UMNO ini golongan manusia yang TIDAK NORMAL?

Apabila manusia yang normal BERHUTANG, dia resah, berhelah, rendah diri, memencilkan diri, berdalih, dan sebagainya TETAPI mereka UMNO ini sebaliknya. Mereka UMNO ini sombong, mendakwa mereka mempunyai kepimpinan yang baik, berkeupayaan membasmi kemiskinan, adil kepada seluruh masyarakat, boleh dipercayai, bertanggung-jawab, berdikari, dan segala-galanya dakwaan yang hebat-hebat belaka.

Projek GE-13 tanpa ragu-ragu meletakkan mereka UMNO ini jenis golongan yang TIDAK NORMAL.  Persamaan Perakaunan adalah asas kepada Ilmu Ekonomi yang perlu kita fahami dan setakat ini, dari sedikit contoh-contoh yang diberikan melalui Persamaan tersebut, kita dapati:

a)      UMNO tiadalah Penegak Islam dan pembela Bangsa sepertimana yang didakwa mereka.
b)      Para pemimpin ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO adalah segolongan manusia yang TIDAK NORMAL memandangkan sikap-sikap mereka yang memandang rendah pada isu Bebanan Hutang Negara.
c)      Mereka UMNO adalah golongan yang tidak boleh dipercayai kerana berpandukan kepada Quran dan Hadith, meraka yang gemar berhutang mempunyai dua sifat yang buruk iaitu (1) apabila mereka berkata, mereka berdusta (2) apabila mereka berjanji, mereka memungkiri.
d)      Persamaan Perakaunan menunjukkan Bebanan Hutang Negara memenjarakan Negara kita dan Rakyat Malaysia keseluruhannya melalui perhambaan kewangan.
e)      Sokongan untuk UMNO yang konon-kononnya untuk Pembangunan bermakna sokongan untuk UMNO terus dengan kelakuan mereka yang suka berhutang dan seterusnya menambah Bebanan Hutang Negara.

Walaubagaimana, para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO sangat handal di dalam memutar-belitkan isu hutang ini seolah-olah isu ini bukanlah masalah yang besar. Dengan izin Tuhan, Projek GE-13 akan menyenaraikan dalih-dalih mereka UMNO ini dan bagaimana melalui ILMU dan FAKTA, kita dapat menjelaskan betapa bahayanya dalih-dalih tersebut.

PENYATA PENDAPATAN/UNTUNG-RUGI

Persamaan Perakaunan adalah:

ASET = LIABILITI + EKUITI
ASET TETAP + ASET SEMASA = HUTANG JANGKA MASA PANJANG + HUTANG JANGKA MASA PENDEK + SI PIUTANG + KEUNTUNGAN TERKUMPUL + MODAL

Seperti yang diberitahu secara asas, KEUNTUNGAN TERKUMPUL (Retained Earnings) adalah suatu nilai yang diperolehi dari Persamaan yang lain. Persamaan tersebut adalah dari PENYATA PENDAPATAN/UNTUNG-RUGI

Contoh yang ringkas bagi Penyata Untung-Rugi bagi mereka yang berniaga adalah:

Jualan
(tolak) Perbelanjaan
(tolak) Kos Kewangan
(tolak) Cukai
Bersamaan Untung Bersih

Untung Bersih (Earnings) inilah yang akan dibawa untuk dikumpulkan bersama-sama Untung Bersih Yang Terkumpul (Retained Earnings) di Persamaan Perakaunan.

Secara falsafahnya, apakah UNTUNG BERSIH setelah seseorang pedagang bertungkus lumus dengan jualannya, ditambah pula pedagang tersebut terpaksa membuat beberapa perbelanjaan demi untuk melariskan jualannya, tidak cukup di situ, pedagang tersebut terpaksa membayar Kos Kewangan sekira beliau berpinjaman untuk menjalankan perniagaannya, malah sebagai pedagang yang baik, beliau juga membayar cukai?

Apakah sebenarnya UNTUNG BERSIH ini?

Untung Bersih adalah sesuatu yang SUKAR DIPEROLEHI.

Sama juga halnya bagi mereka-mereka yang mencari rezeki secara makan gaji. Apakah PENDAPATAN BERSIH? Ia adalah hasil kerja yang dilakukan melalui usaha dan daya untuk diperolehi.

Kini kita bergerak dari Persamaan Perakaunan ke Penyata Pendapatan. Yang penting dan asas setakat ini adalah memahami bagaimana UNTUNG BERSIH dan juga PENDAPATAN BERSIH diperolehi. Kita bergerak dengan asas dahulu sebelum kita ke falsafah PENYATA PENDAPATAN.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kita Rakyat Malaysia cuba memutarbelitkan perihal Menara Mega. Hakikatnya, tidak seperti para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO, Rakyat Malaysia menilai melalui fakta. Dan kamu … ya kamu, para pengarah lembaga PNB, apabila pentadbiran Negara dikembalikan kepada Rakyat, faham-fahamlah di mana kamu akan berada :-)


UNTUNG BERSIH dan PENDAPATAN BERSIH adalah hasil apabila segala perbelanjaan, cukai dan kos kewangan ditolak dari hasil jualan atau pendapatan kasar. Projek GE-13 hari ini mengketengahkan Kos Kewangan kerana ia sangat bersangkut paut dengan BEBANAN HUTANG NEGARA.

Kos Kewangan dikenali sebagai FAEDAH ATAU INTEREST ATAU FINANCIAL COST ATAU BUNGA ATAU RIBA. Ia adalah bayaran kewangan yang dikenakan ke atas sesuatu pinjaman oleh Si Pemimjam atau Si Piutang. Selalunya, lebih pendek jangkamasa pinjaman, semakin tinggi bayaran faedah dikenakan.

Katalah Negara kita dikenakan bayaran faedah sebanyak 2% setahun, berapakah nilai faedah yang dikenakan ke atas Bebanan Hutang Negara sebanyak RM 362 Billion?

Jawapan:

RM 362 Billion x 2% = RM 7,240,000,000 atau RM 7.24 Billion.

Ini adalah suatu jumlah yang SANGAT BESAR yang perlu dibayar oleh Negara kita dan kita Rakyat Malaysia kerana para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO sangat gemar kepada perbelanjaan yang boros dan perbelanjaan deficit. Kerana kelakuan mereka di dalam hal perbelanjaan, Negara kita dan Rakyat Malaysia membazirkan sesuatu ke atas suatu yang tidak wujud mahupun secara fizikal dan secara perkhidmatan. Pada masa yang sama jugak, para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO berdalih dengan alasan yang TIDAK MUNASABAH perihal pengurangan subsidi kepada Rakyat di mana peruntukkan subsidi sendiri adalah hasil dari pungutan cukai, pendapatan tak bercukai dan khazanah Negara BUKAN dari pinjaman hutang.

Ini adalah suatu malapetaka yang sangat besar tetapi malangnya, para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO sentiasa berjaya mengkelabui mata masyarakat perihal pembaziran Negara melalui kos faedah ini.

Kos Kewangan atau faedah ini adalah musuh utama kepada seluruh manusia malah di dalam semua sejarah peradaban manusia, IA adalah alat kekejaman yang digunakan oleh mereka yang kejam. Bagaimanakah pula Kos Kewangan boleh dikatakan sebagai alat kekejaman dan penindasan?

Katalah ekonomi sesebuah Negara bernilai RM 100 Billion dan ekonominya berkembang pada  kadar 3% setahun. Katalah Negara tersebut ditadbir oleh mereka yang berkelakuan seperti UMNO dimana untuk menjalankan kegiatan-kegiatan ekonomi, mereka amat suka dengan pinjaman. Katalah jumlah pinjaman adalah sebanyak RM 100 Billion dengan kadar faedah sebanyak 2% setahun.

Lihat apa yang berlaku:

Nilai Ekonomi Negara = RM 100 Billion.
Jumlah Pinjaman = RM 100 Billion
Kadar Pertumbuhan Ekonomi = 3%
Kadar Faedah = 2%

Kadar pertumbuhan ekonomi yang sebenarnya = 3% - 2% = 1%

Katalah konon-kononnya pentadbiran Negara tersebut berkehendakkan kepada kadar pertumbuhan ekonomi pada 5% untuk mancapai suatu WAWASAN yang menempatkan Negara tersebut sabagai Negara Terbangun (Developed Nation), apakah yang berlaku kepada nilai ekonomi Negara tersebut?

Nilai Ekonomi Negara = RM 100 Billion
Untuk Pertumbuhan Ekonomi Sebenar = 3%
Nilai Pertumbuhan Ekonomi Sebenar = RM 3 Billion.

Dengan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 5% berlawanan dengan kadar pertumbuhan ekonomi sebenar sebanyak 3%, Negara tersebut terpaksa menghauskan penggunaan ekonomi tambahan sebanyak RM 4 Billion atau 4% kerana untuk mencapai kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 5%, Negara tersebut perlu mengeluarkan produktiviti ekonomi sebanyak RM 7 Billion:

Kadar pertumbuhuan ekonomi sebenar + Kadar penggunaan ekonomi tambahan – Kadar faedah = Kadar pertumbuhan ekonomi
= 3% + 4% - 2% = 5%

Apa yang berlaku kepada nilai ekonomi Negara tersebut?

Nilai Ekonomi Negara + Nilai Pertumbuhan Ekonomi Sebenar – Nilai Pertambahan Penggunaan Ekonomi
= RM 100 Billion + RM 3 Billion – RM 4 Billion = RM 99 Billion

Nilai Ekonomi Sebenar tersebut susut pada RM 99 Billion dari RM 100 Billion!!!

Apakah yang berlaku kepada rakyat nagara tersebut?

Pemberian subsidi dikurangkan, cukai dinaikkan, harga bahan api dinaikkan, kos sara hidup meningkat, kos barangan meningkat dan lain-lain.


Sesungguhnya para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO sangat handal di dalam memberikan dalih-dalih perihal Bebanan Hutang Negara. Di samping mereka UMNO ini dengan dalih-dalih mereka, mereka mendakwa konon-kononnya mereka pro-aktif, penyayang, adil kepada masyarakat dan sebagainya. Kita pengundi-pengundi Melayu yang tiada keanggotaan di dalam mana-mana parti-parti politik dan tidak memihak kepada UMNO sememangnya menilai dakwaan-dakwaan UMNO ini melalui perlaksanaan mereka. Apakah mereka golongan manusia yang penyayang dan sebagainya?

Sekiranya Bebanan Hutang Negara ini dibahagikan sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia, setiap warga memikul hutang sebanyak RM 14,000. Tetapi mereka UMNO ini mendakwa bahawa mereka adalah golongan manusia yang penyayang. Apabila seorang bayi warga Malaysia dilahirkan dengan memikul bebanan hutang sedemikian, dakwaan mereka UMNO ini meleset sama sekali malah terbalik. Selagi Negara menghadapi bebanan hutang sebegini, selagi itulah mereka UMNO tidak boleh mendakwa diri mereka sebagai golongan manusia penyayang. Jelas, bukan sahaja mereka UMNO ini bukanlah penyayang seperti didakwa, mereka adalah sejenis golongan manusia yang suka menganiaya orang-orang lain. Bukan sebarang orang mereka UMNO ini menganiaya. Mereka menganiaya bayi-bayi, anak-anak kecil, kanak-kanak yang akan membesar dengan Bebanan Hutang Negara akibat kelakuan mereka UMNO yang boros.

Tak perlulah kamu UMNO berwajah manis, berlakon, menunjukkan gambar-gambar keluarga yang konon-kononnya bahagia dan gembira. Ketika berkempen, mendukung dan mencium bayi-bayi dan anak-anak kecil. Bukanlah kami tidak tahu manusia jenis apakah kamu UMNO ini.

Para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO berdalih pula dengan alasan bahawa lebih 90% hutang Negara adalah hutang domestic. Selagi hutang Negara kebanyakkannya domestic, selagi itulah kita tidak perlu risau tentang ancaman luaran atau kita tidak boleh dicengkam oleh ancaman luar.

Mereka UMNO ini berdalih lagi, sekiranya Negara tidak sanggup berhutang, selagi itulah Kerajaan tidak dapat menjalankan pelaburan di dalam pembangunan. Tiada pelaburan di dalam pembangunan boleh memalapkan kehidupan di masa hadapan. Tiada jalanraya-jalanraya, sekolah-sekolah, hospital-hospital dan sebagainya akan secara jangka masa panjang, menyusahkan rakyat.

Inilah masalahnya dengan mereka UMNO ini. Mereka UMNO ini TERLAMPAU PANDAI. Mereka UMNO ini terlampau pandai sehingga mereka tidak sedar bahawa mereka UMNO ini sebenarnya TERLAMPAU BANGGANG! (Knowing Too Much Is Dumb).

Apabila sesuatu peruntukkan diberikan untuk pembangunan yang berbentuk pelaburan jangka panjang, kenapakah Rakyat Malaysia perlu membayar sekurang-kurangnya dua kali? Kali pertama, Rakyat Malaysia perlu membayar untuk pembangunan tersebut (wang kerajaan adalah wang rakyat!). Katalah kerajaan membina sebuah lebuhraya. Kenapa pula Rakyat Malaysia perlu membayar kali kedua dengan bayaran tol? Bukankah pembinaan lebuhraya tersebut dibiayai melalui peruntukkan? Ada kalanya pula, Rakyat Malaysia terpaksa membayar kali ketiga apabila sesebuah prasarana yang dibina oleh rakyat, kemudian diserahkan kepada swasta dengan bayaran dikenakan kepada Rakyat seterusnya diambilalih pula oleh kerajaan (iaitu rakyat):

a)      kali pertama bina prasarana
b)      kali kedua membayar perkhidmatan
c)      kali ketiga mengambilalih operasi swasta

Sekiranya rakyat perlu membayar untuk menanggong penyenggaraan sesuatu prasarana, kenapakah bayarannya terlalu tinggi? Apakah rakyat membayar kos kewangan kerana pembiayaan pembangunan adalah melalui hutang? Kenapa pula perlu diberikan kepada pihak swasta sedangkan peruntukkan sesuatu pembangunan sudah ditentukan? Adakah kerana dasar penswastaan Negara yang penuh dengan isu-isu menarik?

Sesuatu kerajaan tidak perlu melibatkan diri secara langsung di dalam pembangunan ekonomi. Itulah cara yang terbaik perihal Dasar Penswastaan. Walaupun benar Bebanan Hutang Negara lebih 90%nya adalah domestic, apabila kerajaan melibatkan diri di dalam ekonomi bermakna sumber kewangan yang adalah bagaikan dikhususkan kepada kerajaan. Fakta yang sebenarnya, pihak swasta sepatutnya memainkan peranan yang lebih di dalam soal pembangunan ekonomi.

Katalah sumber kewangan yang ada sebanyak RM 100 Billion yang boleh dialihkan sebagai sumber modal. Apabila sesebuah kerajaan melibatkan diri di dalam pembangunan ekonomi, sumber ini dikhususkan kepada pihak kerajaan. Apa pula nasib pihak swasta yang terdiri dari golongan Rakyat biasa yang juga memerlukan kepada sumber modal? Selamanya mengharapkan kepada Ah Long?

Marilah kita BANGUN MENENTANG UMNO. UMNO perlu ditewaskan di pilihanraya akan datang!! Titik!!

Tiada ulasan: