Anak Cucu Nabi Adam |
- Pakatan Politik Freemason di Malaysia
- Calon kalah akan diberi jawatan sesuai dalam PKR
- Azmin memang rapat dengan Anwar
- Teresa dipilih pengerusi DAP Selangor
- Pasukan Teresa menang
- Malaysia tak perlu menara 100 tingkat sekarang
- Gerakkan rizab Malaysia yang besar
- PAS buat laporan polis banner palsu
- PR Perlu Bezakan Kawan Dan Lawan
- Melayu perolehi 70 peratus kontrak kerajaan P Pinang
- Pahang akan muflis?
- Umno punca masalah di Malaysia
- 'Melayu' mana gadaikan bangsa sendiri?
- Pertahan keyakinan rakyat
- Sembang ketuanan Melayu tapi UMNO perompak Melayu
| Pakatan Politik Freemason di Malaysia Posted: 29 Nov 2010 12:40 AM PST MEGAT ALI MEGAT ALANG "SAYA saorang pengkaji freemason dan dalam kajian saya mereka ini adalah suspek ahli freemason di Malaysia. Mahathir Mohamad, Khir Toyol, Najib Tun Razak, Mukriz Mahathir, Ananda Krisnan, Sultan Perak Azlan Shah, Sultan Selangor, Yang Dipetua Negeri Sembilan yang baru meninggal dan adiknya."Demikian komen seorang pembaca blog Ibnu Hasyim pada Sabtu, February 21, 2009. Sunday, February 22, 2009. klik di sini "Perhatikan bagaimana mereka menolong sesama mereka untuk dinaikkan pangkat, contoh bagaimana Mahathir menolong Azlan Shah menjadi ketua Hakim Negara dan kemudiannya menolong Azlan Shah naik tahta di Perak secara membelakangi kaedah yang diterima pakai untuk melantik pewaris Sultan Perak. Azlan Shah menolong Mahathir semasa krisis dengan Raja-raja melayu. Perhatikan bagaimana Mahathir menolong Ananda Krisnan dalam perniagaannya. Perhatikan bagaimana Mahathir menolong Najib naik dalam kerjaya politiknya. Perhatikan bagaimana Azlan Shah menolong untuk menaikkan imej Najib dalam krisis di Perak ini satelah imej Najib menjunam akibat kekalahan BN di KT. Kepada semua, sama-sama kita perhatikan orang yang saya senaraikan dan sebarkan betapa bahayanya mereka ini kepada Islam dan Malaysia." Sambungnya lagi. Begitu juga kenyataan Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar pada 21 Feb (Harakah) "Punca kepada kekalutan yang berlaku hari ini ialah tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak yang menggunakan istana bagi merampas Perak, kemudiannnya beliau berselindung di sebalik istana dan menuduh Pakatan Rakyat penderhaka. Walhal beliaulah yang memulakan segala-galanya, mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mempengaruhi istana, ini satu helah yang digunakan Umno/BN terutamanya Najib untuk memuaskan hati dan cita-cita politiknya menjelang Mac ini." Bukti kewujudan Lion Club di MalaysiaBlog Ibnu Hasyim juga melaporkan bahawa Sultan Perak adalah seorang ketua Lion Club and Rotary Club yakni sebuah pertubuhan di bawah naungan Freemason di Malaysia. Adakah, ini puncanya pihak istana Perak tidak begitu merestui kerajaan pimpinan PAS-DAP-PKR yang diterajui oleh seorang 'MUSUH UTAMA YAHUDI'. Siapakah 'MUSUH UTAMA YAHUDI' itu? ~aku-macjay.blogspot.com~ |
| Calon kalah akan diberi jawatan sesuai dalam PKR Posted: 29 Nov 2010 12:28 AM PST Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa calon-calon yang kalah dalam pemilihan PKR, termasuk naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub, tidak akan diketepikan oleh parti.Sebaliknya, kata beliau, mereka akan diberikan peranan tertentu dalam dalam kepimpinan parti sebagai usaha memperkuatkan PKR. "Mengapa beliau (Mustaffa Kamil) harus diketepikan. Beliau adalah orang yang teruji... Kita akan panggil semula rapatkan kepimpinan," katanya ketika menyampaikan ucapan di akhir kongres PKR di Petaling Jaya. Katanya, selain Mustaffa, beliau juga akan memanggil calon yang kalah antaranya, calon Ketua Pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin dan ahli parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas. Mustaffa berkata beliau akan berbincang dengan kepimpinan baru yang dilantik untuk memberi peranan kepada pihak yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini. Dalam ucapan juga, Anwar menjanjikan peranan yang penting kepada pemimpin daripada Sabah dan Sarawak dalam memperkuatkan barisan kepimpinan parti itu. Mengulas tentang aduan kelemahan pengurusan pemilihan, Anwar berkata perkara itu akan diperbaiki termasuk memberi jaminan bahawa partinya akan menjawab segala aduan yang dikemukakan. Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan berpesan kepada perwakilan supaya tidak rasa tergugat dengan serangan yang dilemparkan kepada Anwar dan PKR. Sambil mengungkap kembali apa yang dihadapinya sejak suaminya dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri, beliau menegaskan tidak rasa tergugat dengan semua itu. "Saya pergi kemana-mana, ada orang pandang hina kepada saya. Saya tidak terasa apa-apa, sebab saya percaya kepada keadilan. Peduli apa orang kata," katanya. ~MK~ |
| Azmin memang rapat dengan Anwar Posted: 29 Nov 2010 12:28 AM PST Azmin Ali memulakan ucapan sulungnya sebagai timbalan presiden yang baru dalam kongres parti itu hari ini dengan mengakui mempunyai hubungan yang rapat dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim."Saya tidak apologetik. Nak kata saya rapat dengan Anwar Ibrahim, memang saya rapat. "Nak kata saya sokong, memang saya sokong. Dan saya tidak akan berundur bila di depan sahaja musuh dan dedalu politik," katanya yang juga bekas setiausaha sulit Anwar ketika beliau masih menjadi timbalan perdana menteri. Selama ini, hubungan rapat Azmin - yang 26 tahun berkhidmat kepada Anwar sejak bekas pemimpin Umno itu menjawat kerusi timbalan perdana menteri - dianggap pihak tertentu sebagai "yes man" dan "anak emas" kepada pemimpin itu. Perkara itu bagaimanapun dinafikannya berulang kali. Menyampaikan ucapan penggulungan dalam Kongres PKR ke-7 di Petaling Jaya hari ini, Azmin berkata walaupun selepas pelbagai rintangan, Anwar terbukti masih menjadi pemimpin yang paling ditakuti "Umno, BN dan Rosmah Mansur". "Kalau benar mereka hebat kenapa takut dengan seoran insan bernama Anwar Ibrahim?" soalnya. Azmin juga memberitahu, antara tugas awalnya termasuklah turun ke Sarawak untuk "turun padang" selama dua minggu pada bulan depan untuk membantu parti menghadapi pilihan raya negeri. Sementara itu, Azmin juga mengulangi ikrar akan menolak konsep ketuanan Melayu dan mengangkat ketuanan rakyat seperti yang dilaungkan dalam ucapan dasar presiden walaupun diserang pihak media sebagai "pengkhianat Melayu." ~MK~ |
| Teresa dipilih pengerusi DAP Selangor Posted: 29 Nov 2010 12:27 AM PST Ahli parlimen Seputeh (MP) Teresa Kok telah terpilih sebagai pengerusi DAP Selangor yang baru.Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pula terpilih sebagai timbalan pengerusi manakala ahli parlimen Klang Charles Santiago dan Speaker DUN Selangor, Teng Chang Kim dipilih sebagai naib pengerusi. Jawatan setiausaha pula disandang oleh ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, manakala pembantu setiausaha dan bendahari masing-masing disandang oleh ADUN Sekincan Ng Suee Lim dan ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh. Dalam satu undian sulit, 15 ahli jawatankuasa DAP negeri yang dipilih hari ini, melakukan rombakan dan memilih Teresa sebagai pengerusi DAP negeri. Teresa dan Teng dicadangkan untuk jawatan pengerusi dan Teresa, yang juga ahli exco kerajaan Selangor, menang dengan kelebihan satu undi. Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika ditemui pemberita, Teresa berkata beliau sangat gembira dengan keputusan emilihan itu dan berjanji akan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. "Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa perwakilan mahukan perubahan dan ombakan dalam parti dalam usaha untuk mara ke hadapan," katanya. Sementara itu, Teng pula menggambarkan keputusan itu sebagai kemenangan kepada abungan Pelangi (nama gabungan beliau) memandangkan gabungan itu bermakna sebahagian daripada agenda beliau akan dilaksanakan. Sambil menyatakan bahawa beliau tidak kecewa dengan keputusan pemilihan itu, Teng berkata tugas yang menanti sekarang adalah untuk memastikan bahawa parti bersedia untuk melaksanakan harapan anggotanya tanpa mengira pasukan yang mereka wakili. Teng, yang juga ADUN Sungai Pinang, berkata merapatkan barisan akan menjadi ugas utama mereka dan setiap orang mempunyai peranan untuk dilaksanakan. ~MK~ |
| Posted: 29 Nov 2010 12:23 AM PST Keputusan pemilihan jawatankuasa DAP Selangor menunjukkan Pasukan Perpaduan (Unity) pimpinan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok memenangi tujuh daripada 15 kerusi.Manakala Pasukan Pelangi (Rainbow) pimpinan Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim pula memenangi lima kerusi, manakala bagi tiga kerusi lagi dimenangi oleh calon Bebas. Teresa dan Teng masing-masing berjaya terpilih. Teng mendapat 504 undi di tangga keempat, manakala Teresa mendapat 437 undi ditangga ke-11. Seorang lagi exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu gagal untuk menganggotai jawatankuasa DAP Selangor. Ronnie menduduki tempat ke-21 dengan mendapat 369 undi. Dua lagi ADUN yang tewas ialah Philip Tan Choon Swee (Teluk Datuk) dan Edward Lee (Bukit Gasing). Berikut adalah keputusan rasmi pemilihan jawatankuasa DAP Selangor: 1) Jenice Lee (B) 703 2) Hannah Yeoh (B) 644 3) Charles Santiago (B) 596 4) Teng Chang Khim (Rainbow) 504 5) Ng Suee Lim (Rainbow) 498 6) Ean Yong Hian Wah (Unity) 478 7) Gobind Singh (Unity) 478 8) Tony Pua (Unity) 463 9) Lau Weng San (Unity) 459 10) Teo Nie Ching (Unity) 452 11) Teresa kok (Unity) 437 12) Tiew Way Keng(Unity) 428 13) Ramakrishnan (Rainbow) 405 14) Lim Soo Hong (Rainbow) 403 15) Kannan (Rainbow) 402 Barisan baru jawatankuasa DAP Selangor itu dilihat menarik kerana wujudnya persoalan sama ada Teresa yang mengetuai kumpulan Perpaduan, boleh diterima pengerusi baru memandangkan beliau berada ditangga ke-11 dengan memperolehi 437 undi. Di segi senioriti, pilihan yang jelas ialah Teng yang menduduki tangga keempat dengan 504 undi, tetapi agak sukar untuk speaker DUN S'gor dilantik ke jawatan tersebut memandangkan pasukannya - Pelangi - hanya memenangi lima kerusi. Bagaimanapun, apa yang mungkin berlaku ialah calon 'bebas' akan "dilamar" pasukan yang menang - seperti yang biasanya berlaku - untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing. Tiga calon yang mendapat undi tertinggi terdiri daripada calon bebas yang tidak menyertai mana-mana pasukan yang berentap dalam pemilihan DAP Selangor hari ini. Corak pemilihan para perwakilan agak berubah sedikit dengan kecenderungan mereka untuk memilih calon berkecuali - dengan ADUN Teratai Jenice Lee menduduki tempat teratas dengan senarai pemenang. ADUN Subang Jaya pula, Hannah Yeoh pula ditempat kedua dengan 644 undi, manakala aktivis air yang juga ahli parlimen Klang, Charles Santiago di tempat ketiga dengan memperolehi 596 undi. Tempat keempat dan kelima pula dimenangi Teng dan rakan sepasukannya Ng Suee Lim dari pasukan Pelangi. Ng mendapat 498 undi. Manakala tangga keenam hingga ke-12 pula dimenangi anggota pasukan Perpaduan - iaitu Ean Yong Hian Wah (478), Gobind Singh (478), Tony Pua (463), Lau Weng San (459), Teo Nie Ching (452), Teresa Kok (437) dan Tiew Way Keng (428). Manakala tiga lagi anggota pasukan Pelangi menduduki tangga ke-13 hingga ke-15. Mereka ialah Ramakrishnan Suppiah (405), Lim Soon Hong (403) dan T Kannan (402). Proses pengiraan undi bermula kira-kira jam 1.30 tengahari selepas sekurang-kurangnya 812 daripada 1,016 perwakilan yang layak, selesai mengundi dalam pemilihan pucuk pimpinan DAP Selangor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sunway hari ini. Sewaktu perwakilan memasuki dewan konvensyen untuk mengundi bagi memilih barisan kepimpinan DAP negeri untuk tempoh dua tahun akan datang, para calon termasuk Teng Chang Kim (kanan) dan Yong Hian wah kelihatan sibuk bersalaman dengan mereka. Suasana kelihatan tenang dan mesra, manakala calon-calon kelihatan menjalankan kempen saat akhir untuk mendapatkan sokongan para perwakilan. Paling jelas ialah Ronnie Liu (kiri), di mana penyokongnya sejak awal pagi lagi mengedarkan risalah dalam bahasa Inggeris dan Cina, yang memaparkan latar belakang dan manifesto ahli exco kerajaan Selangor itu. Risalah itu berbunyi: 'Satu undi untuk YB Ronnie Liu adalah satu undi bagi kemajuan DAP khususnya dan rakyat umumnya'. Beberapa perwakilan juga menerima SMS, konon dihantar oleh penyokong pasukan Pasukan Perpaduan yang diketuai oleh exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, meminta mereka memilih kombinasi calon pasukan tersebut. Perwakilan dari 145 cawangan DAP mula mengundi pada kira-kira jam 12.15 tengahari, selepas majlis perasmian dan ucapan oleh pengerusi DAP Selangor DAP Ean Yong Hian Wah dan penasihat DAP Lim Kit Siang. Seramai 50 calon bertanding merebut 15 kerusi dalam jawatankuasa DAP Selangor. ~MK~ |
| Malaysia tak perlu menara 100 tingkat sekarang Posted: 29 Nov 2010 12:23 AM PST Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan menyaksikan lebihan hartanah dan ruang npejabat yang kini sudahpun melanda Lembah Klang."Jika anda bertanya saya, kita tak perlukan menara 100 tingkat itu," kata Mahathir ketika menjawap soalan daripada hadirin pada persidangan 'Mengimbas Semula Wawasan 2020' di Kuala Lumpur. "Saya lihat banyak papan tanda 'untuk dijual' dan 'untuk disewa' apabila saya bersiar-siar. Ini bermakna kita telah mempunyai bangunan yang mencukupi. Sebelum ini, Mahathir menggesa kerajaan merujuk dengan rakyat berhubung projek Warisan Merdeka dan secara tidak langsung menyokongnya kerana berpendapat ia akan memberi kesan ekonomi yang positif. Dalam nada yang sama, Mahathir berkata beliau mungkin mempunyai pandangan yang berat sebelah kerana Menara Berkembar Petronas adalah projek semasa pemerintahnnya dan beliau tidak mahu melihat rekodnya sebagai bangunan tertinggi di negara ini diatasi. "Mereka boleh bina, tetapi bukan sekarang, mungkin kemudian... apabila saya tiada lagi," katanya dalam nada bergurau. ~MK~ |
| Gerakkan rizab Malaysia yang besar Posted: 29 Nov 2010 12:21 AM PST Rizab antarabangsa Malaysia yang besar jumlahnya boleh digerakkan, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad."Rizab kita hari ini terlalu tinggi. Kita ada rizab berjumlah lebih US$100 bilion, yang boleh menampung lapan bulan import tertangguh," katanya. Negara hanya memerlukan rizab bagi hingga tiga atau empat bulan import tertangguh, katanya dalam ucapannya pada acara "Revisiting Vision 2020" anjuran Institut Pemasaran Malaysia di Kuala Lumpur hari ini. "Daripada US$100 bilion itu, kita sebenarnya boleh menggerakkan US$50 bilion, yang akan membantu kerajaan. Kerajaan berkata ia tidak ada wang untuk berbuat itu dan ini, tiada wang untuk memberi subsidi. Jadi, kenapa tidak gunakan wang ini," kata beliau. Semasa krisis kewangan Asia 1997/98, rizab luar negara Malaysia berjumlah hanya US$17 bilion dan semasa pemulihan jumlahnya ialah US$30 bilion, katanya. Bagaimanapun, kata Dr Mahathir, beliau tidak pasti sama ada rizab yang lebih tinggi itu disebabkan oleh penurunan nilai dolar atau itu merupakan rizab sebenar negara. Dolar Amerika jatuh nilainya sebanyak kira-kira 20 peratus berbanding ringgit. Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa setakat 15 Nov, rizab antarabangsa Malaysia berjumlah RM326.5 bilion (bersamaan US$105.8 bilion). Kedudukan rizab ini mencukupi untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan adalah 4.5 kali hutang jangka pendek luar negara, kata Dr Mahathir. Beliau juga berkata Malaysia dengan mudah boleh muncul sebagai negara kaya jika ringgit mengukuh ke paras sebelum krisis iaitu RM2.50 bagi setiap dolar. Pada masa ini, ringgit berlegar pada sekitar RM3.1 berbanding mata wang Amerika itu. ~MK~ |
| PAS buat laporan polis banner palsu Posted: 29 Nov 2010 12:20 AM PST PAS Pulau Pinang membuat laporan polis di Kepala Batas berhubung penemuan beberapa kain rentang dan sepanduk yang mendakwa parti itu menentang pemberian RM100 oleh kerajaan negeri kepada warga emas kerana dikaitkan dengan sumber perjudian.PAS berang kerana sepanduk dan kain rentang yang dipasang di beberapa lokasi mempunyai simbol parti itu, logo kerajaan negeri serta gambar perlumbaan kuda dengan ayat-ayat yang tertera "Kami tak nak wang judi". Laporan polis dibuat oleh ketua Pemuda PAS, Kepala Batas, Mohd Hafis Kasim yang diiringi oleh anggotanya dari Kepala Batas dan Tasik Gelugor. Mereka mendakwa kain rentang itu berunsur fitnah. Mohd Hafis juga menafikan PAS bertanggungjawab memasang kain rentang itu dan berkata parti itu sebahagian daripada komponen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Katanya, beberapa pihak sejak kebelakangan ini mula gusar dan tidak senang dengan keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang semakin menambat hati rakyat dengan dasar-dasarnya. "Ini menjadikan mereka cemburu dan mencetuskan pelbagai macam propaganda," katanya. "Kita boleh kesan siapa mereka ini, kami yakin mereka berniat jahat, mereka sekarang seperti cacing kepanasan yang cuba dapatkan simpati daripada rakyat dan akan berbuat apa-apa sahaja bagi tujuan itu," katanya. Mohd Hafis merujuk kepada beberapa serangan dan tohman yang dibuat ke atas Lim dan kerajaan negeri. Antaranya menggantikan nama ketua menteri dengan nama Agong semasa khutbah Jumaat serta gambar 'palsu" yang menunjukkan beliau menyembelih lembu untuk upacara korban. Isu wang haram timbul apabil Umno menuduh kerajaan Pulau Pinang memberi wah ehsan dalam bentuk RM100 kepada warga emas dan RM1,000 untuk belanja pengebumian adalah dari hasil yang dicurigai, termasuk kemungkinan ia datang dari kegiatan perjudian. Pesuruhjaya PAS, Pulau Pinang, Rosli Hasan, yang juga hadir pada majlis itu berkata kumpulan yang bertanggungjawab memasang sepanduk itu adalah kumpulan yang 'degil dan ketandusan modal politik'. Katanya, mereka mempunyai peluang berkhidmat dengan baik pada masa lalu tetapi gagal berbuat demikian kerana kepentingan peribadi. "Apabila kita ambil alih Pulau Pinang, kita buat perubahaan yang baik, termasuk membangunkan neheri dan juga menjaga moral rakyat," katanya. "Mereka ini tiada maruah, malah mereka sanggup menunjukkan punggung mereka, apa yang sudah terjadi dengan mereka?" soalnya. Beliau merujuk kepada ketua pembangkang Pulau Pinang yang juga ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim yang digantung kerana menunjukkan punggungnya di DUN Pulau Pinang. ~harakah~ |
| PR Perlu Bezakan Kawan Dan Lawan Posted: 29 Nov 2010 12:19 AM PST Pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat sewajarnya mengambil berat berkenaan dengan 'siapa kawan, siapa lawan' setelah mendapat kuasa pemerintahan. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sekiranya perkara itu tidak dititkberatkan akan membawa kehancuran kepada diri sendiri. "Jika kita tidak dapat bezakan (siapa kawan, siapa lawan), yang akhirnya hancur kita sendiri," ujarnya ketika berucap pada Persidangan Menteri Besar Dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat di sini, pagi ini. Justeru, katanya perkara yang penting bagi pemimpin Pakatan Rakyat mesti mengenali mereka supaya semua lawan boleh menjadi kawan melalui transformasi yang dilaksanakan. Beliau berkata, semasa Pakatan Rakyat menjadi pembangkang, tidak ada pihak yang mahu menjadi kawan tetapi ramai yang bertindak sebagai lawan. "Tapi apabila Pakatan Rakyat jadi kerajaan, ramai yang jadi kawan," ujarnya. Ahli Parlimen Bagan itu turut melontarkan persoalan kepada peserta sama ada berkemampuan untuk menjinakkan seekor harimau. "Kalau tak boleh jinakkan, tapi ia dapat dikawal," ujarnya. Guan Eng juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya dapat mengekalkan nilai-nilai yang dipopularkan kepada rakyat iaitu senang didampingi dan mudah diterima. "Kita kekalkan kita berjiwa rakyat," ujarnya. Di samping itu, katanya mereka juga seharusnya menunjukkan prestasi terbaik dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Ini, katanya kerana pemimpin yang bersih, berkemampuan, berilmu dan bertakwa terdapat di dalam Pakatan Rakyat. ~harakah~ |
| Melayu perolehi 70 peratus kontrak kerajaan P Pinang Posted: 29 Nov 2010 12:18 AM PST Sistem tender terbuka yang dijalankan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah teraju Ketua Menterinya, Lim Guan Eng membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri itu tidak 'lembik', apatah lagi 'dayus'. Di sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Lim berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pegangan pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu. "Di Pulau Pinang, mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari Umno sahaja, "Malah, program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu di Pulau Pinang, "Biarlah Umno dan BN menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti-Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum," kata Lim dalam kenyataan baru-baru ini. Pada masa yang sama, Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus pada masa depan, jelasnya. Tambahan sub-kontraktor daripada Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor Pulau Pinang mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya. Bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil ini dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepada Lim dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini. Daripada jumlah itu, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, katanya lagi. Kerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer ini akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013. Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn. Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd., IJM Contructions Sdn Bhd., HRA Teguh Sdn Bhd. ~MK~ |
| Posted: 29 Nov 2010 12:17 AM PST Kerajaan Pahang berkemungkinan besar akan muflis jika tiada perancangan segera dibuat bagi menangani kegawatan ekonomi di negeri terbesar di Semenanjung itu yang baru-baru ini mencatatkan rekod 13 tahun berturut-turut mengalami belanjawan defisit. Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar belanjawan 2011 negeri Pahang yang disifatkan beliau sebagai 'tidak praktikal' apabila kerajaan negeri bertindak untuk menuntut 50 peratus keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) kepada kerajaan negeri sebagai satu langkah untuk meningkatkan pendapatan negeri. "Apa yang mendukacitakan ialah tiada perancangan baru dalam meningkatkan sumber hasil negeri, selain rancangan jangka pendek kerajaan bagi memaksa anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) menyumbang 50% dari keuntungan kepada kerajaan negeri. Persoalannya berapa kerat anak syarikat kerajaan negeri yang mencatat keuntungan. Setahu kita hampir semua anak-anak syarikat kerajaan negeri berada dalam keadaan kritikal, dan terus mengharapkan suntikan kerajaan," kata Tuan Ibrahim, yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas menunaikan tanggungjawab haji di Mekah. Sehubungan itu, Tuan Ibrahim, yang juga merupakan Naib Presiden PAS turut menuntut kerajaan negeri bagi mendedahkan kedudukan kewangan semasa anak-anak syarikat kerajaan negeri untuk dinilai oleh rakyat, sejauhmanakah anak-anak syarikat yang ditubuh untuk membantu kerajaan dapat mencapai hasil sebagaimana diharapkan oleh kerajaan negeri dan seluruh rakyat Pahang dalam menjana pendapatan untuk membiayai belanjawan negeri. Kenyataan Tuan Ibrahim hari ini merupakan reaksi kepada laporan akhbar Umno dan Perkasa, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mewajibkan semua agensi di bawah naungannya menyalurkan 50 peratus keuntungan tahunan mereka kepada kerajaan negeri berkuat kuasa tahun depan. "Kita mewajibkan agensi-agensi kerajaan negeri menyalurkan 50 peratus keuntungan kepada kerajaan negeri dan dalam masa sama anak-anak syarikat agensi berkenaan pula diwajibkan menyalurkan 50 peratus keuntungan mereka kepada agensi berkenaan. "Langkah itu merupakan sebahagian usaha bagi mengurangkan defisit yang dialami oleh kerajaan negeri bagi tahun ke-13 berturut-turut," Adnan dipetik sebagai berkata ketika membentangkan Bajet 2011 Kerajaan Negeri Pahang pada Persidangan Ketiga. Menurut Adnan, terdapat kira-kira 18 agensi di bawah kerajaan negeri, antaranya Yayasan Pahang, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Amanah Saham Pahang (Aspa), Lembaga Kemajuan Perladangan Pahang (LKPP) dan Lembaga Pembangunan Tioman. "Bajet 2011 disasarkan sebanyak RM871,117,390 iaitu sebanyak RM600,424,140 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan selebihnya adalah untuk pembangunan," katanya Adnan turut meminta rakyat negeri Pahang supaya tidak bimbang dengan Bajet Pahang 2011 yang menyaksikan defisit sebanyak RM92.48 juta dengan memberikan alasan bahawa defisit untuk kali ke 13 berturut-turut itu berpunca daripada usaha pertumbuhan ekonomi di negeri berkenaan. Malah bukan itu sahaja, Adnan turut menunjukkan kelemahan memimpinnya dengan tanpa segan silu mengaku bahawa 'kedudukan kewangan negeri Pahang tidak mungkin, bahkan mustahil sehingga Hari Kiamat, boleh menanggung kesemua kos pembangunan tanpa bantuan kerajaan persekutuan.' "Kenyataan beliau bahawa "kedudukan kewangan negeri tidak mungkin, bahkan mustahil sehingga hari Kiamat, boleh menanggung kesemua kos pembangunan tanpa bantuan kerajaan persekutuan', benar-benar mengambarkan kerajaan UMNO/BN 'sudah menopaus'. Kenyataan ini adalah gambaran keseluruhan belanjawan kerajaan negeri yang hanya merancang dengan bantuan Pusat; tanpa berusaha untuk merangcang sumber baru bagi meningkatkan hasil negeri," selar Tuan Ibrahim. Dengan membuat perbandingan dengan RM 500 juta komisyen yang dibayar untuk membeli kapal selam Scorpene negara, Tuan Ibrahim menyoal apakah rasionalnya hanya RM 270.6 diperuntukan untuk pembangunan negeri yang terbesar di semenanjung itu. "Dengan peruntukan sebanyak RM270.6 juta tentulah tidak banyak perkara yang dapat dilakukan. Ini mengingatkan kita kepada komisyen pembelian kapal selam sebanyak RM530 juta, ternyata melebihi keseluruhan projek pembagunan setahun kerajaan Pahang. Peruntukan pembangunan yang kecil adalah kerana sumber kewangan yang terhad yang dapat dikutip oleh kerajaan," kata Tuan Ibrahim. Sehubungan itu, Tuan Ibrahim turut menyoal ke mana semua hasil negeri terutamanya hasil hutan daripada aktiviti pembalakan. "Dalam belanjawan yang dibentang kerajaan negeri, ia hanya menyatakan hasrat untuk meneruskan projek penanaman semula hutan yang telah gondol, tetapi rakyat juga perlu tahu berapa hasil diperolehi. Polisi penebangan sehingga 90% hasil hutan dalam tanah milik kerajaan perlu diubah segera," saran Tuan Ibrahim, yang turut menyifatkan aktiviti penebangan hutan melampau mencerminkan kerakusan kerajaan UMNO-Barisan Nasional tanpa memikirkan masa depan generasi akan datang. Selain itu, Tuan Ibrahim turut menyoal ke mana perginya pungutan negeri daripada hasil keluaran emas daripada lombong di Lipis, Raub dan Cameron Highland dan juga hasil dari bijih besi, di Daerah Rompin, Maran dan Jerantut. "Rakyat perlu tahu kemana hasil tersebut, berapa kerajaan perolehi dan juga usaha kerajaan meneroka sumber minyak di perairan Pahang, yang satu masa dahulu di maklum Pahang berkemungkinan mempunyai hasil minyak. Demikian juga berapa hasil pelaburan luar yang melabur di Pahang; walaupun kita menyediakan hampir setiap daerah kawasan industri, tapi kawasannya ternyata masih kosong dan terbiar. Seandainya tiada sesuatu perangcangan segera dibuat, tidak mustahil Pahang akan muflis," tambah Tuan Ibrahim. ~harakah~ |
| Umno punca masalah di Malaysia Posted: 29 Nov 2010 12:16 AM PST Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati serta toleransi dalam agama yang diperjuangkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat menyebabkan Umno berasa iri hati dan sedia melakukan apa saja untuk merobohkan ikatan teguh antara PKR, PAS dan DAP, lapor TVSelangor.Justeru, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Umno cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS sebagai alat DAP. "Saya nak tanya.... adakah Umno alat MCA? PAS mendekati DAP berlandaskan Islam dan membawa Islam ke dalam DAP dan pendekatan ini diterima baik oleh DAP. "Bolehkah Umno bercakap berkenaan Islam kepada MCA ataupun MIC? Tidak boleh, sebab dia sendiri (Umno) tidak ada penerapan Islam!" katanya pada persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam pagi tadi. Menurut Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, Islam tidak menyatakan apa-apapun berkenaan bangsa kerana dalam Islam semua manusia adalah bersaudara. tidak kira sama ada mereka beragama Islam ataupun bukan Islam. Kesimpulannya adalah Umno merupakan penyebab utama semua masalah di negara ini yang menyebabkan berlakunya kekacauan berkaitan kaum dan agama. "Kerana kekacauan sebeginilah ulama Umno dahulu keluar Umno dan menubuhkan PAS, itu sejarah!" katanya. Nik Aziz juga mengambil contoh bencana banjir di Kedah yang berlaku baru-baru ini menunjukkan topeng kejahatan Umno yang cuba mempergunakan kesempatan mempolitikkan keadaan ketika itu. Menurutnya, Sultan Kedah yang merupakan juzuk mewakili seluruh kerajaan telah turun padang melawat kawasan dan mangsa banjir, namun dua menteri Umno cuba memburukkan kerajaan Pakatan dengan mendakwa kerajaan Kedah 'lepas tangan' semasa banjir. Ini, katanya menunjukkan bahawa mereka langsung tidak mempedulikan dan menghormati sistem raja Melayu asalkan matlamat mereka iaitu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat berhasil. Kenal siapa kawan, siapa lawan Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat sewajarnya mengambil berat berkenaan dengan 'siapa kawan, siapa lawan'. Menurut Harakahdaily, Lim berkata sekiranya perkara itu tidak dititkberatkan, ia akan membawa kehancuran kepada diri mereka sendiri. "Jika kita tidak dapat bezakan (siapa kawan, siapa lawan), yang akhirnya hancur kita sendiri." Justeru, katanya adalah penting bagi pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengenali golongan itu supaya semua lawan boleh menjadi kawan melalui transformasi yang dilaksanakan. Beliau berkata, semasa Pakatan Rakyat menjadi pembangkang, tidak ada pihak yang mahu menjadi kawan tetapi ramai yang bertindak sebagai lawan. "Tapi apabila Pakatan Rakyat jadi kerajaan, ramai yang jadi kawan," katanya. Ahli parlimen Bagan itu turut melontarkan persoalan kepada peserta sama ada mereka berkemampuan untuk menjinakkan seekor harimau. "Kalau tak boleh jinakkan, tapi ia dapat dikawal," katanya. Lim juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya mengekalkan nilai-nilai yang dipopularkan kepada rakyat iaitu senang didampingi dan mudah diterima. "Kita kekalkan kita berjiwa rakyat," katanya. Pertahan keyakinan rakyat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula pada ucapannya menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat. Ini, katanya kerana Umno dan BN sentiasa berusaha memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang. Menurut Azizan ini kerana BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu adalah kerana perpaduan. Justeru, katanya BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut. "Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita," katanya. ~MK~ |
| 'Melayu' mana gadaikan bangsa sendiri? Posted: 29 Nov 2010 12:14 AM PST Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita dengan segelintir orang Melayu yang tidak memiliki rasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan bangsa sendiri. Baginda mendedahkan, matlamat golongan berkenaan adalah agar sistem Raja Berperlembagaan disemak dan dikaji semula. "Matlamat mereka agar sistem Raja Berperlembagaan ini disemak dan dikaji semula atas alasan negara telah menjalani arus pemodenan, dan sistem yang diamalkan sekarang ini sudah tidak bersesuaian, adalah amat tidak bertepatan," titah baginda. Sultan Sharafuddin bertitah terdapat juga suara lantang di kalangan orang Melayu sendiri yang meminta perkataan 'Melayu' dihapuskan daripada ungkapan 'Raja-Raja Melayu'. Titahnya, baginda percaya perbuatan itu dilakukan golongan berkenaan untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan politik mereka. Baginda bertitah, sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai 'Tanah Melayu' , 'Negeri Melayu Bersekutu' dan Raja Melayu sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini. Menurut Sultan Selangor, alasan golongan terbabit bahawa ia perlu dilakukan kerana negara telah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang sudah tidak bersesuaian adalah amat tidak tepat. "Beta percaya perbuatan ini adalah untuk kepentingan mereka sendiri ataupun kepentingan politik mereka," titah baginda sewaktu merasmikan wacana Raja Berperlembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan, di Shah Alam. Malu mengaku Melayu "Beta berasa sedih dengan generasi sekarang yang malu untuk mengaku diri mereka seorang Melayu. "Di sini beta ingin menyatakan bahawa bukanlah tujuan beta untuk menyalakan api perkauman, tetapi ingin menyatakan kepada kita semua bahawa kita mesti berbangga dengan negeri Selangor yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum iaitu kaum Cina, India dan Melayu, serta kaum-kaum yang lain," titah baginda. Titahnya, keamanan di Selangor boleh dibanggakan kepada dunia luar kerana negeri itu mempunyai tamadun yang maju dengan kepesatan ekonomi terbina atas keharmonian ketiga-tiga kaum. Sultan Sharafuddin turut melahirkan rasa bangga dan sukacita dengan langkah kerajaan Malaysia yang akan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat wajib untuk dipelajari oleh rakyat di sekolah negara ini. Baginda juga mahu rakyat Selangor memahami sejarah negeri itu supaya tidak timbul syak wasangka di antara satu sama lain. "Kepada rakyat Melayu, beta ingin menyedarkan bahawa rakyat Melayu tidak akan hilang begitu sahaja kerana negeri ini adalah tanah tempat tumpah darah kita, dan di tanah bertuah ini juga tempat kita dikuburkan," titahnya. Baginda bertitah sejarah yang tercatat sejak beratus tahun lalu menunjukkan bahawa Raja-Raja Melayu telah membuka serta membangunkan negeri-negeri di Tanah Melayu sehingga menjadi sebuah negara maju selain menempa peristiwa membanggakan sehingga mampu bersaing dengan negara lain di dunia ini. "Oleh itu, dengan mengetahui sejarah, kita dapat menilai betapa susah payahnya kita berjuang untuk mencapai keamanan yang kita peroleh sekarang. Buka minda "Beta percaya dengan arahan ini ia akan membuka minda dan kefahaman dari pengetahuan berhubung peranan penting yang berlaku dalam sejarah tanah air untuk tidak timbulnya syak wasangka dan persoalan yang mencurigakan hingga timbul salah faham terhadap sesama rakyat di negara yang kita kasihi ini," titah baginda. Sultan Sharafuddin bertitah institusi Raja Melayu merupakan benteng terakhir mengawal dan membanteras anasir yang ingin memecah-belahkan perpaduan rakyat serta keutuhan kerajaan. "Seandainya pada satu ketika timbul pergolakan politik di negara ini, institusi Raja Melayu akan tetap berdiri utuh sebagai satu badan bebas yang boleh menyatupadukan rakyat agar tidak terus berpecah-belah," titahnya. Baginda bertitah perkara itu terbukti baru-baru ini apabila Majlis Raja-Raja Melayu mengeluarkan sembilan ketetapan mengenai isu semasa yang menyentuh perpaduan dan keharmonian rakyat. Titah baginda, kejayaan sesebuah negara membawa kemakmuran kepada rakyat bergantung kepada tahap ilmu yang dimiliki pegawai dan kakitangannya, termasuk mengenai konsep pemerintahan Raja Berperlembagaan di negara ini sejak merdeka. ~MK~ |
| Posted: 29 Nov 2010 12:12 AM PST Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri yang diperintah.Ini, katanya kerana Umno BN sentiasa berusaha untuk memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti. Beliau berkata, ini kerana Umno BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan raya ke-12 lalu kerana perpaduan. Justeru, katanya Umno BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut. Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Persidangan Menteri Besar Dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat di sini, pagi tadi. Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan dan Selangor, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Hadir sama ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Datuk Mustafa Ali. Ustaz Azizan menambah, media massa sering menyiarkan perkara yang salah dan tidak benar mengenai Pakatan Rakyat supaya masyarakat tidak yakin kepada kerajaan Pakatan. "Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita," ujarnya. Sehubungan itu, katanya semua pemimpin Pakatan Rakyat mesti menjaga dan mempertahankan keyakinan rakyat terhadap kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai. Ini, katanya kerana suasana yang berlaku pada hari ini membuktikan bahawa rakyat merasa selesa di bawah kerajaan Pakatan Rakyat berbanding dengan era pemerintahan Umno. Dalam mempertahankan keyakinan itu, katanya ia memerlukan kepada pengorbanan. Mengenai Kedah, beliau berkata, usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri berjaya menyatukan rakyat sekalipun tidak mendapat publisiti daripada media massa. Jelasnya, dengan pendekatan tersebut, rakyat Kedah merasa selesa dengan Kerajaan Pakatan rakyat negeri sekarang berbanding sebelum ini. "Yang kata tak selesa, orang luar Kedah," tegasnya. Beliau juga menyarankan supaya kerajaan di negeri-negeri Pakatan Rakyat supaya membuat kajian dari semasa ke semasa apa yang disukai dan tidak disukai oleh kumpulan sasar. ~harakah~ |
| Sembang ketuanan Melayu tapi UMNO perompak Melayu Posted: 29 Nov 2010 12:08 AM PST Tidak ada guna jika 'ketuanan Melayu' hanya diguna untuk mempertahankan pencuri dan perompak sebagai pemimpin negara," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Sebaliknya beliau menegaskan, Melayu hanya akan terus menjadi tuan jika pemimpinnya bermaruah dan maruah orang Melayu adalah dengan Islam. "Melayu akan terus jadi tuan kalau Melayu itu bermaruah, dan maruah orang Melayu adalah Islam. "Tidak ada guna kita pertahan ketuanan Melayu, kalau pencuri jadi tuan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu 'ketuanan Melayu' yang cuba ditanam oleh Umno dalam pemikiran orang Melayu. Jelasnya, Umno bertindak demikian kerana hanya mahu mengekalkan kuasa mereka, dan mahu memugar kembali kepercayaan orang Melayu kepada parti itu yang sudah luntur. Sedangkan katanya, yang menjadikan Melayu lemah adalah sikap pemimpin Umno sendiri yang merosakkan kepercayaan itu. Kepercayaan itu bukan sahaja pudar di kalangan Melayu, malah turut terkesan kepada bukan Melayu. Menyedari hakikat itu, PAS katanya membawa pendekatan dakwah agar orang Melayu bermaruah dengan Islam. Hasilnya, PAS diterima sebagai tuan, bukan sahaja oleh Melayu malah bukan Melayu juga. "Orang bukan Islam boleh terima pemimpin Melayu di kalangan PAS untuk jadi pemimpin dia. "Orang bukan Islam boleh terima Tok Guru Nik Aziz jadi pemimpin dia di Kelantan, Datuk Seri Ustaz Azizan di Kedah, Datuk Seri Nizar di Perak dahulu," katanya. ~harakah~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan