Anak Sungai Derhaka |
- Pilih!! Antara Allah dan Anwar.
- SYABAS!! 2015 tarif air Selangor meningkat hingga 82%
- PRU13, PR Jangan Harap Menang Mudah.
- Dr M: Tak wajar bina menara Warisan Merdeka sekarang
- Jenapala was an undischarged bankrupt
- Final Journey of Tun Lim Chong Eu
- Bekas ketua SPRM nafi fitnah terhadap Khalid Ibrahim
- UMNO punca masalah di Malaysia
- 70% kontrak kerajaan P Pinang diperolehi Melayu
- Hah! Bohong lah lagi Yeop!
| Pilih!! Antara Allah dan Anwar. Posted: 29 Nov 2010 05:34 AM PST Dalam menyangkal kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah yang mengatakan bahawa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah anugerah Allah beliau telah meminta Dr. Wan Azizah untuk menilai sama ada Anwar adalah anugerah atau ujian kepadanya serta ahli PKR untuk memilih Allah atau pemimpin yang melampaui batas. Itu adalah gesaan yang telah dibuat oleh Senator Ezam Mohd Nor, seorang yang pernah Ketua Pemuda Keadilan Yang terkenal dengan Sumpah Keramatnya suatau masa dulu, bilamana beliau dan juga keseluruhan EXCO Pemudanya telah menjelajah hamper keseluruh Negara bagi melakukan sumpah tersebut.Sumpah Keramat yang diucapkannya itu adalah sumpah atas nama Allah bahawa beliau TIDAK AKAN menyertai semula UMNO dan bahawa misi beliau adalah untuk menghapuskan UMNO. Beliau bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak akan menyertai semula UMNO. Misi beliau adalah untuk menghancurkan UMNO. Lantaran sumpah itu.. Ezam berusaha membongkar segala penyelewengan UMNO.. beliau bersungguh-sunguh mahu menguburkan UMNO.. Namun begitu melalui Pak Lah pada bulan Mei 2008 beliau telah kembali kepangkuan UMNO, menjilat kembali apa yang telah diludah dan dimuntahkannya dulu.. Kerana wang beliau telah lupa akan sumpahnya yang menggunakan nama Allah suatu masa dulu.. Dan kini nama Allah dipergunakan lagi oleh beliau untuk mengesa Datuk Seri Wan Azizah dan Ahli-ahli PKR untuk memilih antara Allah dan Anwar.. Podah!! Dia suruh orang pilih Antara Allah dan Anwar, tapi dia sendiri pulak pilih UMNO.. Anwar ujian rakyat Malaysia KUALA LUMPUR 28 Nov. - Bekas individu kepercayaan Anwar, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor menyangkal anggapan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah anugerah tuhan. Malah beliau turut meminta Dr. Wan Azizah untuk menilai sama ada Anwar adalah anugerah atau ujian kepadanya serta ahli PKR untuk memilih Allah atau pemimpin yang melampaui batas. Jelas Ezam, memang tidak dinafikan Anwar bukan calang-calang individu kerana mampu memukau orang ramai dengan pidato yang memikat termasuk menggunakan ayat al-Quran dan hadis menyebabkan sukar bagi kebanyakan orang meninggalkannya. "Tetapi dalam masa yang sama, beliau melakukan perbuatan yang melampaui batas seorang manusia beriman. "Tun Dr. Mahathir Mohamad ambil masa lama sebelum bertegas pecat beliau. Saya juga sesudah beberapa lama baru melepasi ujian Allah dan akhirnya saya bersyukur dapat memilih Allah berbanding bos sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam Dr. Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar bagi merasmikan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh menyifatkan Anwar sebagai 'anugerah Tuhan' bagi memimpin rakyat negara ini. Menurut Dr. Wan Azizah, suaminya yang merupakan Penasihat PKR ialah seorang insan hebat yang bersifat amanah, tegas serta berani dan kewibawaannya terserlah sejak zaman remaja lagi. Ezam menambah, rakyat negara ini juga seharusnya bersyukur kerana Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada Dr. Mahathir bagi memecat Anwar. "Bayangkan jika Mahathir gagal dalam ujiannya antara memilih Allah dan anak didik kesayangannya (Anwar), tentunya umat ini akan hancur," tegasnya. Dalam pada itu, beliau turut meminta rakyat Malaysia agar mendoakan Allah memberi petunjuk kepada Dr. Wan Azizah bagi membuat pilihan yang betul. "Kita faham kesukaran beliau dalam membuat pilihan yang betul. Kita doakan Allah beri kekuatan kepadanya satu hari nanti," ujarnya. Bekas rakan baik Anwar, Datuk S. Nallakarupan pula meminta Dr. Wan Azizah tidak terus menipu diri sendiri.. Katanya, perbuatan Wan Azizah itu tidak lebih daripada perbuatan bodoh kerana membohongi diri sendiri seolah-olah tidak mengetahui siapa Anwar sebenarnya. "Beliau berpendidikan tinggi dan sepatutnya tahu menilai siapa Anwar sebenarnya. Saya anggap semua ini tidak lebih daripada lakonan demi lakonan dilakukan Wan Azizah berdasarkan skrip tulisan Anwar. "Semua ini dilakukan Wan Azizah demi menutup tembelang Anwar. Ramai orang PKR tahu yang mereka perang besar sewaktu Anwar ditangkap dahulu, tetapi kini segalanya dilakukan Wan Azizah demi kelangsungan politik suaminya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Salah seorang pengasas PKR, Ng Lum Yong turut mempersoalkan keikhlasan Dr. Wan Azizah dalam melafazkan perkara berkenaan di hadapan ahli-ahli parti. "Beliau sendiri mengakui ucapan itu disediakan oleh Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr. Muhammad Nur Manuty. Apakah beliau benar-benar mahu membawa maksud yang sama? "Beliau mesti beri penjelasan. Mengapa gunakan nama tuhan? Beliau tidak sepatutnya menggunakan nama tuhan hanya untuk menarik sokongan," ujarnya. Media UMNO |
| SYABAS!! 2015 tarif air Selangor meningkat hingga 82% Posted: 29 Nov 2010 05:02 AM PST Rakyat Selangor akan menikmati peningkatan harga air sehingga mencecah 100% dalam tahun 2015!! Syabas telah mencadangkan kenaikkan tariff air sebanyak 37% pada tahun 2009 dan 25% pada tahun 2012 serta 20% pada tahun 2015 dengan kebenaran oleh Kerajaan Pusat. CEO Syabas yang juga merupakan Bendahari UMNO Selangor dibayar gaji sebanyak RM5.1Juta setahun atau RM425,000 sebulan ataupun RM13,346.00 sehari.. Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat! Bermula tahun 1997, kerajaan BN telah menswastakan syarikat-syarikat air di Selangor. Sejak ini, Syabas dan syarikat-syarikat lain telah merugikan ratusan juta duit rakyat. Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat kini ingin mengembalikan pengawalan syarikat-syarikat air ini kepada tangan rakyat. Pelan Syabas: Tahun dan Kenaikkan Tarif 2009 ~ 37%, 2012 ~ 25% dan 2015 ~ 20% SYABAS Laporan audit terhadap SYABAS menunjukkan bahawa lebih daripada 72% kontrak bernilai RM 600 juta diberikan kepada syarikat-syarikat yang dipilih melalui rundingan terus dan tanpa tender terbuka. RM 325 juta 'hilang' apabila perbandingan teliti dibuat antara kontrak yang dianugerahkan dari 2005 hingga 2007 dan akaun awam Syabas. Pada Jun 2005, SYABAS melanggar perjanjian dengan menggunakan paip yang diimport daripada Indonesia bernilai RM 375 juta. Syarikat Indonesia tersebut dimiliki oleh Tan Sri Rozali Ismail, CEO Syabas. Gaji beliau adalah RM 5.1 juta setahun atau RM 425,000 sebulan. RM 51.2 juta dibelanja untuk mengubah-suai pejabat SYABAS sedangkan Jabatan Kawalselia Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan sebanyak RM23.2 juta. Setelah kerajaan Selangor menghentikan Syabas dari menaikkan tarif air dengan mendadak, Syabas kini berhasrat menyaman Selangor untuk pampasan sebanyak RM 1 billion. Pelan Selangor: Tahun dan Kenaikkan Tarif 2009 ~ 12%, 2012 ~ 12% dan 2015 ~ 12% Apakah pelan Selangor? Kerajaan negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat berhasrat membeli balik konsesi air demi menjamin hak rakyat untuk mendapat air yang mencukupi pada harga yang berpatutan. Aset awam seperti air harus dikendalikan oleh kerajaan yang berjiwa rakyat, bukan Syarikat yang hanya pentingkan keuntungan. Empat syarikat swasta air akan dibeli balik dan diletak dalam satu badan di mana rawatan dan agihan air akan dilakukan oleh satu pengendali tunggal. Ini akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan tarif air kerana tiada isu "kos pemindahan". Penekanan terhadap integriti dan ketelusan - seperti yang termaktub dalam Enakmen Kebebasan Maklumat yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor - akan mengelakkan dari sistem yang hanya menguntungkan kroni dan merugikan rakyat. Dengan sokongan rakyat yang mencukupi, kerajaan Selangor akan mampu mendapat balik kawalan syarikat-syarikat air demi rakyat, menekankan integriti dan ketelusan, dan memastikan akses air yang mencukupi dengan harga yang berpatutan untuk semua lapisan rakyat. Pilihan di tangan anda! Pertahankan Hak Rakyat Untuk Dapat Air Bersih & Murah Beri sokongan anda kepada Kerajaan Negeri Selangor dengan menghadiri perhimpunan penyampaian memorandum kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong pada 5 Disember, 2010 di Masjid Negara Kuala Lumpur. Pengurusan Perkhidmatan Air akan lebih terjamin di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor. Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat! |
| PRU13, PR Jangan Harap Menang Mudah. Posted: 29 Nov 2010 04:15 AM PST Oleh Boo Su-Lyn SHAH ALAM, 29 Nov – Ketua Menteri dan Menteri-menteri Besar kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) mengadakan pertemuan di sini hari ini dengan Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi amaran pemimpin-pemimpin perikatan tiga parti itu agar tidak mengharapkan kemenangan 2008 akan berulang dengan mudah."Pakatan tidak boleh terlalu yakin bahawa mereka akan kekal berkuasa," kata Menteri Besar Kedah (gambar) itu. "Jadikan pilihan raya umum 2004 sebagai contoh, di mana PAS kehilangan Terengganu dan menang tipis di Kelantan," kata beliau seolah-olah senada dengan pandangan Penasihat DAP Lim Ki Siang ketika merasmikan Konvensyen DAP Selangor semalam. Pada 8 Mac 2008, BN kehilangan empat lagi negeri selepas Kelantan dikuasai PAS sejak 1990 manakala di Parlimen pula ia hilang penguasaan majoriti dua pertiga. Bagaimana Azizan menekankan bahawa pengundi-pengundi Kedah sudah mula menyesuaikan diri dengan pentadbirannya, yang menyaksikan peningkatan dalam hasil pulangan pembalakan. "Pengundi-pengundi Kedah sudah selesa dengan kerajaan negeri Pakatan Kedah yang mengamalkan ketelusan dan dengan jayanya menambah hasil negeri daripada pembalakan," kata Azizan. Semalam, Lim memberi DAP Selangor amaran bahawa PR kemungkinan akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika mereka tidak bersatu padu sambil mengingatkan konvensyen kepimpinan negeri agar belajar daripada pengalaman Terengganu pada 2004. Penasihat DAP itu juga meminta perwakilan barisan menyokong kepimpinan negeri yang menganggotai kerajaan negeri Selangor sebagai tanda perpaduan. "Bolehkah Umno dan Barisan Nasional (BN) menang balik Selangor dalam pilihan raya umum akan datang? Adakah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak boleh ditembusi dan tidak dapat dikalahkan?" kata Lim ketika berucap membuka Konvensyen DAP Selangor. "Saya tahu ada orang yang percaya bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh hilangan kawalan dan kuasa di Selangor dalam pilihan raya umum akan datang," kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini. Beliau mengingatkan para perwakilan konvensyen bahawa PAS tidak menjangkakan ia akan kehilangan Terengganu dalam pilihan raya umum 2004 selepas memperoleh kemenangan tidak disangkakan sama sekali pada 1999. "Pada pilihan raya umum 1999, PAS tidak pernah menjangkakan kuasa menang di Terengganu tetapi menyapu bersih 28-4 di Dewan Undangan Negeri," kata Lim. "Pada pilihan raya umum 2004, PAS tidak menjangkakan akan kehilangan kuasa di Terengganu tetapi tewas dengan keputusan terbalik 4-28, disapu oleh Umno dan BN," kata beliau. Lim juga berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan BN akan menang balik Selangor memandangkan PR berada dalam keadaan tunggang-langgang. Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan-kerajaan negeri PR telah berjaya mengatasi serangan bertubi-tubi dilemparkan terhadap pentadbiran mereka. "Negeri-negeri Pakatan Rakyat telah berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang tiga tahun pentadbiran, tetapi dengan jayanya telah mengatasi kesemua percubaan mereka yang mahu mengganggu usaha memperbaharui pentadbiran negeri-negeri (yang terletak di bawah mereka)," kata Khalid. "Saya berharap persidangan kali ini akan menjadi platform untuk berkongsi pengalaman kita dan untuk memperbaiki perkhidmatan-perkhidmatan kami bagi memperkukuhkan pentadbiran menghadapi pilihan raya umum ke-13," kata beliau lagi. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menasihatkan negeri-negeri PR agar bersatu menghadapi media arus perdana yang cuba mencetuskan sentimen rakyat terhadap perikatan itu. "Negeri-negeri Pakatan Rakyat mesti berlawan menghadapi serangan media arus perdana yang terus-menerus memutarbelitkan fakta bagi mengelirukan orang ramai," kata beliau yang juga Mursyidul Am PAS. Persidangan hari ini dihadiri oleh Khalid, Nik Aziz, Azizan dan Lim Guan Eng serta Exco Kerajaan Negeri dan waki daripada subsidiari negeri. The Malaysian Insider |
| Dr M: Tak wajar bina menara Warisan Merdeka sekarang Posted: 29 Nov 2010 04:05 AM PST Oleh Adib Zalkapli KUALA LUMPUR, 29 Nov – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran Malaysia akan berhadapan dengan situasi bekalan hartanah berlebihan ekoran pembinaan menara 100 tingkat – Warisan Merdeka di ibu negara.Sehubungan itu, Dr Mahathir (gambar) berkata negara mesti belajar daripada krisis kredit dialami Dubai ekoran bekalan hartanah berlebihan. "Mereka boleh membina tetapi kemudian, bukannya sekarang," kata Dr Mahathir pada syarahan mengimbas kembali Wawasan 2020 di sini hari ini. Idea membina menara itu juga mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak. Sebelum ini, Dr Mahathir ada memberitahu bahawa kerajaan seharusnya mendapatkan pandangan ramai sebelum meneruskan langkah membina menara paling tinggi itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011. Sayap pelaburan kerajaan Pemodalan Nasional Berhad (PNB) mempertahankan projek itu dengan berkata langkah itu tidak akan membabtikan dana pendeposit ataupun awam. Ketika ditanya pandangan beliau tentang krisis di Dubai di mana projek-projek pembinaan bernilai AS$582 bilion dibatalkan ataupun ditangguhkan, Dr Mahathir berpendapat bahawa negara kemungkinan menuju ke arah itu. "Kita juga perlu berhati-hati. Sekarang kita boleh melihat begitu banyak kren di Kuala Lumpur. Kebanyakan pembeli adalah mereka yang membuat spekulasi, mereka membeli dengan harapan mereka akan membuat duit daripada kenaikan harga," katanya. "Sama ada kita akan sampai di sana atau tidak, saya tidak pasti, tetapi kita semakin menghampiri," kata Dr Mahathir. Beliau juga menekankan persekitaran di mana banyak hartanah komersial kosong kini diiklankan untuk jualan atau untuk disewa. The Malaysian Insider |
| Jenapala was an undischarged bankrupt Posted: 29 Nov 2010 02:33 AM PST By : Jonson Chong Please allow me to paint a concise picture about Jenapala and his alleged sacking. As far as I know, of course.I first met him during the March 2008 general election. He was one of those asked to speak at a ceramah I organised in Brickfields (whilst I was the election agent of the candidate for Lembah Pantai, none other than Nurul Izzah). I had no clue who he was then. All I knew was that somebody up there wanted him to speak on that occasion. So he did. Anyway, the next time I saw him was when both of us were appointed as deputy secretaries-general (together with two others) after the "successful" election campaign by KEADILAN. I was happy to continue working with Saleh (he was the election campaign manager for Nurul Izzah). Later, we discovered that Jenapala was an undischarged bankrupt. When Anwar was informed about this, he said someone is supposed to pay off the debt for Jenapala. Thus, Saleh was asked to KIV the matter and keep Jenapala for the time being. Then, at some point, after a long delay, Saleh quietly asked Jenapala to resign because he didn't want both the party and Jenapala himself to be embarrassed. Jenapala resigned as suggested. Conveniently, in April or June 2009, when the new deputy secretaries-general were appointed (I was replaced and "promoted" to Communications Director), Jenapala was left out of the new line-up. Later, for reasons unknown to me, Jenapala decided to agitate against the party and apparently announced the formation of a new party at a press conference. (The new party didn't take off.) Nevertheless, the Biro Politik decided in August 2009 that, if Jenapala was really involved in forming a new party, he must be sacked. The matter was not conveyed to the disciplinary committee although they were tasked to act on that decision. So, unfortunately, no one followed up on this decision; i.e. check whether Jenapala was involved and recommend to the MPP to sack him (the MPP is the only body with the authority to sack members). You can see the minutes of the meeting at Malaysia Today. So, yes, it's true, there was an intention to sack Jenapala. But not in February 2009. The decision was made only in August 2009, after it was reported in some Tamil newspapers that Jenapala announced that he was forming a new party. Yes, it's also true that Jenapala is not fit to be a deputy president of the party. But he is entitled to contest if he is still a member of the party. And, finally, yes, that is Saleh's "digital signature" on the letter. But it was printed on that letter without authorisation. It was neither drafted by me (as the then deputy sec-gen in charge of disciplinary matters) nor approved by Saleh, the former sec-gen (and my boss at that time). If there was no forgery, then some tiny people must have cobbled that letter together for the current sec-gen, Saifuddin, to show and tell at the press conference. Jokes aside, it is pertinent to ask why the lawyers for the party attempted to retract the letter as part of the evidence after it was filed in court. P.S. I am willing to help the party officials, or even the police, if they choose to investigate these "technical" details. Of course, I'd prefer the former to call me first. |
| Final Journey of Tun Lim Chong Eu Posted: 29 Nov 2010 01:42 AM PST Gambar-gambar sekitar pengkebumian (pembakaran) Jasad Tun Dr Lim Chong Eu.. Ramai pembesar-pembesar negara telah hadir bagi memberikan penghormatan terakhir buat mendiang.. Jasad beliau telah ditempatkan di Dewan Sri Pinang mulai Jumaat sehingga Ahad lepas untuk orang awam memberikan penghormatan akhir kepada mendiang. Perarakan mengiringi jasad mendiang telah bertolak dari krematorium Batu Gantung pada tengah hari Ahad (28 November), menurut ahli jawatankuasa pengebumian, Tan Sri Khoo Kay Por. Dr Lim, pengasas Gerakan, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan tokoh besar dalam politik negara, meninggal dunia di rumahnya pada 9.07 malam Rabu, selepas menderita akibat angin ahmar sejak sebulan lalu. Beliau yang berusia 91 tahun dibawa pulang ke rumahnya dari Hospital Pulau Pinang di mana beliau ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). |
| Bekas ketua SPRM nafi fitnah terhadap Khalid Ibrahim Posted: 29 Nov 2010 01:19 AM PST KUALA LUMPUR, 29 Nov — Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menafikan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Adul Khalid Ibrahim berhubung siasatan kes dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Abdul Khalid.Beliau berkata kenyataannya yang didakwa memfitnah itu diucapkan secara suci hati dan tanpa mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan reputasi atau imej Abdul Khalid (gambar). Menurutnya kenyataannya itu dibuat ketika menjawab soalan media pada satu sidang akhbar pada 20 Feb 2009 berhubung perkembangan hasil siasatan SPRM ke atas aduan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Selangor itu. Ahmad Said berkata demikian dalam pernyataan pembelaannya bagi menjawab pernyataan tuntutan dalam kes saman fitnah yang difailkan Abdul Khalid kepadanya, SPRM dan kerajaan berhubung pendedahan hasil siasatan suruhanjaya itu terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Abdul Khalid. Dalam pernyataan yang difailkan pada 31 Julai tahun lepas, yang diperoleh media hari ini, Ahmad Said berkata kenyataan itu dibuat atas kapasitinya sebagai ketua SPRM dan juga tanggungjawabnya di sisi undang-undang dan tanggungjawab moralnya untuk memaklumkan perkembangan hasil siasatan kes itu kepada masyarakat umum. Beliau berkata secara alternatifnya, kenyataan itu dibuat dalam keadaan perlindungan bersyarat. Abdul Khalid dalam writ samannya mendakwa pendedahan yang dibuat oleh Ahmad Said mengenai hasil siasatan suruhanjaya itu adalah berunsur fitnah. Beliau memohon ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi am dan ganti rugi khas dan juga injunksi untuk menghalang para defendan daripada mengulangi kenyataan memfitnah itu. Beliau tidak menyatakan amaun yang dipohon. Ahmad Said membuat kenyataan mengenai hasil siasatan suruhanjaya itu mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Abdul Khalid berhubung penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu bagi Hari Raya Aidiladha untuk kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili Abdul Khalid. Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa perkataan memfitnah yang dikeluarkan oleh Ahmad Said, yang telah menyebabkannya diterbitkan oleh media, berniat untuk merendah-rendahkan kapasitinya secara peribadi dan rasmi. Abdul Khalid, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ijok, mendakwa SPRM bertindak di luar bidang kuasa mereka, telah secara efektif merampas kuasa dan fungsi Peguam Negara. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan 26 Jan depan bagi pengurusan kes saman itu selepas kes disebut didengar di hadapannya hari ini. Peguam Wan Anuar Shadat Mohamed Amin hadir mewakili Abdul Khalid manakala peguam kanan persekutuan Habibah Harun mewakili Ahmad Said. Bernama |
| UMNO punca masalah di Malaysia Posted: 28 Nov 2010 10:28 PM PST Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati serta toleransi dalam agama yang diperjuangkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat menyebabkan Umno berasa iri hati dan sedia melakukan apa saja untuk merobohkan ikatan teguh antara PKR, PAS dan DAP, lapor TVSelangor. Justeru, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Umno cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS sebagai alat DAP. "Saya nak tanya.... adakah Umno alat MCA? PAS mendekati DAP berlandaskan Islam dan membawa Islam ke dalam DAP dan pendekatan ini diterima baik oleh DAP. "Bolehkah Umno bercakap berkenaan Islam kepada MCA ataupun MIC? Tidak boleh, sebab dia sendiri (Umno) tidak ada penerapan Islam!" katanya pada persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam pagi tadi. Menurut Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, Islam tidak menyatakan apa-apapun berkenaan bangsa kerana dalam Islam semua manusia adalah bersaudara. tidak kira sama ada mereka beragama Islam ataupun bukan Islam. Kesimpulannya adalah Umno merupakan penyebab utama semua masalah di negara ini yang menyebabkan berlakunya kekacauan berkaitan kaum dan agama. "Kerana kekacauan sebeginilah ulama Umno dahulu keluar Umno dan menubuhkan PAS, itu sejarah!" katanya. Nik Aziz juga mengambil contoh bencana banjir di Kedah yang berlaku baru-baru ini menunjukkan topeng kejahatan Umno yang cuba mempergunakan kesempatan mempolitikkan keadaan ketika itu. Sumber gambar FB TGNAMenurutnya, Sultan Kedah yang merupakan juzuk mewakili seluruh kerajaan telah turun padang melawat kawasan dan mangsa banjir, namun dua menteri Umno cuba memburukkan kerajaan Pakatan dengan mendakwa kerajaan Kedah 'lepas tangan' semasa banjir. Ini, katanya menunjukkan bahawa mereka langsung tidak mempedulikan dan menghormati sistem raja Melayu asalkan matlamat mereka iaitu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat berhasil. Kenal siapa kawan, siapa lawan Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat sewajarnya mengambil berat berkenaan dengan 'siapa kawan, siapa lawan'. Menurut Harakahdaily, Lim berkata sekiranya perkara itu tidak dititkberatkan, ia akan membawa kehancuran kepada diri mereka sendiri. "Jika kita tidak dapat bezakan (siapa kawan, siapa lawan), yang akhirnya hancur kita sendiri." Justeru, katanya adalah penting bagi pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengenali golongan itu supaya semua lawan boleh menjadi kawan melalui transformasi yang dilaksanakan. Beliau berkata, semasa Pakatan Rakyat menjadi pembangkang, tidak ada pihak yang mahu menjadi kawan tetapi ramai yang bertindak sebagai lawan. "Tapi apabila Pakatan Rakyat jadi kerajaan, ramai yang jadi kawan," katanya. Ahli parlimen Bagan itu turut melontarkan persoalan kepada peserta sama ada mereka berkemampuan untuk menjinakkan seekor harimau. "Kalau tak boleh jinakkan, tapi ia dapat dikawal," katanya. Lim juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya mengekalkan nilai-nilai yang dipopularkan kepada rakyat iaitu senang didampingi dan mudah diterima. "Kita kekalkan kita berjiwa rakyat," katanya. Pertahan keyakinan rakyat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula pada ucapannya menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat. Ini, katanya kerana Umno dan BN sentiasa berusaha memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang. Menurut Azizan , ini kerana BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu adalah kerana perpaduan. Justeru, katanya BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut. "Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita," katanya. Malaysiakini |
| 70% kontrak kerajaan P Pinang diperolehi Melayu Posted: 28 Nov 2010 08:14 PM PST Sistem tender terbuka yang dijalankan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah teraju Ketua Menterinya, Lim Guan Eng membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri itu tidak 'lembik', apatah lagi 'dayus'.Di sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Lim (pertama dari kanan) berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pegangan pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu. "Di Pulau Pinang, mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari Umno sahaja, "Malah, program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu di Pulau Pinang, "Biarlah Umno dan BN menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti-Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum," kata Lim dalam kenyataan baru-baru ini. Pada masa yang sama, Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus pada masa depan, jelasnya. Tambahan sub-kontraktor daripada Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor Pulau Pinang mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya. Bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil ini dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepada Lim dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini. Daripada jumlah itu, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, katanya lagi. Kerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer ini akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013. Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn. Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd., IJM Contructions Sdn Bhd., HRA Teguh Sdn Bhd. Malaysiakini |
| Posted: 28 Nov 2010 07:17 PM PST Semalam aku dah tanya betui ka ayat yang hang sebut ni Yeop.."Kali ini betul orang Datuk Zaid cuba menarik saja, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi saya kata saya tidak akan keluar. Pasal aku nampak lain macam saja bunyinya… rupanya aku tak silap.. Zaid, penyokongnya tak pernah ajak Mustaffa keluar PKR sertai parti baru KUALA LUMPUR, 29 Nov — Datuk Zaid Ibrahim yang keluar PKR baru-baru ini dan mahu menubuhkan parti yang baru menafikan pihaknya pernah mengajak bekas naib presiden Mustaffa Kamil Ayub agar menyertai pihaknya untuk meneruskan perjuangan dari luar parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu."Sudah pasti tidak, pada bila-bila masa Datuk Zaid atau saya atau mana-mana orang kanan Datuk Zaid ada membuat tawaran kepada Mustaffa supaya keluar PKR dan menyertai parti baru yang hendak ditubuhkan, tidak, sama sekali tidak," kata pembantu politik kepada Zaid, Muhammad Firdaus Christopher ketika dihubungi. Kata beliau, pihaknya tidak pasti kemungkinan ada pihak luar yang mengadakan perbincangan dengan Mustaffa dan jika ada ia tidak boleh dikaitkan dengan Zaid. "Tetapi bukan daripada kami. Beliau (Mustaffa) memberikan gambaran yang salah (kononnya diajak orang Zaid)," kata beliau lagi. Sehubungan itu, Muhammad Firdaus juga berkata, pihaknya tidak mahu menerima mana-mana individu yang tiada kredibiliti, merujuk kepada pendirian Mustaffa yang memberikan kata dua 48 jam kepada pucuk kepimpinan PKR agar pemilihan pusat dibatalkan dan diadakan semula tetapi meneruskan saingan dengan protes. "Isunya ialah soal kredibiliti, kalau tiada kredibiliti macam mana (kita hendak menerima), kita tidak mahu orang yang suka 'flip-flop'... bukannya seseorang yang merestui ketidakadilan, berbohong," kata beliau. Zaid meninggalkan PKR selepas menarik diri daripada saingan jawatan timbalan presiden. Mustaffa juga memberikan kata dua 48 jam kepada PKR agar mengatasi masalah yang dibangkitkan berhubung kecacatan dan kepincangan yang wujud. Dalam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR semalam, Mustaffa berkata, beliau akan terus bersama parti itu, sekali gus menamatkan spekulasi akan meninggalkan komponen PR itu. Mustaffa berkata beliau telah memutuskan untuk terus bersama meskipun ada diajak oleh penyokong Zaid dan juga orang Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Kalah dalam pertandingan adalah satu perkara biasa. Bila bertanding kita perlu bersedia sama ada akan menang atau kalah. "Jangan salah faham bila saya buat aduan, walaupun pahit ditelan saya harus beritahu mengenai kepincangan yang berlaku dalam pemilihan parti. "Saya buat aduan bukan sebab nak lemahkan parti tapi mahu supaya menjadi model contoh kepada Pakatan Rakyat," kata bekas naib presiden ini ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR hari ini. Mustaffa menegaskan bahawa beliau akan tetap bersama PKR demi perjuangan kepada rakyat. "Kali ini, betul orang Datuk Zaid cuba menarik saja, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi saya kata saya tidak akan keluar. "Saya tetap dengan PKR, parti masa depan untuk saya, untuk Melayu, Cina, India, Kadazan dan masa depan kita," katanya. Jawatan timbalan presiden dimenangi oleh Azmin Ali. The Malaysian Insider |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |































Tiada ulasan:
Catat Ulasan