Biaqpila |
- Nurul Izzah undi tertinggi Naib Presiden PKR
- Pasangan dibelit ular ketika berzina
- Anwar: Saya tetap bertahan walaupun terus diserang Umno-BN
- Harga rokok naik, perokok turut bertambah
- Nenek bernikah suami pula lari
- Lawak Ahad: Restoran
| Nurul Izzah undi tertinggi Naib Presiden PKR Posted: 28 Nov 2010 02:00 PM PST ![]() PETALING JAYA, 28 Nov: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapat undi tertinggi untuk jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sementara itu, Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dipilih sebagai Timbalan Presiden dengan mendapat 19,543 undi. Keputusan itu diumumkan pada Kongres Nasional Tahunan ke-7 parti itu yang diadakan di sini, petang ini. Keputusan penuh sebagaimana berikut: Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Binti Wan Ismail (menang tanpa bertanding) Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali - 19,543 undi Naib Presiden 1. Nurul Izzah Anwar – 13,211 undi 2. Tian Chua - 11,744 undi 3. Fuziah Salleh - 8,927 undi 4. Datuk Dr Mansor Othman - 8,576 undi Ahli Majlis Pimpinan Pusat 1. Elizabeth Wong - 10,897 undi 2. Dr Badrul Amin Baharom - 9,672 undi 3. Hee Lot Sian - 8,473 undi 4. Khalid Jaafar - 7,889 undi 5. Datuk Johari Abdul - 7,719 undi 6. Abd Rahman Yusof - 7,719 undi 7. Haniza Talha - 7,588 undi 8. Fariz Musa - 7,511 undi 9. Zakaria Abdul Halim - 7,170 undi 10. Roland Chia Ming Shen - 7,095 undi 11. Siti Aishah Shaik Ismail - 6,876 undi 12. Ismail Yusof - 6,332 undi 13. Latheefa Koya - 6,242 undi 14. Kesavan Subramaniam - 6,139 undi 15. Shuhaimi Shafiei - 6,095 undi 16. M.R. Summugam - 5,964 undi 17. Yusmadi Yusoff - 5,810 undi 18. S.Manikumar - 5,789 undi 19. Mustafa Kamal Yusoff - 5,745 undi 20. Christina Liew - 5,707 undi HD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Pasangan dibelit ular ketika berzina Posted: 28 Nov 2010 04:50 AM PST ![]() "Ambillah iktibar dari kisah benar ini.. Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan.............. Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya. "Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal. Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. "Apa yang boleh saya bantu encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. "Ustaz...macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya. "Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas. Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. "Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut. Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya. Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya."Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi. Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. "Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah. Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama. Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. "Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan. Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan. Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. "Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka. "Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu. Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut. "Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk. Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina. Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin. Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka. DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA : "SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA." pardians KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Anwar: Saya tetap bertahan walaupun terus diserang Umno-BN Posted: 28 Nov 2010 02:00 AM PST ![]() PETALING JAYA, 28 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang semalam diberikan kepercayaan agar terus kekal sebagai ketua umumnya berkata, walaupun diserang bertubi-tubi oleh Umno-Barisan Nasiona (BN) akan tetap bertahan bagi memperjuangkan hak rakyat. "Ramai kawan-kawan tanya sama ada saya rungsing dengan serangan yang dibuat Umno-BN, saya cakap jangan dengar. "Walau apa pun serangan, saya akan tetap bertahan. Yang penting adalah keyakinan saya terhadap parti," kata Penasihat PKR itu ketika berucap pada program khas bersama perwakilan Kongres Nasional PKR di sini malam tadi. Anwar berkata, ahli dan kepimpinan parti perlu yakin terhadap perjuangan sekiranya mahu membawa perubahan. "Kita kena ada keyakinan, kalau yakin akan perjuangan ini, baru kita boleh maju dengan kuat demi kepentingan dan kebebasan rakyat. "Semuanya kena bermula dengan keyakinan, ini bukan gimik poltik. Kita perlu buktikan komitmen bahawa kita ini adalah parti yang berbeza," kata Ketua Pembangkang ini. Anwar berkata, sesiapa yang mahu menyertai parti itu terlebih dahulu perlu memahami asas perjuangan PKR. "PKR adalah parti pejuangan, siapa yang nak masuk parti ini perlu faham agenda kita. "Agenda parti adalah perjuangan dan keadilan yang selama ini menjadi tunggak kita. Kekuatan parti kita berbeza dengan Umno-BN. "Dalam perjuangan keyakinan itu mesti ada, selama ini kita diserang bertubi-tubi. Kenapa kita diserang? Kerana kita adalah parti yang memperjuangkan keadilan dan mahu membebaskan rakyat daripada cengkaman kezaliman Umno-BN," katanya. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata Umno-BN akan melakukan apa sahaja untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap parti itu. "Umno menggunakan media untuk menyerang kita, kenapa? Kerana mereka mahu menghakis keyakinan kita terhadap parti tapi adakah mereka berjaya? Tidak.. "Bila saya minta seranglah saya sebanyak mungkin mereka tidak berani kerana tiada keyakinan apa yang mereka boleh tunjukkan adalah kuasa. "Jadi kita perlu yakin terhadap perjuangan parti, kita perlu yakin kepada perubahan untuk tegakkan keadilan untuk rakyat," katanya. TMI KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Harga rokok naik, perokok turut bertambah Posted: 27 Nov 2010 11:00 PM PST ![]() Oleh - Dr Aminudin Mansor Kerajaan telah menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuat kuasa 1 Oktober lalu, tetapi bilangan perokok makin bertambah terutama dalam kalangan generasi muda. Dengan kenaikan kadar duti eksais itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan, demikian menurut satu kenyataan daripada Kementerian Kewangan baru-baru ini. Kenyataan yang sama berkata, kenaikan itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan di bawah Konvensyen Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Isu rokok seakan tiada penghujungnya. Melalui komitmen itu, kaedah percukaian dan kawalan harga merupakan langkah penting dan berkesan dalam mengawal penularan gejala merokok, terutamanya dalam kalangan remaja. Langkah itu juga selaras dengan dasar penetapan harga minimum jualan rokok sebanyak RM6.40 sekotak berkuat kuasa mulai Januari tahun ini. Bagaimanapun, jika ditinjau dalam kalangan remaja, penularan gejala merokok ini masih belum dapat diatasi kerana pekedai menjual rokok secara bebas dengan menjualnya kepada remaja, sama ada sebatang atau dua batang. Remaja, khususnya pelajar sekolah rendah dan menengah bebas membeli rokok di kedai runcit, begitu juga kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi. Ketagihan merokok juga semakin menular dalam kalangan remaja perempuan. Selain itu, penjualan rokok seludup juga tidak dapat dibanteras, disebabkan banyaknya permintaan dalam kalangan perokok tegar. Antara penjual dan pembeli mereka mempunyai hubungan akrab saling memerlukan. Penjual memerlukan wang, sementara pembeli memerlukan rokok. Sementara itu, kempen anti merokok seakan tidak memberi kesan kepada perokok terutamanya remaja dan pelajar sekolah. Pihak sekolah hanya dapat mengawalnya semasa waktu persekolahan. Ada juga pelajar yang mencuri-curi merokok di dalam tandas pada waktu rehat. Sementara, kawasan larangan merokok di luar juga seperti di pusat beli-belah, hospital dan pejabat kerajaan tidak diambil endah oleh perokok tegar. Hanya melalui kesedaran dan keinsafan sahaja perokok dalam kalangan remaja, khususnya pelajar sekolah dapat diatasi dan dibanteras. Kempen melalui kesedaran ini mestilah dilakukan dari masa ke masa di sekolah bagi mengatasi gejala merokok. Selain itu, tindakan tegas perlu juga dilakukan kepada pelajar yang merokok di sekolah. Ibu bapa, dan guru mestilah berusaha dan bekerjasama bagi menangani masalah ini. Jika pelajar ketagih merokok mereka bukan sahaja tidak dapat memfokuskan sepenuhnya kepada pelajaran, malah boleh menjejaskan kesihatan serta penumpuan kepada pekerjaan mereka, terutama apabila bekerja nanti. SH KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Nenek bernikah suami pula lari Posted: 27 Nov 2010 08:00 PM PST ![]() KULIM - Kisah seorang nenek berusia 75 tahun yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri dari rumah kerana terlalu sedih apabila hasratnya untuk menikahi kekasihnya seorang peladang berusia 42 tahun dihalang oleh waris dan anak-anak kerana faktor usia dilaporkan telah kembali ke pangkuan keluarga kelmarin. Warga emas berkenaan yang uzur dilaporkan telah menghubungi warisnya dari Alor Setar kira-kira jam 3 petang dan meminta mereka mengambilnya kerana dia tidak tahu cara untuk balik ke rumah. Ketika membuat laporan dan kenyataan di Balai Polis Kulim dia dalam keadaan lupa dan ini berlaku mungkin disebabkan faktor usia. Menurut nenek berkenaan, dia pergi berjumpa dengan teman lelakinya dan bernikah di negara jiran tetapi tidak mengingati di mana majlis pernikahan itu dijalankan. Apabila diajukan soalan oleh anggota polis di manakah surat pengesahan pernikahannya, dia mula bertanya kepada waris terdekat dan kemudiannya memaklumkan kepada polis segala surat menyurat ada dalam beg yang dilarikan oleh suaminya. Menurut warisnya, nenek itu masih dalam keadaan keliru. Katanya, ketika hendak mengambil nenek berkenaan pulang, lelaki yang dikatakan suaminya itu telah melarikan begnya di mana terdapat sejumlah RM1,700 termasuk dokumen perkahwinan mereka. Waris mangsa tidak kisah sekiranya mereka benar-benar sudah bernikah. Sinar Harian difahamkan, nenek terbabit sebelum ini tidak pernah berjumpa dengan lelaki yang dinikahinya. Perkenalan mereka hanya melalui telefon sahaja dan dari itu timbul perasaan sayang antara mereka sehingga mengambil tindakan melarikan diri untuk bernikah di negara jiran. Ketika ditanya oleh polis apakah dia akan terus bersama suami yang baru dinikahinya, dia kelihatan keliru dan memaklumkan tidak akan bersama suaminya lagi kerana dia berasa seperti ditipu dan diperdaya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song berkata, terdapat beberapa kejadian lari dari rumah dan ada dalam kalangan mangsa terlibat yang balik semula ke pangkuan keluarga dengan bantuan polis. Katanya, masyarakat harus peka dengan permasalahan dialami oleh ahli keluarga masing-masing dan harus membuat laporan polis sekiranya ada antara mereka yang hilang atau tidak balik ke rumah. "Saya meminta kerjasama orang ramai untuk membuat laporan polis sekiranya ada ahli keluarga mereka lari atau hilang dari rumah. Dengan adanya laporan polis, kami boleh membantu mencari ahli keluarga mereka. "Kita harus peka dan cuba mendalami masalah dialami oleh ahli keluarga kita. Keluarga memainkan peranan penting dalam memastikan mereka yang terlibat ini tidak mengambil jalan mudah untuk menyelamatkan diri," katanya. SH KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Posted: 27 Nov 2010 05:00 PM PST ![]() Sepasang suami isteri bersama keluarganya merayakan ulang tahun perkahwinan mereka dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu utama. Pemilik : "Bagaimana perasaan anda terhadap hidangan dan layanan kami?" Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini." Pemilik : "Dapur yang paling bersih?… Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kami yang paling bersih?" Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun." KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan