DIALOG RAKYAT |
- Hampir pengsan bil hospital RM23,000
- Saifuddin Kata Rekod Parti Sahkan Jenapala Dipecat Ahli
- Apa pun terjadi, AMK pertegas perkasakan parti
- Pengeluaran kereta hibrid Proton secara meluas diputuskan selepas kegunaan kerajaan
- Jawatankuasa bersama benteras penyelewengan diesel bersubsidi diwujudkan
- Saifuddin: ‘Third Force’ bukan serpihan PKR, Najib tak buat kerja rumah
| Hampir pengsan bil hospital RM23,000 Posted: 27 Nov 2010 03:57 PM PST Oleh Syed Azwan Syed Ali Kakitangan swasta kecewa tak dimaklum caj melebihi jumlah maksimum ditanggung insurans KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan swasta dari Kluang, Johor, hampir pengsan apabila melihat bil perubatannya mencecah RM23,000 selepas 12 hari dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat kerana batuk selama dua minggu. Roslan Husin, 46, mendakwa pakar di hospital swasta itu bagaimanapun gagal mengesan punca penyakitnya sejak dia ditahan di wad hospital itu 4 Febuari tahun lalu, selain mendakwa caj ubat dikenakan berjumlah RM9,852 mahal dan melampau. Lebih menyedihkan, dia mendakwa kakitangan pusat perubatan swasta itu hanya memberitahu kos perubatannya melebihi jumlah maksimum perlindungan insuransnya iaitu RM15,000 selepas 11 hari ditahan di wad. "Saya terkejut, marah dan hampir pengsan apabila diberitahu bil perubatan saya melebihi RM15,000 yang ditanggung syarikat insurans. Saya persoalkan kenapa hanya diberitahu selepas ia lebih daripada jumlah itu, kenapa tak beritahu awal," katanya ketika dihubungi Berita Minggu. Roslan berkata, dia pergi ke hospital swasta setelah dinasihatkan oleh doktor klinik panel syarikatnya kerana mereka gagal mengesan punca batuk dialaminya. "Mereka periksa saya macam biasa, tidak buat apa-apa kecuali membuat imbasan x-ray dan masukkan wayar dalam hidung. Pakar di situ kata saya menghidap asma tetapi saya tak percaya, saya cuma batuk-batuk. Kemudian mereka datang dan beritahu bil perubatan saya mencecah RM23,000 menyebabkan saya terkejut," katanya. Dia tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan namun, pihak hospital yang gagal mengesan punca penyakit tetap memintanya tinggal di wad selama dua hari lagi. "Saya tolak permintaan mereka menyebabkan doktor pusat perubatan pakar itu menulis surat untuk merujuk saya ke Hospital Kluang, tetapi doktor hospital kerajaan beritahu pada saya, kalau pakar pun tidak dapat kesan apa punca penyakit saya, tak guna untuk saya dimasukkan ke hospital kerajaan," katanya. Katanya, selepas keluar dari hospital swasta itu dia mencuba kaedah perubatan tradisional dan penyakitnya kini sembuh. Isnin lalu, Berita Harian melaporkan 26 peratus daripada individu yang gagal membayar balik pinjaman bank dan kad kredit kerana menanggung beban hutang membiayai kos perubatan tinggi di hospital swasta. | ||
| Saifuddin Kata Rekod Parti Sahkan Jenapala Dipecat Ahli Posted: 27 Nov 2010 03:51 PM PST
| ||
| Apa pun terjadi, AMK pertegas perkasakan parti Posted: 27 Nov 2010 03:48 PM PST
| ||
| Pengeluaran kereta hibrid Proton secara meluas diputuskan selepas kegunaan kerajaan Posted: 27 Nov 2010 03:45 PM PST BERNAMA
Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir berkata pihaknya perlu mendapatkan maklum balas positif daripada pihak kerajaan terlebih dahulu sebelum memasarkannya secara besar-besaran. "Kami sekarang tengah buat persiapan untuk menghasilkan antara 50 ke 200 buah kereta yang bercirikan hibrid dan penghantaran akan bermula pada Januari depan. Ini ialah untuk dapatkan maklum balas positif dan data daripada pengguna. "Kalau terus ke mass production takut ada masalah, jadi biar kerajaan menggunakan dan memperolehi maklum balas daripada mereka. Harap menjelang pertengahan tahun depan atau hujung tahun, kita buat keputusan untuk pasarkan secara besar-besaran," katanya kepada pemberita selepas sambutan fiesta keluarga dan Pertandingan Inovasi Proton 2010 yang turut dihadiri pengerusi Proton Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh di Stadium Shah Alam di sini petang ini. Syed Zainal Abidin berkata kejayaan pemasaran kereta hibrid Proton di negara ini bergantung kepada kerjasama antara syarikat itu dengan pihak kerajaan. Ini kerana beliau berkata, harga kereta hibrid adalah kira-kira 50 peratus lebih mahal daripada harga kereta biasa dan pemberian insentif oleh kerajaan secara tidak langsung boleh menggalakkan pembelian kereta jenis itu. "Di negara lain contohnya, bila kerajaan adakan insentif yang berbeza ini akan mencentus pembelian kereta hibrid kerana ia sangat mahal sebab itu kena ada insentif. "Kalau kita lihat negara maju insentif diberi oleh kerajaan seperti rebat, pengurangan duti eksais duty, pendaftaran zero, parkir khas atau percuma dan bila ada insentif ini sudah tentu pembeli akan beli hibrid. Tanpa insentif jumlahnya tidak akan terlalu tinggi," katanya. Sementara itu, beliau berkata Inovasi dan Rekacipta Proton 2010 merupakan pertandingan yang bertemakan "Teknologi Hijau" bagi membina kereta inovasi dari sisa atau lebihan yang diperolehi dari kilang yang disertai oleh kakitangan Proton. Beliau berkata pertandingan yang diilhamkan oleh penasihat Proton yang juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu disertai oleh 19 pasukan terdiri daripada jurutera, penyelidik, operator dan kakitangan kewangan. "Ia bertujuan memupuk budaya inovasi dalam syarikat kerana inovasi dan rekaan luar biasa adalah satu perkara penting dalam Proton. Program ini juga menunjukkan bahawa kita tidak perlu mempunyai pendidikan tinggi untuk menjadi seorang pereka inovasi," katanya. | ||
| Jawatankuasa bersama benteras penyelewengan diesel bersubsidi diwujudkan Posted: 27 Nov 2010 03:43 PM PST BERNAMA BERA— Sebuah jawatankuasa bersama membabitkan beberapa kementerian diwujudkan bagi membanteras kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi secara total di negara ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penubuhan jawatankuasa itu membabitkan kementeriannya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dipersetujui pada mesyuarat cabinet semalam. Beliau berkata pihaknya percaya penyelewengan diesel bersubsidi itu bukan hanya berlaku di kalangan nelayan, malah pihak lain yang turut menerima subsidi berkenaan seperti teksi dan bas. "Kerajaan tidak akan berkompromi berhubung isu penyelewengan subsidi diesel ini kerana ia melibatkan wang rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival Kesihatan dan Keselamatan Parlimen Bera di Taman Kerayong Makmur hari ini. Katanya, sebelum ini, setiap tindakan penguatkuasaan dijalankan di peringkat kementerian masing-masing sehingga menyukarkan pemantauan secara menyeluruh. Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata koordinasi dan pertukaran maklumat secara bersama lebih berkesan dalam membanteras kegiatan yang disifatkannya seperti mengkhianati negara sendiri. Selain itu, beliau berkata jawatankuasa berkenaan akan mencari mekanisme terbaik dalam pemberian subsidi diesel bagi mengelak perkara tersebut daripada berulang. Mengenai laporan bahawa ada anggota penguat kuasa KPDNKK terlibat dalam penyelewengan subsidi diesel, Ismail Sabri berkata kementeriannya tidak akan melindungi pegawai yang tidak berintegriti. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah anggota yang terlibat namun mengesahkan tiga penguat kuasa KPDNKK Pahang disiasat berhubung perkara itu. "Jika ada kes, SPRM akan bawa mereka ini ke muka pengadilan," katanya. | ||
| Saifuddin: ‘Third Force’ bukan serpihan PKR, Najib tak buat kerja rumah Posted: 27 Nov 2010 03:40 PM PST PETALING JAYA — Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menolak dakwaan kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai "Third Force" adalah serpihan membabitkan ahli-ahli parti itu yang kecewa dengan kepimpinan mereka. "Memang tiada kaitan dengan PKR, tiada... tiada kaitan pun," kata setiausaha agung parti Saifuddin Nasution kepada The Malaysian Insider di akhir hari pertama Kongres Nasional parti yang berlangsung di sini. Justeru, beliau juga menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan "kerja rumah" yang baik apabila mengatakan Third Force adalah serpihan PKR. "Saya keliru sedikit dengan kenyataan Datuk Najib yang mengatakan seolah-olah Third Force ini adalah serpihan PKR. "Third Force bukan anggota PKR, Datuk Najib menyebut lahirnya Third Force menunjukkan kucar-kacirnya PKR sehingga membawa kepada kewujudan Third Force. "Jadi saya fikir kenyataan itu tidak cermat dan tidak melakukan kerja rumah yang baik," katanya. Najib hari ini berkata kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai "Third Force" dalam pakatan pembangkang khususnya PKR adalah berikutan timbulnya rasa tidak puas hati anggota parti itu terhadap kepimpinan mereka. Beliau berkata keadaan itu juga menunjukkan krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti tersebut dan tindakan anggota PKR itu kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka. "Kalau berlaku apa-apa pun, ini kesan daripada rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli PKR sendiri sebab itu mereka sudah menjadi kumpulan yang telah memilih jalan untuk keluar daripada PKR. "Sama ada mereka jadi Third Force atau mereka masuk parti yang Datuk Zaid (Ibrahim) nak tubuh atau pun nak masuk Umno dan sebagainya. Ini kesan daripada keadaan dalam PKR yang menjurus kepada satu keadaan di mana krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti tersebut," katanya.
"Ura-ura penubuhan Third Force ini datangnya daripada sekumpulan aktivis yang berpendapat mereka ada peranan dalam politik negara. "Misalnya mereka berpendapat meletakkan calon pilihan raya bukanlah hak mutlak masing-masing parti politik, mereka merasakan bahawa mereka juga ada peranan. "Jadi dalam sistem demokratik yang terbuka membenarkan penyertaan semua pihak, tiada siapa yang boleh menyekatnya. Kelahiran kumpulan ini adalah daripada sekumpulan aktivis yang merasakan sampai masa untuk mereka terjun berkecimpung dalam politik," katanya. Ahli Parlimen Machang itu berkata kemungkinan besar Third Force mahu supaya parti melantik mereka sebagai calon dalam pilihan raya. "Saya fikir perkara asas dalam pemilihan calon ini ialah calon yang boleh menyumbang kepada kemenangan dan parti sudah tentu mempunyai mekanisme kriteria pemilihan calon. "Third Force ini berpendapat bahawa mereka juga mahu ada tempat terhadap perkara ini. Jadi dasar parti sekarang ini adalah urusan pemilihan parti adalah urusan dalaman. "Pernah berlaku NGO bertanding gunakan lambang parti. Walaupun parti mempunyai sistem pemilihan dengan keutamaan kepada aktivis parti dan pemimpin parti menjadi calon tapi rekod pembangkang atau Pakatan Rakyat ini menunjukkan bahawa di sana ada juga peluang yang diberikan kepada aktivis," katanya. Saifuddin juga menolak Pakatan Rakyat akan menemui Third Force secara rasmi. "Setakat ini belum ada ura-ura untuk menemui secara rasmi," katanya. Ketika ditanya mengenai kekosongan jawatan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Saifuddin mengatakan bahawa parti masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu. Jawatan tersebut kosong selepas Zaid mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR. "Kita belum pilih, lazimnya selepas kongres. Apabila ada kekosongan ataupun kalau tidak ada kekosongan lazimnya mana-mana parti pun akan melakukan pelantikan baru atau mengekalkan pelantikan lama. "Ia tertakluk kepada keupayaan parti di negeri masing-masing. "Jadi saya menjangkakan pengumuman berkaitan dengan pelantikan baru bagi negeri-negeri akan dilakukan bersekali dengan pengumuman keputusan pemilihan MPP," katanya. Bagaimanapun, Saifuddin berkata kepimpinan parti akan mengadakan perbincangan bagi memilih calon yang sesuai. "Biasa pimpinan akan duduk berbincang, meneliti dan mengambil kira semua aspek. "Saya tidak boleh nak jangka sama ada perubahan," katanya. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
PETALING JAYA - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail berkata pemecatan Timbalan Setiausaha Agung P Jenapala sebagai ahli adalah sah berdasarkan kepada rekod yang disimpan di ibu pejabat parti.
"Kita adalah barisan hadapan yang sejak sekian lama bersedia dan akan terus bersedia menghadapi apa sahaja serangan yang dilancarkan terhadap parti ini. Insya Alah kita tidak akan gentar, kita tidak akan goyah," tegas ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin semasa menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan Malaysia Ketujuh, di sini, hari ini.
SHAH ALAM — Pengeluaran kereta hibrid Proton secara meluas akan hanya diputuskan selepas kereta jenis itu diuji untuk kegunaan kerajaan di Putrajaya dan Cyberjaya pada tahun depan.
Sebaliknya Saifuddin (gambar) berkata, kewujudan Third Force adalah inisiatif kumpulan aktivis yang merasakan mereka ada peranan dalam politik negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan