™ kaasii peecaahhh laaa...® |
- Senarai Penuh Ahli Pimpinan Pusat penggal 2010 - 2013
- Utamakan perumahan rakyat - Yb Sim
- Kerajaan gagal terjemah makna falsafah pendidikan kebangsaan
- Puisi buat Senator Dr. Syed Husin Ali
- Perwakilan Perak - AMK perlu kembali kepangkal jalan
- Kalau Anjing salak... anda salak balik tak?
| Senarai Penuh Ahli Pimpinan Pusat penggal 2010 - 2013 Posted: 27 Nov 2010 11:04 PM PST Presiden Wan Azizah Binti Wan Ismail - Menang Tanpa Bertanding Timbalan Presiden Azmin Ali - 19,543 undi Naib Presiden 1.Nurul Izah Anwar - 13211 undi 2.Tian Chua - 11,744 undi 3.Fuziah Salleh - 8,927 undi 4.Mansor B. Hj Othman - 8,576 undi Ahli Majlis Pimpinan Pusat 1.Elizabeth Wong - 10,897 undi 2.Badrul Amin - 9,672 undi 3.Hee Lot Sian - 8,473 undi 4.Khalid Jaafar - 7,889 undi 5.Johari Abdul - 7,719 undi 6.Abd Rahman Yusof - 7,719 undi 7.Haniza Talha - 7,588 undi 8.Fariz Musa - 7,511 undi 9.Zakaria Abdul Halim - 7,170 undi 10.Roland Chia Ming Shen - 7,095 undi 11.Siti Aishah - 6,876 undi 12.Ismail Yusip - 6,332 undi 13.Latheefa Koya - 6,242 undi 14.Kesavan Subramaniam - 6,139 undi 15.Shuhaimi Haji Shafiei - 6,095 undi 16.M.R. Summugam - 5,964 undi 17.Yusmadi Yusoff - 5,810 undi 18.S.Manikumar - 5,789 undi 19.Mustafa Kamal Yusoff - 5,745 undi 20.Christina Liew - 5,707 undi |
| Utamakan perumahan rakyat - Yb Sim Posted: 27 Nov 2010 08:37 PM PST ![]() Wakil Angkatan Muda, Tsim Tze Tsin ketika membahaskan usul ekonomi berkata, dasar KEADILAN menjulang integriti dalam sistem pentadbiran ekonomi dan menentang rasuah yang menimbulkan kerugian berbilion ringgit kepada negara. Menurutnya, pada 2007, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan agenda ekonomi Malaysia, yang membentuk halatuju KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran ekonomi. Tambah beliau idea dan gagasan ekonomi tersebut kemudiannya diciplak oleh kerajaan pimpinan Najib Razak termasuk dalam isu gaji minima. "Umno-Bn menghabiskan berpuluh juta ringgit untuk merancang pelan ekonomi tetapi rakyat masih ditakuk yang lama,"ujarnya. Menurutnya, Pakatan Rakyat berbeza dari segi pentadbiran ekonomi dengan memberi perhatian terhadap isu perumahan rumah kos rendah dan mampu milik terutama kepada golongan muda dan rakyat miskin. |
| Kerajaan gagal terjemah makna falsafah pendidikan kebangsaan Posted: 27 Nov 2010 07:53 PM PST Perwakilan dari Cabang Bayan Baru, Pulau Pinang, Rashid Hasnor dalam usul perbahasan pendidikannya hari ini berkata, kerajaan gagal untuk menterjemahkan makna dari falsafah pendidikan, berikutan kebejatan sikap pemerintah yang memandang enteng berkenaan hal tersebut. "Telah banyak gejala buruk yang berlaku dalam hasil dari dasar yang pincang ini. Pecah amanah, keruntuhan akhlak, yang menjurus kepada gejala yang lebih buruk dalam sistem pentadbiran dan perundangan di negara ini," katanya. Rashid menjelaskan, pengalaman Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Pendidikan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, dalam membentuk sahsiah ahli dan kepimpinan. "Justeru, hasrat kami sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, falsafah pendidikan ini perlulah dirombak. Bukan semata-mata kepada kandungannya, tetapi kaedah dan dasar lebih radikal," Beliau menambah, KEADILAN harus mengambil langkah dan pendekatan yang lebih holistik,terutamanya melalui biro pendidikan bagi menggemblengkan tenaga untuk menjayakan agenda pendidikan rakyat |
| Puisi buat Senator Dr. Syed Husin Ali Posted: 27 Nov 2010 06:55 PM PST ![]()
Suara Merdeka Semangat Abadi (kepada semua pencinta kebenaran dan keadilan) "saya terkadang merasa belum tua lagi…akan tetapi, tidak bererti saya akan meninggalkan politik ataupun parti sepenuhnya…" - Senator Dr. Syed Husin Ali
i. matari september seribu sembilan ratus tiga puluh enam di bumi Bandar Penggaram jagatraya berkisah cemburu dalam bahagia kerna akhir disaksi teruji dek zaman bakal melakar deru laju tapaknya seiring impiannya sudah teruji merentas segala duri dan ranjau…
ketahuilah parti ini melangkah ke putrajaya dengan iringan setia semangat rakyat abadi dari batu pahat, banteras rasuah adalah prinsipnya khianat hipokrasi adalah musuhnya impian satupadu adalah juangnya kanun kejam adalah lawannya.
semuanya demi harimuka masyarakat segalanya untuk harapan baru rakyat
terimakasih syed husin ali kini kami bisa jauhi amalan korup, pemerintahan bobrok dan tirani kukubesi terimakasih syed husin ali kini kami bisa kenali ajaran perubahan, erti pengorbanan dan janji reformasi
liku-liku juang jitu simbol cabaran semangat susuk sederhana konsisten tekad juang; zahir perwatakan nyata sikap tegas kepedulian hanya perjuangan rakyat berkali-kali mengungkap kebencian pada kepura-puraan nadanya pasti kritik, pasti pedas "ilmuwan jangan menikus melukakan kerajaan …biarlah dibersihkan air agar jernih"
gelora warna warna cabaran lalu mengheret atma prihatin itu mengenal cabaran dan halangan
lalu terus langsung mengukir sejarah lalu tekad ligat memperbetulkan arah
impiannya kemanusiaan, kesejahteraan faedahnya untuk rakyat dan negara, nusa dan bangsa
dari ancaman kapitalis, dari adu domba KKN dari salahguna ISA, dari pilihkasih OSA, dari tekantikam Akta Percetakan. Atau penindas rakyat,menara bazir billion ratusan tingkat Atau kapal selam langsung enggan tenggelam Atau sisa – sisa penjajahan minda salah urus tadbir salah pengkhianat main pasir.
ii kami hayati gusar atma dalam coret cerita pendek lintah dua serupa-takut tersisih-prasangka kami dalami kritis rintih dalam wacana dedah realiti tanah simpanan melayu perlu dibangun-menjana politik tidak perkauman dari tajam pemikiranmu baru kami kenali apa erti pembangunan-masyarakat dan pimpinan kampung dari teguh prinsipmu, baru kami tekuni orang melayu masalah dan masa depan
tidak lain bagi kemerdekaan rakyat kita tidak lain buat keadilan rakyat Malaysia
beritakanlah rahsia buana siyasah agar kenal tulisan pedomanmu, semangat tekadmu (pasti takkan haus)
khabarkanlah jasa peta politik agar mesra tunjang pengorbananmu, wawasan harapanmu (pasti takkan pudar) iii. 1974 – yang mengejut mengambil dari tidur dari rumah 6 tahun lama 1990 – yang memaksa letak jawatan kuliah gedung ilmu universiti malaya 2003 – yang melihat pembubaran-penggabungan parti asas papantanda putrajaya 2009 – yang diangkat wakili gema hujah dinding dewan negara 2010 – yang melihat langkah pergi sebenarnya lebih berani dalam rela
Apakah akan ada lagi Timbalan Presiden sebegitu ? Apakah akan ada lagi Timbalan Presiden sepertimu ?
mengajar kita ranjau resah senantiasa ceramah membawa agenda mendidik kita duri gelisah selalu ditinta tegur nasihat
walau jatuh akan kita bangkit laju walau usir namun kita paling semula takkan tewas, serah atau pasrah kecundang ini suara merdeka yang bebas
melawan dalang dan tirani melawan kepalsuan dan penindasan segala rejim dan segala barisan ini suara merdeka semangat abadi
hapuskan kezaliman dan kebiadapan, penipuan dan penindasan ini gema suara merdeka yang benar
segera ke hadapan dengan cogankata lantang serta sepanduk bantahan bangkit melangkah laju maju bersama lafaz protes sumpah amanah
tahanlah tanpa bicara sekali lagi walau di Balai Jalan Bandar atau jeriji besi penjara Kamunting kiranya dikirim ugutan, diseksa, diaibkan akan ditulis lagi dua wajah tahanan tanpa bicara perihal fitnah akan diutus lagi warkah terbuka airmata tabah sabariah abdullah.
iv. AMK sedia hadir, tempur penuhi padang kelab selangor, panjat mimbar masjid negara mana-mana atau Wanita Srikandi terus berarak dari baling dan tasik utara bila-bila
halangilah, selindungilah seorang mirzan, seorang tajuddin sepuluh che Mahathir, beratus king ghazali dengan syed husin ali kita akan mara demonstrasi dengan syed husin ali kita akan segera berani kerna semua wanita pagi ini kerna semua amk kongres ini akan lahirlah nanti SEJUTA LAGI SYED HUSIN ALI BERANI
sejarah kezaliman, sejarah penipuan PASTI DITUMPASKAN
zaman segala era menteri perdana bersilih, pemimpin sering datang-pergi namun insan syed husin ali terus relevan kekal dekad segala dasar-rancangan dibentang-dimansuh pusingan pilihan raya-manifesto berlalu-berganti namun tokoh syed husin ali terus tampak kental SEMUANYA demi generasi jiwa merdeka mukahari
v. dan mengutip titipanmu, kami kembalikan dedikasi untuk semua pejuang keadilan, demokrasi, kebenaran, kebebasan dan perpaduan di negara ini sepanjang zaman insya Allah, akan terpahat selama-selamanya.
jasa dibalas pahala, budi dibalas doa mari kita nanti kemana gelanggang baru menunggu pidato tajam jejak tekad membersihkan air agar jernih.
sungguh ikrar kami menyambut seruan-amanahmu sungguh azam kami mengingati luahan-pesananmu
maka ayuhlah ! Marilah pemuda wanita sekalian bangsa Malaysia kita bawa tekad teguh berani itu kita tampil genggam sumpah ruang ini sehingga mereka jatuh tumpas dan tewas tamatlah, noktahlah SEMUA KISAH LUKA SELAMA-LAMANYA…
Amatilah wahai srikandi wanita Amatilah wahai angkatan muda…
salut untukmu, SALUT SELAMANYA.
karya
ROZAN AZEN MAT RASIP Angkatan Muda Keadilan BATU
damansara-kota bharu-petaling jaya-sentul 18-26 November 2010
(puisi ini dikarang khas sebagai penghormatan kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Senator Dr. Syed Husin Ali, dan telah pertama kali dideklamasikan khas penulis bersama Sdri. Anizan Othman Srikandi Selangor semasa Perasmian Kongres Tahunan AMK & Wanita PKR Ke-7 di Dewan Sivik, MPPJ pada 26 November 2010) |
| Perwakilan Perak - AMK perlu kembali kepangkal jalan Posted: 27 Nov 2010 05:49 PM PST ![]() Pembahas dari Perak, Tengku Nazri Tengku Din menasihati Angkatan Muda Keadilan supaya melupakan perbezaan pandangan sesama anggotanya dan kembali bersatu bagi menumbangkan Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang. "Parti ini bergantung pada anak muda kerana ekspresi perjuangan ini lahir dari anak muda dahulu. AMK yang ada hari ini perlu menentukan arah perjuangan yang hendak dibawa,'ujarnya. Menurutnya, beliau mengakui bahawa sayap pemuda parti itu sewaktu dipimpin oleh bekas ketuanya, Ezam Mohd Nor, pernah mencipta zaman kegemilangannya tersendiri. Jesteru itu, Tengku Nazri mencadangkan supaya budaya 'turun ke jalan' dihidupkan kembali dan menjadi landasan kepada perjuangan sayap pemuda itu. Sambil mengucapkan tanniah kepada Shamsul Iskandar yang berjaya mempertahankan jawatan tersebut, beliau juga meminta calon Badrul Hisham Shaharin, supaya tidak merasa kecewa akibat kekalahan. "Masa kita melawan sudah habis, masa kita mengundi sudah habis. Sekarang adalah masa untuk kita rapatkan kembali saf perjuangan untuk melangkah ke Putrajaya,"ujarnya. Kerana itu katanya, beliau berharap supaya AMK bersatu kembali menjadi sayap pemuda yang digeruni Umno-BN. "Ini amat penting, kita tidak mahu yang menang-menang segalanya, yang kalah, kalah segalanya,"ucap beliau sambil disambut tepukan dari perwakilan. |
| Kalau Anjing salak... anda salak balik tak? Posted: 27 Nov 2010 05:11 PM PST Meskipun susuk badannya tidak sekuat orang muda, namun pejuang politik yang lanjut usianya masih boleh menyumbang dalam gerakan reformasi dengan hikmah yang dikumpul sepanjang perjuangan hidupnya. Kongres Nasional PKR hari ini diceriakan dengan ucapan Wan Khazim Wan Din, 80, dari Perlis, yang bukan sahaja disambut gelakan ketawa, malah tepukan gemuruh sambil berdiri oleh perwakilan selepas beliau berucap.
Wan Khazim Wan Din, "Saudara Anwar pernah jumpa dengan anjing? (Ada) Anjing salak, (saudara) nak salak balik? " Soalan ini biarpun dirasai "kasar" sebermulanya, namun disambut dengan gelak ketawa dan sorakan dari atas dan bawah pentas. Malah, Wan Khazim melontarkan soalan kepada perwakilan, seandainya kita menyalak kepada anjing, "Kita jangan jadi...jadi apa? (balas Anjing!) Sebelum ini, beberapa orang perwakilan yang berucap dalam sesi perbahasan ucapan dasar Presiden, menyeru agar perwakilan bangkit mempertahankan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, yang diserang oleh musuh dalam media cetak mahupun di ruang internet. Kalah pilihan raya bukan kalah dalam perjuangan Wan Khazim pernah terlibat dalam API (Angkatan Pemuda Insaf), yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan Tanah Malaya. Beliau secara berseloroh mendakwa rakan seperjuangannya dalam API telah "padam" (meninggal dunia), dan tinggal beliau seorang kini. Malah, Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali adalah antara rakan seperjuangannya selepas wadah API diharamkan.
Wan Khazim mengakui dirinya sudah tua sebermulanya, dan tidak larat untuk berucap dengan semangat yang berkobar-kobar seperti anak muda. Wakil Selangor, Noorhana Anuar yang menjadi pembahas kedua sebelum ini, berapi-api ketika menyampaikan ucapan. Bagaimanapun, Wan Khazim mengambil kesempatan untuk mencuit anak muda, tanpa menyebut nama bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Ezam Mohd Nor. Beliau menyindir orang muda biarpun berdebar-debar ucapannya, "berbakul-bakul sumpahnya", namun mereka jugalah orang yang cabut dari perjuangan. Wan Khazim juga membidas UMNO yang "menerima kemerdekaan" dari tangan penjajah Bristish. Untuk Wan Khazim, "Kemerdekaan yang sebenar ialah rakyat menjadi ...hakim!", walaupun perwakilan di bawah pentas menyahut dengan "tuan". |
| You are subscribed to email updates from ™ kaasii peecaahhh laaa...® To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Dengan usia yang 80 tahun, Wan Khazim Wan Din (gambar kiri) menegur Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di khalayak ramai. Beliau menoleh ke arah Anwar Ibrahim yang berada di atas pentas, sambil bertanya,"Saudara Anwar Ibrahim, saya ingin memperingatkan sebagai orang tua..."
Pejuang politik ini tidak mengakur, kononnya "tidak pernah kalah lima kali bertanding", kerana untuk Wan Khazim, ayam hanya kalah bila berpadah semasa berlaga. Namun, beliau yang tidak pernah berpadah dari perjuangan menegaskan, "Kalah dalam pilihan raya bukan bermakna kalah dalam perjuangan!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan