Biaqpila |
- Maxis diminta prihatin penyebaran gambar lucah
- Aku tak percaya utusan rugi 10 juta..serius!!!
- "Saya bekas MD Harakah; mereka silap kalau nak kenakan saya"
- Hamba seks abang,kakak bongkar rahsia
- Rakyat Selangor Dijemput Iringi MB Serah Memo Pada YDP Agong
- Strategi terbaru ‘Halang dan Sekat’
- KELEBIHAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W
| Maxis diminta prihatin penyebaran gambar lucah Posted: 26 Nov 2010 02:00 PM PST ![]() Oleh: Aziz Muda KUALA LUMPUR, 26 Nov: Syarikat telekomunikasi negara, Maxis diminta lebih bertanggungjawab kepada orang ramai dengan melakukan pemantauan lebih rapi terhadap syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatannya untuk mengembangkan perniagaan mereka. Beberapa orang pengguna Maxis memberitahu, keprihatinan Maxis dalam perkara itu amat diperlukan oleh orang ramai berikutan terdapat syarikat-syarikat tertentu yang kini semakin giat menggunakan saluran syarikat tersebut untuk menyebarkan gambar-gambar lucah kepada para pengguna. Bagaimanapun mereka mendakwa, mereka amat kesal kerana syarikat telekomunikasi itu seperti sengaja memejamkan mata berhubung perkara itu, dengan membiarkan syarikat-syarikat tertentu yang menjadi pelanggannya terus berbuat demikian sehingga boleh memberikan kesan amat buruk kepada orang ramai, khususnya kepada para pelanggan Maxis itu sendiri. Seorang pengguna, Nasir Nawi yang tinggal di Bukit Sentosa 3, Rawang, Selangor memberitahu, beliau sendiri turut menjadi mangsa berhubung perkara itu, apabila turut terperangkap dengan pihak (syarikat) tertentu yang sering menghantar mesej kepadanya untuk menjadi pelanggan mereka. Menurut beliau, seperti mesej-mesej yang dihantar kepada orang lain juga, mesej yang dihantar kepadanya itu jika mahu menjadi pelanggan kepada syarikat yang membekalkan gambar-gambar seperti itu, individu terbabit hanya perlu menghantar mesej balas dengan perkataan 'On". Sekiranya telah menjadi pelanggan dan mahu berhenti dari menjadi pelanggannya, individu terbabit hanya perlu menghantar perkataan 'Stop" kepada nombor yang telah dinyatakan menerusi mesej itu. "Setelah acap kali menerima mesej itu, akhirnya saya mengambil keputusan untuk turut menjadi pelanggannya. Tujuan saya hanya sekadar ingin tahu apa gambar yang akan dihantar atau yang dimaksudkan itu. "Selepas itu, saya amat terkejut apabila mendapati syarikat tersebut menghantar beberapa keping gambar wanita bertelanjang dalam pelbagai keadaan yang mengghairahkan termasuk gambar perempuan bertelanjang yang sedang mandi. "Pada saya, cukuplah hanya sekadar mengetahui gambar itu. Selepas saya menerima beberapa keping gambar itu, dua tiga hari kemudian, saya terus menghantar mesej "Stop" kepada syarikat terbabit dengan maksud sudah tidakmahu menjadi pelanggannya lagi. "Tempoh saya menjadi pelanggan kepada saya terbabit hanya sekitar seminggu sahaja. Dalam tempoh itu, saya juga menerima penghantaran gambar-gambar berkenaan sekitar 10 keping sahaja. "Pada sangkaan saya, dengan itu, habislah ceritanya. Tetapi rupa-rupanya tidak. Sebaliknya, saya amat terkejut apabila mendapati bil hand phone saya untuk bulan Oktober lalu sehingga RM300. "Memanglah bil RM300 itu bukan hanya untuk bayaran itu sahaja. Ia turut membabitkan bayaran penggunaan saya yang lain termasuk panggilan yang saya buat kepada pihak-pihak tertentu. Tetapi saya sendiri dapat kesan, penggunaan untuk panggilan dan sms yang saya buat tidaklah sehingga RM300. Paling tinggi pun RM100 lebih. Jadi maknanya selebihnya lagi sehingga RM300 itu adalah bayaran yang dicajkan untuk bayaran bagi penghantaran gambar-gambar itu. "Dengan apa yang berlaku itu, ternyata walaupun saya dah menghantar mesej "Stop" kepada syarikat itu untuk tidak menjadi pelanggannya lagi, saya seperti tidak berbuat seperti yang diarahkan, tetapi seperti terus menjadi pelanggannya, tetapi yang peliknya dalam masa yang sama, mereka sudah tidak lagi menghantar gambar-gambar itu kepada saya. Inilah yang menjadi kemusykilan kepada saya," katanya. Beliau yang cukup kesal dengan kejadian itu kemudiannya terus menghubungi pihak Maxis bagi memaklumkan kejadian itu, sebaik sahaja menerima bil daripada pihak Maxis bagi bulan Oktober lalu. Selain itu, beliau juga turut mendesak pihak Maxis agar prihatin dengan perkembangan itu, dengan melakukan pemantau lebih rapi terhadap syarikat-syarikat yang menjadi pelanggannya supaya menyekat syarikat yang menjalankan perniagaan seperti itu dari terus menjadi pelanggannya. "Memanglah dengan apa yang berlaku itu, ternyata bukan Maxis yang menjalankan perniagaan menyebarkan gambar-gambar yang tidak senonoh itu. Memanglah syarikat lain yang menjalankannya. Tetapi mereka melakukannya dengan menggunakan saluran Maxis. Jadi pihak Maxislah yang boleh menyekatnya. "Dengan melakukan tindakan itu, kita pun tahu, Maxis akan kehilangan sebahagian pelanggannya. Tetapi jika Maxis tidak menyekatnya, apakah Maxis tidak akan menanggung kerugian lebih besar? "Jika pihak Maxis terus memejamkan mata dengan perkembangan itu, pasti banyak pelanggan Maxis yang akan kecewa dengan perkhidmatannya kepada orang ramai dan dengan itu, tidak mustahillah jika banyak pula pelanggan Maxis yang akan berhenti dari terus menjadi pelanggannya agar tidak menjadi mangsa," tegasnya. Selain itu, katanya, yang lebih parah lagi, jika perkembangan itu dibiarkan, pasti menimbulkan banyak keburukan kepada orang ramai. Penyebaran gambar-gambar seperti itu amat buruk kesannya terutama kepada kanak-kanak dan golongan remaja. Jadi, ia pasti akan turut membiakkan lagi kes-kes gejala sosial di negara kita. "Sedangkan pengguna Maxis bukan hanya golongan dewasa yang sudah beristeri dan beranak pinak seperti saya sahaja. Sebaliknya, ia melibatkan pelbagai golongan dan usia termasuk kanak-kanak, lelaki dan perempuan. Jadi, perkara seperti itu bukanlah perkara kecil kepada masyarakat," jelasnya. Namun beliau amat kesal, setelah hampir sebulan beliau memaklumkan perkara itu kepada pihak Maxis, syarikat terbabit masih juga bermaharajela dengan perniagaannya itu hingga kini yang sekali gus menggambarkan pihak Maxis masih juga belum melakukan sebarang tindakan bagi menyekat perbuatan itu. Seorang pengguna lain, Kamariah Shamsuddin dari Shah Alam, Selangor yang kini sudah bersuami dan mempunyai 4 orang anak, mengakui turut menerima mesej dari syarikat terbabit berkali-kali dengan menawarkan kepada beliau menjadi pelanggannya untuk mendapatkan gambar-gambar lucah. Namun, beliau tidak pernah melayannya. Sebaliknya, beliau terus delate mesej terbabit setiap kali menerimanya. Tetapi tindakan syarikat terbabit yang menawarkan perkhidmatan seperti itu kepada orang ramai amat dikesalinya. Beliau berharap agar pihak Maxis tidak lagi memberikan laluan kepada syarikat terbabit kerana ia bukan sahaja boleh merosakkan akhlak dan moral orang ramai terutama pengguna-pengguna Maxis, tetapi juga diyakini turut mempunyai unsur-unsur penipuan kepada orang ramai untuk mengaut keuntungan dengan cara haram. Manakala beberapa orang pengguna Maxis lain turut sependapat dengan beliau. Mereka berharap agar pihak Maxis dapat melakukan sesuatu tindakanyang berkesan bagi kepentingan akhlak dan moral orang ramai dengan tidak bersekongkol dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak terbabit. HD |
| Aku tak percaya utusan rugi 10 juta..serius!!! Posted: 26 Nov 2010 06:00 AM PST |
| "Saya bekas MD Harakah; mereka silap kalau nak kenakan saya" Posted: 26 Nov 2010 04:00 AM PST Oleh AZAMIN AMIN (Ketua Biro Harakah Kedah) ALOR SETAR: Sebaik sahaja banjir di negeri ini surut, Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pun membuka Semuanya berjalan dengan lancar dan tenang bahkan berlangsung secara aman' walaupun tanpa 'kehadiran' dua media elektronik arus perdana yang dianggap pembohong sewaktu membuat liputan banjir, membabitkan bantuan kerajaan negeri yang dituduh 'lepas tangan.' Bukan sahaja rakyat mahupun para petugas, kakitangan kerajaan negeri, sukarelawan, agensi penyelamat dan semua yang terlibat dalam operasi banjir merasa kecewa dengan tuduhan tidak berasas itu, tetapi turut menarik perhatian Tuanku Sultan Kedah yang dukacita dengan perkhabaran itu. Dalam titah ucapannya sewaktu merasmikan pembukaan siadang DUN Kedah, baginda melahirkan rasa dukacita dengan suara-suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan serta pengorbanan Kerajaan Negeri dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini. "Beta dukacita kerana ada suara sumnbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan Kerajaan Beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah KDYMM Tuanku Sultan pada majlis Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet. Sehubungan itu baginda merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan Jabatan Negeri dan Persekutuan yang terlibat termasuklah badan-badan sukarela dan lain-lain pihak yang saling membantu dan bekerjasama tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik ketika negeri ini dilanda bencana banjir. Titah baginda, kerjasama serta pengorbanan dan bantuan yang dihulurkan amatlah disanjungi dan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat negeri ini yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana banjir. Perasmian berakhir dan bersurai dengan baik, namun di luar pagar Wisma Darul Aman, kumpulan media eletronik terdiri daripada RTM dan Tv3 yang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri yang 'tidak menjemput' mereka membuat liputan sidang DUN, cuba mendapatkan komen-komen negatif daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) berhubung kebebasan media yang disekat. Antara yang tampil menjawab soalan provokasi media terbabit ialah pemuda Gerakan dan Adun-Adun BN seperti Ketua Pembangkang Dato' Mahadzir Khalid, Adun Kuala Nerang Dato Syed Sobri, Adun Belantek, Tajuddin dan lain-lain lagi. Wartawan RTM cuba mengemukakan soalan "adakah hak Sultan dinafikan?" berikutan sekatan media kepada Adun-Adun BN namun sebilangan cuba mengelak daripada menjawab isu Sultan dan tidak mahu terperangkap dengan soalan-soalan yang tidak berasas itu. Selesai 'sidang media' luar pagar itu, kedengaran suara wartawan RTM berkata kepada para Adun-adun BN dengan jelas:"Tak pa...Dato' bagi semua saya spin (putar) berita ini." Hakikatnya media terbabit terasa 'terhina' berikutan larangan tersebut sedangkan 13 agensi media yang dianggap bertanggungjawab dan beretika telah dijemput melalui surat pekeliling Setiausaha Akhbar Menteri Besar terdiri daripada The Star, Sinar Harian, Bernama, 6 akhbar Cina, 2 akhbar India dan Harakah. Pada sebelah petangnya, Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Razak membentangkan bajet 2011 bermula jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira setengah jam kemudian. Pembentangan bajet itu, disampaikan secara ringkas dan padat tanpa sebarang gangguan. Selesai ucapannya, di luar Dewan, Syed Sobri berjabat tangan dengan Ustaz Azizan dan mengucapkan tahniah di atas bajet yang dibentangkan. Desas-desus pada awalnya, membayangkan kononnya ada usul tergempar ingin dibawa oleh Adun-adun BN untuk menghangatkan suasana dewan ekoran larangan dan sekatan ke atas RTM dan TV3 melaporkan perjalanan sidang DUN, namun telahan itu meleset kerana tidak ada sesiapa pun berani untuk 'membela' media yang diragui kewibawaannya itu. Sungguhpun begitu, pada hari berikut perbahasan dijalankan, beberapa Adun BN membangkitkan persoalan kebebasan media, namun dibidas oleh kalangan Adun Pakatan Rakyat antaranya Adun Kubang Rotan Nasir Mustafa. Kata Nasir, sikap tidak bertanggungjawab media pembohong telah mencetuskan suasana resah di kalangan rakyat yang ketika itu dilanda musibah banjir yang teruk. Sepatutnya media terbabit sama-sama 'menenangkan' keadaan dan melaporakn berita benar supaya semua pihak berada dalam kedaan yang tidak stabil, katanya. Dalam masa yang sama beliau bangkit mempertikaikan tindakan media yang melaporkan cerita seorang mangsa banjir yang kononnya tidak mendapat makanan di pusat penempatan banjir tetapi pada keesokannya, mangsa menyesal dengan kenyataannya itu yang dilaporkan sebuah akhbar tabloid. Nasir juga membidas Adun Bakar Bata Dato' Ahmad Bashah yang dalam perbahasannya mendakwa ada pihak menghalau mangsa banjir kerana berbeza fahaman politik. "Dato' sila bertanggungjawab. Sila nyatakan tempat, siapa dan di mana kejadian itu berlaku supaya boleh disiasat. Jangan buat dakwaan tidak berasas," kata Nasir kepada Ahmad yang kemudian kelam kabut seraya menjawab ringkas:" Saya dengar orang kata ja..." Sementara itu di sidang yang sama , Adun Alor Mengkudu Dr Ismail menangkis tohmahan yang dibuat oleh blog yang menfitnah beliau 'mengangkat' balik sumbangan kepada mangsa banjir atas isu politik. "Kawasan khemah itu kosong dan bukan pusat penempatan banjir, setelah bincang dengan jawatankuasa kampung itu, saya pindahkan barang-barang sumbangan ke suarau berdekatan. "Bila masa saya tarik balik...sedangkan belum ada sesiapa pun yang menerima sumbangan itu. Ini jelas nak menjatuh nama baik saya...," jelas Dr Ismail tegas. Dalam pada itu Sidang DUN sekali lagi dipersembahkan isu rasional kenaikan tarif air yang kemudian diperjelas secara panjang lebar oleh Exco berkaitan Dato' Amiruddin Hamzah kepada Adun-adun BN yang seolah-olah keliru dan tidak mahu memahami keadaan. Amiruddin sempat mendedahkan sikap kerajaan Bn terdahulu yang menswastakan air sehingga menyebabkan kerajaan negeri kini menanggung kerugian dan hutang yang banyak di samping kos rawatan dan penambahbaikan saliran air yang semakin meningkat malah kenaikan berlaku setelah 17 tahun pada kadar negeri kedua terendah di Malaysia. Dalam keseriusan, ada juga gurau senda dan gelak ketawa di dalam sidang DUN Kedah. Lazimnya dua Adun bebas iaitu Tan Wei Shu (Bakar Arang) dan Radzi (Lunas) dianggap sebagai 'pelawak' dalam sidang DUN dengan idea-idea yang mencuit hati pemerhati dan adun-adun. Apa tidaknya, Radzi yang mendengar perbahasan berkaitan pusat penyembelihan babi, bangkit mencadangkan Kedah Agro, anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat dengan produk pertanian dan ternakan di negeri ini agar menguruskan pula hal berkaitan penyembelihan dan pengedaran daging babi.Pecah perut satu dewan mendengar saranan bernasnya itu! Exco baru dilantik, Tan Chow Kang disifatkan antara yang pandai menarik perhatian dalam ucapannya penggulungannya dengan keletah dan bahasanya yang bersahaja. "Kalau nak tunggu bintang jatuh, sampai tunggu air laut keringlah..." katanya membidas kata-kata adun BN tentang usaha dipihaknya yang belum menampakkan hasilnya. Chow Kang terus mencetuskan ketawa Dewan apabila memuji adun-adun BN:"Saya pujilah , sidang DUN kali ini soalan-soalan pembangkang nampaknya sudah matang. Saya banyak happylah!" Ketegasan dan suasana sedikit tegang, tatkala Exco berkaitan perumahan Dato' Ir Pharolrazi mempertahankan isu kuota tanah dan pemilikan rumah yang dibangkit oleh seorang Adun BN yang dilihat cuba mengheret sentiman perkauman. "Selepas ini, saya tak mahu lagi dengar isu ini dimainkan sebagai sentimen perkauman. "Saya bukan wakil rakyat daripada politik kaum Melayu, yang dilihat mempertahankan hak melayu. Saya adalah wakil rakyat parti Islam yang memberi keadilan kepada semua kaum," kata Pharolrazi tegas. Ketika, umat Islam khususnya di Kedah pada sebalah petangnya sedang berpusu-pusu pulang untuk berhari raya pada Selasa 16 November, di Dewan Undangan Negeri semua adun kerajaan dan pembangkang masih setia pegun, khusyuk dan fokus kepada agenda terakhir sidang iaitu sesi penggulungan perbahasan oleh Ustaz Azizan. Mukadimah yang bersahaja, Ustaz Azizan kemudian memulakan buah kilas dan libasan tajamnya kepada media yang memutarkan belitkan cerita. "Mereka silap kalau nak kenakan saya. Saya pernah jadi Pengarah Urusan Harakah selama lima tahun dan saya pun tahu jenis soalan wartawan. "Harakah pun dulu dan sekarang pun disekat. Ada tempat yang kita tidak dibenarkan membuat liputan, tapi saya tak pernah komen. "Tapi saya nak ucapkan terima kasih kepada media tersebut kerana tayangan itu, menyebabkan saya mendapat publisiti yang meluas. Saya harap gambar-gambar saya itu ditayangkan sehingga pilihan raya akan datang...bukan senang muka saya nak masuk tv... "Cuma saya ni lama dah bersabar...jangan jadi pembohong. Saya bukan ular senduk yang naik kembang tapi jenis ular kapak yang jika terpijak ekor terus patuk!" katanya yang merupakan Adun Sg Limau, Adun yang paling lama dan 'senior' dalam DUN Kedah. Laksana pahlawan, beliau kemudiannya mengepak, mengunci dan mencantas soalan-soalan yang dikemukakan oleh adun-adun BN dengan penjelasan mudahnya. Sungguhpun sesekali, beberapa adun mencelah, Ustaz Azizan tetap tenang mengahadapinya. Tidak ada latah atau raut emosi beliau memarahi soalan-soalan provokasi, bahkan mengucapkan terima kasih di atas saranan dan kritikan yang diberikan disamping berjanji akan berusaha memperbaiki dan memantapkan lagi pentadbirannya. Ketika menjawab persoalan Adun Kuala Ketil tentang kewajaran menurunkan harga hantaran kahwin, bagi memudahkan perkahwinan,Ustaz Azizan dengan nada perlahan berseloroh: "Kalau harga hantaran kahwin dapat turun sikit, dapatlah yang lain-lain tumpang sama," katanya disambut gelak ketawa kedua-dua belah pihak. Dengan nada yang rendah dan bersifat ramah kepada rakan dan lawan, Ustaz Azizan mencuri tumpuan kerana mampu 'mengawal' dewan daripada sebarang terjahan mahupun pencak silat pembangkang. Sesekali ayat-ayat jenaka dan pemanisnya mengubat keadaan. "Terima kasih atas cadangan dan kritikan yang diberikan. Marilah sama-sama kita mengembleng tenaga untuk memastikan rakyat dan negeri ini kekal sejahtera," katanya mengakhiri penggulungannya kira-kira jam 5.30 petang. Secara purata, pemerhati dan penganalisis memuji Bajet 2011 kali yang amat mengutamakan kesejahteraan rakyat khususnya untuk meningkatkan pendapatan dan membantu bagi golongan yang memerlukan. Selain itu perjalanan sidang DUN selama tiga hari yang begitu lancar, malah dilihat proses demokrasi di sini berada dalam suasana yang begitu harmoni antara kedua-dua belah pihak, sungguhpun berlainan fahaman politik. Seperti titah Sultan Kedah yang memuji pentadbiran kerajaan negeri dibawah pimpinan Ustaz Azizan kerana berjaya menerajui Kedah secara adil, amanah dan proaktif. Baginda bertitah, rakyat negeri ini diberi layanan yang adil malah hubungan antara kaum semakin erat menerusi pelbagai aktiviti. "Beta merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar yang berjaya menerajui kerajaan dengan baik. Beta dapati Kerajaan Negeri memberi sepenuh usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda yang menjadi pemangkin semangat buat semua khususnya rakyat negeri Kedah. DD |
| Hamba seks abang,kakak bongkar rahsia Posted: 26 Nov 2010 01:00 AM PST MERSING: Rahsia dua beradik perempuan berusia 13 dan 16 tahun yang menjadi hamba seks abang kandung sejak bertahun lalu di Felda Tenggaroh 5 di sini, terbongkar apabila kakak mereka terlihat perlakuan ganas lelaki berusia 24 tahun itu, pagi kelmarin.Kakak mereka yang berada dalam rumah berkenaan, terlihat suspek menarik dengan ganas tangan adik yang berusia 13 tahun masuk ke dalam bilik. Apabila lelaki itu menyedari perbuatannya dilihat kakaknya, dia melarikan diri dari rumah sebelum menumpang lori menuju ke Felda Tenggaroh 2. Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sudah menahan suspek kes itu. “Dia ditahan ketika menumpang lori tidak jauh dari kawasan Felda berkenaan dan kini direman untuk membantu siasatan. “Suspek bekerja di sebuah ladang di Kota Tinggi dan turut positif ganja,” katanya. Mohd Nor berkata, kakak mangsa membuat laporan polis apabila terlihat perbuatan adik lelakinya itu dan siasatan mendapati gadis berusia 13 tahun itu dirogol sejak tiga tahun lalu. Pendedahan gadis itu membongkar rahsia kakaknya yang berusia 16 tahun turut menjadi mangsa rogol abang mereka sejak awal tahun ini. “Mangsa tidak mahu membuat laporan polis kerana suspek mengugut membunuh seisi keluarga jika tembelangnya pecah. Mereka dirogol ketika ibu bapa keluar bekerja,” katanya. Kedua-dua beradik itu yang dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, semalam, untuk menjalani pemeriksaan, berjaya dipujuk supaya membuat laporan polis berkaitan kejadian di Balai Polis Sugai Ambat, tengah hari, kelmarin. Mohd Nor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram. prebetsapus |
| Rakyat Selangor Dijemput Iringi MB Serah Memo Pada YDP Agong Posted: 25 Nov 2010 11:00 PM PST ![]() SHAH ALAM 25 NOV : Rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dijemput mengiringi Menteri Besar Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada 5 Disember ini. Exco Selangor, Dr Halimah Ali dalam satu sesi dialog berkenaan isu air bersama guru-guru besar di seluruh Selangor hari ini menyeru rakyat Selangor untuk bangkit berjuang bersama-sama pimpinan kerajaan negeri demi mempertahankan hak mereka. "Maka kerajaan negeri Selangor menjemput rakyat, menyuarakan hak rakyat ini kepada mereka yang tidak faham-faham. "Jadi kita semua dijemput bersama-sama dengan Menteri Besar(Tan Sri Khalid Ibrahim) pada jam 12 tengahari di Masjid Negara, kita jalan ramai-ramai, kita selawat," ujarnya. Kira-kira 25 ribu penduduk Seksyen 24, Shah Alam dijangka menandatangani memorandum yang bakal diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus oleh SYABAS yang dianggap membebankan rakyat di negeri ini. Sesi dialog di SUK ini, Halimah mengingatkan bahawa kerajaan negeri mempunyai matlamat jelas dalam membantu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya untuk mempertahankan hak mereka. Katanya kerajaan negeri sedaya upaya mengadakan rundingan bersama syarikat konsesi air di Selangor dalam memastikan rakyat menikamati keperluan asas itu dengan harga yang sewajarnya. "Kerajaan Selangor tidak berminat untuk berpolitik mengenai isu air, tidak berminat untuk menghabiskan masa untuk perkara asas. "Kerajaan negeri tidak berminat untuk mendapat untung dari air ini tetapi kerajaan negeri berminat untuk memberikan air percuma supaya rakyat di negeri Selangor ini mendapat air yang bersih supaya rakyatnya sihat dan kuat," katanya. Kerajaan Selangor sebelum ini menegaskan lesen pembekalan air yang diberi kepada SYABAS akan ditarik balik jika didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidikan kerajaan negeri kepada rakyat menerusi Tabung Budi yang dilancarkannya pada Ogos lalu. tvs |
| Strategi terbaru ‘Halang dan Sekat’ Posted: 25 Nov 2010 08:00 PM PST ![]() Ditelan mati emak diluah mati bapa". Dilema yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sangat kritikal lebih-lebih lagi dengan perkembangan terkini bahawa kerajaan sudah mula bercadang untuk melaksanakan undang-undang baru berkaitan cyber sedition. Ini adalah sesuatu yang amat mengejutkan kerana kita sering kali diberitahu bahawa Malaysia tidak akan mengenakan sebarang sekatan dan larangan dalam memastikan perkembangan IT di negara ini. Mengapa saya mengatakan bahawa rakyat Malaysia menghadapi dilema yang sangat kritikal? Jawapannya mudah: Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan maka rakyat Malaysia yang cuba "menegur" kerajaan mempunyai potensi untuk didakwa atas kesalahan "hasutan siber". Justeru akan semakin kurang suara-suara vocal untuk memberitahu kesilapan dan kesan dasar kerajaan akhirnya lebih ramai yang akan mengunci mulut dan memprotes secara senyap. Hairan mengapakah mahu dikuatkuasakan undang-undang sebegini. Tidak cukupkah Akta Printing and Publishing yang jika diteliti semula tidak menepati dan melanggar Perlembagaan Persekutuan yakni undang-undang tertinggi di negara ini. Apakah tidak cukup dengan Akta Hasutan 1948 yang telah memperlihatkan betapa luasnya definisi hasutan itu sendiri. Sering terjadi apabila kerajaan gagal mengawal sesuatu maka undang-undang akan dikuatkuasakan untuk menjadi tembok dan "penyelamat" kepada kegagalan mereka dalam sesuatu hal. Sebagai contoh AUKU dikuatkuasakan berikutan kebangkitan mahasiswa yang dilihat sebagai ancaman dan untuk mengawal suara dan kekuatan mereka yang berpotensi menjejaskan imej kerajaan maka AUKU dikuatkuasakan. Apakah undang-undang baru ini juga adalah satu yang boleh dianggap sebagai "mala fide" kerana ia boleh dilihat sebagai satu usaha kerajaan untuk menyekat perkembangan media siber yang lebih dikuasai oleh pembangkang dan suara-suara yang "dissenting". Apakah kerana gagal bersaing dalam perkembangan ini maka kerajaan melaksanakan undang-undang baru untuk mengawal suara-suara ini daripada mempengaruhi rakyat Malaysia? Apakah suara-suara dissenting ini menjadi ancaman dan mempunyai unsur-unsur hasutan? Akta Hasutan 1948 telah menggariskan bagaimana sesuatu perkataan mempunyai potensi hasutan yakni: Section 3(1) (a) to bring into hatred or contempt or to excite disaffection against any Ruler or against any Government; (b) to excite the subjects of any Ruler or the inhabitants of any territory governed by any Government to attempt to procure in the territory of the Ruler or governed by the Government, the alteration, otherwise than by lawful means, of any matter as by law established; (c) to bring into hatred or contempt or to excite disaffection against the administration of justice in Malaysia or in any State; (d) to raise discontent or disaffection amongst the subjects of the Yang di-Pertuan Agong or of the Ruler of any State or amongst the inhabitants of Malaysia or of any State; (e) to promote feelings of ill will and hostility between different races or classes of the population of Malaysia; or (f) to question any matter, right, status, position, privilege, sovereignty or prerogative established or protected by the provisions of Part III of the Federal Constitution or Article 152, 153 or 181 of the Federal Constitution. Saya tidak mahu membicarakan kesemua perkara di atas tetapi adalah penting untuk kita melihat potensi-potensi hasutan yang biasa dan sering terjadi. Pertama, 3(1)(a) bererti sebarang ucapan atau perkataan yang boleh menimbulkan kebencian, penghinaan dan ketidakpuashatian kepada kerajaan. Ini bererti sesiapa yang memberi komen dan mengkritik kerajaan berpotensi untuk terrmasuk dalam golongan pertama ini dan sudah tentu ahli-ahli politik pembangkang atau pemerhati bebas politik sangat berpotensi untuk dikenakan tindakan menghasut. Kedua, 3(1)(c) yakni sebarang ucapan atau perkataan yang boleh menimbulkan penghinaan dan tidak puas hati kepada badang kehakiman negara. Apabila disebut "contempt" ini bererti sesiapa yang memberi komen atau ulasan mengenai sesebuah kes yang masih lagi dalam perbicaraan boleh termasuk dalam peruntukan ini ( rujuk kes Her Majesty's Attorney General (Appellant) v. Punch Limited and another (Respondents) 2002 UKHL 50). Dalam konteks ini pengguna siber baik yang menyokong kerajaan mahupun pembangkang banyak yang boleh termasuk dalam kategori ini lebih-lebih lagi mereka yang memberi komen dan kritikan terhadap kes-kes yang "popular" dan mendapat perhatian ramai. Dalam hal ini pengguna siber pro-kerajaan tidak ada bezanya dengan pembangkang. Persoalannya: Apakah undang-undang baru ini akan merangkumi pengguna siber pro-kerajaan. Sering kali terjadi yang sentiasa didakwa dan didapati bersalah adalah mereka yang bukan termasuk dalam golongan ini. Ketiga, 3(1)(e) iaitu menimbulkan perasaan kurang sihat dan kebencian sesama kaum di Malaysia. Biasanya yang menajdi sasaran adalah media-media yang dipelopori pembangkang kerana tulisan-tulisan mereka mempunyai potensi menghasut dan menimbulkan huru-hara antara kaum di negara ini. Tetapi terdapat juga akhbar-akhbar arus perdana yang berpotensi menimbulkan perasaan marah kaum lain apabila artikel dan pandangan yang dilontarkan sangat bersifat perkauman dan berat sebelah. Nah apakah mereka ini juga akan tertakluk kepada undang-undang siber baru ini? Yang sering terjadi mereka yang termasuk dalam pasukan pro-kerajaan selalu mendapat imuniti dan biasanya akan disoal siasat dan kemudian… dibebaskan. Soalan saya: Mengapa yang termasuk dalam pasukan ini selalu "imun" dan dilihat tidak berpotensi untuk menghasut dan mencetuskan kemarahan? Tetapi Akta Hasutan juga memperuntukkan pengecualian dalam skop hasutan ini iaitu: (2) Notwithstanding anything in subsection (1) an act, speech, words, publication or other thing shall not be deemed to be seditious by reason only that it has a tendency (a) to show that any Ruler has been misled or mistaken in any of his measures; (b) to point out errors or defects in any Government or constitution as by law established (except in respect of any matter, right, status, position, privilege, sovereignty or prerogative referred to in paragraph (1)(f) otherwise than in relation to the implementation of any provision relating thereto) or in legislation or in the administration of justice with a view to the remedying of the errors or defects; (c) except in respect of any matter, right, status, position, privilege, sovereignty or prerogative referred to in paragraph (1)(f) (i) to persuade the subjects of any Ruler or the inhabitants of any territory governed by any Government to attempt to procure by lawful means the alteration of any matter in the territory of such Government as by law established; or (ii) to point out, with a view to their removal, any matters producing nor having a tendency to produce feelings of ill will and enmity between different races or classes of the population of the Federation Apakah undang-undang baru ini akan konsisten dengan pengecualian yang diperuntukkan dalam akta hasutan atau apakah ia tidak mempunyai pengecualian langsung? Apakah akan berlaku "inconsistency" dalam undang-undang di negara tercinta kita ini? Walau apa pun, undang-undang sebegini tidak mampu menghalang, menutup suara rakyat untuk menegur dan menyatakan kebenaran kerana undang-undang yang dilihat sebagai menindas ini akan digunakan bahan untuk berkempen dan akhirnya kemarahan rakyat terhadap kerajaan akan semakin merebak dan alhasil, rakyat akan memprotes dan menegur melalui kertas undi dalam pilihanraya umum akan datang kerana dalam pilihanraya tiada seorang pun rakyat Malaysia yang berkelayakan mengundi boleh dihalang hak dan kebebasannya untuk mengundi dan memilih kerajaan masa depan. Strategi "halang dan sekat" ini sudah tidak relevan lagi dan rakyat masih ternanti-nanti apakah motif dan tujuan undang-undang baru ini hendak dikuatkuasakan di negara ini. Walau apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat apakah undang-undang ini akan dikuatkuasakan ataupun tidak. DD |
| KELEBIHAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W Posted: 25 Nov 2010 05:00 PM PST ![]() Ka'bul Ahbar berkata bahawa: "Saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kpd Nabi Musa a.s., yg mana Allah S.W.T. berfirman yg bermaksud: "Wahai Musa, dua rakaat yg disembahyangkan pd waktu subuh oleh Muhammad dan umatnya, Aku mengampunkan bagi mereka (yg mengerjakan solat Subuh) semua apa-apa yg terjadi pd mlm dan siang hari, dia tetap di bawah lindunganKu." "Wahai Musa, solat Zohor empat rakaat yg dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, Aku akan beri kpd mereka pengampunan pd rakaat yg pertama, Aku beratkan timbangan mereka pada rakaat kedua, rakaat ketiga Aku kerahkan para malaikatKu bertasbih dan membacakan istighfar (memohon ampun) bagi mereka dan pada rakaat keempat Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit sehingga para bidadari dpt mengintai mereka." "Wahai Musa, empat rakaat solat Asar yg dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, maka semua para malaikat di langit dan di bumi meminta ampun oleh malaikat, tidaklah Aku siksa mereka itu." "Wahai Musa, solat Maghrib tiga rakaat yg dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya, iaitu ketika matahari terbenam, maka Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit, dan setiap sesuatu yg mereka minta pasti akan Aku berikan." "Wahai Musa, solat Isya' empat rakaat yg dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya ketika terbenam mega-mega merah, solat itu adalah lebih baik dari dunia dan seisinya dan juga mereka terlepas dari dosa-dosa. Mereka itu bagaikan anak yg baru lahir dari perut ibu." "Wahai Musa, jika Muhammad dan umatnya berwudhu' sebagaimana Aku perintahkan, maka Aku berikan kpd mereka setiap titik air wudhu' itu dgn syurga yg luasnya seluas langit dan bumi." "Wahai Musa, puasa yg dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya dlm bulan Ramadhan selama sebulan dlm setiap tahun, maka akan Aku berikan mereka setiap satu hari puasa itu satu kota di syurga dan setiap kebaikan yg dilakukan oleh mereka , yg sunat akan diberi pahala sebesar pahal fardu. Aku berikan kpd mereka satu mlm yg bernama Lailatul Qadar, barang siapa yg membaca istighfar pd mlm itu hanya sekali tetapi dgn bersungguh-sungguh dan menyesal di dlm hatinya terhadap kesalahan-kesalahannya, apabila dia mati pd mlm itu atau pd bulan itu, maka Aku berikan pahala kepadanya pahala 30 org mati syahid." " Wahai Musa, di antara umat Muhammad s.a.w. ada org-org yg berdiri di atas tempat-tempat tinggi utk mengumandangkan syahadat La illaha illallah, maka pahala mrk bagaikan pahala para nabi-nabi a.s. dan rahmatKu wajib ke atas mereka. Sedangkan murkaKu jauh dr mereka dan tidak akan Aku tutup bagi mereka pintu taubat selama mereka tetap bersyahadat Ashhadu an Laa illaha illallah." badarktc |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


tirainya selama tiga hari bermula tanggal 14 November yang dirasmikan oleh KDYMM Sultan Kedah.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan