DIALOG RAKYAT |
- Kes Siti Fairuz 13 Disember, Norish Karman 26 Januari
- Pelajar kolej temui ajal dalam tandas
- 51 penagih dadah di Keningau dikesan sejak Januari hingga November
- Olahraga pulang tangan kosong
- Kes Liwat II- Hakim Perlu Undur Diri, Pendakwaan Perlu Masa, Mohon Tangguh Esok Pagi
- JIKA CINA BAJAU, MAKA BAJAUKAH SAYA?
- Batal projek Arowana, selamatkan jelapang padi
- PAS buat laporan polis isu kain rentang
- "Krisis PKR hanya kocakan kecil" – Mahfuz
- "Siasat syarikat pembekal tiada loji benih padi" – Mahfuz
- "Tarik subsidi gula gagal didik masyarakat" – Mahfuz
- Bapa angkasawan negara nafi dakwaan perkahwinan anak ditaja PKNS
- Peguam dakwa tertuduh kes enjin TUDM diculik pegawai tentera
- Kunjungan SPRM untuk maklumkan penahanan pegawai kanan Yayasan Selangor
- Mahkamah tolak permohonan Jenapala cabar pemilihan pusat PKR
| Kes Siti Fairuz 13 Disember, Norish Karman 26 Januari Posted: 26 Nov 2010 03:04 PM PST SINAR HARIAN ONLINE SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menetapkan 26 Januari tahun depan bagi kepu:tusan bantahan awal oleh Datuk Hashimuddin Abdul Kadir terhadap tuntutan hak penjagaan anak (hadanah) oleh bekas isterinya, pelakon Norish Karman. Peguam Syarie mewakili Hashimuddin, Muhamad Burok mengesahkan kepada mahkamah pihaknya menerima hujahan balas daripada peguam Norish, Amli Embong. Amli semalam tidak hadir ke prosiding itu kerana tidak sihat dan hanya diwakili pembantunya. Norish atau nama sebenarnya, Nor'asikin Karman, 35, bernikah dengan Hashimuddin, 60, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 11 Januari 1998 di Perlis dan bercerai 15 Julai tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.: Hasil pernikahan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Haqiem Armany, 9; Hardy Amieran, 5; dan Putri Hanyz Amanda, 4. Sementara itu mahkamah sama menetapkan pada 13 Disember ini bagi kes tuntutan mutaah (sagu hati selepas perceraian) dan harta sepencarian penyanyi popular tahun 1980-an, Siti Fairuz Sheikh Mohamed, 44, terhadap bekas suaminya yang dianggarkan bernilai RM200,000. Pada tarikh berkenaan defendan, Muhamad Zainuddin Kordi, 45, dikehendaki hadir ke mahkamah bagi tujuan pengesahan rekod penyelesaian terma perjanjian sebelum ini. Sekiranya defendan gagal hadir maka mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraan. Penyanyi yang popular dengan lagu Bila Rindu Ku Sebut Namamu itu diwakili peguam syarie, Fakrul Azman Abu Hasan, manakala defendan diwakili peguam syarie, Wan Nureen Afiza Wan Azmi yang menyebut kes bagi pihak peguam syarie, Zuri Zabuddin. Sebelum ini majlis sulh yang ditetapkan mahkamah gagal kerana defendan tidak hadir tanpa sebab. Siti Fairuz memfailkan permohonan pada 26 November 2008 untuk menuntut mutaah dan harta sepencarian iaitu 10 harta alih dan tidak alih yang dibeli sepanjang tempoh perkahwinan. Penyanyi itu bernikah dengan Mohamad Zainuddin yang bertugas sebagai pembantu teknik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 1988 dan dikurniakan lima anak. Pada 14 Julai 2008, mereka sah bercerai secara taklik di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya mensabitkan taklik yang dilafazkan suaminya pada 1993. | ||
| Pelajar kolej temui ajal dalam tandas Posted: 26 Nov 2010 03:01 PM PST SINAR HARIAN ONLINE MASJID TANAH - Seorang pelajar Kolej Matrikulasi Londang, Melaka, ditemui meninggal dunia di dalam sebuah bilik air di bangunan asrama berkenaan, kelmarin, ketika pelajar lain sibuk mengikuti sesi pembelajaran di kelas. | ||
| 51 penagih dadah di Keningau dikesan sejak Januari hingga November Posted: 26 Nov 2010 03:00 PM PST KENINGAU KINI KENINGAU: Seramai 51 penagih dadah di kesan di daerah ini sejak Januari hingga November tahun ini membabitkan 49 lelaki dan dua perempuan. Pengerusi Pemadam Daerah Amat Mohd. Yusof berkata, 89 peratus daripadanya adalah belia tempatan termasuk mereka yang sudah berkahwin. Amat yang juga Pegawai Daerah Keningau menyatakan perkara itu semasa berucap mewakili Pembantu Menteri Pembagnunan Luar Bandar yang juga Adun Liawan, Datuk Haji Sairin Haji Karno, merasmikan Program Tabah Pemadam anjuran Biro Latihan Pemadam Daerah Keningau dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) GDW Kg. Meninimpir di mini dewan kampung itu pada Rabu. Katanya, sehubungan dengan ini penglibatan masyarakat di daerah ini terutama pemimpin-pemimpin masyarakat perlu bagi membanteras penagihan dadah kalangan golongan belia tempatan. Beliau berkata, ibu bapa juga perlu memainkan peranan bagi mengawasi anak-anak agar tidak terjerumus dalam kegiatan penagihan dadah yang telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai musuh nombor satu negara. "Jika melihat tingkahlaku golongan belia mahupun remaja yang mencurigakan di kawasan masing-masing buat laporan segera kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang kini sudah berpejabat di tingkat bawah bangunan Urus setia Daerah Keningau dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Keningau," kata Amat. Dalam masa yang sama Pegawai Daerah itu meminta supaya persatuan belia ditubuhkan diperingkat kampung bagi membolehkan belia menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Katanya, dengan adanya persatuan belia di kampung dapat menangani anasir-anasir yang jahat yang boleh meruntuhkan akhlak belia. Amat dalam ucapannya juga menekankan supaya anak-anak menghormati ibu bapa mereka sebagai landasan untuk menjalani kehidupan mereka. Program Tabah Pemadam itu dihadiri oleh kira-kira 100 orang terdiri dari pemimpin-pemimpin masyarakat, golongan belia dan penduduk Kg. Meninimpir. Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran George Kandavu, Ketua Daerah Keningau OKK Amir Datuk Hj. Arif, Setiausaha Pemadam Daerah Keningau Johari Tahir dan Ketua Anak Negeri Mukim Patikang Ujoh Iyai dan Pengerusi JKKK Kg. Meninimpie, Zulkhaira Maidin. Pengisian program itu adalah ceramah bahaya penyalahgunaan dan penagihan dadah oleh Jabatan Kesihatan Keningau, pameran dadah oleh Jabatan Siasatan Narkotik IPD Keningau dan kempen derma darah oleh Unit Tranfusi Darah Hospital Keningau. | ||
| Posted: 26 Nov 2010 02:56 PM PST KOSMO! ![]() DARI kiri, Norjannah, Siti Zubaidah, Nurul Sarah dan Yi Leng gagal menghadirkan pingat dalam acara 4x100m semalam. TIADA sebarang pingat. Itulah hakikat yang perlu ditelan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) setelah melihat keempat- empat acara yang disertai atlet mereka pada temasya Sukan Asia 2010 menemui kegagalan. Ia turut menjadi pencapaian terburuk KOAM berbanding Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar yang menyaksi- kan atlet olahraga negara pulang dengan dua pingat iaitu perak daripada Roslinda Samsu dan gangsa menerusi Noraseela Khalid. Namun pada temasya di Guangzhou, China kali ini, Roslinda dan Noraseela gagal mengulangi kejayaan menaiki podium sebagaimana yang dilakukan mereka empat tahun lalu di Doha. Rabu lalu, Roslinda, 28, sekadar menduduki tempat kelima dalam saingan final acara lompat bergalah wanita dengan hanya mencatat ketinggian 4.00 meter. "Tiada apa masalah berlaku. Saya sudah cuba beri yang terbaik tetapi dengan tidak banyak diberi peluang menyertai kejohanan sepanjang tahun, ini saya yang termampu," kata Roslinda. Noraseela, 31, pula pada saingan final acara 400 meter lari berpagar wanita kelmarin sekadar menduduki tempat kelima biarpun membuat catatan terbaiknya tahun ini iaitu 57.22 saat. "Saya tahu MSN (Majlis Sukan Negara) sentiasa beri sokongan kepada saya tetapi KOAM, mungkin mereka ada agenda sendiri," kata Noraseela. Pada Selasa lalu, jaguh lompat tinggi lelaki negara, Lee Hup Wei gagal melaku- kan lompatan terbaik apabila sekadar melakukan 2.15 meter untuk menduduki tempat kesembilan. "Lompatan saya cukup teruk pada saingan final ini. Saya tak tahu kenapa tetapi saya rasa tak dapat nak fokus dan beri tumpuan ketika membuat lompatan," jelas Hup Wei. Kemalapan skuad olahraga negara ditutup dengan kegagalan kuartet 4x100 meter wanita memperbaharui rekod kebangsaan apabila mereka sekadar menamatkan saingan final di tempat keenam dengan 45.54 saat semalam. Buat KOAM, 'strategi' menghantar terus atlet ke kejohanan besar seperti Sukan Asia tanpa memberi peluang kepada mereka mera- sai suasana kejohanan dengan menyertai pelbagai kejohanan antarabangsa sepanjang tahun perlu diubah. Itupun jika badan induk itu berasa bertanggungjawab untuk memastikan sukan olahraga negara kembali bersinar. | ||
| Kes Liwat II- Hakim Perlu Undur Diri, Pendakwaan Perlu Masa, Mohon Tangguh Esok Pagi Posted: 26 Nov 2010 02:51 PM PST SEDAKA SEJAHTERA Peguam Cara Negara II, yang mengetuai pasukan pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin (kiri) tidak hadir hari ini kerana demam dan diganti oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria.Hanafiah berkata pihaknya memerlukan masa bagi menjawap hujah yang dikemukakan oleh pihak pembelaan pagi tadi. "Datuk Yusof tidak sihat dan kita perlu masa untuk buat persiapan," kata Hanafiah. Berikutan itu, Mohamad Zabidin bersetuju menangguhkan perbicaraan sehingga pagi esok. Pagi tadi, makamah pagi ini mendengar permohonan peguambela utama - Karpal Singh yang mengemukakan hujah mengapa hakim, Mohamad Zabidin perlu mengundurkan dirinya. Dalam hujahnya Karpal (kanan) berkata hakim berlaku berat sebelah serta mengabaikan keputusan Mahkamah Agung dengan tidak membenarkan pihak pembelaan dibekalkan dengan laporan klinikal pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.Katanya, dalam kes tertentu, hakim dengan rela menarik diri setelah mendapati berlakunya keadaan berat sebelah dan prejudis terhadap tertuduh. Karpal kemudiann memberikan contoh apabila bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk KC Vohrah yang menarik diri secara sukarela apabila menyedari tidak dapat memberi keadilan. Sambil merujuk kepada Kod Etika Hakim, Karpal berkata hakim tidak boleh meletakkan diri dalam situasi berat sebelah atau prejudis. Namun sekiranya mereka didapati menjurus ke arah itu maka hakim boleh dikenakan tindakan disiplin. "Saya beri amaran sekiranya hakim tetap ingin meneruskan perbuatan bias, bersiap sedia hadapi kemungkinan," katanya.Karpal juga mengingatkan mahkamah bahawa mengikut Artikel 5(1) dalam Perlembagaan Persekutuan, semua rakyat negara ini berhak mendapat pengadilan di mahkamah terbuka. Menurut peguam veteran itu lagi, Mohamad Zabidin (kiri) juga perlu merenung semula ugutan menghina mahkamah yang dibuatnya semalam ke atas dirinya (Karpal) yang juga memberi kesan kepada anak guamnya (Anwar). "Justeru, adalah perlu bagi Yang Arif, tarik diri. Terdapat bahaya berlaku berat sebelah (berikutan ugutan hina mahkamah oleh hakim)," kata Karpal semasa menggulung hujahnya. | ||
| JIKA CINA BAJAU, MAKA BAJAUKAH SAYA? Posted: 26 Nov 2010 02:47 PM PST ![]() Oleh: SARINA ABDUL GANIH (USM) MENURUT Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Empat, perkataan Bajau membawa dua maksud yang berlainan iaitu membajau atau memukul; dan merupakan suku kaum peribumi ketiga terbesar di Sabah yang terbahagi kepada dua golongan iaitu Bajau Laut yang tinggal di Timur Sabah dan Bajau Darat di Barat Sabah; yang masing-masing bertutur dalam dialek berbeza dan kegiatan utama mereka ialah bertani, menternak serta menangkap ikan. Berdasarkan tafsiran di atas dan kajian yang dilakukan oleh ahli Sosiologi dan Antropologi, belum ada yang benar-benar mengkhususkan kajian ke atas Bajau dari segi semantik dan akar budaya. Apa pandangan anda jika saya katakan etnik Bajau sebenarnya tidak wujud secara harafiah dan akliah? Mengikut kajian saya, bermula daripada Sabah ke Semenanjung, merentas Acheh hingga Sumatera dan Sulawesi; lalu berakhir di Pulau Ubian, Filipina, saya tidak menemui satu akar budaya yang benar-benar menonjolkan Bajau Asli di Sabah. Saya bersetuju dengan pandangan mantan Panglima Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI),Jenderal Wiranto bahawa Bajau merupakan satu 'komuniti' yang mendiami kawasan maritim yang dikenali sebagai 'Sea Gypsy' (Nomad Kelautan) yang berpindah-randah dan majoritinya menjadi nelayan sara diri dan glokal. Menurut Wiranto, Orang Cina, Orang Buton, Orang Bugis dan semua yang tinggal di seluruh kepulauan di Indonesia yang jumlahnya sekitar 40 juta orang adalah komuniti Bajau. Saya merasakan betapa kerdilnya saya di tengah-tengah kepungan komuniti Bajau Indonesia kerana di Sabah jumlah Bajau Asli hanya sekitar 1 peratus daripada jumlah Bajau Indonesia; selebihnya adalah Bajau Filipina. Walaupun pandangan Wiranto sukar atau mustahil untuk diterima oleh Bajau Sabah, namun itulah hakikatnya dan merupakan terjemahan yang paling tepat yang ada setakat ini. Para pengkaji budaya bingung dan terperangkap dengan teori yang ditinggalkan oleh Orientalis barat serta Bajau pasca kemerdekaan yang mengadaptasi budaya Filipina sebagai budaya Bajau sedangkan akar budaya Bajau Asli Sabah tidak dapat dikesan sama sekali.
Budaya yang 'dicipta' seperti perayaan Lepa-Lepa, tarian Igal-Igal atau Daling-Daling dan hampir kesemua budaya yang diamalkan oleh Bajau di Sabah berakar umbi daripada Bajau Filipina sehingga tidak menampakkan langsung jati diri mereka. Di Sabah, Bajau 'Lannang' (Cina) merupakan komuniti Bajau yang memainkan peranan penting untuk survival Bajau Asli di Sabah; kerana mereka mempunyai modal untuk menceburi bidang perikanan, laut dalam, akuakultur, pemasaran dan pemegang modal kepada industri perikanan yang didominasi Bajau selama ini. Etnik 'Pelauh' (Palau) yang mempunyai kad pengenalan sahaja yang sewajarnya diiktiraf sebagai sub-etnik Bajau sekalipun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf kewujudan mereka sebagai bangsa nomad yang tidak memerlukan dokumen dan dikecualikan daripada undang-undang Imigresen di semua bekas tanah jajahan British. Dari segi bahasa, Bajau tidak mempunyai etnolinguistik atau bahasa rasmi Bajau melainkan terpecah kepada beberapa dialek campuran seperti Bajau Kota Belud, Bajau Kudat, Bajau Sandakan, Bajau Telisai, Bajau Tambisan dan Bajau Semporna namun kesemuanya dipengaruhi oleh kosa kata Bajau Ubian yang menjadi katalis sebenar bahasa Bajau. Sehubungan itu, wajarkah kita menerima Bajau sebagai etnik atau komuniti kerana kita tidak menemui Bajau dalam Perlembagaan Negeri dan Persekutuan. Lalu di manakah status etnik Bajau dalam perundangan negara? Walaupun USBO telah merumuskan Bajau sebagai Rumpun yang mempunyai 12 sub-etnik iaitu Irranun, Sama, Suluk, Binadan (Bannaran), Ubian, Sama Delaut, Sibutu, Sikubung, Simunul, Samal, Yakan dan Jama Mapun namun tidak menyatakan secara jelas apakah wujud bangsa atau etnik Bajau. Saya agak terkejut dengan statistik taburan penduduk yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara bagi 2010 yang menyatakan jumlah penduduk Sabah seramai 3,271,921 orang. Daripada jumlah tersebut hanya seramai 2,435,295 warganegara, manakala bakinya seramai 836,626 bukan warganegara. Sesuatu yang agak musykil, tidak diketahui berapa jumlah sebenar Bajau di Sabah kerana tidak dinyatakan sebarang pecahan etnik di manakah termasuknya Rumpun Bajau dan hanya dicatatkan Bumiputera seramai 1,975,699 orang dan bumiputera lain seramai 1,600,764 orang. Manakala Cina seramai 303,426 orang, India seramai 12,004, Melayu seramai 374,935 dan lain-lain seramai 144,166 orang. Sebagai rumusan, saya berpendapat bahawa Bajau Sabah harus mengikut Perlembagaan Negeri dan Persekutuan dengan menjenamakan semula etnik Bajau sebagai Bumiputera berketurunan mengikut sub-etnik masing-masing dan bukannya Bajau. | ||
| Batal projek Arowana, selamatkan jelapang padi Posted: 25 Nov 2010 03:44 PM PST
| ||
| PAS buat laporan polis isu kain rentang Posted: 25 Nov 2010 03:41 PM PST
| ||
| "Krisis PKR hanya kocakan kecil" – Mahfuz Posted: 25 Nov 2010 03:39 PM PST KUALA LUMPUR: Kemelut yang sedang berlaku dalam PKR hanyalah sebuah kocakan kecil yang sama sekali tidak menjejaskan Pakatan Rakyat (PR) menghadapi pilihanraya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. "Kocakan kecil, mana-mana parti akan berlaku. Pergolakan ini dilakukan oleh orang yang sama, bukan membabitkan pergolakan yang besar.
"Ini krisis kumpulan yang kecil, bukan krisis kepercayaan rakyat kepada PKR dan Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan yang bertanya adakah krisis dalaman PKR akan menjejaskan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Mahfuz yang juga Ahli Palimen Pokok Sena berkata, PAS menghadapi krisis sama ketika parti itu menyertai Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada tahun 1990. Ketika itu, katanya, ramai ulama'-ulama' besar PAS Kelantan membantah keputusan PAS bergabung dengan APU ciptaan Tengku Razaleigh Hamzah ketika itu. "Pimpinan dan ahli PAS keluar parti dan menubuhkan parti Islah dan media melapurkannya secara besar-besaran. Tetapi keputusan pilihan raya umum 1990, BN tidak pernah menang satu kerusi pun di Mahfuz berkata, krisis dalaman PKR ini akan berakhir apabila kongres parti itu di Petaling Jaya berakhir Ahad ini. | ||
| "Siasat syarikat pembekal tiada loji benih padi" – Mahfuz Posted: 25 Nov 2010 03:36 PM PST FREE MALAYSIA TODAY
Justeru itu, Naib Presiden PAS itu meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap pemberian kontrak membekalkan baja organik di bawah skim subsidi padi Malaysia kepada syarikat yang tidak berpengalaman dalam menghasilkan baja organik.
"Syarikat individu yang tidak mempunyai loji menyewa loji benih milik Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani," katannya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau berkata, "mengikut syarat Kementerian berkenaan hanya syarikat yang mempunyai loji benih sahaja layak menerima bekalan benih. (Tetapi) Kenapa diberikan kepada syarikat yang tidak ada loji benih?" Menurut Mahfuz, Kementerian seharusnya mengutamakan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) untuk diberikan bekalan benih kerana ia memberi pulangan yang lebih tinggi kepada petani. "Sepatutnya syarikat daripada Mada yang akan bagi pulangan kepada petani, ia harus diberi lebih banyak bekalan benih," katanya lagi. Selasa lalu, Mahfuz membangkitkan perkara ini sewaktu berbahas di peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Pertanian. Justeru itu, kata Mahfuz, SPRM harus melakukan siasatan segera berhubung perkara ini. | ||
| "Tarik subsidi gula gagal didik masyarakat" – Mahfuz Posted: 25 Nov 2010 03:34 PM PST KUALA LUMPUR: Menggunakan alasan untuk mendidik masyarakat mengurangkan pengambilan gula dengan menarik subsidi gula merupakan satu alasan yang tidak munasabah. Demikian kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato Hj Mahfuz Omar ketika berbahas di Dewan Parlimen hari ini.
Beliau memberitahu Parlimen bahawa kenaikan harga gula tidak membantu mengurangkan jumlah pengidap penyakit kencing manis di negara ini. "Untuk mengurangkan pengambilan gula ni, bukanlah dengan mengurangkan subsidi yang menyebabkan kenaikan harga gula. "Ini, menunjukkan kita tiada kaedah yang munasabah untuk memastikan orang ramai kurangkan mengambil gula. Sepatutnya bila harga gula naik, orang pun kurang makan gula dan pesakit kencing manis pun jadi kuranglah," ujar beliau. "Kencing orang ni ramailah" Menurut Mahfuz, mendidik masyarakat agar mengurangkan pengambilan gula dengan menaikkan harga bahan tersebut di pasaran merupakan kaedah yang salah dan tidak berjaya. "Ini menunjukkan menaikkan harga gula tidak memberikan pendidikan dan kesedaran kepada pengguna untuk mengurangkan penggunaan gula untuk kesihatan. Maknanya tidak berjayalah bagi saya. "Ianya cuma kerajaan sengaja mencari rasional untuk menaikkan harga gula dan ia tidak lebih dari hanya menambahkan beban rakyat sahaja," ujar beliau lagi. Disamping itu, Mahfuz sempat menempelak pemimpin-pemimpin kerajaan apabila mengatakan pemimpin kerajaan lebih gemar menipu rakyatnya sendiri. "Bukan sahaja tidak berjaya mengurangkan pesakit kencing manis tetapi berjaya menambahkan penyakit kencing manis dan kencing orang," sambung beliau lagi. "Kencing orang ni ramailah. Membabitkan pemimpin-pemimpin dan kerajaan dok kencing rakyat memang berlaku banyak. Yang ini memang Doktor tak boleh ubat penyakit kencing orang ni," kata beliau lagi. | ||
| Bapa angkasawan negara nafi dakwaan perkahwinan anak ditaja PKNS Posted: 25 Nov 2010 03:29 PM PST BERNAMA KUALA LUMPUR – Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor, bapa Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, hari ini menafikan dakwaan kononnya majlis perkahwinan anaknya itu dengan Dr Harlina Mohd Yunos pada 10 Okt lepas ditaja Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai palsu, fitnah dan berniat jahat yang dibuat oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi, tanpa pengesahan daripada beliau terlebih dahulu. "Kenyataan yang dibuat ini mempunyai motif jahat, tohmahan palsu tanpa usul periksa dan merosakkan imej orang tertentu demi mereka yang berkepentingan," katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di Subang dekat sini hari ini. Menurut laporan media, majlis perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Harlina yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah menerima tajaan daripada PKNS sebanyak kira-kira RM520,000. Sheikh Mustapha berkata peruntukan itu sebenarnya digunakan bagi penubuhan Penyelidikan Sains & Aeroangkasa di Taman Sains PKNS, Cyberjaya dan majlis makan malam bagi meraikan 120 angkasawan dari beberapa negara. "Projek itu membabitkan Syarikat Advanced Science Education Sdn Bhd yang diwakili oleh Dr Sheikh Muszaphar dipersetujui oleh PKNS setelah kerajaan negeri lain menolaknya," katanya. Sheikh Mustapha juga tidak menolak kemungkinan projek tajaan PKNS itu telah menimbulkan rasa iri hati di kalangan pihak tertentu sehingga mereka melontar fitnah terhadap PKNS dan anaknya sendiri. Dakwaan itu turut menjadi tumpuan pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor minggu lalu, apabila ADUN Hulu Klang Saari Sungib meminta kerajaan negeri supaya menyiasat kebenaran tuduhan itu. Sheikh Mustapha yang mewakili anaknya berkata Dr Sheikh Muszaphar dan isteri yang kini berada di Mekah menunaikan ibadat haji turut kesal dan sedih dengan tuduhan itu dan menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab. | ||
| Peguam dakwa tertuduh kes enjin TUDM diculik pegawai tentera Posted: 25 Nov 2010 03:26 PM PST TERKINI THE MALAYSIAN INSIDER
SHAH ALAM — Peguam bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N. Tharmendran mendakwa anak guamnya itu "diculik" oleh sekumpulan pegawai sayap Angkatan Tentera Malaysia itu di pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, N Surendran berkata beliau yakin tindakan pegawai-pegawai itu bertujuan menghalang Tharmendran daripada mendedahkan butiran mengenai skandal kehilangan enjin dua jet TUDM yang dilapor hilang dan kemudian didakwa dicuri. "Sekumpulan kira-kira 10 pegawai TUDM diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Razif Razak menahan Tharmendran di pekarangan mahkamah kira-kira 11 pagi tadi ketika dia dan bapanya menuju ke kereta selepas keluar bilik mahkamah," kata beliau. Kata Surendran (gambar) walaupun beliau memprotes tindakan itu tetapi Razif mendakwa Tharmendran ditahan kerana tidak datang untuk lapor diri tugas. "Saya memberitahu mereka bahawa dokumen menunjukkan Tharmendran bukan lagi staf TUDM, dokumen menunjukakn dia bukan kakitangan TUDM sejak 28 Mei lalu. "Tetapi mereka tidak kisah, dan mahu menahan dia di Kem Tahanan Tentera," kata beliau. Surendran berkata beliau akan memfailkan habeas corpus petang ini bagi membebaskan anak guamannya dan juga perintah hina mahkamah ke atas Razif dan TUDM. Sementara itu, dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini, Kementerian Pertahanan berkata Tharmendran, yang menghadapi tuduhan mencuri dua enjin pesawat F5-E, hari ini ditahan semula oleh TUDM atas kesalahan meninggalkan tugas. Tangkapan dibuat oleh lima pegawai Jabatanarah Provos Marsyal TUDM di pekarangan tempat letak kereta Kompleks Mahkamah di sini pada 12 tengah hari ini selepas Tharmendran menghadiri pendengaran permohonannya untuk menggugurkan pertuduhan ke atasnya di Mahkamah Tinggi di sini. Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan, kegagalan Tharmendran untuk hadir bertugas setelah membayar jaminan pada 6 September lepas sehingga ke hari ini merupakan satu kesalahan meninggalkan tugas yang bertentangan dengan peruntukan Akta Tentera 1972. Tharmendran masih lagi berada dalam perkhidmatan TUDM, kata unit itu dalam satu kenyataan hari ini. ![]() TUDM menyatakan bahawa Tharmendran ditahan semula atas kesalahan meninggalkan tugas. – Foto Bernama Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Dalam pada itu, Bernama melaporkan berlaku kekecohan apabila Tharmendran yang hadir di mahkamah bersama bapanya cuba mengundurkan keretanya tetapi dihalang dari belakang oleh sebuah kenderaan SUV dan van milik TUDM kira-kira pukul 11.45 pagi. Mohd Razif, provos marsyal TUDM kemudian memaklumkan kepada Tharmendran bahawa beliau ditahan atas kesalahan meninggalkan tugas dan memintanya supaya turun dari kereta. Bagiamanpun, Tharmendran memberitahu bahawa dia ingin menghubungi peguamnya terlebih dahulu dan beberapa minit kemudian Surendran tiba dan mempersoalkan tindakan Mohd Razif menahan anak guamnya. "Ini adalah penangkapan tidak sah dan satu penyalahgunaan kuasa. Kenapa anda tidak jumpa saya semasa di mahkamah tadi? Anda sepatutnya bertindak dengan cara yang betul kerana anak guam saya tidak lagi bertugas dengan TUDM dan anda tidak lagi membayar gajinya," kata Surendran. "Saya hanya menjalankan tugas untuk menahan Tharmendran dan saya akan membawanya sekarang. Anda tidak perlu bimbang kerana anda masih boleh berjumpa dengan anak guam anda. Tolong jangan halang saya," kata Mohd Razif. Kenyataannya itu menyebabkan Surendran tidak puas hati dan menuduh Mohd Razif mengugutnya sehingga berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua yang disaksikan oleh pihak media. Tharmendran juga dilihat memberitahu Mohd Razif bahawa dia tidak melakukan kesalahan itu dan Mohd Razif berkata beliau telah diarahkan untuk menahannya. Situasi tegang kira-kira 15 minit itu berakhir apabila Mohd Razif memberi jaminan kepada Surendran bahawa beliau masih boleh berhubung dengan anak guamnya setiap masa dan memaklumkan bahawa mereka akan membawa Tharmendran ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dibawa ke kem tahanan Pangkalan Udara di Batu Kantomen, Kuala Lumpur. Ketika Mohd Razif mengeluarkan gari untuk menggari tangan Tharmendran, Surendran sekali lagi mempersoalkannya dan Mohd Razif kemudian memaklumkan bahawa itu adalah arahan dari pihak hospital. "Bagaimana hospital boleh keluarkan arahan untuk menggari?" soal Surendran dan Mohd Razif menjawab: "Saya hanya menjalankan tugas. Walaupun saya tidak gari tangannya sekarang tetapi apabila tiba di hospital nanti dia masih akan digari." Tharmendran kemudian diiringi masuk ke dalam van TUDM tanpa tangannya bergari dan dibawa pergi kira-kira pukul 12 tengah hari. Sebelum itu, dalam prosiding di Mahkamah Tinggi di sini, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad menetapkan 17 Dis ini untuk membuat keputusan berhubung permohonan Tharmendran bagi menggugurkan pertuduhan ke atasnya selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak. Surendran dalam hujahannya antara lain mempersoalkan mengapa hanya anak guamnya sahaja yang didakwa sedangkan pesalah utama dalam kes itu (Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop) tidak didakwa. Beliau turut mempersoalkan kelewatan anak guamnya didakwa iaitu enam bulan selepas dia ditahan. Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof pula berhujah bahawa tiada kelewatan dalam mengenakan dakwaan ke atas Tharmendran kerana dia ditahan pada Jun 2009 dan dituduh pada 6 Januari lepas. "Mengenai pesalah utama tidak dituduh, walaupun tidak dituduh ia tidak menyebabkan prosiding jenayah menjadi mala fide dan ia bukan satu penyalahgunaan proses mahkamah," katanya. Pada 6 Januari lepas, Tharmendran, 42, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini pada 30 April 2008. Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. | ||
| Kunjungan SPRM untuk maklumkan penahanan pegawai kanan Yayasan Selangor Posted: 25 Nov 2010 03:24 PM PST BERNAMA SHAH ALAM — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kunjungan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diketuai Pengarah SPRM Negeri Datuk Jaafar Maahad di pejabatnya di sini semalam. Kunjungan SPRM itu bertujuan memaklumkan secara rasmi kepada Abdul Khalid mengenai penahanan seorang pegawai kanan Yayasan Selangor yang dikaitkan dengan penganjuran Majlis Ulang Tahun ke-40 yayasan itu yang didakwa melebihi RM300,000, menurut kenyataan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar di sini hari ini. Kenyataan itu juga menyebut kunjungan SPRM bukannya bertujuan untuk mengambil keterangan daripada Menteri Besar seperti yang dilaporkan oleh beberapa media hari ini. | ||
| Mahkamah tolak permohonan Jenapala cabar pemilihan pusat PKR Posted: 25 Nov 2010 03:23 PM PST KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas timbalan setiausaha agung PKR P. Jenapala bagi mendapatkan pengisytiharan beliau layak bertanding jawatan timbalan presiden parti itu atas alasan ia tiada kuasa untuk mendengar kes tersebut.
Menurut peguam yang mewakil PKR, Razlan Hadri, mahkamah telah memutuskan bahawa tidak mempunyai kuasa untuk mendengar hal-hal yang melibatkan parti politik. "Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak hari ini, hakim memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh mendengar keputusan yang dibuat oleh parti politik, keputusan parti tidak boleh dicabar oleh mana-mana ahli. "Hakim juga berkata masalah yang melibatkan parti tidak boleh dibawa ke mahkamah, kalau ahli tidak berpuas hati mereka boleh bantah dalam mesyuarat dalaman parti. "Atas sebab ini, hakim memutuskan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut. Ingin saya tegaskan bahawa mana-mana ahli tidak boleh membawa kes parti ke mahkamah dan ia bukan terhad kepada PKR sahaja, tetapi semua parti politik di Malaysia kerana ia adalah undang-undang yang telah ditetapkan," katanya ketika ditemui selepas selesai prosiding tersebut. Pada Khamis lepas, Jenapala (gambar) memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau layak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Pada hari berikutnya, beliau memfailkan afidavit sokongan bagi menyokong permohonannya untuk mendapatkan perisytiharan bahawa pemilihan jawatan timbalan presiden parti itu adalah tidak sah dan terbatal. Dalam afidavitnya, Jenapala, 56, berkata, beliau menyertai PKR pada Mei 1998 dan menjadi timbalan setiausaha agung dari awal 2008 hingga meletakkan jawatan secara lisan pada Disember tahun yang sama. Beliau memohon pengisytiharan bahawa penolakan beliau sebagai calon timbalan presiden adalah tidak sah dan bertentangan dengan haknya sebagai ahli parti. Tambah Razlan, sekiranya mahkamah diberi kuasa untuk mendengar hal-hal berkaitan parti politik, maka ramai ahli yang akan membawa kes ke mahkamah sehingga terpaksa mengabaikan kes-kes lain. "Mahkamah tidak boleh digunakan oleh ahli politik yang tidak berpuas hati tentang keputusan parti. Jika mahkamah terus digunakan untuk selesaikan masalah dalam parti, maka kes yang membabitkan rakyat biasa tidak dapat diselesaikan berikutan mahkamah yang dibanjiri dengan kes ahli politik," katanya. Sementara itu, Naib Presiden PKR R. Sivarasa yang turut hadir dalam prosiding tersebut berkata, mahkamah membuat keputusan itu kerana tidak mempunyai kuasa mendengar masalah dalaman yang membabitkan parti politik seperti yang termaktub dalam Seksyen 18 (C) Akta Pertubuhan. "Seksyen 18 (C) Akta Pertubuhan memperuntukkan apa-apa keputusan yang dibuat parti politik atau pegawai (termasuk setiausaha agung) yang berkaitan dalam urusan dalaman parti tidak boleh dicabar dan dibawa ke mahkamah. "Berikutan itu mahkamah menolak permohonan Jenapala dengan kos RM15,000," katanya. Selain Sivarasa, turut hadir Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya. Sebelum prosiding diadakan, media terlebih dahulu diarahkan keluar oleh Aziah. Prosiding tersebut bermula pukul 3.30 petang dan tamat kira-kira pukul 5.45 petang. Dengan keputusan itu, PKR boleh mengumumkan keputusan rasmi pemilihan parti itu termasuk jawatan timbalan presiden ketika Kongres Nasional PKR yang akan bermula esok. Selain Razlan, PKR turut diwakili peguam Ranjit Singh manakala Jenapala pula diwakili James Khong. Jenapala ketika ditemui berkata, beliau akan mengemukakan rayuan selewat-lewatnya esok. "Kita akan buat rayuan terhadap keputusan dibuat hari ini. "Saya tidak berpuas hati terhadap hujah dan keputusan hari ini, peguam lawan menggunakan Seksyen 18 (C) untuk menyerang saya," katanya. Pada Khamis lepas, Jenapala memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR. Pada hari berikutnya, beliau memfailkan afidavit sokongan bagi menyokong permohonannya untuk mendapatkan perisytiharan bahawa pemilihan jawatan timbalan presiden parti itu adalah tidak sah dan terbatal. Beliau memohon pengisytiharan bahawa penolakan beliau sebagai calon Timbalan Presiden adalah tidak sah dan bertentang dengan haknya sebagai ahli parti. Dalam samannya, beliau menamakan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail sebagai defendan. Jenapala diwakili peguam James Khong. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi dan Kuasa-kuasa Khas Datuk Aziah Ali selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan