Kerabu Bersuara ® |
- Gambaran Akhirat Dan Kiamat Yang Menginsafkan
- Dengan Nama Allah, Ambil La Chegu Bard Untuk Tawan Putrajaya
- Kalau Khairy jatuhkan Pak Lah, tunggulah Rosmah "jahanamkan" Najib!
- Barisan Kepimpinan AMK 2010-2013
- Keputusan penuh pemilihan Wanita KEADILAN
- Gesaan Dr Syed Husin penting untuk hadapi PRU-13 – Azmin
- Gambar bukti bukan pengawas pemilihan – Saifuddin
- Siapa Sebenarnya Berbahaya?
- Protes ‘Selamatkan Keadilan’ tidak menjadi
- Kongres PKR bakal jadi medan tempur pembahas, pemimpin parti
- Gambar Sebelum Tg Nik Aziz Masuk Kereta
- Jom Turun Demo 5 Dis Nanti. Bantah Kenaikan Air!
- Live Berangkat Pulang Tok Guru Nik Aziz
- Live Pengunjung Bersesak Salam TG N.Aziz
- Live Suasana Kuliah TG Nik Aziz
- Gambar TG Nik Aziz Menerima Kunjungan Rombongan Pakar Perubatan China
- [Gambar] Wanita Yang Ada 3 Payudara
| Gambaran Akhirat Dan Kiamat Yang Menginsafkan Posted: 26 Nov 2010 09:30 AM PST ? Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ? Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ? Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ? Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. ? Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. ? Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. ? Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. ? Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. ? Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. ? Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. ? Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 1- Pemimpin yang adil. 2- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 3- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 4- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 5- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 6- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 7- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. ? Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. ? Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. ? Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. ? 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. ? Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. ? Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. ? Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. ? Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. ? Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. ? Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. ? Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. ? Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. ? Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. ? Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. ? Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ?- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ?- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ?- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) ? Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. ? Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. ? Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. ? Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. ? Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ? Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ? Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : 1) Sedekah/amal jariahnya. 2) Doa anak²nya yang soleh. 3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. sumber: Amar Sufi |
| Dengan Nama Allah, Ambil La Chegu Bard Untuk Tawan Putrajaya Posted: 26 Nov 2010 06:17 AM PST Timbalan ketua Pemuda PKR (AMK) sesi lalu Fariz Musa berharap kepimpinan baru sayap kanan parti itu tidak mengetepikan calon ketuanya Badrul Hisham Shaharin setelah mendapat mandat baru dalam sesi kali ini. "Saya minta kawan-kawan kita daripada (kem) Badrul, saya syor Badrul diundang dalam AMK dan diberikan kedudukan baik supaya kedua gabungan tenaga ini berada dalam AMK. "Kita mesti bekerja kerana fokus utama selepas ini untuk kita tawan Putrajaya," katanya ketika berucap kali terakhir kongres sayap itu di Petaling Jaya hari ini. Bercakap ketika menyampaikan ucapan penggulangannnya, Fariz yang tidak mempertahankan kerusinya kerana 'lebih umur' malah berkata, beliau merayu perkara itu dengan nama Allah. "Tolong hentikan, saya merayu dengan nama Allah, saya rayu dan harap hentikan sengketa (sesama kita). Selesaikanlah," katanya. Nada yang hampir sama disuarakan oleh naib ketuanya sesi lalu Amiruddin Shari yang tidak mempertahankan jawatannya ekoran regunya Rafizi Ramli tidak meneruskan hasrat bertanding sebelum ini. "Yang sudah, sudahlah. Yang lepas, lepaslah. Yang menang, menanglah. Yang tewas-tewaslah. "Yang pasti selepas ini kita harus beri keadilan dan bebeasan pada rakyat," katanya sambil menegaskan cabaran besarnya untuk mendepani 4.6 juta pengundi baru. Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Shamsul Iskandar ketika ditanya berhubung kesediannya melantik Badrul Hisham ke dalam barisan kabinet barunya kelihatan tidak menyatakan 'kesanggupan' yang benar-benar pasti. "Kita menerima sesiapa sahaja. Saya tak nampak ada masalah besar (melantik Badrul)," katanya. Terdapat lima kerusi lantikan untuk exco. Manakala Badrul Hisham pula ketika ditemui di luar Dewan Sivik MBPJ - tempat persidangan berlangsung - berkata tidak timbul perkara itu kerana "sesiapa saja yang memperjuangkan keadilan adalah kawan". Beliau juga menafikan terlibat dalam demonstrasi "baju hitam" yang menyokongnya petang ini. "Saya gemuk, hendak nampak kurus," katanya sambil ketawa ketika ditanya kenapa beliau sendiri memakai jaket hitam. Dalam keputusan rasmi pemilihan AMK yang diumumkan lewat petang ini, Shamsul Iskandar mempertahankan jawatannya mengalahkan Badrul Hisham. Jumlah undi yang diterima mereka tidak diumumkan. |
| Kalau Khairy jatuhkan Pak Lah, tunggulah Rosmah "jahanamkan" Najib! Posted: 26 Nov 2010 05:09 AM PST Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN Usia Parlimen yang bermula selepas pilihan raya umum, Mac 2008, belum pun genap tiga tahun, atau lebih tepat 36 bulan. Tempoh Parlimen yang baru bermula daripada tarikh sidang pertama dijalankan, iaitu pada penghujung April 2008. Ini bermakna kita ada lima bulan lagi sebelum genap tiga tahun usia Parlimen. Selalunya pilihan raya diadakan, paling awal pun, hanya selepas tempoh 36 bulan itu. Sewaktu Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman menerajui kerajaan, Parlimen dibubarkan apabila mandat kerajaan hampir berakhir. Bagaimanapun, selepas Dr Mahathir mengambil alih pemerintahan, tempoh Parlimen hanya sekitar empat tahun sahaja. Berdepan suasana politik yang begitu gawat dalam era reformasi, selepas memecat dan mengaibkan Anwar Ibrahim pada September 1998, Mahathir menasihatkan Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan Parlimen ketika usia kerajaan hanya tiga tahun lima bulan. Penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi dilihat tidak begitu terdesak untuk mengadakan pilihan raya awal selepas menang besar pada 2004, apatah lagi kedudukan ekonomi negara tidak memihak kepadanya, manakala isu kenaikan harga minyak menjadi bualan ramai dan menimbulkan keresahan umum, namun beliau terpaksa memilih Mac 2008,antaranya, bagi menghalang Anwar bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 itu. Meskipun Abdullah terpaksa berundur lebih awal sebagai perdana menteri dan presiden Umno, ekoran prestasi buruk BN dalam pilihan raya berkenaan, beliau tetap diingati sebagai negawaran yang bersedia memberikan tempoh berkempen yang lebih lama, iaitu 13 hari. Minggu pertama kempen dilihat begitu suram tetapi kembali panas dan mendebarkan beberapa hari sebelum pengundian. Dalam beberapa pilihan raya umum sebelum itu, tempohnya tidak pernah melebihi sepuluh hari, malah ada yang sesingkat lapan hari, sekadar mencukupi tempoh minimum tujuh hari. Selain mencatatkan tempoh berkempen paling pendek, Dr Mahathir juga pernah mengadakan pilihan raya umum semasa musim haji! Kita mengharapkan tempoh kempen nanti boleh dilanjutkan sehingga 21 hari, seperti permintaan Bersih. (Sebagai pengamal media dan "membesar" bersama Harakah, saya sentiasa mengenang satu lagi "sumbangan" Abdullah, iaitu mengembalikan penerbitan Harakah kepada dua kali seminggu, berbanding Dr Mahathir yang mencantas lidah rasmi PAS itu kepada kekerapan hanya dua kali sebulan, selepas dikejutkan dengan keputusan pilihan raya umum,November 1999). Tarikh pilihan raya sentiasa menjadi senjata buat pemerintah mengaut keuntungan politik semaksimum mungkin. Memang keputusan muktamad berada di tangan Agong, namun jarang kehendak Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN tidak dilayan. Bagaimanapun pilihan raya umum ke-12 mengajar kita bahawa mood pengundi kini sukar diramal, tidak sepertimana sebelum ini yang agak mudah ditelah atau dibaca.Kebijaksanaan rakyat menggunakan hak memilih kerajaan baru melalui peti undi agak luar biasa. Agensi perisik profesional, apatah lagi peramal amatur, pun boleh dikelirukan. Najib memang ada kelebihan sebagai perdana menteri baru, mungkin mengulangi faktor sama yang ada pada Abdullah pada pilihan raya 2004. Begitu pun, suasana enam tahun lalu sudah jauh berbeza dengan apa yang dihadapi Najib sekarang. Imej Abdullah begitu menyerlah ketika itu. Tempoh lima bulan selepas menggantikan Mahathir dihiasidengan pelbagai slogan muluk dan tindakan kosmetik yang mengkagumkan! Sewaktu mengetuai kempen BN dalam pilihan raya umum ke-11, Abdullah belum terpalit dengan dakwaan amalan kronisme dan pilih kasih, sehingga timbul istilah "4K" dan penguasaan "Tingkat 4" ke atasnya. Mahathir juga mungkin tidak terfikir untuk melancarkan serangan terbuka terhadap Abdullah. Nama Khairy Jamaluddin, Kalimullah Hassan atau Patrick Lim (lebih dikenali sebagai Patrick Badawi) belum cukup popular untuk menghakis sokongan pengundi kepada BN. Apakah imej Najib kini sebaik Abdullah di awal pemerintahannya dahulu? Bagi saya, tidak. Laluan Najib tetap sukar. Selama 20 bulan menjadi PM, beliau sudah terpalit dengan pelbagai cerita negatif. Usah melihat siri pilihan raya kecil di Galas dan Hulu Selangor sahaja. Imbangi juga dengan kegagalan BN mempertahankan kerusi di Kuala Terengganu dan Sibu. Menarik sekali ingatan Dr Koh Tsu Koon kepada pemimpin BN terhadap kemenangan berganda baru-baru ini: "Seperti kata pepatah, kehadiran dua ekor burung pipit bukan bererti musim bunga sudah tiba. Ini kerana mungkin haiwan terbabit berada di situ disebabkan terselamat daripada cuaca dingin musim sejuk yang masih lagi belum berakhir." Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu mungkin tidak begitu menarik imiginasi pengundi lagi, tetapi bagaimana dengan kes rasuah berkaitan pembelian senjata, misalnya? Lebih jauh daripada itu, amalan politik Umno-BN yang bersebati dengan korupsi tetap terasa hanyir. Beberapa pendekatan barunya seperti konsep 1-Malaysia mungkin bertujuan menarik kembali sokongan pengundi bukan Melayu, namun sikap perkauman Umno juga semakin terserlah. Tidak kurang juga yang mengkritik slogan baru Najib yang dilihat belum sempat difahami dengan baik oleh rakyat. Kontrak kerajaan masih diagihkan secara rundingan terus kepada elit penguasa dan suku-sakat mereka, walaupun dilaungkan ia dibuat secara tender terbuka. Paling menonjol, isu yang mengheret Abdullah kecundang lebih awal, iaitu faktor "penasihatnya" yang tamak dan sombong turut melumurkan kesan negatif buat wajah Najib. Bedanya, tiada "Khairy atau Kalimullah" yang menonjol dalam pemerintahan Najib tetapi rakyat muak dengan karenah dan "kelaku" isterinya, Rosmah Mansor. Ketamakan "Wanita Pertama" itu lebih menjolok mata dan menjengkelkan. Najib mengakui selepas melakukan transformasi ekonomi dan sistem dalam kerajaan, tumpuannya menjurus kepada penambaikan politik. Siri jelajahnya ke seluruh negara sebagai Presiden Umno akan bermula. Ada pihak menjangkakan tumpuan diberikan kepada negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, terutama Kedah dan Selangor. Mungkin Kelantan dan Pulau Pinang agak sukar direbut dalam pilihan raya akan datang. Apabila isu banjir terburuk di Kedah dipolitikkan sebegitu rupa, sehingga menimbulkan kemarahan Menteri Besarnya, Ustaz Azizan Abdul Razak, yang selama ini jarang menuturkan sesuatu yang menyakitkan pemimpin kerajaan Pusat, maka ia mendedahkan tembelang Umno yang begitu gelojoh mencari jalan pintas walaupun dengan taktik kotor. Begitu juga dengan serangan bertubi-tubi di Selangor. Elok juga diuar-uarkan kemungkinan pilihan raya lebih awal. Pakatan Rakyat harus meneliti persiapan dan ketahanan diri. Usah pandang mudah isu-isu dalaman yang dipamerkan media. Rakyat kini mahu memilih kerajaan yang lebih kredibil, bukan lagi menyokong pembangkang yang kuat. Jangan biarkan "jentera BN" memesongkan persepsi mereka. Apa pun harus diingat, laluan Pakatan ke Putrajaya masih berliku sekiranya tiada lonjakan sokongan pengundi baru ataupun masyarakat Melayu desa terhadapnya. Saya tidak begitu bimbang pengundi Cina beralih angin mengulangi teori pendulum, namun "simpanan tetap" BN di Sabah dan Sarawak belum ada tanda-tanda akan terusik. Lebih merisaukan adalah dengan kecenderungan masyarakat India ... Namun segalanya masih boleh diubah dan dipengaruhi, kan? |
| Barisan Kepimpinan AMK 2010-2013 Posted: 26 Nov 2010 04:30 AM PST PETALING JAYA, 26 Nov - Berikut adalah keputusan rasmi pemilihan barisan pucuk pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi tempoh 2010-2013. Pengerusi Tetap: Suhaimi Shafie Timbalan Pengerusi Tetap: Lau Teck Lai Ketua: Shamsul Iskandar Mohd Akin Timbalan Ketua: Khairul Anuar Naib Ketua: 1. Azmizan Zaman Huri 2. Erveana Ansari Ali 3. Chan Ming Kai Anggota Majlis Pimpinan: 1. Abdul Rahman Abdul Hackeem 2. Natassia Sarah 3. Zulhaidah Suboh 4. Zafril Mohd Eusoff 5. Mohamad Azihan Che Seman 6. Azman Yusof 7. Ginie Lim 8. Sangetha Jayakumar 9. Muhammad Najmi Samsudin 10. Jafery Jamion 11. Azwan Ramli 12. Rajan A/L Rajan Naidu 13. Farhan Ibrahim 14. Md Zaman Md Tasi 15. Sachithananthan A/L Krishnan 16. Ong Chin Wen 17. Mohamad Nazri Ismail 18. Ramlan Roes 19. Hamsah Djabir (rpt: Hamsah Djabir) 20. Ng Shy Ching Keputusan diumumkan Pengerusi Tetap AMK Mohd Yahya Mohd Sahri. -Bernama |
| Keputusan penuh pemilihan Wanita KEADILAN Posted: 26 Nov 2010 04:15 AM PST PETALING JAYA 26 Nov - Kongres ke-7 Wanita PKR yang berlangsung hari ini menyaksikan pengerusi tetap mengumumkan keputusan penuh pemilihan bagi sesi Pimpinan Wanita 2011/2014. Berikut adalah senarai penuh keputusan pemilihan:- Ketua Wanita: Zuraida Kamaruddin Timbalan Ketua Wanita: Rodziah Ismail Naib Ketua Wanita: Gan Pei Nei Haniza Talha Noorsham Abu Samah Ahli majlis pimpinan wanita (exco): 1-Daroyah Alwi 2- Chua Yee Ling 3-Nurin Aina 4-Juwairiya Zulkifli 5-Ain Eusoff 6- Yogeswari A/P Ramalu 7-Salmah Ismail 8- Fathmawaty Ismail 9- Armila Alias 10-Roziyah Hamzah 11- Tan Poh Lai 12- Ramlah Bee 13- Halimah Mamat 14- Norhesni Ismail 15-Nurhanim Mohksein 16- Juliana Jusit 17- Vasanthi Ramalingam 18-Sarimah Lisut 19-Felisia Ling 20-Nanie Jamil |
| Gesaan Dr Syed Husin penting untuk hadapi PRU-13 – Azmin Posted: 26 Nov 2010 04:00 AM PST PETALING JAYA, 26 Nov – Gesaan dan pandangan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Senator Dr Syed Husin Ali terhadap peranan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) sangat penting dalam usaha memperkukuhkan parti menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang. Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali berkata Dr Syed Husin sebagai pemimpin lama memahami denyut nadi rakyat yang perlu digalas pimpinan yang muda di dalam wanita dan AMK. "Saya kira teguran yan dibuat itu adalah teguran yang membina dan saya yakin AMK dan Wanita akan menerima teguran ini demi kekuatan parti di masa yang akan datang," ujar beliau. Sementara itu, Dr Syed Husin dalam ucapan dasarnya berkata PKR perlu mengadakan sebanyak mungkin bengkel,kursus dan latihan ialah untuk menimbulkan kesedaran dan kekuatan organisasi dan perpaduan politik. Ujarnya lagi, apabila anggota parti sudah menerima, memahami dan menghayati dasar dan matlamat parti yang sebenarnya, mereka tidak akan mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kekayaan serta martabat. Azmin berkata salah satu tumpuan beliau yang terkandung dalam manifesto sebagai calon timbalan presiden adalah meningkatkan program latihan dan bengkel seperti yang disarankan Dr Syed Husin dalam ucapan dasarnya pagi tadi. "Program seperti ini dapat merapatkan lagi perpaduan pimpinan dan anggota parti dapat menghayati semangat dan idealisme perjuangan yang akan meningkat istiqamah supaya tidak mudah terpengaruh dengan elemen-elemen luar. "Saya menyambut baik gesaan beliau supaya parti meningkatkan dan memberikan tumpuan untuk meningkatkan program latihan atau pun kem-kem politik ini supaya anggota parti dan pimpinan makna perjuangan yang sebenarnya," jelas Azmin selepas selesai ucapan dasar Kongres Nasional Tahunan ke-7 timbalan presiden di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pagi tadi. Tambah beliau, perkara itu akan ditumpukan selepas selesai kongres PKR,Ahad ini. Dalam pada itu, Dr Syed Husin Ali dalam ucapannya berkata bagi memastikan Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya, PKR harus memainkan peranan yang lebih aktif khususnya di negeri Selangor. Mengulas seruan ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Raja, Shuhaimi Shafie berkata tiga elemen utama perjuangan parti iaitu kebertanggungjawaban, ketelusan dan kecekapan telah menjadi teras utama urustadbir Selangor. Katanya, ketiga-tiga elemen ini yang diterapkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar menjadi ikutan negeri-negeri lain yang bukan ditadbir Pakatan Rakyat. "Elemen penting ini dapat menyekat sebarang salah laku, perbuatan yang cenderung kepada unsur-unsur rasuah," katanya. "Satu mekanisme yang terbaik haruslah kita adakan supaya apa yang dihajati oleh kerajaan negeri boleh dilaksanakan dengan penglibatan seluruh agensi di bawah kerajaan negeri. Namun begitu, Shuhaimi berkata prinsip utama kerajaan negeri Selangor adalah membela nasib rakyat seluruhnya dengan adil dan saksama, tanpa mengira latar-belakang parti. "Kita lebih mengutamakan rakyat yang terbanyak tanpa meminggirkan anggota-anggota PKR," |
| Gambar bukti bukan pengawas pemilihan – Saifuddin Posted: 26 Nov 2010 03:49 AM PST PETALING JAYA 26 Nov - Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail, hari ini menafikan pengawas pemilihan parti itu terlibat dalam salah laku ketika pemilihan kepimpinan minggu lalu termasuk menentukan calon untuk dipilih. Beliau bertegas, gambar dua individu yang disiarkan akhbar Malaysiakini dan The Star hari ini bukan pengawas pemilihan KEADILAN. Justeru Saifudin menyifatkan usaha tersebut berniat memburukkan imej parti memaparkan gambar dan keterangan yang mengelirukan rakyat berhubung proses pemilihan itu. "Kedua-duanya bukan pengawas. Saya kenal mereka," katanya merujuk kepada gambar yang memaparkan seorang lelaki memakai lencana calon timbalan presiden, Azmin Ali. Dalam sidang media selepas perasmian Kongres Nasional Wanita dan AMK KEADILAN petang tadi, Saifudin merujuk gambar yang memperlihatkan seorang pengawas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sedang menuding jari kepada seorang ahli yang sedang mengundi di Merbok. "Sedangkan, pengawas itu sedang membantu seorang pengundi yang buta huruf. Senarai calon panjang, bukan seperti pilihan raya umum (PRU) yang ada dua atau tiga calon saja. Untuk MPP saja, kita ada 20 calon," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang. Katanya lagi, perkara itu merupakan amalan biasa seperti yang dilakukan dalam PRU oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sambil menegur media yang didakwa memberikan 'konotasi negatif', Saifuddin menjelaskan, setakat ini tiada sebarang aduan diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), "Apa yang lebih aneh… aduan yang berserta gambar itu dihantar kepada portal tersebut melalui emel tetapi tidak disalurkan kepada JPP. "Bagaimana kita hendak siasat jika aduan dihantar kepada Regina (wartawan Malaysiakini) tetapi tidak sampai ke meja JPP?" katany, sedikit berseloroh. Tambah beliau, masih terdapat 12 daripada 289 keseluruhan aduan yang sedang disiasat sementara sembilan lagi di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sedang diteliti. Kongres ke-7 Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) hari ini bermula dengan sayap Wanita KEADILAN dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yang berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). |
| Posted: 26 Nov 2010 01:00 AM PST Oleh Nurul Izzah Anwar Merujuk kepada kenyataan terbaru bekas ketua AMK Ezam Mohd Nor yang berdasarkan fitnah dan bukan fakta bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah perosak perpaduan Negara dan juga telah memaksa beliau untuk menghina Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebenarnya adalah satu usaha mengelirukan rakyat. Perihal perpaduan Negara, Dato' Seri Anwar adalah sebenarnya pemimpin yang telah melahirkan sebuah parti politik berbilang bangsa yang telah dikembangkan kepada Pakatan Rakyat yang komited kepada falsafah 'Ketuanan Rakyat' berbanding dengan falsafah BN yang pada pokoknya berpegang kepada 'Ketuanan UMNO ' yang mengamalkan rasuah politik untuk memaksa parti-parti berdasarkan kaum seperti MCA dan MIC untuk bertuankan UMNO. Pendekatan Pakatan Rakyat ini telah pun disahkan kemurniannya apabila baru-baru ini UMNO telah menggunakan rasuah politik terbaru dengan membuka keahlian terus ke dalam BN. Pegangan dan pandangan Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai DEB sememangnya jelas dan jitu di mana beliau tidak persoalkan tujuan DEB tetapi mempersoalkan pelaksanaan dan penyelewengan DEB untuk keuntungan golongan kecil bergelar kroni. Mungkin DEB mesti ditukarkan namanya kepada DEK, iaitu Dasar Ekonomi Kroni? Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengupas dengan teliti bahawa penyelewengan pelaksanaan DEB untuk keuntungan kroni telah merugikan rakyat apabila Negara menghadapi kehilangan keyakinan dunia dengan kemerosotan FDI yang parah, kelemahan sistem pendidikan yang hanya mampu melahirkan golongan pekerja yang 80% berkelulusan SPM sahaja, ketirisan ekonomi melalui penswastaan dan pemberian konsensi penjanaan kuasa dan lebuhraya tol yang berat sebelah, pembaziran melalui projek-projek mega, pemberian komisyen tinggi untuk pembelian oleh kerajaan, kenaikan kos sara hidup yang tinggi dan kejatuhan pendapatan rakyat, penghijrahan tenaga profesional ke luar negara dan tahap hutang negara yang membimbangkan, kesemuanya telah melemahkan daya saing negara dengan tenatnya. Dan pendekatan Dato' Seri Anwar Ibrahim telah terbukti kebenarannya apabila kerajaan di dalam Model Ekonomi Baru telah menyatakan akan melaksanakan tindakan afirmatif (affirmative action) berdasarkan keperluan (needs-based) dan bukan perkauman (race-based) seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat selama ini. Mengenai bahaya salah guna kuasa, rakyat dapat melihat dan menjadi saksi bagaimana institusi kehakiman dipergunakan untuk meneruskan tuduhan fitnah dan palsu kes liwat kali kedua terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Proses siasatan dan bahan bukti yang tidak mengikut piawaian asas keadilan hanya menambahkan kehilangan kepercayaan bukan sahaja rakyat tetapi seluruh dunia terhadap kerajaan cukup mengaibkan. Oleh demikian, saya amat pelik apabila Ezam yang menjadi pengasas GERAK dan ketika itu cukup bangga menerima gelaran Pejuang Rasuah No.1 telah bertukar nada daripada 'Kotak Rahsia' kepada 'Katak Rasuah' dengan propaganda untuk menjadi pelindung, pejuang dan pencanang amalan rasuah politik BN, rasuah ekonomi DEB dan rasuah kuasa Kehakiman pula. Oleh itu, siapa sebenarnya berbahaya kepada BN dan siapa sebenarnya berbahaya kepada Negara? |
| Protes ‘Selamatkan Keadilan’ tidak menjadi Posted: 26 Nov 2010 12:30 AM PST Oleh Jamilah Kamarudin PETALING JAYA: Hasrat sekumpulan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merancang untuk mengadakan protes dan menyebarkan risalah 'Selamatkan Keadilan' semasa Kongres PKR yang bermula hari ini nampaknya tidak menjadi sebaliknya dilihat masuk menyertai Kongres sebagai perwakilan. Kumpulan yang menamakan diri sebagai Anak Muda itu pada mulanya dilihat berlegar di perkarangan luar Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) pada awal perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) sejak awal pagi. Memakai baju serba hitam, kira-kira sepuluh ahli PKR yang dipercayai daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) mula mengedarkan 'armband' dan 'headband' berkain hitam yang tertera tulisan 'Selamatkan Keadilan" kepada orang ramai. Namun, sehingga penghujung ucapan perasmian Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, kumpulan itu mula masuk ke dalam Dewan menyertai Kongres sebagai perwakilan AMK. Salah seorang penyokong Anak Muda yang mahu dikenali sebagai Norazizi berkata, pihaknya membatalkan hasrat untuk meneruskan Kempen Selamatkan Keadilan kerana pihaknya masih belum menerima 'lampu hijau' daripada pemimpin untuk meneruskan kempen ini. "Tambahan pula kami sudah pun diberi peringatan daripada penganjur majlis supaya tidak buat 'kacau' sepanjang kongres berlangsung. "Kami tidak ada niat nak buat kacau, cuma mahu buat beberapa usaha untuk tarik perhatian pemimpin tertinggi dan JPP supaya buka mata dengar masalah dan kepincangan yang berlaku sepanjang proses pemilihan. Namun Norazizi berkata setakat ini pihaknya mampu menarik sedikit nafas lega apabila mendapat jaminan daripada MPP untuk menyiasat dan selesaikan masalah di peringkat cabang. "MPP memberi jaminan kepada kami bahawa pihaknya akan selesaikan masalah pemilihan peringkat cabang dan setakat ini kamu dimaklumkan tiga Cabang yang bermasalah bakal dikenakan tindakan," katanya. Dalam kempen itu, mereka sebelum in merancang untuk meyebarkan risalah dan mengadakan protes sebagai tanda bantahan terhadap kepincangan yang berlaku sepanjang proses pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berlangsung walaupun aduan dan memorandum diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Norazizi bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kumpulan Anak Muda itu akan meneruskan perancangan mereka untuk protes pada esok dan acara kemuncak pada Ahad ini. "Setakat hari ini tiada apa-apa tindakan sebab tiada arahan. Kita tengok saja esok atau lusa," katanya |
| Kongres PKR bakal jadi medan tempur pembahas, pemimpin parti Posted: 26 Nov 2010 12:11 AM PST Oleh Nazli Ibrahim PETALING JAYA: Hari ini bermulalah Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal berlangsung selama tiga hari di Dewan Sivik Majlis bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Kongres kali ini yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin parti ini dari seluruh negara ini hampir pasti dihangatkan oleh pembahas-pembahas ekoran beberapa isu panas yang timbul kebelakangan ini. Antara yang hampir pasti dibangkitkan oleh pembahas, antaranya isu penipuan yang dikatakan banyak berlaku ketika Pemilihan Pimpinan PKR 2010 yang berakhir baru-baru ini. Kemunculan 'tangan ghaib' memberikan arahan kepada ahli parti dan menentukan sesuatu keputusan parti atau Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berhubung pemilihan dijangkakan bakal mendapat kecaman oleh pembahas. Sebelum ini, tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menawarkan diri untuk turut bertanding dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden telah mencetuskan spekulasi kewujudan tangan ghaib. Terdapat dakwaan sesetengah pihak tindakkan Khalid tersebut hanyalah menurut arahan 'tangan ghaib' bertujuan untuk memancing Dato Zaid Ibrahim agar menarik diri dari bertanding jawatan yang sama. Spekulasi tersebut tercetus apabila sebelumnya Zaid mengeluarkan kenyataan kesediaan beliau untuk menarik diri sekirannya Khalid turut bertanding bagi jawatan nombor dua parti itu. Wanita1Spekulasi tersebut semakin dikuatkan lagi apabila Khalid yang menawarkan diri sebelumnya tidak kelihatan pada hari penerimaan pencalonan untuk menyatakan kesediaan beliau bertanding. Spekulasi tangan ghaib dalam PKR terus hangat diperkatakan apabila Anwar dikatakan telah menghubungi beberapa ketua cabang bagi memberikan arahan agar menyokong calon tertentu dan hingga kini masih tiada penafian dibuat. Penipuan secara terbuka atau yang disebut oleh ahli akar umbi parti itu sebagai 'agenda membodohkan ahli' oleh beberapa pihak yang terlibat dalam pemilihan dijangkan turut dibangkitkan. Istilah 'agenda membodohkan ahli' mula timbul dikalangan ahli akar umbi apabila penyelewengan dilakukan secara terang-terangan dengan penafian dan alasan-alasan yang ganjil baik diperingkat cabang mahupun peringkat pusat. Bagi perwakilan yang lebih memilih haluan kanan pula dijangka bakal mengikut rentak pemimpin-pemimpin tertinggi parti dalam perbahasan nanti. Antara isu yang bakal disentuh oleh kelompok ini ialah agenda merapatkan saf dan tidak kurang juga isu 'kuda trojan' atau apa yang disebutkan sebagai pengkhianat dalam parti. Bagi kelompok ini, fenomena kritikan atau teguran oleh ahli parti sendiri dianggap sebagai tindakan yang mampu melemahkan parti dan wajar dianggap sebagai perbuatan khianat. Bagaimanapun, sesetengah dari kelompok ini bakal dilabelkan sebagai 'Mr Yes Man' oleh kelompok yang lebih berani mengkritik kepimpinan parti. Selain itu, keperluan mewujudkan jawatan penasihat parti kedua yang tiada dalam perlembagaan parti kemungkinan turut dibahaskan oleh perwakilan. Senator Dr Syed Husin Ali yang melepaskan jawatan Timbalan Presiden sebelum ini dikatakan akan diangkat sebagai penasihat parti itu, bersama Anwar, jawatan yang pernah menjadi pertikaian sebelum ini. |
| Gambar Sebelum Tg Nik Aziz Masuk Kereta Posted: 25 Nov 2010 08:43 PM PST Ni gambar yang sempat saya ambik dengan hp pagi tadi. Anda boleh tengok macam mana sambutan orang ramai hari kat kuliah jumaat tok guru. Dari telinga saya, dengar2 ramai orang luar kelantan yang datang untuk jumpa dan salam dengan tok guru. |
| Jom Turun Demo 5 Dis Nanti. Bantah Kenaikan Air! Posted: 25 Nov 2010 08:00 PM PST ![]() yang mana rasa dirinya ingin membantu rakyat, ayuh turun berdemo 5 dis nanti. jangan risau kita berkumpul di masjid negara, kita berdemo secara halal. jangan takut dengan gertakan gerombolan syaitan itu. ayuh semua! demo ini anjuran kerajaan selangor dan ngo tujuan ialah menentang kenaikkan harga air dan meniolak dasar penswaataan |
| Live Berangkat Pulang Tok Guru Nik Aziz Posted: 25 Nov 2010 07:27 PM PST Tok guru pulang. Arini pendek sahaja kuliah tok guru, katanya beliau tak berapa sihat. |
| Live Pengunjung Bersesak Salam TG N.Aziz Posted: 25 Nov 2010 06:27 PM PST Orang ramai bersesak nak bersalam dengan tok guru. Ramai nak ambik berkat tok guru yang baru balik dari Mekah. |
| Live Suasana Kuliah TG Nik Aziz Posted: 25 Nov 2010 05:55 PM PST Ni kuliah pertama selepas tok guru nik aziz balik dari Mekah. |
| Gambar TG Nik Aziz Menerima Kunjungan Rombongan Pakar Perubatan China Posted: 25 Nov 2010 04:58 PM PST ![]() YAB Tuan Guru MB berkesempatan menerima kunjungan rombongan doktor pakar China (sinseh) acupanture dari Chengdu, Negara China pada jam 10 pgi (25 NOV) di Pejabat MB |
| [Gambar] Wanita Yang Ada 3 Payudara Posted: 25 Nov 2010 04:31 PM PST ![]() Gambar di atas adalah wanita yang bernama Maria seorang wanita dari Staten Island, New York. Dia memenangi kes mahkamah melawan seorang ahli pakar bedah plastik yang meninggalkan dia dengan gelembung cacat yang membuatnya Nampak mempunyai 3 payudara. Dia meyakinkan juri bahawa Dr. Keith telah menghancurkan harapannya untuk mendirikan rumah tangga Sumber: Wanita Yang Ada 3 Payudara | MalaysiaSensasi.Net |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan