SOKONG PAKATAN RAKYAT |
| JANGAN SOMBONG SAMPAI TAK BOLEH BELAJAR DARI ORANG LAIN Posted: 04 Oct 2010 02:54 AM PDT Negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat tidak sama "keutamaannya" Selangor menekankan ketelusan dan kawalan kepada perbelanjaan negeri. Maka SELCAT ditubuh dan dilaksanakan. Kelantan dan Kedah tak nampak ada tanda-tanda nak memulakannya. Ini satu tanda aras supaya sesiapa sahaja yang terkeluar dari landasan, akan dipantau sebaiknya. Pulau Pinang mengamalkan open tender tetapi tak terdengar pula di negeri lain yang mengamalkannya. Seorang sahabat saya yang menjalankan bisnes printing di Kedah, gagal mendapat projek walaupun harganya jauh lebih murah dari pesaingnya. Rupa-rupanya orang dalam Jabatan berkenaan sudah dipelihara oleh pembekal lama. Yang rugi Kerajaan Negeri kerana kos bayaran kepada pembekalnya adalah lebih mahal jika dibanding dengan secara tender atau sebut harga terbuka melalui internet seperti mana yang diamalkan oleh Pulau Pinang. Apalah salahnya antara pimpinan Kerajaan Negeri dalam Pakatan Rakyat berjumpa dan bertukar fikiran mencari idea terbaik untuk meningkatkan perkhidmatan kerajaan negeri. Jangan dok sombong, "aku tahu nak buat apalah". |
| You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan