PENYAPU SIAL |
- pemimpin UMNO tengah berjuboq gila babi high berdikir.....mampos UMNO....!!!!
- sia sia jadi ahli PKR...kalau kelirukan rakyat dengan membawa virus jahanam UMNO....!!!
- Masa depan orang UMNO....masih bergentayangan
| pemimpin UMNO tengah berjuboq gila babi high berdikir.....mampos UMNO....!!!! Posted: 04 Oct 2010 05:55 AM PDT |
| sia sia jadi ahli PKR...kalau kelirukan rakyat dengan membawa virus jahanam UMNO....!!! Posted: 04 Oct 2010 05:42 AM PDT Nampaknya Pemilihan PKR 2010 ini tak kurang panasnya macam pemilihan UMNO. Perkara-perkara negatif yang terdapat dalam pemilihan UMNO masih kelihatan berlaku dalam pemilihan PKR kali ini dan ada segelintirnya cuba membuat kecuh dan mengeruhkan perjalanan mesyuarat. Ini amat dikesali dan mendukacitakan. Diantara perkara negatif yang tak mahu kita lihat tapi sudah pun berlaku,..contoh,.. menceritakan kelemahan orang lain, menyentuh soal-soal peribadi, kondem pemimpin , mengungkit sejarah penubuhan parti dan lebih buruk lagi yang bercakap sesuatu yang tak sepatutnya!.. Malang seribu kali malang andainya nanti ada yang beranggap PKR adalah sebuah parti jelmaan UMNO!! Ini yang sangat-sangat perlu dielakkan!! Walaupun politik wang belum menunjukkan tanda-tanda tetapi tidak mustahil perkara ini akan berlaku!.. maklumlah, bekas ahli UMNO, sedikit sebanyak virusnya masih ada. Saya sarankan jika ada ahli PKR yang masih gian nak berpolitik cara UMNO, segeralah keluar parti. Ikutlah contoh Ezam, Lokman dan yang lain-lain tu! InsyaAllah anda akan dapat keuntungan jangka pendik untuk diri sendiri, bukan untuk agama,bangsa dan Negara. Kepada ahli PKR yang masih teguh prinsip dan tebal semangat refomasi nya bersabarlah!! Kuatkan iman! Bertanyalah kepada PAS,,yang sudah lebih 50 tahun bertapak tapi semangat perjuangan sedikitpun tak luntur! malah semangat ukhwah semakin kental dan segar! Politik wang tidak pernah wujud dalam kamus perjuangan PAS. Bertanyalah mereka apa rahsianya? Banyak perkara baik yang boleh dipelajari dari PAS. Ambil dan praktikkanlah! Tentang menghadapi suasana pertandingan dan pemilihan,. contohilah PAS. Keikhlasan, kejujuran dan kesopanan dalam menghadapi suasana dan mood pertandingan amat dijaga. Mereka kelihatan lebih sabar, tenang dan sentiasa redha di atas segala apa juga keputusan. Susah sangat kah nak meninggal perangai buruk orang UMNO. Sia-sia menjadi ahli PKR, jika perubahan yang hendak dibawa oleh parti dipermain atau cuba dihangat-hangat taik ayamkan. Kalau begitu sikap anda adalah lebih baik anda terjun semula kedalam tong najis itu (UMNO) daripada menyusahkan parti di belakang hari! |
| Masa depan orang UMNO....masih bergentayangan Posted: 04 Oct 2010 05:38 AM PDT ![]() UMNO dalam keadaan amat bahaya. Jenama UMNO sudah jadi jenama yang jijik. UMNO tidak dapat lagi mengaku yang ia nya mewakili orang Melayu. Itulah fakta yang kita terjemah dari keputusan PRU 12 tempoh hari. Calun2 UMNO hanya mendapat 2.38 juta undian. Tentulah daripada jumlah undian tersebut, sebahagianya datang dari undian bangsa bukan Melayu. Jika kita tolak 380 ribu undian bukan Melayu, maka undian solid orang Melayu untuk calun UMNO hanya 2 juta orang. Bukan main gegak gempita dan goga orang UMNO menjerit bahawa kita parti terbesar. Ada 3 jua lebih ahli UMNO. Nah, jika kita hanya mendapat 2 juta undian solid orang Melayu, ini bererti 1 juta lebih ahli UMNO tidak keluar mengundi atau tidak mengundi calun UMNO. Soalan: bagaimana kita mengembalikan keyakinan orang Melayu, jika kita tidak terdaya mengembalikan keyakinan ahli UMNO sendiri? Kemudian, kita mesti sedar perkara berikut. Jumlah pengundi Melayu dalam PRU 2008 ialah 5.7 juta. Tentulah ini bermakna 3.7 orang Melayu tidak menyokong UMNO. Bererti lagi, lebih ramai orang Melayu menolak UMNO dari menerima UMNO. Apa sudah jadi? Pimpinan UMNO tidak sedar. Orang Melayu di Pulau Pinang, di Kedah, di Kelantan, di Selangor, di Wilayah Persekutuan, tidak pula mati layu terkulai apabila UMNO kalah dalam negeri negeri tersebut. Suara dari rakyat menunjukkan bahawa Perak akan jatuh kembali ke tangan pembangkang, Terengganu akan jatuh, Negeri Sembilan akan jatuh. Ini bererti 7 negeri di Semenanjung akan jatuh di tangan pembangkang. BN mungkin dapat mengekalkan pemerintahan di Sabah dan Sarawak. Namun ada kemungkinan juga, banyak kerusi parlimen di negeri tersebut akan jatuh ke tangan bukan BN. Berkuasa di kerajaan negeri tidak sebaik mendapat kuasa di peringkat parlimen. Jika lebih banyak kerusi parlimen di kuasai oleh pembangkang, ini bermakna BN dan UMNO akan hilang kuasa federal. Jika ini berlaku, Dato Najib tidak dapat mempertahankan kedududukan nya sebagai ketua kerajaan peringkat federal. Orang lain yang command the majority of support in Parliament akan jadi PM dan membentuk kerajaan yang baru. Orang UMNO tidak sedar juga, didalam negeri yang mereka kuasai pun, ada kerusi kerusi Parlimen yang akan jatuh. Negeri yang saya familiar ialah Negeri Pahang. Yang saya rasa, kawasan parlimen yang BN akan kalah ialah di Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar, Raub, Jerantut dan mungkin juga Bera. Parti parti bukan BN akan mencari tokoh politik yang mereka rasa boleh mendapat keyakinan non partisan. DAP tidak dapat menerima kepimpinan PAS peringkat Nasional. Demikian juga sebalik nya, PAS tidak dapat menerima kepimpinan DAP peringkat nasional. Walaupun mereka boleh berkerjasama, tapi dalam isiu pimpinan nasional tidak semestinya mereka sepakat. DAP juga akan realistic bahawa pemimpin nya tidak dapat menjadi PM dan saya rasa mereka rasional dalam hal ini. Pimpinan PKR sudah pun melihat melepasi Anwar Ibrahim. Mengenai sebab mereka bersikap demikian, mereka sahaja yang tahu. Demikian juga ahli ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak tidak lagi mempunyai kepercayaan dengan politik BN. Seperti rakan rakan semenanjung mereka akan melihat kepada tokoh yang mereka yakin dapat command the respect of the majority of parliamentarians. Orang UMNO masih bergentayangan. Mereka ingat hanya dengan melaungkan slogan UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO sudah cukup untuk mengkat kesetiaan orang Melayu. Kalau cerita dongeng zaman purba kala, mungkin tanggapan demikian ada kebenaran. |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan