Kerabu Bersuara ® |
- MARI MENGAJI KAWAN-KAWAN
- UMNO Kedah Kembali Mantap : Shafie Apdal
- Mamat Songkok Ni Ketua Chabang PKR Negeri Mana?
- Tengku Razaleigh Tak Jatuh Darjat Jika Jadi Calon Galas - Nazri
- Kencana Nafi Rancangan Ambil Alih Labuan Shipyard
- Dakwa Nik Aziz ‘gila’, PAS mahu Umno Besut minta maaf
- Adun bebas Keshvinder Singh umum sertai PPP
- Judi: Isu Besar Yang Dibodohkan!
- Kenyataan perkauman: Hamim buat laporan polis
- Serang Zaid: Azmin perlu jelaskan – Gwo-Burne
- RM5 juta untuk 5 syarikat petroleum
- Galas: Wanita UMNO Tunggu Tengku Razaleigh Untuk Tentukan Program
- Perkasa: Azmin Layak Budak Kopi Anwar Sahaja
- Pemilihan 2010: Mengukuhkan PKR untuk masa depan Malaysia
- Islamophobia: Bereskan rumah sendiri dulu
- Tutup Sahaja Kursus Sains Politik di UKM
- (Gambar) Masjid Ground Zero
- Shahril Mokhtar Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat PRASARANA
- Terkini! Penasihat Parti Gerakan, Tun Dr. Lim Keng Yaik letak jawatan
- Pelajar UUM diberi amaran tidak sertai kempen pilihan raya kecil Galas
- Anthony Luke Kerugian Hampir RM10,000
- Zahrin Sang Kelembai Kata Kerajaan Najib Kerajaan '2 Beradik'?
- Menjelang PRU-13, Bagaimana lanskap politik kalau Anwar-Ku Li bergabung?
- Ada Yang Tak Kena Dengan Cabang Gombak?
- Galas : Perlantikan Razaleigh Umpama Kata Dua, Beri Kemenangan Pertama Kepada PAS
| Posted: 04 Oct 2010 10:00 AM PDT www.iluvislam.com Oleh:DrQofar Editor: azzahra_solehah Allahu ma'i...Allahu naadhiri...Allahu syaahidi...(Allah bersamaku...Allah melihatku...Allah menyaksikan aku...) Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat." (riwayat Ahmad dengan sanad sahih) Sepanjang bulan Ramadan ini program tadarus yang dirancang dapat dijalankan tanpa sebarang masalah. Melalui program ini aku dapati masih ramai lagi teman-temanku yang tidak bisa mengaji dengan betul. Tetapi Alhamdulillah, kesemua mereka masih dapat membaca al-quran walaupun masih terdapat banyak kesalahan daripada segi tajwid, makhraj huruf dan panjang pendek bacaan. Aku tidak menyalahkan mereka di atas kekurangan ini kerana aku sedar terdapat banyak faktor yang mungkin tidak membolehkan mereka untuk mengaji dengan lancar. Namun berkat daripada tadarus ini mereka bisa mempamerkan peningkatan daripada segi kelancaran mengaji dari sehari ke hari. Syukur, aku sendiri diajar mengaji oleh ibuku. Dan mungkin berkat daripada seorang ibu, aku bisa mengaji dengan agak baik dan lancar walaupun masih terdapat beberapa kesalahan yang harus dibetulkan. Namun apa yang aku ingin tekankan di sini bukan hanya soal diriku dan teman-temanku yang masih tidak mampu membaca al-Quran dengan betul tetapi kepada semua insan yang bergelar lelaki di luar sana. Khalifah Umar pernah menyatakan terdapat 3 tanggungjawab seorang bapa terhadap anaknya iaitu: 1) memberikan nama yang baik 2) mengajarkan mengaji 3) mencarikan ibu yang baik untuknya Lalu wahai sahabat-sahabatku di luar sana.. Andai kita sebagai seorang lelaki tidak mengambil berat akan hal pembacaan al-Quran, masih layakkah kita untuk bergelar sebagai ketua kepada sebuah keluarga kelak?.. Tidak malukah kita, andai kita tergagap-gagap untuk membaca Al-Quran di hadapan papa mertua kita kelak dan mungkin saja al-Fatihah pun kita masih tidak mampu untuk membacanya dengan lancar.. Sahabat-sahabat, mesti nak kahwin kan???? Jadi jangan lupe bagi lancar al-Fatihah dulu ye..... Jangan nanti tak jadi kahwin sebab tak reti baca al-fatihah.. Dan layakkah kita untuk bergelar seorang ayah? Ya, mungkin ada yang akan mengatakan suruh saja si ibu yang mengajarkan anak ataupun hantar sahaja anak ke mana-mana ustaz. Namun, bisakah untuk kita lari daripada tanggungjawab kita ini yang kelak pasti akan di soal oleh Allah S.W.T.. Fikirkanlah wahai sahabat, seorang anak akan lebih selesa mengaji bersama bapanya atau bersama orang luar yang mungkin sebelum ini tak pernah dikenalinya? Si ibu sudah mendapat pahala yang sangat besar seperti berjihad di medan perang sewaktu melahirkannya, lalu mengapa kita tidak mencuba untuk mendapatkan pahala ilahi...untuk menggapai redhanya dengan sekadar mengajarkan anak-anak kita mengaji? Ok...Mungkin kita masih terlalu muda untuk berbicara soal anak..tapi INGAT jika hal ini dianggap remeh maka akan remehlah masa hadapan rumah tangga anda kelak.. Rancanglah perjalanan hidup kita sebaik mungkin dan Al-quran adalah sebaik-baik rujukan. Kepada rakan-rakanku: Jadikanlah membaca Al-Quran sebagai satu budaya.. Janganlah hanya membaca apabila disuruh ataupun sekadar membaca di bulan Ramadan.. Sesungguhnya, Al-Quran dan As-Sunnah itu adalah wasiat Rasulullah S.A.W. yang harus dijaga walaupun mesti dipertaruhkan dengan nyawa.. Renungkanlah wahai sahabat yang ku kasihi.. Kelak di pusara ibu bapa kita siapa yang akan membacakan yasin dan tahlil untuk mereka? Siapa yang akan mendoakan kesejahteraan mereka? Siapa yang akan menolong mereka berhadapan dengan yang Esa? KITA!.. Ya, kita yang akan mendoakan mereka lalu andai al-Quran tak mampu kita baca kepada siapa lagi kedua ibu bapa kita harus mengharap.. INGAT!!! "Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya"... Fikir-fikirkanlah Tepuk dada tanyalah Iman... |
| UMNO Kedah Kembali Mantap : Shafie Apdal Posted: 04 Oct 2010 08:30 AM PDT ALOR SETAR, 4 Okt (Bernama) -- Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah untuk tempoh yang lama dan akan menyerahkannya kepada pemimpin dari negeri ini pada masa yang ditentukan oleh kepimpinan parti. Katanya UMNO Kedah sudah kembali mantap dan terpulang kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan pemimpin yang layak menjadi pengerusi bagi merampas kembali Kedah daripada pakatan pembangkang. Shafie, yang memegang jawatan itu sejak April tahun lepas, berkata beliau memegang jawatan itu untuk sementara bagi membantu UMNO negeri selepas kekalahan pada pilihan raya umum 2008. "Saya pun tak nak lama. Saya hanya nak bantu. Mereka minta saya bantu...maka saya pun bantulah. Di Kedah, UMNO di sini sudah lain dan kerjasama antara parti komponen Barisan Nasional juga semakin mantap," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aildifitri Barisan Nasional Kedah di sini pada Isnin. Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata UMNO bahagian Sungai Petani yang digantung pengurusan pentadbirannya masih ditadbir oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri. Katanya UMNO negeri telah mengatur pertemuan antara dua kumpulan yang bertelagah di bahagian itu bagi mencari jalan penyesaian. "Walau apapun masalah dalam bahagian Sungai Petani ini sebenarnya tidaklah seteruk yang digembar-gemburkan...tidak seteruk masalah bahagian (cabang) dalam PKR (Parti Keadilan Rakyat)," katanya. Pada 21 Julai lepas, Majlis Tertinggi UMNO mengarahkan supaya pengurusan pentadbiran Bahagian Sungai Petani diambil alih UMNO Kedah berikutan masalah dalaman bahagian itu. Mengenai pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas, Shafie berkata walaupun jentera UMNO dilihat mantap kerana diketuai Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, UMNO Kedah tetap akan menghantar rombongan untuk membantu kempen pilihan raya itu. "Walaupun kita sedar dan yakin dengan jentera UMNO di Kelantan, kita tetap kena bantu untuk menguatkannya lagi," katanya. kenyataan untuk menutup bau busuk tahi dari umno Kedah yang sudah mati pucuk |
| Mamat Songkok Ni Ketua Chabang PKR Negeri Mana? Posted: 04 Oct 2010 08:15 AM PDT ![]() sat saya nak tanya, mamat songkok ketua chabang dari negeri mana erk? tiba-tiba jer keluar. malu la wei! |
| Tengku Razaleigh Tak Jatuh Darjat Jika Jadi Calon Galas - Nazri Posted: 04 Oct 2010 08:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Cadangan untuk menamakan anggota Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan tidak akan menjatuhkan darjatnya sebagai kerabat raja. Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sebaliknya ia memberi penghormatan yang besar kepada veteran Umno itu kerana dapat mewakili rakyat. "Sebagai seorang ahli Umno dan Majlis Tertinggi Umno, saya sokong kalau Tengku Razaleigh bukan sahaja bersetuju jadi pengarah pilihan raya BN, tetapi juga menjadi calon. "Tak ada soal darjat. Saya tidak merasa hina kalau kita menawar diri mewakili rakyat. "Pada saya, Tengku Razaleigh tidak akan merasa hina kerana mewakili rakyat kerana itu adalah satu penghargaan yang paling tinggi yang boleh rakyat beri kepada kita," katanya kepada pemberita selepas melawat Terminal Bas Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan di sini, hari Isnin. Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cadangan itu sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh sebagai seorang pemimpin veteran bertanding di peringkat DUN. Kerusi DUN Galas itu kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lalu. Mohamed Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata dalam keadaan sekarang, adalah penting bagi Umno dan BN memastikan kemenangan berpihak kepadanya. "Dalam politik, kita nak menang dan begitu juga dengan parti pembangkang. Tak ada yang masuk bertanding (pilihan raya) nak kalah. Itu politik gila namanya. "Kita merasakan Tengku Razaleigh pemimpin yang boleh dapat sokongan padu bukan sahaja dari Umno tetapi juga dari rakyat dan kita nak menang," katanya. Hari ini, Setiausaha Agung BN yang juga Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata Tengku Razaleigh bersetuju untuk menjadi pengarah pilihan raya BN pada pilihan raya kecil Galas. musim pilihanraya- dulu kaca kini permata. kesian |
| Kencana Nafi Rancangan Ambil Alih Labuan Shipyard Posted: 04 Oct 2010 07:45 AM PDT KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Kencana Petroleum Bhd menafikan laporan bahawa ia merancang untuk mengambil alih Labuan Shipyard and Engineering Sdn Bhd (LSE), anak syarikat milik penuh Realmild (M) Sdn Bhd. Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia Securities, Kencana berkata ia atau mana-mana anak syarikatnya tidak mempunyai cadangan untuk mengambil alih LSE atau mengadakan rundingan antara kedua-dua pihak atau dengan pihak berkuasa yang berkaitan atau pengambilalihan LSE oleh Kencana Petroleum. "Bagaimanapun, kedua-dua pihak sedang meneroka kemungkinan bekerjasama untuk kepentingan bersama," katanya. Sementara itu, Kencana berkata unit milik penuhnya itu memperoleh dua kontrak bernilai RM30.7 juta. Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM21.6 juta daripada Newfield Peninsula Malaysia Inc dan projek PM329 East Piatu Development Project, Semenanjung Malaysia. Kencana Torsco Sdn Bhd pula memperoleh kontrak bernilai RM9.1 juta daripada Lynas Malaysia Sdn Bh. |
| Dakwa Nik Aziz ‘gila’, PAS mahu Umno Besut minta maaf Posted: 04 Oct 2010 06:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 4 Okt — PAS Besut memberi tempoh 24 jam kepada Umno Besut agar memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran ceramah "DAP Anti Islam" Jumaat lalu yang mengaibkan Mursyidul Am PAS itu. Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad berkata, pihaknya terpaksa membuat desakan itu setelah mengambil kira dan meneliti laporan kandungan ucapan penceramah jemputan, Abdullah Sa'amah yang didakwa memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan dengan "kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis." Wan Azhar berkata penceramah jemputan tersebut dikatakan telah melabelkan Nik Aziz "sebagai Tok Guru Gilo". "PAS Besut yakin situasi ini tidak mungkin berlaku sekiranya penganjur program tidak mengheret dan mewarnai emosi dan pemikiran penceramah tersebut ke arah mewujudkan satu bentuk ketegangan yang boleh menjurus kepada isu keagamaan dan perkauman," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari tadi. Sehubungan itu, PAS Besut memberi tempoh sehingga 12.30 tengah esok kepada Umno Besut memohon maaf. Ceramah itu menurut beliau telah di Padang Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh. "PAS Besut juga akan menghantar nota bantahan kepada pengurusan Jabatan Pelajaran Terengganu kerana membenarkan premis sekolah digunakan oleh parti politik yang jelas mempunyai tendensi dan kecenderungan memupuk budaya liar dan samseng di kalangan masyarakat setempat," kata beliau. "Sehubungan itu, sekiranya Umno Besut gagal berbuat demikian sebelum 12 tengah hari 5 Oktober (esok), maka PAS Besut tidak akan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat guaman dalam mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang berkaitan," katanya lagi. |
| Adun bebas Keshvinder Singh umum sertai PPP Posted: 04 Oct 2010 06:15 AM PDT IPOH, 4 Okt — Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Malim Nawar, Keshvinder Singh yang sebelum ini keluar daripada DAP untuk menjadi wakil Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN), hari ini mengumumkan beliau akan menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP). Katanya, beliau memutuskan untuk menyertai parti komponen BN itu selepas dipelawa oleh Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff. Permohonan akan dikemukakan selepas Presiden PPP Datuk M. Kayveas balik dari luar negara tidak lama lagi, katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bina Upaya (YBU) dan Institut Darul Ridzuan di sini. Keshvinder mengisytiharkan keluar daripada DAP pada 15 Jun lepas. "Setelah mengambil kira PPP adalah sebuah parti yang dianggotai pelbagai kaum dan sesuai dengan jiwa saya maka saya menerima pelawaan itu," katanya. Sementara itu, Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika ditemui pada majlis sama, menyifatkan hasrat Keshvinder itu sebagai keputusan yang bijak. Beliau berkata BN sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka untuk menerima sesiapa saja untuk menyertainya asalkan mereka bersedia menerima perjuangan BN. — Bernama |
| Judi: Isu Besar Yang Dibodohkan! Posted: 04 Oct 2010 06:00 AM PDT Selepas isu doa untuk Guan Eng, Pulau Pinang dikecohkan dengan isu duit judi pula. Isu doa untuk Guan Eng nampaknya sudah bernoktah. Isu duit judi pula semakin hari nampaknya semakin panas. Setiap hari ada sahaja berita duit itu dipulangkan. Menariknya, duit itu tidak dipulangkan kepada pihak yang memberi tetapi dipulangkan kepada pihak lain. Mengapa pihak lain? Sepengetahuan saya Mufti Pulau Pinang tidak memberikan sebarang komen mengenai isu ini. Kalau isu ini benar-benar serius dan penting, saya yakin Mufti Pulau Pinang tidak akan berdiam diri. Apatah lagi jika isunya adalah, rakyat Pulau Pinang makan duit haram. Isu-isu yang dibangkitkan oleh Umno pada zahirnya memang isu-isu 'bodoh'. Saya mengatakan isu-isu tersebut sebagai isu-isu 'bodoh' kerana beberapa sebab. Pertama, isu-isu itu tidak mendapat tempat di kalangan golongan intelek. Kedua, isu-isu itu lebih kepada gimik murahan Umno. Ketiga, isu itu akan mati begitu sahaja dan berlalu seperti angin. Keempat, isu-isu itu tidak disandarkan kepada fakta nyata. Kelima, isu-isu itu hanya ditangani secara sambil lewa sahaja. Walau pun isu-isu itu bersifat 'bodoh', namun itulah isu yang gemar digegak-gempitakan oleh Umno. Siapakah sasaran mereka dalam isu ini? Sasaran isu-isu 'bodoh' adalah orang-orang seperti itu juga. Orang-orang seperti itu bukan kisahkan fakta tetapi sukakan gimik. Apabila para pemimpin Umno gimikkan kononnya duit yang diterima itu haram dimakan, maka berpusu-pusulah orang-orang itu menolak daripada menerima duit itu. Pernahkah mereka menyiasat status sebenar duit itu? Pernahkah mereka mendalami hukum Islam mengenai penerimaan duit sebegitu? Adakah penolakan mereka daripada menerima duit itu berasaskan fakta atau pra sangka? Pemimpin Umno pun seronok kerana ada orang yang terpengaruh dengan gimik mereka. Mereka pun tampil dengan imej warak, taqwa dan saleh. Seolah-olah kalimah taqwa, warak dan soleh itu memang telah wujud semenjak sekian lama dalam kamus perjuangan Umno. Seolah-olah yang haram hanya duit judi, tidak duit rasuah, songlap dan salah guna kuasa. Mengapa warak mereka hanya dengan duit judi sahaja? Dan mengapa warak itu hanya di Pulau Pinang sahaja? Agaknya kalau Gerakan masih kekal memerintah Pulau Pinang, sewarak sekarangkah pemimpin Umno? Malah, ada sebahagian pemimpin Umno memperbodohkan isu-isu serius. Misalnya, isu royalti minyak. Apabila Kelantan ingin menghantar 40 tok guru untuk berdoa di Mekah supaya rakyat Kelantan mendapat kembali hak mereka, ada ulama Umno yang mempersoalkan bilangan 40 itu. Mengapa 40 orang, mengapa 40 waktu dan mengapa 40 hari? Isu royalti minyak isu serius, tetapi ulama ini cuba membodohkan isu itu. Isu judi juga isu serius, tetapi dibodohkan. Isu ini boleh ditangani diperingkat dasar. Soal pelesenan, kuasa pihak berkuasa tempatan, peluang perniagaan alternatif jika judi disekat, pendidikan bahaya judi, judi dari sudut budaya dan agama dan banyak lagi. Tapi sayang, isu ini dibodohkan. Adakah dengan tindakan pemimpin Umno mempengaruhi orang memulangkan duit itu menyelesaikan isu judi yang serius ini? Sama dengan isu royalti minyak. Sepatutnya ulama itu merungkai isu itu dari sudut dasar dalam ilmu politik Islam, ilmu hubungan G to G, soal perjanjian dan banyak lagi. Namun sayang, isu besar itu dibodohkan dengan bilangan orang yang akan berdoa di Mekah. http://sauhdibongkar.blogspot.com/2010/10/judi-isu-besar-yang-dibodohkan.html |
| Kenyataan perkauman: Hamim buat laporan polis Posted: 04 Oct 2010 06:00 AM PDT KUALA LUMPUR 4 Okt . - Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin hari ini membuat laporan polis terhadap laman portal berita The Malaysian Insider dan seorang wartawannya, dipercayai berhubung satu kenyataannya yang didakwa perkauman dan menimbulkan kontroversi baru-baru ini. Hamim yang membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada pukul 12.30 tengah hari ini bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan mengenai kandungan laporan yang dibuatnya itu. Selepas selesai membuat laporan, dia dilihat keluar dari balai dan berhenti seketika sebelum menadah tangannya untuk membaca doa selama beberapa minit. Dia kemudiannya terus menuju ke sebuah kereta Proton Wira dan sebelum menaikinya sempat mengucapkan terima kasih sebanyak beberapa kali sambil melambaikan tangannya. - Utusan |
| Serang Zaid: Azmin perlu jelaskan – Gwo-Burne Posted: 04 Oct 2010 05:30 AM PDT PETALING JAYA: Seorang lagi pemimpin PKR hari ini meluahkan perasaan kecewa terhadap serangan peribadi Naib Presiden Azmin Ali, terhadap pencabarnya Datuk Zaid Ibrahim bagi merebut jawatan timbalan presiden semalam. Loh Gwo-Burne yang juga ahli parlimen Kelana Jaya berkata, "saya membaca kedua-dua News Straits Times dan Utusan Malaysia yang membuat liputan ucapan beliau pada mesyuarat agung tahunan Cabang PKR Gombak. "Zaid dianggap sebagai pendatang baru dalam parti. Bukan itu saja, Azmin menyifatkan Zaid sebagai "desperado" dalam satu wawancara dengan Berita Harian," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Beliau menambah, sebagai calon jawatan senior Timbalan Presiden parti, saya sedih dan kecewa jika Azmin sengaja bersikap sedemikian. "Serangan peribadi tidak perlu dan sesuatu yang tidak baik. Dengan menyebut-yebut nama merupakan satu tindakan kebudak- budakan. Saya sungguh tidak percaya pemimpin veteran dan matang seperti Azmin berkata sesuatu seperti ini. Ujar beliau, adalah benar Zaid adalah baru dalam parti, tetapi kita harus menghormati beliau bahawa beliau mempunyai pengalaman yang luas dan merupakan seorang ahli politik yang mempunyai prinsip dan boleh memberi sumbangan kepada parti. Penyertaan Zaid dalam PKR disambut meriah (tajuk kecil) "Adakah kita cepat lupa bahawa penyertaan Zaid disambut meriah pada suatu ketika dahulu kerana beliau adalah bekas menteri yang memprotes tentang salah guna ISA oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional?" soal beliau. Gwo Burne berkata, "oleh itu, saya menggesa anggota-anggota parti supaya adil dan konsisten dengan pemilihan parti. "Kelihatan seolah-olah beberapa pemimpin parti mengamal "double standard", memilih untuk menyerang calon kerana wawancaranya tersiar di akhbar arus perdana dan pada masa yang sama, memejamkan mata apabila calon yang satu lagi berbuat demikian," terangnya. Katanya, parti hendaklah memenuhi matlamatnya untuk menegak demokrasi dan keadilan jika mahu menerajui pembaharuan di negara ini. Oleh itu, tiada tempat bagi pemimpin yang tidak matang dan bersifat keanak-anakan. "Saya melihat seorang pemimpin kanan parti membuat serangan peribadi dan mengancam untuk memecah belah parti dalam usahanya untuk memenuhi cita-cita peribadi. Ini tidak boleh dibiarkan. "Saya meminta Azmin membuat penjelasan dan menafikan kemungkinan salah faham ekoran dari laporan kenyataannya dalam NST dan Utusan hari ini," jelas beliau. |
| RM5 juta untuk 5 syarikat petroleum Posted: 04 Oct 2010 05:30 AM PDT KUALA LUMPUR 4 Okt. - Kerajaan telah memperuntukkan RM5 juta kepada lima syarikat petroleum untuk membina kemudahan adunan/campuran dan infrastruktur untuk menyokong pelaksanaan penggunaan biodiesel B5. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berkata, kerajaan telah memberi kepada syarikat petroleum sebanyak RM1 juta setiap satu menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia. "Wang yang diperuntukkan ialah untuk pembinaan kemudahan dan infrastruktur campuran dan seharusnya tiada masalah untuk mereka menyiapkannya menjelang Jun 2011," katanya kepada pemberita di Seminar dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa hari ini. Beliau berkata, syarikat-syarikat yang dikenalpasti menerima peruntukan tersebut ialah ialah Petronas, Shell, Chevron, Exxon Mobil dan BHP. Katanya, rancangan biofuel untuk tahun depan masih lagi pada sasarannya. Biofuel itu ialah untuk kegunaan awam tahun depan dan akan dilaksanakan secara berperingkat dengan wilayah tengah Semenanjung terdiri daripada Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka. Biofuel B5 ialah campuran diesel dengan lima peratus biodiesel berasaskan minyak sawit. - Bernama |
| Galas: Wanita UMNO Tunggu Tengku Razaleigh Untuk Tentukan Program Posted: 04 Oct 2010 05:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pergerakan Wanita UMNO akan mendapatkan pandangan dan nasihat anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebelum menentukan sebarang program untuk dijalankan menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, kata ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. "Sebenarnya, persiapan Wanita UMNO berjalan dengan begitu baik dan Wanita memang aktif di Gua Musang. Kita juga sedang menunggu Yang Mulia Tengku Razaleigh balik dari luar negara di mana selepas itu Wanita Umno akan adakan mesyuarat dengan beliau untuk tentukan program-program yang akan dijalankan," katanya. Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata dengan persediaan yang telah diatur serta kerjasama semua pihak, selain penglibatan terus Tengku Razaleigh, Wanita Umno yakin kerusi Galas mampu dirampas kembali. Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan maklum balas awal iaitu kebanyakan pengundi kecewa dengan kepimpinan PAS, bukan hanya di Galas tetapi di Kelantan secara keseluruhannya. Katanya, pengundi Galas juga mula sedar tanpa program dan bantuan Kerajaan Persekutuan, rakyat di Kelantan akan terus ketinggalan tanpa sebarang pembelaan. "Mereka rasa sekian lama PAS memerintah di Kelantan tetapi tidak ada langsung pembangunan dan perubahan yang dibuat, malah, kalau rakyat Kelantan tidak mendapat bantuan dari Kerajaan Persekutuan, paras kemiskinan di negeri itu akan menjadi lebih tinggi," katanya. Terdahulu, Shahrizat merasmikan sambutan Hari Keluarga Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Wilayah Persekutuan serta pelancaran Pusat Keluarga Bergerak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 1Malaysia di Taman Fadason, Kepong di sini. Pada majlis itu, beliau menyerahkan kunci bas, sebagai simbolik penyerahan lima kenderaan berkenaan yang diubahsuai menjadi klinik, kepada Pengarah LPPKN Kedah, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak, untuk dijadikan Pusat Keluarga Bergerak LPPKN 1Malaysia. Katanya, bas bergerak itu akan menawarkan perkhidmatan seperti pemeriksaan payudara, merancang keluarga dan ujian pap smear untuk penduduk di kawasan pedalaman dan setinggan, khususnya mereka yang berpendapatan rendah. "Ini adalah program untuk membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah dalam negara. Sebab itu kalau kita cakap isu kemiskinan, ia bukan saja mengenai ekonomi, pendidikan dan sebagainya tetapi aspek kesihatan juga tidak boleh diabaikan," kata beliau. |
| Perkasa: Azmin Layak Budak Kopi Anwar Sahaja Posted: 04 Oct 2010 04:30 AM PDT Perkasa gesa ahli PKR pilih Mustaffa timbalan presiden, tolak Azmin Oleh Shazwan Mustafa Kamal Arman: Azmin hanya sesuai untuk jadi budak kopi Anwar KUALA LUMPUR, 4 Okt — Pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa yang kecewa dengan kenyataan Azmin Ali semalam, menggesa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mengundi naib presiden itu yang bertanding jawatan timbalan presiden parti, sebaliknya meminta memilih Mustaffa Kamil Ayub. Ketua Pemuda Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah berkata, Mustaffa adalah calon paling layak bagi jawatan timbalan presiden kerana latar belakangnya dari Abim. "Mustaffa dari Abim, beliau mempunyai agenda Islam dan berjuang untuk kebaikan orang Melayu... Azmin di sebelah lain tidak berminat untuk memperjuangkan kepentingan komuniti orang Melayu," kata beliau. "Azmin hanya sesuai untuk jadi budak kopi Anwar," kata Arman. Pemimpin Perkasa ini kecam Azmin berhubung kenyataannya ketika berucap pada mesyuarat agung tahunan cabang PKR Gombak semalam. "Azmin seharusnya menunjukkan hormat kepada negarawan atas sumbangan beliau kepada negara. Azmin tidak layak untuk menjadi ahli politik," kata Arman. Dalam ucapannya pada mesyuarat agung tahunan cabang Gombak semalam, Azmin berikrar akan melawan habis-habisan Perkasa dan individu berselindung di sebalik pertubuhan itu kerana memperjuangkan perkauman sempit. "Ikrar saya akan melawan Perkasa habis-habisan termasuk juga individu yang sedang 'tersungkur' di Australia," katanya. Azmin bagaimanapun tidak menyebut siapa yang dikatakan tersungkur di Australia itu. Difahamkan, ia merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne semalam bagi menerima rawatan akibat jangkitan kuman pada saluran pernafasan. Tambah Azmin, selagi Perkasa tetap memperjuangkan kepentingan perkauman sempit, maka selama itulah mereka akan dilawan oleh PKR. Jawatan timbalan presiden PKR setakat ini dijangka ditandingi oleh Azmin, Mustaffa dan anggota Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim. Mustaffa dan Azmin merupakan naib presiden PKR. Mustaffa mengesahkan akan bertanding kerusi timbalan presiden Jumaat lalu. Dari segi pencalonan Azmin berada di depan berbanding Zaid dan Mustaffa. Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor dipercayai menjadi pilihan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan timbalan presiden. Kecuali cabang-cabang yang bermasalah, hampir 200 bahagian sudah pun mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan masing-masing. Pengundian peringkat pusat akan bermula hujung bulan ini selama tiga minggu. |
| Pemilihan 2010: Mengukuhkan PKR untuk masa depan Malaysia Posted: 04 Oct 2010 04:00 AM PDT Saya telah pun mendapat pencalonan dari Cabang-cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Saya akan membuat pengumuman untuk menerima tawaran ini tidak lama lagi. Jika dipilih, berikut adalah antara cadangan yang akan saya laksanakan jika perubahan ini mendapat persetujuan pemimpin parti yang lain: 1. Mengambil inisiatif untuk mempelawa ramai lagi menyertai parti dan merangka perjuangan parti supaya lebih semangat dan dinamik, dan bukan berkisar kepada isu lama. Keadilan memerlukan lebih banyak keahlian dari yang ada sekarang dan aktiviti kemasukkan ahli-ahli baru mesti digiatkan. Kita perlu mempelawa sesiapa saja yang berkebolehan dan ingin memberi sumbangan, tanpa mengira baru atau lama, atau yang sudah "ditarbiah" atau pun belum. Meritokrasi dalam parti kita sama pentingnya dengan laungan meritokrasi dalam manifesto pilihanraya. Parti ini perlu lebih inklusif dari apa yang ada sekarang. Beberapa bekas ahli-ahli dan mereka yang berdiam diri ataupun kurang minat kepada parti (antara yang saya anggap "reformis sebenar") perlu dijemput kembali. Mereka yang berkebolehan mesti diberi peluang memikul tanggungjawab dan peranan yang lebih besar. 2. Kegiatan akar umbi menjadi ukuran penting kejayaan sesebuah parti politik. Cabang-cabang parti perlu diberi tenaga dan dokongan kewangan yang berterusan. Hari ini banyak Cabang "hidup segan mati tak mau" disebabkan faktor kekurangan sokongan kewangan. Saya mampu menghidupkan kembali kekuatan Cabang ini, termasuk mencari jalan mengisi tabung Cabang supaya kita mempunyai jentera yang kuat dan bersemangat. Dengan itu, Cabang dapat berfungsi dengan baik dan berkesan terhadap rakyat dan ahli-ahli parti yang lain di cabang masing-masing. Saya telah mengenalpasti punca utama kelemahan cabang-cabang disebabkan oleh kekurangan dana untuk menggerakkan kegiatan parti disemua peringkat walaupun pemimpin-pemimpinnya bersemangat tinggi. 3. Kekuatan Keadilan sangat kritikal bagi penyatuan dan keutuhan Pakatan Rakyat. Hakikatnya, Keadilan perlu menguasai lebih kerusi di Parlimen supaya melayakkan kita menjadi tunggak kepada Pakatan Rakyat selain bertindak sebagai Ketua Pembangkang yang berkesan. Parti perlu mempunyai kekuatan tersendiri; kita juga perlu mempunyai hubungan akrab dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Saya mampu memainkan peranan ini dengan lebih berkesan supaya kekuatan parti terjamin. Kerajaan negeri yang dipimpin oleh rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat juga akan diberi peranan besar supaya usaha menguasai pelbagai lapisan rakyat bagi memastikan kemenangan besar dalam pilihanraya akan datang dapat digerakkan bersama secara bersepadu. 4. Keadilan adalah parti berbilang kaum dan agama. Keunikan ini juga merupakan suatu kekuatan kita. Kejayaan kita menyatupadukan ahli-ahli dari kepelbagaian kaum, agama dan budaya ini adalah pengukur kejayaan usaha penyatuan kaum di negara ini. Sedangkan usaha penyatuan kaum ini ternyata gagal dilaksanakan oleh pemerintah sekarang walaupun telah lebih 53 tahun merdeka. Kita mempunyai ruang dan peluang yang terbuka luas untuk membuktikan bahawa impian kita untuk menyatukan kaum-kaum akan menjadi kenyataan oleh lebih 28 juta rakyat di negara ini. Ruang ini perlu diisi, peluang ini perlu direbut. Masanya telah tiba untuk melenyapkan prejudis dan syak wasangka antara kumpulan, kaum dan agama ini dari terus menguasai minda rakyat. Dasar pecah dan perintah sebagaimana diamalkan oleh pemerintah sekarang bukanlah cara berpolitik yang sihat dan progresif. Justeru, sebagai sebuah parti politik masa depan, Keadilan perlu menghidangkan wadah perjuangan politik yang lebih terbuka dan demokratik yang melepasi sempadan kaum, agama dan budaya dalam konteks perlembagaan yang sedia ada supaya semua kepelbagaian ini dapat dimanfaat oleh seluruh rakyat di negara ini. 5. Seseorang pemimpin tidak akan berkesan kalau ia mempunyai masalah yang banyak (sama ada berbentuk politik atau peribadi). Masanya akan lebih banyak tertumpu untuk penyelesaian perkara-perkara ini dari melunaskan masalah yang membabitkan parti dan rakyat. Saya (Zaid Ibrahim, gambar kiri) berkeyakinan saya mempunyai kemampuan untuk memberi tumpuan secukupnya kepada hal ehwal parti. Memanglah, saya tahu ramai pemimpin kanan dalam parti yang menolak gagasan dan wawasan saya ini dengan berbagai-bagai alasan. Itu sebenarnya tidak penting bagi saya tetapi saya menyedari rakyat dan ahli-ahli parti telah cukup matang untuk melihat dan menilai setiap pemimpin yang ada. Maka terpulanglah kepada ahli-ahli menilai gagasan yang saya bawa ini. Pemilihan 2010 adalah mercu tanda dalam sejarah negara dan untuk Keadilan. Dan jika ahli-ahli parti bersehaluan dengan cadangan-cadangan yang telah saya ajukan di atas, saya yakin yang perubahan dalam parti PKR mampu menjadi batu loncatan untuk mengubah Kerajaan kita. *Tulisan blog Zaid Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijangka akan mengumumkan keputusannya untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR, dalam masa terdekat |
| Islamophobia: Bereskan rumah sendiri dulu Posted: 04 Oct 2010 03:30 AM PDT Perdana Menteri Najib Razak mahu membantu Amerika Syarikat menangani Islamophobia supaya masyarakat di sana lebih memahami Islam dan menghapuskan persepsi negatif terhadap agama itu. Apabila direnungkan, mungkin matlamat pertama itu telahpun tercapai tanpa apa-apa bantuan dari pihak kerajaan Malaysia. Rakyat Amerika Syarikat boleh membaca dan melihat berita setiap hari bagaimana setengah-setengah penganut Islam di Malaysia menjiwai agama mereka. Contoh paling menonjol ialah bantahan terhadap pembinaan rumah ibadat agama lain dengan membawa kepala lembu sebagai tanda protes. Terhapuskah persepsi negatif tentang agama Islam dengan tindakan penganut-penganutnya yang sebegitu rupa? Acap kali apabila ada ura-ura untuk mendirikan rumah ibadat agama lain, terdengarlah bantahan yang berapi-api menidakkan hak penganut bukan Islam. Laungan membantah kedengaran lebih hebat apabila cadangan seperti itu muncul di kawasan yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam. Apalah salah penganut bukan Islam? Memang benar, mereka mungkin hanya minoriti di sesuatu kawasan, tetapi itu bukan alasan atau sebab untuk membantah sedemikian rupa. Penganut agama Islam yang bermastautin di sesuatu tempat mungkin atau benar-benar amat bimbang akan pengaruh agama lain jika dibiarkan mula bertapak di persekitaran mereka. Bukankah ini perasaan sama yang diluahkan oleh seorang paderi di Florida, Amerika Syarikat yang mahu membakar Al-Quran? Perasaan bimbang ini juga muncul di kalangan penganut-penganut bukan Islam ketika cadangan membina Pusat Islam berhampiran bekas tapak [serangan 9/11] World Trade Centre di New York. Nasib baiklah, penduduk Amerika Syarikat lebih berpandangan luas dan menerima segala bentuk dan ragam rakyatnya. Tentu sekali tidak di Malaysia. Tanggungjawab Muslimat berkeluarga Satu demi satu peristiwa yang melibatkan penganut agama Islam dan yang bukan Islam berkesudahan dengan air mata dan hati yang luka, berkecamuk. Manakan tidak, anak sendiri yang belum mengerti apa-apa sewenang-wenang diIslamkan. Percanggahan yang tidak punya penamat kerana pemerintah tidak mempunyai iltizam dan tidak bersungguh-sungguh mahu menyelesaikannya secepat mungkin. Bukankah keluarga bahagia asas sesebuah negara? Kalau suami isteri tidak dapat hidup bersama lagi, perlukah anak-anak menjadi korban? Anak-anak juga menjadi mangsa di kalangan penganut agama Islam apabila ramai bapa yang mengabaikan tanggung-jawab mereka setelah perceraian disahkan. Walau bagaimana benci atau marah terhadap bekas isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa tidak akan luput sehinggalah anak-anak itu dewasa dan boleh berdikari. Realitinya amat menyedihkan dan sentiasa menyakitkan hati. Turun naik mahkamah syariah tidak mendatangkan hasil yang diharapkan, arahan potongan gaji amat sukar dilaksanakan, mencari bapa yang lari entah ke mana besar kemungkinan hanya usaha sia-sia dan si ibu jugalah yang terpaksa bertungkus-lumus membesarkan sendiri anak-anak. Adakah ini salah satu persepsi positif Islam yang hendak ditonjolkan ke khalayak dunia? Dunia sudah tahu, dan Malaysia contoh terbaik bahawa, keluarga tidak mendapat keutamaan. Bertentangan sama sekali dengan ajaran agama Islam yang tulen. Apabila mayat yang terkujur, orang tersayang yang telah meninggalkan dunia ini, dirampas dan dikuburkan mengikut aturan agama lain walaupun tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa semasa hayatnya dia telah menganut agama Islam, tentu sekali seribu satu soalan muncul. Pihak pemerintah berkata proses mendaftarkan penganut agama lain yang memeluk agama Islam akan diperlicinkan supaya peristiwa rampas-merampas mayat tidak berlaku pada masa hadapan. Setakat ini belum ada tanda-tanda konkrit bahawa apa yang dikatakan itu telah terlaksana. Sementara menunggu proses birokrasi ini mencapai penghujungnya, apalah nasib keluarga lain yang mungkin menghadapi masalah yang sama? Inilah keadaan semasa di Malaysia, negara "Islam" yang mahu membantu Amerika Syarikat menangani Islamophobia. Memang Amerika Syarikat tidak sempurna tetapi sekurang-kurangnya di sana ada ruang untuk suara-suara lain memberikan pandangan. Memang ada yang ekstremis tetapi secara keseluruhan golongan majoriti mempunyai pandangan yang sederhana, tidak keberatan memberi peluang kepada golongan minoriti. Jiwa Islam yang tulen Sejarah Amerika Syarikat sendiri memperlihatkan detik-detik bantahan dan bangkangan terhadap apa juga golongan yang tidak menurut norma golongan majoriti. Golongan minoriti menyesuaikan diri supaya masih boleh mengamalkan kepercayaan dan tradisi mereka dan pada masa yang sama tidak bertentangan pula dengan jiwa negara tersebut. Inilah yang telah hilang dari proses pengIslaman jentera pentadbiran dan birokrasi negara. Jiwa Islam yang sebenarnya, yang perlu ditonjolkan semula ke mata semua. Bukankah ayat pertama dalam Al-Quran ialah 'Iqra' (Bacalah)? Bukan menghafal Al-Quran, atau membaca dengan tajwid dan lagu yang betul sahaja tetapi membaca dengan kritis, menyoal, berdebat, merumuskan dan mencapai sesuatu untuk kebaikan semua. Bukan sahaja untuk umat Islam tetapi untuk semua. Lihat sahajalah perdebatan tentang sama ada orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid. Bagaimana orang bukan Islam hendak lebih rapat dan mempunyai persepsi positif tentang Islam jika mereka dilarang mendekati rumah ibadat, tempat berkumpul orang Islam. Takut, bimbang? Perasaan takut dan bimbang sentiasa dicanangkan sebagai jawapan terhadap pelbagai soalan yang membabitkan penganut bukan Islam. Takut dan bimbang, yang bukan Islam mempermainkan atau mempersendakan agama Islam. Kalau benar begitu, menjadi tanggungjawab penganut agama Islam itu pula untuk memberi penjelasan kepada yang bukan Islam. Bukan dengan menghalang tetapi menerima dengan hati terbuka bahawa yang bukan beragama Islam mahu lebih rapat, memahami apa ada di sebalik nama Islam itu. Penganut agama Islam di negara ini sendiri kadang-kadang terlampau cetek pengetahuan mereka tentang agama-agama lain yang dianuti oleh rakan-rakan mereka. Contoh termudah ialah larangan memakan daging lembu yang diamalkan oleh penganut agama Hindu. Sering terjadi hidangan yang disajikan oleh penganut agama Islam untuk rakan-rakan mereka tidak mengambil kira larangan agama ini dan terkotai-kotailah sekumpulan rakan-rakan beragama Hindu tanpa makanan yang sesuai. Ada ketika mungkin mereka bernasib baik juga jika dapat menjamah kuih-muih, buah-buahan atau makanan ringan yang lain sebagai pengganti. Malaysia membantu Amerika Syarikat menangani Islamophobia? Hentikanlah. Bereskan rumah sendiri dulu. [Sumber] |
| Tutup Sahaja Kursus Sains Politik di UKM Posted: 04 Oct 2010 03:00 AM PDT Dari Merdeka Review "Mahasiswa tidak bodoh, kami ada otak. Kami sudah muak dengan dogma tidak membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik," – Ahmad Syukri, jurucakap Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS), 28 September 2010. Pada 28 September yang lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menghulurkan satu penghakiman terhadap saman oleh empat orang pelajar Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, berhubung pemakaian Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Pelajar-pelajar yang kini lebih dikenali dengan gelaran UKM 4 telah mencabar undang-undang tersebut sebagai tidak sah kerana bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk bersuara dan ekspresi. Hal ini timbul berikutan dengan tindakan UKM yang mendakwa pelajar-pelajar tersebut di Mahkamah Universiti kerana ditangkap di Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor, kononnya kerana menyokong parti pembangkang yang berkempen di sana. Mereka ditemui dengan beberapa risalah parti pembangkang, yang menjadi asas kepada dakwaan pihak Universiti. Kami tidak mempersoalkan dakwaan pihak Universiti yang jelas sekali bermotifkan politik. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM boleh sahaja menyelesaikan isu ini dengan merestui penglibatan pelajar-pelajarnya dalam pilihan raya kecil tersebut. Ini adalah kerana beliau mempunyai kuasa untuk berbuat sedemikian, akan tetapi apa yang lebih afdal kepada pihak Universiti adalah untuk tunduk kepada "pihak atasan" dan mengambil tindakan disiplin terhadap pemimpin-pemimpin pelajar itu supaya dijadikan satu amaran kepada pelajar-pelajar lain yang sudah pun "dibonsaikan" pemikiran mereka, supaya tidak memegang risalah-risalah pihak pembangkang. Tindakan Universiti sememangnya tidak masuk akal, tindakan mendakwa pelajar jurusan Sains Politik kerana menjadi pemerhati politik jelas sekali bertentangan dengan matlamat mendidik mereka untuk menjadi ilmuwan dalam bidang Sains Politik. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan, malah telah dijangkakan. Apa yang tidak diduga adalah pendirian Mahkamah Tinggi dalam memutuskan kes berprofil tinggi ini. Alasan kehakiman yang diberikan, menyatakan bahawa Seksyen 15 AUKU adalah sah kerana sekatan hak di bawah Perkara 10 Perlembagaan boleh dilakukan dengan alasan untuk menjaga ketenteraman komuniti pelajar di Universiti. Mungkin perkara ini tidak dapat difahami orang ramai kerana melibatkan pandangan undang-undang yang kompleks. Kami tidak dapat memahami mengapa tindakan pelajar-pelajar itu boleh dianggap sebagai menjejaskan kenteraman mana-mana pihak selain pihak parti pemerintah, namun ini adalah untuk diputuskan oleh Mahkamah Universiti yang disidangi oleh panel yang dilantik pihak universiti sendiri. Mungkin selepas ini pihak Universiti akan mendakwa semua pelajarnya yang menunjukkan sokongan kepada parti politik dengan mengundi dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Adalah menjadi persoalan mengapa pelajar berusia 21 tahun, tidak dibenarkan berpolitik sehinggakan mereka dihalang untuk memiliki risalah-risalah parti politik, tetapi boleh mengundi dalam pilihanraya umum. Sebab itulah barangkali pada tahun 1999 anak perempuan kepada Senator Shahrizat Abdul Jalil (gambar kiri) tidak diambil sebarang tindakan undang-undang apabila pulang bercuti dari pengajiannya di luar Negara kerana membantu kempen ibunya di Lembah Pantai. Kepulangan beliau mendapat liputan media dan ditemuramah berserta menyiarkan gambar-gambar beliau berkempen pada waktu itu. Hak berpolitik adalah hak setiap warganegara yang waras, hak seperti ini tidak wajar disekat oleh mana-mana parti politik. Tekanan terhadap palajar-pelajar yang ingin berpolitik adalah tidak boleh diterima kerana tindakan seperti itu umpama membunuh bakal-bakal pemimpin masa depan. Sikap cemburu kerajaan juga sudah mencapai satu tahap yang menjengkel dan merimaskan semua pihak. Sepatutnya Kerajaan menghargai pemuda-pemudi yang berminat dalam politik tanahair, lebih-lebih lagi pelajar jurusan sains politik yang bukan sekadar mahu berpolitik tetapi memahami apa itu politik sebenarnya. Idealisme dan semangat mereka itu tidak wajar dihukum dengan tekanan sebegini rupa semata-mata kerana mereka tidak menyokong parti pemerintah. Kami berpendapat sikap paranoia melampau kerajaan, sudah mencapai satu tahap tidak boleh diterima lagi. Pemimpin mahasiswa, kartunis, dan penyanyi rap dilayan seolah-olah penjenayah, hanya kerana tidak menyokong parti pemerintah. Mungkin mereka perlu sedar, masalahnya bukan pemimpin pelajar, bukan juga kartunis sinis, remaja yang kesat, mahupun parti pembangkang, masalahnya adalah kelakuan mereka sendiri. Kelakuan yang tidak masuk akal, tidak adil, menindas dan membuli rakyat. Jika kerajaan sudah tidak hormat kepada rakyat, bagaimana harus rakyat menghormati kerajaan? Kerajaan perlu menghormati kehendak Mahasiswa yang lantang, kerana mereka adalah peneraju masa depan negara. Jika ini caranya kerajaan melayan pelajar Universiti, minda-minda terbaik negara, bayangkan apa nasib rakyat marhaen? |
| Posted: 04 Oct 2010 02:30 AM PDT ![]() Kelompok yang berada di sebalik rancangana pembangunan pusat kebudayaan Islam yang diusulkan di lokasi Ground Zero New York telah menyiarkan apa yang mereka sebut sebagai gambar rasmi pertama dari pusat kebudayaan Islam tersebut. Laman untuk projek ini, yang dikenal sebagai Park51 Community Center, mengatakan bahawa "gambar-gambar baru yang menampilkan eksterior yang diperbarui dan memberikan tampilan yang pertama terkait interior Park51 dan memberikan beberapa wawasan tentang bagaimana kita membayangkan projek ini," seperti tertulis dalam posting di Facebook mereka Selasa lalu. Rencana pembangunan akan menelan biaya sebesar 100 juta dolar, termasuk auditorium dengan 500 kerusi, ruang kelas dan ruang konferensi, ruang untuk kegiatan sosial, ruang peringatan 9/ 1, kolam renang, pusat kebugaran dan masjid. Sebelumnya sebagian umat Muslim New York sudah menggunakan laman Manhattan Lower sebagai masjid . Gambar-gambar dari projek ini dihasilkan oleh SOMA Architects, yang menurut laman Park51's sebagai konsultan arkitektur projek desain.(fq/cnn) ![]() |
| Shahril Mokhtar Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat PRASARANA Posted: 04 Oct 2010 02:00 AM PDT PUTRAJAYA, 4 OKT: Shahril Mokhtar hari ini dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Bhd secara kontrak bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Okt lalu. Menurut kenyataan Kemeterian Kewangan, Shahril merupakan Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak 7 Jun lalu, dan pelantikan beliau menggantikan Datuk Idrose Mohamed. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengangkutan awam negara dansebelum ini, pernah berkhidmat di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengangkutan, RapidKL, Penerbangan Malaysia Berhad, PriceWaterhouseCoopers dan Kumpulan Maybank. Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan yang ditubuhkan pada 11 Ogos 1998. Prasarana dipertanggungjawab menyediakan pengangkutan awam yang lebih cekap dan berkesan untuk menyusun semula dan mengingtegrasikan pengangkutan awam bandar terutama di Lembah Klang. – BERNAMA |
| Terkini! Penasihat Parti Gerakan, Tun Dr. Lim Keng Yaik letak jawatan Posted: 04 Oct 2010 12:55 AM PDT KUALA LUMPUR 4 Okt.- Penasihat Parti Gerakan, Tun Dr. Lim Keng Yaik mengumumkan beliau meletak jawatan hari ini kerana tidak berpuas hati dengan sikap presiden yang takut melibatkan diri dalam sebarang konflik. Katanya,beliau akan menyerahkan surat letak jawatannya kepada ibu pejabat esok. Tahniah BN [Kemaskini] Artikel Berkaitan Keng Yaik to quit as Gerakan adviser amid worsening crisis October 04, 2010 KUALA LUMPUR, Oct 4 — Former Gerakan president Tun Dr Lim Keng Yaik said today he would be resigning this week as the party adviser because of disappointment over Tan Sri Dr Koh Tsu Koon's tendency to "bury his head in the sand." Amid a party revolt in Penang, the Barisan Nasional (BN) party's former stronghold, Lim's announcement today could spark a major revolt against Koh's leadership of the party. "He is someone who hates getting involved in solving conflicts for fear of offending people," he told reporters at a press conference today. The former Cabinet veteran said Dr Koh's attitude of speaking no evil and burying his head in the sand had brought about many problems in the party. |
| Pelajar UUM diberi amaran tidak sertai kempen pilihan raya kecil Galas Posted: 04 Oct 2010 12:45 AM PDT PARIT, 4 Okt — Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak akan bertolak ansur terhadap mahasiswanya yang melibatkan diri dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, kata Naib Canselor UUM Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak. Beliau berkata pihak pengurusan universiti akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung mahasiswa terbabit. Bercakap kepada Bernama pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pengerusi Taman Teknologi Malaysia, Datuk Nasarudin Hashim di sini hari ini, beliau berkata tindakan tegas terpaksa diambil bagi memastikan pengajian mereka tidak terjejas akibat sibuk berpolitik. "Sebagai mahasiswa, mereka perlu mematuhi Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang melarang penglibatan pelajar dalam parti politik serta kesatuan sekerja. "Akta tersebut digubal demi kepentingan mahasiswa itu sendiri bagi memastikan pengajian mereka tidak terjejas. Tamatkan dulu pengajian masing-masing sebelum melibatkan diri dalam politik atau berdepan dengan tindakan undang-undang termasuk digantung pengajian mereka sebagai mahasiswa," katanya. Kerusi DUN Galas di Kelantan kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lalu. — Bernama |
| Anthony Luke Kerugian Hampir RM10,000 Posted: 04 Oct 2010 12:33 AM PDT SEREMBAN 4 Okt – Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke serta ibu bapanya diikat di kediamannya setelah lima perompak, sebahagiannya bersenjatakan parang memecah masuk, sebelum melarikan wang tunai dan barangan berharga bernilai kira-kira RM10,000 di sini, awal pagi ini. Dalam kejadian 4 pagi itu, kumpulan perompak itu dipercayai memotong mangga pintu depan di rumahnya di Taman Yoon Chan. Selepas mengikat beliau dan ibu bapanya yang berusia lingkungan 70 tahun, kumpulan perompak mengeledah selama 30 minit dan melarikan wang tunai RM3,000, televisyen, komputer peribadinya dan blackberry. "Ibu saya berjaya melepaskan dirinya, sebelum membebaskan saya dan ayah," katanya yang menganggar kerugian hampir RM10,000. Tidak menganggap rompakan berkenaan bermotif politik, beliau kemudian membuat laporan di balai polis Seremban. |
| Zahrin Sang Kelembai Kata Kerajaan Najib Kerajaan '2 Beradik'? Posted: 03 Oct 2010 10:30 PM PDT Berbalik kepada perbualan saya, Zaharin mengatakan beliau tidak mampu bekerja lama dengan Najib. "Aku tidak selesa bekerja begitu. Aku senang seperti biasa, Menjadi orang biasa bukan orang keliling Perdana Menteri," kata Zaharin. Lantas dia mula bercerita kepada dua rakan saya – kedua-duanya dari Terengganu – bagaimana peranannya berjaya 'menjatuhkan' seorang Ketua Bahagian yang disifatnya sebagai 'mementingkan kekayaan' dan kini hanya menjadi Bendahari Bahagian. Saya berdiam diri tidak berminat dengan topik itu kerana orang yang diperkatakan itu – seorang Datuk juga rakan saya. Saya cuba menyelongkar fikiran Zaharin kenapa beliau berhenti. "Saya senang dengan kerja seperti ini. Dapat bertemu seseiapa sahaja. Ini kawan awak ini...waktu dia jadi Ketua Pengarang...gaji saya lebih besar darinya ketika itu," katanya merujuk kepada tugas yang dijalankan oleh beliau ketika saya menjadi Ketua Pengarang akhbar Harian Watan milik Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor (kini Datuk Seri) antara 1996 hingga 1997. "Berbelas ribu," katanya. Saya akui kata-kata Zaharin kerana cara hidupnya jika tidak mempunyai pendapatan RM15,000 sebulan, sukar untuk bertahan. Dan hingga hari ini Zaharin mampu bertahan. Persoalannya siapa yang 'menjaga kepentingannya'? dan untuk apa? Juga bagaimana Zaharin dapat menikmati kehidupan selesa sedemikianj rupa dan kesekian lama? Itulah kelebihan dan keanehan Zaharuin. Banyak lagi isu-isu lain yang Zaharin perkatakan ketika saya menikmati mee kongfu dengan enak sekali sambil dua rakan saya terpegun dengan Zaharin. Di akhir perbualan apabila saya mengemukakan soalan mengenai hubungannya dengan Najib, Zaharin mengatakan mereka baik. "Tidak ada masalah. Saya baik dengan Perdana Menteri kerajaan '2 Beradik' ini." Katanya tegas. Saya jadi termanggu kerana Zaharin mula memperkenalkan label baru kepada kerajaan pimpinan Najib dengan 'Kerajaan 2 Beradik'. Apakah ada langkah dan strategi Zaharin selepas ini? Apakah ada sebab lain kenapa Zaharin tidak mahu bekerja dengan Najib? [Baca Seterusnya] |
| Menjelang PRU-13, Bagaimana lanskap politik kalau Anwar-Ku Li bergabung? Posted: 03 Oct 2010 10:00 PM PDT Oleh : Mohd Shuhaimi Al-Maniri Tidak ramai pemimpin yang berjaya memerintah selama 2 dekad mentadbir sesebuah pemerintahan kerajaan di Malaysia. Diperingkat pusat setakat ini hanya Tun Dr. Mahathir sahaja yang berjaya melakukannya dengan memerintah selama 22 tahun, satu rekod yang mungkin sukar dilakukan lagi selepas ini. Tetapi diperingkat negeri, terdapat beberapa pemimpin kerajaan negeri yang berjaya melakukannya, iaitu Tan Sri Osman Saat (bekas Menteri Besar Johor), Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (bekas Menteri Besar Terengganu) dan Tun Lim Chong Eu (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang) serta Pehin Sri Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) dan Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan). Rekod semasa Menteri Besar atau Ketua Menteri paling lama berkuasa setakat ini masih dipegang oleh Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (gambar – kanan), 74 yang juga Presiden Parti PBB, sebuah komponen BN dari Sarawak selama hampir 30 tahun yang memerintah negeri Sarawak sejak dari tahun 1981 hingga sekarang. Manakala Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya baru memerintah Kelantan sebagai Menteri Besar hampir 20 tahun sejak 20 Oktober, 1990 dijangka berjaya memasuki tempoh tersebut jika pilihanraya umum tidak diadakan secara mengejut sebelum 20 Oktober tahun ini. Kejayaan PAS memerintah Kelantan ketika itu adalah kerana sikap PAS yang bersedia bekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li bersama Parti Melayu Semangat 46 (PMS46), serpihan UMNO berjaya mengembelengkan kekuatan pembangkang Melayu/Islam membentuk Angkatan Perpaduan Ummah dengan PAS-Berjasa-Hamim-Kimma dan membentuk Gagasan Rakyat dengan DAP-IPF-PRM-PBS. Kemampuan Ku Li menyakinkan PBS komponen BN yang memerintah negeri Sabah ketika itu keluar BN beberapa hari menjelang pilihanraya umum1990 untuk bersama dengan Gagasan Rakyat ternyata memberikan kejutan yang besar kepada BN. Kegagalan pembangkang terutama PMS46 di Pulau Pinang dan lain-lain negeri adalah disebabkan serangan saat-saat akhir terhadap Ku Li oleh media BN yang gagal ditangkis oleh pembangkang. Tetapi hasilnya cukup memberangsangkan di seluruh negara walaupun tidak berjaya sepenuhnya. Selain negeri Sabah yang berada dalam genggaman pembangkang, pembangkang (APU) Berjaya mencipta yang rekod yang tidak pernah dicipta dari dulu hingga sekarang, yakni menyapu bersih semua kerusi di Kelantan (APU:39, BN:0). Saya tidak berapa ingat berapa lama Lim Chong Eu dari Gerakan memerintah Pulau Pinang tetapi lebih 20 tahun dan beliau hanya berjaya diundurkan dengan rakyat menolaknya dalam pilihanraya umum tahun 1990. Walaupun Gagasan Rakyat (GR) tidak mampu merampas Pulau Pinang tetapi berjaya menamatkan era pemerintahan Lim Chong Eu. Begitu juga dengan Tan Sri Wan Mokhtar dan UMNO/BN yang memerintah Terengganu juga terselamat dalam pilihanraya umum tahun 1990 tersebut tetapi rakyat berjaya menolaknya dalam pilihanraya umum 1999 akibat kezaliman melampau UMNO/BN terhadap Anwar Ibrahim setelah lebih 25 tahun Wan Mokhtar memerintah Terengganu menyebabkan rakyat muak. Tetapi BN cepat menyedari mood rakyat yang sudah menolak Tun Mahathir pada tahun 1999 menyebabkan mereka mengambil tindakan drastik menggantikannya dengan muka baru, Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar – kiri ) atau mesranya dipanggil Pak Lah yang dianggap "Mr. Clean" menyebabkan rakyat memberikan peluang kepadanya dengan mengembalikan Terengganu kepada BN dan Kelantan pun hampir-hampir tumbang dalam pilihanraya umum tahun 2004. Tetapi disebabkan Pak Lah yang leka dengan kemenangan yang terlalu besar dalam sejarah politik Malaysia dan tidak menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat menyebabkan rakyat bangkit memberikan pengajaran kepadanya dan sekalgus tidak lagi mempercayai UMNO/BN pada pilihanraya umum tahun 2008. Jika tahun 1990 ekoran keterlibatan Ku Li bersama pembangkang, menyebabkan negerinya Kelantan berjaya di tawan dari UMNo/BN, keterlibatan Anwar pula pada tahun 2008 menyebabkan bukan sahaja negerinya Pulau Pinang tumbang tetapi merebak kepada Kedah, Perak dan Selangor. Selepas 20 tahun Kelantan diperintah PAS, Ibrahim Ali bercita-cita jadi MB? PAS dijangka akan menyambut ulangtahun ke-20 pemerintahan mereka pada bulan oktober akan datang ini. Selain daripada mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berjaya mengemudi Kelantan selama 20 tahun, saya juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan rakyat Kelantan yang berjaya menabalkan seorang Sultan baru mengikut perlembagaan tidak seperti apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN yang juga menabalkan Sultan baru yang dengan dengan kontroversi dalam tahun 1990'an dulu. Ketika pemimpin-pemimpin PAS Kelantan masih memerlukan Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk terus menerajui Kelantan selepas ini, dilaporkan Ibrahim Ali, Presiden sebuah NGO dikenali sebagai PERKASA mula memberitahu rakyat bahawa beliau bersedia menjadi Menteri Besar Kelantan. Dilaporkan beliau berkata, "PAS selama ini tidak buat apa-apa. Sebagai contoh masalah air di negeri ini sehingga sekarang masih belum selesai. Jadi kalau nak Kelantan maju, ikut saya. Kalau nak Kelantan maju, saya adalah orangnya kerana saya boleh membawa perubahan kepada negeri ini. Kelantan akan menjadi lebih baik sekiranya beliau menjadi Menteri Besar" Dalam pilihanraya umumyang lepas, beliau diberikan 'ehsan' bertanding kerusi PAS di Parlimen Pair Mas setelah puas mengekori Tuan Guru Nik AbdulAziz dan dan memujuk PAS memberikan laluan kepada beliau bertanding dalam Pilihanraya Umum tahun ke-12 tahun 2008. Ibrahim Ali (gambar – kanan) memenangi kerusi Pasir Mas buat pertama kali pada pilihan raya umum 1986 diatas tiket UMNO dengan memperoleh 55 peratus atau 15,711 undi dan mempertahankan kerusi itu empat tahun kemudian (1990) atas menggunakan tiket S46. Selepas itu tidak pernah memenangi sebarang kerusi parlimen atau DUN sehinggalah beliau memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-12 atas tiket PAS setelah menewaskan calon Umno dengan majoriti 8,991 undi Apa yang menarik dalam analisa sepintas lalu ini, Ibrahim Ali tidak ada kekuatan politik di Kelantan hatta di Pasir Mas sendiri yang dikatakan kubunya kerana hanya memenangi kerusi parlimen Pasir Mas tersebut atas tiket UMNO (1986) dan Semangat 46 (1990) serta PAS (2008). Beliau bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir tetapi hanya mendapat sekitar 500 undi sahaja dan kalah dengan hilang wang deposit kepada calon UMNO, Hanafi Mamat selepas pilihanraya umum 2004 dalam pertandingan 3 penjuru. Begitu juga dalam pilihanraya umum 2004 bertanding di kerusi parlimen Pasir Mas tetapi tewas kepada Calon PAS Ismail Noh dalam pertandingan 3 penjuru. Tidak dapat dipastikan bagaimana beliau akan menjadi Menteri Besar Kelantan? Kalau inilah calon Menteri Besar Kelantan yang hendak menggantikan Nik Abdul Aziz, beliau akan mengikut jejak Awang Adek, calon Menteri Besar Kelantan dalam pilihanraya umum yang lepas. Apakah PERKASA ini akan ditukarkan menjadi sebuah parti politik seperti BERJASA yang beliau juga menjadi perancangnya pada penghujung tahun 1970'an dahulu ketika krisis Asri-Mohd Nasir dahulu? Kita lihat dahulu rentak dan tarinya bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Presiden UMNO yang sudah tidak mendapat tempat dalam UMNO sama seperti IbrahimAli juga. Bagaimana agaknya politik Malaysia jika Ku Li yang juga sudah tersisih dalam UMNO bergabung dengan Anwar dalam pilihanraya umum ke 13 nanti? Jika Anwar dikatakan berjaya memujuk SAPP keluar BN selepas PRU ke-12 pada 2008, mampukah Ku Li sekali lagi memujuk PBS keluar BN jika beliau memilih untuk bergabung dengan pembangkang menjelang PRU-13 nanti? Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah |
| Ada Yang Tak Kena Dengan Cabang Gombak? Posted: 03 Oct 2010 09:45 PM PDT TSK mantap di Kuala Selangor Ramai teman-teman yang saya kirim SMS malam tadi memaklumkan kemenangan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor dengan majoriti selesa, membalas dengan menyatakan rasa syukur dan lega mereka. TSK sejak sekian lama menghadapi pelbagai masalah dengan beberapa kerat ahli di Kuala Selangor yang secara luar biasa membuat pelbagai desakan dan tuntutan. Namun TSK tekun menghadapinya dan terus melakukan yang terbaik untuk parti di sana. Lebih 1,400 orang keluar mengundi di Kuala Selangor. Tetapi hanya sekitar 200 orang dilaporkan mengundi di Gombak. Ini adalah satu fenomena pelik. Dahulu saban tahun hanya tiga Bahagian boleh diharapkan untuk mempunyai kehadiran yang mantap (sekitar beberapa ratus) — Permatang Pauh, Gombak dan Shah Alam. Pada tahun 2004, lebih seratus ahli hadir pada mesyuarat Angkatan Muda Keadilan Gombak. Tetapi kini tatkala ribuan anggota hadir di Kuala Selangor dan beberapa cabang lain, apakah kehadiran di Gombak merosot padahal mesyuarat gah diadakan di hotel? Apa sudah jadi dan apa nak jadi? [Sumber] |
| Galas : Perlantikan Razaleigh Umpama Kata Dua, Beri Kemenangan Pertama Kepada PAS Posted: 03 Oct 2010 09:30 PM PDT Oleh Ustaz Idris Ahmad Parti Islam Se-Malaysia menyifatkan perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas sebagai kata dua kepada beliau yang menyokong tuntutan royalti Kerajaan PAS Kelantan. Jelas ianya tindakan terdesak Umno. Ternyata Umno begitu bergantung harap kepada pengaruh Tengku Razaleigh bagi merampas semula DUN berkenaan walaupun tahu, Tengku Razaleigh tidak sealiran dengan pemimpin tertinggi Umno dan perlantikannya adalah risiko terbesar yang perlu Umno tangani sepanjang kempen. Sebelum ini di Manik Urai, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dilantik sebagai Pengarah namun gagal merampas kerusi berkenaan yang kekal ditangan PAS. Akibat kegagalan itu, beliau dinafikan hak untuk menjadi Pengarah Pilihanraya DUN Galas walaupun beliau adalah Pengerusi Perhubungan Negeri dan Menteri Umno yang banyak menafikan hak royalti Kelantan.. DUN Galas dikawasan Parlimen Gua Musang yang menjadi kubu Tengku Razaleigh dimana Umno menumpang pengaruh beliau untuk mengibarkan bendera mereka, bakal menjadi medan ujian buat Umno dan Tengku Razaleigh sendiri. Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam Pilihanraya yang lepas Allahyarham Che Hashim Sulaima berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Walaupun baru sepenggal bersama PAS, namun keyakinan rakyat Galas terhadap kemampuan wakil rakyat PAS dan juga kerajaan PAS bakal menjadi cabaran buat BN. Bagi PAS perlantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengarah pilihanraya Umno adalah kemenangan pertama kerana selepas Pilihanraya 2008, beliau begitu cenderung untuk bersama rakyat menyokong perjuangan Kerajaan PAS Kelantan bagi menuntut royalti dari Kerajaan Persekutuan dibawah BN. Malah beliau yang juga mantan Pengerusi Petronas menawarkan diri menjadi saksi bagi kes saman yang dikemukakan Kerajaan kelantan kepada Petronas. Beliau menjadi perhatian kerana sanggup menentang arus dan melawan Presiden Umno dan MT Umno yang duduk dalam kabinet demi membela nasib rakyat. PAS yakin, perlantikannya membuktikan Umno sebenarnya hilang keyakinan di Galas tetapi mahu memberikan tekanan kepada Tengku Razaleigh sendiri sebagai membuktikan kesetiaanya kepada Umno. Ianya umpama kata dua kepada beliau, sama ada berjuang untuk rakyat atau berjuangan untuk kepentingan Umno. PAS yakin, Tengku Razaleigh tahu membuat keputusan dan dia tahu jika Umno menang di Galas, belum tentu royalti minyak Kelantan akan dipulangkan. PAS tiada masalah jika beliau menerima perlantikan itu, tetapi mahu beliau gunakan peluang itu untuk terus memperjuangkan royalti minyak Kelantan. Jika dalam PRK nanti isu Royalti dibangkitkan, rakyat pasti tertanya-tanya, apa pula yang Tengku Razaleigh akan ucapkan? Sanggupkah beliau untuk menyanggah hujah Umno-BN demi kepentingan rakyat nanti. PAS menyeru agar Tengku Razaleigh istihar keluar Umno dan menyertai PAS jika benar beliau berjuangan untuk rakyat Kelantan. Idris Ahmad merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan