Selasa, 12 Oktober 2010

shalehudin

shalehudin


Jalanraya kita lebih merbahaya dari Palestin

Posted: 12 Oct 2010 09:00 AM PDT

Usah biar lebih ramai terkorban

Oleh: Ratinawati Rasidi (BH)

SUDAH terhantuk baru terngadah, pepatah yang sesuai untuk menggambarkan tahap kesedaran pengguna jalan raya di negara ini. Menurut kajian, 60 hingga 70 peratus kemalangan berpunca daripada sikap pemandu. Selebihnya, membabitkan masalah kenderaan dan persekitaran jalan raya.

Galas: Hidup mati Ku Li

Posted: 12 Oct 2010 07:24 AM PDT

Tak peduli pun aku kalau Tengku Razaleigh atau Ku Li ni menjadi calon ataupun sekadar Gurkha. Tapi yang pastinya ialah dia sendiri sudah benar benar terbeban dengan tindakannya menggalas sebagai barisan depan di PRK Galas nanti.

Sebagai seorang yang dihormati oleh ramai rakyat Kelantan, pastinya beban yang terpikul dan harapan rakyat kebanyakan amat tinggi. Harapan rakyat bukan saja melihat anak raja ini berjaya dalam poliitk nasional malah tentu saja dalam apa jua bidang yang diceburinya. Tapi sayang seribu kali sayang, masa depannya dalam Umno masih terkuntang kanting tiada haluan. Nama besarnya dipandang remeh oleh partinya sendiri. Peranan dan kewibawaannya tidak dinilai dengan sewajarnya.

Tapi kini Ku Li sekali lagi digalas dengan harapan yang besar oleh Umno yang pernah menyisihkan dirinya dari masa depan politiknya yang sepatutnya gemilang. Kini Ku Li bagai dihormati kembali oleh Umno kerana terdesaknya Umno untuk memenangi kembali kerusi Galas yang telah dirampas oleh Pas dalam PRU ke12 yang lalu. Galas kebetulannya berada dalam parlimen Gua Musang yang kekal tunjangnya dibawah takluk Ku Li sejak sekian lama. Dan Ku Li digantung harap oleh Umno kini merampas kerusi Galas dari Pas demi untuk menaikkan kembali semangat Umno yang telah luntur. Suka atau tidak, Umno terpaksa mencari jalan memohon belas ikhsan Ku Li yang terkenal dengan gagahnya di Gua Musang.

Ini beban sebenar Ku Li. Memenangi Galas sebagai ahli parti yang setia, gurkha yang sedia berkhidmat dan sekaligus menyuntik kembali semangat ingin hidup kedalam Umno. Sekiranya Pas gagal dalam PRK Galas kali ini tidaklah seteruk Ku Li yang akan dipandang hina bukan saja oleh rakyat setempat malah kesan yang lebih mendalam didalam Umno itu sendiri. Jadi, Ku Li akan "all out" kali ini untuk pastikan Galas tidak kecundang dan prestasinya sebagai seorang yang dihormati akan kekal.

Kekalahan Galas bererti selamat tinggal bagi Ku Li dalam arena politik tanahair.

Lain macam kelaku Rosmah nih...

Posted: 12 Oct 2010 02:00 AM PDT

Laaa... pelik sungguh cerita zaman Najib nih...

Bini Najib si Rosmah buat sidang kemuncak wanita wanita pertama, yang mai ada kot 15 orang wanita pertama. Itu pun dari negara negara entah berantah yang nak sebut nama pun tergeliat lidah. Cuba bayangkan depa depa ni semua kita yang sara dari tambang pi balik, tidoq dan makan minum serta mandi manda.

Lagi satu kita musykilkan, sapa wanita pertama Malaysia ni? Nampak macam hanya Rosmah Mansor yang dok kelam kelibut. Dah tu, hanya Piem Umno yakni laki dia saja yang dijemput merasmikan program tersebut tanpa melibatkan pembesar lain. Ucaptama disampaikan oleh Rosmah Mansor.

Pelik dak... rasa macam Najib satu keluarga saja yang anjur majlis yang himpunkan 15 Wanita Pertama yang sudah semestinya suka hati ke sini kerana 3 hari ni tak payah memasak dan bagi makan anak anjing kat rumah.

Sapa yang patut jadi wanita pertama Malaysia ni haaaa... ?

Akim? Akim?

Posted: 12 Oct 2010 01:00 AM PDT

Akim? Akim? Alaahai, dah macam jenama alat mekap murah dari Taiwan dah aku dengar.

Tapi nama panjang dia sedap bukan main, Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia atau nama manjanya Akim, akan turut meletakkan anak gadisnya, oppsss anak seorang bekas anggota Parlimen Rantau Panjang sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 Nov ini.

Tapi presidennya Hanafi Mamat masih main tarik tali dengan alasan nak bagi saspen. Mesti satu Malaysia pun tertunggu tunggu calon panas dari Akim ni? Wakaka...

Hanafi masih enggan menamakan bakal calon terbabit yang hanya akan diumumkan pada 23 atau 24 Okt ini.

Tapi part yang paling best ialah, Hanafi menegaskan penglibatan parti itu pada pilihan raya kali ini tidak dipengaruhi mana-mana pihak untuk memecah undi dalam pilihan raya kecil tersebut. Mereka letak calon atas prinsip parti untuk menegakkan keadilan Islam, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Kah... kah... kah... ada prinsip?
Prinsip apanya kalau bukan nak pecah undi... hihi...

Kah... kah... kah... tak dipengaruhi mana mana pihak?
Duit nak sara tu mai mana, bukan ada yang tolong huloq ka?... hihi...

Kah... kah... kah... bukan untuk pecah undi?
Kalau tak pecah undi nak pecah apa? Pecah dara?... kah... kah... kah...

Ada unsur sabotaj Nurul Izzah ka

Posted: 12 Oct 2010 12:14 AM PDT

Akhbar akhbar penjilat dah mula jalan jarum mereka dengan menggambarkan adanya unsur unsur sabotaj didalam pemilihan Timbalan Presiden PKR. Berita terbaru seakan mengesahkan bahawa Nurul Izzah telah tidak layak untuk bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR.

Sama ada tiada maklumat atau salah komunikasi, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar masih berteka-teki mengenai pendiriannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu hujung bulan ini.

Semasa ditemui di lobi Parlimen, beliau memberitahu akan mengumumkan pendiriannya itu setelah Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengeluarkan senarai penuh calon yang layak bertanding bagi pemilihan peringkat pusat.

Sedangkan pada masa yang sama, jurucakap JPP, Raden Shamsul Akmar memaklumkan bahawa Nurul Izzah hanya mendapat satu pencalonan daripada Keningau, Sabah seterusnya tidak melayakkan beliau bertanding selepas pencalonan cabang pada ditutup pada 10 Oktober.

Malah menurut laporan portal berita, Malaysiakini pada Selasa, pihak penyelaras JPP yang menghubungi anak sulung Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mendakwa tidak tahu bilangan pencalonan yang diterimanya.

Indahnya Galas

Posted: 11 Oct 2010 10:30 PM PDT

Foto dari sini...

Umno ngan Pas ni dari azalinya akan menjadi lawan dalam politik Malaysia. Tak kira la dimana mana pun, sebab tu perpaduan Umno dan Pas ni tak boleh dibolehkan dalam politik Malaysia.... kah... kah... kah... nanti tak meriah politik kita... hahaha...

PRK Dun Galas pun serupa juga, tidak dapat mengelak lagi pertembungan di antara Umno dan PAS. Ada juga yang kata Akim pun nak tumpang gelamor sama malah ada yang ramal calon bebas pun akan turut sama kacau daun. Tapi tentunya dua parti teras ni iaitu Pas dan Umno akan jadi tumpuan, yang lain tu buat semak saja.

Pertarungan kali ini juga boleh dikatakan pertarungan dua pengaruh hebat politik negara iaitu Pas Kelantan dibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz selaku MB Kelantan dan juga Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi orang hadapan Umno Kelantan di PRK Galas nanti.

Nik Aziz ni samaada kalah atau menang tak akan menjadi kudis baginya. Pas memang dah mangli dengan kekalahan, menang adalah satu bonus bagi mereka. Pas sedar, mereka melawan satu jentera yang kaya bukan saja dengan wang ringgit tapi jugak dengan taktik taktik paling kotor dalam sejarah politik negara.

Umno? Umno tak boleh kalah. Ini semua orang tahu, kekalahan tak boleh ada bagi mereka di Galas. Galas di bawah Parlimen Gua Musang yang ahli parlimennya Ku Li sendiri. Kalah bererti rebah. Ku Li sedar ini, kemenangan di Galas bermakna peranan Ku Li perlu dihormati Umno pusat dengan mengiktiraf Ku Li dengan sepatutnya diperingkat pusat.

Politik lubang dubur ala Umno...

Posted: 11 Oct 2010 06:00 PM PDT

Umno ni punya penakut, Tuhan saja yang maha mengetahui. Umno kira nak menang saja, tak kira cara elok atau tak elok... tak kira jalan baik atau bertaik.... janji NAK menang....

Jadi sama sama kita tunggu taktik kotor Umno di Pilihanraya kecil Galas nanti. Sekarang ni pun dah mula dah kempen tak bermoral diaorang. Lubang dubur Saiful tetap menjadi senjata sulit Umno lagi... dan lagi... dan lagi... politik lubang dubur ini akan dipergunakan Umno semahu mereka selagi Anwar masih mampu berdiri. Rakyat akan didendangkan dengan lagu lubang dubur ini sehingga rakyat percaya dan mangli dengan lagu lagu kotor ini dan menerima lubang dubur sebagai satu cara berpolitik moden ala Malaysia... khiiaakkk ptttuuihhh....

Tiada ulasan: