Selasa, 12 Oktober 2010

AdukaTaruna

AdukaTaruna


PAS umum 6 calon awal DUN Galas kepada media.

Posted: 11 Oct 2010 07:46 PM PDT

"KOTA BHARU – Pas akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 24 Oktober ini, kata Pengarah Pilihan Raya Negeri, Abdul Fatah Haron.

Katanya, semua senarai calon parti itu untuk pilihan raya tersebut telah diserahkan kepada Dewan Syura untuk diperhalusi sebelum diputuskan secara muktamad. Berikut adalah 6 calon yang bakal mengadap Dewan Syura PAS.

Calon 1.

Nama : Al Fadhil Ustaz Edyes Al Kedidi.

Nama Tadika : Cumi & Ciki.

Potensi Reject : 90%

Alasan Reject : Misai tak stabil. Cuba lu tengok. Senget sebelah bai. Ak'alaaa....










Calon 2.

Nama : Tengku Mahkota Fakaq

Nama Tadika : Kemas.

Potensi Reject : 100%

Alasan Reject : Dah macam Ibrahim Ali dah gua tengok. Tu keris tu... keris 'ori' ke tu. Terkeluar kat situ plak. Tak pernah lagi gua tengok pengantin selit keris kat situ. Wakakakaka.










Calon 3, 4 & 5.


Nama : Dirahsiakan setakat ini.


Nama Tadika : Bercampur baur. Yang si comel tu Tadika Pasti Lubuk Tapah.

Potensi Reject : 60%

Alasan Reject : Dewan Syura tidak suka Usrah Barbican.




Calon 6.

Nama : Seltan Aduka Seltan Taruna Aminurrasyid.

Nama Tadika : Kemas Kg Panchor.

Potensi Reject : 0%

Alasan : Anak jati Galas. Berdarah kacukan Galas dan Russia. Alim lagi ulama. Suci dalam debu.

Friendly bola set blogger BR lawan pengundi Galas 1 November ini.

Posted: 11 Oct 2010 06:58 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

1. Menghalakan pengundi Galas mengikuti media internet.

2. Menarik perhatian pengundi sekarang dan bakal pengundi masa depan Galas dalam bercampur dan bergaul dengan warga penentang BN.

Cara-cara.

Memandangkan Kelantan ni skang dalam situasi wabak bola, apa kata lu orang buat game bola endurance. Haha. Ni baca dek UMNO ni, kompom laju jer diorang nih.

Set2 blogger + petugas BR luar Kelantan VS Set2 pengundi Galas + calon dan petugas asal Galas.

Kaedah game bola endurance bai. Dari pukul 8.00 pagi (tapi bila Melayu, tolak-tambah kompom 10.00 pagi) sampai 12 tengah hari. Pergh... kompom Dun Galas akan mendapat kelahiran Gallas. Hitam legam.

Sebab apa endurance?

Gua pun tak tahu istilah gua tu tepat ke tak. Tapi sebab nak maksimumkan pergaulan dan penyertaan la. Setiap player hanya boleh main 10 minit sahaja. Dan setiap pasukan hanya boleh bermain 11 orang sahaja. So, kena lantik pengadil dan pengawas game la.

Pemain habis 10 minit perlu ditukar. Tapi jangan sekaligus. Sekor by sekor la. Game diteruskan. Pemain jer yang bertukar ganti. Sampai semua berpeluang untuk menyertai dan bergaul dengan komuniti BR. Cuma bab calon PAS tu kalau boleh, main 2-3 minit jer la. Kang mampos plak tengah padang tu, menang percuma plak BN.

Satu lagi team petugas luar Kelantan tu, diharapkan jangan ambil Hadi Awang jadi goal keeper la. Gile lu. Buatnya keadaan tengah cemas kat kawasan penalty tu, beliau ghaib ke luar negara, tak naya?

Kalau calon PAS tak pernah main bola seumur hidup?

Lu suruh jer dia bawak getah, dan ajak bebudak puteri UMNO main lompat getah kat tepi2 padang tu. Ajak IkutSukaHaku sekali. Cuma Edyes tak perlu diajak. Dia kompom teruja.

Amacam bai? Praktikal tak cadangan gua nih?

Tiada ulasan: