Selasa, 12 Oktober 2010

PERAKITE

PERAKITE


Umno dengan Lampu Aladdin di Galas

Posted: 12 Oct 2010 04:23 AM PDT

Salam kepada adik kakok di Kelate, terutamo hok dok di Galas.

Saya rasa pengundi Galas dah sedia maklom dengan pengumuman bahawa takdak projek mee segera di prk Galas. Kalu gitu ambo rasa berbuih sakan mulut tok pa dan ku li nak berkempen di Galas... Kalu benar begitu kempen Umno-Bn sekali ni, maka Umno akan kalah di Galas.

Sebenarnya itu strategi Umno-BN untuk kelentong pengundi Galas untuk mengelakkan digunakan isu janji-janji di Manek Urai yang sehingga saat ini banyak belum tertunai. Nampak benar pembohong Umno-BN ini

Kebiasaannnya setiap prk .. Umno-BN akan menggalas berjuta ringgit projek mee segera. Bermula dengan Kuala Terengganu, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Bukit Gantang dan di Sibu, kesemuanya ditaburkan ribuan juta ringgit projek mee segera.

Rakyat telah dijanjikan pelbagai perkara daripada rumah sehinggalah jambatan dan jamban. Namun semuanya belum terlaksana dan kini tiba-tiba Galas datang dengan sejumlah janji belum ditunaikan di kawasan DUN berhampirannya iaiitu Manek Urai. Di manakah jambatan yang dijanjikan di Manek Urai?

Najib telah jenuh berteriak janji ke sana sini konon untuk memberi keselesaan kepada rakyat, nak bina rumah dan itu dan ini, tapi rakyat dok takok tu juga.


Janji tinggal janji... dan lantaran tidak ditunaikan di Manek Urai.. rakyat akan dapat melihat dengan jelas betapa temberangnya Najib dan UMNO-BN. Lantaran itulah Ku Li dijemput mengetuai jenteran Umno-BN Galas. Seandainya gagal, maka akan terkuburlah politik Ku Li di Galas.

Kontraktor jalan tentu sudah bersiap sedia untuk mengtarkan mana-mana jalan yang berlubang dan berlopak maupun yang masih elok. Dok dua tiga bulan jalan berkenaan kembali berlopak dan berlubang-lubang kerana semuanya dilaksanakan sekadar mengisi kantung dan menyedapkan mata.

Tok Pa kata Umno tak dah projek segera di Galas? Boleh jadi benar kenyataan itu kerana kerajaan sudah kekeringan kewangan untuk ditaburkan. Pada PRK
Manik Urai, Umno menjanjikan empat projek bernilai RM10.4 juta iaitu membaiki rumah rakyat miskin (RM1.5juta), membina jambatan Manikk Urai (RM8juta) Gelanggang sukan di kampung Manjur (RM300,000) dan masjid Temaler (RM600,000).


Tok Pa tentunya kena panggil Aladdin untuk menyiapkan projek berkenaan dalam tempoh dua minggu sebelum prk Galas.. he he.. sekali ini nampoknyer Ku Li kena galas hak Tok Pak dok galas selama ni. berat dah la...


Pejabat Tanah Nafikan dakwaan Umno Balik Pulau

Posted: 12 Oct 2010 01:07 AM PDT

Umno secara lantang menfitnah bahawa kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri Lim Guan Eng telah meluluskan 81 hektar tanah untuk membangunkan sebuah institusi pengajian tinggi dari Singapura, khusus untuk kaum Cina.

Laporan itu menyiat hati orang Melayu, khususnya penduduk Pondok Upeh, Balik Pulau kerana ia bersifat rasis dan tohmahan melulu pimpinan Umno yang tidak berhati perut. Berikut anda bacalah sendiri penafian Pejabat Tanah Daerah Barat Daya mengenai hal berkenaan. Betapa pembohongnya laporan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, The Star dan Berita Harian... malang sungguh Melayu Balik Pulau bertuankan Umno..

LAPORAN PENTADBIR TANAH DAERAH BARAT DAYA TERHADAP KERATAN AKHBAR ISU PENGAMBILAN BALIK TANAH DI PONDOK UPEH SEPERTI YANG DIPAMERKAN DI AKHBAR THE STAR DAN BERITA HARIAN - 7 OKTOBER 2010


Adalah saya memaklumkan bahawa pengambilan balik milik tanah di Pondok Upeh bagi tujuan awam mendirikan hub pendidikan cemerlang Pulau Pinang telah diwartakan pada 27 Ogos 2009 di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan 1960. Pada peringkat ini Pentadbir Tanah Daerah Barat Daya telah pun mengeluarkan Award (Borang H) kepada tuan tanah iaitu Gin Poh Holdings Sdn. Bhd. pada 8 September 2010. Lot-lot tanah terlibat telah dibuat penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Pulau Pinang dan pihak Pentadbir Tanah telah membuat Award tersebut berdasarkan penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian Malaysia Pulau Pinang.

Aduan menyatakan bahawa Award sebanyak RM8.00 sekaki persegi yang dinyatakan di dalam akhbar adalah tidak benar kerana penilaian tanah tersebut berbeza-beza statusnyayang berkaitan tanah yang diambil.

Amaun pampasan yang diberikan berbeza-beza mengikut status tanah berjumlah keseluruhan berjumlah RM40,161,639.50 juta mengikut Jabatan Penilaian Malaysia.

Pentadbir Tanah juga memaklumkan kepada tuan tanah bahawa, mengikut peruntukan undang-undang, mereka boleh membuat bantahan ke Mahkamah sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan tawaran pampasan yang dikemukakan melalui Borang H.

Bagi kedudukan pengambilan tanah hub pendidikan di Kampung Genting, pada masa ini pihak Pentadbiran Tanah masih belum lagi menjalankan siasatan dan sedang menunggu penilaian terakhir dari Jabatan Penilaian bagi menentukan jumlah pampasan yang patut dibayar.

Oleh kerana proses pengambilan tanah masih berjalan, adalah fitnah langsung dakwaan bahawa terdapat universiti daripada mana-mana negara yang mengesahkan kemasukannya ataupun memulakan kerja pembinaan di tapak itu.

Sekian, untuk makluman.


( HJ. JUSNI BIN HJ. ISMAIL )

Pentadbir Tanah

Daerah Barat Daya

Pulau Pinang.

Tiada ulasan: