:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
- PRK N.45 Galas: SAH! SPR adalah barua dan boneka Umno/BN!!
- TERBARU! Tiada paksaan, Rahimi Osman berbohong?
- Kes liwat: Blogger umno pembohong besar, fitnah anwar meliwat Rahimi Osman
- Masihkah Anda Ingat: Pemimpin Umno pernah iktiraf syarikat judi negara, Sport Toto
| PRK N.45 Galas: SAH! SPR adalah barua dan boneka Umno/BN!! Posted: 06 Oct 2010 08:21 PM PDT ![]() Oleh: Pria Malaya Penulis harap semua pendokong dan penyokong PR menyebarkan berita ini kepada seluruh rakyat Malaysia, betapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menjadi barua dan perkakas Umno untuk kesekian kalinya.. Tonjolkan kepada umum, bahaw SPR masih tidak bebas dari dibelenggu oleh sang pemerintah walau berubah berkali2 barisan kepimpinananya..ini bermakna perjuangan utk menentang kezaliman dan menuntut keadilan masih diperlukan dan mesti diteruskan! Ingat contoh isu kerajaan Umno memperkudakan pihak polis..ramai penyokong Umno mendakwa PAS dan PR telah menfitnah dan menuduh pihak Umno dan polis kononnya tanpa bukti, namun selepas diakui sendiri oleh bekas Ketua Polis Negara (bahawa wujud campurtangan org politik kerajaan), akhirnya mereka terkedu diam seribu bahasa.. Kerana itulah persepsi SPR adalah boneka dan barua pihak kerajaan perlu terus-menerus dimainkan DEMI memberi tekanan kepada kedua2 belah pihak, SPR dan Umno!.. Akhir kalam, walau apa pun tarikh yg ditetapkan, blogger anak muda ini tetap bersedia untuk berdepan dengan 'rejim' Umno/BN!..kita jumpa di sana..wallahua'lam.. Galas: SPR pilih tarikh ikut kehendak Umno? KOTA BHARU, 6 Okt: Ada ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu peratusan keluar mengundi lebih ramai, namun dalam masa yang sama hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas diadakan pada hari bekerja. ![]() Ia seumpama kata orang cakap tidak serupa bikin. Malah ada pihak menggambarkan SPR mempunyai tuan yang lebih berkuasa iaitu pemimpin Umno. Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamad Fadzli Hassan (kiri) berkata, SPR sepatutnya mengambil kira banyak situasi dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas termasuk persidangan Dun Kelantan. "Ketika itu persidangan Dun Kelantan sedang berlangsung dan perasmiannya akan disempurnakan Al-Sultan Kelantan pada 1 November. "Persidangan Dun diadakan bermula 1 hingga 8 November. Saya hairan mengapa SPR tidak mengambil kira perkara tersebut. Tentunya program besar seperti itu ada dalam pengetahuan mereka," katanya di sini. Hari ini SPR menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas, Gua Musang diadakan pada hari Khamis, 4 November depan, manakala penamaan calon pada hari Selasa, 26 Oktober ini. Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar di Putrajaya. Pada pilihan raya tersebut SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010. Jumlah pengundi seramai 11,553 orang, di mana 27 daripadanya merupakan pengundi pos. Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, SPR sepatutnya mempamerkan sikap tidak berpihak dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil. Bagaimanapun katanya, PAS tetap akan meneruskan cabaran bagi mempertahankan Dun tersebut dengan menggerakkan seluruh jentera PAS dengan dibantu Pakatan Rakyat dari seluruh negara. "Kita tahu Umno akan menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan Malaysia bagi berdepan dengan PAS pada pilihan raya tersebut," katanya. Satu sumber pula memberitahu mesyuarat penyelarasan jabatan-jabatan kerajaan pusat bagi membantu kempen calon BN telah diadakan termasuk membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna. Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamed berkata, tindakan SPR menetapkan hari pengundian pada hari bekerja tentunya akan menyukarkan orang ramai keluar mengundi. "Saya pun hairan sebelum ini SPR berkempen supaya pengundi keluar mengundi, namun dalam masa yang sama ditetapkan hari mengundi di Galas pada hari Khamis," ujarnya. Menurutnya keadaan itu tentunya sedikit sebanyak menyukarkan pengundi keluar mengundi lebih-lebih lagi Dun Galas meliputi kawasan yang luas. Naib Yang Dipertua PAS Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi (kanan) berkata, SPR tidak sensitif terhadap persidangan Dun Kelantan yang juga berlangsung pada hari tersebut. Katanya, tarikh persidangan Dun sudah lama ditetapkan dan SPR mustahil tidak mengetahui perkara itu kalau merujuk terlebih dahulu kepada kerajaan negeri. Namun kata beliau apa yang jelas SPR lebih mengambil kira perkembangan yang berlaku dalam Umno dalam menentukan segala tindakan. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, tarikh penamaan calon dan hari mengundi di Galas bertindan dengan tarikh sambutan ulangtahun ke-20 kerajaan PAS Kelantan. "Program itu merupakan satu program besar di peringkat negeri. Selain itu ia bertembung dengan tarikh persidangan Dun yang bermula 1 November ini," katanya di Kota Darulnaim. Menurutnya SPR hanya mengambil kira persidangan Agung Umno, sedangkan ia adalah urusan parti. "Nampak sangatlah SPR tidak peka terhadap program kerajaan di Kelantan. Sepatutnya mereka lebih peka hal sebegini," kata beliau. - Harakahdaily Berita berkaitan: - SPR didakwa bantu BN minimumkan pengundi (Harakahdaily) - PRK Galas : SPR Lebih Ambil Kira PAU Daripada Sidang Dun Kelantan (tunhisyamuddin.blogspot) |
| TERBARU! Tiada paksaan, Rahimi Osman berbohong? Posted: 06 Oct 2010 09:24 AM PDT ![]() Sebelum melanjutkan pembacaan, sila baca pengakuan dan penegasan oleh peguam pasukan Anwar Ibrahim di bawah... "Saya hendak menegaskan di sini bahawa Rahimi tidak dipaksa menandatangani akuan bersumpah. Dia menyediakan akuan bersumpah secara sukarela yang memihak kepada Anwar...Dia (Rahimi) dengan bebas memberi maklumat... saya hadir bersama dengan beberapa peguam semasa dia menerangkan apa yang sebenarnya telah berlaku," - Peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara NairBaca seterusnya di SINI.. Dan terbaru penafian Latheefa Koya di bawah, yang turut bercadang utk mengambil tindakan ke atas bekas pembantu Anwar itu nanti.. "Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenakan tekanan ke atas dia..Ketika itu dia merupakan saksi yang berpotensi dalam kes Anwar, sebagai sebahagian daripada pasukan pembela, kami hanya menyediakan kenyataan-kenyataan melibatkan saksi-saksi berpotensi, yang merupakan perkara biasa dalam mana-mana pembelaan perundangan," - Ketua Penerangan PKR Latheefa KoyaBaca seterusnya di SINI.. Menceritakan dengan lebih lanjut perihal bekas pembantu Anwar ini, blog 'Chegubard' melaporkan.. Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah 2.Baca ulasan penuh Chegubard di SINI.. ![]() (Gaya elit seorang pembantu peribadi..) Sementara Blogger Sharpshooter a.k.a Din Binjai yang merupakan orang terpenting yang turut berada di sisi Rahini Osman ketika itu melaporkan... Ya memang benar kata Chegubard, sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim (Exco AMK Malaysia) yang diamanahkan menjaga Rahimi selama 5 hari 4 malam. Manakala 2 orang amk dari N9 diamanahkan pula menjaga Rashid. Siapa Rashid? Mengapa Rahid? Sharpshooter akan dedahkan kemudian.Nantikan pendedahan selanjutnya dari blogger Shapshooter... ![]() (Laporan polis yang dibuat oleh Tahimi Osman..) Apapun, ternyata ini merupakan talian hayat Umno menjelang PRK Galas..setelah Saiful Bukhari dirasakan kurang memberi impak yang maksimum, maka Rahimi Osman hadir utntuk melengkapkan drama liwat siri II.. Sama-sama kita saksikan babak seterusnya.. Berita berkaitan: - Selepas Bala, Giliran Rahimi Ubah Kenyataan Selepas Dua Tahun (TVSelangor) |
| Kes liwat: Blogger umno pembohong besar, fitnah anwar meliwat Rahimi Osman Posted: 06 Oct 2010 05:59 AM PDT ![]() Blog 'Gelombang Wangsa Maju' dikatakan antara blog pro-Umno yang terawal menyebarkan fitnah kononnya Anwar telah meliwat seorang lagi pembantu peribadi beliau..tanpa diselidiki, berita ini kemudiannya di jaja ke merata tempat oleh rakan-rakan mereka.. Tajuk yang jelas merupakan satu fitnah oleh blogger fanatik Umno ini, "PANAS BERDENTUM : RAHIMI OSMAN PULA MANGSA LIWAT TERBARU ANWAR IBRAHIM !" Sedangkan berita sebenarnya bukanlah meliwat, tetapi 'terlewat'...boleh baca di SINI.. Setakat laporan ini, blog dan facebook 'Gelombang Wangsa Maju' masih belum mengemukakan permohonan maaf apatah lagi memperbetulkan tuduhannya terhadap Anwar Ibrahim..beginilah watak para blogger Umno, sanggup 'membuat main' dengan perkara sebesar ini..dasar penyebar fitnah dan pemecahbelah ummah... p/s: update isu Osman Rahimi akan menyusul.... |
| Masihkah Anda Ingat: Pemimpin Umno pernah iktiraf syarikat judi negara, Sport Toto Posted: 06 Oct 2010 04:40 AM PDT Kerajaan Umno melalui pemimpinnya Datuk Hishamuddin Hussein pernah mengiktiraf anugerah tahunan yang diwujudkan oleh syarikat judi terbesar negara, Sport Toto..gambar menunjukkan beliau 'mencemar maruah' dengan menjadi penyampai anugerah ini kepada bapa seorang bekas pemain skuasy negara menjelang Sukan SEA 2001..seperti biasa, akan diupdate di SINI... P/S: Klik gambar di atas untuk paparan lebih jelas.. |
| You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan