Kami Sokong Tokguru |
| Kereta rakyat Marhain Macam Sampah? Posted: 06 Oct 2010 07:15 PM PDT salam blogger bagi yang belum memasuki keluarga besar Islam. Berbagai isu yang timbul dalam negara akhir-akhir ini, dari isu politik sampai isu sosial tambah hangat isu pilihanraya Galas,Gua Musang.Namun isu yang saya nak sentuh pada kali ini ada kena mengena dengan kebanyakan rakyat biasa iaitu golongan bawahan dan pertengahan yang rata-ratanya berpendapatan rendah (macam saya) Isunya ialah "Dasar Kenderaan Tamat Hayat"yang jika dilaksanakan kerajaan mengikut cadangan proton maka kenderaan yang berumur lebih 10 tahun tak akan dibenarkan lagi digunakan diatas jalanraya,maknanya akan jadi besi buruk yang hanya boleh disimpan dirumah.Apa akan jadi pada rakyat marhain jika dasar ini benar-benar dilaksanakan.bagaimana dengan nasib kami rakyat bawahan yang tak mampu membeli kereta baru dan hanya mampu membeli kereta terpakai harga murah yan rata-ratanya berumur 10 tahun keatas. Diaorang ingat semua rakyat ni senang dapat duit projek kroni macam dia ke.Apakah ini yang dimaksudkan dengan dasar kerajaan Rakyat diutamakan.Jika dasar ini benar-benar dilaksanakan yang akan menerima kesannya ialah rakyat bawahan,bagaimana dengan nasib rakyat marhain yang punca rezekinya hanya bergantung kepada "besi buruk" itu.Bagai mana nasib driver teksi yang hanya memiliki teksi yang berusia lebih 10 tahun,siapa yang akan tanggung anak bini dia nanti,kerajaan nak tanggung ke? bagaimana pula dengan nasib rakyat yang hanya bergantung pada van buruk nya untuk memasarkan barang2 jualan sayur,ikan dan sebagainya.siapa yang nak tanggung kehidupan mereka sekeluarga atau kerajaan akan gantikan van buruk tu dengan proton Exzora?Mungkin tidak,sekali-kali tidak. Kepada pemimpin diatas,fikir dahulu masaalah rakyat bawahan sebelum membuat apa-apa dasar kerana kamu tidak berada di kedudukan kamu disana jika tidak kerana sokongan orang dibawah. Kesimpulannya selagi Umno dan BN diberi mandat memerintah Malaysia,selagi itulah masaalah rakyat marhain tidak pernah menjadi isu bagi mereka.Sedangkan Saidina Ummar Al-Khatab semasa menjadi kalifah pernah berkata" jika ada seekor kambing mati dijalanan disebabkan kecuaian pentadbiran aku,bagaimana aku nak jawab di hadapan Allah nanti" Ubah sebelum parah.Say NO to UMNO --------------------------------------------------- Proton sokong dasar kenderaan tamat hayat pada Bajet 2011 KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd berharap kerajaan menimbang melaksanakan dasar kenderaan tamat hayat (ELV) dalam Bajet 2011 bagi menampung industri automotif negara. Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata dasar ELV itu memberi impak segera terhadap keseluruhan ekosistem seperti yang dilaksanakan menerusi pakej rangsangan setahun yang lalu. "Kami faham ia adalah satu proses yang mahal, dan kami bersedia berbincang dengan kerajaan untuk mencari kaedah bagaimana peserta industri dan kerajaan boleh memainkan peranan," katanya pada rumah terbuka Aidilfitri Proton di sini, hari ini. Syed Zainal berkata, kenderaan lama perlu ditamatkan hayatnya apabila jumlah industri automotif mencapai peringkat ketepuan. Beliau berkata, sudah sampai masanya untuk kerajaan menyediakan pakej dan insentif bagi memastikan kereta-kereta lama yang tidak selamat dan tidak mesra alam, tidak berada atas jalan. "Ini boleh dilihat di negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Indonesia. "ELV membabitkan kereta dan trak ringan yang dianggap sampah dan perlu dilupuskan," katanya baca lagi disini |
| Sewa Rumah RM 10,000 Di Gua Musang Posted: 06 Oct 2010 03:50 PM PDT GUA MUSANG: Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Galas pada 4 November ini elah menyebabkan kadar sewa rumah di sekitar bandar Gua Musang kini melambung, manakala gerai makanan mulai tumbuh dengan banyaknya . Tinjauan Bernama mendapati sewa rumah meningkat berpuluh kali ganda sejak awal bulan ini kerana penduduk mahu mengambil keuntungan besar seperti yang berlaku pada pilihan raya kecil Manek Urai tahun lalu. Seorang penduduk, Ismail Dollah, 43, berkata harga rumah sewa yang kebiasaannya RM200 sebulan kini meningkat kepada RM10,000 dan ada rumah banglo disewakan pada harga RM15,000 untuk tempoh pilihan raya kecil itu. "Harga rumah naik setiap jam kerana kadarnya berubah mengikut siapa yang sanggup membayar harga yang mahal," |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan