pemuda cheh |
- Air naik di Kedah, BN pula terpaksa bela diri
- Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali
- Teoh Beng Hock, Wanita Pertama dan Komanwel
- “Saya bukan calon Galas”
| Air naik di Kedah, BN pula terpaksa bela diri Posted: 13 Oct 2010 02:20 AM PDT Oleh: ZULKIFLI YAHAYA Agak menarik dalam isu kenaikan tari air di Kedah ialah sepatutnya Kerajaan Negeri yang teruk dihentam kerana menaikkan harga air. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, di mana pihak pembangkang (BN) pula yang terpaksa berhempas pulas mencari dalih dan helah untuk melepaskan diri dari dipersalahkan. Setiausaha Umno Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad menganggap Menteri Besar Dato' Seri Azizan Razak macam 'gangster' kerana asyik mengugut untuk mendedahkan kepincangan mereka sewaktu jadi kerajaan dulu. Nawawi agak tertekan kerana dia adalah Exco yang bertanggungjawab terhadap air di masa BN. Menteri Besar mendedahkan pembinaan logi pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta. Tetapi pembinaan di tangan BN menjadikan harganya RM65 juta. Logi pembersihan air Padang Sanai yang sepatutnya bernilai RM50 juta untuk kapasiti 50 juta liter air tetapi dengan sentuhan tangan BN, harganya melonjak menjadi RM155 juta. Ia mungkin menjawab persoalan mengapa kerajaan lalu beriya-iya menolak geran peruntukan Pusat untuk perkhidmatan air. Sebaliknya mereka menerima pinjaman yang memberi peluang menentukan siapa kontraktornya serta tidak terikat dengan harga berasaskan spesifikasi dari Kementerian Kerajaan Pusat. BN dipersalahkan juga berhubung perjanjian-perjanjian yang merugikan rakyat dalam pengurusan air yang dimeterai oleh kerajaan lalu. Antaranya ialah dengan syarikat Taliworks di Langkawi. Taliworks dikatakan syarikat kroni pemimpin BN dan maklumat dalaman syarikat itu mendedahkan bahawa mereka pernah menyumbang RM90 ribu untuk satu jamuan raya anjuran Ir. Nawawi. Mujur beliau belum lagi menjadi ADUN dan Exco sewaktu mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah bersetuju menyambung kontrak Taliworks sehingga tahun 2020. Dalam perkembangan terbaru, Menteri Besar menyerahkan kepada SPRM sama ada mahu menyiasat atau tidak pemimpn-pemimpin kerajaan lalu. Sebenarnya SPRM berbeza dengan polis yang membuat siasatan selepas laporan dibuat. SPRM mempunyai detektif dan boleh menyiasat tanpa laporan pun. Dan memang dalam banyak kes yang melibatkan individu dalam Pakatan Rakyat mereka menyiasat tanpa laporan dibuat oleh mana-mana pihak. Cuma persoalannya, antara mahu atau tidak. Kenaikan harga air sehingga 27 peratus adalah angka besar dan menakutkan. Tapi hakikatnya ia tidak sebesar mana kerana harga asal air di Kedah cukup murah pun. Syarikat Air Darul Aman (SADA) mudah saja bermain perang saraf. Mereka membandingkan harga sebelum kenaikan iaitu 8 sen bagi satu tong dram (200 liter) menjadi 10 sen bagi satu tong dram selepas kenaikan. Kenaikan untuk satu tong dram Cuma 2 sen. Poster dan risalah mengenainya diedarkan ke seluruh negeri. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa harga air di Kedah serendah itu lalu mengiyakan kenaikan tarif air. Ada juga yang bertanya mengapa kerajaan negeri tidak beri subsidi air? Ketua Pegawai Eksekutif SADA Dato' Adzmi Din menjelaskan bahawa kenaikan yang sepatutnya ialah RM0.96 semeter padu, barulah kerajaan dapat menampung semua kos pengurusan air. Dengan tarif yang baru diumumkan ini (RM0.50 semeter padu), SADA dijangka masih mengalami kerugian sebanyak RM24 juta setahun. "Maknanya kerajaan dah bagi 'subsidi' RM0.46," katanya. Kenaikan tarif air di Kedah, ternyata dapat diatasi dengan mudah oleh kerajaan negeri. Maka kenaikan bukan lagi isu besar. Isu besar di sebalik kenaikan tariff air ialah penjajahan Pusat terhadap hak air negeri. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda pada bulan Januari 2005 di mana perkhidmatan bekalan air berkaitan dengan rawatan air dan pengagihan dipindahkan dari Senarai Negeri ke Senarai Bersama (Negeri dan Pusat). Penstrukturan semula industri bekalan air oleh Kerajaan Persekutuan berlaku pada tahun 2003 iaitu melibatkan penstrukturan semula indsutri Bekalan Air Negara oleh Kerajaan Persekutuan, Pindaan Perlembagaan Persekutuan (2005), Kelulusan Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta 665) pada tahun 2006, Kelulusan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air (Akta 654) pada tahun 2006 dan Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) tahun 2007. Semua itu menjadi langkah-langkah penaklukan Pusat terhadak hak air negeri. Dengan adanya kedua-dua akta tersebut (Akta 655 dan Akta 654) yang telah diluluskan pada tahun 2006 dan telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2008, maka Enakmen Bekalan Air yang diguna pakai oleh negeri-negeri tidak lagi terpakai dan semua Jabatan Bekalan Air dan Lembaga Air Negeri diletakkan di bawah kawalan SPAN. Seksyen 3 Akta 655 telah memperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa eksekutif berkenaan sistem bekalan air dan perkhidmatan bekalan air di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan. Enakmen Bekalan Air (Syarikat Pengganti) 2008 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kedah pada 18 November 2007 dan diwartakan pada 27 Mac 2008 di mana Enakmen ini membolehkan Kerajaan Negeri berkenaan dengan perkhidmatan bekalan air kepada satu syarikat penganti yang akan berfungsi sebagai operator bekalan air bagi menggantikan Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK). Pengkorporatan JBAK ke SADA adalah untuk memenuhi Akta Persekutuan ini. Semua ini angkara kerajaan BN yang separuh abad berkuasa di Pusat. Dan episod-episod kehilangan hak negeri terhadap air selepas ini akan berlarutan. Hak negeri terhadap api (elektrik) tiada lagi. Hak terhadap tanah juga banyak yang telah dicerobohi Akta. Dari 'tanah, air, api, angin' maka yang tinggal untuk anak negeri selepas ini cuma angin. | |||||||
| Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali Posted: 12 Oct 2010 11:08 PM PDT Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik. Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra. "Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail. Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi. "Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku," katanya. Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka. | |||||||
| Teoh Beng Hock, Wanita Pertama dan Komanwel Posted: 12 Oct 2010 09:59 AM PDT Tindak tanduk kerajaan Malaysia kian merisaukan, sikap acuh tidak acuh kerajaan dalam bertanggungjawab terhadap pelbagai masalah dalam negara amat membimbangkan rakyat. Mungkin kerajaan lupa bahawa warga negara yang layak mengundi terdiri daripada jutaan rakyat yang berakal dan memerhati mereka setiap hari dan bukan hanya penyokong tegar Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Rencana kali ini cuba mengupas kembali beberapa peristiwa yang masih menjadi tanda soal dalam benak pemikiran rakyat jelata. Rencana ini berpandangan mengenai persepsi rakyat yang sudah mula khuatir dengan corak pimpinan yang kian tidak masuk akal, langsung tidak bermotifkan politik seperti cuaca yang melanda Negara sejak 2008.Teoh Beng Hock Kita petik dahulu peristiwa kematian mendiang Teoh Beng Hock. Daripada apa yang diketahui umum, Teoh Beng Hock telah dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam. Mendiang telah disiasat selepas waktu pejabat selama sembilan jam sebelum ditemui mati pada jam 1.30 petang. SPRM menyatakan bahawa mendiang kali terakhir ditemui masih hidup sekitar jam 6.00 pagi, dan menyatakan bahawa mendiang telah dibebaskan pada jam 3.45 pagi namun tiada penjelasan diberikan mengapa telefon bimbit dan barangan milik mendiang masih dalam simpanan SPRM sewaktu mendiang ditemui mati. SPRM juga menjelaskan bahawa mendiang telah memohon untuk bermalam di pejabat tersebut. Pelik tapi benar, seorang pembantu politik pihak pembangkang mahu berada di pejabat SPRM setelah disoal siasat selama sembilan jam berhubung dakwaan majikannya yang telah membayar RM2,400 bagi Jalur Gemilang yang ditempah untuk perayaan hari kebangsaan. Hebat dan menghairankan, siasatan selama sembilan jam bagi dakwaan penyelewengan bagi belanja sebanyak RM2,400, agaknya selama berapa jam bekas menteri besar Selangor dan Sarawak disoal-siasat di atas dakwaan penyelewengan jutaan ringgit. Barangkali ini harus dikategorikan di bawah penyakit tidak tahu bernisbah kerajaan Malaysia. Apa pula yang terjadi kepada laporan penyelewengan tersebut? Di mana hasil soal-siasat selama sembilan jam itu? Barangkali pegawai-pegawai SPRM bekerja keras untuk memperoleh sedikit maklumat untuk memalukan pihak pembangkang, untuk diwar-warkan di muka depan akhbar-akhbar tempatan yang tidak habis menghina rayat jelata keturunan Cina dan India yang menumpahkan taat setia terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Apa mahu dihairankan - kerajaan yang sama juga telah mempelopori pindaan Perlembagaan 1993 yang membenarkan raja-raja Malaysia dibicarakan dalam mahkamah khas. Rakyat juga masih ingat lagi betapa beraninya mereka menderhaka pada 2008 apabila tidak mempersetujui perkenan Sultan Mizan Zainal Abidin dalam melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Tindakan Haji Mohammad Nizar Jamaluddin juga tidak terlepas daripada perhatian rakyat, sekurang-kurangnya beliau ada "menyembah derhaka". Wanita pertama Sebagai rakyat yang menumpahkan cinta dan taat setia pada YDPA dan Raja Permaisuri, kami rasa terguris dengan sikap biadap kerajaan Malaysia yang sudah mula mencabar institusi raja-raja secara halus. Baru-baru ini, ada suara-suara sumbang yang mempersoalkan siapa isteri Perdana Menteri untuk sewenang-wenangnya menggunakan gelaran "wanita pertama" dengan menyisihkan Raja Permaisuri yang lebih layak akan gelaran itu. Apa yang menghampakan adalah alasan bahawa isteri David Cameron juga digelar sebegitu. Institusi Di-Raja Malaysia bukanlah suatu monarki seperti di England, institusi kita mempunyai makna yang lebih besar kerana YDPA dilantik oleh Majlis Raja-Raja. Ketua Negara kita bukanlah Perdana Menteri, tetapi YDPA yang melampaui mainan politik, Baginda adalah simbol perpaduan dan kebanggaan rakyat jelata. Hanya Raja Permaisuri yang layak digelar wanita pertama, sesungguhnya rakyat pelbagai bangsa tersinggung dengan karenah kerajaan Malaysia. Sukan Komanwel Beralih pula kepada sukan Komanwel yang sedang berlangsung di New Delhi India, setakat ini wira dan wirawati Negara telah berjaya mengumpulkan tujuh pingkat emas, lapan pingat perak dan lapan gangsa. Syabas bagi mereka, kami berbangga dengan hasilnya setakat ini. Sukan Komanwel 2010 New Delhi telah memakan belanja sebanyak USD 6.8 billion seperti yang dilaporkan oleh majalah Business Today, menjadikanya Sukan Komanwel yang termahal dalam sejarah. Itu urusan rakyat India, tiada kaitan dengan kita namun hakikat bahawa kos tersebut boleh didapati dengan mudah membangkitkan persoalan tentang kos Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998. Sudah 12 tahun menyepi, sedangkan India boleh mempamerkan maklumat kos tersebut sebaik sahaja bermulanya Komanwel New Delhi 2010. Ke mana laporan kewangan berhubung belanja Kuala Lumpur 98? Bagaimana wang rakyat dibelanjakan pada ketika itu? Mengapa soalan ini masih tidak dibangkitkan oleh mana-mana wakil rakyat kerajaan 1Malaysia mahupun pakatan pembangkang dalam Parlimen? Badan Pencegah Rasuah tidak mengambil parwah hal ini? Barangkali nilai penyelewengan yang terlibat memerlukan masa lebih daripada sedekad untuk disoal-siasat dan disenyapkan? Kami tidak percaya dengan sindiran emosi Mahathir Mohamad bahawa Melayu mudah lupa. Barangkali rakyat Malaysia sabar menanti dan terus memerhati kerenah kerajaan 1Malaysia yang kian menjadi-jadi. | |||||||
| Posted: 12 Oct 2010 09:53 AM PDT Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan spekulasi beliau akan dicalonkan mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 November ini. Sebaliknya, Tengku Razaleigh berkata, tiada keputusan dibuat untuk menentukan calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas pertemuan beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam. Pengarah Pilihan Raya Kecil BN bagi DUN Galas itu memaklumkan, keputusan siapa calon akan diumumkan oleh Najib yang juga Pengerusi BN selepas Perhimpunan Agung UMNO yang akan berakhir 23 Oktober ini. "Tiada sebarang keputusan yang dibuat," katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut. Ketika ditanya mengenai harapan BN di Galas, beliau berkata, setiap pertandi- ngan pasti ada pihak yang menang dan kalah, namun beliau berharap BN akan memperoleh kemenangan. Turut serta dalam perbincangan tersebut ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. Terdahulu, Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh untuk memaklumkan secara rasmi mengenai pelantikannya sebagai Pe- ngarah Pilihan Raya BN Galas tetapi tiada keputusan dibuat mengenai pemilihan calon. Najib sementara itu berkata, berkaitan soal calon, ia akan dimaklumkan pada masa yang sesuai dan bukannya sekarang. "Tengku Razaleigh telah menyatakan kesediaan untuk mengetuai jentera BN dan akan memobilisasikan jentera kami untuk memastikan kemenangan BN. "Saya juga memberi jaminan bahawa jentera nasional akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada beliau," katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut. Najib berkata, dalam pertemuan dengan Tengku Razaleigh itu, beliau meminta supaya jentera UMNO dan BN Pusat bekerjasama sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya kecil itu. Pilihan Raya Kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu daripada Pas, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober ini sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan hari mengu- ndi ialah pada 4 November. |
| You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Rencana kali ini cuba mengupas kembali beberapa peristiwa yang masih menjadi tanda soal dalam benak pemikiran rakyat jelata. Rencana ini berpandangan mengenai persepsi rakyat yang sudah mula khuatir dengan corak pimpinan yang kian tidak masuk akal, langsung tidak bermotifkan politik seperti cuaca yang melanda Negara sejak 2008.
Ke mana laporan kewangan berhubung belanja Kuala Lumpur 98? Bagaimana wang rakyat dibelanjakan pada ketika itu? Mengapa soalan ini masih tidak dibangkitkan oleh mana-mana wakil rakyat kerajaan 1Malaysia mahupun pakatan pembangkang dalam Parlimen? Badan Pencegah Rasuah tidak mengambil parwah hal ini? Barangkali nilai penyelewengan yang terlibat memerlukan masa lebih daripada sedekad untuk disoal-siasat dan disenyapkan? Kami tidak percaya dengan sindiran emosi Mahathir Mohamad bahawa Melayu mudah lupa. Barangkali rakyat Malaysia sabar menanti dan terus memerhati kerenah kerajaan 1Malaysia yang kian menjadi-jadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan