Rabu, 13 Oktober 2010

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


Islam yang mana mengHEBATkan Melayu?

Posted: 13 Oct 2010 03:32 AM PDT

Angah,

Saya mungkin Islam kemudian dari Angah. Guru saya mungkin tak sehebat Angah.

Saya sendiri tak mampu untuk menilai sedalam mana Islamnya saya. Tapi saya berpegang pada satu iktikad bahawa Islam itu perlu dijunjung. Islam itu perlu diletakkan mengatasi segala keperluan lain. Bukan perkara lain mendahului Islam.

Saya diazan dan diqamat oleh ayah saya sendiri bukan ulama terbilang tapi adakah itu yang menjadikan seseorang itu baik dan cemerlang ? Adakah itu yang menjadikan seseorang itu Islam sejati ? Berapa ramai yang diqamatkan oleh para ilmuan dan ulama tapi akhirnya bergelumang dengan dosa. Berapa ramai yang ditahnikkan oleh ulama tapi Islamnya entah kemana.....

Adakah kami ni tak belajar agama dengan mendalami Al-Quran ? Adakah anda seorang atau ahli UMNO saja belajar agama dengan mendalami Al-Quran ? Kalau anda mendalami Al-Quran, segala perilaku pemimpin yang perlu diangkat sudah dijelaskan dalam Al-Quran itu sendiri, tapi kenapa anda tidak mengangkat pemimpin yang sepatutnya ? Adakah betul anda mendalami Al-Quran ?

Al-Quran adalah manual lengkap yang memberikan panduan untuk segala apa yang manusia lakukan di dunia ini baik dari segi fizikal ataupun spiritual, kenapa Al-Quran tidak diletakkan sebagai perlembagaan oleh UMNO dan anda masih menyokong perkara ini ? Mana ilmu Al-Quran anda ?

Anda katakan UMNO lebih besar jasanya dengan adanya Tabung Haji, Bank Islam, UIA dan Masjid dan sebagainya. OK sekarang kita huraikan satu persatu.

Tabung Haji timbul hasil idea siapa ? Profesor Diraja Ungku Aziz ? UMNO kan dia ? Bukan idea UMNO untuk mewujudkan Tabung Haji tersebut. Jangan kerana ianya ada di zaman pemerintahan UMNO ianya dikira sebagai produk UMNO.

Bank Islam ? Setakat mana Islamnya Bank Islam ini ? Saya bagi satu contoh. Sebahagian pembeli rumah projek perumahan Simpulan Cemerlang di Pelabuhan Kelang mengambil pinjaman secara Bai-Bithamin Ajl dari Bank Islam dan juga Bank Muamalat.

Kerana mengikut cara Islam, Bank akan membeli rumah dari pemaju pada harga RM88000 dan menjual kepada pembeli pada harga RM243000 berdasarkan pengiraan harga termasuk perkhidmatan pada 30 tahun akan datang (kerana pinjaman selama 30 tahun).

Setelah lebih kurang RM45000 dikeluarkan kepada pemaju, projek tidak dijalankan dan terbengkalai. Pembeli tidak mendapat rumah mereka seperti yang sepatutnya.

Seandainya mengikut perjanjian, segala masalah ini perlu ditanggung oleh Bank kerana gagal menyerahkan rumah tersebut kepada pembeli tetapi apa yang jadi sekarang adalah Bank menuntut keseluruhan harga sebanyak RM243000 ditolak jumlah yang belum dikeluarkan iaitu sebanyak RM43000, ditambah caj servis menjadikan lebih kurang RM218000 dituntut dari pembeli.

Sekarang saya nak tanya Angah. Mana Islamnya Bank Islam ni ?????

Bab UIA saya akui ianya bagus tapi adakah kerana UMNO ianya bagus ? Al-Azhar menjadi universiti pengajian Islam terulung di dunia, adakah kerana Mesir juga mempunyai UMNO ? Kerajaan ya, tapi bukan parti.

Sesiapa yang dilantik untuk mengemudi kerajaan antara tugas nya adalah menyediakan peluang pelajaran kepada rakyat. Ini saya telah tegaskan berkali-kali. Kerajaan dan parti bukan benda yang sama cuma parti mencorakkan kerajaan yang diketuainya.

Hatta parti Likud sekalipun, tetap tugasnya menyediakan prasarana yang bersesuaian kepada rakyat. Adakah seandainya bukan UMNO yang menjadi kerajaan di Malaysia, universiti pengajian Islam seperti UIA itu mustahil untuk wujud di Malaysia ini ? Bagi saya mungkin sebuah institusi yang lebih baik akan wujud.

Bab masjid, Angah selalu mengatakan kerajaan PAS di Kelantan tidak pernah mendirikan masjid. Secara fizikalnya ya saya akui. Tapi secara spiritual, mana yang lebih utama, mendirikan masjid atau memakmurkan masjid yang sedia ada ?

Kenapa perlu mendirikan masjid baru seperti Masjid Kristal yang tidak boleh didirikan solat Jumaat kerana tiada kariah ? Kenapa tidak diusahakan untuk orang memakmurkan masjid melalui aktiviti pengajian ilmu dan sebagainya. UMNO takut dengan pengajian ilmu kerana takut kena batang hidung mereka.

Bila ustaz kata "adalah menjadi tugas kita umat Islam untuk mengangkat pemimpin yang bebas dari melakukan kedzaliman....." , UMNO dah mula kata ustaz tersebut berpolitik dalam masjid sedangkan apa yang dicakapkannya itu bukan menurut saluran politik tapi keperluan rohani dari sudut agama.

Kalau UMNO itu memperjuangkan Islam sepertimana kata Angah mengikut logo UMNO itu sendiri, saya nak tanya Angah, kenapa susah sangat pemimpin UMNO untuk mendidik isteri-isteri mereka untuk melakukan sesuatu yang menjadi asas kepada kehendak Islam iaitu menutup aurat.

Kalau dengan keluarga mereka sendiri, mereka sudah gagal, apalah diharapkan kepada mereka untuk mendidik khalayak rakyat untuk mengikut Islam. Mau atau tidak, itu adalah hakikat.

Saya mengakui , menyebarkan Islam dan berdakwah bukanlah hak eksklusif PAS tapi kalau PAS tak buat, siapa lagi yang nak buat ? UMNO ada nak buat ? Kalau orang yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi dalam UMNO seperti Mashitah Ibrahim boleh mengeluarkan komen yang memperlekehkan hudud, siapa yang kita nak harapkan dalam UMNO ?

Angah sendiri yang katanya nak memperjuangkan kebenaran bila saya kemukakan persoalan dalam tajuk posting anda "Buku Terbaru: 30 DALIL KENAPA KITA PERLU TOLAK PAS!" anda sendiri mengelak untuk menjawab. Inikah kebenaran lempar batu sembunyi tangan yang anda perjaungkan ?

Sudahlah Angah, apa yang perlu Angah buat sekarang adalah menilai, betul ke UMNO ni berjuang atas dasar Islam ? Kalau tak, tinggalkanlah UMNO tu. Kita hidup ni nak mencari bekal ke akhirat. Setinggi mana pun kita sampai, akhirnya ke liang lahad dengan sehelai kain sahaja sudahnya.

Angah, di akhirat nanti, setiap dari kita akan ditanya tentang perbuatan kita semasa kita di dunia. Seandainya anda ditanya di hadapan Allah swt di Padang Mahsyar kelak, kenapa anda menyokong pemimpin yang tak ingin menegakkan keadilan dan berterusan melakukan kedzaliman, apa yang anda akan jawab ?

Di bawah ini saya pastekan lagi sekali persoalan saya tempohari sekiranya Angah boleh menjawabnya.

1. Boleh saudara jelaskan siapakah yang dikategorikan sebagai Syi'ah, Mu'tazilah, Khawarij dan Wahhabi dalam PAS ?

2. Adakah dengan menubuhkan JAKIM, IKIM dan UIAM menunjukkan UMNO memperjuangkan Islam ? Bagaimana dengan perundangan Islam, pentadbiran bebas korupsi dan sebagainya ? Adakah ini semua tidak perlu ?

3. Manakah yang lebih penting ? Mendirikan surau dan masjid secara fizikal atau berusaha untuk mengimarahkan masjid dan surau yang sedia ada ?

4. Adakah sistem pemerintahan di Malaysia cukup demokratik ?
Kenapa Harakah, Suara Keadilan ditarik balik permit ? Inikah demokrasi ? Kalau mereka memfitnah, selesaikan mengikut undang-undang, bukannya menggunakan kuasa seperti itu.
Kalau demokratik kenapa pilihan rakyat tidak dihormati ? Kenapa bila rakyat Terengganu memilih PAS sebagai kerajaan di Terengganu, hak rakyat Terengganu melalui royalti minyak dinafikan ? Inikah demokrasi ?

5. Kenapa UMNO tidak mahu bersatu atas nama agama tetapi lebih memperjuangkan bangsa. Apa halnya dengan Cina Muslim ? India Muslim ? Kenapa mereka perlu disisihkan hanya kerana mereka dilahirkan sebagai bukan Melayu ?

6. Mengapa ulama UMNO hanya mengambil baris pertama dalam ayat di bawah (Al-Hujurat Ayat 9) bilamana bercakap mengenai perpaduan. Kenapa baris kedua yang menyuruh golongan yang membuat aniaya ini diperangi tidak dimasukkan sekali ?

al-Hujurat Ayat 9

6. Mana keadilan di bumi Malaysia ini ? Kenapa banyak kes tidak selesai, contohnya kes video Linggam apa kesudahannya ? Suruhanjaya mengatakan memang wujud perkara tersebut, tetapi apa tindakan yang telah diambil ?

Kes pembunuhan Altantuya, apakah kesudahannya ? Apakah motif dua orang polis yang dijatuhkan hukuman kerana membunuh Altantuya ? Kenapa Musa Safri yang namanya naik beberapa kali semasa perbicaraan tidak pernah dipanggil ke mahkamah ? Inikah keadilan ?
Apa jadi dengan kes laporan Ketua Audit Negara ? Siapa yang telah diambil tindakan ? Terlalu banyak kes pecah amanah dalam menguruskan wang rakyat tetapi tiada apa tindakan diambil.

Menidakkan keadilan bererti membenarkan kedzaliman. Kedzaliman bukan hanya melakukan kejahatan fizikal semata-mata tetapi dzalim itu sendiri maksudnya adalah "tidak meletakkan sesuatu itu pada haknya".

Di hadapan Allah swt kelak, apabila anda ditanya kenapa anda menyokong pemimpin yang tidak ingin menegakkan keadilan dan mengamalkan kedzaliman dalam pemerintahannya, apa yang anda ingin jawab ?

~malaysianews~

Punca Kenaikan Tarif Air di Kedah

Posted: 13 Oct 2010 03:08 AM PDT



Klik untuk besarkan. Baca dan sebarkanlah kepada pemimpin, penyokong, barua dan balaci UMNO. Paling mustahak kepada pencacai-pencacai UMNO Kedah

GPMS Kedah nafi diguna bagi kepentingan peribadi

Posted: 13 Oct 2010 02:24 AM PDT

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Zuraidi Rahim berkata tindakan Naib Pengerusi GPMS Kedah Lukman Moidin meletak jawatan semalam tidak memberi kesan kepada pertubuhan itu.

Beliau sebaliknya mengalu-alukan keputusan itu kerana Lukman dikatakan tidak pernah memberi komitmen dalam program-program yang dijalankan GPMS Kedah.

"Dia tidak pernah datang program, tidak pernah datang mesyuarat. Peletakan jawatannya adalah kerana sentimen peribadi. Sedangkan kerja dalam GPMS ini adalah kerja sukarela," katanya.

Dalam satu kenyataan, Lukman mengumumkan peletakan jawatannya berikutan beliau hilang keyakinan terhadap persatuan itu, ditambah pula dengan usaha-usaha pihak tertentu yang menggunakan GPMS Kedah untuk agenda kepentingan peribadi mereka secara keterlaluan.

Lukman yang juga bekas Setiausaha GPMS Kedah sesi 2006 hingga 2009 berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden GPMS Pusat Jais Abdul Karim.

Zuraidi menafikan bahawa GPMS Kedah telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan peribadi dan matlamat mereka kepada agenda pendidikan negara masih belum tersasar.

"Kalau dia tengok program kita, semuanya berkisar kepada pendidikan terutama kepada pelajar-pelajar miskin. Sejak saya memegang GPMS Kedah awal tahun ini, memang pendidikanlah yang saya utamakan.

"Kerana itu juga kita tetap akan teruskan program sedia ada yang jika diteliti tiada kaitan agenda peribadi sebaliknya hanyalah program pendidikan," katanya.

Beliau turut mempertikaikan cara Lukman meletakkan jawatan dengan memaklumkan terus kepada GPMS pusat tanpa memberitahu GPMS negeri tentang perkara itu.

"Sepatutnya peletakan jawatan itu dimaklumkan kepada saya. Saya hanya mengetahuinya melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) Presiden GPMS semalam," katanya.

~Bernama~

Taib tiada beri bayangan pilihan raya Sarawak lagi

Posted: 13 Oct 2010 02:22 AM PDT

Walaupun tarikh sebenar pilihan raya negeri Sarawak masih menjadi perhatian, namun ucapan perasmian majlis 'Lan Berambeh' anak negeri Sarawak 2010 oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Kuala Lumpur, malam semalam tidak sedikit pun menyentuh isu tersebut.

Beliau yang dijangka akan membangkitkan isu tersebut di hadapan hampir 3,000 anak negeri Sarawak yang hadir pada majlis itu, sebaliknya lebih banyak menyentuh tentang soal pembangunan dan transformasi untuk negeri Sarawak seperti yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Taib turut meminta seluruh rakyat Sarawak supaya bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama kerana dengan cara itu sahaja ekonomi Sarawak dapat melalui proses transformasi.

Hampir 3,000 anak Sarawak daripada pelbagai golongan, termasuk pelajar hadir di majlis anjuran Persatuan Anak Sarawak Semenanjung di Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC) Technology Centre, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Taib berkata lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi akan dicipta di Sarawak terutama melalui pembangunan Koridor Sarawak, justeru beliau mahu setiap pelajar memilih kursus yang betul dalam merebut peluang itu.

"Saya rasa bila saya bersara nanti, saya boleh lihat lebih ramai generasi muda Sarawak menerajui ekonomi Sarawak nanti," katanya.

~Bernama~

PAS putus calon malam ini

Posted: 13 Oct 2010 02:21 AM PDT

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, calon PAS yang akan bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas nanti diputuskan pada malam ini. Presiden PAS itu memberitahu, senarai calon telah diserahkan oleh Jawatankuasa PAS Pusat kepada Dewan Harian PAS yang akan bermesyuarat malam ini.

"Malam ini parti akan putuskan siapa calon PAS yang akan bertanding, dan kita akan umum pada 22 Oktober nanti.

"Calon yang kita akan pilih bukan sahaja mempunyai ketokohan, malah juga sesuai dengan keperluan lapangan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika ditemui di Dewan Rakyat hari ini.

Mengenai PRK Dun Galas itu, beliau berkata PAS mahu turun sebagai underdog berdepan Umno BN. Beliau berkata, biarpun post mortem Pilihan Raya Umum ke-12 lalu menunjukkan PAS mempunyai kelebihan di Dun itu, namun jentera diharap tidak terlalu yakin.

"Post mortem yang kita buat, undi parlimen bagi Dun Galas kita menang, walaupun Tengku Razaleigh yang bertanding.

"Tapi saya minta PAS jangan over confident, kita mesti meletakkan keyakinan di bawah 50 peratus dan mesti membina sokongan lebih dari 50 peratus," katanya.

Selain itu, beliau juga berharap Umno menghadapi PRK Galas pada 4 November nanti secara demokratik dan profesional. Ianya termasuk membebaskan media dari membuat liputan sebelah pihak, dan tidak menggunakan jentera kerajaan sebagai jentera Umno BN untuk berkempen.

Menyentuh isu yang akan dibawa PAS pula, beliau yakin isu-isu setempat lebih sesuai dengan suasana Galas di kawasan pinggir bandar Gua Musang. Bagaimanapun ianya mungkin berubah mengikut kesesuaian masa dan suasana kempen nanti.

"Apa pun kita harap perjalanan pilihan raya ini berjalan dengan baik, dan kita bergantung dengan Allah SWT," katanya.

~harakah~

64 cabang PKR bantah pemilihan masing-masing

Posted: 13 Oct 2010 02:20 AM PDT

Jawatankuasa pemilihan pusat PKR telah menerima bantahan ahli daripada 64 cabang yang tidak puas hati dengan mesyuarat dan pemilihan masing-masing. Ia merupakan satu pertiga daripada 195 cabang PKR yang mengadakan pemilihan mereka sebelum ini.

Ini termasuk bantahan yang diterima oleh jawatankuasa itu daripada lima cabang hari ini, iaitu - Hulu Selangor, Kota Raja, Kuala Langat, Pandan dan Kelana Jaya.

Ketika menerima memorandum bantahan tersebut, pentadbir pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin berkata beliau akan memajukanny akepada pengerusi jawatankuasa berkenaan, Dr Molly Chia.

"Saya akan bagi tahu Dr Molly bahawa ahli-ahli nak keputusan mengenai bantahan mereka, secepat mungkin," katanya ketika menerima bantahan dari kira-kira 40 ahli dari Kota Raja, Kuala Langat, Pandan dan Kelana Jaya.

Beliau menerima mereka di pintu masuk ibupejabat PKR di Petaling Jaya kira-kira jam 3.15 petang tadi. Manakala bantahan dari cabang Hulu Selangor diserahkan lebih awal pada kira-kirajam 1.45 tengahari tadi.

Raden juga berkata, setakat ini, jawatankuasa pemilihan sedang menjalankan siasatan terhadap cabang Subang, Hulu Selangor, Kapar, Klang, Petaling Jaya Selatan dan Kuala Langat. Sementara itu, Malaysiakini menemui beberapa ahli dari cabang-cabang yang hadir berhubung bantahan mereka.

Ketua cabang Kuala Langor, Norazmi Tahir berkata antara bantahan mereka ialah terdapat kertas undi yang tidak betul dicetak di mana jawatan naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), dicetak naib ketua cabang.

Berikutan itu, beliau mahu pemilihan diadakan semula, di samping menuntut penjelasan mengenai calon-calon yang didakwa tidak mengikut etika berkempen.

Di Pandan pula, seorang ahli yang tidak mahu namanya disiarkan mendakwa mereka menuntut supaya pemilihan diadakan semula berhubung dengan keputusan seri bagi jawatan ketua cabang tersebut.

Dalam pemilihan yang lalu, dua calon yang bertanding - Zakaria Rahim dan Nik Md Zin Mohamad masing-masing mendapat 105 undi. Beliau mendakwa sebelum ini ada arahan dari pihak pusat meminta pengerusi tetap pemilihan untuk memilih yang mana satu.

Di Hulu Selangor pula ketua cabang itu, Nazar Yatim tidak puas hati dengan arahan pusat supaya pemilihan cabang itu diadakan semula. Ia ekoran dakwaan bahawa undi yang diterima lebih banyak daripada ahli yang mengundi di mana 1,583 ahli mengundi tetapi terdapat 1,622 kertas undi dalam kotak undian.

Manakala di Kota Raja pula, calon ketua cabang tersebut, K S Kottapan tidak puas hati pengiraan undi di ibupejabat PKR tanpa kehadirannya.

~MK~

PAS perlu hormati keputusan PR

Posted: 13 Oct 2010 02:19 AM PDT

PAS hari ini menyatakan minatnya untuk bertanding di pilihanraya kecil Batu Sapi di Sabah, namun parti akan akur pada keputusan hasil daripada permuafakatan mesyuarat Pakatan Rakyat yang akan diadakan hari ini.

"PAS akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk bertanding di Batu Sapi.

"Kita mempunyai jentera dan calon yang mampu menarik sokongan rakyat dan dengan nisbah pengundi 60 peratus Muslim, ianya bukan perkara mustahil bagi PAS memenangi kerusi tersebut," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily.

Pilihan raya kecil Batu Sapi merupakan pilihanraya kecil yang ke-13 sejak 2008 ekoran kematian mengejut Ahli Parlimen Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah akibat kemalangan jalan raya minggu lepas.

Dianggarkan terdapat 26,000 pengundi dengan pecahan pengundi Melayu 32%, Cina 38%, India 0.5%, Bumiputera Sabah 26%, Bumiputera Sarawak 0.5% dan lain-lain 2.6%.

Terdahulu, Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat, Fuziah Salleh dalam satu laporan The Malaysian Insider memberitahu bahawa kerusi Batu Sapi itu milik partinya walaupun gagal meletakkan sebarang calon pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu atas sebab-sebab tertentu.

Fuziah juga mengatakan bahawa Pakatan Rakyat telah mencapai persetujuan dahulu bahawa kerusi itu diperuntukan untuk PKR, dan oleh itu kali ini parti tersebut akan bersiap sedia untuk bertanding di Batu Sapi.

Namun begitu, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa senario politik di Batu Sapi dan insiden pilihanraya ke 12 perlu diambil kira dalam meletakkan calon dalam pilihanraya kecil kali ini sebelum apa-apa keputusan dibuat.

"Walau bagaimanapun PAS akan akur kepada muafakat Pakatan Rakyat dalam mesyuarat yang akan diadakan Rabu ini," kata Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Berdasarkan track record daripada siri pilihan raya yang lalu, PAS Batu Sapi yang diketuai Haji Hamzah Abdullah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah telah sekian lama menjalankan pelbagai program kemasyarakatan terutama untuk masyarakat Islam.

Ini kerana kawasan Parlimen Batu Sapi mempunyai 60.14% pengundi Bumiputera Islam. Maka, dengan itu PAS yang membawa imej Islam melalui aktiviti yang dilaksanakan bertepatan dengan situasi kehidupan rakyat mahupun pengundi di kawasan itu.

~harakah~

Konspirasi untuk halang pencalonan Nurul Izzah

Posted: 13 Oct 2010 02:17 AM PDT

Enam cabang PKR mendakwa wujudnya konspirasi bagi menafikan Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan PKR yang kana datang.

Dalam kenyataan berasingan, cawangan Selangau dan Semporna dari Sabah yang mencalonkan Nurul Izzah untuk jawatan nombor dua parti mendakwa mereka tidak dimaklumkan bahawa semua pencalonan perlu dikemukakan sebelum tarikh akhir 10 Oktober lalu.

"Kami tidak pernah diberitahu mengenai tarikh akhir itu dan adalah tidak adil bagi menafikan Nurul Izzah daripada bertanding sebagai timbalan presiden. Adakah ini satu konspirasi bagi menghalang beliau?" soal ketua cabang Semporna, Lokman Uri.

Ketua cabang Selangau Steven Epay Ganing juga mengakui bahawa tarikh akhir mengemukakan pencalonan perlu dihebahkan dengan teratur bagi membolehkan cabang mengambil tindakan sewajarnya.

"Kami beranggapan ini adalah kelalaian penganjur (pemilihan) kerana gagal menyelaras pemilihan dan berharap ini bukan cubaan menghalang Nurul Izzah daripada bertanding.

Dalam kenyataan bersama, empat cabang di Selangor mendakwa mereka "terkejut" bahawa pencalonan 35 cabang ditolak oleh ibu pejabat parti kerana gagal menepati tarikh akhir 10 Oktober itu.

"Kami binggung bahawa terdapat tarikh 10 Oktober 2010 ditetapkan sebagai tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan manakala 35 lagi cabang tidak menyedari tarikh itu," katanya kenyataan bersama itu.

Ia ditandatangani oleh ketua cabang dari Tanjung Karang, Petaling Jaya Utara dan Putrajaya serta pemangku ketua Petaling Jaya Selatan.

Lanjutkan tarikh akhir

Sementara itu, ahli majlis tertinggi PKR, S Manikavasagam mencadangkan jawatankuasa pemilihan melanjutkan tarikh akhir kepada 16 Oktober ini bagi membolehkan Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden.


"Ini bagi membolehkan cabang-cabang memperbetulkan apa-apa salah faham yang mungkin berlaku," katanya pada satu kenyataan akhbar.

Dalam satu kenyataan media lain, bekas pengarah komunikasi PKR, Jonson Chong berkata Nurul Izzah tidak sepatutnya dilucutkan kelayakannya untuk bertanding hanya kerana berdasarkan soal teknikal.

"Adalah baik bagi mempunyai proses pentadbiran tetapi mereka mesti telus dan memenuhi objektif parti," katanya.

Semalam, Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin berkata , selepas tarikh akhir penghantaran pencalonan dari bahagian ditutup pada 10 Oktober (Ahad) lalu, Nurul Izzah hanya mendapat satu pencalonan dari Keningau, Sabah.

Sehubungan itu, katanya, ahli parlimen Lembah Pantai itu Anwar tidak layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR kerana gagal mendapat cukup pencalonan.

~MK~

Tanding timbalan presiden Nurul Izzah panas

Posted: 13 Oct 2010 02:15 AM PDT

Isu hak bertanding Nurul Izzah Anwar untuk jawatan timbalan presiden PKR menjadi panas dalam pemilihan parti itu sekarang apabila pelbagai pihak membuat kenyataan media mengenainya.

Harakahdaily menerima empat kenyataan berasingan mengenainya dan meminta pihak pimpinan tertinggi parti itu atau Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) menyelesaikan segera isu ini.

Dua kenyataan diterima dari dua ketua cabang PKR Sabah manakala dua lagi kenyataan dari dua calon naib presiden parti itu yang sedang dalam peringkat kempen sekarang ini.

Menurut mereka, tindakan tidak membenarkan Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden atas dasar pencalonannya tidak mencukupi iaitu hanya satu (sekurang-kurangnya dua pencalonan diperlukan) menimbulkan tandatanya kerana beberapa cabang pula mengaku membuat pencalonan untuk beliau.

Nama Nurul Izzah sebagai timbalan presiden naik memuncak apabila salah seorang calon utama jawatan itu, Datuk Zaid Ibrahim membuat kenyataan beliau sedia menimbangkan untuk mengundur diri dari bertanding jawatan itu kalau Nurul Izzah sedia bertanding.

Namun, menurut laporan media, Nurul Izzah hanya mendapat satu pencalonan sahaja selepas tarikh pencalonan ditutup 10 Oktober lalu. Oleh itu, dia tidak layak bertanding jawatan itu.

"Tarikh akhir penyerahan nama calon pada 10 Oktober 2010 tidak pernah diberitahu kepada kami sama sekali dan kami merasakan bahawa tindakan yang diambil samaada oleh Setiausaha Kehormat atau JPP adalah tidak wajar dan kami kecewa," kata Steven Epay A/K Ganing, Ketua Cabang PKR Selangau, Sabah.

Bagi beliau, sebarang maklumat mengenai tarikh akhir penyerahan seharusnya diuar-uarkan bagi membolehkan setiap cabang bertindak sewajarnya.

"Kami melihat ini sebagai satu kepincangan pihak pengurusan kerana gagal mengkoordinasi pilihanraya dalaman parti dan kami juga berharap bahawa ini bukan satu tindakan untuk menyekat Nurul Izzah daripada bertanding.

"Kami hanya mahu parti menerima pencalonan yang telah diberikan oleh cabang kerana percaya setiap nama yang dicalonkan adalah individu yang mampu membawa perubahan pada parti," kata beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Pendapat beliau disokong oleh rakannya Lokman b. Uri, Ketua Cabang Semporna juga dari Sabah.

Bagi beliau, pandangan umum rata-rata melihat PKR tidak mampu menguruskan pemilihan dalaman parti dan tindakan menolak pencalonan yang dibuat oleh cabang dilihat memburukkan lagi keadaan.

"Kami tidak pernah dimaklumkan mengenai tarikh akhir penyerahan nama-nama calon adalah pada 10 Oktober 2010 dan adalah tidak adil untuk menidakkan kelayakkan Nurul Izzah untuk bertanding sebagai timbalan presiden. Adakah ini satu konspirasi untuk menghalang Nurul Izzah daripada bertanding?" soal beliau.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan agar pihak parti dapat menerima pencalonan yang telah dibuat di peringkat cabang, bukan sahaja bagi memastikan ketelusan pemilihan dalaman parti, tetapi juga membuktikan bahawa parti ini benar-benar memilih untuk melaksanakan demokrasi dan bukan hanya bergerak sebagai batu loncatan bagi individu-individu tertentu melaksanakan agenda peribadi," katanya dalam kenyataanya kepada Harakahdaily.

Calon naib presiden PKR, Jonson Chong juga menyokong kenyataan mereka berdua. Bagi beliau isu pencalonan Nurul Izzah menjadi isu yang hangat diperbincangkan di kalangan ahli parti itu.

Menurutnya, mana-mana ahli yang menyertai parti itu lebih satu tahun sepatutnya dibenarkan untuk bertanding dan mengundia.

"Sepatutnya, pencalonan setiap cabang tidak digagalkan oleh mana-mana masalah pentadbiran," katanya.

Beliau juga mempertikaikan kedudukan JPP, adakah badan ini benar-benar bebas atau masih dikawal oleh pejabat Setiausaha Agung PKR.

"Siapa lebih berkuasa, JPP atau Setiausaha Agung (dalam hal pemilihan parti)," tanya Jonson Chong, bekas Ketua Perhubungan Awam PKR.

Anggota Parlimen Klang, Manikavasagam Sundaram yang juga calon naib presiden juga bimbang isu ini merosakkan nama baik PKR dalam memperjuangkan demokrasi di negara ini.

Beliau mencadangkan agar tarikh tutup pencalonan ini dilanjutkan kepada 16 Oktober ini untuk memberikan keadilan kepada semua.

~harakah~

Khalid juga minat jawatan timbalan Presiden PKR

Posted: 13 Oct 2010 02:14 AM PDT

Naib presiden PKR Azmin Ali melahirkan rasa "terkejut" berhubung pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang beliau juga meminati jawatan timbalan presiden parti itu yang sedang diintainya.

"Berdasarkan maklum balas dari rakan-rakan dan pemimpin lain termasuk kakitangan kanannya, beliau telah memberikan komitmen untuk tidak bertanding kerana fokusnya adalah untuk mentadbir negeri.

"Keputusan ini (untuk fokus pada kerajaan Selangor) bukan pilihan saya, tetapi apa yang ditetapkan oleh parti (pada permukiman di Shah Alam)," katanya.

Azmin berkata atas "semangat keputusan" yang dibuat di Shah Alam pada Jun lalu, beliau sepatutnya memberi tumpuan kepada parti manakala Khalid pula dipertanggungjawab menjaga pentadbiran Selangor.

PKR kemudiannya melantik Azmin sebagai ketua di Selangor bagi menggantikan Khalid dalam usaha merapatkan jurang antara kedua-dua pemimpin berkenaan.

Sebelum itu Khalid dibidas teruk oleh ahli-ahli parti termasuk daripada Azmin, khususnya pada kongres PKR di Kota Bharu kerana didakwa tidak banyak membantu parti.

Ahad lalu, Khalid mengumumkan beliau berhasrat bertandung untuk jawatan nombor dua parti bagi "mengimbangi pertandingan" yang telah bertukar menjadi "kotor" semasa penamaan calon sepanjang bulan lalu.

Walaupun Khalid tidak menamakan seseiapa, namun dipercayai ia ditujukan kepada Azmin dan seorang lagi pencabarnya, Datuk Zaid Ibrahim - bukan menjadi rahsia lagi kedua-dua mereka saling 'menyerang' satu sama lain di media.

~MK~

PKR batal keputusan pemilihan di Subang

Posted: 13 Oct 2010 02:12 AM PDT

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat yang bermesyuarat pada 5 Oktober 2010 telah membatalkan pemilihan Cabang Subang, Selangor berikutan ancaman dan ugutan yang diterima pengawas pemilihan itu.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti laporan oleh pengawas pemilihan darihal Pemilihan Cabang Subang yang telah diadakan pada 26 September 2010.

Ancaman dan ugutan itu diterima oleh ahli JPP, Sabaruddin Mohd Yassin, kata Saifudin dalam satu kenyataan medianya hari ini.

JPP juga, katanya, telah memutuskan dua individu iaitu Saudara Muhammad Najmi Samsudin (no ahli B160000934) dan Saudara Sivam a/l Veeramuthu (no ahli B160000800) telah hilang kelayakan bertanding pada pemilihan Cabang Subang yang akan diadakan semula apakala tarikh baru ditentukan oleh sekretariat ibu pejabat parti itu.

"Mereka berdua akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin untuk tindakan selanjutnya bilamana mereka akan dipanggil memberi keterangan. Sementara menunggu kes mereka dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin, keanggotaan mereka digantung mengikut fasal 27.3 Perlembagaan Parti berkuatkuasa sertamerta," kata Saifudin dalam satu kenyataannya.

Sementara itu, beberapa cabang PKR di Selangor akan menghantar memorandum bantahan kepada ibu pejabat parti itu kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan beberapa mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang.

Antara cabang yang akan berbuat demikian adalah dari Hulu Selangor, Kuala Langat, Kapar dan Subang, menurut Malaysiakini. Seorang wakil dari Hulu Selangor Nazar Yakin berkata kira-kira 30 ahli dari cabang tersebut akan hadir untuk menyerahkan memorandum bantahan itu.

Kata Nazar, pihaknya juga tidak berpuas hati kerana pemilihan ketua cabang, timbalan ketua dan ketua wanita terpaksa diadakan semula susulan dakwaan kertas undi yang dikira melebihi daripada jumlah ahli yang hadir.

Dakwanya, mengikut tatacara PKR, sepatutnya pengawas pemilihan yang bertanggungjawab mengumumkannya pembatalan pemilihan peringkat cabang dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bertindak sebagai pemantau.

JPP belum jawab surat Zaid

Sementara itu, surat Datuk Zaid Ibrahim kepada Pengerusi JPP, Datuk Molly Cheah yang mencadangkan agar parti itu mematuhi standard minima pemilihan Suruhanjaya Pilihan Raya masih belum berjawab.

Menurut Zaid, surat itu dihantar beliau sejak Selasa, 5 Oktober 2010 lalu.

Dalam surat itu, Zaid mencadangkan beberapa perkara dilakukan PKR dalam proses pemilihannya sebelum beliau membuat keputusan samada mahu menerima atau tidak pencalonan mana-mana jawatan dalam pemilihan parti itu.

Antaranya adalah:

1. Calon dibenarkan melantik seorang Wakil Calon dan 4 orang wakil sebagai polling and counting agent(PACA) bagi setiap Pusat Mengundi. Jumlah kertas undi mestilah ditandatangani dan disahkan oleh PACA (Borang SPR 13) dan jumlah undi mestilah juga ditandatangani dan disahkan oleh PACA di setiap tempat mengundi (Borang 14 SPR). Tanpa pengesahan tandatangan ejen-ejen calon berkenaan keputusan di tempat tersebut adalah tidak sah.

2. Kertas undi mesti bernombor siri. Nombor-nombor siri ini menjamin bahawa jumlah kertas undi adalah terkawal, dan kertas tambahan tidak boleh digunakan.

3. Peti undi telus cahaya (transparent ballot box) harus digunakan supaya ia dapat dilihat oleh semua pihak.

4. Ruang membuang undi hendak diasingkan bagi mengelak gangguan. Pengawas tidak boleh berada di tempat pembuangan undi kerana ini akan mempengaruhi ahli yang ingin membuang undi.

5. Senarai ahli-ahli yang sah sahaja yang digunakan; dan senarai yang sah mestilah mempunyai jumlah ahli dan nama ahli yang sama yang diberikan kepada Calon dan tidak ada perbezaan dari segi jumlah atau pun nama-nama ahli tersebut.

6. Masa mengundi mestilah dipatuhi dan pengawas tidak boleh menangguhkan atau melanjutkan masa pembuangan undi tersebut.

7. Bagi ahli yang sudah membayar yuran semasa MATC tempoh hari; nama mereka sepatut ada dalam senarai ahli yang berhak mengundi.

"Saya berharap permintaan ini akan diluluskan secepat mungkin. Ini memudahkan saya membuat keputusan sama ada mahu menerima pencalonan atau tidak. Parti kita mestilah mampu menepati standard minimum yang dilaksanakan oleh SPR, kalau tidak sukar bagi kita untuk mendesak SPR supaya menepati standard antarabangsa," kata Zaid dalam suratnya.

~harakah~

Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali

Posted: 13 Oct 2010 02:09 AM PDT

Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.

Menurut kenyataan media yang difakskan ke Malaysiakini, Setiausaha Kerajaan negeri Kelantan, Datuk Seri Setia Raja Mohd Aiseri Alias berkata lima pingat yang dianugerahkan kepada Wan Hashim ditarik balik.

Turut ditarik balik pingat mereka hari ini adalah kerabat Istana Kelantan iaitu Tengku Mohamed Shafiei Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor.

Menurut kenyataan itu, "adapun penarikan balik ini adalah hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara Baginda jua".

Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan, (DJMK) yang membawa gelaran 'Datuk Paduka' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

"Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Terus pertahan institusi raja

Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka," katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini. Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi.

"Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku," katanya.

Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka. Sementara itu, Ibrahim ketika ditemui wartawan di lobi parlimen, berkata beliau menerima keputusan penarikan darjah kebesarannya itu dengan hati terbuka terhadap.

Katanya, tindakan itu tidak akan mematahkan perjuangan beliau untuk mempertahankan institusi diraja dan juga hak Melayu.

"Saya tidak terkejut dengan perkara ini dan saya tidak mengetahui sebab dilucutkan gelaran itu," katanya.

~MK~

Datuk Ibrahim Ali hanya Tinggal Pak Brahim

Posted: 13 Oct 2010 02:05 AM PDT

Istana Kelantan menarik balik gelaran Datuk terhadap Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Wan Hashim Wan Daud. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dalam sidang media di pejabatnya, Kota Darulnaim, pagi ini.

Menurutnya, Sultan Muhammad Ke V, hari ini telah mengampuni perkenaan untuk menarik pingat yang membawa gelaran Datuk daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, bekas setiausaha kerajaan negeri, Wan Hashim Wan Daud, Tengku Mohamed Shafei Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor.

Kesemua darjah kebesaran itu ditarik gelarannya berkuat kuasa serta merta bermula hari ini, 13 Oktober.

Aiseri berkata, antara darjah kebesaran yang telah ditarik balik daripada Wan Hashim, pelantikan Ahli Darjah Kebesaran Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.) (Al-Ibrahimi 1).

"Perlantikan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.P.M.K) (Al-Muhammadi 11)," ujarnya.

Katanya, selain itu turut ditarik Perlantikan Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K) (Al-Ibrahimi 111), Pelantikan Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (B.S.K) Al-Ibrahimi V).

Sementara itu, menurut Aiesri lagi, Sultan Kelantan telah menarik balik tauliah daripada Ibrahim, pelantikan Darjah Kebesaran Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) (Al-Ismaili ll).

Pada masa yang sama, katanya Sultan Kelantan turut menarik balik tauliah Penganugerahan Bintang Seri Mahkota Kelantan (S.M.K) yang telah dikurniakan kepada Tengku Mohamed Shafie Tengku Ibrahim.

"Selain itu juga Penganugerahan Pingat Bakti (PB) dan Pelantikan Jaksa Pendamai (JP) yang telah dikurniakan kepada Tengku Abu Bakar Tengku Mansor juga telah ditarik balik berkuat kuasa pada 30 September lalu," ujarnya.

Aiseri seterusnya memberitahu, penarikan balik pingat dan darjah kebesaran itu menjadi hak Sultan Kelantan yang dijalankan mengikut hemah dan budi bicara baginda.

~harakah~

Lelaki Diperkosa Sekumpulan Wanita

Posted: 12 Oct 2010 07:53 AM PDT

Umumnya laporan tindak pemerkosaan dilaporkan oleh perempuan. Namun hal ini berbeza oleh seorang lelaki di Zimbabwe. Lelaki tersebut mengaku dibius dan diperkosa oleh beberapa orang perempuan.

Menurut keterangan polis, lelaki berusia 26 tahun tersebut sebelumnya ditawarkan menumpang di Kota Bulawayo. Ketika berada di dalam kereta ada seorang perempuan membiusnya dengan menutup wajahnya dengan kain. Kain tersebut telah dibubuh ubat bius.

Dia mengaku pengsan setelah diberikan sesuatu yang baunya seperti alkohol.

"Ketika terjaga, dia dapati dirinya dalam keadaan bogel dan perempuan-perempuan itu berganti-gantian memperkosanya, serta memperlekehkannya," kata juru cakap polis Wayne Bvudzijena seperti dikutip AFP, Jumat (8/10/2010).

Polis juga menyebut jika mangsa pengsan setelah pemerkosaan tersebut dan dia pun dibuang oleh perempuan-perempuan yang tidak diketahui identitinya ini. Selain melakukan tindakan pemerkosaan, perempuan itu juga mengambil wang serta handphone milik mangsa.

Motif para pelaku melakukan pemerkosaan ini tidak diketahui hingga kini. Namun serangan ini merupakan kelima kalinya terjadi dalam seminggu terakhir di Kota Bulawayo.

http://international.okezone.com/read/2010/10/08/214/380593/diperkosa-sekumpulan-wanita-pria-lapor-ke-polisi

Bendung bukan ramaikan lagi yang Mengandung

Posted: 12 Oct 2010 07:37 AM PDT

Baru-baru ni heboh isu sekolah mengandung tajaan umno yang dah pun dibukak di melaka dalam satu lagi rancangan ali rustam kononya prihatin isu remaja.Maka bermulalah sekolah itu walaupun mendapat tentangan dari ramai pihak.

Selepas jer kenyataan itu dibuat oleh ali rustam terdengar pulak satu kenyataan media yang aku rasakan sungguh menghina generasi muda terutamanya wanita muda Malaysia.

Ketua Puteri UMNO Malaysia kata dalam respon untuk isu itu ialah dia kata " sekiranya perkahwinan dikalangan generasi muda yang akhirnya akan membuatkan kadar penceraiaan meningkat, lebih baik dibiarkan sahaja mereka meneruskan pengzinaan"itu ayat yang keluar dari pimpinan muda tertinggi umno dan korang bayangkan apa perasaan aku ketika itu.

Aku bidas kenyataan beliau dalam beberapa surat khabar dan laman web sebab aku rasakan ia satu penghinaan kerana bagi aku ia tak sepatutnya dilafazkan.

Pertama aku nak jelaskan kenapa aku bidas pembukaan sekolah tersebut kerana bagi aku korang tanya kan pada kerajaan berapa banyak rumah-rumah penyanyang dan titian kasih yang dibuka untuk menangani isu ini tapi apa yang berlaku semuanya sepi duit peruntukan setiap tahun habis entah kemana.

Yang aku persoalkan lagi ialah dimana fungsi jabatan agama islam yang sepatutnya ditugaskan untuk membendung dan mencegah ia dari berlaku bukannya terima beban selepas ia berlaku namun apa jawapan jabatan agama islam itu bukan tugas mereka,so apa korang harap lagi dengan kerajaan yang ada.

Lepas tu aku tawarkan diri untuk duduk berbincang bersama puteri umno untuk isu ini tapi sampai sekarang diaorang tak berani sebab mereka hanya bagi kenyataan jalan penyelesaian dan juga makanisma pencegahan takde langsung.

Dan kerana itu sehingga sekarang sya tetap bidas mereka yang lepas tangan dan ambil remeh isu ini.

"Sebab itu aku tekankan yang paling penting sekarang ialah BENDUNG dan bukan ramaikan lagi yang MENGANDUNG"

~syareformis~

Rang undang-undang ditarik balik

Posted: 12 Oct 2010 07:36 AM PDT

Walaupun kerajaan telah menarik balik rang undang-undang bagi meminda Akta Kerja 1955 yang dibidas oleh pelbagai kumpulan, piket yang dirancang lebih awal sebelum ini tetap diteruskan.

Piket itu diteruskan petang ini di dua tempat berasingan Bangi dan Balakong, Selangor dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Di Bangi, piket oleh 15 peserta berlangsung di hadapan Pasar Raya Warta selama 30 minit diketuai oleh koordinator NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) E Nalini.

Menurut Nalini, mereka tetap meneruskan bantahan walaupun pindaannya telah ditarik balik oleh parlimen hari ini "sebagai simbol kemenangan" mereka.

"Kita buat hari ini sebagai simbol penentangan walaupun kita tahu akta ini dipinda. Kita mengumumkan kemenangan kita, sebab itu kita berkumpul hari ini," katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya lagi kesemua peserta program tersebut terdiri aktivis Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan aktivis mahasiswa. Mereka melaungkan "hidup rakyat" dan "kerajaan jangan pinda akta pekerjaan".

Katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat oleh lapan anggota polis yang mengawal di sekitar kawasan tersebut.

"Kami juga turut mengibarkan kain rentang dan poster yang bertulis 'Jangan Pinda Akta Pekerjaan', Jangan Cabut Hak Pekerja'," katanya.

Sementara di Balakong pula, piket lebih sejam bermula 5.20 petang di Perhentian Bas Simpang Balak disertai kira-kira 20 peserta, diketuai Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Kajang D Ganesan.

Penerangan di Shah Alam

Menurut Ganesan, peserta yang hadir terdiri daripada aktivis PSM dan pekerja daripada kilang berdekatan. Enam anggota polis kelihatan berada di tempat berkenaan tetapi mereka hanya kelihatan menggambil gambar peserta piket itu.

Katanya, pihaknya juga turut mempamerkan kain rentang anti pindaan akta itu yang antaranya berbunyi "Kerajaan rampas hak pekerja, hentikan pindaan akta sekarang".

Manakala poster bantahan pula bertulis "Gubal Akta Gaji Minima" dan BN jangan rampas hak pekerja". Mereka juga turut mengedarkan risalah membantah cadangan kerajaan itu, kepada orang ramai yang lalu lalang selepas pulang daripada kerja, tambahnya.

Sementara itu di Shah Alam, piket tersebut dibatalkan dan digantikan dengan majlis penerangan kepada kira-kira 30 peserta yang hadir di kawasan perindustrian di seksyen 15.

Menurut Bendahari PSM A Sivarajan, menurut Sivarajan, mereka juga turut membawa kain rentang membantah pindaan berkenaan serta mengedarkan risalah kepada pekerja kilang yang baru pulang daripada kerja.

Bagaimanapun, menurutnya, dianggarkan sekitar 50 orang anggota polis hadir mengawal sekitar kawasan itu.

~MK~

Campur tangan PDRM

Posted: 12 Oct 2010 07:35 AM PDT

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bercadang untuk membuat siasatan ke atas dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat campur tangan pihak ketiga dalam urusan polis.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kementerian juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan ke atas dakwaan berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu hasil siasatan dakwaan bekas Ketua Polis Negara itu, pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 6 September lalu, Musa melahirkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

Kementerian berkenaan kemudiannya menafikan dakwaan berkenaan.

~Bernama~

Projek pangkalan udara Sg Besi dimeterai tanpa LOI

Posted: 12 Oct 2010 07:32 AM PDT

Jawapan bertulis daripada Kementerian Pertahanan berhubung pembangunan semula pangkalan udara Sungai Besi di Kuala Lumpur di Dewan Rakyat hari ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan berhubung projek kontroversial itu.

Menurut kementerian pertahanan, kerajaan pada dasarnya telah menerima cadangan daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah menterti kewangan.

Bagaimanapun, tidak ada surat menyatakan hasrat atau letter of intent (LOI) dikeluarkan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu).

Chua berkata malah, 1MDB juga telah memeterai perjanjian dengan Mubadala Development yang beribu-pejabat di Abu Dhabi bagi membangunkan semula pangkalan udara seluas 458 ekar itu.

Perjanjian yang dimeterai pada Jumaat lalu itu akan menyaksikan pembangunan semula pangkalan udara di Lembah Klang itu untuk dimasukkan ke Wilayah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIFD).

Projek yang dikenali sebagai 'Greater Kuala Lumpur ' itu dijangka menelan belanja RM26 bilion. Permeteraian kedua-dua syarikat itu disaksikan oleh Najib.

"Jika benar 1MDB memeterai perjanjian minggu lalu, jawapan Zahid adalah menggelirukan kerana sesebuah projek tidak boleh diberikan kepada sesebuah syarikat tanpa LOI," kata Chua.

Tambahnya lagi, keselamatan negara juga menjadi satu isu kerana pemindahan pangkalan udara itu juga akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk mencari tapak atau lokasi yang strategik.

"Kita terpaksa kaji bagaimana tindakan itu akan menjejaskan keselamatan sesebuah bandaraya. Ada beberapa negara di dunia yang tidak mempunyai perlindungan ketenteraan udara bagi melindungi ibu negara mereka," kata Chua sambil memberikan contoh, pangkalan udara Andrews di Maryland, Amerika Syarikat yang terletak 13 kilometer dari ibu negara pentadbiran negara itu di Washington DC.

~MK~

Tiada ulasan: