Anak Sungai Derhaka |
- Bukan di LIWAT lah BODOH! tapi dipaksa tandatangan SD..
- Konspirasi?…..di sebalik status ‘tidak layak’ Izzah
- Harga Kereta Mahal.. bukan salah Kerajaan..
- Kes Bunuh Sosilawati : Patmanabhan hadapi EMPAT tuduhan bunuh
- Kes Aminulrasyid : 'Mayat dalam kedudukan aneh'
- Petronas Dipaksa Beli Tanah KLCC, Kroni UMNO/BN Untung RM600 Juta
- Hak Bertanding Nurul : Siapa Lebih Berkuasa?
- 11 AJK Pemuda Pas Pendang letak jawatan?
- 'Datuk' Ibrahim Ali dilucut Sultan Kelantan
- Buang Bayi : Ali Rostam.. belajarlah dari PAS Kelantan.
- Kes Bunuh Sosilawati: Empat suspek didakwa
- 215 Ahli Keluar PKR.. UMNO Berbohong lagi...
| Bukan di LIWAT lah BODOH! tapi dipaksa tandatangan SD.. Posted: 13 Oct 2010 06:37 AM PDT Maka tanpa ingin tahu apakah benar kandungan artikel itu maka riuh rendahlah Bloger-bloger Pro-UMNO memainkan isu yang dipaparkan oleh Selangor Daily itu.. Berbagai-bagai tajuk bagi mensensasikan cerita itu disiarkan mereka, ada yang menulis " Panas!! Laporan Polis Dibuat. Al-Juburi Meliwat Lagi!?.. ada yang memberikan tajuk " Rashid membuat laporan Polis mendakwa dirinya diliwat Anwar…" Dan ada juga cuba mengemparkan suasana dengan tajuk "GEMPAR! Satu Lagi Laporan Polis Salah Laku Seks Anwar!" Apapun tajuk yang mereka cipta ianya hanyalah berdasarkan berita yang dilaporkan oleh Selangor Daily.. entah dari mana mereka dapat berita itu entahlah.. Memang benar Rasid Rosdi, bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim ada membuat laporan Polis, tetapi laporan Polis itu dibuat bukannya kerana beliau diliwat sebagaimana yang didakwa oleh blog-blog Pro-UMNO itu.. Laporan Polis yang dibuat di IPD Shah Alam itu mendakwa dirinya dipaksa menandatangani satu akuan bersumpah sama seperti Rahimi Osman yang didedahkan sebelum ini. Malang buat penyokong-penyokong UMNO!! Blogger Pro UMNO ternyata BANGANG dan Tidak Faham Bahasa Melayu.. 'Dipaksa menandatangani' dan 'DiLiwat' itu adalah dua perkataan yang jauh berbeza.. Awat hangpa BODO sangat?? Cuba baca apa kata Rasid Rosdi sendiri.. Rasid Rosdi, bekas pembantu Anwar buat laporan polis SHAH ALAM - Rasid Rosdi, bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim tengahari tadi muncul membuat laporan polis di IPD Shah Alam kerana mendakwa dirinya ddipaksa menandatangani satu akuan bersumpah sama seperti Rahimi Osman yang didedahkan sebelum ini. "Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari buat laporan polis, saya telah dipanggil untuk hadir ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan beberapa hari dan dikawal 24 jam", kata Rasid. "Di sana, saya telah dipaksa menandatangani satu akuan bersumpah yang tidak dibuat oleh saya. Saya tidak bersetuju dengan kandungan akuan bersumpah itu, tetapi terpaksa menandatanganinya kerana bimbang keselamatan saya akan terancam", katanya lagi. Dalam laporan polis tengahari ini, Rasid mengaku telah dieskpoitasi oleh Latheefa Koya, peguam Anwar kerana mengetahui status dirinya sebagai bekas banduan dan tidak berpelajaran tinggi. Rasid yang mengaku mengenali Anwar sejak berada di dalam penjara Sungai Buloh dan kemudiannya bekerja sebagai Pembantu Am di kediaman peribadi Ketua Umum PKR dan kemudiannya dipindahkan ke Pejabat Seksyen 16, Petaling Jaya. Kenyataan penuh Rasid Rosdi Saya Rasid Rosdi hari ini telah membuat satu laporan polis pada jam 12.30pm (13 Oktober 2010) di Balai Polis IPD Shah Alam. Laporan ini berhubung dengan satu akuan bersumpah yang pernah saya tandatangani secara paksa dan dibawah tekanan pada tahun 2008. Akuan bersumpah yang saya tandatangani tersebut saya percaya adalah terbabit dengan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2008. Saya telah mengenali DSAI semenjak berada di dalam penjara lagi dan kemudian bekerja dengannya sebagai Pembantu Am di kediaman dan kemudiannya di Pejabat DSAI. Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim, saya telah diminta untuk ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan selepas beberapa hari dan dikawal 24 jam, ditahan bersama saya adalah bekas Setiausaha kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman. Saya hanya dibenarkan pulang selepas saya disuruh oleh Latheefa Koya menurunkan tandatangan ke atas satu Akuan Bersumpah yang disediakan oleh dia sendiri. Saya tidak pernah mengarang atau membuat Akuan Bersumpah tersebut. Saya juga TIDAK BERSETUJU dengan apa kandungan Akuan Bersumpah tersebut. Latheefa tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai Akuan Bersumpah tersebut dan saya tidak memahaminya seratus-peratus. Malah, saya sendiri tidak pernah melantik Latheefa sebagai peguam saya. Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya menceritakan kepada saya apa sebenarnya Akuan Bersumpah itu, tetapi apabila dia tidak berbuat demikian, saya juga turut rasa ditipu. Sebagai seorang peguam, Latheefa tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia. Saya menurunkan tandatangan ke atas Akuan Bersumpah itu kerana risaukan keselamatan diri saya dan keluarga saya. Melihat bahawa saya telah ditahan di Quality Hotel dan dikawal rapi 24 jam. Serta beberapa insiden buruk berlaku di Quality Hotel, saya terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka. Selama hampir 3 tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan Akuan Bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut. Akhirnya apabila melihat rakan saya Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut. Saya juga telah membuat satu Akuan Bersumpah yang baru bagi menceritakan perkara yang sebenar. Namun saya tidak boleh mendedahkannya kerana saya juga risau jika ianya boleh menggangu perbicaraan mana-mana kes di mahkamah. Saya amat kecewa dengan tindakan ini. Beberapa peguam DSAI yang cuba melindungi kebenaran. Mereka sanggup mengadai masa depan dan maruah saya untuk kepentingan mereka sendiri. AIDCNews |
| Konspirasi?…..di sebalik status ‘tidak layak’ Izzah Posted: 13 Oct 2010 05:42 AM PDT Oleh Fazy Sahir PETALING JAYA: Beberapa pemimpin PKR mengkritik keputusan yang menolak ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar daripada turut bertanding jawatan timbalan presiden dan menyifatkan tindakan itu sebagai wujud 'konspirasi'.Mereka mendakwa tarikh 10 Oktober untuk setiap cabang menghantar keputusan pencalonan masing-masing sebagai tidak masuk akal. Menurut Naib Presiden Jeffrey Kitingan, Izzah perlu dibenarkan bertanding jawatan itu memandangkan beliau mempunyai kelayakan selepas mendapat pencalonan yang diperlukan. "Apa yang parti buat kepada Nurul adalah sesuatu yang tidak adil," katanya . "Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat perlu mengambil serius perkara ini dan perlu menimbangkan segala implikasi hal ini terhadap parti. Saya juga tidak sedar mengenai tarikh itu," katanya. Manakala menurut ahli Majlis Pimpinan Pusat, S Manikavasagam mencadangkan tarikh itu dilanjutkan kepada 16 Oktober bagi melayakkan Izzah bertanding jawatan nombor dua itu. "Ini akan memberi peluang kepada Cabang-Cabang untuk memperbaiki masalah-masalah salah faham yang mungkin telah terjadi sebelum ini," katanya. Cabang tidak dimaklum mengenai tarikh Dalam pada itu, dua cabang di Semporna (Sabah) dan Selangau (Sarawak) tidak dimaklumkan mengenai tarikh tutup (10 Oktober) itu. Ketua cabang masing-masing melalui kenyataan medianya nyata kecewa dengan keputusan yang diumumkan Setiusaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail semalam. Ketua Cabang Selangau Steven Epay Ganing, berharap kepincangan yang berlaku dalam pengurusan parti tidak menyekat Izzah untuk bertanding. "Kami lihat ia sebagai kepincangan pihak pengurusan kerana gagal menyelaras pilihan raya dalaman parti dan kami juga berharap bahawa ini bukan satu tindakan untuk menyekat Nurul Izzah daripada bertanding," katanya. Bagi ketua cabang Semporna Lukman Uri pula mengharapkan ketelusan dalam melaksanakan demokrasi yang dicanang PKR. "Saya harap pemilihan ini sebagai melaksanakan demokrasi dan bukan hanya bergerak sebagai batu loncatan bagi individu- individu tertentu melaksanakan agenda peribadi," katanya. Saifuddin yang dihubungi FMT semalam memberitahu, setiap cabang perlu menghantar selewat-lewatnya 10 Oktober ini bagi keputusan akhir pencalonan bagi cabang masing-masing. Kenyataan Saifuddin itu turut mendapat reaksi berbeza daripada Pengerusi JPP Dr Molly Cheah yang ternyata tidak dimaklum mengenai tarikh itu juga. Cheah berkata beliau akan berbincang dengan Saifuddin mengenai hal itu. "Saya tidak tahu mengenai tarikh itu dan saya akan menghubungi Saifuddin untuk berbincang mengenai hal ini," katanya. Free Malaysia Today |
| Harga Kereta Mahal.. bukan salah Kerajaan.. Posted: 13 Oct 2010 04:35 AM PDT Jawapan bodoh seorang Timbalan Menteri..Dia kata pengurangan atau pembasmian duti import tidak semestinya menyebabkan harga kenderaan menurun kerana harganya ditentukan oleh pengeluar dan syarikat berdasarkan kuasa pasaran.. Dari apa yang aku tahu, memang harga kereta ditentukan oleh pengeluar dan harga yang ditentukan adalah hampir sama bagi setiap negara cuma yang membezakan harganya ialah spesifikasi tambahan yang dipasang pada kenderaan tetapi kerana cukai yang dikenakan oleh kerajaan adalah tinggi maka harga kenderaan itu juga tinggi.. mana ada pengeluar atau pengedar yang mahu menyerap cukai yang dikenakan kerajaan itu?? Harga kenderaan mahal…..jangan salahkan kerajaan? KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak seharusnya dipersalahkan mengenai kadar tarif yang tinggi berhubung kenderaan yang diimport kerana banyak faktor lain yang mempengaruhi harga. Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Jacob Dungau Sagam berkata demikian di sidang Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen DAP-Bandar Kuching Chong Chieng Jen. Beliau menjelaskan bahawa pengurangan atau penghapusan kadar tarif tidak menjamin harga kereta menjadi lebih murah. "Kadar tetap dan duti eksais untuk semua jenis kenderaan buat masa ini dikekalkan supaya hasil negara tidak terjejas. "Di samping itu, pengurangan atau pembasmian duti import tidak semestinya menyebabkan harga kenderaan menurun kerana harganya ditentukan oleh pengeluar dan syarikat berdasarkan kuasa pasaran," jelas beliau. Chong, yang tidak yakin dengan jawapan itu, berkata kereta-kereta import yang dijual di negara-negara jiran seperti Thailand dan China adalah jauh lebih rendah berbanding di Malaysia. "Sebagai contoh, kita banding kereta Toyota Vios dijual di Malaysia di antara RM70,000 hingga RM90,000. Di Thailand, kereta itu dijual dengan harga di antara RM50,000 hingga RM70,000. Di negeri China, ia dijual dengan harga di antara RM45,000 hingga RM60,000. Begitu juga dengan kereta Honda City, di Malaysia, dijual dengan harga kira-kira RM90,000 tapi di China dijual dengan harga RM50,000," katanya. Beliau juga menekankan bahawa kereta buatan tempatan dijual dengan harga yang lebih mahal di pasaran tempatan. Di China, kereta berkuasa kuda 1,000 cc seperti Cherry (buatan tempatan) dijual dengan hanya RM19,000 hingga RM30,000. Tetapi di Malaysia, Perodua Viva dijual dengan harga RM38,000," katanya. Dasar perlindungan Chong menuduh kerana kerajaan melaksanakan "dasar-dasar perlindungan" untuk melindungi syarikat seperti Proton dan Perodua. Ujar beliau, "syarikat-syarikat ini amat merbahaya dan menindas rakyat. Matlamat syarikat-syarikat ini ditubuhkan bukan untuk membawa keuntungan kepada kerajaan tetapi "untuk kepentingan kroni Barisan Nasional (BN) di Proton dan Perodua." "Akhirnya, rakyat merana. Soalan saya, adakah adil untuk rakyat Malaysia membayar harga kereta yang mahal apabila kroni BN di Proton dan Perodua membuat untung yang banyak? Apa yang kerajaan buat?" soal beliau. Bagaimanapun, Sagam tetap dengan pendiriannya bahawa sebarang pengurangan duti tidak akan menjamin harga kenderaan yang lebih murah kerana harganya bergantung kepada faktor-faktor lain. Faktor-faktor ini termasuk harga komponen, import separuh atau sepenuhnya, kadar pertukaran mata wang, kos pengangkutan, insuran dan kos pinjaman bank," katanya. Bagaimanapun, liberalisasi industri automatif, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak sebelum ini, sedang dalam peringkat pelaksanaan. Beberapa siri perjanjian perdagangan termasuk mengurang dan membasmi duti import akan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Perjanjian-perjanjian ini kata Sagam, melibatkan perkongsian dengan Jepun, Korea Selatan, China, Australia dan New Zealand. Free Malaysia Today |
| Kes Bunuh Sosilawati : Patmanabhan hadapi EMPAT tuduhan bunuh Posted: 13 Oct 2010 02:20 AM PDT BANTING, 13 Okt – Peguam N. Patmanabhan dan tiga orang lagi didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok di sini hari ini atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30. Patmanabhan menghadapi empat pertuduhan iaitu pertuduhan pertama membunuh Sosilawati, 47, pertuduhan kedua membunuh pegawai Bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, pertuduhan ketiga membunuh peguam Sosilawati, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pertuduhan keempat membunuh pemandu Sosilawati, Kamarudin Shamsuddin, 44. Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati. ![]() Tiga suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi individu (dari kiri) T Thilaiyalagan, R Matan dan R Kathavarayan tiba bagi mendengar pertuduhan membunuh di Mahkamah Majistret , Banting hari ini. – Foto Bernama Patmanabhan dan tiga yang lain didakwa melakukan pembunuhan itu di tempat yang sama iaitu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat, Banting, Selangor dan pada masa yang sama antara pukul 8.30 malam hingga pukul 9.45 malam pada 30 Ogos lalu. Pertuduhan ke atas ketiga-tiga yang lain dibacakan dalam Bahasa Tamil manakala pertuduhan ke atas Patmanabhan dibacakan dalam Bahasa Malaysia di hadapan Majistret Hurman Hussain. Tiada pengakuan direkodkan di dalam prosiding yang bermula 9 pagi, yang mahkamah dipenuhi para wartawan yang sebelum ini menunggu hampir sebulan untuk melihat pendakwaan dibuat ke atas suspek-suspek. Patmanabhan diwakili oleh empat peguam iaitu Ravi Neeko, R. Pushpa, Amer Hamzah Arshad dan Datuk Ng See Teong, manakala tiga yang lain tidak diwakili peguam pada prosiding pagi tadi. Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwaraya Ishak Mohd Yusoff yang dibantu oleh Idham Abdul Ghani dan Saiful Edris Zainuddin. Ishak turut memberitahu mahkamah bahawa pihaknya belum menerima laporan kimia daripada Jabatan Kimia, yang memerlukan masa untuk dilengkapkan. Beliau kemudian memohon satu tarikh sebutan, sementara menunggu laporan tersebut diterima. "Ia berupa amalan kes dadah satu bulan (untuk memperolehi laporan kimia), tarikh sebutan (untuk kes ini) memerlukan dua bulan," kata Hurman. "Beliau kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 16 Disember " Amer Hamzah pula membangkitkan isu mengenai keperluan tiga tertuduh diwakili peguam. Hurman menjelaskan bahawa Pegawai Penyiasat telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut. "Kalau nak ambil peguam silakan. Ada sesiapa yang kamu fikirkan," katanya. Salah seorang tertuduh iaitu Thilaiyalagan kemudiannya memberitahu mahkamah bahawa keluarganya tidak mengetahui dia ditahan polis. Hurman menyoalnya di mana dia ditangkap. Dia memberitahu dia ditangkap di ladang di Tanjung Layang. Hurman lalu mengarahkan supaya polis memberitahu keluarga Thilaiyalagan mengenai penahanannya. Beliau juga berkata peguam boleh dilantik oleh keluarga tiga tertuduh berkenaan semasa perbicaraan nanti. Patmanabhan memberitahu mahkamah bahawa ketiga-tiganya tidak arif mengenai soal undang-undang dan hak mereka untuk mendapatkan peguam bela. Hurman juga membenarkan permohonan Amer Hamzah dan tiga peguam lain untuk bertemu dengan anak guam mereka iaitu Patmanabhan selama 10 minit dengan pengawasan pihak polis bagi menjamin keselamatan mereka. Beliau turut membenarkan keempat-empat peguam untuk bertemu dengan tiga tertuduh lain untuk membantu mereka dalam soal perundangan juga dengan pengawasan polis. Bernama |
| Kes Aminulrasyid : 'Mayat dalam kedudukan aneh' Posted: 12 Oct 2010 11:53 PM PDT Paramedik menemui mayat Aminulrasyid Amzah dalam kedudukan yang aneh, dengan mukanya tersembam di tempat duduk pemandu, manakala sebahagian lagi badannya terkulai di luar kereta yang dipandunya.Paramedik Muhammad Sahid Abdul Karim Shah berkata beliau nampak pintu di sebelah tempat duduk pemandu terbuka dan tubuh mangsa terkulai di tanah, tetapi kepala mangsa tersembab di tempat duduk pemandu. Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Sahid berkata beliau memerika Aminulrasyid dan mendapati mangsa tidak bernyawa lagi. Menjawab soalan DPP Dusuki Mohd Mokhtar, Sahid berkata beliau dapat memeriksa bahagian belakang Aminulrasyid dan tidak menemukan sebarang kecederaan. Tetapi ketika cuba untuk memeriksa dahi mangsa, beliau dihentikan oleh polis. Selepas ini, saksi itu berkata, beliau cuba mendapat maklumat dari anggota polis di situ mengenai apa yang telah berlaku dan sama ada mayat itu telah dialih. Bagaimanapun, katanya, beliau diminta menunggu sehingga pegawai penyiasat tiba. Daripada apa yang dilihatnya, Sahid berkata, mangsa adalah seorang remaja dan selepas memeriksa nadinya sebanyak dua kali, beliau mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Katanya, beliau memberitahu perkara itu kepada pihak polis dan meninggalkan tempat kejadian tanpa membawa mangsa. Sahid, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang berkata, beliau tiba di tempat kejadian di Jalan Makyong 11/2G, Shah Alam pada kira-kira jam 2:30 pagi 26 April 2010. Katanya, beliau ke situ selepas dimaklumkan mengenai sebuah kereta yang hilang kawalan dan melanggar sebuah pokok. Tertuduh diberi 100 peluru Sebelum itu, seorang sarjan dari ibupejabat polis Shah Alam memberitahu mahkamah bahawa biasanya setiap anggota yang menjalankan tugas rondaan akan diberikan 100 peluru 9mm untuk sub-mesingan Heckler & Koch MP5. Saksi itu berkata anggota polis diwajibkan membawa empat kelopak yang masing-masing berisi 25 peluru. Sarjan Jamaluddin Alias, yang bertanggungjawab menyediakan jadual tugas rondaan pada malam Aminulrasyid terbunuh, berkata semua anggota menghadiri taklimat selama setengah jam sebelum keluar bertugas. Katanya, tertuduh Jenain Subi, bersama rakan rondaannya, Konstabel Mohd Hafidz Mohd Yusoff, turut menghadiri taklimat tersebut. Menurutnya, Jenain adalah seorang yang bertanggungjawab dan tidak mempunyai rekod disiplin. Malaysiakini |
| Petronas Dipaksa Beli Tanah KLCC, Kroni UMNO/BN Untung RM600 Juta Posted: 12 Oct 2010 11:40 PM PDT Oleh Dzulkarnain Taib BINTULU 13 Okt - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didesak supaya menjalankan siasatan segera berhubung urusan jualbeli tanah KLCC yang didakwa mengakibatkan Petronas terpaksa membeli tanah tersebut pada harga RM900 juta sekaligus memberikan keuntungan amat lumayan kepada salah seorang kroni Umno-Barisan Nasional terkaya di Malaysia. Mantan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong mendakwa Petronas dipaksa membeli tanah di mana terletaknya menara berkembar Petronas kini daripada kroni tersebut pada harga berlipat kali ganda."Kerajaan tidak meminta Kelab Kuda untuk menyerahkan atau menjual tanah tersebut kepada Petronas. Apa yang dilakukan ialah memaksa Kelab Kuda tersebut menjual tanah yang bernilai tinggi itu kepada kroni teristimewa Mahathir. "Kroni tersebut kemudiannya mendapat keuntungan yang amat besar dengan menjualkan tanah itu kepada Petronas. Pengurusan atasan Petronas diarahkan supaya membayar pada harga itu tanpa dibenarkan langsung merunding harga tersebut," kata Dr Tan ketika menyampaikan penerangan kepada anggota Parti Keadilan Rakyat d sini semalam. Suara Keadilan difahamkan daripada sumber dalaman Petronas, Lembaga Pengarah syarikat petroliam itu sememangnya telah 'dipulas tangan' oleh bekas Perdana Menteri itu supaya membeli pada harga tersebut. "Beberapa ketika dahulu syarikat minyak Shell dan Esso telah mengeluarkan satu kenyataan menyatakan bahawa Petronas adalah salah sebuah syarikat petroliam yang amat sukar dalam rundingan urusniaga dengan mana-mana pihak pun di dunia. Ini menunjukkan Petronas akan berusaha sedaya upaya dalam setiap urusan perniagaan untuk mendapatkan rundingan harga terbaik dan perjanjian yang menguntungkan syarikat itu. "Tetapi dalam kes tanah KLCC, Lembaga Pengarah KLCC dipaksa membayar harga yang telah ditetapkan 'harga mati' tanpa dibenarkan untuk merundingkan harga walau sesen pun. Bagaimana sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang diiktiraf dan dihormati pesaing sebagai rakan kongsi yang sangat sukar dalam rundingan perniagaannya dipaksa sebegitu rupa untuk tunduk kepada kuasa politik dan ketamakan bekas Perdana Menteri dan kroninya yang begitu rakus. Urusan jualbeli tersebut benar-benar satu malapetaka yang menimpa Petronas dan mulai saat itu kroni Dr Mahathir mula meletakkan tangan mereka pada kantong Petronas," kata sumber itu. Tanah seluas ekar yang terletak dalam kawasan tiga segi emas atau 'golden triangle' dikatakan bertaraf pertanian pada awalnya sebelum ditukar statusnya kepada tanah komersial setelah dibeli kroni Dr Mahathir pada harga RM300 juta. Hanya setelah taraf tanah tersebut ditukar kepada komersial baru ianya dijual kepada Petronas pada harga RM900 juta. Ini bermakna kroni tersebut telah mendapat keuntungan atas angin dengan senang sebanyak RM600 juta padahal persoalan yang timbul mengapakah Petronas tidak dibenarkan berunding terus dengan pemilik tanah gelanggang lumba kuda tersebut? "Ini jelas menunjukkan bagaimana mantan Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri yang dipertanggungjawab untuk menjaga Petronas untuk mengkayakan kroninya dengan menggunakan dana awam. "Malah apa yang mengejutkan kroni tersebut berjaya mengaut keuntungan dengan begitu besar sebanyak RM600 dalam masa beberapa bulan sahaja tanah tersebut ditukar status daripada tanah pertanian kepada komersial," tegas Dr Tan lagi. Dr Tan menjelaskan pada asalnya pembinaan ibu pejabat baru Petronas dicadangkan di Jalan Tun Razak berhadapan dengan Kelab Golf DiRaja Selangor di mana terletaknya Hospital Prince Court sekarang. "Ini perlu dilakukan memandangkan ibu pejabat di Bangunan Dayabumi ketika itu sudah sesak dan tidak lagi mampu menampung perkembangan pesat Petronas. "Bagaimana pun pembinaan ibu pejabat baru tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat bantahan daripada Jabatan Penerbangan Awam kerana ia terletak di laluan udara Lapangan Terbang TUDM Sg Besi," jelas beliau lagi. Dr Tan berkata Petronas kemudiannya membeli sebidang tanah di Jalan Ampang, dibelakang dahulunya Plaza Yow Chuan dengan harga RM30 juta. "Tiba-tiba Mahathir masuk campur dan mengumumkan rancangan liciknya untuk merompak wang daripada khazanah Petronas dengan tujuan mengkayakan kroni beliau. "Sebahagian daripada rancangan beliau ialah dengan mencipta isu di dalam media dengan mengatakan kelab lumba kuda di Jalan Pinang menyebabkan kesesakan trafik yang teruk setiap hujung minggu. "Selepas isu itu disensasikan, Kerajaan Pusat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memutuskan gelanggang lumba kuda itu mesti dipindahkan ke Sg Besi di mana ia terletak sekarang. Dalam ucapan pengulungan perbahasan Rancangan Malaysia Keenam di Dewan Rakyat pada 18 Julai 1991, Dr Mahathir mengakui kelab lumba kuda itu telah diarahkan berpindah oleh kerajaan. "Tanah Kelab Lumba Kuda dijual berikutan arahan kerajaan kepada kelab tersebut supaya keluar dari pusat Kuala Lumpur kerana lokasinya meyebabkan kesesakan lalulintas. Oleh kerana Kelab tersebut memerlukan wang untuk membina padang lumba kuda baru, kelab itu memutus untuk menjual tanahnya di Jalan Ampang. "Mengikut laporan sebuah majalah asing, Encik (Ananda) Krishnan membeli tanah ini pada masa resesi di waktu mana harga tanah jatuh dengan teruk dan ramai yang bankrap dan tidak ramai yang berminat atau mampu membeli hartanah. "Tanah seluas 96 ekar ini terletak dalam kawasan tiga segi emas atau dengan izin "golden triangle" yang amat diminati oleh pemaju-pemaju. Sekarang apabila ekonomi telah pulih dan terdapat dengan izin "building boom", tanah di kawasan tiga segi emas biasa dijual dengan harga yang amat tinggi," kata Dr Mahathir. Dalam ucapan beliau, Dr Mahathir berkata Petronas telah diarahkan untuk membeli 50 peratus saham Seri Kuda, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Ananda. "Kerajaan telah mensyaratkan kepada Sri Kuda bahawa lebih dari 50 peratus tanah kelab hendaklah dijadikan 'public park'. Ini bermakna bahawa harga belian satu kaki persegi tanah boleh meningkat 100 peratus. Walau bagaimanapun, Petronas yang memerlukan ruang pejabat yang besar hanya bersetuju secara prinsip untuk mengambil 51 peratus dari saham Seri Kuda. Sebuah firma penilai bebas telah ditugas oleh Petronas untuk menilai tanah tersebut. Jika harga yang ditawarkan kepada Petronas menguntungkannya, baharulah Petronas akan membeli saham Sri Kuda. "Jika harganya akan merugikan Petronas, maka Petronas tidak akan membelinya. Jika Petronas tidak mengambil saham ini, berpuluh syarikat lain akan berebut-rebut membelinya," kata beliau. Suara Keadilan |
| Hak Bertanding Nurul : Siapa Lebih Berkuasa? Posted: 12 Oct 2010 11:33 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Okt: Isu hak bertanding Nurul Izzah Anwar untuk jawatan timbalan presiden PKR menjadi panas dalam pemilihan parti itu sekarang apabila pelbagai pihak membuat kenyataan media mengenainya.Harakahdaily menerima empat kenyataan berasingan mengenainya dan meminta pihak pimpinan tertinggi parti itu atau Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) menyelesaikan segera isu ini. Dua kenyataan diterima dari dua ketua cabang PKR Sabah manakala dua lagi kenyataan dari dua calon naib presiden parti itu yang sedang dalam peringkat kempen sekarang ini. Menurut mereka, tindakan tidak membenarkan Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden atas dasar pencalonannya tidak mencukupi iaitu hanya satu (sekurang-kurangnya dua pencalonan diperlukan) menimbulkan tandatanya kerana beberapa cabang pula mengaku membuat pencalonan untuk beliau. Nama Nurul Izzah sebagai timbalan presiden naik memuncak apabila salah seorang calon utama jawatan itu, Datuk Zaid Ibrahim membuat kenyataan beliau sedia menimbangkan untuk mengundur diri dari bertanding jawatan itu kalau Nurul Izzah sedia bertanding. Namun, menurut laporan media, Nurul Izzah hanya mendapat satu pencalonan sahaja selepas tarikh pencalonan ditutup 10 Oktober lalu. Oleh itu, dia tidak layak bertanding jawatan itu. "Tarikh akhir penyerahan nama calon pada 10 Oktober 2010 tidak pernah diberitahu kepada kami sama sekali dan kami merasakan bahawa tindakan yang diambil samaada oleh Setiausaha Kehormat atau JPP adalah tidak wajar dan kami kecewa," kata Steven Epay A/K Ganing, Ketua Cabang PKR Selangau, Sabah. Bagi beliau, sebarang maklumat mengenai tarikh akhir penyerahan seharusnya diuar-uarkan bagi membolehkan setiap cabang bertindak sewajarnya. "Kami melihat ini sebagai satu kepincangan pihak pengurusan kerana gagal mengkoordinasi pilihanraya dalaman parti dan kami juga berharap bahawa ini bukan satu tindakan untuk menyekat Nurul Izzah daripada bertanding. "Kami hanya mahu parti menerima pencalonan yang telah diberikan oleh cabang kerana percaya setiap nama yang dicalonkan adalah individu yang mampu membawa perubahan pada parti," kata beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily. Pendapat beliau disokong oleh rakannya Lokman b. Uri, Ketua Cabang Semporna juga dari Sabah. Bagi beliau, pandangan umum rata-rata melihat PKR tidak mampu menguruskan pemilihan dalaman parti dan tindakan menolak pencalonan yang dibuat oleh cabang dilihat memburukkan lagi keadaan. "Kami tidak pernah dimaklumkan mengenai tarikh akhir penyerahan nama-nama calon adalah pada 10 Oktober 2010 dan adalah tidak adil untuk menidakkan kelayakkan Nurul Izzah untuk bertanding sebagai timbalan presiden. Adakah ini satu konspirasi untuk menghalang Nurul Izzah daripada bertanding?" soal beliau. Sehubungan itu, beliau mengharapkan agar pihak parti dapat menerima pencalonan yang telah dibuat di peringkat cabang, bukan sahaja bagi memastikan ketelusan pemilihan dalaman parti, tetapi juga membuktikan bahawa parti ini benar-benar memilih untuk melaksanakan demokrasi dan bukan hanya bergerak sebagai batu loncatan bagi individu-individu tertentu melaksanakan agenda peribadi," katanya dalam kenyataanya kepada Harakahdaily. Calon naib presiden PKR, Jonson Chong juga menyokong kenyataan mereka berdua. Bagi beliau isu pencalonan Nurul Izzah menjadi isu yang hangat diperbincangkan di kalangan ahli parti itu. Menurutnya, mana-mana ahli yang menyertai parti itu lebih satu tahun sepatutnya dibenarkan untuk bertanding dan mengundia. "Sepatutnya, pencalonan setiap cabang tidak digagalkan oleh mana-mana masalah pentadbiran," katanya. Beliau juga mempertikaikan kedudukan JPP, adakah badan ini benar-benar bebas atau masih dikawal oleh pejabat Setiausaha Agung PKR. "Siapa lebih berkuasa, JPP atau Setiausaha Agung (dalam hal pemilihan parti)," tanya Jonson Chong, bekas Ketua Perhubungan Awam PKR. Anggota Parlimen Klang, Manikavasagam Sundaram yang juga calon naib presiden juga bimbang isu ini merosakkan nama baik PKR dalam memperjuangkan demokrasi di negara ini. Beliau mencadangkan agar tarikh tutup pencalonan ini dilanjutkan kepada 16 Oktober ini untuk memberikan keadilan kepada semua. Harakahdaily |
| 11 AJK Pemuda Pas Pendang letak jawatan? Posted: 12 Oct 2010 11:25 PM PDT Betul ka ni??? PENDANG – Seramai 11 Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas Kawasan Pendang dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan masing-masing 28 September lalu sebagai tanda menyokong dan bersama dengan bekas Yang Dipertua Pas kawasan, Abdul Rahim Abdul Rahman meletak jawatan bersama 14 Ahli Jawatankuasa Pas kawasan yang lain.Seorang daripada ahli kumpulan itu berkata, surat peletakan jawatan mereka telah dihantar kepada Ketua Pemuda Pas Kawasan Pendang, Ibrahim Sofian. "Kami membuat keputusan itu kerana begitu menghormati dan mahu bersama dengan Tok Guru (Abdul Rahim). Ini juga tanda sokongan kami kepada beliau," katanya. Menurutnya, meskipun meletak jawatan, mereka tidak akan meninggalkan Pas malah akan terus memberi sokongan kepada Pemangku Yang Dipertua Pas kawasan, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul. "Walaupun bagi kami beliau (Mohamed Taulan) tidak akan setanding dengan kepimpinan Tok Guru, kami akan terus menyokong beliau sebagai pemimpin parti. Kami cuma tidak mahu memegang jawatan," katanya. Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian untuk diminta mengulas perkara itu, bagaimanapun menolak daripada memberi sebarang kenyataan atas alasan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. "Cukuplah apa yang sudah dilaporkan sebelum ini. Saya tak mahu keruhkan lagi keadaan Pas di Pendang ini," katanya. Pada 6 Oktober lalu, mesyuarat jawatankuasa Pas Pendang meluluskan peletakan jawatan 14 ahli jawatankuasanya termasuk Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan Setiausaha Pas kawasan. Sinar Harian |
| 'Datuk' Ibrahim Ali dilucut Sultan Kelantan Posted: 12 Oct 2010 09:27 PM PDT Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik. Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan. Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra. "Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail. Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka," katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini. Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi. "Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku," katanya. Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka. Malaysiakini |
| Buang Bayi : Ali Rostam.. belajarlah dari PAS Kelantan. Posted: 12 Oct 2010 08:34 PM PDT Di samping memberi perlindungan kepada remaja hamil dan mengatasi masaalah buang bayi yang semakin berleluasa kini, Ali Rostam ataupun juga dikenali sebagai Ali Rooster oleh sesetengah pihak telah mencadangkan agar ditubuhkan sekolah khas.Sekolah itu yang dikenali sebagai ''sekolah harapan'' akan berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan ianya telah dibuka 17 September lepas, kini menempatkan sembilan remaja yang sedang hamil. Pada 6 Oktober lalu sekolah itu telah menyambut kelahiran bayi pertama - lelaki seberat 3.6 kilogram. Sebenarnya tujuan Ali Rostam itu memanglah baik namun begitu ianya tidak bersifat menghalang sama sekali gejala seks bebas dan hamil diluar nikah. Ali Rostam seolah-olah merelakan perkara begini terus berlaku. Kenapa Ali Rostam tidak mahu memikirkan bagaimana untuk menghalang gejala tersebut dari terus berleluasa? Jika Ali Rostam hanya mampu berfikir untuk membendung gejala buang bayi, beliau harus belajar dari kerajaan negeri Kelantan, bagaimana pula untuk menghalang terhasilnya anak luar nikah.. PAS Kelantan kuat kuasa larangan remaja masuk hotel 2010/10/13 KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan akan menguatkuasa larangan remaja lelaki dan perempuan berusia bawah 18 tahun tanpa diiringi ibu bapa atau guru, mendaftar masuk hotel dan rumah penginapan bagi membendung gejala negatif. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata disebabkan tiadanya larangan seperti itu, berlakunya gejala maksiat dan gadis menggugurkan anak sebagaimana berlaku di sebuah pusat peranginan di negeri ini baru-baru ini. Beliau berkata, pihaknya sudah membawa cadangan ini kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mengambil tindakan mengenai perkara ini dan kini sudah mendapat perhatian Exco PBT. "Kerajaan negeri mendapati, kebanyakan hotel dan rumah penginapan bebas membenarkan remaja sama ada lelaki atau perempuan bawah 18 tahun membuat pendaftaran masuk untuk menginap walaupun tanpa diiringi ibu bapa atau guru mereka. "Apabila mereka bebas berbuat demikian, maka wujud perbuatan maksiat sehingga berlakunya kejadian pelajar membuang anak. "Kerajaan negeri berharap akta ini akan dikuatkuasakan segera memandangkan golongan terbabit kini bebas mendaftar masuk di hotel," katanya. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai Dewan Rakyat meluluskan pindaan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan), yang melarang remaja perempuan berusia bawah 18 tahun tidak dibenarkan bekerja di hotel, bar, restoran, rumah penginapan atau kelab, kecuali dimiliki keluarga sendiri. Pindaan akta itu bertujuan memastikan golongan berkenaan tidak dieksploitasikan sehingga mengganggu pendidikan, kesihatan dan keselamatan mereka. Ditanya mengenai Dewan Rakyat meluluskan pindaan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) itu, Wan Ubaidah berkata, kerajaan negeri menyambut baik langkah berkenaan kerana ia mampu membendung gadis terjebak dalam gejala tidak sihat terutama yang bekerja di hotel atau rumah penginapan. Berita Harian Online |
| Kes Bunuh Sosilawati: Empat suspek didakwa Posted: 12 Oct 2010 07:48 PM PDT BANTING, 13 Okt — Selepas genap sebulan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga yang lain disahkan mati dibunuh dengan kejam dan penuh tragis di Ladang Gadong di sini, empat suspek hari ini menghadapi tuduhan membunuh mereka.Empat suspek itu termasuklah seorang peguam adik-beradik — N. Pathmanabhan, 41, yang ditahan untuk siasatan awal bulan lalu. Keempat-empat mereka didakwa di Mahkamah Majistret Banting di sini sebentar tadi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Tiga tertuduh lain ialah T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Kathavarayan, 30. Ketiga-tiga mereka ini dipercayai pekerja kepada peguam berkenaan. Kesemua mereka mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan. Pertuduhan terhadap Pathmanabhan, dibacakan dalam bahasa Melayu manakala pertuduhan terhadap tiga yang lain dibacakan dalam bahasa Tamil. Kesemua mereka didakwa membunuh Datuk Sosilawati dan 3 yang lain di antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos lalu. Terdahulu, peguam kepada peguam adik-beradik itu Ravi Nekoo berkata, mereka didakwa 9 pagi ini di Mahkamah Majistret di sini. Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh dua peguam adik-beradik dan seorang suspek terhadap perintah lanjutan tahanan reman mereka yang diperoleh polis berhubung kes ini. Sosilawati (gambar) bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting atas urusan pembelian tanah. Pada 6 September, dua kereta iaitu BMW M5 dipercayai milik Sosilawati, ditemui di parkir kenderaan Pangsapuri Angsana, USJ 1, manakala BMW 5 series milik Ahmad Kamil pula dijumpai berhadapan sebuah rumah teres yang terletak berhampiran sebuah hotel di sini. Misteri kehilangan keempat-empat individu terbabit terungkai pada 12 September apabila pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dalam satu sidang akhbar, mengesahkan kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibakar, manakala abunya dicampakkan ke sebatang sungai berhampiran. Mohd Bakri berkata ekoran perkembangan terbaru itu, seorang peguam bergelar "Datuk", adik lelakinya, dua wanita bersama empat yang lain, termasuk pekerja ladang itu, ditahan Beliau berkata kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati, dan mayat mereka dibakar. Kesemua mereka yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kemudian ditahan reman selama tujuh hari di Balai Polis Bukit Jalil, dengan tangkapan pertama ke atas peguam dan adik lelakinya pada 9 September, lima individu lagi pada 10 Sept dan seorang lelaki pada 12 September lepas. Penahanan reman kesemua suspek itu ternyata memberi ruang kepada pasukan forensik melakukan siasatan secara terperinci, termasuk mencari bukti yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi tersebut. Antara bahan bukti yang ditemui di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut dan beberapa lokasi lain adalah tulang-temulang, gelang emas, jam tangan, zink dan rambut, dipercayai milik mangsa. Pejabat guaman milik Datuk berkenaan turut digeledah bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan yang membawa kepada pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata suspek utama siasatan kes pembunuhan itu turut dikaitkan dengan beberapa kes orang hilang, pembunuhan dan jenayah komersial di daerah Kuala Langat. Beliau berkata suspek utama itu yang turut disiasat berhubung kes kehilangan ahli perniagaan dari Chennai, India, Allal Kanthan Muthuraja yang tiba di negara ini pada 18 Januari lepas. Khalid berkata peguam tersebut juga disyaki mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita di Banting tahun lepas. Akhbar melaporkan bahawa wanita itu T.Selvi, 44, isteri seorang pemilik bengkel kenderaaan, dipercayai dibunuh ekoran perselisihan faham mengenai urus niaga pinjaman wang yang melibatkan peguam itu. Beliau berkata polis menerima tujuh laporan jenayah komersial terhadap peguam itu, antaranya kes pecah amanah dan penipuan jual beli tanah sejak 2005, yang melibatkan kerugian sebanyak RM7.1 juta. Kertas siasatan berhubung kes itu kemudian dihantar kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada 21 September lepas, namun dipulangkan kepada polis sehari selepas itu, untuk dilengkapkan termasuk menyertakan laporan DNA. Penahanan reman ke atas semua suspek pula dilanjutkan beberapa kali bagi membantu siasatan berhubung laporan kes kehilangan beberapa individu lain di sekitar daerah itu, yang dikaitkan dengan peguam bergelar Datuk. Suspek itu turut disiasat bagi kes kehilangan kontraktor dari Sungai Petani, Kedah iaitu Shafik Abdullah, 37, dan seorang rakannya. "Empat orang didakwa, dan seorang daripada mereka adalah peguam," kata beliau ketika dihubungi pagi ini. The Malaysian Insider difahamkan beberapa suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Banting sekitar 8 pagi tadi. Malah, difahamkan kes itu jika disebut hari ini akan dibuat permohonan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. The Malaysian Insider |
| 215 Ahli Keluar PKR.. UMNO Berbohong lagi... Posted: 12 Oct 2010 09:22 AM PDT Lidah rasmi UMNO ataupun Utusan hari ini telah melaporkan 215 bekas ahli PKR Ranting Lepar Utara sertai UMNO.. Laporannya seperti berikut.. 215 bekas ahli PKR Ranting Lepar Utara sertai UMNO 12/10/2010 3:30pm KUANTAN 12 Okt. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Lepar Utara dekat sini lumpuh apabila 215 ahli parti itu hari ini menyertai UMNO kerana hilang kepercayaan kepada pucuk kepimpinan parti tersebut.Serentak itu, PKR Ranting Lepar Utara secara rasminya dibubarkan berikutan semua ahlinya menyertai UMNO. Penyerahan borang keahlian UMNO disampaikan oleh wakil kumpulan tersebut, Abdul Rahim Darus, 61, kepada Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman di pejabat UMNO di sini hari ini. – Utusan Beritanya telah disiarkan pula oleh Buletin Terkini TV3.. Apakah benar apa yang mereka laporkan itu? Atau sekadar propaganda menjelang PRK DUN Galas? Ini jawapannya yang menafikan laporan dari Media-media UMNO itu, jawapan dari pemimpin PKR Pahang yang terkejut dengan berita itu.. Ahli PKR Cabang Paya Besar Keluar Parti Ialah Satu Lagi Pembohongan UMNO KUANTAN, 12 Okt [6.00 pm] - Puak-puak UMNO Pahang nampaknya semakin terdesak dan ketandusan idea, apabila membuat propaganda kononnya seramai 215 orang ahli PKR Cabang Paya Besar telah bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini.Kes berkenaan telah disiarkan dalam Berita Terkini TV3 jam 4.00 petang tadi. Ia telah mengejutkan ramai pihak dan seolah-olah menggambarkan rakyat sudah mula menolak Parti Keadilan itu sendiri. Kami cuba mendapatkan maklumar lanjut berkenaan isu ini dan telah berjaya membongkarkan beberapa penipuan yang telah dilakukan oleh puak-puak UMNO Paya Besar tentang hal berkenaan. Menurut salah seorang pemimpin PKR Pahang yang dihubungi mengatakan bahawa mereka tidak terkejut dengan laporann berkenaan kerana itu sahajalah cara UMNO ingin menagih simpati rakyat kepada mereka. "Sungguh melucukan, wakil kumpulan berkenaan iaitu Abdul Rahim Darus sebenarnya bukanlah ahli PKR.. tetapi ahli UMNO tegar di Lepar Utara. Malah keahlian PKR di ranting itu hanyalah sekitar 115 orang, maka bagaimana mereka melaporkan ada 215 orang keluar parti", katanya. Malah beliau tidak terkejut dengan tindakan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman (foto) itu. "Beliau merupakan pemimpin yang talam dua muka. Selama ini beliau adalah orang yang banyak membocorkan rahsia kerajaan negeri, UMNO dan Felda kepada parti pembangkang. Ketika namanya merudum akibat krisis dengan MB ketika itu, beliau sering berhubung dengan pemimpin PKR untuk memaklumkan tentang banyak perkara termasuk isu Felda. Mungkin Tajuddin kini agak seronok untuk mengampu Dato' Nan dan juga Tengku Razaleigh Hamzah susulan pilihanraya kecil DUN Galas tidak lama lagi. Malah, beliau pernah membawa Ku Li ke Paya Besar satu ketika dulu. Maka itu kita tidak hairan beliau sanggup menipu hal ini", tambah beliau lagi. Malah menurut pemimpin terbabit, ketika ditolak oleh MB Adnan Yaakob dulu Tajuddin terpaksa merintih simpati rakan-rakan dari kalangan parti pembangkang. Banyak maklumat sulit telah disalurkan untuk dihebahkan oleh pembangkang. Malah, isu Felda bangkrap yang hangat diperkatakan sekarang ini juga antara rahsia sulit yang telah didedahkan kepada pembangkang. "Pendek kata Tajuddin adalah Spy UMNO yang bertanggungjawab dalam pendedahan tersebut. Kami difahamkan kini hubungannga dengan MB telah kembali pulih, dan beliau juga telah mendapat projek bernilai jutaan ringgit yang ditawarkan oleh Adnan di kawasan Rompin. Maka itu, inilah masanya dia ingin memulihkan kembali imejnya di mata rakyat. Dengan membuat pembohongan kononnya 215 orang ahli PKR sertai UMNO, ia seolah-olah meningkatkan kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi parti terhadap dirinya" tambahnya. Kami difahamkan, PKR Pahang tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab ini. Pahang Daily Online |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Tiada ulasan:
Catat Ulasan