MiLo SuaM |
- Saiful, Rahimi dan Papagomo dimakan sumpah!
- Katak Zahrain rupanya dalang Memo kepada Anwar
- Pesawat F16 milik thailand terhempas
- Pasar Chow Kit Terbakar 20 gerai musnah
- Ali Rustam ajak pembangkang berdebat tapi lari
- PRK Batu Sapi, Calon bebas dah ambil borang
- Cuti bersalin 90 hari Najib menipu kaum wanita!
| Saiful, Rahimi dan Papagomo dimakan sumpah! Posted: 18 Oct 2010 04:57 PM PDT ![]() Jadi batu kerana sumpah KUALA LUMPUR, 19 Okt, Tiga orang individu yang pernah dikaitkan dengan konspirasi fitnah liwat 2 ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini ditemui menjadi batu dalam keadaan tertonggeng bersebelahan dengan mangkuk singki di tandas sebuah pasaraya di sini hari ini. Mereka yang dikenali dengan nama Saiful Bukhari Azlan, Rahimi Osman dan seorang blogger kerajaan yang menggunakan nama pena Papagomo dipercayai sudah termakan sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan kira-kira setahun yang lalu. Jurucakap Polis Selangor Najib Tun Razak ketika dihubungi telah mengesahkan indentiti mangsa berdasarkan kepada kad pengenalan yang ditemui di celahan punggung mangsa. Orang ramai yang hadir di tempat kejadian menyatakan rasa hairan terhadap fenomena yang jarang berlaku itu. "Inilah akibat suka bersumpah, tapi sumpah dusta" Kata seorang penduduk yang enggan namanya didedahkan media. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan mengambil alih tugas untuk menanam ketiga-tiga mangsa di Tanah Perkuburan Islam yang berdekatan memandangkan mangsa adalah manusia semasa hayatnya belum menjadi batu. Terdapat Fatwa dari 40 ulama kerajaan yang mewajibkan mereka ini ditanam di kubur cina. Walau bagaimanapun perkara itu masih lagi di dalam perbincangan. ReJaM© "Kesian mangsa, muda-muda dah jadi batu!" |
| Katak Zahrain rupanya dalang Memo kepada Anwar Posted: 18 Oct 2010 02:50 PM PDT Isu berkenaan Memo yang dihantar kepada Anwar Ibrahim menggesa beliau bertaubat dan meletak jawatan. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Amir Md Ghazali menafikan bahawa 60 ahli AMK negeri itu dan juga dari Perak terlibat di dalam penyerahan memorandum kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari penamaan calon di ibu pejabat parti Sabtu lalu. Menurutnya, dakwaan 60 individu tersebut yang mengaku ahli AMK adalah sebagai satu pembohongan dan fitnah yang sengaja direkacipta. ![]() Selain itu, jumlah yang dilaporkan oleh media adalah tidak logik sama sekali.Ini kerana berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh AMK Pulau Pinang, mereka mendapati hanya lima sahaja individu yang terlibat dan bukannya 60 orang seperti yang dilaporkan kebanyakan media. "Mereka ini pula adalah ahli yang telah dipecat. Salah seorang dari mereka adalah anak kepada petugas bekas Ahli Parlimen Bayan Baru yang masih setia dengan Ahli Parlimen tersebut, " jelas Amir ketika ditemui pada majlis meraikan 105 jemaah haji oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini semalam. Kata Amir lagi, provokasi yang dilakukan ini adalah sebagai satu helah untuk meraih sokongan masyarakat menjelang pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi. "AMK Pulau Pinang begitu kesal dengan tindakan pihak tersebut yang sengaja menggunakan nama AMK dengan niat jahat dan berbentuk provokasi semata-mata memberi pandangan serong terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kami AMK Pulau Pinang, tetap menyokong dan berdiri teguh dibelakang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana yakin dengan kredibiliti dan kepimpinan yang dibawa oleh beliau kearah reformasi politik baru dalam negara ini, " ujar beliau lagi. Sehubungan itu tindakan tegas akan diambil selepas ini bagi mempertahankan nama baik AMK Pulau Pinang dari terus dicemari dan dipermainkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab serta mempunyai kepentingan politik yang didalangi oleh pihak tertentu. ReJaM© |
| Pesawat F16 milik thailand terhempas Posted: 18 Oct 2010 02:31 PM PDT ![]() BANGKOK 19 Okt. - Sebuah pesawat pejuang F16 milik tentera udara Thailand terhempas ketika menjalani latihan di satu kawasan berbukit sebelah utara negara itu mengakibatkan juruterbangnya terkorban. Seorang jurucakap Polis berkata, keempat-empat pesawat tersebut berlepas dari pusat udara Thailand sebelum salah satu daripadanya gagal dikesan oleh radar. Jurucakap polis, Major Jeneral Chamlong Nomsien berkata, pesawat tersebut adalah sebuah daripada empat buah pesawat milik Tentera Udara diRaja Thailand yang mengambil bahagian dalam satu latihan semalam. - AP CiLiK© |
| Pasar Chow Kit Terbakar 20 gerai musnah Posted: 18 Oct 2010 09:21 AM PDT ![]() Malam tadi ada seorang kawan memberitahu belaku kebakaran di Pasar Chow Kit Kuala Lumpur. Baru sekejap ReJaM© terbaca di Utusan Malaysia tentang berita Pasar Chow Kit di Kuala Lumpur Terbakar Malam tadi. Berikut laporan Utusan Malaysia. KUALA LUMPUR 18 Okt — Kira-kira 20 buah gerai yang menjual barangan harian di dalam pasar basah Chow Kit di sini, hangus dalam satu kebakaran malam ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata antara gerai yang terlibat dengan kebakaran itu adalah gerai menjual barangan plastik, pakaian dan barang harian lain. Beliau berkata bomba yang tiba empat minit kemudian berjaya memadamkan keseluruhan kebakaran itu yang bermula pada pukul 9 malam, dengan bantuan 52 anggota dan sembilan jentera antaranya dari Balai Bomba Chow Kit, Jelatek, Pudu dan Setapak termasuk satu jentera dari bahagian Forensik. Punca kebakaran masih dalam siasatan tetapi menurut salah seorang saksi, beliau nampak kebakaran itu berlaku dari salah sebuah gerai yang menjual daging sejuk beku. Semasa mengawal kebakaran juga, beliau melihat satu letupan kecil berlaku dari sebuah peti ais gerai menjual daging sejuk beku itu. Azizan berkata langkah berjaga-jaga juga diambil untuk mengelak daripada kebocoran gas ammonia juga diambil, katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Tindakan pantas bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke 30 gerai lain di dalam pasar itu. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, katanya sambil menambah kerugian dianggarkan ribuan ringgit.— BERNAMA ReJaM© "Syukurlah tiada kemalangan jiwa" |
| Ali Rustam ajak pembangkang berdebat tapi lari Posted: 18 Oct 2010 07:55 AM PDT ![]() Sebelum ini Ali Rustam memeranjatkan semua orang apabila dengan lantang mengajak pihak PAS berdebat dengannya secara terbuka berhubung isu Sekolah Termengandung Ali Rustam (STAR). Malah beliau juga ingin debat itu disiarkan oleh media arus perdana. Pihak PAS yang sememangnya menunggu saat itu menyifatkan ianya sebagai "pucuk dicita ulam mendatang" bagai "Mengantuk disorongkan bantal". namun sehingga kini Ali Rustam masih membisu. MELAKA, 18 Okt: PAS Negeri Melaka sehingga kini masih belum mendapat sebarang maklum balas dari Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam isu debat mengenai sekolah mengandung. Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (gambar) dalam jawapan spontan sedia berdebat dengan Ketua Menteri Melaka berkaitan isu penubuhan Sekolah Harapan. Menurutnya, PAS menerima cabaran debat dan bersedia pada bila-bila masa dan di mana sahaja untuk menerangkan kebenaran kepada rakyat. Beberapa orang rakyat yang ditemui kesal dengan sikap Mohd Ali yang seolah-olah takut untuk berdebat sedangkan beliau sendiri yang mencadangkan mengenainya. Haji Jaya Mohamad, 65, dari Bukit Katil berkata, apa yang hendak ditakutkan kerana perdebatan itu adalah untuk mencari kebenaran, bukannya atas emosi dan kepentingan diri. "Kita mesti berbincang dan berdebat dalam sesetengah isu untuk mencari kebenaran bukannya untuk tunjuk pandai," ujar beliau. ReJaM©"Senyap je takutlah tu!" |
| PRK Batu Sapi, Calon bebas dah ambil borang Posted: 18 Oct 2010 07:33 AM PDT ![]() Nampaknya Calon Bebas telah memulakan langkah pertama mewujudkan bahang PRK Batu Sapi. Dijangka pertandingan sengit di antara calon BN dan Pakatan Rakyat. KOTA KINABALU 18 Okt. - Borang pencalonan untuk pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi mula dijual hari ini, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah, Datuk Mohd. Idrus Ismail. Beliau berkata, setakat ini seorang individu telah membeli dua keping borang tersebut yang berharga RM20 sekeping. "Dia datang sebagai bebas dan bukan dari mana-mana parti," katanya kepada pemberita di sini selepas menyerahkan writ pilihan raya kepada Pegawai Pengurus pilihan raya kecil Batu Sapi, Mohamad Hamsan Awang Supain. Mengulas isu berkaitan, Mohd. Idrus berkata jumlah pengundi berdaftar yang digazetkan bagi kawasan Parlimen tersebut sehingga 9 Oktober lepas ialah 25,582 orang iaitu 24,047 pemilih biasa dan 1,535 pengundi pos. Beliau berkata, jumlah pengundi itu adalah berkurangan jika dibanding pada pilihan raya umum lepas iaitu 26,004 orang disebabkan faktor seperti kematian selain ada yang menukar kewarganegaraan. "Kali ini juga ada sedikit pengubahsuaian iaitu (kategori pengundi) adalah berdasarkan Bumiputera Islam (BI), Bumiputera Bukan Islam (BBI), Cina dan lain-lain. "Untuk Bumiputera Islam, jumlahnya adalah 15,099 orang mewakili 59.02 peratus, BBI seramai 689 orang (2.69 peratus), Cina seramai 9,737 orang (38.06 peratus), dan lain-lain seramai 57 orang (0.22 peratus)," katanya. - Bernama ReJaM© |
| Cuti bersalin 90 hari Najib menipu kaum wanita! Posted: 18 Oct 2010 01:44 AM PDT ![]() Macam biasalah Najib Razak ni memang kaki kencing, konon kerajaan baik hati bagi cuti bersalin 90 hari bergaji penuh, tapi kaum wanita kena tipu rupanya! Berikut kenyataan penjelasan budget 2011 yang lalu diumumkan oleh Najib tentang cuti bersalin. Menurutnya walaupun tiada pemberian bonus, kerajaan memberikan ganjaran lain yang memberi faedah kepada penjawat awam seperti cuti bersalin tidak melebihi 90 hari. Ini turut memberi faedah kepada guru wanita yang merupakan hampir 70 peratus daripada 400,000 guru di seluruh negara, katanya. "Cuti bersalin ini satu hadiah untuk kaum wanita. Tapi kalau tak nak ambil 90 hari pun boleh juga...itu terpulang kepada mereka," katanya. -Malaysianinsider Apa yang jelas sekali di sini kalau dahulu cuti bersalin hanya 60 hari namun penjawat awam dibenarkan cuti sebanyak 5 kali kelahiran, bermakna 60 hari x 5 kelahiran = 300 hari cuti bergaji penuh. Kali ini Najib spin sikit supaya kaum wanita rasa gembira, lihat baik-baik, Memberi fleksibiliti dengan menentukan cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari - Najib Kaum wanita dibenarkan cuti bersalin 90 hari tetapi dalam had 300 hari sahaja, maka sama sahaja dengan yang lama 300 hari juga sepanjang tugas penjawat awam! Najib memang kaki klentong! ReJaM©"Kaum wanita penjawat awam sabar ye... PRU depan kita tumbangkan kaki klentong nih!" |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan