Jumaat, 1 Oktober 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


PRK Galas, senjata UMNO makan tuan

Posted: 30 Sep 2010 05:04 PM PDT





Pagi-pagi ni baca surat khabar online di Sinar Harian, CiLiK© nak tergelak pulak baca kenyataan anak Tun Che Det si Mukhriz tu, di bawah tajuk besar "BN sedia jawab isu royalti minyak" dia kata,
"Kita yakin pada Pilihan Raya Kecil Galas ini kita akan dapat terus menjelaskan sebaik mungkin apa keadaan sebenarnya kerana yang kita lihat kerajaan negeri Pas di Kelantan khususnya kerap kali memutarbelitkan fakta dan mengelirukan rakyat yang akhirnya ianya sebenarnya menjadi isu politik semata-mata,"


Lepas tu dia kata lagi,

"Tengku Razaleigh mempunyai pengaruh yang besar di kawasan tersebut dan saya percaya itu dapat memberi kelebihan kepada kita,"


Kah kah kah, agaknya si Mukhriz ni dah nyanyuk agaknya, wei anak mamak! BN nak jelaskan apa dengan rakyat Kelantan? Korang dah rompak harta rakyat Kelantan lepas tu ko nak jelaskan pulak kat diorang? Pakai Engku Razaleigh pulak tu!

Si Mukhriz ni dah lupa ke siapa yang lantang sekali di dalam UMNO untuk memperjuangkan hak royalti rakyat Kelantan? Oh lupa bapak ko si Che Det ada bagi tau "MAMAK MUDAH LUPA!"


Lantak dialah dah nyanyuk sama macam bapak dia juga, jom kita layan gambar Mukhriz berdansa, kat bawah ni gambarnya klik untuk membesarkan image Kah kah kah




CiLiK©: Nak jelaskan isu BN rompak royalti Kelantan guna orang yang memperjuangkan hak royalti rakyat Kelantan? Ini namanya senjata makan tuan! Keh keh keh...

UMNGOK perbodohkan Mahasiswa

Posted: 30 Sep 2010 01:48 PM PDT





Bila cerita tentang Mahasiswa berpolitik, semua tahu ada akta yang melarang tindakan Mahasiswa dari menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti politik. Inilah kerajaan sengal dan bangang! Mahasiswa yang bijak pandai, dilarang berpolitik, dibiarkan orang-orang kampung yang hari-hari dijamu dengan media pengampu UMNGOK Be End untuk berpolitik! Mana negara nak maju! Golongan yang seharusnya diberi pendedahan, bakal pemimpin negara masa hadapan tidak dibenarkan terlibat dengan politik, apa punya akta lah ni?!!

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata, seksyen 15 Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) jelas menggariskan bahawa pelajar universiti dilarang terlibat atau menunjukkan sokongan terhadap mana-mana parti politik.


Sifirnya mudah, kalau dibiar Mahasiswa yang bijak pandai ni berpolitik, nescaya dari dulu lagi dah jahanam UMNGOK dan Be End. Orang-orang yang kurang bijak je yang boleh terpedaya dengan kerajaan pembohong! Pemimpin-pemimpin UMNGOK Be End dah nampak, kalau dibiarkan pelajar yang bijak-bijak ni berpolitik, maka Kerajaan bangang ni susah nak merompak harta negara, susah nak tipu orang kampung! Susah nak kembungkan perut diorang!

Bagaimana pula bila UMNGOK pulak yang terhegeh-hegeh menyelinap ke dalam kampus untuk kepentingan politik bongok mereka? Boleh pulak?! Inilah yang dinamakan kerajaan bangang milik orang-orang bangang! Di bawah ni bukti bagaimana UMNGOK menyelinap ke dalam Universiti Tun Hussin Onn Parit Raja. Korang klik lah baca sendiri untuk paparan yang lebih jelas.






CiLiK©: Selamat berkubur UMNGOK Be End

UMNGOK Juara Fitnah

Posted: 30 Sep 2010 01:29 PM PDT



Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukan Imej PAS-Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan. Tindakan cybertrooper Umno yang mengunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guang Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.

DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah. Demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat. Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.

Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno. Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP-Serdang-Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau. Ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam.
Dua hari lepas Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga manta Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.

Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS-Pakatan rakyat. DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat. Semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno. Semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno. Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun.


Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Bukti Amngok sedekah guna duit haram

Posted: 30 Sep 2010 01:05 PM PDT

Di bawah ini beberapa bukti bahawa UMNGOK dan Be End memang pemurah! Suka menderma kepada rakyat yang susah, anak yatim, ibu tunggal, dan bla bla bla. UMNGOK Be End ada funder besar untuk menabur budi kepada rakyat! Argh malaslah nak cerita, korang tengok sendirilah....

PERTAMA Zaman CHE DET



KEDUA ZAMAN PAKLAH


KETIGA ZAMAN NAJIB

SPORT TOTO dan STAFF derma pada anak yatim




CiLiK©

Ada bumi baru rupanya

Posted: 30 Sep 2010 12:53 PM PDT


LAKARAN artis menunjukkan planet Gliese 581g.


LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.

Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari.

Bintang itu diberi nama Gliese 581.

Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh.

Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.

Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.

Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.

Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut.

Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.

Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.

Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.

Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. - Agensi






CiLiK©

Kereta Saiful Bukhari azlan kena rembat!

Posted: 30 Sep 2010 04:37 AM PDT

Adakah kita akan menemui bukti-bukti baru tentang pembohongan Shy Fool daripada pencuri keretanya? kita tunggu dan lihat...

Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kereta Proton Waja miliknya dicuri malam semalam.

Kereta itu adalah hadiah daripada ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya pada 2004.

NONEMenurut Saiful Bukhari, kereta Waja berwarna perak itu disedarinya hilang ketika meletakkannya di Lorong Medan Tuanku, Kuala Lumpur malam tadi.

"Saya telah membuat laporan di balai polis Dang Wangi dan menyerahkan polis untuk menyiasat perkara itu.

"Saya sedang makan dan apabila kembali, saya sedari kereta saya hilang," katanya kepada Malaysiakini.

Saiful Bukhari berkata dalam mesej twitternya semalam, beliau memohon sesiapa yang menjumpai keretanya dengan nombor pendaftaran WLG9170 untuk menghubunginya atau pihak polis.

"Saya berdoa kepada Tuhan dan menyerahkan perkara itu kepada Allah," katanya di twitter.

Jadi tumpuan

Beklas pembantu Anwar itu menjadi tumpuan sejak 2008 apabila membuat dakwaan beliau diliwat ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Ini mengakibatkan perbicaraan ke atas Anwar yang terus berlangsung sehingga hari ini. Saiful telah memberi keterangannya sebagai saksi pertama dan juga telah disoal-balas oleh peguam Karpal singh.

azlanAntara pengakuannya adalah bahawa kejadian liwat itu berlaku di kondominium Desa Damansara dan dia bersama beberapa timbalan pendakwa raya dan peguam telah melawat lokasi berkenaan.

Perbicaraan juga dijadualkan diteruskan pada 14 Oktober ini dengan Dr Mohd Razali Ibrahim dari Hospital Kuala Lumpur yang pernah merawatnya, tampil untuk disoal-balas.

Saiful Bukhari juga mencuri tumpuan apabila didakwa menjalinkan hubungan dengan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif, yang merupakan anggota pasukan pendakwaan dalam kes liwat itu.

Sejak itu, peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah menggugurkan Farah Azlina daripada pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Meskipun dicabar oleh Karpal Singh, kedua-dua mereka, Farah Azlina dan Saiful Bukhari belum secara terbuka menafikan dakwaan hubungan mereka. Peguam kanan itu juga telah memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mengheret kedua-dua mereka supaya memberi keterangan tetapi hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menolaknya.



ReJaM©

Tiada ulasan: