Kelab Greenboc |
- Penulis Skrip Sandiwara "Pulangkan" Ditukar
- Semua Jari Menghala Ke arah Mahathir Terhadap Kepincangan Yang Berlaku
- Tertepek Ke Muka Sendiri: Father Of The Great Liars
- UMNO Berusaha Lagakan Ku Li Dan Nik Aziz
- Taktik Licik: Penjenayah Bijak Hapuskan Bukti
- "Pulangkan" Siri Kedua. Pulangkan Wang Gaji Anda Jika Haram
- Kejutkan Tonga Dan Sifu Di Galas, UMNO Pasti Terkangkang Dengan Isu Royalti
- Serigala Berkulit Bebiri. Konspirasi Azmin Jatuhkan MB Selangor Didedahkan.
- Usharani Selesai Beri Keterangan Kes Suaminya Yang Hilang
- Ku Li Pengarah Galas. Tak Sukar & Tak Gusar Untuk PAS Menang
- Sports Toto Sebar Berita Ada Yang Menang RM47j
- Sandiwara "Pulangkan" Banyak Kelemahan
| Penulis Skrip Sandiwara "Pulangkan" Ditukar Posted: 01 Oct 2010 12:55 AM PDT Warga emas kesal EXCO Pulau Pinang tuduh mereka sandiwaraKEPALA BATAS: Sekumpulan hari ini melahirkan rasa kesal terhadap seorang ahli EXCO kerajaan Pulau Pinang yang menuduh mereka bersandiwara dan dipaksa oleh pihak tertentu untuk memulangkan balik wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan negeri yang dilaporkan adalah daripada dana perjudian. Imam Masjid Pulau Mertajam, Saidin Chik, 72, berkata beliau kecewa dengan tuduhan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang Abdul Malik Abul Kassim yang mendakwa beliau dan rakan-rakanya berlakon menangis pada hari penyerahan wang ihsan berkenaan. "Tidak patut dia bercakap begitu kerana kami memang tak berlakon atau bersandiwara dan air mata yang keluar itu adalah perasaan yang lahir dari hati yang sangat sedih. "Air mata itu juga menunjukkan perasaan gembira dan puas kerana dapat memulangkan semula wang yang dikatakan daripada sumber haram," katanya kepada pemberita hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Abdul Malik semalam yang menuduh sekumpulan 40 warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara. Saidin, yang berkhidmat sebagai imam sejak 17 tahun lalu di masjid berkenaan, turut menafikan dakwaan kononnya kumpulan warga emas terbabit memulangkan wang ehsan itu kerana dipengaruhi pihak tertentu. "Kami tidak dipengaruhi oleh Umno atau sesiapa dan saya sebagai seorang imam tidak akan bercakap bohong. Abdul Malik yang juga seorang EXCO agama tidak patut menuduh tanpa usul periksa," katanya. Md Saat Md Safar, 70, yang turut memulangkan duit berkenaan pada satu majlis yang turut dihadiri setiausaha UMNO Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim pada Rabu lepas, berkata beliau berbuat demikian atas kerelaan hati dan tidak pernah dipaksa sesiapa. "Kenapa tuduh kami dipaksa, apa yang saya dan rakan-rakan lain buat itu adalah kerelaan hati selepas tahu wang itu dari sumber haram. Sebelum ini tidak tahu tetapi selepas tahu ia haram kami pulangkan semula," katanya. Azhar pula berkata, beliau sangat kecewa dengan kerajaan negeri yang memanipulasi isu berkenaan dan menuduh UMNO memaksa warga emas memulangkan semula wang terbabit. "Itu semua (sebak dan menangis) bukan lakonan dan UMNO sendiri tidak pernah paksa mereka untuk pulangkan wang, kalau tidak mahu pulangkan itu hak mereka. "Mereka yang pulangkan wang itu juga fikir soal agama serta akidah kerana bab agama bukan boleh buat main-main," katanya. - BERNAMA Ulasan GB Skrip sandiwara "Pulangkan" pada awalnya ditulis oleh wartawan Berita Harian yang membat liputan kisah "pemulangan wang ihsan RM100 dari warga emas" yang dikutip oleh ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim. Namun seperti yang GB utarakan sebelum ini, sandiwara itu penuh kecacatan sehingga kurang mendapat sambutan berbanding dengan dengan sandiwara "I'da World". Pada hari ini kita menyaksikan ada perubahan kepada penulis skrip sandiwara berkenaan. Ia kini ditulis oleh wartawan Bernama supaya "Pulangkan" dapat benar-benar meyakinkan penonton dengan lebih ramai setelah kedudukan "I'da World" merudum minggu ini. Apa-apa pun, seperti yang GB ulaskan di sini, Kerajaan negeri berhak untuk tuntut RM4 ribu yang kononnya dikatakan dipungut semula dari warga emas tersebut. Kalau pun betul wang itu pungutan dari warga emas, memang wajar YB Penaga itu perlu menyerahkan semula kepada Kerajaan Negeri. Jika tidak YB Penaga itu boleh ditahan dan ditangkap kerana menipu warga emas berkenaan dengan melarikan wang ihsan itu. Kalau wang itu bukan wang ihsan tetapi milik YB Penaga sendiri tetapi cuma dilakonkan saja, dia sepatutnya ditahan juga kerana menipu. Menunggu skrip dari Galas: Tonga Dan Sifu. Sama-sama kita nantikan. |
| Semua Jari Menghala Ke arah Mahathir Terhadap Kepincangan Yang Berlaku Posted: 01 Oct 2010 12:00 AM PDT Kepincangan Melayu Berpunca Dari Zaman MahathirAhli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata kepincangan yang ditanggung oleh bangsa Melayu kini adalah akibat kesan daripada dasar pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun yang mengangkat budaya kronisme dan nepotisme. Akhirnya kata Saifuddin, Dr Mahathir dan Umno telah menjahanamkan nasib dan masa depan orang Melayu serta kesucian agama Islam. "Yang jahanamkan orang Melayu bukannya orang Cina yang namanya Kit Siang, yang menjahanamkan agama kita bukannya Melayu, bukan Cina yang namanya Guan Eng, Karpal Singh, Sivarasa atau pun Tian Chua. "Dalil yang pertama, apakah betul Umno jaga agama? Orang Melayu di negara kita ini agamanya Islam. Berita yang terbaru tetapi dilaporkan akhbar antarabangsa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu meluluskan lesen judi kasino di Sabah. "Baru-baru ini kita lawan dia nak bagi lesen bola sepak kepada Tan Sri Vincent Tan. Bukan Najib bagi tapi Mahathir bagi. Dua tiga minggu sebelum Mahathir berhenti dia bagi lesen judi tersebut," jelas beliau. Beliau berucap pada ceramah umum di Kedai Buluh, Marang, Jumaat lalu ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mengugut kononnya Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum akan datang Menurut Saifuddin, selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Perdana Menteri, Vincent Tan telah datang berjumpa dengan beliau meminta lesen judi kerana Dr Mahathir telah memberikan kelulusan untuk lesen judi bola sepak tetapi ditolak kerana takut akan dipersoalkan oleh PAS. Katanya lagi, perkara itu didedahkan dalam sebuah buku oleh seorang penulis dari Singapura yang mempunyai pengalaman 25 tahun mengikuti perkembangan politik di Malaysia khususnya Umno. "Ketika buku itu pada mula diterbitkan, Umno tidak benarkan buku itu dijual di Malaysia. Hari ini pula, seorang pelukis kartun, Zunar pula ditangkap kerana ingin melancarkan buku kartunnya. Dia kena tangkap, bukunya kena rampas. Kartun pun Umno takut sekarang ini," ujar beliau. Beliau menegaskan Umno yang beria-ia ingin meluluskan lesen judi bermula zaman Dr Mahathir, kini diteruskan pula di zaman Datuk Seri Najib Razak. Justeru itu katanya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencabar Najib supaya berterus terang menyatakan pendiriannya berhubung isu lesen judi yang mahu diluluskan sedangkan dalam Islam hukumnya jelas haram. -SK
Ulasan GB Semua sudah buka mata buka mulut. Semua jari menunjuk ke arah Tun Dr Mahathir. GB telah lebih awal menyatakan: Nyanyuknya Menjadi-jadi Sekalipun Kubur Dah Kata Mari Dan kini GB difahamkan TDM terlantar di katil kerana dilaporkan tidak sihat. Kita sudah menyatakan sebelum ini bahawa Mahathir sepatutnya sudah wajar benar-benar bersara. Membersihkan diri demi menghadapi Rabbul-Jalil pada bila-bila masa dan supaya rohnya bisa tenteram di alam barzakh nanti. Kalau degil juga, saksikanlah Ya Allah, bahawa kami telah menyampaikan seruanMu. |
| Tertepek Ke Muka Sendiri: Father Of The Great Liars Posted: 30 Sep 2010 08:30 PM PDT Wang ihsan: Umno minta Loke jangan 'bising', bukan orang Pulau PinangKUALA LUMPUR, 1 Okt — Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan Ketua Pemuda Sosialis DAP Loke Siew Foo tidak mempunyai hak untuk bersuara dan campur tangan dalam isu wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipersoalkan pihaknya. "Beliau (Loke) tiada hak untuk bercakap soal ini (wang ihsan), beliau orang luar bukan rakyat Pulau Pinang. "Lagipun ini hal rumah tangga rakyat Pulau Pinang, jadi biar rakyat dan Ketua Menteri (Lim Guang Eng) sahaja yang terlibat," kata Reezal kepada The Malaysian Insider. Isu ini dilihat sebagai serangan terbaru Umno-BN terhadap pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Tambahnya, sebagai anak kelahiran Pulau Pinang beliau mempunyai hak untuk membawa rintihan rakyat di negeri itu. "Saya bercakap sebagai seorang rakyat Pulau Pinang dan apa yang saya cuba bawa ini adalah rintihan rakyat," katanya lagi. Reezal berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Loke yang mengatakan bahawa beliau buta maklumat dan hipokrit apabila mempersoalkan skim wang ihsan dengan mendakwa ia bersumberkan hasil judi. Loke berkata buat masa ini sebahagian hasil kerajaan persekutuan juga adalah hasil judi dan ia bukan perkara baru. Kata beliau, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan. Beliau memberitahu berdasarkan pada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh kerajaan persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Menurut Loke, bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara. Sebelum ini Pemuda Umno negeri mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri itu. Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut. Dalam kenyataannya selepas itu, Lim yang mengakui menerima sumbangan tersebut berkata ia digunakan bagi program membasmi kemiskinan tegar dengan menerimanya adalah bukan Islam, bukan untuk penghargaan warga emas. Tambah Reezal, tindakan Lim yang berdolak-dalik dalam memberikan jawapan telus mengenai isu ini seolah-olah membuktikan dakwaan tersebut adalah benar. "Sebelum ini saya minta supaya Ketua Menteri jelaskan mengenai isu wang ihsan ini tapi apa yang saya terima adalah satu penafian yang begitu sombong dibuat Ketua Menteri. "Ketua Menteri cakap wang ihsan ini bukan hasil wang judi tapi bila disiasat kita dapati beliau berbohong. "Jadi saya minta supaya beliau jawab dengan telus perkara ini dan jangan nak cuba tukar topik lain pula," katanya. Kelmarin, seramai 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda. Kumpulan itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri. Ulasan GB Kini terbukti nyata bahawa: The Father of the great liars is none other than Reezal Merican Naina Merican himself. Dah tersepit, tak boleh nak jawab. Filem sandiwara lakonan Ketua Penerangan Pemuda Umno ini walau bagaimanapun tidak begitu mendapat sambutan kerana Reezal Merican tidak berkarisma untuk memegang watak hero. Ulasan sebelum ini di: Songkok tinggi-tinggi bodoh bertingkat-tingkat. |
| UMNO Berusaha Lagakan Ku Li Dan Nik Aziz Posted: 30 Sep 2010 07:50 PM PDT Pertempuran Personaliti Ku Li Dan Nik Aziz Di GalasKUALA LUMPUR: Keputusan pucuk pimpinan Nasional (BN)memilih pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya parti bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan datang dialu-alukan oleh parti komponen BN dan penganalsis politik. Mereka yakin personaliti utuh anggota Parlimen Gua Musang itu akan menjadi faktor utama yang dapat membantu BN merampas semula kerusi DUN Galas, berdasarkan rekod baik dan pengaruh beliau di kawasan itu. Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Dr P. Sivamurugan berkata bagi memenangi semula sokongan kepada BN di Galas, tiga puak dalam Umno Kelantan perlu memberikan sokongan padu kepada Tengku Razaleigh. "Mereka perlu menggunakan strategi Manik Urai, iaitu hanya ada satu pasukan," katanya semasa dihubungi pada Khamis. Sivamurugan berkata walaupun Tengku Razaleigh mendapat sokongan padu daripada partinya di Gua Musang, beliau masih perlukan sokongan pemimpin Umno negeri seperti pengerusi badan perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed, bekas pengerusinya Tan Sri Annuar Musa dan timbalan pengerusi sekarang Datuk Dr Awang Adek Hussein untuk membantu beliau sebagai pengarah pilihan raya. "Jika mereka ini tidak memberikan sokongan padu kepadanya, dengan itu agak sukar bagi Tengku Razaleigh walaupun beliau merupakan ikon di kawasan itu," katanya. Tengku Razaleigh menjadi Adun bagi Hulu Kelantan Barat pada 1969 dan kemudiannya anggota Parlimen Hulu Kelantan sejak 1974. Hulu Kelantan kemudiannya diubah nama kepada Gua Musang pada pilihan raya umum 1986. Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, dari PAS akibat barah usus pada 27 Sept.Dalam pilihan raya umum 2008, beliau memperoleh 4,399 undi, menewaskan Mohamad Saufi Deraman dari BN dengan majoriti 646 undi. Selain memilih Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya, pucuk pimpinan BN juga berkata mereka akan memilih calon setempat untuk bertanding di kerusi itu. "Dalam pilihan raya umum lepas, jumlah yang mengundi di kerusi ini agak tinggi, kira-kira 80 peratus ekoran kedua-dua pihak meletakkan calon setempat berwibawa. Bagaimanapun, satu-satunya masalah yang perlu ditangani BN ialah mengenai kemerosotan sokongan di kalangan bukan Melayu," kata Sivamurugan. Hakikatnya, katanya kegagalan BN mengekalkan kerusi itu pada 2008; pertama kali mereka tewas, adalah disebabkan kemerosotan sokongan daripada pengundi Cina kerana undi Melayu terbahagi antara Umno dan PAS. Menurut senarai daftar pemilih yang lepas, terdapat 10,330 pengundi di kawasan itu, 65.4 peratus Melayu, 22.3 peratus Cina, 10.5 peratus Orang Asli dan 1.8 peratus India. Kebanyakan masyarakat Cina tinggal di pekan Gua Musang. "Kaum Cina pasti akan terpengaruh dengan pilihan raya kecil ini. Oleh itu, strategi BN perlu menumpukan mengenai bagaimana mereka memenangi pilihan raya kecil Bagan Pinang, iaitu kerana faktor calon dan bukannya faktor parti," katanya. Bagaimanapun, Pengerusi Gerakan Kelantan Datuk Ng Chiang Chin berkata kemerosotan sokongan kaum Cina kepada BN di kawasan itu tidak boleh dipersalahkan bagi keputusan pilihan raya umum di kawasan itu. "Dalam pilihan raya umum lepas, keadaan agak huru-hara. Sebab itu kita menyaksikan penurunan sokongan kaum Cina. Bagaimanapun, dalam pilihan raya kecil kelak, dengan jentera yang lebih tersusun dan lebih bersedia, kita mempunyai peluang lebih baik," katanya. Walaupun Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya kecil itu, masih merupakan pertandingan yang sukar bagi BN ekoran beberapa isu. Seperti ditegaskan oleh Sivamurugan, isu utama ialah royalti minyak untuk Kelantan. "PAS pasti akan memainkan isu bagaimana Tengku Razaleigh menyokong kerajaan negeri pimpinan PAS itu dalam tuntutan bagi royalti minyak. "Sebab itu kenapa dalam pilihan raya kecil ini, kita bakal menyaksikan pertempuran personaliti antara Tengku Razaleigh dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik (Abdul) Aziz Nik Mat," katanya. -BERNAMA Ulasan GB Perlantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya UMNO BN bagi Galas dilihat sebagai usaha UMNO untuk "membalas dendam" kepada Ahli Parlimen Gua Musang tersebut ekoran kelantangan beliau menyebelahi kerajaan negeri Kelantan di dalam tuntutan royalti. Banyak pihak menyifatkan tindakan tersebut adalah tindakan desperate UMNO sehingga sanggup mengenepi TPM, Tan Sri Muhyiddin yang biasanya akan mengetuai jentera pilihanraya-pilihanraya kecil di pantai timur. Walau apa pun, GB sudah mengulas sebelum ini bahawa dengan satu isu sahaja, jika benar-benar dimenafaatkan oleh PAS, UMNO bakal terkangkang di Galas. |
| Taktik Licik: Penjenayah Bijak Hapuskan Bukti Posted: 30 Sep 2010 06:45 PM PDT Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kes bunuh dahulu dengan sekarang banyak perbezaan dari segi kaedah perlaksanaannya, kerana penjenayah kini semakin bijak menghapuskan bukti kejadian. "Jika dahulu, penjenayah hanya menikam mangsa untuk membunuh tetapi, trend itu telah berubah. "Sebagai contohnya kes membabitkan Sosilawati. Kita hadir di situ (ladang milik suspek utama di Ladang Gadong, Tanjung Sepat) bukan untuk berseronok tetapi untuk melakukan siasatan," katanya ketika memberi penerangan berhubung konsep 4P di Bukit Aman, semalam. Katanya, cara pembunuhan yang semakin rumit untuk dirungkaikan itu memerlukan siasatan yang lebih teliti bagi memastikan penjenayah itu dapat dihadapkan ke muka pengadilan. Sosilawati yang merupakan pengasas produk Nouvelles Visages bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shansudin, 44, peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu. Suspek mengakui mengikat, memukul, membunuh dan membakar kesemua mangsa, sebelum abunya dibuang ke laut. Suspek utama berusia 41 tahun yang ditahan juga dikaitkan dengan kes lain membabitkan saudagar batu permata dari India, Alall Kanthan Muthuraja, seorang kontraktor dari Kedah, Shafik Abdullah, 37, dan rakannya. "Kita sedang menyiapkan kertas siasatan dengan secepat dan sebaik mungkin. Kita jangka dalam tempoh masa terdekat," katanya pada sidang media selepas majlis penerangan 4P tersebut. -SH |
| "Pulangkan" Siri Kedua. Pulangkan Wang Gaji Anda Jika Haram Posted: 30 Sep 2010 05:52 PM PDT PULAU PINANG 30 SEPT : "Kalau Umno cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji yang diterima Adun Umno juga haram. Jadi, pulangkan duit gaji, jangan ambil," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas tindakan lebih 40 warga emas memulangkan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM100 berikutan propaganda media arus perdana, kononnya dana itu bersumberkan hasil judi. Bercakap kepada TV Selangor, Wei Aik menganggap Umno merampas hak warga emas beragama Islam apabila mendalangi usaha dengan 'memperbodohkan' mereka dengan menyebarkan propaganda tidak bersandar fakta. "Kesian mereka. Mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi jelas, Umno cuba merampas apa yang sepatutnya mereka dapat," kata ketika dihubungi dari Shah Alam, hari ini. Kenyataan beliau senada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim yang mengecam tindakan Umno menakut-nakutkan warga emas. . Wei Aik berkata kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana syarikat menghulur sumbangan baik badan korporat mahupun kelab lumba kuda tetapi dana itu diasing mengikut kategori. . "Bantuan ini terletak di bawah pegawai kewangan negeri. Mereka boleh mengasingkan sumbangan tanpa ada masalah", katanya yang kesal kerana warga emas disogok maklumat tidak tepat dan percaya ia didalangi pimpinan Umno. "Itu majlis yang diaturkan Umno. Tak adalah, mana boleh warga emas yang minta majlis macam itu. Ini memang didalangi mereka. Siapa yang membangkitkan isu ini terlebih dahulu? Umnolah," katanya lagi. -TVS
|
| Kejutkan Tonga Dan Sifu Di Galas, UMNO Pasti Terkangkang Dengan Isu Royalti Posted: 30 Sep 2010 10:30 AM PDT BN Jangka Isu Royalti Minyak Dibangkitkan Di Galas : MukhrizNILAI, 30 Sept (Bernama) -- UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan berusaha untuk menjelaskan sebaik mungkin isu royalti minyak yang mungkin ditimbulkan oleh PAS dalam kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas nanti, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. "Kita yakin pada pilihan raya kecil Galas ini kita akan dapat terus menjelaskan sebaik mungkin apa keadaan sebenarnya kerana yang kita lihat kerajaan negeri PAS di Kelantan khususnya kerap kali memutarbelitkan fakta dan mengelirukan rakyat yang akhirnya ianya sebenarnya menjadi isu politik semata-mata," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan kilang Astra Manufacturing Sdn Bhd di Mantin dekat sini pada Khamis. Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS kerana barah usus pada Ahad lepas. Mengenai pelantikan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya BN bagi pilihan raya kecil itu, Mukhriz berkata pelantikan itu sangat tepat memandangkan kerusi Galas terletak di kawasan Parlimen yang diwakili Tengku Razaleigh. "Tengku Razaleigh mempunyai pengaruh yang besar di kawasan tersebut dan saya kira dengan pengaruh itu ianya akan dapat memberi kelebihan kepada kita," katanya. -- BERNAMA
Ulasan GB Mukhriz resah gelisah jika isu royalti dibangkitkan di dalam PRK Galas. Bukan sahaja isu itu boleh menyatukan selruh rakyat Kelantan menentang UMNO BN, malah isu juga itu juga akan memerangkap Pengarah Pilihanraya UMNO BN, Tengku Razaleigh Hamzah yang selama ini vokal dan tegas memperjuangkan hak negeri Kelantan terhadap royalti minyak. Beliau (Mukhriz) sedar bahawa UMNO BN bakal terkangkang apabila saja isu royalti dikemukakan di Kelantan. Kerana beliau tahu bahawa isu tidak mungkin boleh dijawab oleh mana-mana menteri dan pemimpin UMNO BN.Justeru itu, PRK GALAS: Masa terbaik royalti diperjuangkan. Pakai baju merah ini di Galas nanti. Kejutkan Si Tonga dan Si Sifu dan suruh mereka keluar beramai-ramai tuntut royalti minyak. |
| Serigala Berkulit Bebiri. Konspirasi Azmin Jatuhkan MB Selangor Didedahkan. Posted: 30 Sep 2010 07:25 AM PDT Konspirasi Azmin jatuhkan Khalid?Seorang bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR hari ini mendedahkan perbualan telefon tentang 'konspirasi' untuk menumbangkan Menteri Besar selangor oleh pesaingnya, Azmin Ali. Ng Lam Yong, salah seorang veteran parti dan pengasas parti menyifatkan pendedahan beliau seperti 'Lingam-gate', dan meminta kepimpinan parti menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat kes ini. "Sepuluh hari lalu, saya menerima sebuah CD dari penghantar yang tak dikenali melalui pos." jelasnya. CD tersebut mengandungi rakaman perbualan telefon diantara dua lelaki sepanjang kira-kira 10 minit. "Dalam perbualan tersebut, Ramlan (Abu Bakar), Presiden Reformis, yang mengetuai protes 'Skuad bogel' dihadapan pejabat Menteri Besar Selangor, memberitahu bahawa dia di arahkan oleh Azmin untuk menjatuhkan Khalid." Ng memberitahu, dan menambah bahawa dia mengecam suara Ramlan tetapi tidak mengenali suara lagi satu. "Ramlan juga mengakui kepada indidivu tersebut bahawa dia dijanjikan ganjaran yang merupakan sebuah lot berniaga di pasar malam dari Azmin. Ng memberitahu dalam sidang media tersebut. "Ramlan juga memberitahu bahawa Azmin telah membekalkan dokumen-dokumen tentang rasuah untuk menjatuhkan Khalid." Ng memberitahu, perbualan didalam Cd tersebut menunjukkan Azmin telah merancang untuk menjatuhkan Khalid sejak sekian lama. "Saya ingin bertanya Azmin: apakah tujuannya menggunakan Ramlan untuk melancarkan kempen terhadap Khalid sedangkan Khalid juga adalah ahli PKR dan Menteri Besar Selangor?" Walaubagaimanapun, Ng memberitahu dia tidak mempunyai niat jahat, dan menambah bahawa tujuan mendedahkan perbualan ini kepada umum adalah untuk menjelaskan keadaan demi kebaikan parti. "Saya masih lagi ahli parti dan sayang kepada parti. Saya tidak mau menghancurkan parti. Saya telah banyak berkorban sepanjang 10 tahun yang lalu." kata Ng, yang bertanding sebagai Calon Parlimen Tanjong Malim sebelum ini tetapi menolak untuk bertanding di Wangsa Maju pada tahun 2008. Beliau menambah, apa yang dilakukannya di Wangsa Maju (dimana Wee Choo Keong sekarang MP) sedangkan beliau sepatutnya menjadi MP menunjukkan bahawa dia bukan lapar kuasa. "Saya bukan gila kuasa. Saya disini atas kehendak diri saya sendiri dan tidak dipaksa atau dibayar oleh sesiapa pun." katanya. Dia menjelaskan sebab utama dia mendedahkan rakaman perbualan ini kerana mahukan parti membersihkan nama rakan-rakannya (termasuk Azmin dan Khalid) dengan mendedahkan is ini sebelum rakaman tersebut tersebar luas. "Semalam, Syed Husin Ali menghantar SMS kepada saya meminta dihentikan sidang media ini. Tetapi saya merasakan saya perlu meneruskannya. Saya tidak menuduh sesiapa. saya hanya mahukan penjelasan dan mahukan parti mengambil serius perkara ini." katanya. Ng juga menerima panggilan dari Naib Presiden Dr. Lee Boon Chye dan Tian Chua.
Ulasan GB GB telah lama menghidu hal ini dan telah menyatakan hal ini secara halus di SINI. GB tidak dapat menuduh secara pasti sebelum ini kerana tiada bukti. Hari ini Allah s.w.t. membenarkan firasat GB itu dengan pendedahan dari seorang veteran PKR, Ng Lam Yong. Petikan tulisan GB sebelum ini: Itu belum lagi diambilkira aduan-aduan penduduk Bukit Antarabangsa dan Gombak yang mengadu bermacam-macam hal tentang sukarnya untuk menemui wakil rakyat mereka bernama Azmin, kata mereka. Azmin, pada mereka tidak berbeza dari YB-YB UMNO sebelumnya. Saya faham Azmin bercita-cita tinggi, kerusi MB Selangor jadi sasarannya. Tetapi perlukan beliau gopoh? Kegopohan akan menggelincirkan seseorang jauh ke dalam jurang. Beliau kini sedang mendahului pencalonan Timbalan Presiden dengan meninggalkan lawannya dengan jurang yang besar. Dan GB menyatakan sebelum ini: Dah jadi ADUN, dah jadi MP, dah jadi Ketua PKR Negeri, kini berebut nak jadi orang no 2 dalam parti untuk membolehkan beliau merampas kerusi MB. Siddiq Ghouse pula yang mengulas mengenai isu "serigala yang berkulitkan bebiri" juga pernah menunjukkan secara halus siapa serigala itu. Yang pastinya orang itu bukan Datuk Zaid Ibrahim kerana semasa Nurul memberi amaran serigala dalam PKR di Kota Kucing tempohari, dia dengan jelas menyatakan bahawa ahli-ahli PKR harus memberi tempat kepada tokoh seperti Zaid Ibrahim. Takkan pula Nurul nak sokong seorang tokoh yang bersifatnya "Serigala yang menyamar sebagai Bebiri" yang akan membaham mati ahli dan parti yang diperjuangkan. Jadi tak mungkin serigala itu bernama Zaid. Nak kata naib presiden nombor satu, Azmin Ali itu berwatak serigala dalam PKR, barangkali tak mungkin juga kerana Azmin diketahui sangat rapat dan disayangi ketua umum. Takkan pula "serigala itu boleh masuk kandang bebiri sampai begitu dalam dan berkampung begitu lama" malah bergandingan erat pula dengan ketua umum. Banyak "bual kosong" orang politik di kota yang berjiran dengan kota Kucing, heboh "menggosip" perihal gandingan mantap Azmin-Anwar yang sedang diatur sekarang ini dan gandingan itu katanya turut mahu "membaham" Zaid Ibrahim. Lihat ayat Siddiq di atas. Siddiq menafikan secara tegas bahawa Zaid itu serigala yang dimaksudkan oleh Nurul, tetapi menggunakan istilah "barangkali" untuk menafikan orang itu adalaH Azmin. Beliau menambah lagi di akhir perenggan: Ahli parti yang sempat mendengar dan faham mungkin sudah mulakan sesuatu untuk menghalau serigala ini. Namun ia tidaklah semudah meneriakkannya kerana serigala tersebut mungkin sudah punya ramai sekali pengikut dari kalangan "bebiri yang pekak dan bisu" yang sedang berkira-kira nak menjadi "ketua umum kepada Ketua JKKK" apabila serigala itu sudah memperoleh kuasa dalam PKR dan kerajaan Pakatan Rakyat tahun depan. Cukuplah... kan GB dah cakap dulu, kebenaran itu kebenaran. Berarak awan hitam maka tampaklah cahaya matahari yang terang benderang menyuluhi segala yang kelam sebelum ini. |
| Usharani Selesai Beri Keterangan Kes Suaminya Yang Hilang Posted: 30 Sep 2010 06:45 AM PDT Usharani selesai beri keterangan kes usahawan India hilangGambar: Isteri ahli perniagaan India, S. Usharani, 27, yang memakai baju kurung meninggalkan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat sambil diekori petugas media setelah memberi kenyataan berhubung kes kehilangan suaminya Allal Kathan Muthuraja dekat sini, hari ini. BANTING, 30 Sept – S. Usharani, isteri kepada usahawan India, Allal Kanthan Muthuraja yang dilaporkan hilang di negara ini sejak awal tahun ini, selesai memberikan keterangan berhubung kehilangan suaminya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini hari ini. Usharani, 27, tiba di IPD berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi tadi untuk menandatangani keterangan yang diberikan sebelum ini. Beliau berada di IPD tersebut kira-kira sejam dan ketika ditemui, Usharani berkata beliau yakin polis dapat menyelesaikan kes tersebut dengan secepat mungkin. "Saya puas hati dengan kerjasama yang diberikan polis selama keterangan saya diambil," katanya. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai keterangan tersebut dan menurutnya beliau akan pulang ke Ramapuram, Chennai, India kira-kira pukul 9.30 pagi esok.Sebelum ini beliau telah membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya pada 8 September lepas dan memberi keterangan berhubung perkara itu di IPD ini pada 23 September dan semalam. Kehilangan Muthuraja, 34, itu turut dikaitkan dengan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain apabila mangsa dilapor hilang selepas dijemput oleh kedua-dua peguam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba di Malaysia 18 Januari lepas. – Bernama |
| Ku Li Pengarah Galas. Tak Sukar & Tak Gusar Untuk PAS Menang Posted: 30 Sep 2010 05:30 AM PDT Galas: PAS dakwa norma luar biasa Umno lantik Ku Li pengarahNaib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyifatkan Umno keluar daripada norma biasa apabila melantik Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN Galas. Katanya, sebelum ini jawatan itu dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN. Salahuddin berkata persoalan sekarang mengapa Muhyiddin lari daripada tanggungjawab tersebut. "Kenapa Umno lari daripada norma biasa di mana Tan Sri Muhyiddin Yassin yang setiap kali berlaku pilihan raya kecil mesti timbalan perdana menteri yang jadi pengarah pilihan raya. "Kenapa kali ini beliau lari?" kata beliau di sini hari ini. Beliau turut menimbulkan persoalan mengenai janji-janji pilihan raya kecil kerusi Manek Urai Julai 2009. "Mana janji beliau satu jambatan di Manek Urai, mana janji untuk memberi sumbangan RM1,000 sebulan kepada warga tua, mana janji beliau di Manek Urai," katanya. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu bagaimanapun enggan menyentuh tentang pelantikan Tengku Razaleigh. "Saya tidak mahu sentuh pasal Tengku Razaleigh tapi kenapa kali ini Timbalan Perdana Menteri lari daripada tangunggjawab. "Itu persoalannya, lagi pun PAS tiada masalah dengan Ku Li, malah kita bersama dalam beberapa itu sebelum ini termasuk royalti minyak," katanya. Semalam, Muhyiddin mengumumkan bahawa Tengku Razaleigh telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya Umno-BN di Galas. Ia salah satu kerusi DUN dalam bahagian Parlimen yang diterajui Tengku Razaleigh. Muhyiddin berkata keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno semalam. Pengerusi Perhubungan Umno negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pula dilantik timbalan pengarah dengan dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat. Muhyiddin berkata, beliau yakin dengan kepimpinan Razaleigh yang amat berpengalaman, berpengaruh lagi amat dihormati pengundi di DUN Galas. Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat barah usus, Isnin lalu. Kekosongan kerusi itu membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008. DUN Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam pilihan raya lalu Che Hashim berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Menurut Salahuddin, PAS memandang serius pilihan raya kecil DUN Galas dan menyifatkan cabaran yang bakal dihadapi nanti perlu ditangani dengan bijak. "PAS anggap ini satu cabaran besar, jentera PAS perlu bersiap sedia jangan 'terlalu over confident', jangan rasa selesa yang penting PAS akan meningkatkan keupayaan dan komitmen. "Cabaran PAS untuk menghadapi rintangan ini dengan bijak," katanya. Tambahnya satu mesyuarat khas pemimpin PAS akan diadakan pada 3 Oktober ini dan isu DUN Galas akan menjadi agenda utama. "Mungkin pada hari itu Presiden PAS akan mengumumkan siapa yang akan menjadi pengarah pilihan raya bagi PAS," katanya.-TMI
Ulasan GB Tak sukar dan tak gusar bagi PAS sekalipun Ku Li menjadi Pengarah PRK Galas. Perlantikan Ku Li jelas menunjukkan UMNO sendiri sudah hilang pemimpin berwibawa untuk mengetuai PRK kerana TPM, Muhyiddin sebelum ini telah dimalukan dengan beberapa kekalahan apabila mengetuai PRK. Siapa lagi yang mampu mengetuai UMNO untuk PRK? Najib? Oh lagi banyak majoriti yang Pakatan Rakyat akan perolehi. p/s Seperti kempen-kempen pilihanraya terdahulu Radio gb.fm akan cuba dikeudarakan di sepanjang tempoh kempen pilihanraya Galas ini. Doakan kesihatan GB dan hulurkan sedikit sumbangan jika ada simpati di hati. Kerja ini kerja sukarela saja tanpa apa-apa support dari parti walaupun GB dah berulangkali berperit tekak meminta parti mengerti. Meminta mereka "mengerti" bukan bermaksud meminta sedekah dari YB-YB atau parti, tapi parti dan YB mestilah tahu tunaikan kewajipan terhadap ahli-ahli parti supaya bukan saja radio GB, tetapi supaya lebih ramai ahli-ahli dapat menyumbang bakti dengan bakat dan kebolehan masing-masing apabila suda ada faktor motivasi. Selama ini, sekalipun parti melupai GB, tetapi GB tetap disini dipayungi Ilahi. |
| Sports Toto Sebar Berita Ada Yang Menang RM47j Posted: 30 Sep 2010 03:00 AM PDT Ahli Perniagaan Menang Loteri Terbesar RM48 JutaPETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan telah memenangi wang tunai sejumlah RM47.82 juta yang merupakan cepumas loteri atau jackpot terbesar di Malaysia. Sports Toto Malaysia Sdn Bhd berkata, cepumas tertinggi sebelum itu adalah RM20.9 juta yang dikeluarkan pada Disember 2008. Difahamkan, ahli perniagaan yang berusia 50an itu mengetahui kemenangan tersebut menerusi laman web Sports Toto pada malam Selasa selepas keputusan diumumkan. "Dia tidak percaya tentang berita itu sehingga tergamam untuk seketika sebelum meminta isterinya mengesahkan kemenangan itu berulang kali," kata jurucakap Sports Toto dalam satu kenyataan semalam. Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan amat gembira sehingga tidak dapat tidur dan tidak sabar untuk menebus hadiah wang tunai daripada ibu pejabat Sports Toto di Kuala Lumpur. -petikan dari Mstar ..... snipped...
Ulasan GB Berita di atas disebarluaskan oleh Sports Toto sendiri. Hasratnya ialah untuk mengkhabarkan bahawa ada orang dah menang RM47 juta dengan bermain nombor dengan Toto. Ini sekaligus akan menggalakkan orangramai berpusu-pusu ke kedai toto untuk menikam nombor dengan harapan menjadi jutawan. Taktik ini digunakan bagi meraih keuntungan yang lebih besar untuk syarikat dan juga pemegang-pemegang saham Toto yang terdiri dari beberapa pemimpin UMNO dan bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan. |
| Sandiwara "Pulangkan" Banyak Kelemahan Posted: 30 Sep 2010 01:47 AM PDT Exco Pulau Pinang dakwa ada pihak desak warga emas pulang wang ihsanGEORGE TOWN, 30 Sept — Tindakan sekumpulan warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim (gambar). Beliau berkata, ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak. "Mungkin ada pihak yang telah mendesak mereka," katanya kepada pemberita bagi mengulas tindakan 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda. Isu status wang itu didedahkan oleh sebuah blog yang mendakwa ia dari sumber judi, dan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penerima beragama Islam. Dipetik Bernama, Abdul Malik sekali lagi mengulangi bahawa wang itu bukan daripada hasil judi, sebaliknya hasil yang diperoleh kerajaan negeri daripada amalan perbelanjaan berhemah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri. Kumpulan itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri, semalam. Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga berkata, pihaknya menganjurkan majlis tersebut selepas diminta oleh warga emas sekitar kawasan Parlimen Kepala Batas yang mahu memulangkan wang ihsan berkenaan. "Bukan Umno yang suruh mereka (warga emas) bagi balik duit berkenaan, sebaliknya mereka yang hubungi saya untuk minta pulangkan wang itu kerana tidak sanggup guna wang dari sumber haram," katanya yang juga Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang. Azhar juga berkata lebih ramai warga emas akan berbuat demikian dalam masa terdekat dan pihaknya akan mengumpulkan semua wang tersebut sebelum menyerahkan kepada Pemuda Umno Pulau Pinang untuk dikembalikan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng. Pemuda Umno negeri mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri itu. Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut. Dalam kenyataannya selepas itu, Lim yang mengakui menerima sumbangan tersebut berkata ia digunakan bagi program membasmi kemiskinan tegar dengan menerimanya adalah bukan Islam, bukan untuk penghargaan warga emas. Sebelum ini, Abdul Malik menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pemuda Umno bahawa kerajaan negeri menggunakan hasil sumber judi untuk tujuan pembayaran wang ihsan melalui program penghargaan warga emas. Katanya, dakwaan sebuah blog dan Pemuda Umno pusat awal bulan ini adalah berdasarkan kepada imaginasi, berniat jahat serta fitnah yang tidak berlandaskan fakta dan kebenaran. Menurut beliau lagi kerajaan negeri yang mengamalkan amalan berjimat cermat melalui konsep cekap, akauntabiliti dan telus telah berjaya menjimatkan jumlah peruntukkan dalam bajet kerajaan negeri sebanyak RM20 juta bagi program tersebut. "Daripada peruntukkan yang diberikan kita telah membelanjakan sebanyak RM10.7 juta dan masih mempunyai lebihan RM9.3 juta untuk meneruskan program penghargaan warga emas. "Suka ditegaskan di sini bahawa wang ihsan tersebut bukan hasil dari sumber judi. Ia adalah hasil dari pungutan cukai tanah serta sumber selain dari judi. "Kerajaan negeri juga tidak mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan lesen judi sedangkan kerajaan pusat sahaja yang mempunyai kuasa untuk meluluskan semua lesen judi yang ada dalam negara kini," katanya beliau kepada The Malaysian Insider. -TMI Ulasan GB Bila ditinjau gambar duit itu dekat-dekat di dalam tong dan di tangan warga emas itu, kita nampak wang itu semuanya serupa. Note RM50. Seorang dua keping.Ah, baru keluar dari bank. Siapa punya? Yang pasti semua duit itu dipinjamkan kepada warga emas tersebut kemudian di"pulang"kan kepada tuannya. Ini kisah Ahmad Nisfu yang ambil balik duit dari "pelakon sementara" di dalam cerita 3 Abdul. "abdul wahud...abdul wahud...kita nak kasi dia marah...balik-balik kita yang marah....kasi balik duit aku...kasi balik...kasi balik" Tapi seperti yang GB ulaskan di sini, Kerajaan negeri berhak untuk tuntut RM4 ribu yang kononnya dikatakan dipungut semula dari warga emas tersebut. Kalau pun betul wang itu pungutan dari warga emas, memang wajar YB Penaga itu perlu menyerahkan semula kepada Kerajaan Negeri. Jika tidak YB Penaga itu boleh ditahan dan ditangkap kerana menipu warga emas berkenaan dengan melarikan wang ihsan itu. Kalau wang itu bukan wang ihsan tetapi milik YB Penaga sendiri tetapi cuma dilakonkan saja, dia sepatutnya ditahan juga kerana menipu. Amacam YB. Ini bab mahu tipu satu Malaysia sudah tahu. Tapi tropi sandiwara lucu sukar dimenangi sandiwara "Pulangkan" ini. Kelemahannya ketara. Manakala sandiwara "I'da World" lakonan Hang Kebun yang tak bergigi yang serahkan cek replika RM4b di Kelantan rasanya mendapat undi sms terbanyak.Kata Sudin di dalam Seniman Bujang Lapok: Main-main kasar ..sekali aku cekik…gigi wak mana?...pergi bikin! |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









.jpg)



.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan