Jumaat, 1 Oktober 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Dengan Driver Pun Bergaduh.. Inilah Tahap Kecerdikan MP Pasir Salak

Posted: 30 Sep 2010 11:17 PM PDT

Panas !!! Kisah Ahli Parlimen Pasir Salak Bergaduh Dengan Pemandunya

Kisah Pengerusi Felcra, Datuk Tajudin Abdul Rahman, bergaduh dengan seorang pemandunya di hadapan lebih 400 warga Felcra pada 3 Mei lalu kini tersebar luas dan mendapat perhatian ramai.

Ia menarik perhatian kerana kecaman Tajuddin terhadap bekas pemandunya yang juga seorang kakitangan Felcra berlaku di majlis yang berlangsung pada 3 Mei di Ibu pejabat Felcra, Jalan Rejang Setapak Jaya lalu di jawab secara berdepan oleh pemandu berkenaan.

Hasilnya, 15 minit pertama perhimpunan warga Felcra itu menjadi tempat melepaskan geram Tajudin kepada pemandu berkenaan.

Harakahdaily yelah mendapat audio rakaman pertembungan berkenaaan. Berita awal mengenai hal ini telah disiarkan dalam akhbar politik Siasah keluaran hari ini.

"Mana dia, hari ini ada dia datang...mana dia," tanya Tajudin di perhimpunan itu. Orang ramai yang menyertai perhimpunan itu menjawab,"Ada...dia ada."

"Saya yang buat laporan polis," kata pemandu berkenaan yang tampil ke depan di majalis perhimpunan itu.

"Mana dia laporan polis itu," tanya Tajudin.


"Mana dia tanda kena pukul," tanya Tajudin bertalu-talu.

"Ada, ini dia," kata pemandu itu.

"Mari sini," kata Tajudin..."Biarkan perkara ini diselesaikan di sini...mana dia tanda kena pukul itu...mana....mana," tekan Tajudin.

"Mana ada...dah lama," sampuk satu suara yang kedengaran dari rakaman itu.

"Kenapa polis tak datang sampai hari ini...kenapa tidak ada sebarang tindakan (terhadap dia)," tekan Tajudin lagi.

Ekoran itu, pemandu berkenaan tampil ke depan di majlis itu dan kedengaran berkata:-

"Majlis rasmi start pukul lapan, Datuk keluar rumah 9.05 malam....satu jam lewat...Datuk tahu saya orang baru. Dia tunjuk jalan, masuk kiri masuk kanan sampai jumpa jalan mati," kata pemandu itu diiringi tepukan kakitangan Felcra yang hadir di majlis itu.

Ekoran itu, ia telah menaikkan darah Tajuddin dan berkata, "Saya tidak minta tepuk...tak perlu tepuk, ini bukan majlis politik," dengan nada marah.

"Saya minta ambil tindakan mahkamah hari ini juga,....kenapa selepas enam bulan tidak ada tindakan," kata Tajuddin marah dan mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap pemandu berkenaan kerana memalukannya.

"Dia kata dia hormat tetapi dia buat laporan polis. Saya sabar hampir beberapa bulan kerana saya fikir dia budak tidak perlu ambil tindakan. Tetapi hari dia nak tunjukkan dia benar, saya tak takut," kata Tajudin.

Menurut sumber Harakahdaily, peristiwa yang membawa pergaduhan secara berdepan di hadapan kakitangan Ibu Pejabat Felcra ini berlaku pada 21 Oktober 2009 lagi.

Ketika itu, dua pemandu Tajudin yang juga anggota Parlimen Pasir Salak tidak dapat membawanya kerana seorang sakit dan seorang lagi terpaksa cuti secara tergesa-gesa.

Pemandu ini telah diarahkan membawa Tajudin ke satu majlis di rumah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Namun, mereka tidak jumpa rumah berkenaan. Tajudin menyalahkan pemandunya dan memukul kepala pemandunya dan mengambilalih stering kereta.

Ekoran pukulan itu, pemandu itu membuat laporan polis pada keesokan harinya (22 Oktober) di Balai Polis Johor Bahru Central, Johor.

Ekoran kejadian di ibu pejabat Felcra pada 3 Mei itu, pemandu berkenaan dikatakan telah membuat sekali lagi laporan polis iaitu pada 4 Mei sehari selepas keajadian itu. Laporan kali ini dibuat di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Dalam majlis pada 3 Mei itu, Tajudin yang berucap di majlis itu marah-marah kerana pemandu berkenaan telah membuat laporan polis kononnya dia telah dipukul kira-kira enam bulan sebelum itu.

"Ada laporan kata, saya pukul driver saya....seluruh orang di Perak pun tahu. Kononnya supaya menteri ke, perdana menteri ke tidak dengar cakap saya, dengar cakap dia," mula Tajudin mengaitkan isu ini dalam ucapannya itu.

"Budak driver ini bawa saya pada satu malam nak pergi rumah Tan Sri Muhyidin...ada dalam blog pun...pembangkang gunalah ini, kita dok bagi buahnya," kata Tajudin.

"Nak pergi rumah Tan Sri Muhyidin, dia tak tau jalan...pusing-pusing, dekat satu jam...aik bila nak sampai, majlis nak habis dah...nak suruh saya senyum je dalam motokar...siang tadi kamu tidak pergi recky, mana rumahnya, senang kita nak pergi. Sudahnya saya pula ambil stering bawa dia, dia jadi bos..kita pula jadi diriver dia, hotlah kita," Tajudin memulakan serangannya kepada drivernya itu dalam perhimpunan bulanan yang disertai oleh semua kakitangan ibu pejabat Felcra termasuk semua pegawai kanannya.

Di majlis itu, Tajudin yang akan tamat kontraknya pertengahan Oktober depan turut memperkenalkan CEO baru Felcra Berhad.

"Esoknya, dia boleh berani pergi buat laporan polis dan dakwa dia kena pukul...tak ada tanda pun," kata Tajudin.

Ekoran itulah, pemandu Felcra itu bangun dan memberikan penjelasan di majlis itu dengan di sambut tepukan gemuruh perserta perhimpunan bulanan di Auditorium Felcra Berhad itu.Hrkh

Reezal Naina Merican Buta Maklumat

Posted: 30 Sep 2010 08:18 PM PDT

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan Ketua Pemuda Sosialis DAP Loke Siew Foo tidak mempunyai hak untuk bersuara dan campur tangan dalam isu wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipersoalkan pihaknya.

"Beliau (Loke) tiada hak untuk bercakap soal ini (wang ihsan), beliau orang luar bukan rakyat Pulau Pinang.

"Lagipun ini hal rumah tangga rakyat Pulau Pinang, jadi biar rakyat dan Ketua Menteri (Lim Guang Eng) sahaja yang terlibat," kata Reezal kepada The Malaysian Insider.

Isu ini dilihat sebagai serangan terbaru Umno-BN terhadap pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Tambahnya, sebagai anak kelahiran Pulau Pinang beliau mempunyai hak untuk membawa rintihan rakyat di negeri itu.

"Saya bercakap sebagai seorang rakyat Pulau Pinang dan apa yang saya cuba bawa ini adalah rintihan rakyat," katanya lagi.

Reezal berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Loke (gambar) yang mengatakan bahawa beliau buta maklumat dan hipokrit apabila mempersoalkan skim wang ihsan dengan mendakwa ia bersumberkan hasil judi.


Loke berkata buat masa ini sebahagian hasil kerajaan persekutuan juga adalah hasil judi dan ia bukan perkara baru.

Kata beliau, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan.

Beliau memberitahu berdasarkan pada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh kerajaan persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan.

Menurut Loke, bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.

Sebelum ini Pemuda Umno negeri mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri itu.

Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut.

Dalam kenyataannya selepas itu, Lim yang mengakui menerima sumbangan tersebut berkata ia digunakan bagi program membasmi kemiskinan tegar dengan menerimanya adalah bukan Islam, bukan untuk penghargaan warga emas.

Tambah Reezal, tindakan Lim yang berdolak-dalik dalam memberikan jawapan telus mengenai isu ini seolah-olah membuktikan dakwaan tersebut adalah benar.

"Sebelum ini saya minta supaya Ketua Menteri jelaskan mengenai isu wang ihsan ini tapi apa yang saya terima adalah satu penafian yang begitu sombong dibuat Ketua Menteri.

"Ketua Menteri cakap wang ihsan ini bukan hasil wang judi tapi bila disiasat kita dapati beliau berbohong.

"Jadi saya minta supaya beliau jawab dengan telus perkara ini dan jangan nak cuba tukar topik lain pula," katanya.

Kelmarin, seramai 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda.

Kumpulan itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri.

Najib ingatkan kehilangan kuasa BN beri kesan pembangunan, kebajikan

Posted: 30 Sep 2010 04:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengingatkan rakyat bahawa kehilangan kuasa memerintah oleh Barisan Nasional (BN) akan memberi kesan terhadap pembangunan dan kebajikan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, rakyat perlu membuat pilihan kerajaan yang terbaik untuk membetulkan keadaan pada masa depan.
Andai kita hilang kuasa, projek yang murni (projek pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tapak milik Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah, Selangor) pun ditolak mentah-mentah, nak buat program balai raya pun gagal dibina dan pelbagai lagi.
Ini peringatan kepada kita supaya jangan pisang berbuah dua kali kerana kita ada peluang untuk membetulkan keadaan ini, katanya pada Malam Sejuta Harapan Ke-6 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bertemakan Malam Harum Kasturi di Pusat Persidangan Sime Darby di sini, malam tadi.

Majlis itu diadakan bagi mengumpul dana membiayai kos operasi Pusat Bimbingan Kanak-Kanak Istimewa (PBKi) yang akan dibina YBK di Serendah, Selangor, selain sambutan ulang tahun ke-20 yayasan berkenaan.


Pada majlis sama, YBK turut menyampaikan Anugerah Sukarelawan Cemerlang kepada peserta Desa Kasih Merbau Berdarah, Ahmad Nayan, 62, untuk kategori lelaki, manakala kategori wanita kepada Nor Rihan Abdullah, 54, dari YBK Hulu Selangor.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom.
Awal tahun ini, kerajaan Selangor memutuskan mengambil semula tanah milik YBK di Serendah seluas 312 hektar itu atas alasan tidak bayar tunggakan cukai RM5.7 juta. Tapak itu mulanya dicadangkan untuk membuka kampus cawangan UiTM.

Perdana Menteri juga menyatakan impian beliau untuk melihat kawasan tanah YBK di Serendah, yang sepatutnya dibina kampus UiTM itu dibangunkan.

Jika tidak dengan projek UiTM, projek apa pun tak apalah, asalkan tapak YBK boleh dimajukan untuk menjana pendapatan bagi golongan miskin dan memerlukan pertolongan.

Mungkin jika Selangor dipimpin semula oleh BN, hasrat ini boleh menjadi realiti dan kenyataan, katanya.

Beliau juga memberi jaminan kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap golongan miskin dan kurang bernasib baik dalam semua perancangan yang dirangka seperti Rancangan Malaysia Kesepuluh, Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan.

Malah, tonggak gagasan 1Malaysia adalah prinsip keadilan sosial, yang sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperjuangkan golongan berpendapatan rendah sampai miskin tegar melalui pendidikan, kemahiran, latihan, Projek Perumahan Rakyat Termiskin, Projek Perumahan Rakyat, subsidi, kebajikan, pemakanan, mikro kredit dan pelbagai lagi sama ada secara langsung atau tidak, katanya.

Gaji Semua Adun Umno P. Pinang Juga Haram.. Kenapa Tak Pulangkan?

Posted: 30 Sep 2010 07:37 AM PDT

"Kalau Umno cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji yang diterima Adun Umno juga haram. Jadi, pulangkan duit gaji, jangan ambil," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan lebih 40 warga emas memulangkan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM100 berikutan propaganda media arus perdana, kononnya dana itu bersumberkan hasil judi.

Bercakap kepada TV Selangor, Wei Aik menganggap Umno merampas hak warga emas beragama Islam apabila mendalangi usaha dengan 'memperbodohkan' mereka dengan menyebarkan propaganda tidak bersandar fakta.

"Kesian mereka. Mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi jelas, Umno cuba merampas apa yang sepatutnya mereka dapat," kata ketika dihubungi dari Shah Alam, hari ini.


Kenyataan beliau senada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim yang mengecam tindakan Umno menakut-nakutkan warga emas.
.
Wei Aik berkata kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana syarikat menghulur sumbangan baik badan korporat mahupun kelab lumba kuda tetapi dana itu diasing mengikut kategori.
.
"Bantuan ini terletak di bawah pegawai kewangan negeri. Mereka boleh mengasingkan sumbangan tanpa ada masalah", katanya yang kesal kerana warga emas disogok maklumat tidak tepat dan percaya ia didalangi pimpinan Umno.

"Itu majlis yang diaturkan Umno. Tak adalah, mana boleh warga emas yang minta majlis macam itu. Ini memang didalangi mereka. Siapa yang membangkitkan isu ini terlebih dahulu? Umnolah," katanya lagi.

(Salmi Druhamad Drahsin)

Berkaitan : Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi ?

Dr. Mahathir Sakit ?

Posted: 30 Sep 2010 06:22 AM PDT

Ramai yang tertanya-tanya kehadiran Tun Dr Siti Hasmah tanpa Tun Dr Mahathir semasa berlangsungnya teater Muzikal Tun Mahathir di Istana Budaya, Ahad lepas.

Blog Che.det pun sudah seminggu tidak di update. Jika merujuk kepada Utusan Malaysia, Tun Mahathir mengalami masaalah kesihatan yang tidak mengizinkan.


Tun Dr Hasmah tanpa Tun Dr Mahathir di Istana Budaya

Penulis telah menanyakan Dato Mukhriz Mahathir sebentar tadi. Beliau mengatakan Tun Dr Mahathir hanya mengalami demam biasa sahaja.

Kita doakan semoga Tun Mahathir cepat sembuh. AMIN.

Sumber - Minda Dr. Sewel

Lagi Bukti PKR Memang Sampah

Posted: 30 Sep 2010 04:40 AM PDT

Konspirasi Azmin jatuhkan Khalid..siapa yang nak lihat PKR Selangor berpecah..!!

Seorang bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR hari ini mendedahkan perbualan telefon tentang 'konspirasi' untuk menumbangkan Menteri Besar selangor oleh pesaingnya, Azmin Ali.
Ng Lam Yong, salah seorang veteran parti dan pengasas parti menyifatkan pendedahan beliau seperti 'Lingam-gate', dan meminta kepimpinan parti menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat kes ini.

"Sepuluh hari lalu, saya menerima sebuah CD dari penghantar yang tak dikenali melalui pos." jelasnya.

CD tersebut mengandungi rakaman perbualan telefon diantara dua lelaki sepanjang kira-kira 10 minit.

"Dalam perbualan tersebut, Ramlan (Abu Bakar), Presiden Reformis, yang mengetuai protes 'Skuad bogel' dihadapan pejabat Menteri Besar Selangor, memberitahu bahawa dia di arahkan oleh Azmin untuk menjatuhkan Khalid." Ng memberitahu, dan menambah bahawa dia mengecam suara Ramlan tetapi tidak mengenali suara lagi satu.


"Ramlan juga mengakui kepada indidivu tersebut bahawa dia dijanjikan ganjaran yang merupakan sebuah lot berniaga di pasar malam dari Azmin.: Ng memberitahu dalam sidang media tersebut.
"Ramlan juga memberitahu bahawa Azmin telah membekalkan dokumen-dokumen tentang rasuah untuk menjatuhkan Khalid."

Ng memberitahu , perbualan didalam Cd tersebut menunjukkan Azmin telah merancang untuk menjatuhkan Khalid sejak sekian lama.

"Saya ingin bertanya Azmin: apakah tujuannya menggunakan Ramlan untuk melancarkan kempen terhadap Khalid sedangkan Khalid juga adalah ahli PKR dan Menteri Besar Selangor?"

Walaubagaimanapun, Ng memberitahu dia tidak mempunyai niat jahat, dan menambah bahawa tujuan mendedahkan perbualan ini kepada umum adalah untuk menjelaskan keadaan demi kebaikan parti.
"Saya masih lagi ahli parti dan sayang kepada parti. Saya tidak mau menghancurkan parti. Saya telah banyak berkorban sepanjang 10 tahun yang lalu." kata Ng, yang bertanding sebagai Calaon Parliemn Tanjong Malim sebelum ini tetapi menolak untuk bertanding di Wangsa Maju pada tahun 2008.

Beliau menambah, apa yang dilakukannya di Wangsa Maju (dimana Wee Choo Keong sekarang MP) sedangkan beliau sepatutnya menjadi MP menunjukkan bahawa dia bukan lapar kuasa.
"Saya bukan gila kuasa. Saya disini atas kehendak diri saya sendiri dan tidak dipaksa atau dibayar oleh sesiapa pun." katanya.

Dia menjelaskan sebab utama dia mendedahkan rakaman perbualan ini kerana mahukan parti membersihkan nama rakan-rakannya (termasuk Azmin dan Khalid) dengan mendedahkan is ini sebelum rakaman tersebut tersebar luas.

"Semalam, syed Husin Ali menghantar SMS kepada saya meminta dihentikan sidang media ini. Tetapi saya merasakan saya perlu meneruskannya. Saya tidak menuduh sesiapa. saya hanya mahukan penjelasan dan mahukan parti mengambil serius perkara ini." katanya. Ng juga menerima panggilan dari Naib Presiden Dr. Lee Boon Chye dan Tian Chua.

Rakyat Marhaen

Tiada ulasan: