MANDOR.BLOGSPOT.COM |
| BUKU TEKS AGAMA PERCUMA DI SELANGOR Posted: 04 Oct 2010 01:14 AM PDT
| |||
| Posted: 04 Oct 2010 12:32 AM PDT MAKAN HASIL JUDI Oleh: justyn KUCHING: Magnum 4D (Malaysia Timur) Sdn Bhd (Magnum) menaja sejumlah RM35,000 untuk Pesta Makanan 2010 semalam. KESEDARAN AWAM: James Chan menerima replika cek berjumlah RM35,000 daripada Pengurus Wilayah Magnum 4D (Malaysia Timur)Liew Kee Chuan. Turut kelihatan pengerusi penganjur Pesta Makanan 2010 merangkap Ahli Majlis MBKS Sim Thong Poh (dua kanan). Sejak 2006 pihak Magnum telah menyokong pesta terbabit dengan memberi sejumlah sumbangan wang untuk membantu Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menganjurkan pesta yang bakal diadakan dari 31 Julai hingga 22 Ogos di Dewan Komuniti, Jalan Padungan. Menurut Datuk Bandar MBKS James Chan pesta makanan ini adalah satu-satu yang seumpamanya yang bertahan sekian lama dan berjaya menjadi tarikan kepada 600,000 pengunjung pada tahun lepas daripada sumber rekod bancian MBKS. Sejumlah 124 gerai didirikan untuk pilihan makanan daripada 11 gerai berkembar, 10 gerai makanan premium antarabangsa dan 70 gerai individu, dua gerai minuman beralkohol dan dua gerai minuman. Makanan yang dijual adalah seperti makanan restoran, makanan Muslim, makanan Dayak, Jepun, Barat, India, sosej Taiwan, rojak, ikan BBQ, lok-lok, tim summ, penkek tiram, luicha, pansuh ayam, itik an chao dan banyak lagi. "Mengikut kebiasaan, terdapat ruang memasak hidangan masyarakat Cina daripada pelbagai suku dengan promosi tiga hari bermula dengan klan Hainan pada 31 Julai sehingga 2 Ogos. "Disusuli dengan Chawan dari 3 hingga 5 Ogos, Hakka 6 hingga 8 Ogos, Hokkien 9 hingga 11 Ogos, Kwong Wai Sien 12 hingga 14 Ogos, Hing Ann 15 hingga 17 Ogos, Foochow 18 hingga 20 Ogos dan Teochew 21 hingga 22 Ogos," katanya. Selain itu, terdapat gerai yang menjual makanan Vietnam, Filipina, Korea, Indonesia dan China untuk orang ramai mencuba./Cina Islam.blogspot | |||
| ELOK JUGA ZAID BERTANDING PRESIDEN Posted: 03 Oct 2010 09:57 AM PDT Zaid mahu bertanding presiden? ![]() SHAH ALAM – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mempunyai beberapa cadangan yang bakal dilaksanakan selepas mendapat persetujuan pemimpin lain parti jika berpeluang memegang jawatan timbalan presiden atau presiden. Dalam kenyataan yang dipetik daripada laman sesawang miliknya, Zaid berkata, beliau akan mengumumkan keputusan menerima pencalonan jawatan timbalan presiden dan presiden dalam tempoh terdekat. Beliau berkata, antara cadangan yang akan dilaksanakan adalah untuk kepentingan parti termasuk merangka perjuangan parti supaya lebih dinamik, mempelawa lebih ramai ahli menyokong PKR dan meritokrasi yang digunakan dalam parti sama pentingnya dengan laungan meritokrasi dalam manifesto pilihan raya serta pelbagai agenda lain lagi. "Parti ini perlu lebih 'ke hadapan' daripada apa yang ada sekarang, gabungan ahli lama dan baru perlu sebagai 'reformis sebenar'. "Ahli di peringkat akar umbi adalah pemangkin kejayaan sesebuah parti, mereka perlu dipantau kerana itu adalah aset milik parti," katanya dipetik dari kenyataan di laman blognya, semalam. Menurutnya, beliau mampu untuk menghidupkan kembali kekuatan cabang termasuk mencari sokongan kewangan, daripada kajian yang dilakukan mendapati parti kekurangan dana untuk menggerakkan semua kegiatan. Zaid berkata, kekuatan PKR sangat kritikal dalam Pakatan Rakyat, umum mengetahui parti itu perlu menguasai lebih kerusi di Parlimen supaya layak menjadi tunggak kepada Pakatan Rakyat selain bertindak sebagai ketua pembangkang yang berkesan. "Pemilihan yang diadakan ini adalah mercu tanda dalam sejarah negara dan PKR . Jika ahli-ahli parti bersetuju dengan cadangan yang diajukan seperti di atas, saya yakin perubahan dalam parti PKR mampu menjadi batu loncatan untuk mengubah kerajaan kita," katanya./Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan