Isnin, 4 Oktober 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Ahli Parlimen Resah dirompak pagi tadi

Posted: 03 Oct 2010 09:01 PM PDT

Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dikejutkan awal pagi ini oleh lima perompak yang bersenjatakan parang di rumahnya di Seremban. Beliau dan dua ibubapanya yang uzur kemudiannya diikat.

NONELoke yang dihubungi Malaysiakini berkata, kejadian 4 pagi tadi itu berlaku apabila perompak berkenaan memotong mangga pintu depan.

"Mereka masuk dan ke bilik sya dan menghidupkan suis lampu. Mereka kemudiannya dengan terus mengikat saya. Ibu bapa saya yang berusia dalam lingkungan 70an yang sedang tidur di bilik bersebelahan juga dikejutkan dan perompak mengarahkan mereka ke bilik saya.

"Mereka menghabiskan kira-kira 30 minit untuk gelidah rumah saya," katanya.

Menurut ahli parlimen DAP itu, perompak berjaya melarikkan RM3,000 wang tunai, televisyen, komputer peribadinya, blackberry dan beberapa botol arak.

Loke berkata kerugian ditaksirkan berjumlah hampir RM10,000.



ReJaM©

Siapa yang buat kecoh sebenarnya?

Posted: 03 Oct 2010 01:34 AM PDT



Alamak apa dah jadi dengan pemilihan cabang PKR di Sabak Bernam? Dengar khabarnya kecoh bukan main sampai main baling-baling kerusi, sampai ada yang cedera masuk hospital. Woit budak-budak Keadilan yang 3 suku! (Yang 3 suku sahaja yang lain duduk diam-diam). Korang ni buanglah perangai UMNO tu. Kalau dulu UMNO sekarang dah berubah masuk Keadilan tinggalkan perangai lama masa dok dalam UMNO dulu. Bodoh lama masa dalam UMNO tu buanglah jangan bawak masuk dalam Pakatan Rakyat. Nanti semua terpalit, semua jadi busuk! Baiklah itu saja yang ReJaM© nak nasihat kat orang-orang 3 suku yang bawak perangai UMNGOK masuk Pakatan Rakyat (sekiranya ada).

Namun bila ReJaM© teliti laporan berita di Utusan Malaysia, nampaknya macam ada yang tak kena, jom kita baca sama-sama apa yang ditulis oleh petikan Utusan Malaysia kat bawah ni,

Kejadian Kira-Kira Pukul 8.15 Malam Itu Bermula Dengan Tindakan Sekumpulan Lapan Lelaki Membuat Bising Di Luar Dewan Sambil Menendang Pintu Masuk Utama.

Setelah Itu, Mereka Kemudian Menyerbu Masuk Ke Dalam Dewan Sebelum Bertindak Menimbulkan Kekecohan Dengan Membaling Kerusi.

Difahamkan Tindakan Kumpulan Tersebut Kerana Tidak Puas Hati Dengan Proses Pengiraan Undi Yang Dikatakan Wujud Penipuan.

Timbalan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Abu Talib Bujang Yang Berada Di Dalam Dewan Itu Cuba Menghalang Tindakan Kumpulan Berkenaan.

Bagaimanapun, Tindakannya Itu Menyebabkan Tercetusnya Insiden Tolak-Menolak Dan Pergaduhan.



Baiklah daripada petikan berita di atas, apa yang kita boleh paham ialah:
  1. Ada 8 orang tak dikenali masuk dalam dewan pengiraan undi, mula-mula buat kecoh, sepak pintu, lepas tu masuk dalam terus baling kerusi. Maka kita curiga di sini, siapakah mereka ini? Hahaha biasanya kalau datang-datang tak beri salam terus baling kerusi orang gila tu kah kah kah.
  2. Wartawan yang menulis laporan ini mengatakan dia difahamkan bahawa orang-orang yang mengamuk itu adalah disebabkan tak puas hati dengan perkiraan undi! Baiklah siapa yang bagi tahu kat wartawan ni orang tu tak puas hati sebab undi? Orang tu tengah mengamuk macam mana dia nak tanya diorang tak puas hati sebab apa?
Jadi kesimpulannya di sini, wartawan ni main besah je ikut kefahaman dia kononnya orang gila yang mengamuk tu marah sebab undi! Takkanlah kalau marah sebab undi sampai nak masuk pukul orang dengan kerusi? Langsung tak masuk akal kecuali orang tu gila!

Namun apa yang malang berlaku di sini ialah, Pakatan Rakyat dah jadi malu sebab insiden ini kerana perangai bangang orang gila yang mungkin diupah untuk membuat kecoh! Jangan nak temberanglah, carilah mana-mana penyokong paling fanatik pun. Semakin fanatik seseorang itu dengan partinya semakinlah dia akan menjaga nama baik parti! Kalau dah senang lenang mengarut macam ni, ini orang luar!



ReJaM©: "Utusan Meloya Surat khabar penipu".


Sumber: Rentap Maya

Ali Ketam cabar pembangkang berdebat! Wow!

Posted: 02 Oct 2010 07:56 PM PDT




Sekali dengar macam tak percaya pulak bila Utusan Malaysia melaporkan yang Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam mencabar pihak pembangkang terutama PAS untuk berdebat berhubung isu Sekolah Termengandung Ali Rustam (STAR). Biasanya kalau bab berdebat ni pemimpin UMNO jadi kecut telur, boleh tersimpul telur diorang bila pembangkang ajak berdebat. Kali ini kita lihat bagaimana pula reaksi dari pihak Pakatan Rakyat sama ada PAS ataupun Keadilan atau mungkin Pakatan Rakyat nak hantar DAP je untuk bagi perabis si Ali Ketam ni? Kita tunggu dan lihat.



Seperti yang tertulis di dalam Utusan Malaysia, Ali Rustam berkata seperti berikut,

"Kalau Pas Tak Suka Kita Tubuhkan Sekolah Harapan Sekali Pun, Tak Perlulah Sampai Dalam Khutbah Jumaat, Tazkirah Sepanjang Masa Termasuk Di Bulan Puasa, Menulis Dalam Blog Untuk Mengata Dan Menghina Kerajaan Melaka.

"Kalau Betul-Betul Berani, Jumpa Saya Bila-Bila Masa Pun, Kita Guna Semua Stesen Televisyen Dan Saya Akan Jelaskan Mengapa Saya Tubuhkan Sekolah Dan Rumah Harapan Di Jasin Ini," Katanya.

Tak dapat dipastikan sama ada kenyataan Ali Ketam yang bersungguh-sungguh itu diiringi dengan akal yang waras ataupun tidak. Tetapi nampaknya Ali Ketam dah bersedia zahir dan batin untuk menghadapi wakil pendebat dari Pakatan Rakyat kerana itulah dia bersungguh-sunguh sanggup berdebat bila-bila masa di mana sahaja, malah sanggup berdebat secara live di televisyen Arus Perdana.

ReJaM©: "Sebenarnya ReJaM© masih dalam keadaan terkejut lagi ni betul ke tak betul Ali Ketam ni?"
dipetik dari: http://rentapmaya.blogspot.com/2010/10/ali-rustam-cabar-pembangkang-berdebat.html


Lagi bukti kukuh UMNGOK berpolitik guna sekolah

Posted: 02 Oct 2010 08:03 AM PDT



Kalau dah nama UMNGOK, semua orang tahu memang parti yang bongok lagi membongokkan, macam-macam cara dilakukan untuk mengekalkan kuasa agar dapat terus merompak harta rakyat sambil memperbodohkan orang-orang kampung. Budak-budak Universiti yang bijak pandai dihalang daripada berpolitik dengan akta bangang AUKU, tak dapat nak pengaruh orang-orang yang bijak pandai, budak-budak sekolah pulak dididik agar mencintai Be End dan UMNGOK sejak di bangku sekolah lagi!

Konon tak boleh berpolitik guna sekolah, konon tak boleh berpolitik di Universiti, tapi apa yang mereka sendiri larang sebaliknya itulah yang dibuat oleh UMNGOK Be End hasil nasihat yahudi APCO. Di bawah ini anda boleh lihat sendiri bagaimana parti bongok lagi membongokkan ini menggunakan sekolah untuk kepentingan politik bongok UMNGOK! Apasal boleh pulak? Siapa yang larang murid-murid sekolah berpolitik? Tetapi siapa pulak yang berpolitik di Sekolah? Sila klik untuk membesarkan image.









CiLiK©: kah kah kah UMNGOK yang bongok lagi membongokkan

Tiada ulasan: