Kerabu Bersuara ® |
- Tengku Razaleigh Tidak Akan Jadi Calon Di Pilihanraya Kecil Galas? Dari Kwong Wah Daily
- Masa depan orang UMNO.
- Port Dickson Bandar Diraja Atau Bandar Maksiat?
- Gombak calon Azmin timbalan presiden
- Gula-gula Untuk Galas
- Timbalan: Azmin 97, Zaid 37, Mus 17, Tian 5, Khalid 4
- Ngeh henti buat kenyataan terbuka
- DAP cabar wakil rakyat Umno pulangkan elaun jika persoal wang ihsan
- Akhbar: Mana ada kebebasan mutlak?
- Amaran Raja Petra buat PR dan Anwar..
- Fatmi Salleh untuk DUN Galas
- (Gambar) Bukti UMNO Terlibat Dalam Pilihan Raya Kampus
- Ucapan Takziah Tuan Guru Nik Aziz Kepada Menteri Mentor & Perdana Menteri Singapura Atas Kematian Isteri
- Sultan Ismail Petra Akan Dibawa Lari Ke Thailand?
- Pulangkan semua gaji kepada perbendaharaan kerajaan.
| Tengku Razaleigh Tidak Akan Jadi Calon Di Pilihanraya Kecil Galas? Dari Kwong Wah Daily Posted: 03 Oct 2010 08:15 AM PDT Seorang yang dekat dengan Kuli telah memberitahu pembrita bahawa kebarangkalian Kuli akan menerima pencalonan tersebut adalah hampir tidak mungkin. Hal ini kerana beliau sanggup untuk memberikan peluang kepada mereka yang lebih muda... Kwong Wah Daily Menurut laporan daripada Kwong Wah Daily, Tengku Razaleigh atau dikenali Kuli tidak akan menerima cadangan untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N45 Galas. Tetapi beliau mungkin akan menjadi ketua dalam kempen pilihan raya kecil tersebut. Seorang yang dekat dengan Kuli telah memberitahu pembrita bahawa kebarangkalian Kuli akan menerima pencalonan tersebut adalah hampir tidak mungkin. Hal ini kerana beliau sanggup untuk memberikan peluang kepada mereka yang lebih muda. Selain itu, beliau juga dipilih sebagai Ahli Parlimen Gua Musang sebanyak 9 kali. Selian itu, penolong khas bagi Tengku Razaleight juga memberitahu pemberita bahawa beliau akan membuat pengumuman penting di KLIA pada 9 September 2010. Berita ini diterjemahkan daripada www.kwongwah.com.my |
| Posted: 03 Oct 2010 05:00 AM PDT Pimpinan UMNO agaknya tidak mendengar suara murba- musyarakat bawahan. Suara yang kita boleh dengar di warung kopi, dalam surau dan masjid dan kantin pejabat kerajaan. Apakah natijah suara tersebut? Natijah nya ialah UMNO dalam keadaan amat bahaya. Jenama UMNO sudah jadi jenama yang jijik. UMNO tidak dapat lagi mengaku yang ia nya mewakili orang Melayu. Itulah fakta yang kita terjemah dari keputusan PRU 12 tempoh hari. Calun2 UMNO hanya mendapat 2.38 juta undian. Tentulah daripada jumlah undian tersebut, sebahagianya datang dari undian bangsa bukan Melayu. Jika kita tolak 380 ribu undian bukan Melayu, maka undian solid orang Melayu untuk calun UMNO hanya 2 juta orang. Bukan main gegak gempita dan goga orang UMNO menjerit bahawa kita parti terbesar. Ada 3 jua lebih ahli UMNO. Nah, jika kita hanya mendapat 2 juta undian solid orang Melayu, ini bererti 1 juta lebih ahli UMNO tidak keluar mengundi atau tidak mengundi calun UMNO. Soalan: bagaimana kita mengembalikan keyakinan orang Melayu, jika kita tidak terdaya mengembalikan keyakinan ahli UMNO sendiri? Kemudian, kita mesti sedar perkara berikut. Jumlah pengundi Melayu dalam PRU 2008 ialah 5.7 juta. Tentulah ini bermakna 3.7 orang Melayu tidak menyokong UMNO. Bererti lagi, lebih ramai orang Melayu menolak UMNO dari menerima UMNO. Apa sudah jadi? Pimpinan UMNO tidak sedar. Orang Melayu di Pulau Pinang, di Kedah, di Kelantan, di Selangor, di Wilayah Persekutuan, tidak pula mati layu terkulai apabila UMNO kalah dalam negeri negeri tersebut. Suara dari rakyat menunjukkan bahawa Perak akan jatuh kembali ke tangan pembangkang, Terengganu akan jatuh, Negeri Sembilan akan jatuh. Ini bererti 7 negeri di Semenanjung akan jatuh di tangan pembangkang. BN mungkin dapat mengekalkan pemerintahan di Sabah dan Sarawak. Namun ada kemungkinan juga, banyak kerusi parlimen di negeri tersebut akan jatuh ke tangan bukan BN. Berkuasa di kerajaan negeri tidak sebaik mendapat kuasa di peringkat parlimen. Jika lebih banyak kerusi parlimen di kuasai oleh pembangkang, ini bermakna BN dan UMNO akan hilang kuasa federal. Jika ini berlaku, Dato Najib tidak dapat mempertahankan kedududukan nya sebagai ketua kerajaan peringkat federal. Orang lain yang command the majority of support in Parliament akan jadi PM dan membentuk kerajaan yang baru. Orang UMNO tidak sedar juga, didalam negeri yang mereka kuasai pun, ada kerusi kerusi Parlimen yang akan jatuh. Negeri yang saya familiar ialah Negeri Pahang. Yang saya rasa, kawasan parlimen yang BN akan kalah ialah di Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar, Raub, Jerantut dan mungkin juga Bera. Parti parti bukan BN akan mencari tokoh politik yang mereka rasa boleh mendapat keyakinan non partisan. DAP tidak dapat menerima kepimpinan PAS peringkat Nasional. Demikian juga sebalik nya, PAS tidak dapat menerima kepimpinan DAP peringkat nasional. Walaupun mereka boleh berkerjasama, tapi dalam isiu pimpinan nasional tidak semestinya mereka sepakat. DAP juga akan realistic bahawa pemimpin nya tidak dapat menjadi PM dan saya rasa mereka rasional dalam hal ini. Pimpinan PKR sudah pun melihat melepasi Anwar Ibrahim. Mengenai sebab mereka bersikap demikian, mereka sahaja yang tahu. Demikian juga ahli ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak tidak lagi mempunyai kepercayaan dengan politik BN. Seperti rakan rakan semenanjung mereka akan melihat kepada tokoh yang mereka yakin dapat command the respect of the majority of parliamentarians. Orang UMNO masih bergentayangan. Mereka ingat hanya dengan melaungkan slogan UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO sudah cukup untuk mengkat kesetiaan orang Melayu. Kalau cerita dongeng zaman purba kala, mungkin tanggapan demikian ada kebenaran. Siapa kah tokoh tersebut? [Sumber] |
| Port Dickson Bandar Diraja Atau Bandar Maksiat? Posted: 03 Oct 2010 04:00 AM PDT TAUKE RESORT/KONDOMINIUM DAN PELAJAR POLITEKNIK PORT DICKSON/PELATIH JURURAWAT SANGAT KAMCING. BAGAIKAN AUR DENGAN TEBING PROJEK usahasama ini sebenarnya telah lama menjadi bualan orang, terutama penduduk dan pekerja resort serta kodominium di tepi pantai Port Dickson. Projek melibatkan segelintir pelajar Politeknik Port Dickson/pelatih jururawat dan tauke tempat penginapan di pantai peranginan itu menjayakan musim penggalakan maksiat! Setiap kali hujung minggu atau cuti semester, ada sahaja projek usahama termeterai! Banyaklah bilik yang sebahagian besarnya kosong, kembali penuh. Diskaun untuk menginap secara berpasangan, tanpa larangan datang melimpah ruah. Banyaklah pasangan terutama bermotosikal masuk kondominium yang sebahagian besarnya kelihatan seperti bangunan yang hidup segan mati tak mahu. Mereka datang berpasang-pasang, bermodalkan duit pinjaman masuk melampiaskan nafsu semahu-mahunya. Ini bukan cerita fitnah untuk memburukkan institusi pengajian tinggi, apatah lagi untuk memburukkan anak bangsa sendiri. Minggu lalu, cerita 'rakan kongsi' ini terbongkar apabila seorang saudara lelaki menarik keluar adik perempuannya dari sebuah bilik di kondominium yang dihuni bersama teman lelakinya. Desak punya desak, terbongkarlah cerita rupanya bukan adik perempuannya sahaja yang sering berbulan madu dengan teman lelakinya, tetapi banyak pasangan melibatkan pelajar institusi itu dengan pasangan lelaki yang telah bekerja duduk berenak-enak di kondominium itu. Menurut cerita teman yang terlalu bengang itu, dia bertanyakan hal serupa kepada petugas yang menyewakan bilik di kondominium berkenaan. Alangkah terkejutnya dia apabila diberitahu memang perkara itu sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan pelajar. Malah petugas itu mengakui pula tanpa segan silu yang perniagaannya banyak bergantung kepada kedatangan pelajar, terutama pada cuti hujung minggu atau permulaan cuti semester. Modus operandi dalam projek usahasama menggalakkan maksiat itu rupanya jarang diketahui orang. Rupanya tauke kondominium tidak pernah mengambil tahu apa yang berlaku di bangunan itu. Sebaliknya banyak pihak berniaga dengan memajak beberapa bilik daripada tuan punya kondominium. Bilik-bilik yang dipajak itu kemudian disewa pula kepada pasangan, termasuk pelajar politeknik dan sebuah kolej jururawat berdekatan untuk dijadikan tempat pertemuan dengan pasangan masing-masing! Berbalik kepada saudara lelaki seorang pelajar (kini telah berhenti) politeknik tadi. Dia ternyata amat berang kerana petugas yang berniaga menyewakan bilik di kondominium itu tidak langsung mempunyai tanggungjawab sosial, sebaliknya hanya mementingkan keuntungan. Katanya, mereka sepatutnya menegur golongan muda terutama yang sedang belajar agar tidak menyewa bilik berkenaan. Sebaliknya, sikap mereka yang kadang-kala memberi diskaun termasuk memberi sewa mengikut jam amat tidak bertanggungjawab. Ia seolah-olah menggalakkan lagi pelajar yang mash muda hanyut dalam gejala sosial. Selepas ini pihak berkuasa, terutama jabatan agama negeri itu mesti bertindak lebih tegas. Periksa bilik di semua kondominium yang dari luar nampak macam bangunan tidak bernyawa. Tapi di dalamnya ada yang sedang bersenyawa! Projek usahasama di antara golongan muda dengan tauke/pemajak bilik kondominium ini untuk merancakkan lagi kadar maksiat di Port Dickson mesti dihentikan segera. [Sumber] |
| Gombak calon Azmin timbalan presiden Posted: 03 Oct 2010 03:30 AM PDT AMPANG: PKR cabang Gombak mencalonkan Azmin Ali untuk bertanding jawatan timbalan presiden November ini. Tidak ada seorangpun dari 101 ahli yang hadir mesyuarat mencalonkan nama Datuk Zaid Ibrahim untuk jawatan tersebut• Calon ketua cabang Bakar Ninggal mahu ahli turut mencalonkan nama lain selain Azmin untuk jawatan timbalan presiden. Bagaimanapun tiada seorangpun yang mencalonkan nama lain menyebabkan Azmin menang tanpa bertanding. Bagi jawatan naib presiden, Gombak mencalonkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Osman. Naib Presiden Dr Lee Boon Chye, ketua Kota Raja Dr Xavier Jeyakumar dan Baru Bian dari Sarawak. |
| Posted: 03 Oct 2010 03:00 AM PDT |
| Timbalan: Azmin 97, Zaid 37, Mus 17, Tian 5, Khalid 4 Posted: 03 Oct 2010 02:15 AM PDT 4.43pm Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim gagal mendapat pencalonan untuk kerusi timbalan presiden apabila cabang Kuala Selangor mencadangkan nama Datuk Seri Wan Azizah Ismai. Cabang yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim itu juga mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden PKR. Manakala untuk jawatan naib presiden pula, cabang itu mencalonkan Azmin, Khalid, Suresh Kumar dan Mustafa Kamil Ayub. 3.55pm Azmin Ali mendapat pencalonan ke 97 untuk jawatan timbalan presiden daripada cabang Kulai. Cabang itu turut mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti itu. Bagi jawatan naib pula, empat calon yang dipilih ialah Setiausaha PKR Johor Saiman Marzuki, Tian Chua, S Manikavasagam dan Datuk Zaid Ibrahim. 3.46pm Di Gelang Patah, Datuk Zaid Ibrahim mendapat pencalonan yang ke-37 bagi bertanding jawatan timbalan presiden. Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat pencalonan ke-14 untuk jawatan presiden. Untuk jawatan naib presiden, cabang itu mencalonkan Shamsul Iskandar Md Akin, Fuziah Salleh, Datuk Dr Chua Jui Meng dan Nurul Izzah Anwar. Perkembangan sebelum ini: Naib presiden Azmin Ali dan ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim menambah pencalonan masing-masing untuk bertanding jawatan timbalan presiden November ini. Azmin menambah tiga lagi pencalonan menjadi 96 manakala Zaid pula menambah satu lagi pencalonan kepada 36. Ahli parlimen Gombak itu memperolehi pencalonan terbaru dari cabang Sungai Besar dan Serdang - kedua-duanya di Selangor - dan cabang Santubong, Sarawak. Zaid mendapatkan pencalonan terbaru dari cabang PKR Tenggara, Johor. Sebanyak 18 cabang PKR bermesyuarat hari ini - iaitu minggu terakhir pemilihan peringkat cabang dan pencalonan jawatan tertinggi pusat. Seorang lagi calon, ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub, kekal dengan 17 pencalonan, ahli parlimen Batu Tian Chua (5) dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (4). Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ahmad mendapat dua pencalonan, manakala ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masing-masing dengan satu pencalonan. malaysiakini |
| Ngeh henti buat kenyataan terbuka Posted: 03 Oct 2010 02:00 AM PDT Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham tidak akan lagi membuat kenyataan terbuka berhubung pertelingkahannya dengan timbalannya, M Kulasegaran yang tercetus dua hari lalu. dap pc on keshvinder quit party 160610 ngeh koo hamKenyataan bersamanya dengan naibnya, A Sivanesan hari ini menyebut bahawa Ngeh (kiri) telah membincangkan perkara itu dengan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng ketika beliau tiba di Lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang, sekembalinya daripada lawatan ke Australia. "Kami bersetuju dengan cadangan Lim bahawa perkara yang membabitkan DAP Perak hendaklah ditangani secara dalaman," kata kenyataan itu. "Oleh yang demikian kami tidak akan membuat sebarang kenyataan terbuka atau menjawab soalannya mengenainya sewaktu sidang akhbar," tambahnya. NONEMenurut mereka, Lim dijangka mengadakan pertemuan yang akan turut dihadiri Lim Kit Siang, apabila Kulasegaran kembali daripada bercuti di Nepal. Kenyataan itu dibuat selepas Kulasegaran (kanan) yang juga naib presiden DAP menyiarkan cabaran dalam blognya - dan di dalam ruangan komen di Malaysiakini berhubung berita berkaitan - untuk berdebat secara terbuka dengan Ngeh. "Sila beritahu saya tempat dan masanya, saya bersedia untuk 'menceritakan semua'," tulis ahli parlimen Ipoh Barat itu. malaysiakini |
| DAP cabar wakil rakyat Umno pulangkan elaun jika persoal wang ihsan Posted: 03 Oct 2010 01:38 AM PDT KUALA LUMPUR 3 Okt — DAP pusat mencabar agar kesemua wakil rakyat Umno, di seluruh negara, dengan segera memulangkan elaun mereka terima kepada Perbendaharaan ekoran pendirian pihaknya mempertikaikan sumber dana wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dalam membuat gesaan ini hari ini berkata, kontroversi terbaru dicetuskan pemimpin-pemimpin politik Umno sejak kebelakangan ini menunjukkan sikap hipokrit dalam usaha mereka mahu kekal berkuasa. Pua berkata, memandangkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng sudah pun menafikan dana hasil aktiviti judi tidak pernah disalurkan kepada masyarakat Islam, tindakan pemimpin-pemimpin Umno terus-menerus mempertikaikan isu itu menunjukkan mereka asyik berbohong demi kepentingan politik. "Yang kedua dan lebih penting, usaha mereka untuk membezakan antara pulangan halal dan bukan hala bagi Pulau Pinang, menggambarkan sikap hipokrasi memandangkan kerajaan persekutuan yang diketuai oleh Umno, yang Menteri Kewangan juga adalah Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak adalah parti yang bertanggungjawab bagi menghalalkan perjudian di negara ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Selain itu, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, kalau tidak kerana Pakatan Rakyat, pentadbiran Najib belum tentu akan menarik balik lesen perjudian sukan yang diberikan kepada Tan Sri Vincent Tan. Pua menambah, Najib selaku Menteri Kewangan telah menjawab soalan Ahli Parlimen DAP dari Rasah Anthony Loke pada 9 Jun lalu bahawa kerajaan tidak membezakan antar cukai yang diterima daripada pelbagai sumber sama ada yang halal ataupun bukan halal. Pua memetik jawapan yang diberikan Najib iaitu "untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan... bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara." "Ini menunjukkan kesemua cukai yang dikutip dimasukkan ke dalam satu dana Akaun Wang Disatukan," katanya. Dalam kenyataan balas disiarkan The Malaysian Insider semalam, sambil menafikan Umno Pulau Pinang bersandiwara, setiausahanya menyifatkan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat negeri itu sebagai "bodoh tidak bertempat" apabila mencabar kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri Umno memulangkan gaji dan elaun wakil rakyat kerana terus-menerus mempertikaikan 'kesucian' wang ihsan. Datuk Azhar Ibrahim juga mendakwa pihaknya tidak pernah mendesak warga emas di Pulau Pinang agar memulangkan wang ihsan RM100 yang diterima mereka ekoran dakwaan Umno bahawa dananya bersumberkan hasil judi. ADUN Penaga itu juga berkata, pihaknya tidak pernah mendesak warga emas di negeri itu untuk memulangkan semula wang ihsan tersebut. Khamis lalu, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang mencabar kesemua 11 ADUN Umno negeri itu agar memulangkan gaji dan elaun wakil rakyat mereka jika serius mahu menyelamatkan umat Islam daripada menerima wang ihsan yang mereka dakwa sebagai dana bersumberkan hasil judi. Cabaran itu dibuat rentetan kenyataan Azhar minggu lalu bahawa 40 warga emas dalam kawasan beliau telah memulangkan wang ihsan RM100 seorang kepada warga emas. Lim pada 25 September turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah dan pembohongan yang cuba ditimbulkan oleh Umno di Pulau Pinang. Sehubungan itu tegas beliau, mengambil kira hujah diberikan Menteri Kewangan yang juga ketua Umno, memandangkan pemimpin-pemimpin Umno terus mempertikaikan isu semasa wang ihsan, maka kesemua wakil rakyat parti itu wajar memulangkan elaun sebagai Ahli Parlimen dan ADUN kerana sumber hasil negara lebih meragukan berbanding yang diperoleh di Pulau Pinang. "Adalah jelas, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (Azahar) tidak boleh mengatakan perbezaan apabila memaklumkan bahawa ADUN Umno tidak perlu memulangkan elaun mereka atas alasan pendapatan kerajaan negeri adalah daripada hasil cukai," katanya. Justeru Pua menambah, Setiausaha Umno Pulau Pinang itu kelihatan jahil fakta, sama ada sengaja ataupun sebaliknya, bahawa cukai-cukai dibayar kepada kerajaan persekutuan diagihkan kepada wakil kerajaan negeri dalam bentuk geran dan pinjaman. Pua berkata, tindakan tidak bertanggungjawab pemimpin-pemimpin Umno berkenaan yang mencetuskan isu agama untuk menimbulkan kebimbangan di kalangan umat Islam bagi tujuan kepentingan politik hanya menggambarkan mereka "bodoh dan kurang bijak." Katanya lagi, semua pihak sedia maklum bahawa Umno yang mengetuai Barisan Nasional (BN), yang memerintah kerajaan persekutuan, meluluskan lesen aktiviti perjudian di negara ini. "Kerajaan persekutuan Umno yang menggunakan hasil cukai tidak kira sumber untuk membiayai perbelanjaan kerajaan termasuk elaun wakil-wakil rakyat dan gaji menteri dan kakitangan awam," katanya lagi. Pua juga menasihatkan pemimpin-pemimpin Umno terbabit bukan sahaja memulangkan semula elaun mereka kepada kerajaan, tetapi juga harus mendesak projek infrastruktur pada masa-masa depan seperti lebuh raya yang dibina oleh kerajaan persekutuan harus terdiri daripada laluan berasingan untuk Muslim dan bukan Muslim berdasarkan bahagian hasil yang diperoleh. |
| Akhbar: Mana ada kebebasan mutlak? Posted: 02 Oct 2010 10:00 PM PDT *** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w Renungan "Dan jika dihasut oleh suatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan daripada Allah (iaitu dengan membaca A'uzu billahi minas syaitanir rajim), sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-A'raf Ayat 200) *** ADA tiga insiden membuatkan saya memilih topik kebebasan akhbar (media massa) pada penulisan kali ini. Pertama adalah kunjungan seorang pelajar Sarjana Komunikasi Massa UiTM yang mewawancara saya bagi menyiapkan tugasannya; kedua pertanyaan seorang anak saya yang belajar di sebuah pusat pengajian tinggi mengenai kebebasan akhbar dan ketiganya selepas berlaku polemik membabitkan kenyataan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari mengenai perkara sama. Pelajar UiTM itu mewawancara saya mengenai etika kewartawanan dan kekangan dihadapi petugas media yang mungkin menyebabkan mereka terpaksa melanggar etika berkenaan. Apa yang menarik dalam wawancara itu, pelajar tersebut telah menjadikan akhbar Harakah sebagai kes rujukan. Sebagai salah seorang editor akhbar dwi-mingguan itu, maka terpaksalah saya menjawabnya. Sebenarnya sejak meninggalkan Berita Harian 12 tahun lalu (selepas 12 tahun bertugas di sana) dan kini selepas memasuki tahun ke-12 di Harakah, saya tidak ghairah membicarakan soal kebebasan akhbar. Lebih baik membicarakan soal lain daripada isu yang ibarat tang tu tang tu jugak, lebih baik mengisi yang terbaik dalam batasan dibenarkan dengan amalan-amalan salih sebagai bekalan 'untuk ke sana' nanti. Sama seperti nasihat kepada anak saya, kepada penuntut UiTM itu saya beritahu bahawa syarat pertama untuk menjadi seorang wartawan yang baik adalah menjadi seorang Muslim yang taat. Bagi yang bukan Muslim tertakluklah kepada agama masing-masing. Apabila tertakluk kepada kehendak agama, tentunya tiada kebebasan mutlak dalam kehidupan, termasuk dalam dunia kewartawanan. Kalau mahu bebas sepenuhnya, nanti disiarkan gambar lucah atas nama kebebasan, apa mahu dikata? "Berkenaan etika kewartawanan bolehlah saudara semak perkara itu dalam buku-buku kewartawanan dan komunikasi massa. Tetapi sebagai wartawan (dan apa jua profesion) saudara perlulah berpegang teguh kepada hukum-hakam Islam dalam menjalankan tanggungjawab saudara. "Apa yang disuruh agama buatlah, apa yang dilarang tinggalkan. Semuanya tertakluk dalam hukum halal dan haram. Membuat laporan berita tentunya halal, memesong berita tentunya haram; menyiarkan gambar baik-baik tentunya halal, menyiarkan gambar lucah atau separuh lucah tentunya haram; menyiarkan artikel mengenai bahana arak dan judinya tentunya halal tetapi menyiarkan iklan arak dan judi tentunya haram. Jadi itulah etikanya, jangan terpesong daripada halal dan haram ini." Pelajar itu bersuara: "Tetapi saya sudah buat kajian, banyak daripada laporan dan berita Harakah ini fitnah. (Pelajar itu menunjukkan kepada saya keratan laporan muka depan mengenai satu dakwaan Anwar Ibrahim dengan tajuk 'Israel di Pejabat Perdana Menteri' (Harakah Bilangan 1527, 2-4 April 2010). Bagaimana berita fitnah seumpama ini boleh disiarkan? Adakah semua editor sudah bersetuju dengan memilih berita ini sebagai 'lead' muka depan? Tidakkah ini bermakna, etika kewartawanan yang saudara sanjung itu terpaksa diketepikan demi periuk nasi saudara?" Muka dan hati saya terasa panas. Saya terkejut dengan keberanian pelajar itu mengemukakan soalan sedemikian rupa. Memanglah budak-budak zaman sekarang 'direct'(straight to the point), mereka tidak berbahasa basi seperti zaman saya muda (ketika menuntut dulu). Berdasarkan sikap saya yang 'low profile' dan hampir tidak pernah terbabit dalam perbahasan panas, saya terkedu untuk menjawab soalan yang 'begitu ganas' itu. Namun entahlah, tiba-tiba ilham datang, saya dapat menjawabnya dengan lancar dan akhirnya wawancara yang sepatutnya berlangsung 20 minit menjadi dua jam dengan saya yang banyak bercakap dengan pelajar itu tekun mendengar, mengiyakan saja. "Saudara, kamu perlu akui bahawa semua akhbar ada 'master' (tuan) masing-masing. Hal ini bukan terhad di Malaysia saja. Akhbar antarabangsa pun begitu. Tentu kamu pernah dengar nama taikun media, Rupert Murdoch yang memiliki banyak akhbar. "Di Malaysia pun, akhbar-akhbar ini ada 'bos' masing-masing. Ada orang kata Utusan Malaysia itu milik orang Umno, Kumpulan NSTP (termasuk Berita Harian) juga milik orang Umno manakala Star milik orang MCA. Pendeknya semuanya ada pemiliknya. Umno, MCA, MIC dan parti-parti sekutunya yang membentuk Barisan Nasional (BN) sedang berkuasa sekarang ini. Jadi 'master' akhbar-akhbar ini adalah pihak berkuasa inilah. "Kamu lihatlah laporan akhbar-akhbar ini. Selalunya berita besar adalah mengenai apa yang pemimpin cakap. Apa saja PM Najib Razak cakap jadi berita utama. Apa yang Najib dan kuncu-kuncunya cakap sama ada betul atau tidak, merapu atau tidak, semuanya masuk dalam 'paper' berkenaan. Jadi inilah 'standard' kewartawanan Malaysia, apa yang pemimpin cakap itulah berita. Inilah sumber utama pemberitaan, apa yang pemimpin (termasuk bekas PM Mahathir Mohamad) cakap itulah berita sedangkan hal ini tidak pula diajar di sekolah-sekolah kewartawanan. "Jika apa saja yang Najib cakap itu jadi bahan utama akhbar arus perdana, maka sebagai kebalikannya apa yang pemimpin pembangkang cakap itulah sumber berita utama akhbar-akhbar alternatif seperti Harakah. Dalam berita 'Israel di Pejabat Perdana Menteri' itu sumbernya adalah daripada Ketua Pembangkang (Anwar) sendiri. Beliau bercakap di Parlimen pula, kalau awak kata fitnah mengapa orang difitnah tidak bertindak balik dengan menyaman Anwar dan akhbar yang menyiarkan dakwaan Anwar itu? "Awak lihatlah sendiri, kebanyakan berita dalam Harakah ini memetik kenyataan dan dakwaan yang dibuat oleh pemimpin PAS dan juga rakannya dalam Pakatan Rakyat. Yalah, kita ini kan bekerja untuk pemilik akhbar kita, kita mestilah 'highlight'kan apa pemimpin perkatakan. Kalau awak kata mereka buat fitnah dan editor menyiarkan fitnah tersebut, maka samanlah, tetapi mengapa ini jarang berlaku? Kamu lihatlah watak orang bercakap itu, tanyalah hati kamu sendiri, logikkah orang macam Tuan Guru Nik Abdul Aziz buat fitnah? "Satu hal yang awak mesti faham, apabila Najib bercakap, kata-katanya disiarkan oleh semua akhbar arus perdana yang boleh diakses semua orang tetapi apabila Anwar dan 'gengnya' bercakap, hanya akhbar alternatif seperti Harakah yang hanya boleh dibeli oleh ahli PAS, menyiarkannya. Kenapa suara Najib mahu dipaksa semua orang dengar tetapi suara Anwar dimatikan? Lebih malang lagi, akhbar alternatif ini dikenakan pelbagai kekangan, ringkasnya suaranya tidak sampai ke khalayak, jadi adilkah ini? Entahlah, hari itu idea datang mencurah-curah, selepas bercakap dua jam saya mengakhirinya dengan bertanya pelajar itu: "Apakah semua yang saya cakap ini akan awak keluarkan, atau awak tapis-tapis (mana tahu pensyarah penyokong kuat Umno-BN), maklumlah takkan awak nak lulus dengan cukup makan (2 pointer) saja? Periuk nasi kena jaga juga!" [Sumber] |
| Amaran Raja Petra buat PR dan Anwar.. Posted: 02 Oct 2010 08:30 PM PDT Oleh Shannon Teoh LONDON, 3 Okt — Yang mana datang awal? Perubahan atau sokongan popular? Nampaknya, blogger Malaysia Today Raja Petra Raja Kamaruddin sudah mula hilang sabar dengan memberi kata dua kepada Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu pertemuan di sini semalam. Ketua Pembangkang itu juga telah dipaksa menzahirkan pendirian terhadap masyarakat madani selepas Raja Petra, yang menjadi tumpuan pelbagai gerakan akar umbi di Malaysia, mencabar PR berhubung komitmen mereka terhadap pembaharuan yang hendak dibawa dan dilaksanakan. Pada sesi dialog dengan rakyat Malaysia di sini, Raja Petra yang mesra dikenali sebagai "RPK", mengancam untuk menarik balik sokongan kepada PR dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas - pilihan raya kecil yang ke-12 sejak Mac 2008 - atas alasan perikatan tiga parti politik itu telah gagal untuk menunaikan janji-janji menjelang pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan perubahan dalam landskap politik negara. PR memenangi lima negeri selain menguasai 82 kerusi di Parlimen, sekali gus menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat. Sehingga pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai Julai 2009, Raja Petra seringkali turun ketika kempen pilihan raya kecil untuk membantu calon-calon PR. Raja Petra berada dalam buangan kendiri sejak pertengahan tahun lalu. Bagaimanapun Anwar, Penasihat PKR, merayu agar rakyat memahami bahawa kebanyakan pembaharuan tidak boleh dilaksanakan tanpa penguasaan kerajaan persekutuan, sebaliknya pejuang masyarakat madani perlu membantu PR berada di Putrajaya bagi melakukan pembaharuan-pembaharuan ini. Raja Petra berkata "sebelum Mac 2008 kita duduk untuk tempoh berbulan lama dan merangka Deklarasi Rakyat yang merupakan versi kemas kini kepada Agenda Untuk Perubahan, yang dirangka oleh Anwar sendiri ketika berada di penjara." Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004 tetapi hanya layak bertanding selepas Mac 2008 dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh ketika pilihan raya kecil. Raja Petra menggambarkan bagaimana deklarasi itu, yang merangkumi pelbagai isu - daripada ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sehinggalah politik - dikemukakan kepada tiga parti politik yang membentuk PR dan parti-parti pembangkang yang lain. PR, dianggotai DAP, PAS dan PKR, dibentuk selepas sebulan selepas pilihan raya umum Mac 2008. Ia masih dalam proses kelulusan pendaftaran. Malah Raja Petra mendakwa deklarasi itu juga sedikit sebanyak diterima sebagai manifesto pilihan raya. "Oleh kerana itu, kami turun ke bawah, kami berkempen dan merentasi seluruh Malaysia," kata beliau lagi merujuk kepada kempen ketika pilihan raya umum Mac 2008 dan pilihan raya kecil yang menyusul. Justeru, Raja Petra melahirkan rasa tidak puas hati kerana PR belum lagi menunaikan janji-janji yang digariskan dalam manifesto meskipun menguasai pemerintahan beberapa kerajaan negeri sepanjang dua setengah tahun lalu. Pada hari ini PR menguasai Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Raja Petra juga menggariskan ketiadaan akhbar-akhbar Bahasa Malaysia diterbitkan kerajaan-kerajaan negeri dikuasai PR atas alasan ia penting untuk meneruskan perjuangan menghadapi pilihan raya umum akan datang. Beliau membandingkan persekitaran politik di United Kingdom di mana parti Demokrat Liberal hanya bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran dengan Konservatif selepas dijanjikan pembaharuan menyeluruh akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun. Britain berhadapan dengan pembentukan kerajaan campuran selepas pilihan raya umum pertengahan tahun ini gagal memberikan majoriti jelas di Parlimen. "Kita sudah memberi PR tempoh dua setengah tahun, tetapi tiada pembaharuan tunggal yang dilaksanakan sehingga kini. "Sesetengahnya boleh dilaksanakan dengan segera, sesetengahnya akan mengambil masa dua tahun, ada yang akan mengambil 20 tahun. "Sekurang-kurangnya kita melihat (ia dilaksanakan), maka kita akan gembira dan kita akan terus menyokong PR dalam setiap pilihan raya kecil dan pilihan raya umum termasuk di Galas," kata Raja Petra. Beliau yang kini berada dalam buangan kendiri di luar negara sejak setahun lalu menambah, PR memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya ekoran sokongan masyarakat madani yang merupakan "kuasa ketiga". Raja Petra memberikan contoh gerakan Bersih dan Hindraf pada 2007 yang memperjuangkan agar diadakan pilihan raya bebas dan adil serta hak masyarakat orang India dibela. Sehubungan itu, Raja Petra mengingatkan PR bahawa "kami rakyat adalah tuan" dan perikatan berusia dua setengah tahun itu perlu menyelesaikan beberapa isu jika mahu membentuk kerajaan persekutuan kelak. Anwar membalas pendirian Raja Petra itu dengan menegaskan bahawa PR mengiktiraf keperluan membawa perubahan tetapi "rakan-rakan kami dalam masyarakat madani perlu bekerjasama dengan kami sebagai satu pasukan." "Kami memerlukan (sokongan) masyarakat madani memandangkan kami tidak boleh bergantung pada media yang dikawal Umno," kata Ketua Umum PR ini. Ahli Parlimen Permatang Pauh ini juga mendakwa tangan PR terikat dalam melaksanakan pembaharuan memandangkan kuasa untuk berbuat demikian terletak di peringkat kerajaan persekutuan. Pun begitu, Anwar menekankan beberapa perubahan telah dilaksanakan termasuk menggantikan sistem tender langsung dengan tender terbuka, satu dasar yang membolehkan kerajaan negeri Kedah mengurangkan cukai pintu jumlah keseluruhan sehingga RM15 juta, tetapi mengekalkan pulangan memandangkan langkah tersebut mendatangkan hasil pembalakan yang lebih baik. Anwar juga menggariskan Akta Kebebasan Maklumat yang digubal oleh kerajaan negeri Selangor meskipun ia masih tertakluk pada Akta Rahsia Rasmi yang dikuatkuasakan oleh kerajaan persekutuan. Anwar juga menambah, Selangor dalam proses menjadikan Selangor Kini, sebagai akhbar harian untuk diedarkan kepada isu rumah di Selangor bagi menghadapi media-media dikawal Umno khususnya di kawasan-kawasan pengundi Melayu. Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR Chua Tian Chang menambah, masyarakat madani harus melihat nilai PR bukan hanya setakat jumlah kerusi yang dimenangi, tetapi juga sebagai "satu forum yang baru." "Untuk tempoh selama setengah abad isu yang dihadapi ialah mustahil untuk (kita) berbincang. Tetapi, ia kini berada di atas meja," kata Ahli Parlimen Batu ini. Beliau menambah, adalah penting untuk membawa satu suara yang bersatu bagi menghadapi sikap BN yang etnosentrik dan memanipulasikan agama. Raja Petra juga melahirkan kekecewaan dengan sikap tidak kaliber calon-calon PR yang bertanding dalam pilihan raya umum lalu dan menawarkan "calon yang berwibawa untuk bertanding mewakili PR." Raja Petra juga menimbulkan isu ramai pemimpin PR terpaksa bertanding kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri selain beberapa wakil rakyat yang dipilih bertindak keluar parti sehingga menyebabkan BN mengambil alih Perak awal 2009. The Malaysian Insider |
| Posted: 02 Oct 2010 08:15 PM PDT Saya rasa orang yang paling layak jadi calun ADUN di Glas ialah SU Politik PM, iaitu Fatmi Salleh dia adalah ketua UMNO Bahagian Kota Bharu. Oleh kerana peluang untuk Fatmi menang di Kota Bharu dalam kapasiti apa pun sangat tipis dan kosong, maka elok dia di beri peluang untuk jadi ADUN. Dia pun tidak pernah jadi ADUN jadi elok dia di beri peluang supaya rakyat Kelantan dapat menikmati kepimpinan dan perkhidmatan Fatmi. Tidak perlu kita hendak memaksa Ku Li jadi ADUN Galas. Saya sudah sebut, cubaan ini sama seperti menggunakan kuda lumba untuk menarik kereta lembu. Apabila kita meletakkan pemimpin pada tempat yang tidak kena dengan kapasiti dan kemampuan, nya, ia menunjukkan kecetekan minda kita. Cuba kita lihat rekod Ku Li. Dalam pertandingan UMNO melawan Dr Mahathir, dia hanya kalah 41 undi. Itu pun keputusan tersebut sangat sangat mencurigakan. Dia juga pengasas parti Semangat 46. Dia bekas menteri kewangan. Dia pengerusi Petronas dan Bank Bumiputera yang pertama. Dengan latar belakang rekod seperti ini, lojik mengatakan Ku Li patut di beri tempat dalam barisan kepeimpinan negara, bukan negeri. Biarlah kepimpinan negeri di terajui oleh orang seperti Fatmi, Lagi pun jika Fatmi di pilih sebagai calun, dia bukan sahaja membawa diri nya dan menebus kekalahan nya di Kota Bharu, tapi membawa dan mewakili suara PM. Tidak mungkin suara keramat PM tidak laku di DUN Galas? Lagi pun, standard Fatmi hanya sesuai untuk tahap DUN sahaja. Rakyat DUN Galas jika pilih Fatmi akan mendapat suatu lorong penghubung secara lansung kepada PM. PM Najib pula patut beri peluang kepada Fatmi daripada memberi peluang dia menyibuk di pejabat PM. Bukan kah Fatmi ini kalah sebagai calun parlimen KB dan patut lah di beri peluang untuk berkhidmat sebagai ADUN Galas. Saya percaya, Fatmi dapat menyalurkan 1001 bantuan dan kemewahan kepada rakyat Galas. Beras, kambing, rumah PPRT, lembu dan kerbau, beg sekolah, basikal, atap rumah, kasut dan lain lain. Ada banyak benda yang tak kena dengan DUN Galas. Pertama, lazim nya, yang menjadi pengarah pilihanraya kecil ialah timbalan presiden UMNO dan TPM. Dia akan di bantú oleh ketua Perhubunan UMNO Negeri. Tidak pernah terjadi Ketua Bahagian menjadi pengarah Operasi. Memang betul, walaupun tidak pernah terjadi, tapi tidak mustahil di lakukan. Apakah UMNO sudah ketandusan bakat pemimpin sehingga mahukan Tengku Razaleigh jadi calun ADUN? Ini membayangkan penggunaan bakat yang tidak bijak. Pengalaman dan ketokohan TRH sepatutnya di manfaatkan untuk kepentingan di peringkat nasional. Saya rasa Ku LI tidak perlu membuat lebih dari apa yang sepatut di lakukan oleh seorang Ketua Bahagian. Iaitu memobilisasikan jentera pilihanraya, memastikan kemudahan untuk tukang kempen dari luar di layani dengan baik. Dan seperti di mana mana PRK, biarlah pasukan luar ini yang buat kerja lebih. Pasukan tempatan hanya berfungsi sebagai pemudah cara dan jadi pemandu pelancung. Peranan Ku Li adalah lebih besar dari peranan ADUN. Dia boleh menjadi suara penyatu suatu caucus- yakni perhimpunan ahli politik yang berstau fikiran melihat keadaan yang berlaku dalam negara kita. KU Li merupakan satu satu nya pemimpin yang bertaraf negarawan yang di hormati oleh lebih banyak pihak dari mana mana tokoh pemimpin yang ada sekarang. Dia mendapat penghormatan dan sokongan dari non partisan polítical forces. Yang demikian, Ku Li mempunyai potensi untuk di jadikan faktor penyatu kepada tenaga tenaga yang mahu menyelamatkan Malaysia. Saya merasakan lebih elok, kita memanfaatkan Tengku Razaleigh dalam kapasiti ini. Dan perkara ini patut di teliti dengan halus oleh ahli UMNO sendiri. Jika apa apa berlaku kepada UMNIO yang ada sekarang, sekurang kurang, peluang untukk menyelamatkan UMNO masih ada pada Ku Li. Kita mesti faham perkara ini. [Sumber] |
| (Gambar) Bukti UMNO Terlibat Dalam Pilihan Raya Kampus Posted: 02 Oct 2010 08:00 PM PDT |
| Posted: 02 Oct 2010 07:30 PM PDT Berikutan kematian isteri Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew, Puan Kwa Geok Choo pada usia 89, hari Sabtu (semalam) pukul 5.40 petang di rumahnya kerana mengalami sakit stroke sejak dua tahun lepas; pihak Menteri Besar Kelantan, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dengan ini menyampaikan rakaman takziah seperti mana berikut: "Belasungkawa untuk Menteri Mentor, Lee Kuan Yew atas kematian isteri tercinta dan kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong serta ahli keluarganya kerana pemergian untuk selama-lamanya ibu yang dikasihi. Kami berkongsi kesedihan selama anda sekalian merasai kehilangannya. Ia juga suatu kehilangan besar seorang Ibu Wirawati kepada seluruh rakyat Singapura. " Menurut Islam, setiap yang hidup akan menemui kematian dan kematian itu adalah ketentuan dari Allah, Tuhan yang mencipta sekalian makhluk." "Condolences to the Minister Mentor, Lee Kuan Yew on the demise of his beloved wife and to the Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong and his family because of the departure for ever dear mother. We share the grief over the loss you feel. It is also a great loss of a mother 'Wirawati' all Singaporeans. "According to Islam, all flesh shall see the death and that death is the provision of God, God who created all beings." *MEMBANGUN BERSAMA ISLAM* Pejabat Menteri Besar Kelantan,Kota Darul Naim,KOTA BHARU.24 Syawal 1431 bersamaan 3 Oktober 2010 |
| Sultan Ismail Petra Akan Dibawa Lari Ke Thailand? Posted: 02 Oct 2010 06:50 PM PDT 1. Kami telah menerima maklumat terperinci dari sumber-sumber yang berwibawa mengenai perancangan pihak tertentu untuk membawa keluar secara sembunyi-sembunyi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra keluar dari Kelantan menuju ke Thailand melalui Takbai dan Pattani untuk bersemayam di sana. 2. Kami merasa amat bimbang jika perancangan ini, yang akan cuba dibuat di dalam masa terdekat ini, berjaya direalisasikan oleh pihak berkenaan maka ia akan mendatangkan kesan yang amat negatif ke atas kebajikan dan keselamatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra yang masih di dalam keadaan gering. 3. Kami dengan ini menyeru pihak berkenaan supaya segera menghentikan usaha-usaha untuk terus mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra untuk kepentingan diri sendiri, apatah lagi apabila usaha-usaha ini menjangkaui tahap membawa lari sekaligus memperjudikan kebajikan dan keselamatan Baginda. 4. Kami dengan ini juga menyeru pihak-pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan perancangan untuk membawa keluar secara sembunyi-sembunyi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra keluar dari Kelantan menuju ke Thailand ini tidak terlaksana. 5. Kami memandang amat serius perkara ini kerana apabila sempadan negara telah diseberangi maka apa-apa sahaja perkara mungkin boleh berlaku kerana kita tidak lagi mempunyai sebarang kawalan ke atasnya. Cukuplah dengan hanya satu insiden yang menyayat hati itu sahaja. 6. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra bukanlah milik peribadi sesiapa sahaja tetapi Baginda adalah milik semua golongan rakyat yang masih tetap mengasihi Baginda seperti dahulu. Sebarang cubaan untuk memisahkan Baginda dari mereka adalah satu tindakan yang amat zalim. 7. Ingatlah, jika kita ditimpa kesusahan, Allah mengajar kita supaya tidak berputus asa daripada, malah supaya menaruh sepenuh harapan kepada, rahmat serta pertolongan-Nya (dan bukan supaya menaruh sepenuh harapan kepada rahmat serta pertolongan pihak-pihak lain!): Firman Allah, mafhumnya: "Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: Ayat 87) Firman Allah, mafhumnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia-lah jua yang Amat Pengampun, lagi Amat Mengasihani." (Surah al-Zumar: Ayat 53) 8. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Ilahi agar Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra sentiasa berada di dalam peliharaan dan lindungan-Nya. Jauhkanlah Baginda, ya Allah, dari sebarang perbuatan zalim walau oleh mana-mana pihak sekalipun. [Sumber] |
| Pulangkan semua gaji kepada perbendaharaan kerajaan. Posted: 02 Oct 2010 04:00 PM PDT 50 orang dari Bayan Baru memulangkan wang yang mereka terima sebanyak seratus ringgit sebagai wang ehsan bagi warga emas dari kerajaan P Pinang. Mereka memulangkan wang tersebut kepada UMNO Bahagian Bayan Baru kerana mereka diberitahu yang sumber wang itu datangnya dari wang perjudian. Isu ini ditimbulkan oleh seorang yang bernama Reeezal Merican Naina Merican dari Kepala Batas, P Pinang. Isu ini ditimbulkan bermotifkan politik semata-mata dan entah bila pula pemimpin UMNO tahu membezakan diantara wang yang haram dan yang halal. Kalau benar ini merupakan wang yang haram dibelanjakan walaupun ianya adalah disumberkan oleh kerajaan negeri P Pinang, maka semua wang yang diterima dari kerajaan oleh semua pegawai dan kakitangan kerajaan termasuk Reezal sendiri kepada Perbendaharaan Kerajaan. Bagaimana pula dengan gaji pegawai-pegawai kerajaan seluruh negara? Bukankah sumber pendapatkan kerajaan datangnya dari berbagai-bagai bentuk cukai, termasuk cukai pemeliharaan babi dan pusat-pusat judi seperti Genting dan cukai dari pendapatan syarikat Empat numbor Ekor seperti magnum, Toto dan perlumbaan kuda? Elok juga kita kaji berapa jumlah pendapatan kerajaan dari kilang-kilang arak seperti Guenness Stout dan minuman keras yang lain? Apa jadi kepada kakitangan Boustead Trading yang ramai-ramai itu dalam mana salah satu kegiatan syarikat tersebut adalah menjual arak dan berbagai minuman keras yang lain. Boustead Trading telah membayar Cukai jualan kepada kerajaan dan cukai korporat yang beramillion setiap tahun dan semua pendapatan ini masuk kedalam kantung kerajaan. Elok ada pihak yang beragama yang tinggi memberikan pendapat tentang bagaimana harta rampasan yang didapati oleh tentera Islam semasa Islam berhadapan dengan peperangan seperti peperangan Badar, peprangan Khandak, peperangan Uhud dan banyak lagi peperangan yang mana Islam mendapat kemenangan dan mendapatkan harta rampasan yang dimasukkan kedalam Baitulmal? Boleh ke Reezal Merican memberikan jawapannya mengikut sudut dan pandangan Islam? Boleh kah semua pegawai kerajaan mengembalikan kepada kerajaan segala wang gaji yang diterima mereka sejak bertahun-tahun yang lepas? Sanggupkah semua pesara-pesara yang menerima pencen memulangkan kembali wang-wang pencen mereka yang salah satu sumbernya dari kutipan cukai dari kegiatan judi? Bagaimana pula dengan wang haram yang didapat melalui rasuah oleh pemimpin-pemimpin Melayu kita semasa berkuasa dalam kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan? Kalau begitu bilakah Daim Zainuddin akan memulangkan wang yang beliau kumpulkan selama ini? Bila pula Mirzan akan mengembalikan wang yang tidak dihalakan oleh rakyat yang beliau ambil dari PETRONAS melalui anak syarikat Petronas untuk menyelamatkan beliau menjadi bangkrap? Jumlah yang diambilnya melebihi 1 billion ringgit. Kenapa Mufti-Mufti tidak memberikan jawapan sebenar tetapi sebaleknya membiarkan isu itu dijadikan isu politik oleh pihak yang sudah bangkrap politik? Sahibul Samahah Mufti-Mufti pun menerima gaji dari sumber kewangan kerajaan yang sebahagiannya adalah dari kutipan hasil judi. Isu yang ditimbulkan oleh 'budak' Reezal ini betul-betul tindakkan yang bodoh dan tidak mempunyai modal yang sesuai untuk dijadikan isu politik. Kalaupun hendak mengambil alih kerusi Pak Lah diKepala Batas takkanlah menggunakan isu sebodoh itu untuk menarik perhatian. Beginikah jenis dan rupa pemimpin yang hendak kita berikan kepercayaan untuk memperjuangkan nasib orang Melayu P Pinang? Mungkin dengan memberikan kepercayaan kepada 'budak' seperti ini adalah satu lagi perjudian yang besar untuk bangsa kita.Saya berharap Reezal tidak tunjukkan sangat ketololan beliau dikhalayak ramai. http://aspanaliasnet.blogspot.com/2010/10/pulangkan-semua-gaji-kepada.html |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan