DIALOG RAKYAT |
- Badrul Amin pertahan jawatan di Sabak Bernam
- SKM sedia pinjaman RM10 juta pada koperasi
- Keputusan penuh pencalonan hari terakhir
- Kenapa ‘Tok Guru’ ni suka sebut gilo
- Galas: PAS tak kira siapa pengarah p’raya Umno BN
- Galas: PAS sudah senarai pendek calon
- Tarbiah tarik minat bukan Islam sertai PAS
- Galas: Umno mahu hina Tengku Razaleigh?
- Galas: Muslimat Kelantan sedia galas tanggungjawab
- Pelabur risau datang kerana rasuah
- Umno tiada roh tarbiah
- ‘Ahli DAP mengundi dalam mesyuarat PKR’
- Kenapa Islam dan Demokrasi Ditakdirkan Senada
- Pemimpin PAS cabar Perkasa bertanding, Ibrahim Ali calon di Galas
- Pelajar langgar anggota polis didakwa di mahkamah
- Askar Wataniah tidak amal unsur politik, kata Zahid
- Dr M semakin sembuh
- Jentera BN Galas mula bergerak Selasa ini .
- Nik Aziz: Tak merokok antara kriteria jadi calon PAS di Galas THE MALAYSIAN INSEDER
- DUN Galas: Tindakan Umno rendahkan martabat Ku Li, kata Nik Aziz
- Al-Quran tulisan Braille sumbangan istimewa bagi pelajar buta
- Zahid: ATM bawa balik enjin jet dicuri dari Uruguay bulan ini
- Pemilihan PKR: Anwar kecam Zaid guna media Umno
- DAP cabar wakil rakyat Umno pulangkan elaun jika persoal wang ihsan
| Badrul Amin pertahan jawatan di Sabak Bernam Posted: 03 Oct 2010 06:09 AM PDT
Dalam pemilihan hari ini, beliau berdepan dengan dua lagi pencabarnya - Abdul Kadir Abdul Rasyid dan Abdul Aziz Idris.
Sementara itu, bagi pencalonan peringkat pusat pula, Sabak Bernam mencalonan ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub bagi jawatan timbalan presiden. | ||||
| SKM sedia pinjaman RM10 juta pada koperasi Posted: 03 Oct 2010 06:06 AM PDT
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain itu SKM turut memberi geran bantuan RM30,000 kepada koperasi baru bagi mengendalikan pengurusan manakala pinjaman RM50,000 dengan kadar faedah rendah akan diberi kepada koperasi untuk menjalankan perniagaan. "Langkah itu sebagai membantu koperasi supaya berkembang maju serta dapat menjalankan perniagaan bagi menambah keuntungan untuk faedah ahlinya," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra bersama pemimpin belia daerah Bera di Dataran Kerayong di Bera hari ini. Ismail Sabri berkata terdapat lebih 7,000 koperasi berdaftar dengan SKM di negara ini yang menyumbangkan hasil lebih RM7 bilion setahun kepada negara dan 85 peratus daripada jumlah itu adalah koperasi mikro. "Kerajaan mahu koperasi dan syarikat swasta merebut setiap peluang bagi mengembangkan lagi ekonomi negara selain menepati sasaran untuk melahirkan lebih banyak usahawan, koperasi maju dan berdaya saing," katanya. | ||||
| Keputusan penuh pencalonan hari terakhir Posted: 03 Oct 2010 06:06 AM PDT
Berikut keputusan tidak rasmi setakat 3 Oktober, 8.55pm: Presiden (Berdasarkan keputusan daripada 141 cabang) Dr Wan Azizah Wan Ismail - 123 Anwar Ibrahim - 15 Zaid Ibrahim - 3 Timbalan presiden (Berdasarkan keputusan daripada 171 cabang) Azmin Ali - 102 Zaid Ibrahim - 38 Mustaffa Kamil Ayub - 17 Tian Chua - 5 Khalid Ibrahim - 4 Wan Azizah Wan Ismail - 3 Fuziah Salleh - 1 Nurul Izzah - 1 Naib presiden (4 tempat) Fuziah Salleh - 115 Shamsul Iskandar Md Akin - 45 Lee Boon Chye - 35 Mustaffa Kamil Ayub - 34 Mansor Othman - 30 Tian Chua - 26 R Sivarasa - 25 Nurul Izzah Anwar - 22 Khalid Ibrahim - 17 N Gobalakrishnan - 16 Azmin Ali - 13 Ansari Abdullah - 13 Chua Jui Meng - 12 Jeffrey Kitingan - 11 Xavier Jayakumar - 10 Yahya Sahri - 9 Zaid Ibrahim - 7 S Manikavasagam - 7 Mohd Noor Manuty - 6 Suresh Kumar - 6 Abdullah Sani - 4 Saifuddin Nasution - 3 Zamri Yusof - 3 Saiman Marzuki - 3 Badrul Amin Baharon - 3 Yusmadi Yusoff - 3 Jimi Donald - 2 James Ghani - 1 Kamarul Baharin Abbas - 1 Baru Bian - 1 Hee Loy Sian -1 Setiap calon memerlukan dua pencalonan minimum untuk melayakkannya bertanding bagi semua jawatan di peringkat pusat. | ||||
| Kenapa ‘Tok Guru’ ni suka sebut gilo Posted: 03 Oct 2010 06:03 AM PDT
| ||||
| Galas: PAS tak kira siapa pengarah p’raya Umno BN Posted: 03 Oct 2010 06:02 AM PDT
| ||||
| Galas: PAS sudah senarai pendek calon Posted: 03 Oct 2010 06:01 AM PDT
| ||||
| Tarbiah tarik minat bukan Islam sertai PAS Posted: 03 Oct 2010 06:00 AM PDT
| ||||
| Galas: Umno mahu hina Tengku Razaleigh? Posted: 03 Oct 2010 05:58 AM PDT
| ||||
| Galas: Muslimat Kelantan sedia galas tanggungjawab Posted: 03 Oct 2010 05:57 AM PDT
| ||||
| Pelabur risau datang kerana rasuah Posted: 03 Oct 2010 05:55 AM PDT
| ||||
| Posted: 03 Oct 2010 05:53 AM PDT
| ||||
| ‘Ahli DAP mengundi dalam mesyuarat PKR’ Posted: 03 Oct 2010 05:52 AM PDT KUCHING: Kontroversi pemilihan cabang PKR berterusan dengan dakwaan ahli DAP mengundi dalam pemilihan di Sri Aman. Dalam pertandingan minggu lalu, Jimmy Donald dipilih sebagai pengerusi setelah mengenepikan Ibi Anak Uding dengan lapan undi. Donald mendapat 84 undi, Ibi 76 dan calon ketiga Cobbold John Lusol hanya 10 undi.
Bagaimanapun, Ibi mendakwa penyokongnya telah mengesan sesuatu yang tidak kena. "Kami mendapati lapan pengundi yang mengundi Donald adalah ahli DAP. Bukan itu sahaja, mereka adalah ahli jawatakuasa DAP bahagian Sri Aman. Ini adalah strategi 'ayah dan anak'," kata Ibi merujuk anak Donald adalah ahli DAP. "Apabila PKR mengadakan pemilihan, mereka mendakwa mereka ahli PKR. Dan DAP mengadakan mereka mendakwa sebagai ahli DAP," tambahnya. Ibi,ketua wanita PKR Sarawak penyokongnya telah mengumpul banyak maklumat tentang keanggotaan dua parti ini. Sementara itu ketua penerangan PKR Sarawak, See Chee How berkata, jawatankuasa pemilihan parti harus mengisytiharkan kemenangan Donald sebagai tidak sah dan batal jika berdasarkan dakwaan itu. Jika kemenangan Donald dibatalkan, sumber parti berkata, ia boleh membawa masalah kepada Azmin Ali yang bertanding timbalan presiden kerana beliau adalah penyokong naib presiden itu. Cabang juga menjangkakan dilanda perletakan jawatan oleh mereka yang menang kerana enggan bekerja dengan Donald. Sepuluh daripada 15 yang menang adalah sekutu dengan Ibi. Ibi berkata, beliau telah memberitahu PKR negeri dan jawatankuasa pemilihan parti di Kuala Lumpur. Timbalan Setiausaha Agung PKR, Paul Kadang yang dihubungi berkata, ibupejabat mengawasi perkara itu dan melihatnya secara menyeluruh. Ini laporan pertama berlaku di Sarawak. Setakat ini, 13 cabang telah memilih perwakilan dan jawatankuasa. Mulai hari ini, 16 cabang lagi akan mengadakan pemilihan. Menurut sumber, pemenang jawatan ketua bahagian berkemungkinan besar dipilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya negeri akan datang. | ||||
| Kenapa Islam dan Demokrasi Ditakdirkan Senada Posted: 03 Oct 2010 05:50 AM PDT Tidak ada masalah tentang kesesuaian, tidak juga menjadi masalah bagi sesebuah negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam ditadbir mengikut demokrasi berperlembagaan. Dalam kata lain, persepsi bahawa Islam menentang demokrasi dan prinsip-prinsipnya adalah satu anggapan yang salah. Islam menuntut pengikutnya mendokong keadilan, kesamarataan dan memelihara maruah manusia. Jika teror dan keganasan disebarkan oleh orang-orang Islam atas nama Islam maka itu merupakan masalah individu itu sendiri dan tumpuan hendaklah diberi kepada punca dari perbuatan itu, bukannya Islam.
Dengan menyalahkan Islam tidak akan menyelesaikan masalah selagi punca disebalik kejadian itu tidak ditanggani dan diselesaikan. Tetapi mereka yang tidak memahaminya berkata Islam bukan sahaja membiarkan kejadian ini berlaku tetapi menggalakkan pengikut-pengikutnya melakukan keganasan ini atas nama jihad. Ini adalah karut. Tetapi mereka memetik ayat dan surah dari Al Quran untuk menyokong pandangan mereka. Benar, hanya dengan menafsir secara melampau. Sebaliknya, kebenarannya ialah Islam melarang tindakan keganasan dan teror bagi memelihara dan menyelamatkan tubuh badan dan harta benda dengan bersikap sederhana. "Maqasid al-Shari'ah Ini boleh disimpulkan dalam doktrin "Maqasid al-Shari'ah", alat yang penting dan signifikan untuk kemajuan masyarakat Islam, malangnya pendekatan ini sering diabaikan. Sebagai contoh, doktrin jihad mengajak orang-orang Islam mematuhi syariat Islam dengan berbuat kebaikan dan menolak kebathilan, mendokong keadilan, menggalak kebajikan dan membantu mereka yang lemah dan terpinggir. Ia bukan seruan untuk berperang, apatah lagi untuk menghalalkan pembunuhan dan mencetuskan huru hara. Lebih dari itu, jihad mengajak orang-orang Islam mengekalkan harmoni dan keamanan serta memelihara kesucian nyawa dan harta benda. Jalan yang murni adalah senada dengan kehendak demokrasi. Tetapi bagaimana dengan pemikiran yang jumud dan rigid dalam berfikir? Jawapannya terletak kepada kesanggupan kita untuk menolak ideologi yang rigid dan mempengaruhi mereka yang memahami agama dengan jumud dan terpisah. Kebenarannya ialah Islam itu bersesuaian dengan kehendak masa dengan sifatnya yang inklusif. Berdasarkan pemerhatian, kita tahu bagaimana Islam berkembang di Asia Tenggara. Begitu juga Turki, dan walaupun kita tidak kelihatan berlaku di Timur Tengah namun kita harus melihat dari sudut geo-politik di sana. Kemodenan Islam di Asia Tenggara Kemodenan Islam di Asia Tenggara mencerminkan penerimaan prinsip kebebasan dan demokrasi dalam menegakkan sesebuah negara. Dari aspek ini, transisi agama kepada demokrasi menolak kefahaman bahawa Islam dan demokrasi adalah tidak serasi. Adapun, tindakan menyamakan tindakan keganasan dengan Islam, pada realitinya tidak berasas sama sekali. Orang-orang Islam memerintah Sepanyol selama beberapa abad seperti yang tercatat dalam buku-buku sejarah adalah jelas menunjukkan terdapatnya toleransi dan semangat setiakawan di kalangan orang-orang Islam, Kristian dan Yahudi. Di Asia Tenggara, para pedagang dan ahli sufi menyebarkan agama melalui cara yang lembut dan menarik dan pada sama yang sama, mengekalkan adat resam dan budaya sesuatu masyarakat itu. Ini menjelaskan kenapa masyarakat berbilang agama dan berbilang budaya dapat hidup aman damai di kebanyakan negara Islam. Hari ini, golongan yang menggalak keganasan dan teror atas nama Islam tidak mendapat tempat dalam masyarakat. Sebagai contoh, di Indonesia, dalam dua pilihan raya umum yang lalu, di mana rakyat menolak golongan radikal yang bergerak atas tiket jihad. Sekali gus, ia menolak anggapan bahawa demokrasi di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam boleh diperdayakan oleh golongan radikal dan pelampau. Turki negara contoh Turki merupakan sebuah negara Islam yang boleh dicontohi jika para pemimpin beriltizam melaksanakan syariat Islam: modernis, moderate, progresif dan bertoleransi dengan keadilan dan peraturan undang-undang sebagai moto untuk mentadbir urus kerajaan. Referandum rakyat Turki baru-baru ini menuntut perubahan fundamental terhadap perlembagaan untuk memperkukuhkan demokrasi merupakan satu contoh yang baik. Dalam hal ini, para pemimpin Turki mempunyai sikap yang berbeza berbanding golongan autokrat dan pemimpin kuku besi di setengah negara Islam yang terus menerus menafikan hak demokrasi rakyatnya dengan tindakan-tindakan mereka yang melampau. Persoalan timbul sama ada benar-benar terdapat kemajuan dalam reformasi politik di dunia Islam selain dari Turki dan Indonesia? Adakah benar masih wujud pemerintahan sistem satu parti atau seorang individu meskipun terdapat tanda-tanda ke arah reformasi? Walaupun beberapa negara kelihatan menuju ke arah demokrasi sebenar, retorik seringkali mengatasi realiti. Maka negara-negara Islam perlu lebih komited untuk mengamal demokrasi berperlembagaan dan terjemahkannya kepada realiti hidup. Pemisahan kuasa Ini boleh dilaksanakan dengan menganjurkan pilihan raya bebas dan adil, memastikan terdapatnya pemisahan kuasa dan menjamin kebebasan individu termasuk penyertaan penuh wanita dalam bidang politik. Pendakwaan yang bersifat dendam, tahanan melulu, dan penggunaan aparatus kerajaan untuk menutup mulut para penentang hendaklah ditamatkan. Sehingga dan kecuali reformasi-reformasi ini dapat dilaksanakan, titit pertemuan di antara demokrasi dan Islam hanya tinggal bayang-bayang. Menyentuh proses pendemokrasian itu sendiri, wujud beberapa persoalan yang membimbangkan tentang niat sebenar beberapa kuasa besar Barat. Kita tidak boleh memejam mata terhadap pelanggaran hak asasi manusia secara terang-terangan di beberapa buah negara dan pada masa yang sama negara-negara itu mengutuk terhadap negara-negara lain yang mencabuli hak asasi manusia. Kita tidak boleh kata kepada negara tertentu, "beri kami sokongan terdapat penglibatan kami dalam satu peperangan" dan pada yang sama, berkata "kami tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalam negara anda". "Anda membantu kami, kami membantu anda" mungkin merupakan satu sikap yang baik dalam politik tetapi ianya merupakan satu bentuk pengkhianatan ketika kita menjunjung kebebasan dan demokrasi. Bagaimanapun, malangnya ini adalah hasil dari pendekatan hipokritikal kepada proses pendemokrasian yang kita ambil, di mana kita masih dapat lihat beberapa masyarakat Islam masih berada di bawah sistem demokrasi yang memalukan. Inilah bentuk kerajaan yang kononnya mengamalkan demokrasi tetapi sebaliknya mencabul keadilan, melanggar hak asasi manusia dan rasuah. Merampuk khazanah negara "Demokrasi-demokrasi" ini memperalatkan semua jenis jentera kerajaan dan menyalah guna pendapatan orang awam untuk kepentingan peribadi. Mereka merampuk khazanah negara, memberi tanah komersial yang luas dan sangat berharga kepada keluarga dan kroni serta memperkosa jutaan hektar hujan dara dan menukarnya menjadi tanah terbiar. Jadi, tekanan kepada demokrasi dan kebebasan bukannya datang dari Islam walaupun kebanyakan mereka adalah orang-orang Islam. Indonesia dan Turki telah mempamer demokrasi, yang bukan hanya boleh diterima tetapi juga penting buat Islam. Maka musuh Islam tidak mengamalkan demokrasi tetapi sebaliknya mengamal ketidakadilan, rasuah, tamak dan kejahatan. Malahan demokrasi dan kebebasan adalah sebahagian dari kebenaran hakiki yang membezakan manusia dengan makhluk Tuhan yang lain. Isu sebenar ialah bukan sama ada demokrasi dan Islam itu ditakdirkan bersatu tetapi sama ada mereka yang memegang kuasa di kebanyakan negara Islam mendokong kebebasan dan demokrasi, menghormati undang-undang dan memenuhi tanggungjawab mereka terhadap rakyat. Jika ini tidak terjadi, maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan ianya berlaku. Ini menjadi satu matlamat yang harus kita perjuangkan. *Anwar Ibrahim ialah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Tulisan ini merupakan terjemahan dari teks asal ucaptama beliau bertajuk "Why Islam and democracy are destined to coincide" di Brussels, Belgium pada 28 September lalu. | ||||
| Pemimpin PAS cabar Perkasa bertanding, Ibrahim Ali calon di Galas Posted: 03 Oct 2010 05:47 AM PDT FREE MALAYSIA TODAY
Beliau berkata, oleh kerana kerusi 'debut' adalah penting maka calon yang terbaik untuk diturunkan bagi pihak Perkasa adalah Presidennya sendiri iaitu Datuk Ibrahim Ali.
"Ianya merupakan peluang baik untuk membuktikan samada dakwaan mereka sebagai pejuang Melayu yang sebenarnya diterima oleh orang Melayu atau mereka hanya syok sendiri. "Bagi saya, ianya merupakan kerusi yang 'ideal' untuk Perkasa mencabar kedudukan Umno sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan Melayu demi membuktikan bahawa masyarakat Melayu lebih bersetuju dengan pendirian dan pendekatan mereka berbanding dengan pendekatan Umno. "Ianya merupakan kerusi 'ideal' untuk dijadikan sebagai kerusi 'debut' atau kemunculan pertama di muka umum bagi Perkasa yang akan menandakan kemasukkan Perkasa ke dalam arena politik secara serius, katanya dalam blog beliau. Khalid berkata, Ianya juga akan menjadi bukti akan kesungguhan Perkasa dalam penentangannya terhadap pendekatan Umno yang dianggapnya terlalu lembik dalam mempertahankan kepentingan Melayu. "Sekiranya Perkasa 'turun padang' sebegini dengan Ibrahim sebagi calon maka segala dakwaan bahawa selama ini mereka hanya bersandiwara bersama dengan Umno akan terbukti meleset. "Apa yang perlu dicapai olehnya adalah hanya untuk mendapat jumlah undi yang menyaingi Umno dan ianya akan membuktikan bahawa Perkasa lebih diterima sebagai badan yang memperjuangkan Melayu berbanding Umno," katanya lagi. Bagaimanapun, Khalid yakin Ibrahim tidak akan melakukannya (bertanding) sebalinya tetap bersama Umno dan akan turun berkempen untuk parti itu. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi menetapkan tarikh pilihanraya kecol tersebut ekoran kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaiman dari PAS, baru-baru ini. | ||||
| Pelajar langgar anggota polis didakwa di mahkamah Posted: 03 Oct 2010 05:45 AM PDT BERNAMA
Pelajar berumur 15 tahun itu dituduh dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Konstabel Arizan Mohamad dalam sekatan jalan raya di Jalan Masjid Zainal Abidin, di sini, kira-kira 11.45 malam, 15 Sept lalu. Prosiding pendakwaan terhadap pelajar itu dijalankan secara tertutup. Dia didakwa mengikut Seksyen 333 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Majistret Aznika Mohd Anas membenarkan pelajar itu diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Nov sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Insp Miky Dunstan Muda. Dalam kejadian berkenaan, anggota polis itu patah tulang selangka kiri dan juga tulang kaki kiri selain menerima 10 jahitan di kepala. | ||||
| Askar Wataniah tidak amal unsur politik, kata Zahid Posted: 03 Oct 2010 05:42 AM PDT BERNAMA
KUCHING— Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa tiada unsur politik, perkauman mahupun sensitiviti kenegerian dalam penubuhan Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) di peringkat negeri. Beliau berkata penubuhan JAKPAW selaras dengan konsep menganak-angkat Pasukan Angkatan Sukarela oleh kerajaan negeri di mana jawatankuasa itu akan merancang segala bentuk bantuan untuk membangunkan pasukan askar wataniah. "Ingin saya tekankan bahawa segala usaha terhadap pembangunan askar wataniah adalah semata-mata untuk tujuan pertahanan dan keselamatan negara," katanya pada majlis pemakaian Pangkat Brigadier Jeneral (Kehormat) kepada Ketua Menteri Sarawak yang juga Penaung JAKPAW Negeri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Stadium Perpaduan di sini hari ini. Pangkat kolonel dipakaikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Lt Kol Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani yang merupakan Pengerusi JAKPAW negeri dan Komander Rejimen 511 Askar Wataniah. Ahmad Zahid (gambar) berkata JAKPAW juga bertanggungjawab menyebarkan maklumat sebagai usaha untuk mempercepatkan integrasi nasional, peningkatan produktiviti perindustrian sambil mewujudkan masyarakat yang peka, berwaspada dan berkebolehan menyumbang terhadap keselamatan negara. JAKPAW juga berperanan menggalakkan penduduk untuk menyertai pasukan sukarelewan persekutuan bagi menjayakan konsep pertahanan menyeluruh (HANRUH) bagi mencapai "Pertahanan Nasional", katanya. "Saya berharap jawatankuasa ini akan mengadakan insentif-insentif dan keistimewaan serta pengiktirafan kepada mereka yang menyertai angkatan sukarela ini sebagai usaha untuk menggalakkan lebih ramai menyertai angkatan sukarela ini," katanya. Ahmad Zahid juga mencadangkan kerajaan negeri mewujudkan lebih banyak kem dan kawasan latihan yang kondusif bagi askar wataniah menjalankan latihan ketenteraan. Dalam ucapannya, Taib menggalakkan rakyat di negeri ini menyertai askar wataniah bagi memupuk perasaan cintakan negara serta sanggup berkorban demi mempertahankan keselamatan, maruah dan kedaulatan negara. "Usaha mempertahankan negara ini tidak harus dilonggokkan pada bahu pasukan keselamatan negara tetapi semua daripada kita harus bekerjasama untuk memikul tugas ini menjaga keamanan dan kemajuan yang dinikmati selama ini. "Kita harus sentiasa bersiap untuk menghadapi sebarang kecemasan. Pengetahuan dan kemahiran ketenteraan memerlukan latihan yang mencukupi. Dengan menyertai askar wataniah, kita akan dilatih dan bersiap sedia untuk memelihara keamanan dan keselamatan negara," katanya. Sementara itu, sekumpulan pengamal media termasuk editor kanan menghadiri program "Lawatan Editor Kanan ke Pengkalan Hadapan" bermula semalam sehingga esok anjuran Kementerian Pertahanan. Pada program tahunan itu, kumpulan media dibawa melawat ke lokasi hadapan operasi bagi meninjau kawasan dan diberikan taklimat mengenai tugas dan tanggungjawab pasukan berkenaan. Hari ini kumpulan media berkenaan dibawa melawat ke Pos Serikin sebelum ke kawasan Jiwa Murni di Pekan Serikin, dekat sini. | ||||
| Posted: 03 Oct 2010 05:37 AM PDT BERNAMA ![]() Dr Mahathir masih perlu diletakkan di bawah pengawasan selama beberapa hari lagi. — Gambar fail "Para doktor gembira dengan perkembangan kesihatan Dr Mahathir dan beliau memberi respons baik kepada rawatan antibiotik serta fisioterapi," menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat bekas perdana menteri itu di sini hari ini. Pagi tadi, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir melawat bapanya di hospital itu dan menikmati sarapan pagi bersama-sama bapa dan ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Kenyataan berkenaan berkata doktor menasihati Dr Mahathir supaya terus berehat dan memaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri itu perlu diletakkan di bawah pengawasan di wad biasa hospital berkenaan selama beberapa hari lagi. "Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah juga menyampaikan salam dan penghargaan mereka kepada semua yang mengutuskan ucap selamat dan mendoakan agar beliau lekas sembuh," kata kenyataan itu. Dr Mahathir, yang ditemani Dr Siti Hasmah, tiba di sini pada Khamis dan dijadualkan berucap pada seminar pembangunan insan anjuran Kelab Umno Australia Melbourne di University of Melbourne semalam. Dr Mahathir meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang singgah di Melbourne setelah menghadiri Persidangan Forbes Global CEO di Sydney, berucap bagi pihak beliau pada seminar itu. | ||||
| Jentera BN Galas mula bergerak Selasa ini . Posted: 03 Oct 2010 12:18 AM PDT BERNAMA
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed akan menemui jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri serta pemimpin cawangan DUN berkenaan pada hari itu. Mustapa yang juga Timbalan Pengarah Jentera pilihan raya DUN berkenaan akan menyelaraskan pembahagian kerja antara Umno negeri, bahagian, cawangan dan bantuan Umno dari setiap negeri, katanya kepada pemberita pada Majlis Program Sepakat Bestari Bachok di Pantai Irama di sini, hari ini. Pilihan raya itu akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS Che Hashim Sulaima, 46, Isnin lepas akibat barah usus. Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan bermesyuarat Rabu ini untuk menetapkan hari penamaan calon dan pengundian untuk pilihan raya kecil itu. Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata Mustapa akan memikul tanggungjawab itu dengan dibantu Timbalan Ketua Umno bahagian tersebut Mat Yusof Abdul Ghani sebagai langkah awal mengatur persiapan sementara menunggu kepulangan pengarah jentera pilihan raya BN DUN berkenaan Tengku Razaleigh Hamzah yang kini berada di Ireland dan dijangka pulang Sabtu depan. Beliau berkata penyelarasan itu penting supaya setiap gandingan berjalan lancar dan tidak bertindih antara satu sama lain. Katanya BN mempunyai kelebihan untuk menang berasaskan PAS banyak melakukan kesilapan besar terutama pengambilan tanah rakyat di Gua Musang untuk dijadikan ladang rakyat yang memberi keuntungan kepada syarikat luar Kelantan, isu air dan rangkaian jalan raya yang masih tidak sempurna. Menurutnya isu-isu itu akan dijadikan modal sepanjang kempen supaya pengundi DUN Galas tidak mudah dipengaruhi dengan dakyah parti pembangkang. Mengenai isu royalti minyak yang akan dijadikan modal PAS untuk berkempen, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan berkata isu itu tidak sepatutnya timbul kerana kerajaan negeri sudah pun membawa kes tersebut ke mahkamah. | ||||
| Nik Aziz: Tak merokok antara kriteria jadi calon PAS di Galas THE MALAYSIAN INSEDER Posted: 03 Oct 2010 12:16 AM PDT
"Kalau merokok saya memang tidak boleh terima untuk jadi calon," kata Nik Aziz. "Itu kena bagi tau awal-awal kerana merokok ini boleh merosakkan segala-galanya dan tidak ada doktor baik Islam atau kafir mengatakan rokok ini baik. "Yang lain kriteria mesti diterima rakyat dan kita pilih hak terbaik tetapi nak cari satu orang yang boleh diterima semua memang tidak ada kerana Nabi Muhammad S.A.W pun ada yang kritik," kata beliau dipetik Bernama. Terdahulu beliau merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di sini, hari ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada Rabu depan bagi membincangkan mengenai tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas. Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima, 46, pada Isnin lalu akibat barah usus. Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata partinya telah mula menyenaraipendekkan beberapa nama dan akan mengutamakan faktor calon dalam misi mempertahankan kerusi DUN Galas. "Kami sudah mengenal pasti beberapa pemimpin yang telah disenaraipendekkan," kata Tuan Ibrahim. Berhubung soalan sama ada bakal calon itu orang tempatan, Tuan Ibrahim berkata, "senarai yang panjang itu ada yang muda, ada yang profesional." Bagaimanapun kata beliau, keutamaan kali ini ialah "faktor calon." "Itu faktor penting dan insya-Allah kita akan pilih calon anak tempatan, calon tempatan," kata beliau. | ||||
| DUN Galas: Tindakan Umno rendahkan martabat Ku Li, kata Nik Aziz Posted: 03 Oct 2010 12:14 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER
Menteri Besar Kelantan (gambar) itu menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN. "Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul. "Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di sini, hari ini. Dipetik Bernama, Nik Aziz berkata demikian mengulas cadangan untuk memilih Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Galas berikutan ketokohan pemimpin itu. Cadangan untuk memilih Tengku Razaleigh itu juga mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata BN bersedia untuk mencalonkan pemimpin itu kerana ia paling sesuai dan tepat berdasarkan kepada pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang. Sementara itu Nik Aziz berkata PAS masih belum membuat keputusan untuk menamakan calon untuk pilihan raya kecil itu kerana ia akan diputuskan oleh jawatankuasa tertinggi parti tersebut. "Walaupun saya Pesuruhjaya (PAS Kelantan) tapi calon PAS dipilih di peringkat jawatankuasa dan ini dibuat supaya tidak ada yang berebut (jadi calon)," katanya. Dalam pada itu, Umno Bahagian Kota Baru menyokong cadangan supaya Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai calon. Ketuanya Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata pemimpin veteran Umno itu diyakini mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota Parlimen dan juga anggota Dewan Undangan Negeri sekiranya dipilih bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti. Beliau berharap Tengku Razaleigh yang telah dipilih sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Galas, memikirkan perkara itu semasak-masaknya sekiranya dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu. "Beliau tokoh politik yang disegani oleh rakyat," kata Mohd Fatmi yang juga setiausaha politik perdana menteri kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan di sini, malam semalam. Semalam, cadangan Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian supaya Tengku Razaleigh dipilih sebagai calon Galas turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata BN bersedia menimbangkan cadangan itu. Parti Progresif Penduduk (PPP) turut mengalu-alukan Tengku Razaleigh dipilih sebagai calon BN di Galas. "Kami yakin Tengku Razaleigh mampu membawa balik kemenangan BN jika menjadi calon di Galas," kata Pengerusi PPP Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff. Nik Sapeia yang juga Naib Presiden PPP berkata parti itu akan membantu komponen BN dalam memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil itu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada Rabu depan bagi membincangkan mengenai tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas. Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, pada 27 Okt lepas akibat barah usus. | ||||
| Al-Quran tulisan Braille sumbangan istimewa bagi pelajar buta Posted: 03 Oct 2010 12:12 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR — Sebelum ini, Mohd Nor Saad mempelajari Al-Quran dengan mendengar menerusi bacaan daripada orang lain dan melalui pemain muzik MP3, sebelum menghafalnya. Tetapi mulai hari ini pelajar cacat penglihatan itu sudah boleh menghayati kitab suci itu melalui sentuhan jari. "Saya amat gembira kerana berpeluang membaca Al-Quran seperti orang lain, walaupun tidak dapat melihat tapi saya sudah berpuas hati dapat menyentuh ayat-ayat suci ini buat pertama kalinya," katanya. "Malahan, sebelum ini saya tidak tahu sama ada harakat yang saya pelajari dengan menghafal selepas mendengarnya, betul atau tidak, selepas ini saya dapat menganalisis kembali segala kesalahan harakat di dalam bacaan," kata pemuda berusia 26 tahun itu. Mohd Nor merupakan salah seorang daripada 20 pelajar Pusat Latihan Orang Buta Brickfields yang menerima naskah Al-Quran dalam tulisan Braille dua hari, lepas. Rakannya, Mohd Firdaus Endut, 22, tidak dapat mengambarkan perasaan terharunya, kerana dapat memiliki Al-Quran yang boleh disentuh hurufnya. "Al-Quran ini amat bererti dalam hidup saya," katanya. Terdahulu, Presiden Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia, Mah Hassan Omar berkata penghasilan Al-Quran dalam tulisan Braille ini mula dirangka seawall tahun 1970. Menurutnya, sebelum ini persatuan orang buta meminta bantuan daripada satu Yayasan Kebajikan di Indonesia untuk membekalkan Al-Quran tulisan Braille pada helaian plastik. "Namun, bekalan itu tidak dapat lagi dihantar ekoran pemintaan untuk Al-Quran di sana perlu dipenuhi terlebih dahulu," katanya kepada Bernama di sini. Mah Hassan, graduan Universiti Malaya dalam jurusan undang-undang yang juga cacat penglihatan berkata, beliau mula mengambil langkah untuk menghasilkan kitab suci ini dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri. "Senaskah Al-Quran ini berharga RM300 untuk yang berkulit keras dan RM250 untuk yang berkulit lembut," katanya. Beliau turut mengalu-alukan individu cacat penglihatan yang memerlukan Al-Quran untuk pengajian dan bacaan harian dan mereka boleh mendapatkannya secara percuma di persatuan ini. Individu dan organisasi yang ingin membantu meneruskan usaha penerbitan ini boleh menghubungi persatuan di talian 03-40220045 atau Mah Hassan di talian 013-3905764. — | ||||
| Zahid: ATM bawa balik enjin jet dicuri dari Uruguay bulan ini Posted: 03 Oct 2010 12:06 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR — Mahkamah Uruguay telah memutuskan bahawa dua buah enjin F-5E jenis GE J85 21-A yang kini berada di dalam pegangan kerajaan Uruguay adalah hak milik kerajaan Malaysia. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang menghubungi beliau tiga hari lepas bagi memaklumkan keputusan mahkamah itu. "Kita akan menghantar satu pasukan terdiri daripada pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pejabat Peguam Negara ke Uruguay dalam bulan ini bagi mengambil semula enjin tersebut. "Jabatan Peguam Negara sedang berusaha menterjemahkan keputusan mahkamah tersebut dalam Bahasa Sepanyol ke Bahasa Inggeris bagi memastikan kandungan dan maksud sebenar tidak mengelirukan mana-mana pihak dan dijangka proses ini akan mengambil masa selama seminggu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pertahanan di sini malam tadi. Ahmad Zahid berkata proses pengurusan membawa pulang enjin tersebut akan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Peguam Negara. Beliau berkata proses itu merupakan perkembangan yang positif di dalam pengurusan kes tersebut dan setiap langkah pastinya perlu mengambil kira kesan secara langsung ke atas proses pendakwaan yang sedang berjalan. Menurutnya, proses memperoleh semula enjin berkenaan menunjukkan wujudnya hubungan baik antara kedua-dua kerajaan walaupun berlaku kes sedemikian. Beliau berkata kejayaan kes itu adalah kerjasama baik antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga selesainya kes berkenaan. Enjin tersebut dilaporkan hilang dari dua kemudahaan TUDM pada 20 Disember 2007 dan 1 Januari 2008. Ahmad Zahid turut menafikan tohmahan dan fitnah yang mendakwa kedua-dua enjin tersebut bernilai RM100 juta sedangkan keseluruhan sebuah pesawat seumpama itu hanya bernilai RM2.45 juta. | ||||
| Pemilihan PKR: Anwar kecam Zaid guna media Umno Posted: 03 Oct 2010 12:05 AM PDT LONDON— Dilihat sebagai serangan ke atas bakal calon jawatan timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi amaran kepada calon-calon bertanding agar tidak sama sekali menggunakan media milik Umno, yang dilihat sebagai 'musuh' Pakatan Rakyat. "Calon-calon (yang bertanding) seharusnya berwaspada agar tidak dieksploitasi oleh media Umno untuk menyerang polisi-polisi dan pemimpin-pemimpin kita. "Jangan benarkan parti (PKR) digunakan oleh media Umno dan propaganda (mereka)," kata pemimpin ini pada satu majlis di sini hari ini. Anwar yang juga Ketua Umum PR mengingatkan ratusan rakyat Malaysia di sini bahawa PKR berjuang untuk melakukan reformasi dan tidak memerlukan "media Umno atau duit." Beberapa pemimpin parti mengecam Zaid, bekas menteri undang-undang, ekoran dakwaan beliau bahawa tawarannya untuk bertanding kerusi nombor dua dihalang dan membayangkan ia kemungkinan arahan penyokong-penyokong Naib Presiden Azmin Ali yang turut bertanding kerusi nombor dua parti. Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ditemu bual oleh Mingguan Malaysia Ahad lalu dengan tajuk "Jangan halang saya bertanding". Pelbagai pihak dalam PKR membidas tindakan itu dengan ada yang menyindir beliau yang dipecat Umno hujung tahun 2008 dan menyertai PKR pertengahan 2009 sebagai 'ejen Umno'. "Saya sebenarnya tidak tahu secara sahih, ia hanya percakapan orang. Setakat ini tidak ada orang menyokong saya secara terbuka. "Saya juga tidak tahu sama ada Azmin disokong oleh Anwar secara terbuka. "Pada saya perkara ini tidak begitu penting sangat kerana dalam politik sokongan yang nampak jelas pun tipu juga, yang tidak cakap apa-apa pun sokong kita. Saya tidak terlalu bimbang dari segi wayang atau permainan ini kerana yang lebih penting ahli- ahli faham apa isu di dalam pemilihan ini," kata Zaid dalam wawancara itu. Ini kali kedua Anwar mengecam Zaid secara tidak langsung berhubung pendirian beliau tentang perjalanan pemilihan parti. Sebelum ini Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan bekas timbalan presiden Umno, menolak dakwaan Zaid bahawa "budaya Umno" mula wujud dalam parti dan memberi amaran kepada ahli-ahli PKR tentang kemungkinan munculnya "kuda-kuda Trojan" dalam parti. Ketua Pembangkang itu juga mengingatkan calon-calon agar menghormati proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung dan biarkan ahli-ahli memutuskan dengan mendengar sendiri kepada calon tanpa memudaratkan komitmen parti dalam melakukan pembaharuan. Kata Anwar, tindakan meluahkan rungutan dalam media ketika pemilihan parti seolah-olah mengikut rentak agenda Barisan Nasional (BN) untuk membangkitkan masalah dalaman PKR dan menjauhkan diri daripada isu lebih besar seperti rasuah. "Kesemua pemimpin adalah penting, tetapi sesetengah akan menang dan sesetengah yang lain akan kalah," kata Anwar sambil menegaskan, mereka yang menang tidak harus menggondol semua manakala yang kalah tidak wajar mengetepikan agenda besar PKR mahu membawa pembaharuan. Kerusi timbalan presiden bakal ditanding Azmin, Zaid dan seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub. Bagaimanapun ada dua lagi nama yang turut layak untuk bertanding kerusi itu iaitu Menteri Besar Selangor Tan Khalid Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR Tian Chua. PKR meminda perlembagaannya tahun lalu untuk mengadakan pemilihan parti menggunakan sistem satu ahli satu undi. Kira-kira 400,000 ahli akan mengundi untuk memilih kepimpinan pusat mulai hujung bulan ini selama tiga minggu sebelum kongres khas parti hujung bulan depan. Mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan cabang yang menyaksikan proses pencalonan berakhir hari ini dengan tujuh cabang ditangguhkan ekoran kekecohan minggu lalu. | ||||
| DAP cabar wakil rakyat Umno pulangkan elaun jika persoal wang ihsan Posted: 01 Oct 2010 05:28 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dalam membuat gesaan ini hari ini berkata, kontroversi terbaru dicetuskan pemimpin-pemimpin politik Umno sejak kebelakangan ini menunjukkan sikap hipokrit dalam usaha mereka mahu kekal berkuasa. Pua berkata, memandangkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng sudah pun menafikan dana hasil aktiviti judi tidak pernah disalurkan kepada masyarakat Islam, tindakan pemimpin-pemimpin Umno terus-menerus mempertikaikan isu itu menunjukkan mereka asyik berbohong demi kepentingan politik. "Yang kedua dan lebih penting, usaha mereka untuk membezakan antara pulangan halal dan bukan hala bagi Pulau Pinang, menggambarkan sikap hipokrasi memandangkan kerajaan persekutuan yang diketuai oleh Umno, yang Menteri Kewangan juga adalah Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak adalah parti yang bertanggungjawab bagi menghalalkan perjudian di negara ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Selain itu, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, kalau tidak kerana Pakatan Rakyat, pentadbiran Najib belum tentu akan menarik balik lesen perjudian sukan yang diberikan kepada Tan Sri Vincent Tan. Pua menambah, Najib selaku Menteri Kewangan telah menjawab soalan Ahli Parlimen DAP dari Rasah Anthony Loke pada 9 Jun lalu bahawa kerajaan tidak membezakan antar cukai yang diterima daripada pelbagai sumber sama ada yang halal ataupun bukan halal. Pua memetik jawapan yang diberikan Najib iaitu "untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan... bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara." "Ini menunjukkan kesemua cukai yang dikutip dimasukkan ke dalam satu dana Akaun Wang Disatukan," katanya. Dalam kenyataan balas disiarkan The Malaysian Insider semalam, sambil menafikan Umno Pulau Pinang bersandiwara, setiausahanya menyifatkan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat negeri itu sebagai "bodoh tidak bertempat" apabila mencabar kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri Umno memulangkan gaji dan elaun wakil rakyat kerana terus-menerus mempertikaikan 'kesucian' wang ihsan. Datuk Azhar Ibrahim juga mendakwa pihaknya tidak pernah mendesak warga emas di Pulau Pinang agar memulangkan wang ihsan RM100 yang diterima mereka ekoran dakwaan Umno bahawa dananya bersumberkan hasil judi. ADUN Penaga itu juga berkata, pihaknya tidak pernah mendesak warga emas di negeri itu untuk memulangkan semula wang ihsan tersebut. Khamis lalu, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang mencabar kesemua 11 ADUN Umno negeri itu agar memulangkan gaji dan elaun wakil rakyat mereka jika serius mahu menyelamatkan umat Islam daripada menerima wang ihsan yang mereka dakwa sebagai dana bersumberkan hasil judi. Cabaran itu dibuat rentetan kenyataan Azhar minggu lalu bahawa 40 warga emas dalam kawasan beliau telah memulangkan wang ihsan RM100 seorang kepada warga emas. Lim pada 25 September turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah dan pembohongan yang cuba ditimbulkan oleh Umno di Pulau Pinang. Sehubungan itu tegas beliau, mengambil kira hujah diberikan Menteri Kewangan yang juga ketua Umno, memandangkan pemimpin-pemimpin Umno terus mempertikaikan isu semasa wang ihsan, maka kesemua wakil rakyat parti itu wajar memulangkan elaun sebagai Ahli Parlimen dan ADUN kerana sumber hasil negara lebih meragukan berbanding yang diperoleh di Pulau Pinang. "Adalah jelas, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (Azahar) tidak boleh mengatakan perbezaan apabila memaklumkan bahawa ADUN Umno tidak perlu memulangkan elaun mereka atas alasan pendapatan kerajaan negeri adalah daripada hasil cukai," katanya. Justeru Pua menambah, Setiausaha Umno Pulau Pinang itu kelihatan jahil fakta, sama ada sengaja ataupun sebaliknya, bahawa cukai-cukai dibayar kepada kerajaan persekutuan diagihkan kepada wakil kerajaan negeri dalam bentuk geran dan pinjaman. Pua berkata, tindakan tidak bertanggungjawab pemimpin-pemimpin Umno berkenaan yang mencetuskan isu agama untuk menimbulkan kebimbangan di kalangan umat Islam bagi tujuan kepentingan politik hanya menggambarkan mereka "bodoh dan kurang bijak." Katanya lagi, semua pihak sedia maklum bahawa Umno yang mengetuai Barisan Nasional (BN), yang memerintah kerajaan persekutuan, meluluskan lesen aktiviti perjudian di negara ini. "Kerajaan persekutuan Umno yang menggunakan hasil cukai tidak kira sumber untuk membiayai perbelanjaan kerajaan termasuk elaun wakil-wakil rakyat dan gaji menteri dan kakitangan awam," katanya lagi. Pua juga menasihatkan pemimpin-pemimpin Umno terbabit bukan sahaja memulangkan semula elaun mereka kepada kerajaan, tetapi juga harus mendesak projek infrastruktur pada masa-masa depan seperti lebuh raya yang dibina oleh kerajaan persekutuan harus terdiri daripada laluan berasingan untuk Muslim dan bukan Muslim berdasarkan bahagian hasil yang diperoleh. Kata Pua lagi, rakyat Malaysia yang berfikiran waras harus menolak pandangan tidak masuk akal seperti ini, yang dibawa pemimpin-pemimpin Umno, demi memastikan Malaysia tidak terus menjadi negara yang berpecah belah. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

"Yang kita concern dan usahakan sekarang ialah persiapan kita. Apabila kita lawan, kita bersiap, dan mereka bersiap, namun persiapan kita dilakukan dengan semaksimum mungkin, insya Allah.
Pengarah PRK PAS bagi Dun Galas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatan kuasa parti petang esok.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, perkara yang membezakan pemuda PAS dengan orang lain ialah tarbiah yang menjadi salah satu sebab orang bukan Islam tertarik dengan parti ini sehingga wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, tindakan Umno itu juga adalah cubaan menghilangkan pengaruh Tengku Razaleigh yang dahulunya satu nama besar dalam sejarah Umno.
Ketuanya, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, berkata Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan yang sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya, bukan setakat pilihan raya kecil Dun Galas, sebaliknya Pilihan Raya Umum ke-13 nanti akan memastikan calon PAS memenangi Dun berkenaan.
"Jika selama ini pihak pemimpin Umno BN hanya menganggap adalah fitnah pembangkang semata-mata, sekarang kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang peniaga yang terkenal di negara ini adalah bukti mengapa keadaan ekonomi negara kita dipandang serong oleh pelabur," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Justeru itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, program tarbiah seperti Ijtima' Tarbawi yang dianjurkan oleh Pemuda PAS tidak dapat dianjurkan oleh Umno kerana parti itu tidak mengambil Islam sebagai teras perjuangan.
KUALA TERENGGANU — Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini terhadap tuduhan melanggar seorang anggota polis pada bulan lepas.

BACHOK, 2 Okt — Barisan Nasional (BN) Kelantan akan mula menggerakkan jentera pilihan rayanya pada Selasa ini bagi persediaan menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
KOTA BARU— Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, antara kriteria calon PAS bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas adalah kalangan mereka yang diterima penduduk seperti tidak merokok, tidak meninggalkan solat dan tidak pernah berpoya dengan perempuan.
KOTA BARU— Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menamakan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai tidak wajar.
LONDON— Dilihat sebagai serangan ke atas bakal calon jawatan timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi amaran kepada calon-calon bertanding agar tidak sama sekali menggunakan media milik Umno, yang dilihat sebagai 'musuh' Pakatan Rakyat.
KUALA LUMPUR — DAP pusat mencabar agar kesemua wakil rakyat Umno, di seluruh negara, dengan segera memulangkan elaun mereka terima kepada Perbendaharaan ekoran pendirian pihaknya mempertikaikan sumber dana wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan