D'Perbatasan |
- PAS tetap tanding di Galas
- Usah 'Hukum' Usaha Pulih Demokrasi Parti
- Anwar Beri Amaran Jangan Guna Media Umno
- DAP Perak ambil langkah ‘tutup mulut’ selesai krisis
- Kantoii..Jawapan Najib di Parlimen,Pemuda Umno Perlu Letak Muka Dalam Tong Taikk..!!
- PKR Tak Matang
- UMNO jangan ludah ke langit
| Posted: 03 Oct 2010 07:34 AM PDT PAS membuat keputusan muktamad akan meletakan calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kosong selepas penyandangnya dari parti itu meninggal dunia Isnin lalu. Pendirian ini dicapai pada mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat PAS di sini, petang tadi. PAS juga melantik Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Fatah Harun sebagai pengarah operasi manakala Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman sebagai pengarah strategi. "Mesyuarat tadi ada membincangkan soal pilihan raya kecil Galas, kami sudah mengambil keputusan akan bertanding untuk mempertahankan kerusi Galas," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider.Bagaimanapun kata beliau, mesyuarat hari ini tidak menyentuh soal cakap-cakap bahawa Umno-BN akan menurunkan Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bertanding di Galas. Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 Oktober lepas akibat barah usus. Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil Rabu ini. Mahfuz juga berkata pihaknya juga tidak membincangkan soal calon pada mesyuarat hari ini. "Lagipun kawasan Gua Musang dan negeri belum membincangkan soal calon, ia belum diangkat ke peringkat negeri. "Perkara itu akan dibincangkan selepas kemudian. Tarikh pelancaran jentera dan pengumuman nama calon akan diputuskan oleh jawatankuasa jentera pilihan raya yang dibentuk," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga mengesahkan isu soal calon tidak disentuh hari ini. Mengenai saranan kemungkinan Tengku Razaleigh akan diturunkan oleh Umno-BN, Tuan Ibrahim menjelaskan pihaknya juga tidak menyentuh soalan itu, lagi pun Ahli Parlimen Gua Musang itu sendiri tidak mengatakan apa-apa. "Kami hanya bincang soal pembentukan jawatankuasa operasi dan induk... soal Ku Li bukan agenda mesyuarat," katanya lagi. Kata Tuan Ibrahim, satu mesyuarat khas akan diadakan kemudian untuk membincangkan soal calon khususnya selepas tarikh pilihan raya kecil diputuskan. |
| Usah 'Hukum' Usaha Pulih Demokrasi Parti Posted: 03 Oct 2010 07:16 AM PDT Penganalisis politik, Profesor Aziz Bari berpendapat tidak adil bagi pihak tertentu untuk 'menghukum' Parti Keadilan Rakyat (PKR) semata-mata wujud masalah pada proses pemilihan peringkat cabang parti itu.Menganggap ia sebagai perkara baik dalam memperkasa demokrasi kepada rakyat Malaysia, beliau berkata, sebarang masalah mahupun kelemahan adalah petunjuk kedudukan kuasa rakyat dipulihkan. "Di mana-mana negarapun, (perkara) yang baru diperkenalkan akan berhadapan masalah tetapi saya harap pada masa depan, ia akan bertambah baik," katanya kepada TV Selangor, hari ini. Aziz mengulas paparan negatif media arus perdana memapar dan membesar-besar masalah pada proses pemilihan di beberapa cabang PKR walaupun 95 peratus cabang lain di seluruh negara, berjalan lancar. Sebagai parti politik yang baru dan tidak memiliki prasarana lengkap, Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata, rancangan pemilihan langsung harus dilihat sebagai langkah positif. "Ini kali pertama pemimpin dipilih ahli parti secara terus. Kedua, kedudukan PKR itu dengan sendirinya terdedah pada sabotaj dan pendedahan media yang negatif. Malah, ramai ahli begitu teruja untuk menggunakan hak mereka. "Kerana tidak ada pengalaman, maka kekecohan dan mungkin salah prosedur serta masalah lain berlaku. Ini perkara biasa," katanya. Beliau berharap prosedur sistem pemilihan dapat diperbaiki pada masa depan supaya PKR mampu menerajui budaya politik baru dalam proses demokrasi di negara ini, dengan menghakis anasir asing baik dalam mahupun pihak luar. "Saya rasa kalau prosedur sistem itu telus, mereka yang nak mensabotaj itu akan berasa malu dan menghentikan kerja mereka. Pada saya, sabotaj dibolehkan selagi sampai ke tahap jenayah," katanya. |
| Anwar Beri Amaran Jangan Guna Media Umno Posted: 03 Oct 2010 03:36 AM PDT Dalam satu amaran keras, Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegah mana-mana anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang bertanding dalam pemilihan parti yang berlangsung sekarang daripada menggunakan media milik Umno-Barisan Nasional.Ketika berucap pada majlis dialog anjuran Friends of Pakatan Rakyat di sini semalam, Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN membidas sesetengah calon memilih untuk membuat teguran malah kritikan terhada pimpinan parti dengan menunggang atas platform media arus perdana yang dianggap musuh Pakatan Rakyat. Minggu lalu Mingguan Malaysia memberi ruang satu muka surat penuh kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dalam temuramah bertajuk "Jangan halang saya bertanding" yang lihat sebagai usaha menyerang pimpinan KEADILAN khususnya Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Anwar. "Calon-calon seharusnya berwaspada agar tidak dieksploitasi oleh media Umno untuk menyerang polisi-polisi dan pemimpin-pemimpin kita. "Jangan benarkan parti digunakan oleh media Umno dan propaganda (mereka)," kata Anwar dalam perbincangan panel 'In conversation with Anwar Ibrahim, Raja Petra and Tian Chua'. Pada majlis itu Anwar juga mengingatkan rakyat Malaysia yng mengambil bahagian dalam diskusi itu bahawa KEADILAN sebagai parti politik yang diterima rakyat bergerak atas landasan melakukan reformasi dan perubahan pada lanskap politik negara dan tidak memerlukan media Umno atau wang Umno-BN. Beliau menyeru ahli menggunakan hak satu ahli satu undi yang dilaksanana pada Pemilihan 20101 dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan imej dan kestabilan parti. "Saya berpendapatkan elok biarkan ahli putuskan serta mendengar sendiri kepada calon tanpa memudaratkan komitmen parti dalam melakukan pembaharuan. "Tindakan meluahkan rungutan dalam media ketika pemilihan parti seolah-olah mengikut rentak agenda Barisan Nasional untuk membangkitkan masalah dalaman KEADILAN dan menjauhkan diri daripada isu lebih besar seperti rasuah. "Kesemua pemimpin adalah penting, tetapi sesetengah akan menang dan sesetengah yang lain akan kalah. Mereka yang menang tidak harus menggondol semua manakala yang kalah tidak wajar mengetepikan agenda besar parti yang mahu membawa pembaharuan," tegas beliau lagi. |
| DAP Perak ambil langkah ‘tutup mulut’ selesai krisis Posted: 03 Oct 2010 03:21 AM PDT Pemimpin-pemimpin DAP Perak mencapai persetujuan awal untuk mengambil pendirian menutup mulut berhubung krisis kepimpinan sementara menanti kepulangan timbalan pengerusi negeri, M. Kulasegaran yang kini berehat di Nepal. Kulasegaran dijangka pulang selepas seminggu. Dalam kenyataan bersama pagi ini, Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan naibnya A. Sivanesan menekankan bahawa pergolakan kepimpinan negeri harus diselesaikan secara dalaman.Kedua-dua mereka mendakwa keputusan itu dilontarkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika perbincangan dengan Ngeh. "Lim, yang berada di luar negara kerana lawatan rasmi, bercakap dengan Ngeh sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (semalam). "Kami bersetuju dengan saranan Lim bahawa perkara-perkara berkaitan dengan DAP Perak seharusnya ditangani secara dalaman," kata kedua-dua mereka dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. "Oleh itu, kami tidak akan membuat sebarang kenyataan terbuka atau menjawab persoalan media mengenai isu ini," kata Ngeh dan Sivanesan dalam kenyataan itu. Mereka menambah bahawa pemimpin-pemimpin parti seharusnya menunggu kepulangan Kulasegaran dari Nepal sebelum membuat keputusan lanjut. "Kami juga akan menunggu Lim memanggil satu mesyuarat, yang akan turut dihadiri (Penasihat DAP) Lim Kit Siang," kata kedua-dua pemimpin itu. Kulasegaran, Ahli Parlimen Ipoh Barat kini sedang mempertimbangkan semula ugutannya mahu melepaskan jawatan dalam DAP Perak ekoran permintaan rakan dan penyokongnya. Kulasegaran membatalkan sidang media — yang dijadualkan pagi semalam untuk mendedahkan perkara-perkara yang membawa kepada keputusan mahu meninggalkan kepimpinan negeri parti. "Ahli-ahli dan penyokong meminta saya mempertimbangkan semula pendirian saya ini. Saya akan berada (di luar negara) selama seminggu dan akan saya memaklumkan jika ada keperluan," tambah Kulasegaran. Pemimpin veteran ini, yang dilihat sebagai musuh ketat kepada dua sepupu dalam DAP Perak — Ngeh dan setiausaha Nga Kor Ming — kelihatan keluar daripada mesyuarat khas malam kelmarin susulan pertempuran mulut dengan kedua-dua mereka. Menurut seorang ahli jawatankuasa yang menghadiri mesyuarat malam tadi, pertemuan itu dipanggil sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyatukan kedua-dua kumpulan Kulasegaran dan "Ngeh-Nga" yang bertelagah. "Tetapi perbincangan perpaduan yang didakwa hanya cakap-cakap saja. Mereka (Ngeh-Nga) tidak pernah berpegang pada apa yang mereka cakap, janji-janji mereka," katanya lagi. Pemimpin itu menambah, perbincangan perpaduan tersebut yang digerakkan oleh pemimpin kedua-dua kumpulan bertujuan memastikan konvensyen dan pemilihan yang dijadual bulan depan berlangsung dengan lancar. "Ada satu bentuk perjanjian agar kedua-dua pihak tidak cuba untuk menghabiskan satu sama lain... tetapi mereka (Ngeh-Nga) terus-menerus memburuk-burukkan kami (puak Kulasegaran)," kata pemimpin itu. Masalah antara Kulasegaran dan kedua-dua sepupu berkenaan bukan sesuatu yang baru, sebaliknya berterusan lama. |
| Kantoii..Jawapan Najib di Parlimen,Pemuda Umno Perlu Letak Muka Dalam Tong Taikk..!! Posted: 03 Oct 2010 03:16 AM PDT DAP pusat mencabar agar kesemua wakil rakyat Umno, di seluruh negara, dengan segera memulangkan elaun mereka terima kepada Perbendaharaan ekoran pendirian pihaknya mempertikaikan sumber dana wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dalam membuat gesaan ini hari ini berkata, kontroversi terbaru dicetuskan pemimpin-pemimpin politik Umno sejak kebelakangan ini menunjukkan sikap hipokrit dalam usaha mereka mahu kekal berkuasa. Selain itu, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, kalau tidak kerana Pakatan Rakyat, pentadbiran Najib belum tentu akan menarik balik lesen perjudian sukan yang diberikan kepada Tan Sri Vincent Tan. Pua menambah,"Najib selaku Menteri Kewangan telah menjawab soalan Ahli Parlimen DAP dari Rasah Anthony Loke pada 9 Jun lalu bahawa kerajaan tidak membezakan antara cukai yang diterima daripada pelbagai sumber sama ada yang halal ataupun bukan halal. Pua memetik jawapan yang diberikan Najib iaitu "untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan... bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara." "Ini menunjukkan kesemua cukai yang dikutip dimasukkan ke dalam satu dana Akaun Wang Disatukan," kata Pua. p/s : Sudah Terang Lagi Bersuluh...Kah3..pemuda Umno perlu letak kepala kau orang dalam tong taikk untuk cover balikk..kuah3 |
| Posted: 03 Oct 2010 03:12 AM PDT Pemilihan PKR 2010 menarik perhatian banyak pihak. Bukan sahaja kerana ia lebih demokratik melalui pemilihan terus dari akar umbi iaitu satu ahli satu undi, tetapi juga peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang ia dilaksanakan.Ini termasuklah cara berkempen, cara berpolitiking, kejadian semasa proses pemilihan dijalankan dan macam-macam lagi. Banyak yang tersebar. Banyak yang terdedah. Banyak pulak persepsi dan spekulasi yang sedang diperkatakan. Banyak yang berpendapat, semuanya itu merupakan satu proses pematangan yang dilalui oleh PKR. Apa tah lagi sistem baru ini adalah yang pertama kalinya diadakan oleh parti-parti siyasah di Malaysia. Sebelum ini... tiada. Semua berpendapat, ini baik untuk menyuburkan dan memeriahkan demokrasi dalam usaha untuk mengembalikan semula kuasa rakyat melalui akar umbi. But... sesuatu yang baru itu, pasti ada kekurangannya. Tak bolehlah terus-terus perfect. Dan.. sebenarnya, reformasi cara pemilihan yang diperkenalkan oleh PKR ini, menggusarkan banyak pihak, terutama yang kononnya mendokong amalan demokrasi tetapi amalan yang mengikut acuan sendiri yang bertujuan untk menguntungkan diri. Ha.. ha... demokrasi yang dah basi!! Cara ini dilihat lebih adil. Akar umbi, tak kira dalam parti politik mana sekali pun, mula bukak mata. Mereka tahu sistem baru yang diguna pakai oleh PKR ini, banyak kebaikannya kerana sebagai akar umbi, mereka diberikan hak untuk menentukan siapa pemimpin mereka. At last mereka rasa diri mereka... suara mereka, can make a diffenrence dalam menentukan hala tuju kepimpinan parti . Ini juga dapat mengurangkan gejala membodek para pemimpin atasan dan hopefully... secara beransur-ansur gejala patronage politics dapat dihapuskan. Yes... now yang para pemimpin di semua peringkat, kena jaga orang bawah. Kena rajin turun padang. Kena rajin tunjuk muka. Kena rajin berbudi dengan ikhlas. No more hypocrisy!! Sebab... kuasa yang ada pada orang bawahlah, yang akan menentukan jatuh bangunnya kamu sebagai pemimpin. Kekecohan yang berlaku semasa MATC PKR tidak seteruk seperti yang digembar-gemburkan oleh media-media arus perdana. Sebenarnya yang terlibat hanyalah segelintir cabang. Ini juga mungkin kerana ada pihak-pihak dalaman dan juga luaran yang berasa kedudukan mereka terancam dengan pengenalan sistem baru ini. Lantas, sebagai satu cara mengagalkan sistem ini, ialah dengan memberi persepsi negatif terhadapnya. Aha... palitkan ia dengan gejala ganas serta pelbagai gambaran buruk. Satu tindakan pihak yang tidak matang dalam berpolitik, tetapi.... insyaAllah, ia akan mematangkan PKR. Ada juga andaian yang kononnya, pihak luar terlibat sama dalam misi memburuk-memburuk sistem ini. Ini mungkin ada kebenarannya kerana parti lawan seperti UMNO, pasti 'sengal perut' dengan cara pemilihan sebegini. Para pemimpin akan menjadi less powerful terutama dalam usaha untuk mewujudkan kroni-kroni mereka di dalam parti. Tanpa kroni-kroni dan sokongan daripada mereka.... habislah harapan malaun-malaun yang bergelar pemimpin dalam UMNO untuk sentiasa duduk selesa di atas kerusi empuk mereka. Lantas.... kalau boleh, mereka tidak mahu akar umbi mereka terpengaruh dan menuntut satu sistem pemilihan yang kini diguna pakai oleh PKR!! Bahaya untuk kelansungan kedudukan mereka sebagai pemimpin!! Ini satu alasan yang cukup kukuh untuk mengarahkan trojan horse mereka di dalam PKR untuk membuat kacau. Oleh itu.... PKR mesti peka serta mengambil langkah-langkah tegas bagi memastikan segala kekurangan dan kelemahan yang berlaku kali ini dapat diperbetulkan dan tidak akan berulang di masa akan datang. Sesuatu yang baik mesti diteruskan.... Kuasa rakyat mesti dimartabatkan!! |
| Posted: 03 Oct 2010 03:10 AM PDT UMNO dinasihatkan supaya tidak meludah ke langit yang akhirnya akan jatuh ke muka sendiri berhubung tuduhan bahawa wang yang diberikan kepada penduduk miskin di Pulau Pinang adalah daripada hasil judi.Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamarudin berkata, UMNO sepatutnya menyedari kekurangan diri yang setelah 51 tahun menguasai Pulau Pinang, mereka dilihat gagal menjaga dan menghargai warga emas di negeri itu. "Sudahlah gagal menjalankan amanah rakyat dengan baik, mereka juga terus menerus membebankan rakyat dengan palbagai cukai dan kos kehidupan yang tinggi. Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng melaksanakan satu program yang tidak pernah difikirkan UMNO, ianya seolah-olah memberi satu tamparan hebat kepada mereka. "Mereka sedar dengan pelbagai program yang dilaksanakan PR akan menguburkan impian mereka untuk merampas semula Pulau Pinang. Oleh itu, mereka terus mencari jalan menfitnah dan mengelirukan rakyat negeri ini terutama orang Melayu agar terus membenci PR," katanya. Menurutnya, pihaknya sudah mendapat penjelasan daripada Exco Alam Sekitar, Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh bahawa Kerajaan Negeri masih menyimpan RM2.4 juta wang peruntukan untuk Rakan Anti Kemiskinan (RAK) tanpa menggangu peruntukan untuk Program Penghargaan Warga Emas. "Perkara itu turut diperkuatkan dengan penjelasan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus yang mengatakan wang sumbangan RM2 juta dari Penang Turf Club itu tidak akan disalurkan kepada umat Islam dalam program RAK. "Oleh itu, PKR Cabang Jelutong mencabar UMNO mendedahkan dengan cara apa Kerajaan Pusat membelanjakan wang hasil kutipan cukai judi daripada Magnum, Sports Toto, minuman keras, kasino dan sebagainya," katanya. Khairil berkata, rakyat jangan terpedaya dan terpengaruh dengan fitnah yang dimainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN). |
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan